Advertisement

29 February

February 29th, 2012 by chika

Sempena leap year 2012.

Hari ini Idris mula mencuba untuk berdiri. Memapah tangan pada kotak. Belum berdiri betul. Tapi mencuba untuk berdiri. Good job, bubba. Medina appreciates you more day by day as you’re getting bigger. Dulu Idris asyik blur. Medina buat kelakar, Idris blur. Medina kiss on your cheek, Idris blur. Baring dan menangis nyaring. Sekarang Idris sangat mobile. Dan telah mampu membuat serangan hendap nak rampas tumbler Medina. My boy!

29 February, harap dapat jumpa lagi 4 tahun akan datang. Waktu itu aku 30 tahun. I see myself in good condition then. HA HA.

| 5 Comments »


KITCHEN : Orange Poppy Seed Cake

February 22nd, 2012 by chika

Hai, semua!

My middle name now is RAJIN MASAK. Menjadikan nama Saya ialah N RajinMasak H Binti Z. Oleh kerana minat sedang menggelegak dan mendidih-didih ini, saya akan mewujudkan segmen baru di dalam blog saya yang malu-malu (nak hidup) ini. Nama segmen ini ialah KITCHEN. Bukan kitten. Kitchen. Maaflah, saya tak main kitten.

Terlebih dahulu, maaflah kalau kewujudan segmen ini macam tak perlu dan berciri tiba-tiba. Tapi tolonglah. Minat saya ini telah menjadi terlalu dalam hingga tak terselam. Untuk menjadikan minat ini suatu kebahagiaan, saya mahu sangat berkongsi dengan kamu semua. Iyalah. Kalau tak kongsi dengan kamu, nak kongsi dengan siapa pula. Medina belum mengerti. Dia cuma tahu menyuarakan keinginan ; MUM! MAMAM! (Kenapalah MUM dan MAMAM itu sangat berirama?)

Go back go back.

KITCHEN. Semua entry yang bernama KITCHEN akan membawa anda ke kitchen saya. Expect to see food, food, and food. Entry under KITCHEN bukan sahaja membawa anda ke produk dapur saya, malah akan disertakan dengan resepi (malu I) Resepi-resepi yang bakal dikongsi mungkin bukanlah yang terbaik dalam hidup anda (might not be mine as well) Dan segmen KITCHEN akan sangat sesuai bagi pendatang-pendatang baru yang baru jumpa jalan nak masuk dapur rumah dia KAHKAHKAH. Saya pon sekadar bereksperimentasi. Maklumlah, bukan hebat.

Justeru. Ada beberapa note yang hendak saya tinggalkan kepada pembaca yang bakal mengikuti segmen KITCHEN ini.

  1. Segmen ini tak ada waktu penyiaran yang tetap. Bergantung kepada sesedap perasaan penulis.
  2. Segmen ini pasti ada kalanya berciri cincai. Iaitu akan hanya memaparkan gambarajah makanan tanpa resepi. Tak lain tak bukan, pemalas adalah hak milik setiap insan. Bila saya malas, saya hanya letak gambar. Dan bila saya rajin, saya akan kongsi resepi.
  3. Sokongan moral diperlukan. Kritikan membina dialu-alukan. Kritikan tak membina akan disudahi dengan sodakallahula’zim. Ilmu-ilmu dari tukang masak hebat di luar sana sangat dihargai. Pujian? Oh, come on man! Puji memuji amalan mulia.
  4. Semua resepi insyaAllah yang mudah-mudah. Kalau yang kritikal itu belum wajar lagi masuk dapur saya. Jadi jangan bimbang, boleh cuba.
  5. Siapa telah mencuba, bagitahulah.
Eceh. Macam serius benar segmen ini. Eh please eh. Saya serius mewujudkan segmen ini. Ia bagaikan sebuah penemuan baru dalam diri saya iaitu minat dan sedikit kebolehan memasak. Oh lupa pulak. Jangan nak sweet sangat cakap saya terer. Nanti aku segan terus aku tutup segmen ni. HAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Untuk episod pertama KITCHEN, saya akan berkongsi sesuatu yang wajar ditangisi oleh mataku sendiri ; Orang Poppy Seed Cake. Dimulakan dengan gambarajah sebiji kek yang telah siap. Tada!

 

Orange Cake with Poppy Seeds

Kek ini saya bake semalam. I am not a good baker. Selalu tak ada luck when it comes to baking. Tapi sejak kebelakangan ini, macam ada improvement. Hari itu saya ada beritahu yang saya bake chocolate cake kan? Itu adalah inspirasi yang membawa kepada kek ini. Orange cake bukan minat saya sangat. Tapi suami gemar. Jadi saya pilih untuk cuba buat kek ini.

Waktu penyediaan dan menghasilkannya : +/- 2 jam.

Tahap kesenangan : Senang. Tapi melibatkan beberapa usaha mengeluarkan pan, messy dan memanaskan bahan-bahan. Yang itu ada sedikit malas. Maaflah, lupa nak bagitahu. Segmen KITCHEN ini akan menjadi sedikit jujur. Kalau leceh saya cakap leceh. Kalau senang, saya cakap senang. Kalau menyampahkan sangat pembuatan dia, saya akan cakap TAKYAH BUAT. Okay?

Bahan-bahan :

  1. 3/4 cup / 180g butter (plus extra untuk greasing)
  2. 3 cups / 300g plain flour (tepung gandum)
  3. 1.5 tsp. baking powder (tepung penaik)
  4. 3/4 cup / 150g sugar(gula)
  5. 4 eggs (telur)
  6. About 3 tbsp. milk (susu)
  7. 1 tsp (lebih lagi pon boleh) orange zest (parut kulit oren)

    Untuk karamel oren ;

  8. 1 cup / 100ml water (air)
  9. 1 cup / 200g sugar (gula)
  10. 1/4 cup /50g butter
  11. 3-4 unwaxed oranges (oren tanpa kupas kulit)

    Untuk campuran poppy seeds ;

  12. 1/3 cup / 50g raisins (saya tak letak sebab tak ada)
    dan sepatutnya bersama 1 tbsp. rum. Tak letak sebab haram. Berdosa. Allah marah.
  13. 1/4 cup / 60ml milk (susu)
  14. 2 tbsp. / 25g soft butter
  15. 1 cup / 125g ground poppy seeds
  16. 2-4 tbsp sugar
  17. Finely chopped candied lemon or orange peel (saya guna orang peel. Kulit limau cincang-cincang. Candied lemon ialah lemon yang dah slice nipis dan coated dengan sugar. Cari dekat kedai) 
  18. 1 egg

Cara-cara.

1. Grease 11 inci / 22cm cake tin. Guna yang spring-release supaya senang keluarkan kek dari tin.

2. Buat karamel (tengok balik ingredients untuk buat karamel). Masukkan air dan gula dalam periuk dan masak sampai berwarna coklat dan caramelised. Iaitu melekit, pekat dan coklat. Tutup api, laju-laju masukkan butter. Dan laju laju masukkan campuran karamel ni ke dalam cake tin. Sapu karamel tu supaya tutup tapak tin dan juga sekeliling sisi tin.

3. Potong oren nipis-nipis secara membulat dan lekatkan pada tapak tin dan sisi cake tin tadi. Bagi dia bertindih-tindih. Susun cantik-cantik.

4. Sekarang kita buat campuran poppy seeds. Masukkan susu dalam periuk, campur butter dan buarkan mendidih. Masukkan poppy seeds, sugar, dan masukkan juga candied lemon (atau orange peel). Kalau ada raisins, masukkan raisins sekali. Ketepikan. Biarkan campuran ni sejuk. Bila dan sejuk, boleh masukkan sebiji telur tadi (untuk bind the mixture)

5. Preheat oven to 180◦C / 350◦F / Gas Mark 4. Untuk buat campuran kek pula; Ambil satu mangkuk besar. Campurkan butter, tepung, baking powder, sugar, eggs, milk, orange zest dan campuran poppy seeds tadi. Sama ada rajin (macam saya HAHA)  nak whisk guna tangan, atau gunakan mixer. Kalau batter terlalu stiff (keras, susah nak mix) boleh tambah lagi susu. Masukkan ke dalam cake tin yang dah siap dihiasi potongan-potongan nipis oren tadi. Ratakan permukaan dia.

6. Bake in over for 50-60 minutes. Gunaan kaedah cucuk mencucuk untuk tahu samada kek dah masak atau belum dalamnya. Guna wooden stick. Cucuk. Kalau nampak ada batter yang melekat pada stick, maknanya belum betul-betul masak. Masak lagi. Banyakkan bersabar.

Leave to cool.

 

Potong.

Hidang.

Yum!

Berdasarkan resepi buku ini, boleh diamakan oleh 10 orang. Memang banyak. Dalam fridge saya ada lagi separuh. Siapa nak boleh datang pickup. HUAHUAHUA (ajak-ajak ayam)

Pertanyaan, pembetulan, kritikan dan pujian (ehem) boleh dibuat sekarang.

.

.

Hasil eksperimen saya : Boleh dimajukan lagi. Saya telah kurangkan gula sebab suami tak suka kek manis sangat. Tapi rasanya lain kali jangan kurang gula sangat.  Dan orange zest juga orange peel saya tak cukup. Kena tambah lagi next time.

| 41 Comments »


Semoga jumpa lagi, Lismore.

February 16th, 2012 by chika

30 Disember 2011,

Pagi itu, mover sampai untuk load barang-barang kami masuk truck.

A very big truck.

Pagi itu saya dah tak bermaya. Letih berminggu-minggu mengemas barang masuk kotak. Packing dan buang barang. Tapi syukur, Medina dengan Idris bekerjasama. Tak meragam. Suami ambil cuti 5 minggu untuk urusan pindah. Jadi pagi itu, saya sudah terlantar dalam bilik bersama anak-anak. Dah tak boleh digest lagi urusan pindah. Saya cuma  mahu Grace Removal angkut all those stuffs away from me. Dah tak nak tengok dah. Bawalah segera. They shipped our stuffs from Port Brisbane (kalau tak silap) to Adelaide. This and that, here and there what so ever, pindah interstate memang costly.

Urusan pindah ni tak sama macam urusan pindah Perlis-JB (contohnya) Pindah dari Lismore ke Adelaide banyak hassle. You can’t simply pay truck driver. Nah, some money and move our stuffs. Bukan semudah itu. Penat badan boleh berehat. Tapi penat mental, the remedy nak cure tu lambat bertindak. HAHA.

Apa jua, thanks Medina and Idris. You two baik sangat. Dari mula urusan pindah, sampai dalam perjalanan 10 hari pon dua-dua anak Mummy baik sangat. Kiss kiss.

That night, we slept on the floor! Yihaaaaa sakit badan I. Sebab semua barang dah diangkut ke port. Kami cuma ada kereta dan barang-barang yang memenuhi kereta. Semuanya bekalan untuk 10 hari travel. I’ll share some tips and what you’ll need in car for long hours (I meant GILA PUNYA LONG) travel. Later. InsyaAllah. Sebab I have friends yang curious dan teruja macam mana kitorang travel 10 days dengan dua baby ni. Sebab tahulahkan. Sometimes nak travel pergi beli bawang dengan baby pon susah kan. Saya ingat lagi dulu dekat Brisbane kalau petang-petang saya kena drive jemput husband dari hospital (hadap traffic gila dekat city) dan bawa Medina dekat backseat, Ya Tuhan! Aku macam mad woman. Rasa nak berkecai this beloved brain. HAHA but those were the days.

31 Disember 2011,

Hari terakhir di Lismore. Hari terakhir di Acacia Avenue. Entah kenapa, pagi ni saya teringat suasana pagi di Acacia Avenue. Lagi-lagi dalam musim sejuk. Atau bila musim hujan.

 Pemandangan backyard akan jadi indah sangat. Nampak ladang-ladang orang lain. Nampak jalan kecil dengan kenderaan yang tak banyak lalu. Nampak kuda dan lembu-lembu peliharaan di kejauhan. Jauh, tapi masih boleh nampak sambil saya cuci pinggan.

 

 

Dapur kecil ini yang terlalu berasap.
Boleh dikatakan, hari-hari berasap. Sebab duduk di countryside yang tak ada community muslim menyebabkan tak ada pilihan nak makan luar. Daging halal pon tak mudah dapat. Ada. Bukan tak ada. Cuma tak mudah nak dapat.
Rumah di Acacia Avenue kecil saja. Tapi bolehlah untuk didiami selama setahun. Itu adalah rumah terkecil kami pernah tinggal. But life was easy back then in Lismore. Tak ada friends nak datang melawat (only a few months sebelum pindah baru ada satu Malay family pindah Lismore) Jadi tak kusut fikiran nak invite orang datang rumah yang sempit. Tak tahu nak cerita macam mana. Tapi life was easy in Lismore. Kemahuan tak tinggi. Cost of living tak tinggi (patutnya) HAHAHAHAHA.

 

Idris 4.5 months

Unit 2, Acacia Avenue.
Goonellabah.

Pada hari terakhir sebelum kami mulakan perjalanan pindah.

 

Nak tengok banda Lismore?

 Bangunan-bangunan lama.

Jalan kecil dengan had laju 10km/h.
HAHAHA bayangkan SEPULUH KM SEJAM.

Kedai-kedai kecil. Target Country. No Myer. No David Jones. No Megamall. Hanya ada Lismore Square tapi dah cukup fun untuk late night shopping malam Khamis. Big W dan Kmart lah jadi sasaran sebab tak ada pilihan lain. Nasib baik Gold Coast only 2 hours away to keep me sane. Jadi setiap bulan at least sekali ke Gold Coast supaya aku waras. Tapi itulah. Semua-semua ni tak jadi masalah besar pon. Dalam pada susah makan, susah shopping (sebenarnya susah nak shopping besar), we still found it fun to live in Lismore. Cuma ada sikit jelek dengan kampung-minded sesetengah local people.

Kol’s Kebabs.

Satu-satunya kedai yang offer halal meal. Itupon, kebab sahaja. Dan saya bukan peminat kebab. Anything wrapped, saya kurang gemar kecuali KFC’s Twister. Tapi kebab ni best tahu? Dan penjual tu baik dengan husband dan Medina.

Tiada traffic light. Tapi roundabout di sana sini.

Bandar Lismore yang sentiasa busy.

Community clinic.
Only 5 minutes away from home.
(atau tak sampai 5 minit pon)

Keluarga Kak Haslina & Abang Lip yang baik sangat-sangat.
Rindu.

Hampir jam 12 tengah hari, barulah kami mulakan perjalanan.
Lambat juga. Patutnya keluar pagi-pagi tapi banyak benda pula nak buat pagi tu.

Pada hari itulah, kami meninggalkan Lismore dan memulakan perjalanan pindah dan sekaligus holiday. Saya tak tahu samada kami akan datang Lismore lagi atau tidak. But Lismore will dearly be missed. Husband suka kerja di Lismore. Dia suka consultants, nurses dan hospital sana. Dia masih sebut tentang keseronokkan bekerja dengan bos-bos dekat sana even until last night.

What to love about Lismore? Definitely Lismore Base Hospital. Suami bekerja gembira di sana. Idris dilahirkan di sana. Orang-orang Gastro department yang baik dan friendly (susah nak jumpa situasi ni kalau bekerja in the city) Dan pasti juga view sangat indah Subhanallah. Yang sekarang ni dah jarang nampak. Kalau dulu di Lismore, pandangan hanya melihat hijau ladang dan biru laut.  Tak lupa, Kak Haslina, Abang Lip dan anak-anak.

Harap kita jumpa lagi, Lismore.

| 6 Comments »


Anniversary celebration?

February 14th, 2012 by chika

The celebration? Nothing fancy.

Kebelakangan ini, minat memasak saya menjadi-jadi. Saya berasa sangat tradisional. Menjadi watak ‘tradisional’ dalam keluarga adalah terlalu precious (for me). I always fancy the idea of being a SAHM ; cooking, cleaning, sewing, washing, online shopping eh eh OK I mean yang begitu begitulah. Melakukan kesemua ini membuat saya rasa occupied dan gembira. Saya suka menjadi rajin dan kelihatan rajin. Saya malu sekiranya suami pulang dan rumah dalam keadaan tidak ‘berganjak’. Hubs doesn’t care, saya tahu. Kalau saya mahu duduk bergoyang kaki saban hari pon, dia tidak pernah bermasam muka. Tapi kita tahu roles kita, no? Yes.

Saya suka memasak. Suka dengan hebat tidak sama ye. Kalau suka dan makin suka, boleh jadi hebat nanti. Tapi saya belum hebat lagi. Saya sering beritahu orang yang saya suka memasak. Lalu orang akan mengekspresikan WOW sedangkan tak payah pon. Please. No. Tak payah WOW sangat. Suka memasak tak sama dengan hebat memasak. Just so you know now, I am into cooking.

Jadi sempena malam ulangtahun perkahwinan, saya sediakan dinner. We called it a celebration. Makan-makan. Bual-bual tentang makanan. Berulang-ulang tersentuh akan kata-kata ; Dah 3 tahun kita kahwin. Dah 3 tahun kita kahwin. Dah 3 tahun kita kahwin. Berulang-ulang selama 2 hari.

Suami pulang dari kerja pada 6 haribulan, saya sudah siap-siapkan mengajak makan. I love the idea of having candle light dinner. Candle what? Ah. Nak burn candle IKEA dekat rumah pon tak ada chance, tahu? Lupakanlah candlelight dinner itu. Mungkin lain-lain tahun insyaAllah.

Aku andaikan ini istimewa.
Sebab aku tidak berapa gemar roasting.

Roast chicken with lemon and rosemary.

Saya bukan tak minat roasting. Tapi saya tak berapa pandai marinade meat.
Kali ini, menjadi. Baguslah. Membakar semangat sikit.

Aaah! Rumah saya dipagari oleh pokok-pokok rosemary. What not to love about rosemary, tell me? Sudahlah pokoknya berbunga kecil-kecil dan kelihatan sweet. Baunya sungguh culinary art. Rasanya memberi aroma kepada makanan. What not to love? Disebabkan bertuah tak payah beli rosemary, hari-hari saya boleh masak menggunakan rosemary tanpa batas. Sampai Medina bawak main. Flower! Flower! Kata dia.

Thai chili aubergine.

Aubergine ialah terung. Thai ialah Thailand (KAHKAH I fool you!) dan chili ialah … fine fine, stop it!
Chili dekat Australia semuanya terlalu pedas. Tak ada satu pon yang boleh bertolak ansur.

Itu sempena malam anniversary. Pada hari anniversary tersebut, saya masak lagi. Saya tak tahu apa upaya saya yang tersangkut dalam rumah ini untuk meraikan anniversary. Saya tak boleh drive since Malaysian driver license saya dah tak valid to this country. Sebab itu saya enjoy memasak di rumah.

Masak lagi!

Thai Tom Yum Soup.

Tanpa bantuan kiub mahupon tom yum paste, mind you. Oleh kerana saya terlalu gemar thai food dan chinese food, kebelakangan ini saya  study kuat ( lagi kuat dari study Structure dekat universiti dulu) to prepare these dishes. Suka sangat! Sydney ada restoren Thai paling mengujakan. Tapi Sydney terlalu jauh.

Lettuce, telur masin dan mangga.

Paling menggembirakan, I baked chocolate sheet cake for our anniversary T_____________T I almost burst into tears. Kalaulah kamu tahu bagaimana teruknya prestasi saya in baking selama ini. Tak pernah menjadi. Tapi kali ini, kek tersebut sangat moist, sedap, enak, lazat, yum, yummy, yum yum, dan sebagainya. Memang tak elok sendiri buat sendiri puji tapi tolonglah. Terlalu terharu T___T HAHAHA.

Chocolate sheet cake.

Keratan rentas. Sudahlah tak berapa bijak baking, potong cake pon tak berapa cantik.

Kek ini telah menjadi bench mark prestasi saya untuk baking. Saya akan berusaha membuat aneka kek selepas ini NGEEE NGEEE NGEEE (ini bukan bunyi macam tak boleh dipercayai ke?) HAHAHA.

Saya suka memasak. Saya suka mengasapkan dapur. Saya suka prepare pretty dishes. Saya suka senyuman suami apabila pulang dan mendapati di atas meja terdapat hidangan orang rajin. Saya suka buat perkara-perkara yang saya suka.

.

Sekarang saya kena pergi tidur. Sebab tidur juga merupakan perkara yang saya suka.

p/s : menunggu yang akan terbang ke depan muka pintu rumah.

| 20 Comments »


Koma, sedar, dan ingat semula.

February 7th, 2012 by chika

Blog tertinggal. Aku busy benar. Tapi ini tandanya, aku sudah tahu prioritize perkara-perkara seharian. Hari-hari aku memulakan hari dengan melakukan kerja yang benar-benar perlu. Aku tak berapa ada peluang untuk melakukan hobi seperti  membuat tembikar, menganyam bakul atau menyulam songket.  Ye, hobi yang begitu begitulah. Yang tak berapa dituntut. Yang kalau tak dibuat selama sebulan, dua bulan, tiga bulan, atau 18 tahun pon tak ada menjejaskan apa-apa. Termasuklah blog. Terlalu berciri ‘sampingan’. Kalau aku tidak menulis blog selama 18 tahun sekalipon ia tidak menjejaskan apa-apa. Jadi aku letak ke tepi. Lalu ditinggalkan dulu.

Aku ini ada suami yang hendak diutamakan. Ada dua anak yang hendak dijaga. Ada rumah yang hendak diuruskan. Ada senarai yang hendak dibeli-belahkan WO WOO WOOO ini sudah tak serius! Maksudnya di sini, dalam 24 jam sehari itu ada tuntutan kerja yang perlu dan mahu dibuat. Yang sebenarnya 24 jam macam tak cukup. Tapi kalau dibagi 42 jam, pon tak cukup. Ah kau. Macam biasalah. Bagi betis nak peha. Bagi sikit nak banyak. Bagi lagi banyak, nak semua. Patutlah Belanda takluk Melaka. Eh, apa ni?

Selama aku tidak bercerita ini, memanglah banyak kejadian yang sungguh menseronokkan telah berlaku. Ye, kecuali tentang Nadal kalah Australian Open itu. Yang lain, agak menggembirakan.

Disebabkan masih ada orang yang mahu baca cerita aku SOBSOBSOB , aku mungkin perlu memberikan kamu idea tentang perkembangan terbaru. Supaya apabila aku kembali bercerita nanti, tidaklah kamu terasa macam membaca sebuah buku koyak. Macam telah hilang banyak chapter. Macam lost. Macam tak faham. Macam terkapai-kapai. Macam nak tanya AIK AIK AIK, APSAL CHIKA NI ADA DEKAT ADELAIDE PULAK? I’ll do quick updates.

  1. Aku sekarang tinggal di Adelaide. Just in case tidak tahu di bumi Allah mana aku berada, aku masih di Australia. Di South Australia. Terlalu jauh meninggalkan Brisbane, Gold Coast dan Lismore. Bandar-bandar itu semuanya sebahagian dari kenangan.
  2. Aku mempunyai dua orang anak KIH KIH KIH. Kalau-kalaulah engkau terasa macam aku dah ada 7 orang anak sebab macam dah lama tak blog. Janganlah begitu sekali. Blog aku koma sebulan lebih saja. Jangan ah sweet sangat sampai terasa macam seratus tahun lamanya.
  3. Aku suka rumah baru ini. Suka sangat. Kerana tidak ada tangga. Usaha tangga kejayaan. Tanpa tangga, tiada usaha. Maksud aku, tak ada usaha untuk Medina menguji tekanan darah aku.
  4. Medina telah 21 bulan. Idris telah hampir 6 bulan. 
  5. Medina telah menjadi seorang kanak-kanak. Dulu kita boleh membayikan dia. Sekarang dia pula membayikan orang lain. Ye. Kanak-kanak 4 tahun pon boleh dia bayikan. Mungkin dia terllau teruja akan kedewasaannya yang tidak seberapa itu.
  6. Idris bukan lagi newborn. Dia telah menjadi sangat besar. Hampir boleh merangkak dan duduk atas daya usaha sendiri. Dah boleh menjadi kawan kepada Medina.
  7. Aku macam dulu juga. Masih muda dan sama macam aku 10 tahun lalu. CEH. Tipu banyak sangat.
  8. Oh ye. Minat memasak aku semakin menjadi-jadi.

Maafkan aku kerana terpaksa menyudahkan tulisan ini secara tiba-tiba. Ye. Aku masih macam dulu, bukan? Yang menulis dan berhenti sesuka hati.

| 13 Comments »


Ulangtahun Perkahwinan

February 7th, 2012 by chika

Dear this man,

Selamat menyambut ulangtahun ke-3 perkahwinan.
Terima kasih kerana awesome.
Terima kasih kerana menjadi ‘sesuatu’ dalam hidup ini.
Terima kasih kerana menjadi bapa kepada bayi-bayi awesome.

Told you at 12 midnight ;
Mahu jadi isteri YOU di dunia dan akhirat.

AMIN.

Dear this lady, 

Jadilah isteri yang menggembirakan hati suami.
Jadilah isteri yang membantu suami jalan ke syurga.
TSSSKK. I am touched by my own words.
Eh eh. Sendiri tulis, sendiri touching.
Ini sudah pelik.

3 tahun bersama, kita telah menjadi EMPAT.
Dalam KITA, ada ANAK-ANAK kita.

Untuk semua kurniaan ini,
Terima kasih The Almighty.

 Nur Medina turns 21 months today.

| 20 Comments »