Romantically Politics
Posted by chika under politicDato’ Seri Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh.
Bukan satu kejutan, dah memang dijangkakan. Oleh sebab itu, semalam aku takda langsung mengikuti perkembangan. Malah tidak langsung berumah tangga depan Harakahdaily mahupun Malaysiakini. Sebab aku optimis dengan kemenangan beliau.
Okay, Golongan macam bagus Melayu perkasa yang memperjuangkan bangsa , pasti lepas ini mereka akan tunjuk perkasa dengan membangkitkan isu hak istimewa Melayu (what the hell). Kan aku dah cakap. Kau pergi banyak membaca sana. Siapa datang sini tinggalkan komen bertanya tentang isu perjuangan Anwar yang menolak hak Melayu, aku lempang muka kau laju-laju. Orang Penang yang takut hak nya terjejas, dan mungkin menggigil ketakutan kerna tanah mereka kononnya jatuh dalam mulut buaya, apa susah. Kau jangan duduk atas tanah lagi. Pergi terjun masuk laut sana! Kononnya keluar mulut singa, masuk mulut buaya. Kepala otak lu. Dan majoriti yang pandai bercakap dan takut-takut itu, dia sebenarnya otak sangat kosong tapi nak becakap. Dan bercakap berdasarkan kefahaman yang dia generate sendiri. Kan aku cakap, banyakkan membaca. Kalau boleh, belajar sejarah Suruhanjaya Reid.Pergi! Againlah okay. Kepala otak lu.
Okay, cukup sebuah entry entry berbaur politik dan kebakaran. HAHA. Anyway, aku macam tak pernah mengeluarkan statement berani mati secara terbukalah bukan? Aku penyokong PAS secara majornya. Dan aku sokong kebangkitan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas satu episod kezaliman yang terjadi ke atas beliau dan keluarga. Oleh itu, aku menolak UMNO dalam apa cara sekalipun selagi dia berciri sekular. Terima kasih. Okey, berasa super hero diri ini setelah membuat kenyataan tersebut. Thank you.
Sudah jam 11 pagi. Elok aku membuat apa yang patut dibuat. Kejap lagi nak ke Shah Alam. Mem-bridal lah. Tengok. Aku ni seorang yang seimbang. Boleh berpolitik di waktu pagi dan mem-bridal di waktu petang. Waktu malam pula aktiviti makan-makan. Tengok. Hanya orang pandai yang boleh buat pekara-perkara ini. HAHAHAHA. Angkat bakul kejap. Hehe.
Tiba-tiba aku rasa terkilan. Kenapakah aku tidak meneruskan pengajian Sains Politik semasa kemasukan ke universiti tiga tahun lalu? Tahukah kenapa aku suka politik? sebab ia mencerna IQ. Membaca politik sentiasa mencergaskan minda. Ia satu ilmu yang sentiasa berubah dan teorinya tidak statik. Bukankah perkara yang statik itu bosan? Seperti teori yang mengatakan bahawa cahaya bergerak lebih laju daripada bunyi. Kalau kita menterbalikkan hujah, ia akan dikatakan salah. Bosan. Bosanlah bukan? Sebab hujah tersebut bersifat statik.
Err. Chika, get out! Bukankah kita jangan memblog politik? Malam kang kau datang lagi aku buat entry ‘bunga-bunga’ pulak. Well. Dah aku seorang yang seimbangkan. What to do. HAHAHAHA. Pagi memblog politik. Malam memblog romantik. Wa. Gila perfect! HAHAHAHHA.



