Archive for the 'recipes' Category
Posted by chika under
cook book,
Kitchen,
recipes Hai, semua!
My middle name now is RAJIN MASAK. Menjadikan nama Saya ialah N RajinMasak H Binti Z. Oleh kerana minat sedang menggelegak dan mendidih-didih ini, saya akan mewujudkan segmen baru di dalam blog saya yang malu-malu (nak hidup) ini. Nama segmen ini ialah KITCHEN. Bukan kitten. Kitchen. Maaflah, saya tak main kitten.
Terlebih dahulu, maaflah kalau kewujudan segmen ini macam tak perlu dan berciri tiba-tiba. Tapi tolonglah. Minat saya ini telah menjadi terlalu dalam hingga tak terselam. Untuk menjadikan minat ini suatu kebahagiaan, saya mahu sangat berkongsi dengan kamu semua. Iyalah. Kalau tak kongsi dengan kamu, nak kongsi dengan siapa pula. Medina belum mengerti. Dia cuma tahu menyuarakan keinginan ; MUM! MAMAM! (Kenapalah MUM dan MAMAM itu sangat berirama?)
Go back go back.
KITCHEN. Semua entry yang bernama KITCHEN akan membawa anda ke kitchen saya. Expect to see food, food, and food. Entry under KITCHEN bukan sahaja membawa anda ke produk dapur saya, malah akan disertakan dengan resepi (malu I) Resepi-resepi yang bakal dikongsi mungkin bukanlah yang terbaik dalam hidup anda (might not be mine as well) Dan segmen KITCHEN akan sangat sesuai bagi pendatang-pendatang baru yang baru jumpa jalan nak masuk dapur rumah dia KAHKAHKAH. Saya pon sekadar bereksperimentasi. Maklumlah, bukan hebat.
Justeru. Ada beberapa note yang hendak saya tinggalkan kepada pembaca yang bakal mengikuti segmen KITCHEN ini.
- Segmen ini tak ada waktu penyiaran yang tetap. Bergantung kepada sesedap perasaan penulis.
- Segmen ini pasti ada kalanya berciri cincai. Iaitu akan hanya memaparkan gambarajah makanan tanpa resepi. Tak lain tak bukan, pemalas adalah hak milik setiap insan. Bila saya malas, saya hanya letak gambar. Dan bila saya rajin, saya akan kongsi resepi.
- Sokongan moral diperlukan. Kritikan membina dialu-alukan. Kritikan tak membina akan disudahi dengan sodakallahula’zim. Ilmu-ilmu dari tukang masak hebat di luar sana sangat dihargai. Pujian? Oh, come on man! Puji memuji amalan mulia.
- Semua resepi insyaAllah yang mudah-mudah. Kalau yang kritikal itu belum wajar lagi masuk dapur saya. Jadi jangan bimbang, boleh cuba.
- Siapa telah mencuba, bagitahulah.
Eceh. Macam serius benar segmen ini. Eh please eh. Saya serius mewujudkan segmen ini. Ia bagaikan sebuah penemuan baru dalam diri saya iaitu minat dan sedikit kebolehan memasak. Oh lupa pulak. Jangan nak sweet sangat cakap saya terer. Nanti aku segan terus aku tutup segmen ni. HAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Untuk episod pertama KITCHEN, saya akan berkongsi sesuatu yang wajar ditangisi oleh mataku sendiri ; Orang Poppy Seed Cake. Dimulakan dengan gambarajah sebiji kek yang telah siap. Tada!

Orange Cake with Poppy Seeds
Kek ini saya bake semalam. I am not a good baker. Selalu tak ada luck when it comes to baking. Tapi sejak kebelakangan ini, macam ada improvement. Hari itu saya ada beritahu yang saya bake chocolate cake kan? Itu adalah inspirasi yang membawa kepada kek ini. Orange cake bukan minat saya sangat. Tapi suami gemar. Jadi saya pilih untuk cuba buat kek ini.
Waktu penyediaan dan menghasilkannya : +/- 2 jam.
Tahap kesenangan : Senang. Tapi melibatkan beberapa usaha mengeluarkan pan, messy dan memanaskan bahan-bahan. Yang itu ada sedikit malas. Maaflah, lupa nak bagitahu. Segmen KITCHEN ini akan menjadi sedikit jujur. Kalau leceh saya cakap leceh. Kalau senang, saya cakap senang. Kalau menyampahkan sangat pembuatan dia, saya akan cakap TAKYAH BUAT. Okay?
Bahan-bahan :
- 3/4 cup / 180g butter (plus extra untuk greasing)
- 3 cups / 300g plain flour (tepung gandum)
- 1.5 tsp. baking powder (tepung penaik)
- 3/4 cup / 150g sugar(gula)
- 4 eggs (telur)
- About 3 tbsp. milk (susu)
- 1 tsp (lebih lagi pon boleh) orange zest (parut kulit oren)
Untuk karamel oren ;
- 1 cup / 100ml water (air)
- 1 cup / 200g sugar (gula)
- 1/4 cup /50g butter
- 3-4 unwaxed oranges (oren tanpa kupas kulit)
Untuk campuran poppy seeds ;
- 1/3 cup / 50g raisins (saya tak letak sebab tak ada)
dan sepatutnya bersama 1 tbsp. rum. Tak letak sebab haram. Berdosa. Allah marah.
- 1/4 cup / 60ml milk (susu)
- 2 tbsp. / 25g soft butter
- 1 cup / 125g ground poppy seeds
- 2-4 tbsp sugar
- Finely chopped candied lemon or orange peel (saya guna orang peel. Kulit limau cincang-cincang. Candied lemon ialah lemon yang dah slice nipis dan coated dengan sugar. Cari dekat kedai)
- 1 egg
Cara-cara.
1. Grease 11 inci / 22cm cake tin. Guna yang spring-release supaya senang keluarkan kek dari tin.
2. Buat karamel (tengok balik ingredients untuk buat karamel). Masukkan air dan gula dalam periuk dan masak sampai berwarna coklat dan caramelised. Iaitu melekit, pekat dan coklat. Tutup api, laju-laju masukkan butter. Dan laju laju masukkan campuran karamel ni ke dalam cake tin. Sapu karamel tu supaya tutup tapak tin dan juga sekeliling sisi tin.
3. Potong oren nipis-nipis secara membulat dan lekatkan pada tapak tin dan sisi cake tin tadi. Bagi dia bertindih-tindih. Susun cantik-cantik.
4. Sekarang kita buat campuran poppy seeds. Masukkan susu dalam periuk, campur butter dan buarkan mendidih. Masukkan poppy seeds, sugar, dan masukkan juga candied lemon (atau orange peel). Kalau ada raisins, masukkan raisins sekali. Ketepikan. Biarkan campuran ni sejuk. Bila dan sejuk, boleh masukkan sebiji telur tadi (untuk bind the mixture)
5. Preheat oven to 180◦C / 350◦F / Gas Mark 4. Untuk buat campuran kek pula; Ambil satu mangkuk besar. Campurkan butter, tepung, baking powder, sugar, eggs, milk, orange zest dan campuran poppy seeds tadi. Sama ada rajin (macam saya HAHA) nak whisk guna tangan, atau gunakan mixer. Kalau batter terlalu stiff (keras, susah nak mix) boleh tambah lagi susu. Masukkan ke dalam cake tin yang dah siap dihiasi potongan-potongan nipis oren tadi. Ratakan permukaan dia.
6. Bake in over for 50-60 minutes. Gunaan kaedah cucuk mencucuk untuk tahu samada kek dah masak atau belum dalamnya. Guna wooden stick. Cucuk. Kalau nampak ada batter yang melekat pada stick, maknanya belum betul-betul masak. Masak lagi. Banyakkan bersabar.
Leave to cool.

Potong.

Hidang.

Yum!
Berdasarkan resepi buku ini, boleh diamakan oleh 10 orang. Memang banyak. Dalam fridge saya ada lagi separuh. Siapa nak boleh datang pickup. HUAHUAHUA (ajak-ajak ayam)
Pertanyaan, pembetulan, kritikan dan pujian (ehem) boleh dibuat sekarang.
.
.
Hasil eksperimen saya : Boleh dimajukan lagi. Saya telah kurangkan gula sebab suami tak suka kek manis sangat. Tapi rasanya lain kali jangan kurang gula sangat. Dan orange zest juga orange peel saya tak cukup. Kena tambah lagi next time.
Posted by chika under
Baby N' Things,
Baby's Food,
cook book,
Kitchen,
makan,
Parenthood,
recipes Disebabkan Medina ini jenis pemakan, saya menjadi seronok untuk menyiapkan makanannya. Setidak-tidaknya, waktu dia tengah bermain pon saya akan potong-potongkan buah bagi dia. Sungguhpon akhirnya juice buah tersebut akan sedikit sebanyak menghiasi TV, meja TV, blanket mahupon carpet. Tapi tak apa. Mummy rajin HUAHUAHUA.
Kebiasaannya, menu lunch dan dinner anak ini adalah rice porridge. Tapi dipelbagaikan setiap hari. Kalau hari-hari pon dibagi makan yang sama, kasihanlah. Namun, dah nama pon rice porridge. Walau isi di dalam diubah-ubah, texture tetap sama. Sesekali kenalah bagi anak makanan dengan texture yang lain. Medina pon sudah 15 tahun (Hoi, bukan!) Medina pon sudah 15 bulan. Pasti dia ingin merasa makanan yang perlukan sedikit usaha dan aktiviti mengunyah. Bukan sekadar telan dan kenyang.
Untuk itu, saya mencuba Chicken Cheese Ball.

Rajah 1
Sangat mudah. Tak payah kepakaran. Orang yang tak pandai bake velvet cake macam saya ini pon boleh bake cheese ball ini. Disebabkan ada beberapa orang bertanya resepi, dengan berasa termalu-malu ini saya akan kongsikan resepinya. Sedia? Pen dan kertas? Sebenarnya tulis dalam hati pon cukup sebab resepi ini sangat singkat.
Ingredients.
Minced chicken / minced beef (Kalau rajin, blend sendiri pon boleh)
Daun celery (cincang)
Sebijik telur (pukul dia, pukul dia!)
Carrot (Diced)
Tomato (Diced)
Shredded cheese (lagi banyak lagi menggembirakan)
Bread crumbs (serbuk roti)
Sedikit black pepper dan lada sulah
Optional ; Jagung or any other vegies your babies like.
How to?
Masukkan semua ingredients di atas tanpa rasa bersalah ke dalam sebuah bowl. KECUALI BREAD CRUMBS. Gaul-gaul. Kemudian, gumpal menjadi bulat. Tak perlu menjadi sebulat kepala Doraemon. Asal sahaja kelihatan bulat, memadai. Dan bebola tersebut digolekkan ke dalam bread crumb. Tujuan bread crumbs dalam kes ini adalah untuk menyatukan bebola tersebut, mengerti? Salut bebola itu dengan sebanyak mana bread crumb yang dikehendaki supaya bebola tidak berpecah belah.
Susun di dalam bekas untuk membakar (Rujuk rajah 1) Dan bakarkan di dalam oven selama 15 minit pada suhu 175 darjah celcius. Tetapi maklumat ini terlalu peribadi. Boleh adjust mengikut kesesuaian kerana suhu dan masa ini saya dapat melalui pengalaman peribadi. Bakar sehingga daging masak (itu yang penting)
Siap. Boleh bagi anak makan. Kamu pon boleh makan kerana ramuan ini juga kena dengan tekak orang dewasa. Oleh kerana ini adalah untuk versi bayi, saya tidak mensarankan added salt. Cukuplah salt yang disumbangkan oleh cheese.
Rajah 2
Memanglah comel jari itu. Jari bayi. Bukan jari emak bayi.
Rajah 3

Rajah 4
Gembira. Anak saya gemarkannya. Makan secara laju dan sedikit teriakan apabila lewat beri.
Ini sahaja yang dapat dikongsikan buat masa ini. Bab menyediakan tasty homemade food ini, saya bukanlah mahir sangat. Sedang belajar-belajar dan mengumpul resepi yang bersesuaian untuk dibagi kepada anak.
Posted by chika under
cook book,
Kitchen,
makan,
recipes Hatiku girang. Hujung minggu yang teruk telah pergi. OK lah, bukan teruk sangat, cuma buruk. Sebab macam jadi penunggu midnight. Kelawar pon takda mentunggu midnight macam saya dua hari lepas. Memetik kata-kata adek lelakiku, orang yang berjaga sepanjang malam hingga ke pagi itu umpama CCTV. Apakah punya comel mensamakan orang dengan CCTV?
Sekarang saya sedang tunggu suami pulang petang. Tidak lama lagi, mungkin. Atau mungkin tidak oh no! Lauk-pauk semua (cececeh bunyi macam masak 15 jenis lauk padahal hanya Tuhan yang tahu) sudah siap masak dan dihias lawa-lawa. Lauk-lauk serta nasik sedang mentunggu di atas meja sambil bercakap ; Kejap lagi hidup kita atas dunia ini akan habis. Kita hidup dalam perut dan selepas itu kita pon takda tahu lagi apakah nasib kita. Betullah dunia ini fana.
Gilakah kau bercakap bagi pihak lauk?
Memandangkan hari ini saya telah tak melakukan apa-apa benda sangat yang boleh dibanggakan, lalu tidak dapatlah mengebang perihal seharian. Takkan nak cerita kat orang hari ini baring dalam playpen tengok cartoon lalu terlelap. Hanya terjaga apabila muka dilempang oleh anak. Pedih dipipi, lalu terjaga dan cuba tidur balik OK stop. Semua cerita bosan sahaja sebab hari ini sangat gemalai. Kalau boleh nak pergi minum pon nak suruh Medina ambikkan air dan suapkan dalam mulut Mummy. Apakan daya, Medina belum tahu menapak lagi. Tapi tak apa. Kalau dia tahu menapak kelak, saya pon akan kena menapak luarbiasa sehari suntuk mengejar dia mungkin.
Heh. Hari ini nak ajar kau orang masak. KAH KAH KAH KAH riak tak riak tak? Bukanlah macam nak ajar sangat, cuma nak kongsi resepi bagi ibu-ibu muda atau mereka yang tahap pengetahuan dapur dia sama level dengan saya. Saya level LG. Siapa dah sampai level 11 please ah diam diam diam! HAHA
Resepi hari nama dia : Fried Prawn in Oyster and Tomato Sauce.
Punya panjang nama dia, padahal kau boleh panggil dia Udang Masak Tiram. Atau kalau malas sangat, panggil dia Udang. Memang dasar. Nak sebut nama pon malas, hep biasa tu dia!
Bahan-bahan.
- Udang (saya masak dalam 10 ekor)
- Bawang besar satu biji.
- Bawang putih (sayakan dasar nak senang punya kaki, pakai yang minced in jar satu sudu)
- Kunyit + garam (untuk goreng udang)
- Sos tiram
- Sos tomato
- Cili (blended. sikit)
Mula-mula goreng udang seperti biasalah dengan kunit dan garam. Selepas siap goreng, mesti dah terliur dah. Itu sayalah. Sebab memang dasar suka udang goreng. Ikutkan hati, nak stop je sampai takat ini. Buat udang goreng saja.

Sedap hoi sedap.
Dalam minyak bekas goreng udang tu, tumis bawang besar dan bawang putih. Jangan gelojoh. Sabar banyak-banyak. Kalau mentumis, biar sabar. Biar sampai masak bawang tersebut. Atau nanti, tak sedap jangan menangis.
Selepas mentumis dengan sabar (tingting dapat pahala sabar), masukkan sos dalam dua sudu. Dan masukkan juga sos tiram dalam dua sudu juga. Atau pandai-pandai agaklah. Jangan masukkan sampai satu botol atau dengan botol-botol sos sekali. Pandai-pandai kamu lah. Dan gaul-gaul. Masukkan juga peas and corn.
Akhir sekali, giliran udang yang telah digoreng pula untuk bergaul di dalam kuali. Kacau kacau kacau.
Siap.
Hoh? Sudah siap? Apakah punya senang neh? Habis, ingat saya nak masak benda-benda leceh? Tak ada maknanya. Kalau susah sangat sampai kena jadik CCTV dibuatnya memang setahun sekalilah baru saya buat. Masakan saya seua yang kategori mudah (tapi sedap ecececeh) Yang sedap tapi leceh, itu tak effective lah dari segi masa :P
Garam takyah ke? Saya tak masukkan garam sebab oyster sauce dan bekas minyak goreng tu dah cukup masin. Tapi kalau kamu rasa kurang masin, bubuhlah garam. Jangan takut. Bubuh saja. Kalau termasin lebih, masak lagi sekali! HAHAHAHA guraulah gurau.

Siap.
Hiaslah sikit supaya nanti suami tengok lalu mendapat impression ; Macam sedap.
Selamat mencuba.
Saya nak pergi tumbang dalam playpen sebab Medina dah teriak suruh emak dia masuk playpen. Pandai dia. Kita beli playpen nak kurung dia bagi selamat, sekarang kita pon kena kurung sekali.
Posted by chika under
recipes Ini cerita kenangan silam.
Bulan October punya cerita. Waktu itu saya punya semangat mengasapkan dapur sangat bersemarak. Semangat terbakar-bakar. Hari-hari masak. Hari-hari hidang makan. Hari-hari makan. Hari-hari kenyang.
OK kita kena pergi laju-laju sekarang ini. Sebab Domestic Goddess ini punya kerja lain nak dikerjakan. Kali ini saya akan menjadi the real Domestic Goddess yang akan mengajar kamu semua mengasapkan oven. OK sekarang siapa tak ada oven pergi carik oven dulu. Oven lah, bukan Michael Owen T________T
Kali ini, saya tidak akan menunjukkan skill memasak masakan kampung yang bertumis cili bawang belacan pedas berasap keluar bau itu. Kali ini, kita pergi mencuba sesuatu dari Perancis. Yay! Janganlah suka sangat, bukan nak bawa kamu pergi Perancis. Tapi nak ajar buat MACARON. Yay!

Picture googled.
Comel. Dan cantik.
Bukanlah sedap sangat macam nasik lemak punya sedap.
Tapi nampak macam sedap dan geram.
Sebab itu orang selalu menggilainya.
OK resepi.
CHOCOLATE MACARONS.
Ingredients.
- 250g dark chocolate
- 250g butter
- 135ml cream
- 150g almond meal
- 240g icing sugar ; sifted
- 4 egg whites (WHITE tahu, WHITE)
Eh senangnya ingredients dia! Memang senang. Method pembuatan pon senang. Tapi hati-hati. Its actually quite tricky.
Method.
- Pre-heat oven to 140C
- Line a baking tray with baking paper.
- Masukkan chocolate dan butter in a bowl bersama-sama.
- Masakkan cream (panaskan) dalam saucepan, dan cream yang panas tu curahkan ke dalam bowl yang mengandungi chocolate dan butter itu tadi.
- Biarkan all the mixture (chocolate + butter + cream) selama 5 minute. Let them rest. Mereka penat.
- Selepas about 5 minutes dibiarkan mixture itu berehat, gaul mereka bagi bersatu. Gaul betul-betul. Supaya bersatu teguh. Supaya terhasil campuran coklat cair yang sungguh exotic nyum nyum. Jangan makan dulu. Biar dia sejuk pada room temperature.
- Sediakan piping bag (size 11) dan ketepikan dulu.
- Ambil satu lagi bowl. Campurkan almond meal dan icing sugar.
- Whisk telur putih (pukul telur putih) kasi kembang betul-betul. Nak tahu macam mana kalau dia dah kembang? Dia menjadi sangat putih dan berbuih pekat. Ahhh you know what I mean.
- Gaulkan kesemua almond meal + icing sugar + egg whites yang dah dipukul tadi kasi bersatu teguh. Sampailah menghasilkan satu mixture yang tebal.
- Masukkan campuran almond meal + icing sugar + egg whites ini ke dalam piping tube. Pipe the macarons dalam baking tray molek-molek. Biar kemas dan dalam satu line yang tersusun. Paling penting, buatkan dalam size 20sen. Ada cara sebenarnya nak pipe dia. Boleh belajar dari Masterchef (I pon dulu dapat tahu benda alah macarons ni dari Masterchef. Merekalah yang ajar cara nak pipe. Itupon masih terhegeh-hegeh nak buat. Memang messy dan agak mencabar)
- Bila macarons punya skin tu dan terbentuk bulat dan cantik, masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan tadi. Bake dia selama 10 minit hingga 15 minit (atau mengikut kepandaian kamu untuk adjust) Pandai-pandailah nak pusing tray ke apa untuk dapatkan macarons yang masak secara menyeluruh.
- Untuk check, samada macarons kamu dah ready atau tidak, masukkan satu biji skin ke dalam fridge selama one minit. Kalau dia sudah betul ready, it should be crunchy on the outside, and soft in the centre (thats the beauty of macaron I guess) Biarkan dia sejuk on tray,
- Barulah pipe pula chocolate yang sudah kita siapkan awal-awal tadi ke atas one side of the skin. Dan stick together with another side of the skin. Sandwich dia.
- Dust with icing sugar atau cocoa powder atau milo atau apa-apa powder (tapi bedak powder janganlah) ke atas macarons kamu supaya nampak lebih cantik.
Senang memang senang. Tapi mengambil masa yang sangat panjang. Dari petang sampai ke tengah malam kami suami isteri bertungkus lumus membuatnya. Agak menguji kesabaran. Tapi bila akhirnya mendapat hasil yang boleh diharap, gembira bukan kepalang.
Mempersembahkan, hasil kami :

Tada!
.
.
.
.
.
OK bukan yang ini.
Memang tak mungkinlah kami buat jadi perfect macam ini.
Our macarons are …
.
.
.
.
.

This ones!
Tidak begitu perfect.

But the texture was there (eceh). Cruchy on the outside, and soft inside. Dan rasa dia, boleh mengalirkan air mata. Tak sia-sia bersengkang mata sampai ke jauh malam sampai lembik lemah longlai masing-masing.
I know you can do better!
Apalagi?
Macarons memang makanan comel. Sampai rasa sayang nak makan. Kalaulah kelak anda mencuba resepi ini dan hasil kerja kamu bukan sikit punya perfect, mungkin kamu tak sampai hati nak makan. Tapi tak apa. Kalau rasa macam tak sanggup nak makan, kamu jadikan …

… pendant pada necklace kamu.
Comelnya.
.
pictures googled.
Posted by chika under
recipes ‘Hello. I dah nak balik dah. Hari ni kita makan apa, Sayang?,’
‘Hari ni I masak. Tunggu you balik ni,’
‘Yeayy!’
.
Kan. Kan. Kan dah kata. Tak rugi betul kalau masak. Takyah dengar kata pujian sekapur sirih ke apa, dengar dia cakap YEAY pon dah cukup seronok rasanya. Seronok gila. Berbaloi setiap saat yang diluangkan dalam kitchen. Berbaloi tangan pijar potong cili. Berbaloi mata pedih potong bawang. Berbaloi tinggal seorang dalam rumah sepanjang hari.
Ayam blackpepper sebagaimana yang diberlagakkan tadi, dah siap duduk atas meja. Taklah bukan ayam tersebut duduk. Ya Allah scary gila ayam duduk atas meja makan! Sekarang tunggu suami pulang dan kemudiannya, table for two.
//
Resepi Ayam Blackpepper.
Ok salin salin. Siapa terror, salin dalam hati. Siapa tak salin, tak apa. HAHA. Ih malu gila setiap kali nak bagi resepi dalam blog. Sebab macam terror sangat je nak ajar orang memasak. Tapi tak apalah. Bak kata pujangga, malu tulis resepi, sesat jalan (I cipta)
Bahan-bahan ;
- Ayam. Jenis dan berat ayam terpulang anda. Tapi Rabun Ayam takleh.
- Sayur-sayuran mengikut citarasa. Macam saya, saya gunakan broccoli, capsicum, tomato, mushroom dan … ok itu saja sebenarnya.
- Sos tiram (oyster sauce). Sos tiram, tahu! Bukan tiram tersebut :P
- Kicap. Any kicap also can. Selalu dalam resepi suka nak paksa orang pakai jenama tertentu dan jenis tertentu. Tapi dalam kelas memasak Chika Ramsay (eceh, sempena Gordon Ramsay), anda akan dididik menjadi daring di dapur.
- Tepung jagung (corn flour). Tepung pelita boleh? Tepung pelita tu benda lain, hindarkan. Cairkan dengan setengah cawan air like that.
- Blackpepper. Dibubuh sebanyak yang anda suka tanpa pengaruh siapa-siapa.
untuk tumis,
- Bawang besar. Ini bahagian memedihkan mata. Gunakan Johnson&Johnson. Blergh.
- Bawang putih. Sikit dalam dua tiga ulas.
- Halia. Satu inci.Macam standard la, bila sebut halia mesti nak kena sebut satu inci. Tak tahu kenapa. Ikut saja cakap cikgu.
.
- Bahan tumis itu semua dicincang halus. Pastu tumislah ia sampai masak. Harap bawak bersabar. Kalau malas bersabar, nanti bawang tak cukup garing. Pasti tak sedap. PASTI.
- Dengan kesabaran yang telah disemai tadi, bawang pon telah garing cantik. Masukkan ayam.
- Agak-agak ayam tersebut kasiklah macam masak-masak sikit. Janganlah sampai dia garing di dalam periuk. Dikhuatiri akan menghasilkan ayam goreng pula padahal bukankah kita mahu membuat Ayam Blackpepper?
- Bila ayam macam dah masak-masak sikit, masukkan kesemua kicap, tepung jagung, sos tiram, blackpepper dan garam. Gaul sebati. Eceh. Gaul sebati. Selalu dengar chef cakap macam ini.
- Terakhir sekali, masukkan sayur-sayuran pilihan anda ke dalam kuali. Kacau kacau kacau.
- Siap.
- Boleh call suami atau emak atau bapa atau adek-beradek atau kakak ipar untuk menyampaikan perkhabaran gembira ini.
- Nikmatilah dengan orang kesayangan anda.
.
Senang bukan? Senang gila. Gila pon takda senang macam ini. Err. Bunyi saja macam susah. Itu pon sebab anda tidak menggunakan teknik membaca entry resepi Chika yang betul. Kalau anda membaca dengan teknik yang betul, pasti anda sedar betapa senangnya resepi ini. Habis, apa teknik dia? Anda hanya perlu membaca tulisan yang ditebalkan sahaja. Sebab selebihnya itu ayat pembaziran yang menyusahkan anda tujuannya. HAHA.
Ok, sekarang baca lagi sekali dengan teknik yang betul. Selamat mencuba.
Posted by chika under
makan,
recipes Malam ini saya teringin berkongsi resipi dengan pembaca. Please terima entry ini dengan hati terbuka walaupon rasa macam I tak layak bagi resipi. Tapi I teringin. HAHA. Tapi I rasa semua patut buat muka ekspresi WOW sebab terkejut sebab saya ada hati nak buat entry memasak beserta resipi. Selama inikan I suka berlagak menunjuk masakan sahaja. Tapi kali ini saya teringin nak menunjuk cara-cara memasak sekali. Bagi ah chance.
Sebelum itu. Saya ingin kongsikan perasaan memasak saya. Saya suka memasak. Tapi dulu saya tak suka. Sebab saya rasa memasak adalah leceh dan tidak gerek. Macam perbuatan patut elak tapi tidak lagi kini. Ewah. Saya mendapati bahawa memasak adalah perbuatan hebat what the fun. Namun, apa yang diperlukan paling banyak sebelum memasak ialah keyakinan. Kalau tak yakin, sumpah berasa sedih nak memasak. Oleh itu, saya akan memberikan keyakinan kepada anda terlebih dahulu sebelum anda mengikuti rancangan memasak MasterChef ini. Eceh. Ada hati tu. Tak apa.
Eh lupa cakap. Entry ini sesuai untuk beginner atau gadis dan teruna belum pandai masak (like me) tapi ada hati nak masak. Juga untuk merangsang teruna dara malas atau takut masak untuk memasak. Bagi tukang masak hebat, okay ah jangan gelakkan I depan laptop tu. Support lah beginner macam I neh. HAHAHA. Eh kakak yang gelakkan I tu, memang ah dia.
Saya nak provide keyakinan untuk anda terlebih dahulu. Begini. Saya tak pandai langsung memasak sup. Masak sardin I memang hustler, Jamie Oliver punya sardin pon belum tentu hebat macam I punya. Yang ini I confirm betul. HAHA. Tapi tentang sup, seriously I have no idea at all. Ada rempah lah, kena rebuslah, pastu kena cuci ayam lah omaigod . Tapi saya kempunan nak makan sup ayam. Apalagi, hubungi emak di tanah air. Emak macam biasa. Begitu seronok bila anak call mintak resipi. Semangat betul huh. Sejujurnya, saya rasa boring betul ah bila mendengar ingredient dia yang tak sudah-sudah. Pastu I pening dengar pasal rempah. Tell you what, saya mana kenal rempah. Cari sup bunjut keliling kawasan ini tapi tak jumpa. Nak tak nak kena tingkatkan IQ main teka-teka rempah. Dah ah semua rempah kasi nama English. Makin fed up rasa. Tapi saya usaha. Akhirnya saya figure out juga kesemua rempah. Ditambah pula dengan pengetahuan yang dikumpul dari rancangan kegemaran kami ; MasterChef Australia. HAHAHA. Begitulah kisah motivasi ini. Tolong rasa termotivasi heh. Sekarang anda kena tahu, kalau Si Naif ini pon boleh, anda pasti boleh juga T_______T Sekali lagi, I bercakap kepada teruna dara yang tidak tahu memasak sup okek.
Kita mulakan rancangan MasterChef sekarang juga.
Menu : Sup Ayam Untuk Jiwa
Menu : Chicken Soup For The Soul
*Menu ini untuk persediaan setengah ekor ayam
Bahan-Bahan/ Ingredients :

Sebijik lengkuas (atau pinjam seinci dua dari jiran nanti kalau dah beli pulangkan balik tiga inci sebagai saguhati) Oh lupa buat dwibahasa. In English dipanggil galangal. Kalau tak kenal lengkuas tak apa. Takyah rasa jatuh maruah sebab chef pon baru kenal lengkuas semalam. Itu pon selepas diskusi panjang dengan emak di talian. Pastu yakinkan diri dengan bantuan Google Image.
2 bijik halia (Ni takyah pinjam jiran sebab nak pakai banyak sangat takkan nak pinjam, malu). Ginger.
3 bijik bawang besar / onion. Bawang kalau tak kenal, memang ah. Dah ah takyah masak ah kalau tak kenal bawang. Nak kena tu dia.
3 atau 4 ulas bawang putih / garlic
Pastilah ayam. Menu ini menggunakan setengah ekor ayam. Chicken. Bukan hot chick.

Rempah-ratus kebanggaan Melayu.
Kulit kayu manis. Cinnamon.
Bunga cengkih. Cloves. (Saya confuse antara cengkih dengan lawang)
Bunga lawang. Star Anise. (Saya confuse antara lawang dengan cengkih. Saya tenung dia sampai juling semalam akhirnya saya kenal dah. HAHA)
Buah pelaga. Cardamom (Semalam saya tak ada buah pelaga. Saya gantikan dengan buah tembikai. Eh tak tak. I tipu je. I biarkan dia tak ada. Tak menjejaskan pon. HAHA)
Dan juga pastinya bahan-bahan common yang lainnya seperti :
Minyak (oil), Garam (salt), Air (water) dan MSG (tak baik langsung untuk kesihatan, takyah pakai ah. I tak pakai pon sebab takut dengan husband HAHA)
Juga bahan-bahan penyelamat (eh ada juga? Ada. Kalau nak hidup kena pandai buat helah) :
Lada sulah (white pepper), Stok ayam (chicken stock) dan MSG (HAHAHAHA. Kalau dah terdesak sangat sampai tak boleh tolong dah, kau curah ah MSG sambil tutup mata macam dia tertumpah sikit ke apa)
Baiklah. Sekarang kita dah boleh mula memasak dah. Penat I membebel sebelum memasak tadi. Err. Chef memang like this. Cakap banyak sebelum buat. HEHE.
1.
Rebus ayam yang telah dicuci dengan air mutlak (atau air suci lagi menyucikan yang lain KAH KAH KAH)

Rebus bersama seketul halia dan seinci dua lengkuas. Nanti akan menghasilkan bau yang agak sedap. Bermakna, bukan bau hanyir ayam. Biarkan saja dia mendidih-didih sehingga masak kelak.
2.
Sementara merebus ayam, anda takyah ah pergi bermain Wii ke apa. Ada baiknya isi masa yang ada dengan memotong bawang besar, bawang putih, halia (sebanyak sebijik besar itu. Memang masak sup kena banyak halia barulah pekat dan lazat macam sup emak-emak)

Potonglah secara halus dan kalau boleh bagi nampak ada seni. Jangan potong dia main tikam-tikam, cannot. Memotong bawang memang akan menyiksakan biji mata. Mintalah bantuan suami atau adek-beradek secara membodek halus. Tapi lebih steady kalau potong sendiri. Pastu menangislah tersedu-sedan di dapur sampai berhingus. Eh jangan biarkan berhingus. Jaga sanitary di ruang memasak. Itu penting untuk kebersihan dan kesihatan.
3.
Keluarkan senjata memasak anda. Eceh. Mana ada senjata memasak. Keluarkan rempah-ratus kebanggaan kita semua. Ambil sebatang kulit kayu manis sahaja. Bersama 2 kuntum bunga lawang (star anise) dan 4 bijik bunga cengkih. Jangan sampai berlebihan. Nanti rasa dia terlalu kuat sampai anda tak sanggup nak makan sup anda kelak T___T

Kenapa rendam? Tak ada sebab. I rendam tanpa nasihat siapa-siapa. KAH KAH KAH.
4.
Setelah ayam yang direbus bersama halia dan lengkuas tadi kelihatan sudah mula masak dagingnya, anda bolehlah membuka kuali yang baru untuk kerja menumis. Ingat. Mulakan menumis semasa ayam rebusan mula masak.

Tumiskan bawang-bawang, halia dan rempah ratus yang telah disediakan tadi. Aroma akan mula menyelinap ke dalam deria bau anda. Sungguh sensasi dan menggoda. Suami tergoda phewwit phewwit. Maaf, Chef anda kali ini memang kuat melatah orangnya. Anyway, tumiskan sampai bawang betul-betul masak. Tumislah lama sikit dengan kesabaran yang jitu. Diingatkan juga, minyak yang digunakan perlulah secara berpatutan. Jangan terlalu banyak, nanti sup menjadi sangat oily. Not good for your health.
5.
Sesekali, jenguk-jenguklah apa khabar dengan ayam. Sudah masakkah isi dia? Atau sudah hidup balikkah ayam tersebut &%$@!&$@ Sekiranya ayam sudah kelihatan cantek sekali dagingnya dan kelihatan seperti sudah masak, masukkan garam secukup rasa. Kemudiannya, masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi ke dalam air rebusan ayam.

Jangan teragak-agak. Masukkan sahaja bahan yang ditumis tadi dan kacau. Kacau dengan berhemah. Jangan samseng di dapur. Buat kerja dengan teliti sekali. Biarkan dia mendidih-didih. Jangan pedulikan dia.
Mulakan kerja mencuba-cuba rasa. Pada mulanya, anda mungkin kecewa dan berasa kecundang dengan sup ayam anda. Sebab rasa dia semacam cair what the heeeeels. Jangan panic. Jangan jadi seperti chef anda semalam. Belum-belum lagi dah nak crying a river disebabkan sup dia cair. Pastu frust sampai cakap tak nak masak dah. HAHA. Sikap ini adalah teladan yang buruk jadikan sempadan. Jangan cepat putus asa semasa memasak. HAHAHA.
Biarkan ayam dan bahan yang ditumis itu mendidih bersama-sama di dalam periuk. Gaul-gaul sikit. Biarkan agak lama untuk memberi masa kepada rempah ratus dan bahan-bahan lain bersatu dengan kuah rebusan ayam tadi. Banyakkan bersabar. Makin lama, rasa dia akan makin pekat. Dan pipi anda akan mula memerah. Wajah anda akan mula glowing dan hidung terkembang tanpa sedar. Sebab sup anda sudah menjadi seperti sup rasanya. Kekecewaan sebab sup cair tadi sudah diatasi. Kalau rasa tak yakin, boleh adjust dengan garam. Atau buatlah helah menggunakan bahan-bahan penyelamat yang I cakapkan tadi. Tapi kalau tak perlu bahan penyelamat, dah ah. Takyah pakai.

Tahniah! Sup anda telah berjaya. Anda boleh bangga dah sekarang. Boleh tukar status Facebook anda untuk berlagak sup ayam =D
6.

Hiasilah dengan daun sup dan bawang goreng. Kalau nak berlagak macam Jamie Oliver atau nak feeling feeling macam MasterChef, petiklah daun sup dari pokok yang anda beli di Coles (like me) HAHA. Sumpah taknak kalah pakai daun sup petik-petik dari pokok. Eh ini lebih fresh, tahu. Dan meningkatkan semangat di dapur.

Daun sup bersama baby spinach. Kita ulam dia.

Makan bersama nasik. Yummy.

Malah boleh makan untuk breakfast hari esok. Bersama secawan nescafe panas. HAHA. Teruja sangat dengan sup ayam sendiri sampai breakfast pon makan nasik T___T Kesian kat I.

Dan juga untuk dinner omaigod!
Lihat. Sup ayam telah diolah dan dikolaborasikan bersama garlic bread untuk makan malam. Begitu delicious I malas nak cakap lebih-lebih dah.
I paksa semua orang cuba.
HAHA.
Suka hati dia je.
Testimonial dari suami dan adek lelaki saya; mereka kata sup ini menjadi dan begitu sedap. Saya pon setuju. HAHAHA. Eh I tak menipu heh. Memang menjadi sampai I tak percaya. Terkesima I. Saya punya harapan, nak bagi dia ala-ala ada rasa sup pon bolehlah. Namun keajaiban di ditu bila rasa dia memang begitu sup ayam. Maka I namakan ini sebagai Chicken Soup For The Soul. Sorry, I memang tiru nama buku. HAHAHAHA. Saya gembira betul dengan kejayaan ini. I love cooking.
Chika, apsal macam senang je buat sup neh? KAH KAH KAH. Memang ah senang. Tapi saya dah putar belit entry neh dengan ayat-ayat membazir untuk menampakkan dia macam susah. So that anda lebih kagum dengan I. Padahal tak payah kagum sangat T____T Sengaja saya panjangkan pembuatan dia. Well, perfect.