Handbags For Feet
Posted by chika under Wardrobe
I love shopping (as you do) This part needs no further explanation I guess. HAHA.
Nurulism.com bukan blog shopping macam dulu. Malah beberapa entry shopping juga telah saya remove semasa kerja melapangkan blog. HAHA. Dulu (err…. dulu lah. Semasa sekolah-sekolah atau semasa usia belasan fuuu sedap gila dipanggil remaja belasan tahun skang tak ada dah T___T) suka sangat saya update shopping apa itu ini. Malah membeli sebuah toy Doraemon kecik pon boleh dijadikan satu entry CEH. Beli handbag baru pon nak tunjuk. Beli brooch pon nak tunjuk padahal brooch empat RM10 T______T (Aik? Aku pernah beli brooch empat RM100 ke? KAH KAH KAH mana pernah!) Brooch beli mahal, rugi. Sebab kalau bulan neh beli 100 bijik, (contohlah takkan aku beli 100 bijik @!@!$%$£) tiga minggu kemudiaannya akan tinggal 42 bijik. Minggu-minggu kemudiaannya, akan tinggal kosong bijik CEH. Bagus sangat ah tu boleh membebel pasal brooch. Lari topik.
Itu dulu. Tabiaat memblog secara remaja belasan tahun yang kerja dia mintak duit dekat emak tak segan silu siap dengan keterangan. Contoh ; Ma, nak RM300 (sumpah tak tipu sekali mintak minimum RM300) nak shopping baju baru. Baju lama dah bosan dah asyik pakai tu je member pon dah naik hafal sangat baju tu. CEH. Remaja belasan tahun.
Emak generous. Sumpah generous terbaik dalam dunia. Tapi cuba kau mintak nak pergi camping, atau bermalam dengan rakan, atau picnic dengan rakan-rakan, atau makan angin dengan rakan di luar Kuala Lumpur. Cuba ah mintak. Bagaikan langit runtuh menghempap muka halilintar melibas diri @!$^$£” HAHA. Sumpah kena marah waktu tersebut engkau tahulah langit tinggi rendah.
Lari topik lagik CEH.
Saya ingat ada satu ketika itu. Saya terbaca pada ruang komen di sebuah blog lelaki. Lelaki bersama lelaki yang lainnya bercakap tentang blog Chika. Ewah. (Hot kan saya? Ceh, keluar skang!) Lebih kurang inilah perbincangan mereka ;
Lelaki A : Kau baca blog Chika jugak? Aku pon follow blog dia.
Lelaki B : Kuat merepek budak tu. Tapi layan siot. (Yang ini sumpah aku ingat sangat HAHA)
Lelaki A : Pastu banyak cerita shopping. Takde keje lain ke budak tu? Tiap kali aku baca entry dia, semua cerita shopping.
Lelaki B : Ha tu ah. Tapi masalah dia, entry shopping dia pon aku layan. Siap boleh tergelak. Gila ah budak Chika tu pandai siot dia merepek.
Lelaki A : Aku baca senyap-senyap je. Sebab blog dia perempuan sangat. Cerita shopping, camana aku nak komen? HAHAHAHA
Lelaki B : HAHAHA. Aku pon.
KAH KAH KAH. Tapi ini cerita gila punya lama. Sudah dua tahun mungkin. Sumpah comel kan? Mengata-ngata pasal saya dia ingat saya tak tahu. HAHAHAHA. Sumpah mentertawakan saya. Maka sejak itu, saya mula mengambil iktibar. Takyah banyak sangat cerita pasal shopping apa itu ini. Nanti pembaca lelaki stress. HAHAHA. Dan bukan sekali dua pernah saya dengar komplen dari pembaca lelaki. Mereka kata blog Chika perempuan sangat. Habis kang takkan nak mentulis kisah Spanar dan Skru. Atau cara-cara membaiki longkang tersumbat. Atau cerita berciri mengorat awek CEH. Mana kena dengan jiwa kewanitaanku.
Sebenarnya pagi ini telah sakit hati. Sendiri sakit hati. Takda siapa buat. Tahukah memory stick kamera suami telah buat hal (SAYANG, MARAH DIA SAYANG!) Punyalah excited pagi neh snap gambar nasik goreng terbaik dengan telur dadar terbaik bersama Mackerel terbaik nak menunjuk di dalam blog, tiba-tiba semua pictures dalam memory card boleh hilang. Damn. (Eh damn pulak) Istighfar panjang saya. Histeria betul dibuatnya. Eiiii aku makan kang memory stick ni kang. Cis.
Semangat terbakar-bakar nak update tentang nasik goreng. Sekarang semangat terluntur-luntur. Justeru itu, terbuat ah balik tabiat lama mentulis entry shopping. Nah, saksikanlah sementara saya menyiapkan entry PANAS yang lain. Sumpah PANAS. Sebelum PANAS, saya kasi anda perkara light-light dahulu.
Frust. Penat hias nasik goreng cantek-cantek T___________T

Ini semua pembelian terbaru. Pembelian tahun lepas kita jangan ungkit lagi. Jadikan kenangan yang abadi. Ewah.

Queen Street Mall.

Baru tiga hari Google harem pants (biasalah. Sebelum beli, usha dulu) dah dapat pon. Ini pengaruh budaya setempat nama dia. Awek di sini suka sangat pakai Harem Pants. Saya pon nak tiru. Sumpah selesa.



H.F.F : Handbags For Feet.
Sweet ah this Adidas.
Nasib baik beli.
Kalau tak beli, rugi.
Saiz?
Anda semua memang nakal sekali. Pantang Chika bercakap tentang kasut mesti nak tanya saiz. Apsal suka sangat underestimate kaki saya? HAHAHA. Aik? Terasa sendiri. KAH KAH KAH. Saiz 4 1/2 sport shoes neh. Longgarlah apa lagi. So what? HAHAHAHA.

Ini kasut kontroversi. Simpan agak lama juga. Ah malas cerita. Takyah cerita. Tak sabar nak menggayakannya kelak.

I want more and more and more!
HAHAHAHAKUTAMAK

Nine West memang terbaik.

Nine West memag terbaik.
Habis takkan nak jadikan Jimmy Choo my favorite? Sekarang belum layak lagi. HAHAHAHAHAHAHAHAAHA.
Impian: Mahu simpan at least SATU any heels from MJ (Metrojaya???) Marc Jacobs -_-” duh.
Kasut hantaran purple itu tetap di hati walau apa pon terjadi. HAHAHA. Punyalah sayang sampai tak tahu nak pakai bila. KAH KAH KAH.
Saya suka Nine West T_______________T
Emak cakap : Abah dah simpan semua kasut Ayong masuk dalam bilik. Biar tak ada siapa usik (aik? Siapa pulak nak usik HAHAHA) Nanti bila Ayong balik jangan terkejut tengok bilik penuh dengan barang. Semua barang Ayong abah simpan dalam situ. Kasut-kasut yang Ayong kata hilang pon ada sekali kat situ. Abah yang jumpa masa kemas-kemas.
CEH. Nampak sangat aku banyak kasut pastu lenyap begitu sahaja. Menyesal? Tidak pernah menyesal membeli kasut. Mentengok kasut bersusun-susun adalah satu keindahan yang susah untuk dimengertikan (dah mula dah dia buat ayat tak nak kalah) Pastu bila keluar, asyik pakai kasut yang sama. HAHAHAHAHAHA. Tabiat apa neh apsal buruk sangat?
Kasut anda saiz berapa?
HAHAHAHAHAHAHA.
Kasut merupakan tas tangan bagi kaki. Aneh bukan? Tapi tak apa, comel.



