Idris punya vaccination jadi terlalu overdue. Terganggu dengan urusan pindah dan sebagainya. He had his 6-month rotavirus when he’s nearly 7 months old. Itupon rotavirus sahaja. Jab tak dapat ambil sekaligus. Next week insyaAllah baru boleh jab. This thing worries me a lot. Saya tak berapa suka kalau urusan-urusan anak jadi tak tentu arah.
Mummy’s gonna blog this, for a record.
Like every other morning pon, Medina had her oat breakfast dengan milk. Kalau bukan milk, susu. Milk dengan susu dalam hidup Medina adalah dua jenis benda yang berlainan. Perkataan susu hanyalah dibenarkan guna under certain circumstances dalam rumah ni. HAHA. Me and husband juga tak akan sewenang-wenangnya mention perkataan susu. Sebab, Medina pantang dengar. Susu bagi dia ialah boobies. Macam bila kita ingat ayam, kita kemaruk KFC (OK bukan kita, SAYA) Biasanya dalam rumah, kami substitute perkataan susu dengan apa-apa perkataan lain. Atau nanti, dia jadi tak tentu arah. Boleh terus tinggalkan toys dan struggle nak breastfeed.
Bagi Medina, susu ialah minuman putih berkalsium made in Mummy. Dan milk ialah minuman putih berkalsium made in cow. HA HA. She didn’t call susu dalam botol as susu. She called it MELK. Susu ialah booooooobies. Excuse me. Sorry if you found this booobies boobies thingy kedengaran sexual. Bagi mak mak, ianya sebahagian daripada menu meal. Aaaah, just excuse me will you?
Yeah, melk.
She drinks S26, NANpro dan Karicare secara bertukar-tukaran. Dia tak kisah. Asal bukan soy. Dia bukan suka sangat formula milk. Bagi dia breastmilk is the best (macam ubat segala masalah dia) Dia hanya minum sehari sebotol. Sekarang pon dia dah mula minum fresh milk. Saya percaya produk tenusu Australia adalah baik. Kadang tu I don’t mind giving her fresh milk from Coles. 2L hanya $2. Murah. Talking about added sugar (sekarang semua orang pon bercakap about added sugar in milk) tak susah nak jumpa susu tanpa gula tambahan di sini. Cuma saya nak bagitahu jugaklah. Kalau dah jaga pengambilan gula anak-anak dari susu mereka, jagalah pengambilan gula dan khasiat makanan yang lain. Jangan taksub sangat dengan fenomena added sugar added sugar tapi SuperRing kaya dengan pewarna dan MSG tu bagi anak bedal juga. Bukan komplen atau ada isu dengan siapa-siapa yang bagi anak merasa segala-segalanya, cuma nak bagitahu semua kita ibubapa ni, baik buruk untuk anak-anak datang dari waras kita. Jangan ikut waras iklan. Sebab there’s someone asking me dekat Australia ada susu sebaik Anmum Essential tak? Du-uh. IKLAN KUAT.
Iklan susu ibu. Dekat sini susu ibu mengandung tidak wujud untuk pengetahuan semua. Dalam sehari saya dapat macam-macam soalan. Pasal pregnancy. Pasal babies. Pasal kek pon ada (jangan nak buat malu aku HUAHUA) Banyak juga soalan berkaitan minum susu untuk ibu mengandung. Saya bagitahu, tak ada susu istimewa untuk ibu mengandung yang saya pernah minum. Sebab tak jumpa dekat sini. Kalau tanya doctor pon, buat kena gelak. Sebab susu ibu banyak di negara Asia sahaja. Minumlah apa-apa susu. Control vitamin A intake. Pastikan pengambilan vitamin dan folic acid (SANGAT PENTING) yang disiplin.
Lagi satu nak bagitahu. Ni kira pemberitahuan pukal kepada mesej-mesej yang tak terbalas-balas. Folic acid TIDAK membuat anda hamil. Bukan folic acid yang menyebabkan kehamilan. Tak makan folic acid, tak hamil. Makan folic acid banyak-banyak, tinggi kebolehan untuk hamil. MITOS. Folic acid does not make you fertile. Tapi kalau merancang nak hamil, tolonglah makan. Penting untuk mengelak spina bifida. Elak kecacatan bayi.
Sudah ke mana-mena perginya cerita kita ini? Tak apalah. Kalau saya tak membebel sekarang, sampai bila-bila tak akan menjawap soalan saudari-saudari. Soalan yang lebih saintifik dan lebih medikal dari ini, maaflah. Saya tak boleh jawap. Tak pandai.
Sambung cerita.
Idris dah siap untuk menjamu cecair rotavirus.
Sebenarnya nak pergi ambil gambar passport. Tapi pada hari tersebut, terlalu banyak perbuatan lain yang dibuat-buat sampai akhirnya tak sempat nak ambil gambar Idris dalam pakaian di atas. Kalau ada kolar kan segak sikit.
Child and Family Health Centre, Woodville
Saya kurang gemar Family Health Centre di Adelaide ni. Tak efisyen. Lambat. Tak tahu apa yang lambat benar. Kami spent masa sampai sejam semata-mata nak dapatkan rotavirus shot. Brisbane punya sistem lebih cekap. Operated by Brisbane City Council. Pada tarikh tertentu, dorang buat dekat library. Boleh walk-in. Datang bagi baby record book, terus dapat vaccine. Tak ada nak banyak sangat songeh dia. Dekat Lismore pon not bad. Untuk seorang baby, ada 5,6 orang dalam bilik tu. 3 orang tukang bagi vaccine, lagi 2 orang pasukan sorak. HAHA. Sangat meriah. Dengan bubbles, tepukan, sorakan dan macam-macam bunyilah. Comel.
In Adelaide? Ala, dia punya health centre tak berapa menggembirakan. Akan tetapi, Medina tetap gembira ke sana.
Banyak mainan. Dan banyak rakan.
Tempat ni sangat bersih dan dikemaskini. Pagi-pagi, makcik cleaner datang wipe semua toys dengan anti bacterial wipes. Satu persatu. Puas hati tengok.
Medina ni suka baby. Dia paling suka baby yang masih fragile tu. Dia bukan kira. Anak orang pon dia selamba panjat kerusi nak kiss. Ada baby duduk depan kami masa tunggu turn. Baby tu premature. Very small, fragile and … aaaah, terlalu comel. Medina seboleh-boleh nak kiss baby tu. Saya tak bagi OK. Sebab tak semua parents suka orang sentuh sentuh anak dia. Tapi emak baby tu bagi Medina kiss anak dia. Lepas dapat kiss, dia cakap UP. Dia nak up pulak! Up tu maksudnya nak angkat. Ewah ewah.
Medina memang begitu. Dia main redah je. Tak ada istilah takut-takut. Tak ada istilah malu-malu.
Hari itu adalah Selasa. Husband cuti. Adalah menyeronokkan. Siap vaccine anak, kami ke city. Adelaide sangat indah permai. Kami tak kisah pergi city pada bila-bila masa yang kami mahu. Kalau dulu dekat Brisbane, boleh kira berapa kali kami pergi city. Nak ajak husband pergi city pon saya tak berani. Mesti husband tak mahu. Boleh gila kalau drive dekat Brisbane yang berlingkaran dengan bridge di sana sini. Setiap kali ke ity, tak sah kalau tak cross Brisbane River berkali-kali sebab dah sesat barat. Dengan parking yang cekik darah. Tapi udara bersih.
Adelaide adalah berbeza. Bandar Adelaide sangat tenang. Jalan dia lurus. Tak ada simpang siur. Traffic dia terrific! Mengkagumkan. Masuk city pon tak rasa stress. Berbeza sangat sangat berbanding Brisbane, Melbourne atau Sydney. Saya rasa orang Adelaide adalah orang yang happy. The cheapest city in Australia. Paling menyeronokkan, tak sesak. Tapi saya belum explore lagi South Australia ni. Husband busy.
Orang baring-baring atas rumput membaca buku. Mums pushing pram. Orang riadah. Orang berbasikal dan jogging. Hanya di tepi jalan. Tak risau nak tolak pram bawak anak pusing-pusing city. Bila saya tengok life student dekat Adelaide, nampak best.
Love Adelaide.
Tapi, di mana-mana berada pon pasti menggembirakan dengan adanya anak-anak ini.
Saya diganggu bad bugs. Runny nose, dan batuk-batuk. Moga bad bugs tidak jahat sangat mengganggu bayi-bayi saya.
Bad bugs tak berjaya memusnahkan long weekend ini. Saya tak akan beri peluang. Saya tetap akan bangun pagi dan bersiap-siap untuk berhujung minggu dengan suami dan anak-anak. Bad bugs tak akan menjadi dalang untuk rosakkan hujung minggu saya. HAHAHA gelakkan bad bugs!
Hari ini, ke library.
Ini Nur Medina, 22 bulan. 2 bulan sebelum hari lahir ke 2 tahun. Dah faham hakikat yang tempat dia ialah di seat belakang. Di car seat. Saya dah tak ingat bilakah kali terakhir dia meronta-ronta tak mahu duduk di car seat. Long time ago. Dia kena strap, dia OK. Tak percaya, tanyalah dia ; Are you OK? – OKIE!
Oh. Perlu ingat. Masih breastfeed. MUM, SUSU. Minta susu sehari berkali-kali. Saya belum nampak nur di hujung tunnel untuk wean off dia in 2 months time. Belum nampak. Tapi tak apa. Saya OK.
Ini Ahmad Idris, nearly 7 months old. Kali terakhir kami weigh dia (when he was about 6.5 months) ialah seberat 7.67 kg macam tu. Not bad. Tak selaju dulu. Sebab sekarang dia getting slimmer. Dah duduk stabil like a pro, dah merangkak elok dan terbaru dah berdiri papah benda. Sebagai record saya, ini cepat berbanding Medina. Mungkin dia terinspirasi akan kebolehan kakak dia. Ramai mommies beritahu, anak kedua biasanya lebih laju perkembangan. Biasalah. Bila ada enzyme (dalam bentuk Medina) tindakbalas lebih laju.
Ha. I witnessed the arrival of his first tooth 2 days ago. Selamat datang, gigi bawah. Tersentuh Mummy.
Satu batang je baru sampai. Lagi satu on the way.
Medina pon nak cakap pasal gigi dia juga. Dia ada 16 batang gigi (banyaknya) T___T Tersentuh Mummy. Ah, Mummy korang ni asyik nak tersentuh je. Boring gila. HAHA. Medina suka gosok gigi. Atau sebenarnya suka nak makan ubat gigi. Tak kisahlah tu sebab kids punya toothpaste tiada fluoride. Selamat jika ditelan. Tapi tak bermaksud boleh bagi anak makan ubat gigi sebagai snack. Du-uh. Lame gila lawak ni.
Idris belum belajar gosok gigi lagi. I bet nanti dia marah HAHA. Tapi tak apalah. Sebab Idris belum makan solid food lagi.
Ini husband. Seorang gastroenterologist di Royal Adelaide Hospital. Sungguh busy. Pulang lewat. Tapi hujung minggu tahu tebus semula kesuntukan waktu dengan kami dengan membawa kami keluar mengukur Adelaide. Juga bawa makan sedap-sedap. Kami sayang Daddy.
Seperti setiap hari juga. Akan dress up elok-elok walaupon di rumah. Dia ini dah tahu bergaya, tahu? Tapi tabiat suka pakai shoes dalam rumah tu Mummy tak berapa berkenan. Pertama, bukan budaya kita. Kedua, OK well mungkin ini mitos tapi … well fine, fine! Aku takut kaki dia kecik macam kaki emak dia. Letih kalau hari hari kena argue pasal isu kasut di dalam rumah dengan dia. Jadi saya pujuk dia dengan pakaikan socks. Hari-hari pakai socks oooo. Sudahlah cuaca panas -_-”
Dan handbag. Dia suka handbag. Good girl. I love you, babeh.
Ceritanya hari ini, we went to the library in Hindmarsh. Just near home. Just a simple activity tapi cukup membuat kanak-kanak ini girang. Medina berlari dan melompat macam tak cukup tanah. Idris merangkak ke sana ke mari sambil mengeluarkan bunyi-bunyi pelik. Saya rasa itu bunyi keterujaan. Bunyi macam ‘Waaa aku tak tahu nak pilih buku mana, toys mana, benda mana nak pegang dan masuk mulut!’
Team penyepah.
Mek Gyver.
Perhati, operate, kopek, bukak piece by piece.
Daddy bacakan buku tapi anak-anak dia terlalu distracted dengan mainan dan buku-buku yang terlalu banyak. Di rumah pon memang kami bacakan buku untuk anak-anak. Kalau tak banyak, sikit. Medina biasanya akan datang bawa buku minta kita bacakan. Kadang-kadang dia bukan nak dengar pon. Tapi dia suka dengar ibubapa dia menglipurlara. Dia lepastu pergi entah ke mana. Tapi bila kita stop baca, dia datang suruh sambung baca. Macam guru besar. Big bully T__T
Selama 24 tahun aku hidup selama ini tiada siapa membuli aku. Hinggalah dalam 2 tahun kebelakangan ini, aku dibuli oleh kanak-kanak bawah 2 tahun. Hidup ni betul-betul macam roda.
Mummy, I have books.
They are nice, aren’t they?
Let me try. Yum, sedap!
Cari lebih banyak makanan.
T______T
Sangat mudah nak please Medina. Bawa dia keluar, lepaskan di mana-mana. Dia akan berlari random. Itu pon dah cukup buat dia rasa gembira sangat. Sebab itulah bila ada chance, mesti akan bawa Medina ke mana-mana untuk bagi dia bebas. Kalau ada kawan, lagi dia suka. Dia pandai berkawan. Dia pandai join orang. Mak-mak orang berbual pon dia selamba pergi join.
Kakak ini pon dia join juga.
Memang perbuatan kegemaran dia lately. Angkat punggung tinggi-tinggi selama yang boleh.
Lama juga dekat library tadi. Saya tak berapa sehat, jadi saya duduk layan selsema. Srettt srettt. Akhirnya terpaksa ajak husband keluar dari library dan pergi somewhere else. Nak pujuk Medina balik, bukan main susah. Dia macam biasalah. Bila dia protes, mesti akan jerit NOY! NOY! dengan slang Aussie yang sangat annoying itu.
Slow talk ajak balik.
Tak mahu juga.
Tak boleh jadi. Angkat Bubba. Dan kami terus jalan ke pintu. Naik lenguh bye bye dia nak acah-acah tinggalkan dia. Dia buat tak tahu. Tapi lama-lama dia lari juga kejar ke pintu.
Kadang-kadang tak boleh paksa sangat toddler ni. Nanti indirectly kita ajar dia rebel. Memang challenging. Makin anak besar, makin tercabar kesabaran aku. Bukan senang usaha membesarkan anak-anak. Mampu menitiskan air mata.
Disebabkan Medina ini jenis pemakan, saya menjadi seronok untuk menyiapkan makanannya. Setidak-tidaknya, waktu dia tengah bermain pon saya akan potong-potongkan buah bagi dia. Sungguhpon akhirnya juice buah tersebut akan sedikit sebanyak menghiasi TV, meja TV, blanket mahupon carpet. Tapi tak apa. Mummy rajin HUAHUAHUA.
Kebiasaannya, menu lunch dan dinner anak ini adalah rice porridge. Tapi dipelbagaikan setiap hari. Kalau hari-hari pon dibagi makan yang sama, kasihanlah. Namun, dah nama pon rice porridge. Walau isi di dalam diubah-ubah, texture tetap sama. Sesekali kenalah bagi anak makanan dengan texture yang lain. Medina pon sudah 15 tahun (Hoi, bukan!) Medina pon sudah 15 bulan. Pasti dia ingin merasa makanan yang perlukan sedikit usaha dan aktiviti mengunyah. Bukan sekadar telan dan kenyang.
Untuk itu, saya mencuba Chicken Cheese Ball.
Rajah 1
Sangat mudah. Tak payah kepakaran. Orang yang tak pandai bake velvet cake macam saya ini pon boleh bake cheese ball ini. Disebabkan ada beberapa orang bertanya resepi, dengan berasa termalu-malu ini saya akan kongsikan resepinya. Sedia? Pen dan kertas? Sebenarnya tulis dalam hati pon cukup sebab resepi ini sangat singkat.
Ingredients.
Minced chicken / minced beef (Kalau rajin, blend sendiri pon boleh)
Daun celery (cincang)
Sebijik telur (pukul dia, pukul dia!)
Carrot (Diced)
Tomato (Diced)
Shredded cheese (lagi banyak lagi menggembirakan)
Bread crumbs (serbuk roti)
Sedikit black pepper dan lada sulah
Optional ; Jagung or any other vegies your babies like.
How to?
Masukkan semua ingredients di atas tanpa rasa bersalah ke dalam sebuah bowl. KECUALI BREAD CRUMBS. Gaul-gaul. Kemudian, gumpal menjadi bulat. Tak perlu menjadi sebulat kepala Doraemon. Asal sahaja kelihatan bulat, memadai. Dan bebola tersebut digolekkan ke dalam bread crumb. Tujuan bread crumbs dalam kes ini adalah untuk menyatukan bebola tersebut, mengerti? Salut bebola itu dengan sebanyak mana bread crumb yang dikehendaki supaya bebola tidak berpecah belah.
Susun di dalam bekas untuk membakar (Rujuk rajah 1) Dan bakarkan di dalam oven selama 15 minit pada suhu 175 darjah celcius. Tetapi maklumat ini terlalu peribadi. Boleh adjust mengikut kesesuaian kerana suhu dan masa ini saya dapat melalui pengalaman peribadi. Bakar sehingga daging masak (itu yang penting)
Siap. Boleh bagi anak makan. Kamu pon boleh makan kerana ramuan ini juga kena dengan tekak orang dewasa. Oleh kerana ini adalah untuk versi bayi, saya tidak mensarankan added salt. Cukuplah salt yang disumbangkan oleh cheese.
Rajah 2
Memanglah comel jari itu. Jari bayi. Bukan jari emak bayi.
Rajah 3
Rajah 4
Gembira. Anak saya gemarkannya. Makan secara laju dan sedikit teriakan apabila lewat beri.
Ini sahaja yang dapat dikongsikan buat masa ini. Bab menyediakan tasty homemade food ini, saya bukanlah mahir sangat. Sedang belajar-belajar dan mengumpul resepi yang bersesuaian untuk dibagi kepada anak.
Apa khabar semua? Selamat menjalani bulan Ramadhan. Tingkatkan ibadah, tingkatkan istiqamah, dan tingkatkan berat badan? Harap jangan. Kerana bulan Ramadhan sebenarnya bukan bulan menjulang juadah bermeja-meja. Tapi memang tak boleh dinafikan. Juadah sedap memang sebahagian daripada keindahan Ramadhan. Tapi menjaga bentuk tubuh juga saranan Islam. Bukan sebab nak melaram Kebaya Nyonya sempena Aidilfitri. Tapi tubuh badan ideal, adalah tubuh yang sihat. Tubuh yang sihat, membantu ibadah.
Maka jangan pandang serong usaha diet rakan-rakan.
Terlalu random. Bukan nak buka cerita pasal diet Ramadhan. Sengaja datang tengok blog untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan kepada semua muslimin. Dah Ramadhan yang ke-3. Alhamdulillah. Saya berpuasa. Cabaran berpuasa kali ini adalah nafsu makan ibu hamil. Bukan kerana kurang upaya, atau tak larat. Keupayaan insyaAllah ada. Larat memang larat. Tapi keinginan nafsu sangat teruk. You get me? Macam tak sabar sabar nak menunggu jam 5 petang setiap hari. Tak sabar-sabar nak menyambar makanan. Sudahlah aroma masakan Mak Yang mula mengganggu setiap jam 3 petang. Buruk betul sikap ini. Harap dapat menumpaskannya dari diri.
Masuk sahaja waktu berbuka puasa, makanan yang disambar-sambar akhirnya putus di tengah jalan. HAHA. Ruang perut terlalu kecil. Makan sikit sahaja sudah cukup untuk mensesakkan pernafasan. Menjadikan saya kurang makan. Tapi akan mengambil makanan secara kerap. Makan, semput, makan, semput.
Saya dalam minggu ke-37. Lagi 3 minggu (or less? or more?) sebelum menyambut kehadiran khalifah baru in the family. Due date saya pada22 August 2011. Akan melahirkan bayi ini di Lismore Base Hospital. Tempat kerja suami. Kondisi kehamilan saya menurut obstetrician, adalah OK. Walaupon saya dihantui oleh labour yang mungkin come early, doctor cakap dia tidak rasa begitu.
Anak saya yang cheeky sedang merengek di bawah. Dia memerlukan cuddling session, I know. Maka, sampai di sini sahaja karangan saya dalam format Ramadhan ini. Diharap karangan baru akan muncul lagi dan lagi. Khuatir dengan keupayaan sendiri, macam ada chance blog ini tidak akan dikemaskini sehinggalah kehidupan harian saya menjadi kembali terurus. Sekarang memang tak berapa terurus. Sebab banyak sangat urusan nak menguruskan seorang anak itu dan sebuah rumah kecil ini. Nanti kalau kena menguruskan dua orang anak dan aku berasa makin tak terurus, blog ini aku bekukan jadi tugu peringatan negara. Siapa datang, boleh melihat monumen. KAHKAHKAH.
Err. Sebenarnya tadi nak buat WordlessWednesday. Tapi Si Murai mana boleh menjadi wordless sangat. Dan di bawah ini adalah gambar-gambar Wordless Wednesday yang tidak menjadi.
Medina ada bouncy castle. Dah dua bulan rasanya Daddy dia beli. Pernah main sekali sahaja. Musim sejuk ini, janganlah dibuat-buat bermain di luar. Kita tunggu musim hangat tiba. Kita buka semula bouncy castle OK.
Sebelum itu,
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 26 BUAT MA & ABAH.
1 AUGUST 1985 – SYURGA (hendaknya)
Saya selalu pesan itu pada dia. Pesanan itu dizahirkan atas dasar emosi semata-mata. Sedang sebilangan ibu mahu anaknya cepat membesar - supaya boleh mandi lama-lama, duduk goyang kaki lebih sikit dan senang tak perlu leceh-leceh soal anak kecil. Saya di sini pula sangat berharap supaya Medina kekal menjadi bayi. Supaya saya boleh peluk dia selalu. Cium bau mulut dia saban hari. Tell her everything that she needs to know and she can’t argue or fight back. Give her breastmilk. Shower her. Dukung dia supaya dia rasa selesa dan selamat. Change her nappy. Biarkan dia buat disaster dan tidak boleh menyalahkan dia at all. Everything everthing and everything about her now. I want her to stay tiny and helpless. So that she will always need me.
But time flies.
Setiap hari menjadikan Medina sehari lebih dewasa dari semalam. She is growing! Ye, gembira. No, it hurts lah. Dia bukan lagi seorang newborn. Dia dah ada respon pada surrounding. Dia dah demand for certain things yang dia mahu. She’s less helpless. Sampaikan duduk dalam carseat pon dia dah tak meronta macam dulu. Dia dah boleh settle diri dia. Dia tak akan menjerit meronta mencari saya supaya hadap dia sepanjang perjalanan lagi. Owwwww she doesn’t need me anymore! Bantulah saya. I am in trouble!
!!!!!!!!!!!!!!
Diamlah. She needs me. Jangan menggelabah lah.
Hari ini, saya emotional lagi sekali apabila dia gembira menikmati trolley Woolworths. Saya lihat anak yang saya lahirkan sekecil 2.6 kg tujuh bulan lalu, yang sangat helpless dan tak mengerti apa-apa, sedang excited duduk di dalam shopping trolley. Mulut yang sangat ramah menegur orang secara random. Mengusik semua benda yang ada secara random juga. Malah bergurau makan-makan tudung saya lantas tertawa nampak gusi macam itulah perkara paling jenaka dalam hidup dia.
Saya mahu menangislah.
Satu hari nanti, Medina akan duduk atas kerusi pula tanpa strap. Satu hari yang lebih ke hadapan, dia akan duduk bersandar di atas sofa menyilang kaki. Satu hari yang lebih dewasa kelak, dia akan duduk di dalam kereta dan memandu sendiri. Tidak perlukan saya lagi untuk angkat, letakkan dia dalam carseat dan memperhatikan dia sepanjang perjalanan.
Medina, satu hari nanti Medina akan baca ini mungkin. Jangan mentertawakan Mummy, sebab perasaan ini real. Please please please be my darling baby forever. Please please please tell yourself to always need me. In whatever you do, tolonglah harapkan Mummy to complete at least one part of them. Selalulah perlukan Mummy dan Daddy sebab itu akan buat Mummy berbesar hati. I love you but those lovey-dovey phrase adalah sebaris ayat biasa. Tapi sayang Mummy dekat Medina adalah luarbiasa tau. Luarbiasa bagaimana? Yang itu kena tunggu sampai giliran Medina jadi seorang ibu nanti. By then, you will know how does it feels like but words can’t describe. Ini yang dinamakan fitrah kejadian manusia.
Medina,
Mummy dengan Daddy simpan beberapa foto pertama Medina duduk dalam shopping trolley. This is just a simple moment. Tapi cukup untuk buat Medina tahu, your excitement was somehow touched my emotion. Anak Mummy makin hari makin besar dan makin pandai.
Selain berdoa supaya Medina dapat meletakkan dunia dalam genggaman satu tangan, Mummy juga berdoa supaya Medina menggenggam akhirat dalam satu tangan yang lainnya. Sebab Allah bagi Medina a pair of perfect beautiful hands. Jangan tamak nak bolot dunia dua-dua belah tangan. Dan jangan jadi manusia rugi yang tidak dapat menggenggam apa-apa pon.
Doa yang lainnya, jangan jauh dari ibubapa. Hati dan ingatan mesti ditinggalkan di rumah supaya Mummy rasa diperlukan. Eh sedihlah cerita Mummy ni, I afraid you will skip this part and make fun about this. Malu Mummy tau. Sudahlah, tengok gambar Medina yang comel dan cheeky ini.
Baru Medina duduk dalam shopping trolley Mummy dah hampir menangis emotional.
Maka. Inilah apa yang emak saya rasa.
Oh. Beginilah rasanya.
Walaupon emak saya tak ada blog dan tak pernah tulis benda macam ini dalam blog, tapi terima kasih Ma sebab simpan perasaan sayang yang mendalam buat anak-anak. We need you, Ma. Sentiasa. Ma, doakan hidup kami semua supaya mudah dalam segala urusan dan tidak menjadi anak yang derhaka. Tiada kesenanganlah bagi kami kalau tidak menyenangkan kedua-kedua hati ibubapa kami.
Hari ini genap Medina berusia ENAM. Minta semua orang mengadakan party hari lahir yang ke setengah tahun tapi tak ada siapa nak layan. Ulang bulan ke-6 pon, kalau perlu diraikan memang ternyata berlebih-lebihan LOL. Apa pon, selamat hari lahir yang ke setengah tahun, Nur Medina.
Mummy and Daddy love you so much. Words can’t describe. Pung pang pung pang Mummy berbuih mulut cakap I LOVE YOU pon, that shouldn’t be enough. Tak apalah.
At 6 month :
Dapat tabiat pouting mulut.
Terutama untuk tunjuk perasaan.
Tadi petang, memberontak nak susu. Pout mulut dan lembikkan badan sambil tarik tarik nafas macam tak boleh bersabar dah. As in ; Mummy, dah lama saya sabar ni. Saya dah hilang sabar ni.
Tok Abah, saya nak tarik mulut Tok Abah ni. Ready!
Cepat imitate orang. When orang sings, she sings. Orang tata, dia tata. I scream, she screams. Tahap mobility sudah meningkat. Bergerak makin laju. Tak boleh baring terlentang dah. Mesti nak rock and roll. And then, akan berperang dengan dia setiap kali nak pakaikan baju.
I am a happy baby.
I am bermata guli.
Jangan cuba buli,
Nanti I tell Daddy.
Subhanallah. Bagaimanakah waktu berterbangan? (How time flies) Baby saya sudah enam bulan. She can do what she can’t do before. Dia dah boleh bermain. Dia boleh tersenyum. Dia dah ada keinginan. Dan sebagainya. Untuk semua ini, terima kasih Tuhan. Jadikan anakanda kami ini insan terpuji. Cantikkanlah akhlaknya sebagaimana Engkau cantikkan juga rupanya.
Itu Medina punya cerita.
Cerita saya pula, sekarang saya dalam pantang. HAHA anak 6 bulan, baru merasa berpantang you. Sudah tiga hari saya mengurut. Dulu selepas bersalin, tidak berurut. Sedapnya bukan kepalang. Badan rasa ringan. Setelah tiga hari berurut, hari ini bertungku hari pertama. Bertungku adalah sangat best. Siapa tak pernah merasainya, simpan angan-angan untuk mencubanya kelak please.
Batu sungai.
Memang tradisional. Batu sungai adalah batu yang paling baik untuk bertungku (pepatah berkata) Memang seronok bertungku secara tradisional kalau ada orang tukang buat, kita tukang baring. Memang seronok. Kalau kita jadi tukang tungku dan ditungku, memang boleh mendatangkan fed-up. HAHA.
Daun mengkudu.
Asyik tersasul nak sebut daun mengkuang. Pastu bila sebut mengkuang, ingat macam sengkuang. Padahal tak ada kaitan. OK tak apa. Daun mengkudu digunakan untuk membalut batu yang sudah dipanaskan. Daun mengkudu akan menghasilkan bau yang menggembirakan (hoh?) apabila terbakar dek kepanasan batu. Secara tiba-tiba, akan terkenang memori lampau semasa emak dalam pantang. Apabila arwah Opah menyediakan kesemua ini untuk emak. Dan bau daun mengkudu terbakar bersama batu panas seperti ini sungguh nostalgik. I miss arwah Opah.
Saya suka bertungku. Sama macam saya suka berbengkung. Ikat kuat-kuat. It can bring you back to your pre-pregnancy shape insyaAllah. Dalam 2 bulan macam tu, saya taat berbengkung secara tradisional. The one with 6 metres long of kain. Lilit dan ikat secara berseni (by Mak Yang) sampai kau sesak nafas dibuatnya but who cares asalkan perut kau langsing macam Paris Hilton. Selepas 2 bulan, saya pakai bodyshape Triumph and La Senza. Pon jadik! Alhamdulillah. Masalah perut adalah tiada. Cik Mas (tukang urut) cakap bertuahnya orang yang tak ada stretchmarks. Dia tanya macam mana saya buat. Saya cakap, saya pon tak tahu macam mana saya buat. Rezeki agaknya. Masalah yang ada adalah masalah berat badan yang mendadak turun. Tak. Tak happy about that.
Objektif sekarang adalah untuk meningkatkan sedikit berat badan. Disamping mengawal tummy. Anda rasa ini mudah macam kacang? Sebenarnya tak. Sebab kalau nak makan kacang pon kadang-kadang kena kopek kulit. Susah.
Eh eh.
Khasiat berurut dan mendengar cakap orang tua merupakan dua khasiat yang berbeza. Tapi sering datang secara seiring. Kadang-kadang orang tua menyusuh kita (orang muda) melakukan perkara yang tak begitu terbukti berkhasiat. Tapi kalau kita dengar cakap, kita akan mendapat khasiat kerana patuh (walaupon anjuran mereka sebenarnya tak ada khasiatnya) Contoh : Jangan bagi baby hisap ibu jari kaki, nanti kau berisi lagi. Nampak tidak? Satu anjuran yang tidak berkhasiat kerana tidak tahu apa rasionalnya. Tapi kalau kita patuh dan menurut, kita telah menggembirakan hati mereka. Terus dapat khasiat anak yang taat. HAHAHAHAHAHA APA KAU CAKAP NI.