Archive for the 'Travel : Australia' Category
Posted by chika under
The Adventure of Lismore,
Travel : Australia 7 February 2011 ;
Happy second anniversary, darling husband!
Happy 9th month, baby Medina!
Kami meninggalkan Lismore for celebration. Memandu ke Gold Coast bagai dirancang. Beberapa perancangan. Rancangan yang itu juga yang akhirnya menjadi (Allah knows best).
Bangkit pagi-pagi dan berbesar hati. Dua tahun hidup bersama suami, dan pagi itu bangun tidur pon masih melihat wajahnya. Bukan itu saja. Dua tahun bersama, telah dianugerahkan Nur Medina dari Allah SWT. Sudah 9 bulan bayi itu melihat dunia. Keluar dari tubuhku. Di mana saya masih tak mempercayai keajaiban kelahirannya yang saya lakukan atas tenaga sendiri.
Terima kasih, Tuhan.
2 minggu tanpa berdepan dengan traffic lights dan traffic congestion membuatkan kami keluh kesah sepanjang 1 jam 45 minit pemanduan ke Gold Coast. Lantas tersedar betapa gilanya kehidupan di Gold Coast. Padahal selama ini tak sedar pula. We went straight to Harbour Town Shopping atas dasar tak tahan lagi. Lama tahu, tidak mengunjungi pusat membeli-belah yang proper.
Gembira apabila terkesan kelibat Aini, suami dan anaknya di Harbour Town. Melambai-lambai lalu excited. Mereka bakal pulang ke Malaysia for good pada minggu ini (kan?) Tidak tahu bilakah takdir akan menyusun pertemuan kita lagi. Mereka pulang ke Terengganu. Oh, merumitkan lagi kebarangkalian untuk bertemu since I normally (usually and absolutely) don’t really have the reason to be in Terengganu. Bila pulang Malaysia, saya stuck di Kuala Lumpur sahaja. Tapi itulah. Takdir selalu menyusun sesuatu yang tak disangka. Hopefully.

Maryam is such a darling.
Nanti jumpa lagi (InsyaAllah) mungkin sudah boleh berbual kedua-dua bayi ini.
All the best, Aini and family.
We gonna miss you all.
Di Harbour Town, hanya berhasil mendapatkan pakaian untuk bayi 9 bulan kami. Macam biasalah. Pergi mana pon, dia yang dapat dulu.
Suami telah berlaku romantis apabila telah membuat reservation lunch buffet di Palazzo Versace Hotel. Yum yum. We love good food. Luxurious lunch sempena hari ulangtahun perkahwinan kedengaran begitu fair, bukan?
Ketika berjalan ke table yang di bawa oleh waiter, kami melalui deretan makanan dan saya telah menjadi begitu kencang. Aku nak makan ni, ni, ni, ni (dalam hati) lalu mata melilau macam serigala lapar benar. Desserts!
We had seafood buffet that evening.

Aaaah. Roast salmon dia sangat … urght. Sedap.
Scallop pon enak juga.

And Medina had … teething biscuit?
Tak fair, Mummy! Tak fair.
You’re only a baby, what do you know about being fair or unfair?
Hee hee hee.

Another roast salmon. Tapi smoke salmon dia saya kurang gemar.
Hanyir. Dan saya tidak akan tolerate benda hanyir.
Mulanya saya tak pasti saya boleh tolerate prawn itu atau tidak. Turn up, saya suka lalu mengulang lagi dan lagi. Tapi adalah malas mengopek kulit.

I am happy, Mummy. Don’t worry.
Teething biscuit is actually good.
See Mummy, I share my biscuit with nose, chin, table, bib and floor.
Anak kami telah buat hotel mewah tersebut macam Mc Donald. Di mana dia sepahkan biskut, excited nyaring, menegur makcik pakcik vogue yang lalu lalang celebrate 60th birthday dan menghulur biskut dia pada entah siapa-siapa. Tiada siapa pon yang tidak berhenti sebentar menegur dia lalu kuchi kuchi pada dia. Apa-apalah, anak. Asalkan pasangan ibubapa yang menyambut anniversary ke-2 ini dapat menikmati lunch dan membincangkan makanan kami.

Ini pinggan suami yang mengandungi beberapa statements ;
1) Sushi adalah yewwwww no way! Saya tak lalu. Dan memanglah tidak suka sama sekali.
2) Mussel sangat menguji pendirian saya. Suami tak kasi saya makan. Lalu patuh. Sampai kini teringat.

Steamed Barramundi OMG sedapnya (malas nak ingat)

Vegetable soup and urght … oyster.
OYSTERRRRR *menangis*
Juga tidak merasa sebab patuh.
Dan akhirnya desserts yang begitu banyak sampai tak dapat rasa semua. Walaupon awalnya tekad nak bolot semua tapi kecundang. Perut telah penuh.

Kecundang. Tidak sempat merasa Creme Brulee gara-gara lambat. Orang lambat selalu rugi (walaupon kadang-kadang orang lambat yang untung, tapi kali ini memang rugi) Beraneka lagi desserts yang terpaksa ditinggalkan. Kalaulah boleh hold kejap dan minta dia tapau ke apa … Duh.

Where is this hotel situated? Just near Sea World.

Hari yang begitu terik. Semua orang berpeluh dan comot.
Seterusnya ialah ke Surfers Paradise untuk mencari hadiah anniversary. Hadiah adalah mesti. Ke DFS Gallery dan gembira hip hip hooray. Tapi hadiah akan dirahsiakan sebab ini sentimental kami berdua. HAHA. Tak payahlah tahu (–__– “ )

Medina sudah 9 bulan. Semakin lasak. Semakin macam-macam. Syllabus bahasa dia pon sudah pelbagai. Dari Mommamommamomma kepadalah tatatatata, din din din, dadi dadi, mahupon zasssss. Sangat mudah terpengaruh akan perbuatan ibunya. Kalau saya tepuk kepala, dia tepuk kepala. Kalau saya wawawawa (tepuk mulut dengan tangan), dia pon tiru juga. Kalau saya jerit, dia jerit juga. Kalau saya nyanyi, dia humming. Kalau saya tak nampak apa dia sedang buat, dia akan diam-diam pergi kepala katil dan berdiri lalu lepaskan diri. Menghempas badan ke atas tilam dan ini bukan kelakar OK. Ini buat emak dia serangan jantung. Juga sudah mula fokus. Iaitu hanya main satu toy sahaja dalam satu tempoh dan belek, dan kopek, dan cabut dan lempar. Tak ketinggalan, dah develop skill memanjat juga. Tak suka plain water (just like Mummy), dan berani saya istiharkan, inilah dia betul-betul punya hampir 100% fully breastfed (tanpa perfect meal kecuali teething rusk nak distract dia sekali sekala) Selebihnya, memang membesar dengan susu. Terima kasih sebab masih dahagakan susu Mummy. Atau Mummy akan sengsara akibat engorgement.
Terkenang kenangan baru melahirkan. Engorgement adalah seksaan yang boleh membuatkan ibu-ibu menangis meraung. Sekarang tidaklah seteruk itu, but still. Breast kau engorge. Tak ke menggelabah kau nak express atau minta anak selamatkan engkau? HAHA.
On another note, kepada yang bertanya apa supplement yang saya ambil, jawapannya masih sama macam dulu. Masih tak pernah berhenti mengambil Blackmores for Pregnancy & Breastfeeding sejak berkahwin hingga kini. Juga minum Ensure. Sebab nak kembali berisi. Kembali berisi. Kembali berisi. Kembali berisi (40 kali) Itu sajalah yang dapat saya bagitahu sebab saya tak mengamalkan pemakanan tertentu.

Second anniversary, bertiga.
Adakah third anniversary kita akan berlima?
Aik, apsal tetiba jadi lima?
LALALALALA sedangkan menara boleh berkembar, inikan pula fetus.
KAHKAHKAH tak kelakar.
Eh, rezeki itu hak Allah.
Dear suami,
You’re just perfect.
Dear anak perempuanku,
You’re beautiful.
I love you two.
Ya Allah,
Please bless us.
And thank you Allah.
Posted by chika under
The Adventure of Lismore,
Travel : Australia Memanglah tiada Westfield, tiada skyscrapers, tiada pemandangan city bercahaya neon dan kenderaan lalu-lalang macam semua berebut jalan umpama jalan itu pusaka keluarga dia. Tempat ini hanya menjanjikan pemandangan luarbandar. Kalau kamu suka scenic drive, aktiviti bersama alam semulajadi dan simple life, kamu mesti suka tempat ini; tempat di mana saya dan keluarga akan berada selama satu tahun ini. InsyaAllah.
Kami dah mula suka dah.
Setelah lebih minggu ; 1) Kami tidak terganggu fikiran oleh apa-apa. Hidup sangat simple without high demand. Sebab nak demand pon tak ada guna. Semuanya terhad. Demand for good cosy restaurant for dinner? Demand for good food outside? Janganlah mengharap. There’s only ONE halal kebab (a very small shop) in Molesworth Street that we can put our hope in. Hasilnya, dapur rumah kerap berasap sungguhpun hanya dengan hidangan mudah. But still, homemade food is the best. Bukan?
2) Kami tidak bertemu lampu isyarat walau di mana-mana jua sekitar ini. Bukankah ini menakjubkan? Malah di kampung saya back in Tanjung Malim juga boleh ditemui traffic lights bersusun-susun. Traffic di tempat ini sangat mengubati sakit jiwa (sekiranya ada)
3) Speed limits are very strict in New South Wales. Camera perangkap berada di mana-mana nak tangkap wang kamu. Normally, you can go only up to 60km/h. Kedengaran teruk bukan? Memang teruk. Tapi bukankah ini membawa kepada kehidupan yang sungguh tenang dan tidak gelojoh?
4) Kami juga sudah lama tidak sakit jiwa pada setiap malam Khamis tatkala melakukan latenight shopping. Tidak ada lagi suasana sakit jiwa mendapatkan parking di Westfield. Pandu sahaja 5 minutes away from home, kamu sudah berada di Lismore Shopping Square, dan boleh pilih best parking.
Hiburan kami juga mungkin sudah tidak sama. We are now close to nature (and please don’t laugh lah) Ballina beach is only 20 minutes away (drive, bukan jalan kaki) Ballina adalah sangat cantik dan kami bercakap kosong (atau sebenarnya berangan atau berimpian) adalah indah kalau dapat memiliki salah satu rumah di Ballina. Tapi tak apalah. The property may cost you a fortune (kot)
So. Ballina.
Hari Sabtu lepas, kami ke Ballina untuk mencari hiburan bersesuaian dengan masa dan tempat.

Pemandangan dari lookout area.
Banyak batu di sini. Bukan tempat mandi unless kau suka mandi langgar batu like heck?
Kawasan mandi adalah di beach lain. Saya tak ingat apa nama beach ini.

Angin bayu membawa diriku.
Adalah nikmat terkena serbuan angin bayu yang sangat lasak pada hari panas yang membakar diri. Minggu lalu adalah minggu yang sangat panas. Saya hampir rentung dalam rumah sendiri. Hampir. Belum rentung lagi.

Angin bayu membawa rambutku ….

I’ve posted this photo in Facebook (Instagram exactly) dan menerima komen dengki (WAHAHAHAHA aku tuduh korang dengki WAHAHAHA) berbunyi : Apsal kurus sangat? Apsal apsal? Kurusnya! Eii eiii kurus! Kurus kurus kurus dan seumpamanya.
OK lah, kurus.
T_________T
Kejaplah, aku tengah struggle nak gemuklah ni.
Apa engkau ingat aku puas hati sangat jadi sekeping macam ini?

Memandangkan hari adalah panas terik, maka tak lalu lah nak berjalan di sepanjang laluan di bawa sana. Saya cuma mahu masuk kereta, bersejuk-sejuk dan menikmati pantai dari dalam kereta.
Lalu lapar.
Telah tersilap pilih fish market pada awalnya. Lalu berasa tidak puas hati. Maka kena makan lagi di fish market yang lebih baik.

Nothern Rivers Seafood yay!
Tapi tak se-yay Harbour Town Seafood.
Heh sudahlah tu. Harbour Town adalah kehidupan lepas.

Dan picnic tepi river sebelah banglo orang. HAHA main lepak je tak kira tempat.

Medina terbangun dari tidur lalu terkesima apabila menyedari diri berada di atas rumput dan ditiup angin laut. Kemainlah dia selepas itu cuba memakan rumput. Oh, cuba rampas prawn cutlet saya juga tapi dalam beberapa cubaan yang gagal.
Posted by chika under
Nur Medina,
Travel : Australia 29/12/2011
Dreamworld, Gold Coast.

Kalau kamu nak kata ; Baiknya Medina duduk dalam carseat! Tak nangis pon. Kalau anak saya, dah meronta-ronta. Kalaulah anak saya macam Medina, alangkah bertuahnya — Tak payahlah susah-susah puji sedemikian rupa. Sebab hakikatnya bukan seindah yang kamu nampak dalam foto di atas. HAHA.
Di Australia, carseat adalah wajip. Kalau tak dengar kata, padah. Antara yang saya tahu tentang undang-undang Child Restraints di Australia untuk dikongsi adalah :
- Kanak-kanak bawah 6 bulan, mesti guna car seat untuk bayi kecil. Yang dipasang dengan betul (kena bawa ke pusat tertentu untuk check sama ada kamu pasang betul atau tak. Kalau pasang tak betul dan tak pergi perbetulkan diri, boleh membawa kepada saman) Mesti fastened dan menghadap ke belakang bagi bayi kecil.
- Kanak-kanak bawah 7 tahun, mesti duduk atas booster seat. Tak boleh suka-suki berdiri melompat mahupon keluar tangan kaki dan kepala kat cermin.
- Antara usia 6 bulan hingga 4 tahun barulah boleh guna baby car seat yang menghadap ke depan.
- Kedegilan boleh dikenakan denda $300 (kalau tak letak kat car seat) dan another $300 (kalau salah pasang car seat) dan another $300 (kalau letak car seat kat seat depan. Ha kau. Memang patah hati kalau disaman macam ni punya banyak.
- Baby capsule boleh sewa dari Queensland Ambulance (like we did. Dah pulangkan pon)
Maka. Ini akan menghasilkan pula …
- Kereta yang semakin sempit kalau anak ada 2. HAHA. 2 orang anak dah cukup untuk mensempitkan kereta. Sebab dua-dua akan memerlukan car seat (atau booster seat) Kalau ada 2 kereta, bukankah 2 kali ganda pula bilangan car seat kau kena beli? Itu baru cerita KALAU 2 anak. Kalau ada 4 orang anak ? ; 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun, dan 6 bulan? Fuuu fuuuu *padam padam padam awan imaginasi*
- Baby memang secara keseluruhannya mana suka car seat. Dahlah tak kena pangku. Kena duduk sendiri. Kena fastened. Anak menjerit menggigil sepanjang jalan dah jadi perkara biasa kat telinga saya ketika travel. Hati memang pedih. Tapi kena pekakkan telinga. Alhamdulillah, sekarang ni Medina taklah teruk macam dulu sangat. Masih teruk. Tapi lama-lama dia boleh settle diri.
Beberapa bulan lepas, terbaca news. Bapa kena penjara dan didenda kerana anak lumpuh. Anak dia lumpuh semasa kemalangan. Dan dia tak restrain anak dia T___________________T Begitu ketat undang-undang ini. Bagus memang bagus. Tapi kadang-kadang haku pon stress bila anak melalak sepanjang jalan dan tak boleh angkat. Pada waktu tersebut, memang dapatkan sepatah dua kata kesat kat government. HAHA.
OK.
Memandangkan dah terbanyak tulis tentang baby car seat, saya akan mencatu tulisan pada cerita yang sepatutnya ini. HAHA.
Hai semua. Hujung bulan lalu, kami bawa Medina ke Dreamworld. Sebab lain, ada show baru nak kena tengok. Sebab lain lagi, sengaja nak kena pergi sebelum pindah. Sebab yang lagi lain, saya dan suami nak makan buffet kat Billabong. Memang ah. Setiap kali datang Dreamworld, sebenarnya sebab nak makan saja.

Hari tersebut adalah public holiday dan cuti sekolah. Ha, merasalah engkau berpusu-pusu dan melihat barisan panjang nak beli tiket.

Fenomena yang biasa terjadi pada setiap musim cuti dan pada setiap musim panas. Pitam kepala rasa. Tapi syukur kami tak perlu melaluinya. Kami ada VIP card boleh akses laju-laju ikut VIP akses. Kalau ditakdirkan kena beratur macam ini, sumpah aku ajak suami pergi Harbour Town terus. KAH KAH KAH. Harbour Town aje kau tahu ye.
Kami datang nak tengok show baru. Bukan nak main apa-apa. Sebab dah puas main. Dan dah puas beratur tunggu turn nak main. Tak sanggup lagi dah. Antara show baru dia ; Dorothy The Dinosaur Show.
WE LOVE DOROTHY!

Sebelum show, ternampak Henry The Octopus.
Oh dulu sangat tak suka bila masuk The Wiggles World. Pitam kepala dengan lagu dia. Sekarang, situlah tempat kami melepak hiburkan anak. Baru padan muka kitorang. HAHA.
Semasa Dorothy The Dinosaur show :

Medina joget.
Tapi mata sebuk perhati budak-budak lain.
Bukannya dia focus kat stage.

Dan juga sebuk perhati makcik depan dia.

Budak-budak besar ni kalau dibagi merayap bebas, memang suka.

Emak dia pon suka juga. Tapi suka nak beli playhouse macam itu.
Harap apabila Medina besar sikit kelak dan boleh mengerti, dapat memiliki sebuah playhouse.
Dan kita akan sama-sama riadah dalam playhouse itu sementara tunggu Daddy pulang.
Bestnya!
Demanding note : Nak playhouse yang boleh muatkan kita satu keluarga.
OK kalau camtu baik main dalam rumah sendiri je terus takyah playhouse. HAHA

Dua insan yang selalu kutuk The Wiggles.
Sekarang, The Wiggles jugaklah dua muka ini kena hadap.
Boo ya!
Mummy dengan Daddy dah gembirakan Medina dengan melayan The Wiggles. Sekarang turn kami pula nak bergembira. Medina tolong bagi kerjasama (dalam kata lain, tidur adalah yang sebaik-baiknya) LOL

Terima kasih, darling.

Dapat makan. Suka tak terperi.
Namun.

Tak lama itu, Medina pon bangun dan terus buli kami. Dia suruh dukung dia. Pastu dia meragam nak capai mangkuk. Dia lesing mangkuk tu ke bawah. Buat macam rumah sendiri. Nasib baik restoren tu berkarpet. Kalau tak, gantilah aku mangkuk pecah tu. Akhirnya kami bagi dia carrot. Gembira bukan kepalang.
Iyalah. Dia tengok bayi depan dia makan macam-macam. Bayi tersebut berciri ALL YOU CAN EAT suami saya kata. Segala macam makanan ibubapa dia bagi makan. Naik risau kami tengok. Tapi dah anak dia, dia lagi tahulah. Yang saya tahu, anak saya tak makan macam-macam. Dia makan pisang saja dan tidur pon dengan pisang KAHKAHKAH. Tak lah. Tapi Medina makan setakat rasa-rasa saja. Kalau kata complete meal tu, memang tak ada lagi.

Selain makan carrot, dia juga bermain dengan carrot, menjerit dekat telinga carrot, dan bercakap dengan carrot.

Hanya mampu memperhati kelakuan anak.
Dan suami pula memperhati kelakuan isteri selera makan yang baik.

Benda manis memang pujaan hatiku.
Kurang gula? Light light? Bukan taste saya.

Kita lupakan carrot kejap ye. Kita vain dulu.
OK OK pasni sambung bercakap dengan carrot OK.
Kami juga pergi menyaksikan Aboriginal Show. Show baru. Kurang best. Mungkin sebab jiwa aborigional tak ada dalam diri kami. Maka tak faham sangat kenapa kena tengok show tersebut. Dan terus angkat kaki.Ada pulak The Wiggles show. Tengok sekejap dan minta diri sebab tak berapa gemar.
Suami nak mencuba Tower Of Terror II. Takyah terror sangat kalau nak mencuba. Sebab saya pon mampu cuba dulu. Jadi rasanya, memang takyah terror sangat. Sebab aku pon bukan terror tapi boleh pergi. HAHAHAHA. Tapi yang ini version baru.

Saya pergi menunggu dengan Medina. Sampai Medina tertidur lama. Saya pon naik tersengguk menunggu tepi jalan. Suami pergi beratur. Punya lama beratur. Lama gila. Gila punya lama. Kalau lagi lama boleh jadi betul-betul gila. Tetiba suami pon muncul. Ingatkan dia dah selamat menunjuk terror. TAPI KASIHAN. Suami akhirnya tumpas. Tak tak bukan sebab tak terror. Tapi sebab tak sanggup dan nak beratur tunggu turn. Kasihan suami saya.
Lain kalilah kita cuba lagi.
Dan akhirnya kami menyaksikan MAGIC SHOW!
Magic Show dia sangat best. Siapa pergi Dreamworld, tengoklah magic show dia. Clever.

Bila diangkat tinggi, dia pon bangga.

Rasa nak tepuk bontot dia.

Tengok show.
Ijat punya komen ; HAHA akhirnya masuk jugak.
Itulah. Dulu kalau setiap kali lalu tempat ni, mesti saya nak jalan laju-laju. Sebab meriah sangat dengan lagu. Buat kepala pusing. Dan selalu geli hati tengok emak-emak naik cup ini dengan anak. Sekarang … HAHAHA. Fun indeed. Lagi fun sebab Medina excited menjerit sakan dan melompat girang. Dia tak tahu Mummy dia sedang pitam. HAHA.
Nak baw Medina ke Movieworld. Tapi macam suntuk masa. Mungkin nanti-nantilah selepas settle urusan pindah.
Posted by chika under
Melbourne,
Travel : Australia Kembali ke Melbourne.
Hari terakhir sebelum pulang ke Brisbane. Flight malam. Jadi siangnya masih merayap-rayap melihat apa yang patut.

Pagi-pagi sudah bersiap keluar.
Di hadapan hotel yang kami tinggal.
Sebenarnya kami booked dua hotel. Bertukar-tukar. And the second one tu sangat tidak menggembirakan. Compare to the first one yang sangat best. Tapi tak apa pon. Bukan datang nak menikmati hotel. Cuma nak tidur dan mandi saja. Tapi tak boleh lupa this one incident happened masa kami duduk the second hotel. The room was very small. Husband tried to turn on the TV. Either it was quite tricky to turn on that old TV or we actually kena register for permission ke apa, tak tahulah. Oh, boy! Poor room. Tu satu hal. Tiba-tiba, fire alarm berbunyi tengah-tengah malam (or was it pagi-pagi buta?). Tak tahulah apa kami dah buat, but we were very sure, WE triggered the alarm. Ya Allah, buat kecoh satu hotel OK. Tapi tak ada siapa tahu pon LALALALALA. Pihak hotel mungkin tahu room mana yang trigger alarm tu, tapi as long as semua guests lain tak tahu, OK lah tu. HAHAHAHA. Sweet memory la kan?
Tunggu tram.
Medina kena bungkus dalam pouch. HAHA Daddy ada pouch and Medina macam Joey.
Sebenarnya, memang teruk jugaklah hari tu. Tak tahu nak ke mana sebab tak berani nak berjalan jauh-jauh. Takut ada aral melintang di tengah jalan, habislah kami terlentang tak dapat kejar flight pulak. Jadi kami ke Harbour Town. Memang macam loser la jugak pergi Harbour Town. Setakat nak pergi Harbour Town, Gold Coast pon ada dan lagi best. Namun, tetap rasa berbaloi sebab dapat makan.
Sesuatu yang sangat best tentang Harbour Town Melbourne dibandingkan dengan Gold Coast. Dekat Melbourne ni ada a few halal restaurant. Kalau dekat Gold Coast, balik Harbour Town mesti kena makan seafood la jawapnya sebab memang tak ada kedai halal kecuali …. kebab *boring*
There is one restaurant dalam Harbour Town tu bernama Chili Padi. Tapi kedai ni macam ada konflik identiti kot. HAHA . Nama dia Chili Padi. So akan rasa macam kedai Malaysia? Nyonya? Or something like that. Tapi masakan dia adalah berkonsep Japanese. Tapi dalam versi rendang dan ala-ala masakan Melayu. Ah, never mind asalkan dapat makan. Japanese rendang pon, japanese rendangla labu.

Bento set.
Bento yang mengandungi : Rendang, satay, nasik, japanese salad, dan buah peach.
Baiklah memang agak konflik.

Tidak ingat exactly nama dia.
Roasted chicken dengan salad, nasi dan seaweed.
Tapi sedap.


Walaupon macam konflik dan tak tahu nak klasifikasikan sebagai kedai apa ni, tapi sebenarnya makanan dia not bad.
Posted by chika under
Melbourne,
Travel : Australia 31 July 2010.
Melbourne.
Saya bawa kamu ke Melbourne lagi, ye? Walaupon cerita lemau-lemau belaka tapi lemau dengan basi tak sama. Namun, benda kadang-kadang jadi lemau sebab dah lama sangat dibiarkan sampai dah tak ingat. Begitulah juga dengan cerita ini. Memang betul punya lemau sampai dah tak boleh ingat apakah caption kepada gambar-gambar di bawah. Tapi tak apa. Kita cuba kelentong eh tak tak. Kita cuba karang tulisan seingat yang boleh.
Pada waktu kami di Melbourne itu, musim sejuk berlangsung. Sejuk di Melbourne tak boleh bawak main macam sejuk di Brisbane. Memang sejuk dia tak kelakar langsung. Sebagai tourist, keluar malam-malam satu kemestian kalau tak rugi. Musim sejuk dan keluar malam. Memang satu kesengsaraan.Bukan sahaja sengsara sejuk ke tulang, tapi sengsara lapar ke perut.
Kami di Docklands pada ketika itu menyaksikan apa yang patut (dan yang tak patut juga) Docklands sangat meriah. Dan terdapat beraneka restaurant di situ yang agak mewah tapi nak jumpa yang halal memang susah. Sebab kalau dah mewah-mewah memang dia tak peduli nak buat halal-halal. Apa dia ingat makanan halal tidak mewah? Ewah ewah.
Pusing-pusing dan mengatur langkah, kami tiba di sebuah restaurant yang mempunyai rekabentuk arsitektur yang menarik. MECCA BAH nama dia. Nampak macam Arab kacuk Sabah tapi serve makanan Morocco. Mungkin konflik identiti atau sebenarnya anak kacukan. Heh sukahati engkau aje.

Picture googled.

Disebabkan tadi dah define lemau sebagai benda yang ditinggalkan terlalu lama sampai dah lupa, sekarang memang dah lupa apakah menu yang saya makan ini. Memang tak ingat. Tapi seingat yang boleh, ianya merupakan ayam yang dibakar and marinated with certain moroccan style i-don’t-know-what. Rasa dia memang unik iaitu tak pernah rasa sebelum ini. Agak manis. Heh, cakap sajalah sedap kan senang. Mmenag sedap tapi portion dia kecik gila rasa nak sentap. Tak cukup mengenyangkan.

Yang ini pula nama dia pon-i-don’t-know-what. Cheesy. Agak sedap. Siapa pandai Moroccon cuisine mungkin boleh bantu saya menyelesaikan masalah yang lemau ini.

Ini penyebab kepada cerita ini jadi lemau. Itulah padah dia suka peram entry dalam draft sampai berbulan-bulan. Sekarang nak cerita balik semua dah tak berapa nak ingat.

Haaaa. Yang ini kami memang ingat. Macca Bah bread with dips. Kami ‘dapat’ makanan ini kerana helah waiter yang manis mulut. OK malas nak cerita sebab I bitter. Heh tetiba nak bitter.
Pengalaman makan malam di restoren ini adalah indah. Dengan pemandangan menghala ke sebuah sungai yang bercahaya-cahaya. Dengan rupa paras restoren yang anggun. Dengan makanan yang sedap. Tapi terima kasihlah, memang tak membuatkan kami rasa nak pergi lagi. Tak tahu kenapa rasa tak mahu datang lagi. Mungkin boleh dikatakan, restoran ini tak cukup aura. HAHAHAHA.
Tapi kalau siapa-siapa nak cuba, silakan. HALAAL.