Archive for the 'the chika' Category

Ramadhan 1432 H

Posted by chika under Parenthood, the chika, Uncategorized

Ramadhan 3.

Apa khabar semua? Selamat menjalani bulan Ramadhan. Tingkatkan ibadah, tingkatkan istiqamah, dan tingkatkan berat badan? Harap jangan. Kerana bulan Ramadhan sebenarnya bukan bulan menjulang juadah bermeja-meja. Tapi memang tak boleh dinafikan. Juadah sedap memang sebahagian daripada keindahan Ramadhan. Tapi menjaga bentuk tubuh juga saranan Islam. Bukan sebab nak melaram Kebaya Nyonya sempena Aidilfitri. Tapi tubuh badan ideal, adalah tubuh yang sihat. Tubuh yang sihat, membantu ibadah.

Maka jangan pandang serong usaha diet rakan-rakan.

Terlalu random. Bukan nak buka cerita pasal diet Ramadhan. Sengaja datang tengok blog untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan kepada semua muslimin. Dah Ramadhan yang ke-3. Alhamdulillah. Saya berpuasa. Cabaran berpuasa kali ini adalah nafsu makan ibu hamil. Bukan kerana kurang upaya, atau tak larat. Keupayaan insyaAllah ada. Larat memang larat. Tapi keinginan nafsu sangat teruk. You get me? Macam tak sabar sabar nak menunggu jam 5 petang setiap hari. Tak sabar-sabar nak menyambar makanan. Sudahlah aroma masakan Mak Yang mula mengganggu setiap jam 3 petang. Buruk betul sikap ini. Harap dapat menumpaskannya dari diri.

Masuk sahaja waktu berbuka puasa, makanan yang disambar-sambar akhirnya putus di tengah jalan. HAHA. Ruang perut terlalu kecil. Makan sikit sahaja sudah cukup untuk mensesakkan pernafasan. Menjadikan saya kurang makan. Tapi akan mengambil makanan secara kerap. Makan, semput, makan, semput.

Saya dalam minggu ke-37. Lagi 3 minggu (or less? or more?) sebelum menyambut kehadiran khalifah baru in the family. Due date saya pada 22 August 2011. Akan melahirkan bayi ini di Lismore Base Hospital. Tempat kerja suami. Kondisi kehamilan saya menurut obstetrician, adalah OK. Walaupon saya dihantui oleh labour yang mungkin come early, doctor cakap dia tidak rasa begitu.

Anak saya yang cheeky sedang merengek di bawah. Dia memerlukan cuddling session, I know. Maka, sampai di sini sahaja karangan saya dalam format Ramadhan ini. Diharap karangan baru akan muncul lagi dan lagi. Khuatir dengan keupayaan sendiri, macam ada chance blog ini tidak akan dikemaskini sehinggalah kehidupan harian saya menjadi kembali terurus. Sekarang memang tak berapa terurus. Sebab banyak sangat urusan nak menguruskan seorang anak itu dan sebuah rumah kecil ini. Nanti kalau kena menguruskan dua orang anak dan aku berasa makin tak terurus, blog ini aku bekukan jadi tugu peringatan negara. Siapa datang, boleh melihat monumen. KAHKAHKAH.

Err. Sebenarnya tadi nak buat WordlessWednesday. Tapi Si Murai mana boleh menjadi wordless sangat. Dan di bawah ini adalah gambar-gambar Wordless Wednesday yang tidak menjadi.

Medina ada bouncy castle. Dah dua bulan rasanya Daddy dia beli. Pernah main sekali sahaja. Musim sejuk ini, janganlah dibuat-buat bermain di luar. Kita tunggu musim hangat tiba. Kita buka semula bouncy castle OK.

Sebelum itu,

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 26 BUAT MA & ABAH.
1 AUGUST 1985 – SYURGA
(hendaknya)

Chinese Dumpling

Posted by chika under life, Melbourne, My Fancy Pregnancy, the chika, Travel : Australia

Our lunch on one of those days in Melbourne. Kalau tanya saya apa saya paling suka tentang Melbourne, ialah makan! Halal food is everywhere. Fikir saja nak makan apa, semua ada. Be it Italian cuisine, French cuisine, Middle East, Chinese, Indian, Malay, semua ada.

Salah satu restaurant yang masih melekat dalam fikiran kami dan masih disebut sesekali apabila perlu (?) adalah Chinese Dumpling Restaurant. Tak jauh dari hotel kami. Teringat hotel yang kami tinggal dekat Melbourne tu rasa macam eiii bestnya. Turun saja terus sampai ke macam-macam tempat menarik. Betul-betul di center of attraction. Harap dapat pergi Melbourne lagi amin.

Chinese Dumpling Restaurant. Saya tak sure kalau ini adalah nama restoren itu. Consider it is lah kan. HAHA. Portion dia subhanallah punya besar. Makanan dia not bad dan kami menjadi tamak. Order banyak-banyak dan menjamu selera sampai akhirnya dah tak selera dibuatnya.

Kalau kami ditakdirkan duduk Melbourne, insyaAllah comel-comel belaka kami ini jadinya. KAH KAH KAH. Itu hari pon dah hampir nak comel je rasa.

Tya, invite lah I datang Melbourne. HAHAHA. In return, jemputlah ke Brisbane. We are waiting for you guys.

Happy Birthday, Dad.

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, the chika, Uncategorized

Your Daughter,
Nur Medina.

Cerita Wayang

Posted by chika under bloggy, the chika, Uncategorized

500 Days Of Summer.

Ini bukan cerita cinta. Ini cerita gadis bertemu teruna. Demikianlah menurut yang diriwayatkan oleh narrator. Tiga kali sambung, baru selesai saya menonton. Artinya apa? Artinya saya menganggap filem ini bosan. Dull saja. Malah saya tidak bertemu element ‘sweet sweet’ sepanjang penceritaan. Sehinggalah ke ending apabila ;

Hi. I am Tom.
Hi. I am Autumn.

Manis sekali penyudahnya. Bagi saya secara personal (PERSONAL, faham personal?) ending dia yang menguatkan pengaruh ‘manis’ dalam filem ini. Selebihnya, biasa saja. Kalau tidak, tak adalah tiga kali PAUSE. Seleksi lagu semua ngam. Suasana gambar pon cantik.

.

Love Actually.

Outdated-nya! HAHA. Baru tengok. Tidak menarik. Tak ada benda yang meninggalkan kesan abadi. Keira Knightley pon kurang hot dalam filem ini.

.

Kissing Jessica Stein.

Ini filem tentang lesbian. Duh. Tapi entertaining. Cerita dia tentang seorang perempuan yang desperately want a boyfriend. Tapi tak berjumpa-jumpa juga her Mr.Right. Sampailah akhirnya dia terdorong menjadi lesbian. Kelakar gila dan menggelikan juga menyaksikan kisah cinta dua wanita. Sumpah menggelikan. Norma-norma hilang. Namun, ianya entertaining lah.

.

Julie & Julia.

Sangat interesting. Saya recommend siapa belum tengok, tengok. Cerita tentang surirumah 23 tahun tak pandai masak. Pastu hari-hari masak nasik goreng. Hari-hari google ‘resepi nasik goreng’. Bila dia masak mee goreng pon, suami dia cakap dia masak nasik goreng. HAHA aik? Macam kenal je plot cerita ini? Tak tak I gurau saja. Cerita ini tentang Julie, seorang yang bosan dengan pekerjaannya dan  akhirnya terinspirasi oleh seorang tukang masak lagenda  (Julia). Julie kemudiannya menyahut cabaran (dia cabar diri dia sendiri) untuk menyiapkan 524 resepi milik Julia dalam masa 365 hari. And she blogged about it!

Harus tonton! Ini antara movie kegemaran saya. Sebab dia lain dan unik.

A feel-good movie.

2012.

Hoooooooo dahsyat dahsyat. Semasa menonton, ada impact dia dalam bentuk debaran. Tapi kalau nak kata terkesan, rasanya tidak berapa terkesan. Sebab kita tahu, hakikat kiamat bukan macam itu. Malah hakikat kiamat itu tak dapat tercapai dek akal waras. Saya tunggu babak langit dan bumi bergulung, berlipat dan bersatu dalam satu bencana maha hebat. Sekadar nak tengok macam mana imaginasi bencana itu. Malangnya, tak ada. Yang ada hanyalah imaginasi bumi terbelah-belah dan lautan bergelora secara super sekaan-akan bayangan tsunami. Dan itu adalah … urmph … so-so. Bukan nak cakap efek dia tidak hebat. Hebat. Tapi tidak terkesan. Heh mana mungkin imaginasi kiamat boleh dibuat sempurna oleh hanya seorang pengarah filem. Director buat filem tak rujuk Al-Quran ni. HAHA.

Namun sungguh not bad filem ini. Boleh blah. Tidak bosan walaupon frust dengan ending dia. Happy ending? Whoat the? Lagi syok kalau semua musnah. Yang kelakar dia, nanti menjelang kiamat siapa naik ship tersebut akan selamat. Ini salah tafsir peristiwa bahtera Nabi Nuh neh. Haish. Dan siapa ada pesawat peribadi ada chance survive lama sikit. HAHA.Terpesong sangat.

.

Ketika Cinta Bertasbih.

Boleh melangut depan youtube ye kalau nak tonton. HAHA. Saya prefer Ayat-Ayat Cinta. Sebab filem ini kurang ‘kick’ dari segi persembahan dia. Element ‘cinta’ dia pon kurang power. Maksud dia, tak berapa interesting. Bukan tak interesting, tapi kurang menyengat dari gelombang Ayat-Ayat Cinta. Ending dia anti-klimaks betul. Sebab tiada ending (?) Filem ini akan bersambung. Fuuuu buat aku berasa jengkel sahaja sebab kena tunggu lagi.

Tapi hero dia boleh blah. Errrr? KAH KAH KAH.

.

.

Sekian terima kasih jumpa lagi. Bedtime.

Nurulism is Narcissism

Posted by chika under the chika

Sewaktu mempunyai masa lapang (which is, my waktu always lapang), saya telah duduk di depan komputer riba (but its not on the riba, its on the pillow. So lets call it pillowtop, cute) Baiklah semua, nama komputer riba saya ialah Pillowtop. (bukankah ayat ini wasted dan berciri tak payah?) Good, proceed.

Saya membuat pekerjaan pelik yang berciri Narcissism.

Narcissism describes the trait of excessive self-love, based on self-image or ego.
Timba ilmu Narcissism dengan lebih mendalam dengan meng-klik SINI.

Kalau susah sangat belajar bercikgukan Wikipedia, marilah Cikgu Chika ajarkan secara sempoi-sempoi bahasa. Narcissism walaupon boleh dianggap sebagai satu penyakit, tapi Doctor Chika tidak akan diagnose ianya sebagai penyakit. (Aik? Bukankah tadi sedang menjadik cikgu? Kenapakah sudah bergelar Doctor pulak?) Nevermind. Narcissism ialah satu sikap yang sangat ghairah dengan kecintaan terhadap diri sendiri. Anda kena hati-hati dengan sikap ini. Kerna tanpa kefahaman yang betul, sikap ini akan dituduh sebagai Syok Sendiri dan akan disuaipadankan dengan pepatah angkat bakul sendiri. Malah secara psikologynya, Narcissism dikatakan sebagai satu penyakit personality disorder. Jangan worry.

Dalam prinsip Nurulism, Narcissism ialah sangat mulia. Obsess kepada diri sendiri sampai membuatkan kita sangat falling cinta dengan diri sendiri tanpa rasa bersalah. Bukankah sikap tersebut kedengaran sangat brilliant? Cintailah diri sendiri secara habis-habisan. Admire lah diri anda lebih daripada anda admire orang lain. Langkah pertama untuk bersikap Narcissism, anda kena laungkan kata-kata berciri angkuh semacam ini. Ini example saja ; Aku lagi seronok jadi diri aku daripada menjadi Christina Aguilera. Christina Aguilera bukanlah cantik sangat. See. Ini ayat contoh untuk membangkitkan kecintaan kepada diri sendiri. Anda boleh adjust ayat ini mengikut keperluan anda. Ini aku bagi contoh sahaja.

Baiklah. Apakah motif entry? Motif dia ada 2 sahaja.

  1. Janganlah memandang remeh dan memandang hina kepada gejala Narcissism sebab ianya semacam mulia juga kalau pandai digayakan mengikut keperluan. Kita kenalah pandai memanipulasikan kekurangan diri dengan cara yang disebutkan di atas. Ia akan mengelakkan anda menjadi loser. Ingat. Cinta kepada diri secara obsess. Sikap tersebut sangat comel bukan?
  2. Aku ingin membagi tahu anda bahawa perbuatan aku malam semalam sangat narcissism. Iaitu pergi meng-google blog sendiri dengan pelbagai keyword yang mungkin related dengan blog aku. Sangat self-love bukan? HAHA. Google diri sendiri. Oh. Macam bagus. HAHA. Google diri sendiri. Hina lah bukan? Tetapi ia sangat berkualiti juga.

Aku sangat gembira. Aku terjumpa banyak juga penulis blog (blogger) yang menulis tentang CHIKA. Aku pon berasa sangat bangga. Aku sangat tak menyangka ramai orang meng-admire aku. Dan aku pon sangat meng-admire aku secara tiba-tiba. Err. Narcissism bukan? HAHA. Terima kasih kepada blogger, dan adek-adek yang membuat ayat seperti ini dalam entry anda ; saya kagumlah dengan Chika. Membaca blog dia, sangat inpirational. Okay, something like that lah. HAHA. Aku sangat terkejut dan menjadi teruja. HAHA. Apalah. Aku boleh terima kalau mereka kagum dengan aku. Sebab aku kan baik hati, memang sangat mudah dikagumi (yucks). Tapi the INSPIRATIONAL thing tu, hayyoh. Tak tahan gua! Kah Kah Kah! Dah macam pakar motivasi. Padahal … (engkau isilah dalam hati)

Aku ada warning tajam nak dikasi tahu. Engkau janganlah ter-motivasi dengan madah-madah motivasi aku. Semua penulisan aku neh, sangat berciri mengambil kesempatan. Err. Isu narcissism di atas juga. HAHA. Berbunyi sangat motivasi bukan? Err. Jangan terpengaruh. Adek-adek, jangan mengikut motivasi Kak Chika anda neh secara berleluasa. HAHA. Aku tak berniat.

Okay again. Thank you kepada yang pernah menulis ayat-ayat pujian kepada Chika. (ada yang sudah gila punya lama ditulis tapi Chika takda baca) Aku sangat terkejut sebab aku takda pernah membaca kebanyakkan entry tersebut. Aneh. Inspirational? HAHAHAHHA. Ada jugak orang terinspirasi dengan madah separa gila aku! Hati-hati kau.

Err. Nak belajar lagi tentang Narcissism? Private mesej aku. Nanti aku ajar kau puas-puas. HAHA. Kalau kau percaya dengan motivasi aku lah. HAHA. Err. Sekali lagi lah boleh? Aku teruja sangat dengan entry-entry anda. Inspirational??? Kah kah kah! Akhirnya aku menjadi sumber inspirasi yang entah di mana hujung pangkalnya. Cannot tahan liao. Jom gelak sama-sama!

Tragedi Samurai-X

Posted by chika under the chika
Wo!

Macam-macam aksi dan adegan stunt aku dah buat demi membunuh kesejukan. Masuk dalam blanket. Gulung-gulung diri macam pau. Pakai stokin ala-ala tengah snow. Pakai sweater bagai. Dan aksi paling aneh adalah ketika ini, menulis blog sambil membungkus diri dengan comforter. Nampak muka sikit je. Macam orang tak terlalu tahu untuk hidup.

Aku sejuk.
Sejak balik petang tadi, aku menggigil.
Tulang aku macam rasa ngilu je. Tak guna! Nama je minum susu secara bersistem. Tapi tulang belum kuat lagi. Kena minum dan minum dengan lebih giat. Esok nak breakfast minum susu, lunch makan nasik lauk susu, dinner makan serbuk susu. Fuh fuh fuh! Lepas tu kena stroke. Kesian betul hidup aku ni. Selalu berakhir dengan imaginasi yang malang.

Pagi tadi keluar KL jumpa Trex. Trex bukan sejenis dinosaur. Dia seorang kawan wanita yang best diajak berbual. Dan kami hanya berjumpa setahun sekali iaitu pada semester break. Kesian betul hidup aku. Kan aku kata, banyak tragedi. Dan hari ni je dah beberapa tragedi jadi kat aku. Setiap kali aku keluar dari rumah, memang sikit demi sikitlah Malaysia ini dimusnahkan. Kerna aku memang pembuat disaster yang sangat kesian.

Tragedi 1.
Aku tawaf free je area Cempaka tu pagi tadi semata-mata nak mendapatkan tanah sekangkang kera. Tak ada parking. Tak guna! Tak guna! Teringat aku filem Shaolin Soccer. Kungfu sekali kereta-kereta yang ada tu kasi keluar, curik parking dia! Tapi seperti yang dah aku katakan tadi, hidup aku ni kan memang kesian. Tak reti kungfu, tak reti silat, bermain pedang samurai apatah lagi. Jadinya, aku pon meneruskan kerja mencari parking dengan hati yang agak panas.

Tengok-tengok ada MyVi keluar. Aku pon apalagi, tanpa berfikir dengan bijaksananya mengelupur nak take over parking dia. Aku tahu memang tak akan muat. Tapi aku dah terdesak. Aku tekad, nak parking je walaupun si bontot kereta bakal terdedah keluar. Tiba-tiba kena sound dengan seorang india. Dia bising-bising kununnya aku ni tak reti nak budget size ke apa. Dia membebel dengan tiang telekom agaknya. Aku buat pekak. Terus reverse, ikut ja mana dia tunjuk. Dah dapat parking aku tanya dia… harga berapa? Dia kata tak kan tak tau.. macam biasa lah. Belum naik harga lagi. Aku pon balas balik. “Macam biasa tu.. berapa? Saya tak pernah parking sini. Sebab bukan seronok sangat naik LRT buruk tu. “ aku hulur RM2 sebab ter’flash ada signboard bagitahu kena bayar RM2. Lepas tu aku tinggalkan dia bercakap dengan tar pulak. Kau ni memang suka bercakap la. Apsal tak join suara parlimen?

Tragedi 2.
Salah stesyen. Nak balik Ampang tapi gerak lagi ke depan. Siap konfiden je muka naik salah platform. Sambil berbual ala-ala wanita dewasa, dan beraksi macam tahu segalanya tentang dunia. Tup-tup tersalah la pulak. Turun balik, tukar platform. Memang seronoklah. Kaki ni pon dah menggelupur. Tunggu masa je nak putus meninggalkan badan.

Tragedi 3.

Aku ni pandai berlakon tau.
Tak percaya, tanya ‘dia’.
Aku pandai ‘menipu’ sunat juga.
Tapi tipu orang sampai orang gantung diri, terjun gaung semua tak pernah lah.

Tadi masa dah sampai Hang Tuah, aku mintak ticket pergi Masjid Jamek. Konfiden macam biasa. Muka ketat je macam orang paling pandai dalam dunia. Sekali.. aik? RM1.20 je tambang? Apsal lah murah sangat. Seronok je rasa. Sampai gelak terbahak-bahak dalam hati. Masuk train, terus berdiri dengan rasa tenang sekali.

CISSS!!
Tiba-tiba aku teringat, aku kan nak balik RUMAH. Yang aku beli tiket pergi Masjid Jamek tu buat apa???? Nak kata buduh, pandai jugak guna train. Nak kata pandai, ada jugak tak pandainya. Tapi aku taklah histeria pasal salah tiket tu, cuma bengang sangat lah kenapa otak aku boleh terfikir nak pergi Masjid Jamek. Naik train betul dah. Cuma tiket je salah beli.

Daripada bosan je duduk dalam train tu, aku pon mula berfikir-fikir nak kelentong apa kat kaunter nanti. Aku memang sah lah tak boleh lepas punya. Tiket aku tak valid. Toink! Aku dah susun ayat baik-baik punya. Termasuklah membuat andaian akan soalan-soalan yg bakal diajukan kelak.

Turun je, aku jalan slow-slow.Tak nak lah orang semua tahu aku ada masalah. Agak-agak orang dah lengang aku pergi jumpa uncle yang jaga tepi services office.

“Uncle, saya rasa tiket saya ni salah,”
“Apa yang salah?,”
“Saya rasa orang dekat station tadi tu salah faham lah,”
“Kamu dari mana? Nak ke mana?,”
“Dari Hang Tuah. Nak turun sini.,”
“Dah tu? Kan dah sampai sini pon,” uncle tu muka dia senyum je. Baik ni.
“Tak de. Saya mintak kat dia tiket Cempaka tapi dia bagi Masjid Jamek …. kot,
“Mana kamu tau ni tiket Masjid Jamek dia bagi?,”
“Sebab tadi masa saya mintak tiket Cempaka, dia tanya saya balik, saya ni nak tiket Masjid Jamek ke? Saya kata tak. Tapi dia main bagi je tiket. Saya dah dapat rasa dia memang salah bagi”
“Kamu bayar berapa?,”
“RM1.20,”
“Sah lah kamu dapat tiket yang salah,”
“Tu la. Saya pon dah agak tadi. Tapi malas nak tanya dia lagi sebab ramai sangat orang tengah queue tadi,”
“Tak apalah macam tu. Pergi kaunter sana,”

Akhirnya kena charge RM0.70. Hel eleh. TUJOH POSEN JER? Buang masa aku plot cerita sepanjang jalan. Ingatkan akan kena sergah macam kes dulu-dulu tu. Siap guard tu kata nak denda aku RM500 la bagai. Tak guna punya guard. Tengok uncle ni releks je.

TRAGEDI 4
Aku pon berjalan ke kereta dengan gembira. Tak sabar nak balik rumah dan berehat-rehat. Ada budak kecik dalam kereta dok perhatikan aku yang kelihatan terlalu girang itu. Aku pon ala-ala nak berlagak la kat budak kecik tu. Tiba-tiba pulak.. kunci kereta terjatuh, terus masuk bawah kereta. Satu hal menonggeng pulak. Tiba-tiba India banyak cakap tu muncul. Dia berdiri sebelah aku, sengih-sengih. Aku tahulah gigi kau sangat putih bak salju. Dan budak kecik tu pandang je aku dengan matanya yang sangat bulat. Mesti dia hina aku.

“Ok?,” dia tanya.
“Ok.Ok,” dapat je kunci, aku pon drift! Acah je. Aku memandu dengan berhemah sekali. Sampai hampir menyekat laluan kerna aku sungguh tak sabar na
k sampai ke rumah.

Sekarang cakap!
Hidup aku ni kesian kan?
Ha, aku dah cakap dah!

Oh patot pon aku sejuk.
Balasan menipu kot.
AHAHA!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Puas hati sudah. Dapat berpeleseran dengan Athirah. Sampai rumah pukul 7 malam. Kena sounds sebijik dua dengan ayahanda. Dia kata, ingatkan aku tak mahu balik dah. Malang lagi :(

tajuk tidak begitu berkaitan dengan entry.
selamat malam!