10 October 2010, Medina kena ingat sebagai tarikh yang yummy tau.
Pagi ni, sejuk lagi macam semalam. Hujan setiap hari. Angin kuat. Dah dua hari saya tak buat laundry. Kain yang saya sidai, atas bawah tak kering-kering. Tak ada tempat nak sidai baju dah. Tapi syukurlah, hujan. Banyak bersungut nanti, kufur nikmat.
Pagi-pagi, lepas suami ke kerja, saya breakfast. Selepas itu terasa blank.Tak tahu apa nak dibuat. Tak. Bukan sebab tak ada kerja. Tugas sebagai seorang domestic manager (director nya, suami) maca pernah habis. Kalau hari ini sudah menggilap dapur, hari esok pon kena digilap lagi. Kalau hari ini membuat laundry sampai kosong bakul pon, hari esok kena buat lagi. Hari-hari pon kena mandikan Medina, main dengan dia, buat home school untuk dia, dan menghadap dia. Hari-hari pon ada kerja.
Tapi pagi ini mood adalah mellow. Cuaca yang gloomy macam ini buat saya berasa nak bermalas-malas. Itu yang best tu sepenuh masa di rumah. Boleh pilih nak masuk kerja pukul berapa. Boleh buat jadual sendiri. Boleh pilih kerja apa nak buat, kerja apa nak buat bulan depan HAHA. Dan boleh juga ponteng terus (Tapi tak semua bahagian boleh ponteng)
Golek-golek atas carpet depan TV (Sambil Elmo potpet potpet sendiri, Medina tak layan) Tetiba saya teringat FAREX yang ada dalam food cabinet kami. Beli beberapa hari lepas.
Medina menayangkan FAREX kepada semua.
Last week pergi check-up Medina sempena usia 5 bulan. Midwife cakap, usia Medina sudah pon bersedia untuk solid food. Maka, dia suggest kami FAREX RICE CEREAL. Which is, kami as a parent tidak pernah excited about that. Tidak seperti kebanyakkan parents yang adanya menanti saat nak suap anak solid food, kami tidak. Bagi saya, ini pon cukup emotional.
Paediatrician, Dr. Seto pon ada cakap dulu. Kami boleh introduce solid food kepada baby bermula umur 4 bulan. But its not you (the parents) or your mother (the nenek) ataupon your banyak mulut punya kawan should tell WHEN your baby is ready for solid food. Sebab, the baby herself should know best.
Bagi Medina, hurmmm… tak nampak macam dia ready sangat. Dia tak ghairah menyambar kurma yang kami cuit-cuit masuk mulut dia (sekadar nak educate taste bud dia dengan benda manis) Dia hanya excited luar biasa terhadap my boob. Yay!
Kami bersepakat, akan memberikan Medina makan rice cereal ini sekali setiap hari pada waktu pagi. Tidak pada waktu malam. Supaya tidak ganggu tidurnya. Tambahan lagi, tidak elok didik anak makan sebelum tidur. Tabiat makan yang tidak healthy. Instead of menyediakan 1 table spoon of the cereal, saya hanya bagi one tea spoon. Dan saya cairkan dengan breast milk. Jenuh haku express manual pakai tangan dan keringat sendiri pagi tadi. Tidak perlulah kot sampai nak pump susu. Hanya nak larutkan sedikit cereal. Tapi boleh tahan ‘payah’ la jugak nak express manual kan? Maka, siapa express milk dia secara manual selama ini memang saya hormat kepadanya. Begitu berdedikasi dan istiqamah.
Breast milk akan tetap menjadi makanannya sehinggalah tempoh selama mana yang Medina mahu. Maximum 2 tahun (insyaAllah) Sekarang ni, hanya nak bagi dia rasa-rasa. Sekadar nak bagi dia experience baru to stimulate brain dia. Berdasarkan pembacaan saya, kebanyakkan bayi yang kelaparan dan tidak puas menyusu akan mengalami kesukaran tidur malam. Alhamdulillah. Medina tidur malam sangat lena. Punctual pulak tu. Kalau around 7pm to 8pm, apa jadi pon dia akan tidur juga. Dan akan bangun selepas subuh (around 6.30am to 7 am) Malam-malam, jarang meragam. Cuma saya saja yang suka sua boob bagi dia. HAHAHA. Dia ekkk je sikit, saya bagi boob. Itupon dia tak menyusu mana. Sebab dia nakkkk juga tidur. Good girl.
Saya agak takuuuut kalau terbagi makan anak saya benda yang tak sepatutnya. Sebab Medina selama usianya 5 bulan ini memang breast milk semata-mata. Plain water pon tak bagi. Adalah secuit pisang dan secuit kurma. Maka, pagi ini saya belek tenung kotak Farex tu bukan main lagi. Bukan apa. Kitakan dah biasa dengar, makanan dalam kotak dan dalam tin ni kurang khasiatnya. HAHA.Tah apatah dalam kepala aku.
Study kejap dekat internet apa orang kata tentang Farex. Doctor recommend. Memenuhi nutrient keperluan bayi terutamanya iron. Mudah hadam. Rice adalah antara makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Dan jarang orang allergik kepada rice. Jadi, elok mulakan dengan rice cereal. Ayam tandoori nanti tunggu Medina 15 tahun OK. Taklah, acah je.
No salt, no sugar for babies. Tak baik.
One tea spoon of rice cereal + breat milk.
Sikit saja saya sediakan pagi tadi. Itupon dah cukup berdebaran rasa. Sebab selama ni saya rasa Medina selamat selalu dengan breast milk tetiba nak bawak masuk benda lain dalam perut dia. Adalah agak thrill. Ya ya. Me being paranoid and emotional again. Oh, saya tak excited langsung!
Dudukkan dia atas baby seat. Unfortunately, Medina doesn’t have that Bumbo Seat. Sebab setelah berbincang, Daddy cakap dah terlambat Bumbo Seat tu untuk Medina. Sebab bila kami check weight limit dia, macam tak lama boleh pakai dah. Walaupon Mummy sebenarnya eager jugak nak Bumbo Seat. Daddy pilih Baby Seat yang ini from Safety 1st. Sebab boleh pakai lama lagi. And then harga dia adalah sama dengan Bumbo Seat TAPI pada hari tersebut this seat was at discounted price. So, this Baby Seat that is lah. Walaupon Mummy dan Daddy still setuju that the Bumbo Seat adalah lebih comel. Tak apalah T___T Namun. Seat yang ini warna dia Mummy suka.
Selepas itu, switch the TV off. Supaya sunyi, damai dan tenteram. Sekarang kami sedang nak train Medina untuk fokus. Waktu makan, nak ajar dia focus untuk makan tanpa gangguan TV. Sebab Play School tu asyik menyanyi je nanti Medina distracted T____T
Pakai bib.
Bismillah …
Pandai rupanya dia makan.
Nampak excited tak? Dia memang sambar. Lagi-lagi sudu tu. Tapi dia macam lambat-lambat kan? Saya nak tengok juga, dia macam berselera sangat ke apa. Berdasarkan pengalaman saya memperhatikan dia, nampak so-s0 lah. Dia minat. Dia makan. Dia telan. Tapi excited sangat-sangat tu tak ada. Yang ada, ialah passion dia nak tarik sudu.
Kalau Daddy ada, boleh Daddy enjoy the session too. But its OK. This entry is for Daddy.
Hampir menghabiskan cereal.
Habis. Licin.
Saya tunggu kejap. Nak tengok kalau-kalau she asks for more.Entahlah, susah nak dipastikan. Sebab dia nak tarik mangkuk dengan sudu. Tapi makan pon tetap makan juga. Namun demikian, dia tak nampak kelaparan langsung. Slow and steady sangat.
Bagi plain water. Buat basah-basah tekak dia.
Tetiba, melalak! Dia terus buat sign asking for boob! Sign nak susu dia ialah berbunyi macam bernafas termengah-mengah dan ternganga mulut carik susu kiri kanan. HAHA. Apalagi, terus bagi. Ha kau. Bukan main lagi dia. Menyusu laju-laju as in ‘aaaaaah this is what I am looking for’. Lepas dapat susu, terus tidur. Lena sangat dia tidur. Kekenyangan. Rice cereal dapat, susu pon dapat. Burppp.
So thats my story about my baby’s first rice cereal. Seronok suap anak makan. Kita tengok hari esok pula macam mana. Adakah dia menunjukkan tanda-tanda begitu nak makan? After all, new experince untuk baby saya.
‘My baby has taken to sucking her thumb. At first I was happy because it was helping her sleep better, but now I’m afraid it’s going to become a habit I won’t be able to break her of later on,’
-What To Expect The First Year, pg. 206
.
Exactly apa yang saya dan suami rasa. Mulanya, kami happy. Siapa tak happy, anak kecik dah pandai tidur sendiri. Dah pandai pujuk diri. Dah pandai menangis diam sendiri. Dah pandai berdiri. OK lah, yang berdiri tu memang tipulah. Tapi, itulah. Sejak masuk 3 bulan ni, menjadi-jadi dia menikmati kebahagian mengisap jari. Dari air mukanya saja, dapat beta lihat kebahgiaan dalam diri anakanda beta. Barangkali begitu sedap jari-jemarinya. Apa lagi sedap dari susu beta?
Dah. Tak payah nak beta-beta.
Beberapa orang menasihati saya, jangan biarkan tabiat ini. Tabiat ini tidak elok dan mengundang masalah kalau dibiarkan. Sampai akhirnya sekarang ini, kami dah jadi bimbang. Everytime Medina masukkan tangan dalam mulut dia, lekas-lekas saya jerit NO,MEDINA,NO!
Nama lagi baby. Saya jerit NO, dia gelak gembira as in kita tengah agah dia. Everytime nampak saja, mesti terus pergi tarik tangan dia. Daddy dia cepat-cepat bagi rattle ke apa to distract her. Bila dapat rattle, dia struggle nak masukkan rattle dalam mulut. Nature teaches her so. Kan?
Nasib baik ada WHAT TO EXPECT THE FIRST YEAR. Kalau kamu dah jadi parents, harus tahu buku ini. Legend. Eceh. Well-known, maksud saya. Seingat saya, saya ada simpan buku ni sejak baru lepas kahwin. Masa baru-baru sampai Brisbane awal tahun lalu. Beli dari garage sale dengan harga SATU DOLAR. Yeay. Gembira.
Saya ada dua. Lagi satu, WHAT TO EXPECT THE TODDLER YEAR. Pon beli dari garage sale dengan harga tak patut iaitu SATU DOLAR juga. Tak patut, bukan? HAHA. Berdasarkan price code pada belakang buku, tertera harga $32.95. Atau kalau convert ke Ringgit Malaysia menjadi RM99. Tapi saya dapatkannya dengan harga $1. Bersamaan RM3 sahaja. Gooooooood bargain. Oh. Nanti nak cerita buku garage sale yang lainnya. Sampai kamu jatuh rahang mendengarnya. Jatuh rahang?
What To Expect memang membantu kami menjawap soalan-soalan in parenting. Termasuklah soalan kelakar seperti MACAM MANA NAK PAKAIKAN BABY BAJU DENGAN CARA YANG BETUL. Bunyi saja macam tak payah tanya, tapi kalau cari dalam buku tersebut memang ada. Fikir saja nak tanya soalan apa, insyaAllah ada dalam situ. Tapi kalau tanya PETANG NI BERBUKA NAK MASAK APA memang nak kena tu dia.Resepi bubur lambuk memang tak ada dalam buku tersebut.
Maka.
Kami yang bermasalah dengan gejala thumb sucking ini terus membuka buku muka surat 206. Pagi tadi, selepas bersahur :
Daddy sedang nak baca, dah seperti biasalah Medina mesti nak ambik tahu punya apa kami buat. Kalau Daddy pegang handphone, dia pon panjang leher nak intai handphone. Kalau saya on laptop, dia pon bulat biji mata nak tengok apa emak dia sebok sangat. Bila Daddy buka buku pagi tadi, dia pon sambil menikmati jari terus membaca sama.
Medina, listen to Daddy.
Medina,
Dalam buku ni kata, tabiat hisap jari adalah perkara biasa. So, you are one normal baby. Barangkali, ia bermula sejak Medina dalam uterus Mummy lagi. I know, tidak mudah jadi seorang baby. Menurut buku, orang dewasa selalu kacau perkara kegemaran baby. Bila baby baru nak seronok melakukan sesuatu, dia dihalang walaupon kadang-kadang tanpa sebab yang tepat.
Sama juga seperti menghisap jari.
Ramai berpendapat, perbuatan ini boleh dikaitkan dengan penyakit emosi sometimes. Ada orang kata dangerous. Ada orang kata nanti gigi tak cantik. Ada orang kata nanti jadi habit.
Ye ke Daddy? I am so scared. Oh-Ho.
(Tapi nak hisap juga)
Jangan bimbang. Stop worrying and start letting your baby indulge herself. Sebab tabiat ni tak dibuktikan sebagai satu masalah bagi baby. Baby biasanya akan stop sendiri by the age of 5 or 6. Paling menjadi-jadi tabiat ni adalah sekitar usia 18 hingga 21 bulan.
Oh macam tu. So, can I proceed?
(Of course I will even when Mummy says NO)
Masukkan jari dalam mulut adalah untuk exploration and pleasure. Baby kebanyakkannya mula explore sesuatu guna tangan dan mulut. Should we stop them? Mengenai nanti gigi tak cantik, berdasarkan bacaan saya ni, dia kata jangan bimbang about the alignment of baby’s teeth. Masalah ni tak akan terjadi kalau baby stop sucking before 5 year old. By the time, barulah gigi permenant akan tumbuh. Buku ini yang cakap.
Padahal saya memang bimbang sebenarnya.
Husband saya kata, baby perlu didedahkan dengan bakteria juga. Bukanlah macam pergi bagi dia main sampah ke apa. Tapi tak perlu jadi ibu bapa paranoid yang nak hindarkan baby secara sungguh-sungguh dari kuman dan bakteria. Baby zaman ini kebanyakkannya tak ada antibodi yang kuat. Cepat kena penyakit bila dewasa. Start dari baby masih kecil, dedahkan dia dengan persekitaran secara natural. Untuk menguatkan antibodi. No wonder orang dekat sini selalu biar anak dia berjalan tak pakai kasut.
Maka, saya tutup mata juga bila Medina hisap hisap jari. Walaupon dulu paranoid je rasa nak basuh tangan Medina berjuta-juta kali.
Sekarang saya dah lega. In the meantime, let my baby suck away. I need to tell myself that this is normal. My baby is exploring her world. As long as dia tak thumb sucking disebabkan bosan, perlukan comfort atau pon sebab dia lapar. Saya tahu Medina hisap jari bukan sebab dia lapar. Dia just tengah enjoy nak masukkan semua benda dalam mulut. Bila bagi toy pon, dia akan excited dan terus masukkan dalam mulut.
Thanks buku.
Terpujuk juga hati yang gelisah.
Daddy, the story is too long.
I am sleepy.
Maka. Buat masa ini, saya akan biarkan. I won’t stop her exploring things with her mouth.
.
Baiklah. Waktu untuk mengasapkan dapur. Sudah jam 3 petang. Berbuka puasa jam 5.30 malam. Harap Medina bagi kerjasama.
Beginilah selepas jadi emak-emak. Asyik cakap pasal anak. Berkicauan di twitter tentang anak. Mengemaskini blog tentang anak. Pergi ke aktiviti-aktiviti untuk anak juga. Semua pon anak. Anak. Anak. Anak. Paling syok, sekarang ini dah perasan beberapa blogger yang letakkan saya sebagai blogger kategori ibu. Comel, yes? Tapi lagi comel bila kamu masih tergamak biarkan saya duduk bawah kategori blog awek. Ha, siapa buat tu? Siapa tu? HAHA.
Hujung minggu, pergi baby’s expo.
Besar juga event ni. Melibatkan large range of brands untuk baby dan kanak-kanak. Tapi I sejuk menggigil this morning, sampai tak tersanggup nak menaip banyak-banyak.
Oleh itu, tengok foto.
My daughter.
Ekspresi muka antara nak excited dengan nak melalak. Macam itulah muka dia. Bila ekspresi dia macam itu, biasanya keadaan boleh dikawal. Kalau kena gaya kita agah dia, InsyaAllah mood dia jadi baik. Tapi kalau tersilap langkah, ya ampun. Teruslah dia teriak.
Untuk tidak memberi peluang kepada di teriak on public (nanti malu Mommy Daddy), lekas-lekas berlari kami semua cari baby’s area. Husband tolong change nappy dia, sementara saya pergi thaw susu dia. To thaw the EBM, took time. Lama jugaklah. Kira sempatlah Medina nak buat gegaran dekat Convention Hall tu. Dia kalau dapat melalak, subhanallah. Sengaja di teran-teran suara. Silap-silap orang ingat anak aku ni sakit ke apa. Padahal dia cuma sakit hati je lambat dapat susu. Tapi tak apa. Uncle Uda ada. AHAHAHA.
Nampak? Dah berlenang air mata siap. Medina memang. Dia kalau dapat menangis, mengalir bukan main air mata dia. Dari hari pertama lahir lagi OK dia mpandai menangis sampai berlenang-lenang. Begitu dramatic.
Setiap kali Medina menangis, mesti saya panic. Bukanlah panic sebab macam tak tahu nak buat apa, tapi saya risau. Tak eloklah baby menangis lama-lama kan. Dah tu pulak, Daddy dia memang pantang kalau dibiarkan anak dia menangis lama-lama. Kalau boleh, dia tak mahu anak dia menangis pon. Husband pesan, sebelum Medina menangis MESTI bagi dulu apa dia nak. Apa dia nak? Susulah. Atau change nappy ke apa. Kalau saya lambat sikit sampai menyebabkan Medina dah nangis banyak-banyak (biasalah, dramatic) tengoklah muka husband saya tak puas hati. HAHAHA.
OK Medina. Cepat besar. Sebelum Medina nangis, Mommy belikan dollhouse nanti Mommy tumpang main KAH KAH KAH. Tak sabar nak tunggu Medina pandai mintak toys. Nanti boleh Mommy ajarkan toys mana yang best, mana yang tak best. Pastu Mommy tumpang la tapi Mommy petik nama Medina. Hoyeah hoyeah.
Macam semalam. Mommy shopping shoes. Sebenarnya itu satu investment. Mommy invest untuk masa depan Medina la. Nanti lepas Mommy dah bosan pakai dua tiga kali, Mommy wrap masuk box. Mommy simpan. Mommy pass dekat Medina OKEK.
Hai Daddy!
Macam mana kalau Mommy invest beli pram macam ini?
HAHAHA.
Wah. I go crazy gila dengan pram ni. Pram paling gorgeous pernah saya tengok. Tapi tak apalah T_____T Pat lima ribu beli pram, mana sanggup.
poooof poooof!
Lupakan.
Berbalik kepada Medina.
Walaupon dah umpan dia dengan susu, dia belum terpujuk lagi. Nak letak dia semula dalam pram pon dia tak nak. Dukng pon dia tak nak. Sampailah akhirnya, dia nak kita place dia macam gaya ala-ala terbang. Terus dia tidur. HAHAHAHA ANAK AKU! Nasib baiklah ada Uncle Uda dia. Kalau harap Mommy, tak dapatlah kan. Merasalah kami berpusing-pusing hall redah orang ramai sambil bawa Medina tidur dengan gaya yang macam tu. Sampai ada orang yang terjenguk-jenguk. Aik? Apsal baby ni tidur macam tu? HAHA.
TETIBA!
Ada baby boy ni berlari hinggap dekat kaki husband saya. Dia peluk kaki kuat-kuat tak mahu lepas. Terkesima kejap suami saya. Kitorang semua dah tergelak-gelak dah tengok muka husband saya yang macam hilang punca. Ayyokkk.
Tak tahulah kenapa. Mungkin dia terasa seperti itu bapa dia. Atau dia sebenarnya tak ada bapa sebab emak dia kelihatan bersendirian. Atau mungkin juga dia memang suka hinggap kaki orang secara random. Atau pon dia memang friendly sampai semua lelaki dewasa dia anggap seperti bapa. Atau … eh sudahlah tu banyak sangat assumption macam penting sangat HAHA.
Bulan lepas, Sue Butler (midwife yang organize antenatal class saya dulu) e-mail saya pasal baby expo ni. Dia pesan, kalau saya pergi expo ni bolehlah cari dia. Memang saya cari jugaklah dia tapi tak nampak-nampak booth dia.
Dah nak balik tu, jumpa jugak.
Excited dia tengok saya dah bersalin. Sampai dia introduce saya dengan Medina dekat customer dia yang lain. And then dia bagi tips nak bagi baby tidur nyenyak. Dia recommend one book dekat saya. Buku yang membantu new mother mendapatkan tidur yang cukup.
Bawa pulang ini ;
Expo ni best. Cuma susah sikit nak focus dekat apa yang kita nak tengok sebab baby cranky. Kami pulak datang dah petang sebab husband saya kerja pagi Sabtu tu. Goodies bag semua dah habis T____T
Sejuknya cuaca. Another cup of hot Milo will help. Ta.
Last Monday on 14th June, was the public holiday in here. Menjadi seorang yang ignorant tentang special date or national event in Aussie, saya memang tak tahu kenapa Isnin tu public holiday. Yang saya tahu, suami cuti saya suka hati. HEHE. Husband menganjurkan lawatan sambil menyelam (gagaga) ke Dreamworld. Dan menyelam di Whitewater World. Ini entah kali ke berapa ribu (exaggerate) saya jejak Dreamworld. Tapi, kali ini istimewa. Sebab kali ini, first time bawa baby menikmati kota keriangan penuh jeritan ini.
On the way to Coomera (of which the Dreamworld and White Water World are situated) barulah saya terbuka hati nak tahu kenapakah semua orang bercuti pada hari tersebut.
‘Queen’s birthday’
Oh.
Nanti masa birthday saya, saya bagi kamu semua cuti OK. Ishk tak kelakar pon.
Dulu. Kalau nak keluar berjalan, cukup senang. Bangun pagi semasa bergolek-golek seperti dua insan yang begitu kelapangan, boleh tetiba terlintas nak pergi somewhere. Terus bangkit, siap-siap bawa diri dan pergilah ke mana saja kau suka walau sampai ke kaki langit. Tak ada benda nak difikirkan.
Sekarang. Perenggan di atas hanyalah history.
Seperti hari Isnin tersebut. Persediaan perlu begitu rapi. Demi seorang insan kecil tetapi begitu besar keperluannya.
The day before, kena pump susu at least dua botol. Pastikan cooler bag dah ready.
Get her nappy bag ready. Pastikan cukup nappy. Baby wipe. Change mat. Extra baju. Winter coat. Hat and mitten. Burp cloth banyak-banyak. Blanket. Masukkan EBM siap dengan cooler.
Flask wajib ada untuk bekalan air panas. Kalau nak breastfeed ni, memang kena kerja keras. Semua kena fikir lengkap.
Siapkan stroller dalam kereta. Pasang pram protector. Make sure bawa sun and rain cover.
Siapkan baby. Siapkan diri.
Masukkan baby slowly dengan penuh kasih sayang dan kelembutan ke dalam car seat. Comfy her. Pasangkan blanket.
Sepanjang jalan kena perhatikan dia. Pay full attention on her. Tak boleh nak jeling Jaguar sebelah ke apa.
Sampai destinasi, feed baby senyap-senyap dalam kereta sekejap.
Turunkan stroller. Selesakan stroller.
Baby nangis! Jangan masukkan dia dalam stroller dulu. Pujuk dan umpan dia dulu. Sambil berjalan dan beratur nak masuk ke theme park, sogokkan dia dengan botol susu sampai dia terdiam.
Sapu sun block dekat baby.
Baru masukkan dia dalam stroller. Push the stroller gently. Awas. Tak boleh berhenti. Kalau berhenti, dia marah. HAHA nasiblah kan kena sentiasa gerak-gerakkan stroller walaupon sambil makan dalam restaurant.
Nampak mudah? Ha, siapa sedang berdua-duaan, nikmati masa senang anda. Bersyukur. Nanti sudah masuk insan ketiga, tak ada istilah lenggang kangkung dah. Makan kangkung pon tak boleh. Angin. Kesian anak.
Macam ini :
Menggayakan diaper bag saja la ke sana ke mari. Handbag canggih canggih sudah tak praktikal lagi. Berjalan lenggang kangkung, memang tak boleh lah. Nak catwalk bajet hot, lagilah jangan harap. Yang sentiasa dicapai adalah kain yang penuh dengan muak baby. HAHA comel takkk? Dan sepanjang jalan kena tolak stroller sambil membayar sepenuh perhatian kepada bayi. Buatlah kau macam-macam bunyi pelik nak hiburkan anak jangan dia nangis. Tak berapa ada chance untuk menikmati keindahan flora fauna sangat.
Kalau dulu, sambil berjalan boleh berbual tentang kenapa goalkeeper England bengap sangat. Contohlah. Sekarang tak ada lain. Balik-balik cakap pasal anak. Balik-balik tanya soalan yang sama ; Baby okay?
Hai Medina!
First time masuk stroller. First time sampai Gold Coast. First time kalau menangis tak bisa menggegarkan dunia. HAHAHA sebab theme park tersebut dah cukup hingar. Sampaikan kalau Medina teriak pon, tak menyumbang bunyi. KAHKAHKAH.
Dia nampak stress mulanya kena duduk dalam stroller. Nampak macam tak suka. Tapi lama-lama, dia OK. Cuma itulah. Jangan stop. Apapon, baby carrier memang terbaik. Tak pernah Medina cranky bila duduk dalam baby carrier. Comfy sangat kot.
Itu semua hal Medina.
Orang lain pon ada hal masing-masing. Datang sana untuk bermain.
The Giant Drop
Hujung sekali. Hujung kiri kamu. Hujung kanan jangan tengok. Nampak tidak? Mak Yang canggih! Dengan senang hati dan terbuka hatinya dia offer diri nak main semua ride. Ijat pulak yang takut-takut sampai kena paksa dengan Mak Yang. Aphal kau ni Ijat?
Runaway Reptar.
Siapa pernah ke Movieworld, mungkin tahu Leathal Weapon. Runaway Reptar ni, umpama Leathal Weapon juga. Cuma version yang lebih mild.
Eh eh.
Siapa kanak-kanak gembira main Seluar Terbang Spongebob itu?
Akhirnya. Wiggle World yang kami cukup anti sebelum ini, dah jadi tempat kami PERLU pergi ye. Wiggle World ni tempat untuk kanak-kanak. Ada permainan cawan pusing, icon warna warni, bumpercar dan dimeriahkan dengan lagu-lagu dari The Wiggles yang sumpah annoying. Sepuluh kali lalu area ni, sepuluh kalilah kepala bergegar dengan kejengkelan lagunya. Tapi tak apa. Terpaksa.
Dekat area sinilah ada kemudahan untuk emak-emak macam … macam kamulah. HAHAHA macam saya juga. Lengkap semuanya untuk kemudahan breastfeeding and baby changing. Sekarang ni, kepala saya dah tak boleh nak fikir benda lain lebih dari tentang breasfeeding kalau pergi mana-mana. Takuuut sangat kalau tak dapat feed baby. Kesian.
Opah dengan Uncle Uda. Rakan sepasukan menjaga baby. HEHE Inilah kerja Medina. Bangun kejap, tidur kejap. Tapi dia tak melalak. Adalah menangis sikit nak susu. Dapat susu, baiklah dia.
Semasa Daddy, Opah dengan Uncle Uda main air, Mommy and baby had time together. I love you, Medina.
Hari ke 40 of confinement. Alhamdulillah. Apakah ini artinya saya sudah hampir boleh menikmati makanan bagaikan seorang raksasa? Tidaklah. Saya menyusukan baby. Diibaratkan, apa saya makan itulah yang baby makan. Jadi, tak bolehlah nak pentingkan tekak sendiri saja. Kesian kat baby. Banyak lagi makanan-makanan yang restricted buat masa ni. Jenis-jenis yang berangin, semua saya avoid. Demi anak.
Medina dah sebulan satu minggu.
She’s growing well.
Healthy and active.
Dia dah boleh diagah. Seronok gila (Mommy lah yang seronok macam gila HAHA) Mood dia paling cantik pada waktu pagi. Around 5 am macam tu, dia mulalah merengek-rengek kasi siren dekat Mommy dengan Daddy dia suruh bangun. Tukar nappy dia, feed her dan lepastu mulalah dia ajak kami main. Giggle gigle, and then membebel on her own language. Sungguh adorable. Sometimes I jakun. Sebab saya tak pernah menjalani hari bersama bayi. This is my first time. Banyak sangat kelakuan bayi yang saya tak tahu. HAHA. Saya kan bukan jenis yang main bayi before this. Medina memang bagi saya pengalaman pertama yang menakjubkan.
Medina memang seorang yang punctual. KAH KAH KAH. Dia akan bangun consistently around 3 am and 5 am setiap hari. Kalau dulu, bangun saja mesti terus teriak tak pakai warning. Tapi sekarang ni, sejak dah bijak membebel bahasanya sendiri, dia lagi suka merengek-rengek. Rengeken yang berbunyi kesian seperti ; Ihhh… ihhhh… ikkhhh! Macam bunyi tak puas hati. Kalau lambat dilayan, makin tajam bunyinya. LOL.
Medina respon kepada bunyi very well. Setiap pagi,bila dia celik saja bijik mata saya akan bagi salam dekat dia. Ucap good morning dan say Hi Medina. Hi Medina. Hi anak Mommy. Hi! Hi! Sampai lenguh mulut punyalah friendly pagi-pagi buta dekat anak sendiri. Sampai dah berbuih-buih saya Hi dia sana sini, barulah dia akan respon ; Ai! Suara dia menyebut Ai tu memang sangat menggugurkan jantung. Punya comel. HAHA Tapi dia lambat nak mengeluarkan Ai tersebut. Sebab dia lagi gembira tengok emak dia berbuih mulut agah-agah dia bagi salam bagi good morning apa semua. Bulat saja bijik mata dia tenung sambil mulut ternganga-nganga riang tapi dalam keadaan mute. Dah lama-lama kang baru dia kuat-kuat mengeluarkan Ai! HAHAHA.
Macam yang kamu sedia maklum, dia paling pantang kalau disuruh baring. PALING PANTANG. Kalau meniarap tak apa. Tapi, kalau kita baringkan dia atas changing mat sebab nak change nappy dia, punyalah happy sakan. Kita tinggalkan dia kejap atas change mat tu pon tak apa. Gembira bukan main. Berbuih mulut dia making noise. She loves changing nappy, sebenarnya. Dia boleh tahu kalau kita baringkan dia atas change mat, maksudnya kita nak tukar nappy dia. Tu tak apa, dia suka. Kalau letak dia atas cot, oh itu jangan.
She’s not the same Medina yang berusia seminggu. She’s now 1 month. Dia dah makin kuat. Makin heavy. Makin panjang. Dah tak boleh dah nak dodoi dia lama-lama nanti lenguh. Dah tak boleh nak change nappy dia dengan begitu mudah. Dulu dia hanyalah seorang newborn yang kurang upaya nak lawan apa kita buat kat dia. Sekarang, kaki dia bukan sikit punya ligat bergerak. Nak change nappy punyalah payah. Nak pakaikan baju pon payah sebab dia suka excited sampai tak tentu arah kaki tangan dia. Tu belum waktu nursing dia lagi.
Medina makin kuaaaaaat menyusu. Sampai kami kadang-kadang jadi teragak-agak. Patut ke feed dia lagi padahal baru 10 minutes ago dia menyusu. Dia menyusu sangat bersemangat. Sambil menikmati susu, dia boleh humming LOL. Bila susu terlepas, tengok dia punya kaki tangan semua naik laju-laju. Siap tepuk-tepuk kat chest saya. Apalah Medina ni.
Kamu semua pon boleh nampak. Dagunya sudah menjadi dua. Tak tahu macam manakah dia mendapat lagi satu dagu. HAHA. Pipi dia sangat labuh. Kami cakap, dalam pipi dia ada tank susu. Kalau dipicit, boleh berlaku milk leaking HAHA. Badan dia sungguh bulat meskipun dia hanyalah seorang bayi kecik molek. Tapi bulat. I wonder kalau dia dah reach 4kg ke apa. Belum timbang lagi. InsyaAllah next week jumpa Paediatrician untuk 6 weeks check up.
Bawa Medina travel atau berjalan-jalan memang best. Dia sporting dan behave saja.
Mommy cukup tidur malam tak? Enjoy being a zombie? A-HA. Bagaimana kalau saya kata, saya mendapat tidur yang mencukupi? Sungguh. Saya tidak mengalami masalah kurang tidur. Saya berasa energetic saja. Ya ya. Memanglah bangun banyak kali at night. Itupon sebab nak check on her. Lena ke tak. Safe ke tak. Berjaga untuk change nappy dan feed dia, hanyalah around dua kali saja dalam satu malam. Pagi-pagi, paling lambat pon pukul 6 pagi saya dah bangun. Feed dia, main dengan dia, breakfast, bawak dia turun hall tengok Avatar dengan Daddy dan tengok Daddy pergi kerja. Hakikatnya, memang dah kurang sangat waktu tidur saya. Saya pula jenis tak reti tidur siang. Tapi Alhamdulillah. Allah Maha Tahu. Sejak menjadi emak ni, energy saya lebih sikit. Keperluan tidur saya menjadi tidak begitu demanding. Kurang, tapi cukup.
Orang selalu pesan ; Kalau baby tidur, kita tidur. Kalau tidak, tidak ada tidurlah bagi kita. Err. Kalau baby tidur, saya blog. KAHKAHKAH. Waktu baby tidurlah, saya melakukan kerjaan yang patut saya lakukan. Saya hanya tidur pada waktu malam. Waktu siang, saya tidak tidur. Tak pandai tidur siang. Tapi saya masuk tidur awal. Habis saja Master Chef around 8.30pm, dah siap-siap bawak Medina naik bilik. Mesti tidur.
Masa-masa bersama Medina memang challenging. Sangat mencabar. Settling her is not easy. But everything is precious.