Archive for the 'Uncategorized' Category
Posted by chika under
Uncategorized … sebut saya.
“Laa. OK-lah tu,” ujar soulmate.
“Sebelum ni, I girl. Sekarang I am a woman,”
Overacting much? Alah. Cakap saja. Saya sebenarnya tidak kisah dimakan usia. Asal cukup makan, dan tidak dimakan harimau. Aku OK. Dan hari ini, 21 April 2012 – aku berperasaan sungguh yay yay!
.
.
.
___________________
Aku macam tidur mati selepas bangkit Subuh. Gara-gara cuaca keterlaluan sejuk. Memang kan? Bila nak malas, salahkan cuaca. Dasar! Aku sedar husband bangkit awal kerana hendak pergi car wash kata dia. Dia bagitahu sejak malam semalam ; Esok pagi I need to was my car. Kotor sangat. Malu orang tengok. Sesungguhnya kata-kata itu pelik. Malu orang tengok. Who? Tapi sumpah malam semalam aku tak notice kepelikkan ayat tersebut. Dia nak pergi cuci kereta, jadi? Pergilah. Apa yang hairan sangat. Pagi tadi aku mahu tidur lebih sikit. Kami dah plan. Pagi itu husband pergi cuci kereta, aku pergi tidur (eh mana ada plan suruh aku pergi tidur) Bila husband balik, kami keluar to where ever I want as a birthday girl. Memang yay yay when you wear title ‘birthday girl’ on your head sebab macam … macam-macam.
“Paginya you nak cuci kereta,”
“I dah book appointment,”
“Oooo. OK,”
Aku kata OK. Nampak sangat aku mamai dan aku mahu tidur. Sedengar aku, husband kata sudah booked appointment. Untuk cuci kereta? Appointment? Err?
Lalu aku tidur tanpa berasa apa-apa curiga.
.
.
.
Pintu bilik dibuka orang. Lalu aku terkejut dan terus terjaga. Terus segar to see this :

Ah, sweet sangat!
Lelaki itu memang. Dia memang sebenarnya romantis. Was a romantic man sewaktu mengorat. And he still is. Sebenarnya sangkaan aku dahulu bahawa lelaki ini adalah romantis tak pernah silap. Bila aku berasa seperti sangkaan itu salah, aku sebenarnya sedang berbuat salah. He is everything I could ever ask for. Kalau aku meminta lebih dari ‘dia’ aku sebenarnya sedang kufur nikmat. Perfection is never happened in any creatures. Jadi aku anggap dia itu kurang sikit dari perfection, tapi terlalu hampir. Excuse me, aku bukan Shakespeare.
Sayang,
I love you banyak-banyak.
Anyway.
Waktu peristiwa diterkejutkan dengan kek berbunga api itu, aku baru bangun tidur. Waktu itu masih pagi. Tapi aku telah mandi awal pagi tapi tumpas semula ke katil (justification :P) Ini muka Ugly Betty terpaksa dipertunjukkan T___T

Sembab.
Ugly Duckling.
Ah, tak kira! Aku mahu potong kek. Aku mahu sambut surprise suami itu tanpa berlengah-lengah. Jadi aku sarung shawl. Aku relakan saja pagi sambutan hari lahir ke-26 aku dirakam dalam wajah Ugly Betty.

Ugly Betty tak Ugly Betty.
Asalkan aku dapat potong kek.
Aku OK.

Kek kecik. Kami dah overdose kek beberapa ketika ini sebab aku dalam mood baking. Kadang-kadang aku baked a cake bukan sebab aku mahu makan tapi sebab aku mahu buat. Kek kecik ini cukup. Sekadar melambangkan hari ini ada orang menyambut hari lahir. Hari lahir tanpa kek umpama hari kebangsaan tanpa cuti umum FUUWAAAA.


Sembabnya perempuan itu T___T
Memang tak adil birthday girl menjadi Ugly Betty dalam cerita ini, bukan?

Nah, Medina pon sembab juga. KAHKAHKAH.
Untuk lebih adil,

Idris juga.
Husband tak apa. Dia seorang yang segak pada pagi tadi.
Selepas breakfast dengan sepotong kek hari lahir, saya ternampak kad bersampul pink di atas kitchen bar. Mestilah aku punya. Tak akan bil elektrik dalam sampul pink pula.

Suami betul-betul mengenaliku.
T____T
Cute sangat, please!

Tulisan doctor memang tidak mudah dibaca oleh orang ramai. Jadi biar saya bantu ;
“Buat isteri tersayang,
Terimalah kasut, baju dan handbag ni.
Siap hanger sekali.
Love you,
Darling Husband,”
Lalu buat aku ketawa.
Sudahlah hari lahir, hujung minggu pula. Ayuh, keluar!

Kami ke Westfield Marion. Asalnya nak ke Rundall Mall. Tiap kali hujung minggu, ke city. Mentang-mentanglah traffic di Adelaide terlalu awesome, asyok ke city saja kerjanya. Sudah sudahlah tu ke city. Kami ke Marion pula. Bawa anak-anak bermain, dan emak mereka yang 26 tahun ini bersenam (HUA HUA HUA) mengelilingi mall ulang alik mengalahkan acara balapan.
Pulang sebelum Maghrib. Anak-anak kelihatan letih. Jadi aku syak, mereka akan tidur awal. Ternyata syak wasangka aku tak betul langsung. Pulang ke rumah, mereka kelihatan sangat gembira dan bertenaga untuk menterbalikkan rumah.

Tak apalah. These babies adalah hadiah hari hari yang aku dapat. Sayang sangat!
Hadiah hari lahir?

Husband cooked dinner for me. His signature dish – Ayam masak lemak. Sesekali aku pasti akan teringin benar ayam masak lemak versi aneh buatan suami. Yang tak boleh didapati dari tempat lain. Sedap sangat I wanna cry T_____T

Scarves.
Aku mahu scarves tahun ini.
All from Myer.
Suka sangat Myer punya scarves. They are all gorgeous, silky, and pretty.
Malam – Menonton Haywire.
Simple celebration. But big in quality :)
.
.
.
Terima kasih Allah bagi aku peluang hidup selama ini. Terima kasih Allah, hadiahkan aku setiap hari dengan nikmat dan rahmatMU. Terima kasih Ma, sebab lahirkan aku 26 tahun yang lalu. Terima kasih Abah sebab besarkan aku. Terima kasih Sayang, sebab menikahi I. Terima kasih Medina dan Idris sebab ada dalam hidup Mummy. Terima kasih semua orang yang mengingati hari ini adalah hari lahirku.
Posted by chika under
Uncategorized The celebration? Nothing fancy.
Kebelakangan ini, minat memasak saya menjadi-jadi. Saya berasa sangat tradisional. Menjadi watak ‘tradisional’ dalam keluarga adalah terlalu precious (for me). I always fancy the idea of being a SAHM ; cooking, cleaning, sewing, washing, online shopping eh eh OK I mean yang begitu begitulah. Melakukan kesemua ini membuat saya rasa occupied dan gembira. Saya suka menjadi rajin dan kelihatan rajin. Saya malu sekiranya suami pulang dan rumah dalam keadaan tidak ‘berganjak’. Hubs doesn’t care, saya tahu. Kalau saya mahu duduk bergoyang kaki saban hari pon, dia tidak pernah bermasam muka. Tapi kita tahu roles kita, no? Yes.
Saya suka memasak. Suka dengan hebat tidak sama ye. Kalau suka dan makin suka, boleh jadi hebat nanti. Tapi saya belum hebat lagi. Saya sering beritahu orang yang saya suka memasak. Lalu orang akan mengekspresikan WOW sedangkan tak payah pon. Please. No. Tak payah WOW sangat. Suka memasak tak sama dengan hebat memasak. Just so you know now, I am into cooking.
Jadi sempena malam ulangtahun perkahwinan, saya sediakan dinner. We called it a celebration. Makan-makan. Bual-bual tentang makanan. Berulang-ulang tersentuh akan kata-kata ; Dah 3 tahun kita kahwin. Dah 3 tahun kita kahwin. Dah 3 tahun kita kahwin. Berulang-ulang selama 2 hari.
Suami pulang dari kerja pada 6 haribulan, saya sudah siap-siapkan mengajak makan. I love the idea of having candle light dinner. Candle what? Ah. Nak burn candle IKEA dekat rumah pon tak ada chance, tahu? Lupakanlah candlelight dinner itu. Mungkin lain-lain tahun insyaAllah.

Aku andaikan ini istimewa.
Sebab aku tidak berapa gemar roasting.

Roast chicken with lemon and rosemary.
Saya bukan tak minat roasting. Tapi saya tak berapa pandai marinade meat.
Kali ini, menjadi. Baguslah. Membakar semangat sikit.
Aaah! Rumah saya dipagari oleh pokok-pokok rosemary. What not to love about rosemary, tell me? Sudahlah pokoknya berbunga kecil-kecil dan kelihatan sweet. Baunya sungguh culinary art. Rasanya memberi aroma kepada makanan. What not to love? Disebabkan bertuah tak payah beli rosemary, hari-hari saya boleh masak menggunakan rosemary tanpa batas. Sampai Medina bawak main. Flower! Flower! Kata dia.

Thai chili aubergine.
Aubergine ialah terung. Thai ialah Thailand (KAHKAH I fool you!) dan chili ialah … fine fine, stop it!
Chili dekat Australia semuanya terlalu pedas. Tak ada satu pon yang boleh bertolak ansur.
Itu sempena malam anniversary. Pada hari anniversary tersebut, saya masak lagi. Saya tak tahu apa upaya saya yang tersangkut dalam rumah ini untuk meraikan anniversary. Saya tak boleh drive since Malaysian driver license saya dah tak valid to this country. Sebab itu saya enjoy memasak di rumah.
Masak lagi!

Thai Tom Yum Soup.
Tanpa bantuan kiub mahupon tom yum paste, mind you. Oleh kerana saya terlalu gemar thai food dan chinese food, kebelakangan ini saya study kuat ( lagi kuat dari study Structure dekat universiti dulu) to prepare these dishes. Suka sangat! Sydney ada restoren Thai paling mengujakan. Tapi Sydney terlalu jauh.

Lettuce, telur masin dan mangga.
Paling menggembirakan, I baked chocolate sheet cake for our anniversary T_____________T I almost burst into tears. Kalaulah kamu tahu bagaimana teruknya prestasi saya in baking selama ini. Tak pernah menjadi. Tapi kali ini, kek tersebut sangat moist, sedap, enak, lazat, yum, yummy, yum yum, dan sebagainya. Memang tak elok sendiri buat sendiri puji tapi tolonglah. Terlalu terharu T___T HAHAHA.

Chocolate sheet cake.

Keratan rentas. Sudahlah tak berapa bijak baking, potong cake pon tak berapa cantik.
Kek ini telah menjadi bench mark prestasi saya untuk baking. Saya akan berusaha membuat aneka kek selepas ini NGEEE NGEEE NGEEE (ini bukan bunyi macam tak boleh dipercayai ke?) HAHAHA.
Saya suka memasak. Saya suka mengasapkan dapur. Saya suka prepare pretty dishes. Saya suka senyuman suami apabila pulang dan mendapati di atas meja terdapat hidangan orang rajin. Saya suka buat perkara-perkara yang saya suka.
.
Sekarang saya kena pergi tidur. Sebab tidur juga merupakan perkara yang saya suka.
p/s : menunggu yang akan terbang ke depan muka pintu rumah.
Posted by chika under
Uncategorized Blog tertinggal. Aku busy benar. Tapi ini tandanya, aku sudah tahu prioritize perkara-perkara seharian. Hari-hari aku memulakan hari dengan melakukan kerja yang benar-benar perlu. Aku tak berapa ada peluang untuk melakukan hobi seperti membuat tembikar, menganyam bakul atau menyulam songket. Ye, hobi yang begitu begitulah. Yang tak berapa dituntut. Yang kalau tak dibuat selama sebulan, dua bulan, tiga bulan, atau 18 tahun pon tak ada menjejaskan apa-apa. Termasuklah blog. Terlalu berciri ‘sampingan’. Kalau aku tidak menulis blog selama 18 tahun sekalipon ia tidak menjejaskan apa-apa. Jadi aku letak ke tepi. Lalu ditinggalkan dulu.
Aku ini ada suami yang hendak diutamakan. Ada dua anak yang hendak dijaga. Ada rumah yang hendak diuruskan. Ada senarai yang hendak dibeli-belahkan WO WOO WOOO ini sudah tak serius! Maksudnya di sini, dalam 24 jam sehari itu ada tuntutan kerja yang perlu dan mahu dibuat. Yang sebenarnya 24 jam macam tak cukup. Tapi kalau dibagi 42 jam, pon tak cukup. Ah kau. Macam biasalah. Bagi betis nak peha. Bagi sikit nak banyak. Bagi lagi banyak, nak semua. Patutlah Belanda takluk Melaka. Eh, apa ni?
Selama aku tidak bercerita ini, memanglah banyak kejadian yang sungguh menseronokkan telah berlaku. Ye, kecuali tentang Nadal kalah Australian Open itu. Yang lain, agak menggembirakan.
Disebabkan masih ada orang yang mahu baca cerita aku SOBSOBSOB , aku mungkin perlu memberikan kamu idea tentang perkembangan terbaru. Supaya apabila aku kembali bercerita nanti, tidaklah kamu terasa macam membaca sebuah buku koyak. Macam telah hilang banyak chapter. Macam lost. Macam tak faham. Macam terkapai-kapai. Macam nak tanya AIK AIK AIK, APSAL CHIKA NI ADA DEKAT ADELAIDE PULAK? I’ll do quick updates.
- Aku sekarang tinggal di Adelaide. Just in case tidak tahu di bumi Allah mana aku berada, aku masih di Australia. Di South Australia. Terlalu jauh meninggalkan Brisbane, Gold Coast dan Lismore. Bandar-bandar itu semuanya sebahagian dari kenangan.
- Aku mempunyai dua orang anak KIH KIH KIH. Kalau-kalaulah engkau terasa macam aku dah ada 7 orang anak sebab macam dah lama tak blog. Janganlah begitu sekali. Blog aku koma sebulan lebih saja. Jangan ah sweet sangat sampai terasa macam seratus tahun lamanya.
- Aku suka rumah baru ini. Suka sangat. Kerana tidak ada tangga. Usaha tangga kejayaan. Tanpa tangga, tiada usaha. Maksud aku, tak ada usaha untuk Medina menguji tekanan darah aku.
- Medina telah 21 bulan. Idris telah hampir 6 bulan.
- Medina telah menjadi seorang kanak-kanak. Dulu kita boleh membayikan dia. Sekarang dia pula membayikan orang lain. Ye. Kanak-kanak 4 tahun pon boleh dia bayikan. Mungkin dia terllau teruja akan kedewasaannya yang tidak seberapa itu.
- Idris bukan lagi newborn. Dia telah menjadi sangat besar. Hampir boleh merangkak dan duduk atas daya usaha sendiri. Dah boleh menjadi kawan kepada Medina.
- Aku macam dulu juga. Masih muda dan sama macam aku 10 tahun lalu. CEH. Tipu banyak sangat.
- Oh ye. Minat memasak aku semakin menjadi-jadi.
Maafkan aku kerana terpaksa menyudahkan tulisan ini secara tiba-tiba. Ye. Aku masih macam dulu, bukan? Yang menulis dan berhenti sesuka hati.
Posted by chika under
Uncategorized Dear this man,

Selamat menyambut ulangtahun ke-3 perkahwinan.
Terima kasih kerana awesome.
Terima kasih kerana menjadi ‘sesuatu’ dalam hidup ini.
Terima kasih kerana menjadi bapa kepada bayi-bayi awesome.
Told you at 12 midnight ;
Mahu jadi isteri YOU di dunia dan akhirat.
AMIN.
Dear this lady,

Jadilah isteri yang menggembirakan hati suami.
Jadilah isteri yang membantu suami jalan ke syurga.
TSSSKK. I am touched by my own words.
Eh eh. Sendiri tulis, sendiri touching.
Ini sudah pelik.
3 tahun bersama, kita telah menjadi EMPAT.
Dalam KITA, ada ANAK-ANAK kita.
Untuk semua kurniaan ini,
Terima kasih The Almighty.
Nur Medina turns 21 months today.
Posted by chika under
Uncategorized 
We are busy packing.
Esok early in the morning, mover sampai untuk angkut barang kami. Kami nak pindah ke Adelaide. It is in South Australia. Maka, I’ll kiss goodbye to Brisbane, Gold Coast and yeah, Lismore. Lismore will be dearly missed. Kami akan travel by car. Sebab nak sekaligus holiday. Barang-barang akan dihantar masuk storage in Adelaide (somewhere in Adelaide, I don’t know exactly where) oleh mover. It takes about 27 hours, I think. Or around that. Kalau jalan secara terus. But we are going to travel slow and steady. Kami akan travel insyaAllah around 10 days. From Lismore – Sydney – Canberra – Melbourne -Adelaide.
TYA, SEE YOU SOON BABE!
Biarlah barang-barang kami sampai dahulu ke sana. Kami mahu holiday hujung tahun. WALAUPON setibanya di sana kelak, kami belum ada rumah lagi. Tapi rumah to stay for a week dah ada insyaAllah. Semuanya dah plan elok-elok. Harap semuanya seperti yang dirancang.
OK sambung kemas!
Posted by chika under
Uncategorized Selamat pagi.
Bismillah. Long weekends this week for us. Travel to Sydney! Sekarang jam 8.30 pagi dan kami baru bergerak. Lets see how long will it takes to reach Sydney.
Keadaan semasa :




