Archive for the 'Wedding Bliss' Category

MAJLIS WALIMATUL URUS

Posted by chika under Wedding Bliss

Assalamualaikum wr.

Dengan rasa rendah diri, saya ingin mengumumkan hari bermakna saya sebagamaina yang telah dipersetujui di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Majlis pernikahan
7 February 2009
, 11 Safar 1430 Hijrah.

Majlis jemputan
8 February 2009
, 12 Safar 1430 Hijrah.

Majlis resepsi (sebelah lelaki)
14 February 2009
, 18 Safar, 1430 Hijrah.

Semoga majlis kami dipenuh kerahmatan Allah SWT sebagaimana DIA merahmati pertemuan kami. Insyaallah.

Dengan ini, kami sekeluarga berbesar hati ingin mengundang tuan/puan, saudara/saudari ke majlis walimatul urus saya yang akan berlangsung pada 8 FEBRUARY 2009 bersamaan dengan hari Ahad. Undangan ini diberikan kepada semua saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga, kenalan, pembaca mahupun sesiapa sahaja yang sempat singgah dan mengenali nurulism.com. Semoga dengan berlangsungnya majlis ini, dapatlah saya menemui saudara saudari sekelian. Dan semoga perkenalan kita dirahmati oleh-NYA. Amin.

Apa yang saudari/saudari perlu lakukan :

  • Email kan alamat rumah anda ke chika@nurulism.com untuk kerja pengedaran kad jemputan. Hantar ke chika@nurulism.com sahaja supaya saya tidak terlepas pandang email anda.
  • Beritahu saya sekiranya sudah menghantar alamat rumah anda ke email saya. Supaya tiada alamat yang keciciran. Beritahu saya melalui ruang komen :)

Untuk menghubungi saya ;

Yahoo Messenger : tulip_glowing.
MSN Messenger : cinderellacruz@hotmail.com
Email : chika@nurulism.com

Sangat mengharapkan kehadiran para blogger/pembaca/kenalan virtual sekelian. Jangan malu, undangan ini ditujukan kepada semua anda yang mengenali nurulism.com.