Archive for the 'shopping' Category

CHING CHING CHING

Posted by chika under shopping, Uncategorized

Teringin nak blog sebelum SPA Q. Memang teringin sangat neh. HAHAHA.

Sudah call kakak make-up untuk photoshoot. Putar alam betul saya. Kejap janji dengan orang ni. Lepas tu cancel. Lepas tu ambik balik. Lepastu cancel lagi. No wonder Kakak Umi pening dengan saya tapi dia kata tak apa. (Boleh buat lagi).

Insyaallah bayar deposit esok pagi. Tak sabar nak settle.

  • Pelamin. Checked.
  • Make up. Checked.
  • Persalinan. Checked.

Dan kesemuanya dari pelbagai pihak yang berlainan. Kata je ambik package. KAH KAH KAH. Nasib lah dia dapat customer macam aku neh. Saya tengok Kakak Umi (assistant dia) pon naik pusing kepala. Apa akallah customers always right kalau tak, nahaslah Chika sudah. HAHAAHAHA.

Akan menjadi sangat sangat sibuk. Malam sahaja akan sedikit free dan kalau generous akan bagi entry. Kalau tak, mintak sorry.

  • Esok bayar deposit untuk book make-up artist.
  • Jumaat emak balik Tg Malim insyaallah. Saya tak ikut insyaallah. Mungkin akan keluar bersosial dengan rakan-rakan insyaallah. Waktu kecemasan neh. Tak lama lagi takda boleh pergi main lagik. Main? Maksud saudari, main apa tu? Saya tak bermaksud apa-apa.
  • Sabtu Aizar balik Cheras. Akan pergi mengedar dadah (hoi!) mengedar kad jemputan kepada rakan taulan. Atau mungkin akan mengadakan bachelorette party bersama studiobabes. Habislah.
  • Ahad ni Hafiz datang untuk rehearsal.
  • Next week Aizar akan available insyaallah. Okay. Otak saya berdenyut-denyut. Sebab tak lama lagi akan disinari cahaya mentol di atas kepala.
  • Next Friday tunang saya balik yahoooooooo dot com dot my.
  • Weekends join dia tasting menu untuk reception beliau. Yahooo lagi sekali sebab sudah terlalu lama takda berjumpa tunangan. Ececeh. Gagah tak gagah lah Chika ni kan. Takda dating 4 bulan pon sangat steady. Tabah betul. Engkau boleh? (Tiba-tiba jatuh hukum riak takbur berdosa semua sekali)
  • Urusan permohonan nikah secara tergopoh-gapah. See see. Sangat steady. (Okay keangkuhan berleluasa. Ampunkan je)
  • Beli ticket. Ticket? Ticket menonton konsert Rihanna Live in Kuala Lumpur (mentipu anda). Nampak sangat nak kena cincang dengan Encik Zainodin. Lepas nikah menonton konsert macam tak ada kerja lain ke apatah. HAHAHAHA. Ticket pergi honeymoon. Jeng je jeng. Sajalah. Memang suka membuat saspen padahal takda sapa saspen pon.

Nyampahlah Chika neh. Tengok SPA Q lagi elok.

Tadi petang saya dengan Astri membuat kerja amal woh. Tapi amal yang tak berapa nak sampai sangat. Namun begitu, membantu jiran mengangkat jemuran dalam hujan lebat dikira mulia lah bukan? KAH KAH KAH. Macam tak percaya. Aku kah yang melakukannya tersebut? Apa yang penting?! KERJASAMA!

Cerita Istana :P

Posted by chika under shopping, Uncategorized

Untuk beberapa hari ini, kelajuan entry akan tidak laju (?) Saya akan sibuk dan terikat dengan program akreditasi. Yang mana officially bermula hari ni. Penat betul. Penat yang semacam disambung dari semalam. Sebagai pengedar dadah (oh lupa. Kita jangan membawa keruntuhan moral dalam blog nanti saudara mara baca, malu) Ehem. Sebagai penulis blog yang komited (padahal kalau tak komited pon tak menjejaskan sapa-sapa. Tapi tak apa. Memang suka berlagak macam komited sangat je) Saya akan cuba menyiapkan entry pukal. Bukan untuk saya, untuk anda juga (okay, nyampah!) HAHA.

Pagi-pagi sudah kena bangun. (Terkenang zaman universiti. Bangun pagi walaupon sebenarnya dengan berat hati. Tapi jangan ikut kata hati nanti mati. Nak tak nak, kena bangun juga dan pergi kelas sambil menangis dalam hati) Pagi tadi juga sama. Memandu ke Bangi sambil mulut menyanyi lagu Ella tapi dalam hati menangis tak ada siapa yang tahu T___T (kan betul aku cakap ; Chika suka sedih tak kira tempat)

Sampai UKM, terus membawa diri sendiri ke Bilik Kuliah 1. Aiseyman! Tercuak-cuak macam hari pertama pulak menjadi siswazah ( tolong tahu : perkataan siswazah macam tak cool, jangan gunapakai dengan kerap) Saya disambut oleh Encik Irfan (bukan sambut guna kompang atau dengan karpet merah) Disambut dengan teguran yang mencerahkan pagi (what the hell am I saying?)

Hi Nurul. You look different.

Okay different sebab beliau takda pernah tengok style tudung Iran yang saya pakai (mungkin) atau sebab dia takda tengok saya berbulan-bulan. Atau sebenarnya beliau takda modal nak cakap apa, maka bercakaplah benda tersebut. I do not know. HAHA.

How are you?

Eceh. Saya tak faham kenapa sejak kebelakngan neh, bila orang bertanya ‘how are you’ saya rasa macam orang tersebut tengah perli saya. Padahal orang memang ikhlas bertanya khabar. HAHAHA. Sebab saya rasa disindir tentang wedding. Agaknya inilah yang dinamakan sindrom jiwa bakal pengantin. Di mana berperasangka yang aneh-aneh terhadap alam sekitar. KAH KAH KAH. Disebabkan takda tahu nak menjawap apa, saya pon terkial-kial like ulat only.

Okay?

Akhirnya saya pon bersetuju untuk mengatakan okay walaupon sebenarnya takda okay sangat lately. Encik Irfan, tolong maklum orang nak kahwen memang selalu tak okay. KAH KAH KAH. Tapi terpaksa cakap okay. Sebab kalau cakap tak okay, nanti disoal banyak oleh masyarakat. Sedangkan orang nak kawen sangat menghargai waktu. (aku menyampah betullah bila Chika menggoreng ayat garing sangat. Kata anda dalam hati) HAAHAHA.

Tanpa berlengahkan waktu (eceh) Saya akan membawakan anda ke dalam hutan. Aik? Tiba-tiba masuk hutan? Iya. Entry kali ini akan membawa anda ke situasi dalam hutan. Sebab saya pon akan duduk dalam hutan selama 6 hari akan datang (Bukan hutan sangat pon, jangan kerut dahi!)

Program akreditasi ini akan dijalankan di Istana Tengku Puteri, UKM. Lokasi istana ini terletak jauh di Selatan tanah air berhampiran kepulauan Borneo (ok tipu) Ia terletak di UKM lah iaitu di tepi jalanraya. Siapa tak tahu sangat rugi. (Ok, tak rugi jangan bimbang!) Architecture department UKM pasti sangat bangga dengan istana neh. Sebab kenapa bangga kita ulas lain kali (Insyaallah) Tapi macam tak akan ulas je. HAHAHA. Oh jangan lupa sebut. Di atas sana ialah gambar istana tersebut. Tapi sayangnya, Istana tersebut hanyalah background sebab fokus gambar ialah saya sendiri. Terima kasih so much sebab telah menahan perasaan meluat dalam hati.

Kesemua hasil projek kami sejak semester satu (iaitu since 3 years ago) sudah dikumpulkan dengan terpuji sekali oleh Ainul dan Ya. Terima kasih yang banyak kepada mereka berdua sebab sangat banyak mencurah bakti dalam program ni. Sebab tu lah pensyarah sayang mereka. Sampai Encik Ismar asyik tersasul panggil Nurul sebagai Ainul. (Kecik hati tapi takpe. KAH KAH KAH)

Dari studio, kena pindah kan semua barang ke Istana. Bukan kerja mudah, bukan! Presentation board bukan sikit punya gila beratnya. Kalau angkat sendiri boleh cedera isi perut.

Dari studio kami pon beramai-ramai bergerak ke Istana. Persekitaran di situ sangat cantek, indah, permai, aman, damai, makmur, hijau dan segar (Gariskan yang tidak berkenaan) Never mind.

Ini Faiz Mat Saleh. Kami bangga dia datang sebab geng dia semua tak datang. Sebab kenapa ambik gambar dia :

Nurul, takda kamera ke? Ambiklah gambar banyak-banyak. Boleh kau letak dalam entry kau.

Itulah sebab dia.

Koleksi model-model yang separuh jahanam, separuh hancur dan ada yang langsong musnah. Model saya untuk project Art Gallery (2nd year) dah hilang roof. Mungkin roof tersebut telah melayang semasa taufan, manalah kita tahu kan. KAH KAH KAH. Encik Irfan pesan :

Mana model yang dah hancur kena taufan, ribut tsunami tu semua… silalah bina kembali.

Ayoyo! (mentiru gaya cikgu Muthu) Sebab itulah kena berkampong dekat Bangi selama 6 hari. Sebab kena membuat kerja-kerja membaiki model dan presentation board. Sangat sengsara.

Tolong-menolong amalan mulia. Walaupon ramai rakan-rakan sepersengalan belum datang (sebab belum dapat cuti), tapi kami dibantu oleh junior yang baik hati, ringan tulang dan cun-cun belaka. Nampak neh, Kakak Nurul mempuji semua. Semoga dengan ini semua orang akan lebih bersemangat membantu senior. Junior-junior sayang, terima kasih sebab sanggup datang berpeluh-peluh membantu siang tadi. Eceh. Tak dilupakan junior 1st year yang rajin-rajin belaka tolong angkat board senior yang mencabar kekuatan tulang-temulang kita yang rapuh (tapi kalau minum Anlene insyaallah tulang anda memang terjamin) Apa tunggu lagi, dapatkan Anlene dari pasaraya The Store berhampiran anda!

Hurm. Esok saya nak belanja semua minum Anlene lah. KAH KAH KAH. Anlene kurang manis satu tapaw!

Hari Sabtu nanti, barulah ramai yang datang dan berkampong dekat Taman Tenaga. Hoooray! Saya nak jumpa SHIDA (Dia suruh highlight nama dia. KAH KAH KAH) sebab lama tak jumpa orang gedik macam dia HAHA. Shida, esok kita bergembira okeh! Saya nak jumpa Ai sebab asyik jumpa Ya je. Dah malas nak tengok muka Ya. HAHA. Saya nak jumpa Mek sebab dah lama tak tengok tengok gadis melayu pakai baju merah dengan tudung merah (Power Rangers Merah boleh keluar skang!) Saya nak jumpa Arul sebab dia kata Nurul asyik mentipu dia sejak 3 tahun lalu. Kata nak belanja makan tapi tak pernah belanja juga. Menabur janji manis bukan susah pon. HAHA. Selain itu, saya nak jumpa perempuan-perempuan cantek yang sangat pandai spot lelaki hot dalam fakulti. (Astaghfirullah, ingat Allah) HAHA. Sarah la tu! KAH KAH KAH. Tapi tu dulu. Sekarang semua dah insaf dan banyak mengingat Allah (Eceh). Dan saya harap, Sha tak akan pakai baju dan tudung yang sama dengan saya (sebab selalu sangat tersama pakai warna baju) Nanti orang confuse, buruk kesannya. HAHA. OYYA, jangan lupa sebut ; NUAR! HAHAHA. Eh eh. Macam tak sabar nak jumpa semua sebab dah lama tak pernah berkumpul satu studio. Kali terakhir berkumpul ialah …

2 July 2008 yang lalu.
Lebih 4 bulan yang lalu.

Kegembiraan tercetus hari ini kerana :

  1. Puan Akmal cakap Nurul dah slim. (siapa tak gembira beb!)
  2. Puan Akmal cakap ; Nurul kongsilah dengan saya macam mana boleh kurus.
  3. Puan Akmal cakap ‘Nurul kurus’ lebih dari TIGA kali.
  4. Dapat makan nasik lemak dekat ‘meja kejadian KFC’ bersama kawan-kawan baik. Sambil dengar luahan hati Ainul (yang ni ada sedih sikit)
  5. Dapat tengok Adian buat aksi dengan Guan.
  6. Dapat dengar lawak Adian yang selambayaya.
  7. Dapat naik kereta kuning Farah sebab dah lama tak naik.
  8. Dapat dengar Farah ejek Nurul Kaki Kecik.
  9. Dapat mutiara, intan berlian, segunung emas suasa. Okay tipu. Tapi memang dapat set mutiara idaman. Terima kasih Aisyah.
  10. Dapat dengar suara Encik Mazlan cakap ‘Nurul bila kawen?’
  11. Dapat ketawa sebab Encik Ismar buat lawak yang mengsengsarakan semua.
  12. Dapat tegur Ikmal yang dulu selalu berkorban masa tunggu kami print banyak-banyak. Ikmal memang baik dan tak berkira.
  13. Dapat dengar Kak Ati cakap ‘Nurul nampak berseri-seri’. Tak tahulah Kak Ati ikhlas ke tak tapi ayat tersebut sedap didengar. Ikhlas tak ikhlas belakang kira. HAHA.
  14. Dapat dengar Kak Liza ejek Ainul ; Ainul Goyang.
  15. Dapat dengar Aisyah cakap ; Nurul ni angkat partition tak larat, angkat hantaran berat larat pulak.
  16. Dapat dengar lawak Ya yang tak berpatutan.
  17. Dapat dengar cerita lucah tentang haiwan bernama Proboscis Monkey dari Aisyah (Ini ilmu tentang haiwan lah jangan salah faham). Aisyah kata (Aisyah yang kata ha jangan tuduh saya tolong sikit), monkey jenis ni mengalami erection 24 jam. Kuatkan iman. Kuatkan iman.
  18. Dapat duduk dalam rumah tradisional Melayu yang asli tapi tak berapa nak asli sebab ada Kipas siling dengan Penanda KELUAR untuk tujuan keselamatan. Kami dapat duduk bawah kipas sambil berbual ala-ala pendekar dengan mahsuri (konon)
  19. Dapat naik Myvi baru KAH KAH KAH.
  20. Dapat dengar suara Zaid panggil saya ‘Dating’. Sebenarnya dia nak cakap Datin tapi tak boleh. Lidah Kelantan yang sejati lah katakan.
  21. Dapat tengok Ainul incharge program macam biasa dengan jayanya.

Dan banyak lagi kegembiraan. Tapi penat dan darah manis. Tak boleh duduk lama-lama dekat UKM. Kena balik rumah. Eceh. HAHA.

Esok petang bertolak ke UKM bukan setakat membawa diri malah membawa pakaian. Dan tidak dilupakan, membawa semangat sekali. KAH KAH KAH. Macam bagus. Perasaan yang berbelah bagi. Seronok sebab dapat jumpa kawan. Tak seronok sebab ada banyak benda lain nak dibuat lagi. Tapi jangan stress. Bergembira je lah.

Kepada pembaca tersayang (ewah) : Komen akan reply lambat sikit. Saya pon tak berkesempatan menziarahi blog anda. Jangan sentap, tolong! KAH KAH KAH. Entry akan berjalan juga macam biasa. Semoga hidup berharmoni sepanjang kesibukan saya! HAHAHAHA.

shopping indulgence

Posted by chika under shopping

I shopped!

On the way pulang dari our ‘outstation’ di Johor, kami singgah Melaka. IF we’ve got no inner disturbance, i MIGHT ask him to stop at Batu Pahat for some therapy. AHAHA. Nasib baik kami ada inner emotional disturbance kalau tidak … sudah habis semua wang aku belanja kasi kering. Nafsu aku macam jin bila ada duit. Aku tahan je perasaan aku yang paling suci ini ketika melintasi BP Mall mahupun The Summit. Lagipun, aku tak mahu jatuh maruah. Hati mahu kasi kering kaw-kaw punya. Biar emosi nazak, yang penting maruah. Tapi itu dua hari lepas lah. Sebab ini hari hati aku sudah pulih dan aku berasa sangat ada mood hendak bercinta. Bila aku sedang ingin bercinta, hati aku jadi baik. Orang buat pasal pon aku tak dak kisah. Kerna aku rasa syok dapat bercinta malam semalam setelah beberapa hari ni berlaku perang maruah. Ah, yang penting aku sangat seronok ini hari. Hingga asyik menyanyi lagu mandarin walaupun aku tahu nyanyian aku aku adalah salah. Tak pedulik, tak pedulik.

Disebabkan ibu sudah bagi warning buat kali ke-beberapa ratus kali supaya aku pergi packing baju, maka aku pon menjadi sangat ketaq. Aku tidak boleh conteng lama-lama atau sedikit minit lagi, pintu bilik aku dimusnahkan. Mari menonton gambar.

Bought in : Melaka


Bought in :
Cheras Leisure Mall.
Tajaan :
Superbunda
Sebab beli :
Tiba-tiba ada kasut muat dengan kaki aku yang agak cacat ni. Sangat magik. Boleh dikatakan ini kali pertama aku ada kasut yang ngam-ngam dengan kaki. Selalunya kasut aku mesti ada lebih besar sikit. Magik. Sebab itu aku tak berapa minat dengan kasut kerna setiap kali aku jatuh suka sama kasut, impian aku musnah. Dan setiap kali keluar dari kedai kasut, aku mesti ada hati nak suntik silikon kat kaki kasi besar sikit. Kepada yang senasib, aku nasihatkan pergilah mencari kasut di butik-butik kerna hanya di situ terdapat kasut bersaiz 4.

the ‘konon-konon’ Dior itu aku craving since last month tapi oleh kerna harganya yang agak mahal dan tak berpatutan sangat, aku simpan dulu dalam hati. Dan semalam aku beli juga itupun atas belas ihsan Bunda dan atas musim perayaan yang membawa kepada kejadian DISCOUNT. Ada benda yang aku sanggup beli walaupun orang lain tak sanggup. Ada benda aku tak sanggup beli walaupun orang lain sanggup. Itu namanya DIVERSITY yang memakmurkan insan di muka bumi :)

Bought in : Pontian
Oleh kerna dari sebuah butik, maka ngam lah kepada kaki.
Aku memang jenis TEKAD dan TEGAR. Kalau aku jumpa je kasut yang ngam, aku tak akan teragak-agak untuk beli kerna kejadian ini jarang berlaku. Kesian kat aku.

Ini paper clip buatan kayu.Aku suka kumpul paper clip. Bukan untuk klip kertas, tapi untuk ditonton ketika ada kelapangan. Aih, rasa nak pergi Melaka lagi. Nak beli klip kertas lagi banyak. Terus terang, aku jakun! Kat KL aku beli RM7.90-RM10 satu pack. Kat Melaka cuma RM5 je. Tak guna betul.

Ada lagi beberapa benda aku sudah beli. Tapi jiwa tertekan ketika ini dengan tindakan bunda yang mendesak aku untuk mengemas pakaian. Nak pulang ke kampung malam ni. Esok raya. Hooray!


Selamat hari raya Aildil Adha.

Semoga dirahmati Allah SWT.
Insyallah.
Keluarga sedang bertakbir raya.
Sangat seronok.

I’m stuck between ….

Posted by chika under shopping
This entry might sound tooooo girl.
So boys, keep on reading my previous entry.
TQ.

I nak beli new sunny. Kebetulan this Khairina invite saya ke ‘shop’ beliau … u guys tahula kan betapa histerianya saya. Mula-mula diserang sawan emosi melihat ini :

No! Not the beauty set but the bag! Oh my godness. Sangat suka. Bolehla berangan jadi Victoria seminit dua. HAHAH. Terus bagitau bunda saya dan ambillah sebakul dua hujah-hujah beliau. Bunda saya kata … saya tak boleh beli bag selagi saya belum selesaikan masalah timbunan bag. Okay, fine… So i guess, nothing is wrong kalau saya … beli a new sunnies kan? I’ve made up my mind. I nak grab juga one for myself. Tapi saya dah tiga hari berfikir. Indecisive betul. Tak tau between these two.
What Say You???


Okay. Hati macam nak yang the second one. Tapi … yang first pon nak juga. Or else, ada siapa-siapa nak sponsor satu untuk saya? Ngahahaha. Tak nak sudah. Boleh jalan.

Help I decide ye, kawan-kawan…. As soon as possible. Okay, credit to Khairina. I dah rembat your pictures. You tak kisah kan? But seriously, I nak order satu. Saja, tolong member…. AHAHA. My dear, Khairina… tak ada discount ke? Nanti I tolong you promote lagi besar dari DiGi! AHAHA…. kidding. Siapa-siapa berminat, boleh drop by dekat Khairina’s blog. This sunglasses berharga RM160.

Lama tak shopping. Last shopping bila ye? Oh, few weeks ago. Biasanya setiap minggu. Malah, setiap hari. Sorry to those yang tunggu I post new buys. I kan tak keluar rumah dah berapa lama dah ni. Tunggu ini cewek konvo. Si semangat membara ni pulak sibuk dengan program healthy life dia. Tak kira. Next week, mesti ice skating! Aku dah tak tahan duduk rumah. I need therapy! Untuk perempuan pandai masak, engkau available je kan?

Kawan-kawan saya semua ada bakat. Saya? Nak bakat juga …. :(

Farah, have you bought the bubbles?
lupa ja nak tanya hang.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

The boyfriend tidak sehat.
Pity on him.
Get well soon, dear.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Kampung Tunku Diserang

Posted by chika under raya, shopping
Exam belum selesai.
Tetapi aku sudah menganugerahkan cuti semester kepada diri sendiri. Pertama, exam terakhir adalah pada 21 hb nanti. Aritu paper Ukur Tanah (yang boleh diklasifikasikan sebagai kekecewaan yang durjana). Ukur Tanah pada hari Isnin lepas. Dan paper terakhir akan disambung 21 hb. Engkau kiralah sekarang. Patut ke tak.. kalau aku istiharkan diri sebagai CUTI bersalin. Kedua, cuma tinggal paper u2 ; Kemahiran Menulis. Apalah sangat…. ngee..
-EXAM FEVER-

Cam biasa. Si jahanam pon boleh jadi nerd menjelang peperiksaan. Aku taklah tahap insan jahanam. Tapi orang playful sebegini pon akhirnya jadi ulat buku. Membaca buku-buku yang dah berulat. Sebab buku-buku hanya dibuka few days sebelum exam. Buku yang dimaksudkan adalah nota-nota kuliah. Yang lagi hebatnya, nota-nota aku banyak yang masih panas, baru keluar dari mesin fotostat. Memang menang anugerah diRaja arr kalau camni. HAR HAR HAR. Nerd? Siapa nerd? Aku? Nerd la sangat. Sambil study online. Tengok 8TV online.

Sambil menyelam minum air. FOKUS!

- RIGHT AFTER EXAM-


… pergi menziarahi IKEA …

Perjalanan yang cukup panjang. Macam balik kampung. Rasa nak naik roket. Boleh pergi IKEA selalu. Lebih cepat, dan mudah. Ikea jauh. Sangat. Tapi nanti roket nak park kat mana? Okaylah, batal. Naik kereta pon cukuplah. Walaupun jauh, tetap boleh datang sekali-sekala.


Saya beli frame size A1. Untuk siapa? Untuk diri sendiri. Sebagai menghargai diri sendiri. Hendak print muka sendiri sebesar saiz A1. Setiap pagi dan malam hendak tengok muka sendiri yang besar. Beli frame satu sahaja. Tapi pilih frame macam pilih jodoh. Sangat lama. Kerna saya seorang wanita sejati.

(gambar saya bersama frame bertuah yang terpilih)

Semua lukisan yang dia jual cantik. Saya teruja. Tapi tak terfikir nak beli. Hinggalah saya ternampak lukisan ini…

Audrey Hepburn. Saya hilang pertimbangan sekejap. Nasib baik sekejap. Tengokkan harga dia mencecah RM300 ++ saya kembali waras. Kalau saya beli juga, dikhuatiri saya akan dihempuk dengan lukisan itu oleh ibubapa. AHAHA…

Ketika jalan-jalan mencuci mata dan membawa hati yang terlalu girang mengelilingi showroom IKEA, saya ternampak ini :

Saya suka perkataan ‘chicka chicka boom boom’ pada gambar di atas. Macam CHIKA KENA LETUP. Seronokkan?


(ini adalah hasil. Syukur Alhamdulillah. Perjalanan panjang kami Bangi-Damansara membuahkan hasil. AHAHA. Kopak poket)

Shopping punya pasal, pukul 5 petang barulah kami lunch. Singgah A&W di Ikano. Sewaktu menikmati makanan tersebut, perutku kelihatan gembira sekali. HAR HAR HAR. Kalau perut boleh bercakap, mesti dia dah menjerit ucapkan terima kasih untuk aku. Kalau dia pandai menulis, mesti dia dah tuliskan kad ucapan terima kasih buat aku. Bongok!

Dapat bunga Daisy merah sekuntum.
Dan buat aku tersenyum berkuntum-kuntum.


Mari kita lihat, berapa lama Daisy ni akan bertahan

Hasil beli-belah kali ini :

Dahan pokok besi untuk gantung jewelry. Tapi tak boleh gantung penuh-penuh nanti dahan tak nampak :) Lampu pijar adalah bekas untuk bakar lilin wangi. Tak bercadang hendak membakar apa-apa. Apatah lagi membakar diri. Beli kerna aku memang sukakan lampu pijar. Antik dan oldies. Bekas merah dibeli tanpa motif yang nyata. Sekadar ingin memiliki kerna bunda juga memilikinya.Yang bekas silver tu bukan gelas minum orang India ha! (hye there Indian citizen of Malaysia… Happy Deepavali!) Yang tu dibeli untuk meletakkan pensel-pensel kayu. Belum tahu nak gantung kat mana. Telinga? Hidung? Tengkuk? Bulat kecil dan besar itu juga sengaja dibeli kerna warnanya. Buat masa ini, aku jadikan tempat mencampak kasut-kasut baru SAIZ LIMA yang aku beli kat Bandung aritu. Semua kasut tersebut longgar. Maka aku campakkan di situ sebagai protes dan tunjuk perasaan.Terakhir dibeli kerna warna hijaunya. Ada beberapa lagi hasil belian yang tidak dapat dipamerkan kerna aku tak kuasa hendak turun ke bawah untuk mengambil gambar.Sekian.

- KAMPUNG TUNKU DISERANG-

Pukul 1.30pm tadi fetch Aizar dan Astri. Kami nak pergi open house rumah Farah kat Kampung Tunku, PJ. BEST gila dapat borak dan gelak kuat-kuat dalam kereta dengan DUA mak minah ni on the way to PJ. Sampai je rumah Farah, dia tak ada pulak. Dah pi UKM jemput bebudak studio. Kami bertiga ni apalagi, atas dorongan mummy Farah… kami pon bantai makan dulu. Astri makan paling banyak i tell you Farah. Dia makan laksa DUA kali.


Sementara tunggu Farah, kami pon buatlah macam rumah sendiri. AHAHA.



Until finally Adian sampai pon Farah tak balik-balik jugak. Aku pon ajak Astri dengan Aiza makan nasik pulak. Memang muka tak malu. Farah… sebenarnyakan… aku kan.. tertumpahkan puding hang yang sedap tu atas meja. Abes kotor lapik meja mummy yang cantik. Lepas dah tumpah, aku kauk pakai tangan dan makan. Ni confession tau :( Tapi puding dengan fruit tart tu aduh sedapnya… :)

Farah call timekami kat rumah dia tengah tunggu.

“Nurul, sorry lambat,” “Kat ner?,” “Kat fakulti lagi. Tunggu Nuar siap. Dia tengah make-up”

cis. nasib kami lah dapat member metrosexual.

Selepas makan….

ni penemuan ajaib yang kami discover kat luar rumah Farah.

Balik dari rumah Farah, singgah Amcorp Mall bersama dua mak minah tersebut. Ehehe. Disebabkan aku driver, aku pon kenalah fokus banyak ke depan. Tiba-tiba dua ekor budak ni menjerit histeria betul-betul tak jauh dari simpang keluar dari umah Farah. Aku ingatkan dorang histeria nampak Minicooper sebab dorang ni Minicooper Freak.

“Ko tak nampak ke??!!” dorang jerit-jerit.
“Tak!Nampak pe? Minicooper?,” aku blank.
“Ako!,”
“Huh?!,” aku tak faham.
“Ako Mustafa! Dia yg drive Minicooper tu!,” excited gila budak dua ni. Aku pon kempunan je tak nampak. Seb baik Ako. Kalau Fahrin Ahmad, jalan one way pon aku pusing pi kejar sampai dapat. Manalah tahu dapat detect rumah dia. Boleh malam-malam mai baling-baling batu kat tingkap. Apa, ingat ni citer P.Ramlee ke pe?

Masuk Amcorp Mall, merayap laju-laju sebab dah petang sangat. Dah kul 6 lebih. Takut kena tengking ngan abah nak Maghrib baru balik. Dan dapatlah beli dua lagi bubble necklace.

Best gila ada satu kedai ni. Rasa nak je datang lagi esok. Kan Jaja?

Baiklah, mengantuk. Selamat malam.
Good luck untuk kawan-kawan yang ambil paper Structure Isnin ni.
Structure susah. Mati lah kau…
NGEEE… :D

Hey!

Posted by chika under architecture, life, shopping, the chika

I am back!

Setelah sangat lama tidak conteng. Banyak benda happened. Tapi sekarang dalam musim peperiksaaan, so I would be on the fast track la kan. One big thing yang telah selesai dan sangat-sangat membuka ruang pernafasan yang baik adalah… DESIGN! Yeay, design sudah siap, sudah submit, sudah present, sudah review Internal and Externally. Hey, guys! Apalagi yang lebih mengujakan selain daripada melepaskan beban design, right?

Marilah kita ke point-point seterusnya :D

01 : DESIGN

Projek kali ni agak susah since kami dah mula buat ‘real design’. Di mana kami sudah mula membuka-buka buku UBBL (Uniform Building by Law) iaitu sebuah buku undang-undang. Undang-undang? Annoying kan? Projek housing mungkin sounds like kecik dan senang tapi masyaAllah. 2 tahun setengah belajar senibina ni, airmata dah mula kering. Aku dah tak ada peruntukan masa untuk menangis lagi. Kalau down, aku tidur je. Sometimes bila sampai kat certain level tu emmang rasa give up yang amat. Waktu tu mulalah aku fikir nak pergi kawen dengan hartawan tempatan. Haihh… otak senteng.

Ini dia beberapa keping gambar untuk dibuat pekasam.

Photo : Panel pertama dan panel ke-6 saya. Kesemua panel disiapkan selama 24 jam tanpa henti dan tanpa mandi. Juga tanpa tidur semestinya selama 2 hari. Serius! Tidur lima minit pon tak!

Demi menyiapkan Panel Durjana ini, sebuah tragedi menyayat hati telah berlaku. Pertama, laptop saya yang antik itu bersikap bodoh dengan tidak membenarkan saya membuka Autocad2007, Sketchup 5 dan juga Adobe Photoshop. Imagine! Semua software penting tak boleh bukak. Ringan je tangan nak campak laptop dalam tong sampah. Aku pon nangis-nangis, terus start kereta nak balik hostel, tidur! Aku dah give up. Aku tekad nak tidur je sampai submission day. Biar mampos la dengan design tu. Luckily ada orang marah aku, tarik kunci kereta aku dan bersedia membenarkan aku guna desktop dia yang super laju tu. Maka, semangat ku naik smeula tetapi selepas itu, aku terpaksa pulangkan desktop beliau dan merempat menagih simpati menggunakan desktop Twin. Penderitaan betul!

Tengah-tengah malam barulah siap panel dan terus ke Serdang bertemu John untuk print. Ni print kali kedua tau. Kali ni kena RM102. John kata, panel siap print pukul 7 pagi. OMG! Pukul 9.30 pagi dah nak pin-up! Punyalah rushing tapi malam tu aku sempat tidur kerna aku tekad tidak mahu menyiapkan model. Tapi aku buat jugak. Sikit. Model aku cuma ada BASE dengan sebuah PARTY WALL sahaja. AHAHAHA! Yang mana akhirnya aku campak sahaja kepingan-kepingan board itu kesemuanya lalu pulang beradu.

Pukul 6 pagi lebih kurang, keluar pergi Serdang nak amek panel. Bullshit punya John! My boifren call dia berjuta kali tak jawap. Ketuk pintu, tak buka. Tekan loceng, tak respon. Senior pon try panggil dia tak berjaya. Aku duduk dalam kereta dah nak nangis. Sebab masa tu aku yakin, memang tak sempat nak pin-up pukul 9.30. Kami tunggu luar rumah dia pagi-pagi yang sejuk gila tu selama lebih 30 minit.Lecturer dah lah tak akan tolerate punya. Kalau cakap berbuih-buih masalah printing pon, tak ada nak faham. Kalaulah aku ada cash RM10 000 time tu, dah lama aku beli sebijik plotter letak kat bilik. Nak harapkan plotter jabatan, memang mati hidup balik pon susah nak dapat. Akhirnya dia bukak pintu jugak setelah hati aku berapi macam naga lapar. Shit!

Sampai studio, dah pukul 8 lebih dah. Terus potong board, nak tampal panel. Spray Mount pulak habes! Dah la kena gam guna gam kanak-kanak tu. Nasib baik si kekasih membantu kalau tak dah lama aku cabut balik, tidur! AHAHAH! Aku ni memang ratu emosi.

Ini Spray Mount. Antara barang kawalan dalam studio di mana setiap orang yang ada benda alah ni akan cuba SOROK seboleh yang mungkin. Sebab benda alah ni sangat penting. MAHAL tapi CEPAT HABIS. Tak ramai yang beli tapi suka meminta-minta kat orang lain. Kalau orang mintak kat aku, aku dengan jujurnya memberitahu bahawa TAK BOLEH PINJAM kecuali kepada orang-orang istimewa tertentu seperti teman baik dan kekasih.

Dan akhirnya, berjaya pin-up sebelum 9.30 pagi. Kalau lambat, nanti kena tolak markah! Tak sanggop mak!Maka, setelah berminggu-minggu tidak tidur, sampailah kepada hari Internal Review.

02 : SHOPPING

  • For Hari Raya (second round) – selepas final drawing submission. Mines Shopping Fair
  • The Day After Internal Review – The Garden, Midvelly

    Went to The Garden, Midvelly for the very first time. The Garden tu nak kata best sangat shopping, tak adalah sangat unless you have few thousands dalam poket. Sebab dia provide ruang untuk 100% designer’s boutique. But the surrounding agak elit dan ada architectural element yang attractive jugak. Cuma wonder kenapa glass bridge tu dia tutup. Maybe dia tak mahu orang pijak glass tu. What the hell? So, cuma ornamentasilah ye? Ehehee. Tapi my boyfriend said, maybe still under construction works. Maybe dalam proses uji workability dia sebelum dibuka kepada awam. But I swear! Dia tak akan bukak! and owh, my boifren jugak said.. the architecture was quite the same dengan building dekat China. Okay, about The Garden lagi. My friend, yang kami panggil Gedix suka sangat makan dekat situ. So you guys, pergilah ke The Garden untuk makan! Aku? Tak pernah try because my number one restaurant still Ayamas. AHAHA.

    Aku sempat membazir wang di Robinsons membeli sebotol perfume Guess. At least i had bought somethng from The Garden. Ahak ahak. Bukan. Bukan. Sudah lama aku inginkan perfume tersebut. Maka, wang peruntukan untuk membeli jam tangan sudah kopak separuh. Tunggu budibicara dari ibunda untuk medapatkan kembali peruntukan jam tangan.

    The Garden tak ramai orang so can pose like hell. Tak ada orang nak jeling-jeling kambing. But look at that cramp pose of mine.

    Hasil belian.

    First time try this Cinnamon. Besar. Mengenyangkan dan tak taste sangat la.

    My wishlist. Dah beli!

    The boify bought for me.

    my current madness.

    Tak shopping banyak sebab ongkos tak baik.

  • Alamanda, Putrajaya – selepas Final review

    Kali kedua datang Alamanda nak makan sebenarnya. Dulu suka pergi Alamanda semata-mata nak makan kat Chicken Rice Shop. Tapi sekarang lagi suka makan kat foodcourt dia yang bersih dan selesa. Kali ni pergi memang shopping untuk perut. ! Mula-mula lunch dan selepas lunch, makanan sampingan yang berkolestrol tinggi dan tidak sihat:

    I luv food. Food luvs me. We are happy family. Lihat mulutku besar!

  • Mines Shopping Fair again selepas selesai final review.

    Sementara tunggu pukul 4 nak briefing dan buat majlis hari raya di studio, pergi Mines carik birthday present untuk studiomate.

    Perasan tak? Setiap kali selepas submission, pergi hiburkan hati di mall. Sebab itulah yang menyeronokkan aku. And don’t stop me! That’s my therapy la.

03 : EXTERNAL REVIEW

Oh. Hari Kebaya. Kami ni dah macam penari untuk The Kebaya Musical Theater. Ahaha.



Final review sebenarnya tak adalah apa sangat yang kami kena buat kecuali melaram sakan setiap semester sempena menyambut hari kemerdekaan. Dan sebagai laungan kepada.. SELAMAT DATANG, TIDUR!

Lecturer universiti lain dan arkitek dari luar akan datang untuk access kerja kami dan review grad yang lecturer kami bagi. Samada mereka setuju atau tak. So, grad kami boleh diupgrade ataupun boleh diturunkan oleh mereka. Pintu studio akan ditutup, kami akan duduk di luar studio sambil bergurau senda dan berlawak bodoh. Ataupun membuta! Sementara menunggu, kami akan berdebar-debar dan semakin cemas setiap kali pintu studio dibuka. Sebab orang-orang tertentu akan dipanggil untuk present kepada external. BUKAN SEMUA tau! Hanya mereka dengan kes tertentu sahaja. Imagine la bagaimana takutnya kalau-kalau nasib ‘menyebelahi’ aku pulak kan.

Pukul 4 petang ada jamuan hari raya dekat studio!

Sedap la puding Farah dengan Ainul buat tu. Sebab dia sangat milky and creamy. (Aku kan memang suka benda-benda kaya dengan lemak ni. AHAHA) Ye la tu sangat. Tah-tah mummy Farah yang buat. AHAHA. Larikkk!!!

04 : P.RA MLEE THE MUSICAL THEATER, Istana Budaya

(19 Oktober 07)

Omg! Oh My God! Splendid! Teater yang sangat sangat best! Aku pergi dengan of course lah, my boyfriend, Farah and Adian. Nana (Farah’s sister) and friends, dan juga Hanif (Farah’s bro) and friend. Ini Farah la punya idea. Dia dan Nana yang buat reservation dan buat payment. TQ very much my dearest friend. Teater tu memang sangat best! Sampai hari ni pon masih teringat-ingat malam kita menonton tu.Ajak Astri, dia cancel. Farah ajak Aizar, dia kata tak dapat nak pergi. You guys sangat rugi la.


Sean Ghazi memang amazing dan talented sangat. He can sings! Suara dia… lakonan dia.. perfect. Memilihi Sean Ghazi sebagai P.Ramlee memang pilihan yang paling tepat. Dan Liza Hanim sebagai Saloma. Oh My Go
d! Liza Hanim, you are awesome! Dengar dia nyanyi malam tu, live lagi… suara dia memang mesmerized. Gemersik sangat even aku lagi suka dengar dia nyanyi than Saloma. Boleh pulak. AHAHA. Aku tak tahu pulak Siti Nurhaliza pegang watak Azizah. Suara Siti, as usual lah powerful. Tapi bagi personal view aku, dia tak berapa boleh berlakon. So… Siti, you better keep on singing je lah. TAPI! Suara Liza Hanim paling best sepanjang performance. Siti pon kalah I tell you.

There got good chemistry between Sean Ghazi dan Liza Hanim. As Remy and Sally. Oh. Part mereka dating tu sangat funny. Bergema satu panggung tu gelak. Setting dia memang fantastik. By the way, macam kata Farah.. Azizah masa kecik tu sangat cantik, comel dan attractive. Memang tak menyesal pergi menonton. Dan itu juga first time aku jejak Istana Budaya.

Kami menonton persembahan malam kedua. Persembahan akan berterusan hingga 3 November. Tapi tiket dah lama habis since malam mula perform lagi. Siapa tak sempat tu memang kasihan kerna teaternya sungguh asyik. Aku jadi tak senang duduk sebab kalau boleh tak nak terlepas pandang, terlepas dengar mahupun terlepas fokus pada apa-apa scene pon.

Farah, jom teater lagi!

Teater mula jam 8 malam. Aku pon tak sure berapa lama tapi almost 3 hours kot.Masa dah tamat teater, kami terus keluar dan terpisah dengan Farah and family. Aku, the boyfriend and Adian jalan-jalan sekeliling Istana Budaya untuk pozzy la.

Tiba-tiba si Adian ni cakap.. “jom tunggu. entah2 jumpa artis. Mesti ada sesi untuk autograf”. Aku pon layann. Tiba-tiba nampak ramai orang serbu depan pintu. Yes, that’s it! Adian pergi beli poster RM7 dan aku queue up. My bf standby camera. Aku cuma pergi amek autograf Siti and Melisa Saila dan salam dua orang ni je. Cuma berfoto dengan Siti plus the other 4. Nak pergi dekat Sean Ghazi, takkanlah nak bersalm dengan dia kan. Si Atilia tu pulak, aku tak kenal. AHAHAH.


Lihatlah senyuman aku yang fake itu. Hinggakan mukaku nampak lain macam benar. Aku bukan peminat fanatik Siti. Cuma dengar-dengar je lagu dia. Tapi dia Malaysia No. 1 Superstar kan. Then what’s so wrong to take picture with her kan? Tapi seriously.. she’s beautiful. Skin dia cantik and dia soft spoken.

Tak macam si Eddy ni. Ya Allah. Sabar je. Tapi he is Adian. Memang pencinta muzik yang global. Dan seperti kata Adian, gambar tengah tu membuatkan Farah sangat emosi. Farah kan tengah kemarukkan si Sean Ghazi tu. Sampai ada hati nak pergi lagi Istana Budaya the next day hanya nak jumpa Sean Ghazi at 12 midnite. AHAHA. And the bf didn’t have the excitement to pose with these artists. Ehehe. sebab dia kenal Siti je.


Rasa sangat bersalah kat Farah and Nana sebab tak tunggu mereka untuk bergambar. Bukan tak carik, tapi base on masalah teknikal enpon2 kami… tak dapat nak contact. Kesian Farah. Farah, ya ampun.

Uik. Banyak pulak ‘fast track’ aku ni. Entah bila akan update lagi, biar masa menentukan. Isnin ni paper Ukur Tanah. Aku belum baca sepatah haram pon. Wish me luck!