Archive for the 'pride' Category

Jangan Jatuh Maruah

Posted by chika under emotion, life, pride
Bila cuti je otak aku drop. Bila cuti je drop. Tulang aku yang gagah ni jadi berat macam besi buruk. Tadi kena sound percuma dengan ayahanda. Menyoal kenapakah anak perempuannya pemalas tak mau berganjak. Duduk dalam bilik, bercanda dengan PC buruk. Dan sekarang aku sudah tak berani berlengahkan solat. Dulu selagi tak jam 6, aku tak de solat Asar. Selagi tak jam 7.45, aku tak de solat Maghrib. Sekarang, bunyi je suara azan yang merdu syahdu menerawang di udara .. lari pecut aku berwudu’. Alhamdulillah. Ayahanda semakin garang kebelakangan ni. Berkadar langsung dengan jisim tulang aku yang semakin memberat.

Aku harap …
Cuti aku terisi dengan pelbagai aksi dan eksplorasi menarik. Malangnya aku terlalu malas. Start enjin kenderaan pon malas apatah lagi memandu ke sana ke sini. Akibatnya, jiwa remajaku kurang terisi kebelakangan ini. Tetapi, aku macam mendapat jiwa baru. Iaitu jiwa perempuan usia pertengahan. Lebih kuranglah macam jiwa makcik-makcik. Aku teringin nak buat cross stitch. Tapi aku belum berani hendak menyuarakan keinginan kelas pertengahan ini. Kerna aku rasa maruahku sebagai remaja tercemar kelak. Adakah benar sangkaan aku? Atau ini cuma sebahagian imaginasi di alam fantasiku yang bukan-bukan?

Ah, lupakan cross stitch! Kerna aku menaruh hati hendak memasak makaroni bakar dan sebagainya. Aku hendak belajar memasak kesemua jenis makanan kesukaanku supaya pabila aku mengidam tanpa disangka-sangka.. aku tak perlu menyusahkan sesiapa. AHAHA! Dan .. dan .. dan ! Dan lagi satu yang hendak aku luahkan. Hidungku rasa tidak lapang ketika bernafas. Emosi pon macam antara hidup segan mati tak mahu. Sebab dah lama aku tak menjalani terapi jiwa. Aku nak terapi! Gulp! Tak ada apa yang aku perlukan sangat ketika ini kecuali sebuah laptop baru kerna laptop ACER aku tak berapa baik kesihatannya. Tapi macam mustahil je dapat laptop baru sedangkan si ACER tu masih mampu beroperasi. Tak guna! Oleh sebab itulah aku merasakan, iada apa yang terlalu aku inginkan ketika ini. Tetapi sebagai seorang ‘belanjawan negara’ aku memang sentiasa terkinja-kinja hendak membeli-belah. Soalnya, ga punya teman. Dan harapan terakhirku adalah Athirah. Semoga kami berdua dapat berpeleseran di Mall bagaikan merpati dua sejoli. Aku berorientasi straight. Naluriku bukan pada wanita. Itu metafora sahaja. Repeated : Metafora SAHAJA.

Dah lama tak ‘berlakon’ jadi arkitek. Tak lama lagi nak pergi buat measured drawing. Atau dalam bahasa melayunya … MENGUKUR TAK TENTU ARAH.

Kejatuhan Maruah
Ada orang hantar email yang menyeronokkan kepada aku tempoh hari.Dia mencarut sebaik mungkin.Dia marah aku. Emosi habis macam seorang yang keruntuhan moral.Ah, aku benci mencarut! Siapa mencarut memang tak ada maruah! Marah-marah aku macam dia bagus sangat je. Aku yang tak berdosa ni mati kutu dibuatnya. Tak faham kenapakah aku dicarut sedemikian rupa. Mungkin juga dia seorang freelance. Pencarut bebas. Mencarut orang ramai secara random melalui teknologi e-mail. Dan aku salah seorang yang bertuah. Maaflah. Aku tak pandai mencarut dan aku tak faham hampir 90.8% apa yang dia sampaikan. HAHA! Dia tak bermaruah! Maruahnya jatuh di tanganku! Pencarut bebas memang seorang remaja kejatuhan moral dan mungkin juga desakan hidup yang melarat. Mungkin dia terlalu miskin. Miskin harta, miskin budi bahasa malah miskin ilmu. Kesian.

Pada satu kes yang lainnya,

Pencarut bebas : Woi tut*
Aku yang tak berdosa : Salah orang.
Pencarut bebas : Kau ni memang tut*
Aku yang tak berdosa : Kau dah solat? Pergi solat dulu. Lepas solat nanti kalau kau masih ada hati nak mencarut juga, memang neraka dah panggil la tu.

Itulah kali terakhir seorang ‘haiwan liar’ ni YM aku. Sebab tu aku malas layan stranger. Mereka ni main add je kita dalam friendlist dia dan menganggap kita ni macam mereka; suka bersosial tak tentu arah. Kepalahotakengkau.

Aku ingat lagi kenangan pahit mulut kena cili dengan bunda. Tu pon bukan salah aku. Salah anak jiran sebelah. Dia bermain sambil menyebut perkataan ‘khinzir’ secara berirama. Budak-budak. Biasalah suka imitate. Aku pon tiru juga. Belum sempat buat irama, baru sebut sekali SAHAJA dah kena tarik masuk rumah. Kena lumur dengan cili mulut aku yang tak berdosa ni. Punyalah aku memohon ampun dan simpati. Nasib ada arwah opah. Aku diselamatkan. Sejak peristiwa ngeri itu, aku taubat nasuha tidak mahu mengikut peredaran zaman lagi. Biarlah satu dunia menganggap mencarut itu sebagai trend hidup masa kini. Aku tetap menolak trend itu. Kerna panas pijar cili merah masih terasa kat mulut aku. Demi maruah dan air mata, aku nasihatkan semua orang janganlah mencarut.

sebenarnya aku nak buat entry pendek. Tapi terpanjang pulak. Tu lah dia. Bila emosi aku dirangsang, idea aku makin bernas. Selamat malam, people!