Hujung minggu itu agak lonely sehingga terciptanya nasi goreng lonely. Tidak tahu apa itu nasi goreng lonely? Tak apalah. Lin Ghazale tahu T____T Hujung minggu yang ini, membahagiakan. Suami berkhidmat di rumah untuk isteri dan anak-anaknya. Terima kasih atas perkhidmatan yang memuaskan. Terima kasih Allah.
Plus minus, tidak sampai 3 minggu lagi suami bersama Lismore Base Hospital. Selepas itu, sayonara! Apa? Abang Nara jual sayur sekarang ni? Ih kau ni. Kena tampaq satgi padanlah muka. HAHAHA acah acah je. Sudah tu.
Aku kena tulis balik.
Plus minus, tidak sampai 3 minggu lagi suami bersama Lismore Base Hospital. Selepas itu,sayonara! Suami akan bercuti (yay!) Kami akan bercuti-cuti (yay yay!) Mula all out mengemas barang dan rumah untuk pindah (nay!) Lalu berpindah (yay yay yay!) Travel from Lismore – Sydney – Canberra – Melbourne – Adelaide insyaAllah (yay yay yay yay yay dan sedikit nay!) Kedengaran sangat fun. Tapi jangan dilupakan, ada udang di sebalik fun. Pasti penat tidak terperi. Yang penting, fun. Udang di sebalik fun itu, lantak kau lah udang.
Udang pula keluar –__–”
Memandangkan suami akan meninggalkan hospital ini, his consultant (Dr. Indira) menjemput kami dan semua kakitangan gastro department datang lunch at her place. In Federal kalau tak silap saya. Ye, memang selalu silap bila nak mention nama tempat. Failed. (Kata masa sekolah terer Geografi apa ni apa ni?)
I made err kuih keria. Kuih what? Kuih keria. Kuih what? Kuih keria. Kuih what? Sweet potato donut. Nah, ambik kau! Aku dan suami telah memperkenalkan kuih keria (atau kuih gelang) tersebut sebagai sweet potato donut during the party. So that none of them will ask me further questions about the kuih.
What is keria?
What’s the different between keria and kera?
Can I replace keria with kera?
Contoh soalan-soalan yang tidak mahu kita hadapi, bukan? Oleh itu, kita bagi nama yang complete supaya tiada siapa mengajukan soalan lebih lanjut. Atau aku akan berasa tidak best untuk menjawapnya. Kalau tanya aku apa beza online shopping dengan in-store shopping itu aku bahagialah juga nak jawap. Terima kasih ASOS kerana selalu cepat buat delivery.
*tunduk, pandang hujung ibu jari kaki*
Baiklah, penonton. Kita mulakan penceritaan ini cepat-cepat. Selagi tak mula, selagi itu kisah ini akan terlompat-lompat ke hala tuju yang tidak benar.
Kita mulakan dengan …
… err.
Nasib baik dia bubuh kecik -_-”
Gambar on the way pergi.
Gambar on the way balik?
Expect something in reverse.
OK?
Di seluruh kawasan kediaman saya dan kawasan-kawasan sekitarnya ini, hanya keindahan muka bumi milik Allah sahaja yang dapat kita lihat. Tiada pencakar langit. Bila tiada pencakar langit, langit tidak luka. Sebab itulah langit yang sering saya tunjukkan semua kebiruan belaka. Sebab dia tidak dicakar oleh apa-apa. Bermadah-madah kau ye.
Sepanjang perjalanan ke rumah Indira, inilah pemandangan kami. Subhanallah. Cantik tidak terperi. Excuse the strong saturated colors. Over sangat aku edit. Sebenarnya diambil dari dalam kereta. Pantulan imej cermin mengganggu gambar. Jadi aku edit. Edit punya edit, sampai jadi over. Heh. Apsal aku kena explain pulak? Takde takde. Aku takyah explain.
Sampai-sampai sahaja, teka apa kami buat?
Ye. Tekaan kau orang semua salah! Perkara pertama ialah Medina telah passed her stool. Begitu comel kan? T_______T HAHAHA. Idris awal-awal lagi dah disambar orang. Jadi kami suami isteri pergi membersihkan Medina. Tak sempat nak berkenalan, nak hai hai siapa siapa pon. Terus straight ke toilet mencuci anak.
Suami memperkenalkan saya kepada semua orang. Some of them, saya dah kenal. Some of them, tidak pernah jumpa langsung. Jadi Ahmed (hi, Ahmed :P) kenalkan isterinya ini. Semua orang seperti biasalah. Friendly and lovely.
Saya banyak berbual dengan Carol. Dia itu menarik. Dia suka Idris. Idris suka dia. Tapi perbualan kami tidak begitu fokus. Kerana fikiran dan mata saya terganggu dengan tindak tanduk Medina. Saya takut dia usik barang orang. Saya takut dia terusik makanan yang bukan untuknya. Saya takut dia lari pecut ke kawasan bukit bukau. Semua saya takutlah.
Dipendekkan cerita, hari tersebut telah diceriakan oleh Medina hampir sepenuhnya.
Rumah Indira sangat menakjubkan! Breathtaking. Iya. Mengambil nafasku pergi laluku mati. Taklah sampai mati. But seriously, stunning! The architecture is stunning habis. Malangnya, tak dapat kongsikan dengan anda kerana menghormati hak peribadi orang lain.
Gambar-gambar di atas di ambil di halaman rumahnya. Subhanallah! View cantik sangat. Menurut aku, 1/3 harga rumah ini dijana oleh view. Menurut akulah. Terlalu menyeronokkan. If only I own this house. What? If only I own this house? Aku akan mengidap sakit jantung. Kerana hari-hari Medina akan berlari mendadak ke cerun bukit. Dan hari-hari jantung aku akan berlari-lari. Dua jam di rumah itu pon, cukup untuk memberi aku pengalaman sakit jantung. Konsep rumah ini, open space. Semuanya open. Shower room juga open! Open as in, fully glassed. Berani? Aku berani kalau rumah aku terpencil seperti di kawasan macam ini. HAHA.
Tak payah dihuraikan lagilah apa Medina buat pada hari tersebut. Semua benda dia buat. SEMUANYA.
The nurses.
The doctors and the nurses.
The … entertainer?
Can you spot Idris?
Can you spot Idris?
CAN YOU SPOT IDRIS?
CAN YOU SPOT IDRIS?
Kalau dari tadi kamu tertanya-tanya, apa cerita brader kecik ni? Nah, ini dia. Sepanjang di situ, kami tak pegang dia langsung. Dipegang oleh orang lain. Dan selebihnya hampir boleh dikata sepenuh masa, dia bersama Carol. Saya nak ambil anak saya, Carol tak bagi OK. Saya suruh dia pergi enjoy makanan (sebab saya tak dapat nak enjoy makanan) tapi dia insist nak pegang Idris juga. Dia kata saya kedekut benar. Bukankah saya boleh pegang anak saya lain kali? Jadi biarkan dia pegang pula those hours. Itu kata dia. HAHAHA Carol sangat lovely. Tak henti henti pulak tu dia smooching smooching muka Idris. Si Idris pula, kemain suka. Diam. Siap terlentuk-lentuk tidur. Bangun dan masih diam. Ewah ewah.
Sekali lagi dan buat kali yang tidak terkira, Idris selalu baik.
Nak menangis rasa.
Medina pula …
Menghadap karaoke!
Saya tak perasan pon ini corner untuk berkaraoke. Tapi Medina tahu. Dia asyik-asyik pusing area ni. Cari microphone.
Buat persembahan depan orang ramai!
OMG!
(Oh My Girl!)
Langsung tak malu.
Outstanding!
Yang saya dengan suami hairan tu, mana dia tahu karaoke?
Kami tak pernah bagi dia guna.
Dia pon tak pernah jumpa microphone.
Tapi dia selalu naik atas kotak, dan jadikan lampu IKEA kami sebagai microphone
Dia struggle nak dapatkan microphone ini dan terus menyanyi
(menyanyi cara dia lah)
Dipersembahkan!
Anakku!
Masa ini, semua orang pay attention dekat dia kejap.
Penuh orang sebenarnya menghadap dia.
Dan bertepuk tangan.
Aww! Inilah playhouse idaman kalbu saya. Sylvanian Families Doll House.
I am a fan :)
Akhir sekali, saya sertakan gambar-gambar Idris berkemaja putih pada hari itu.
Bubba Best.
Sebelum bersurai. Oh. My sweet potato donut (cough!) turned out great! Mulanya rasa macam keras. Tapi sebenarnya not bad. Not the best. But not bad.
Thanks Indira! Love love love your mushrooms with pesto. Yummo!
Hari ini, cerita kita adalah mengenai haiwan-haiwan. Please pay attention while I am reading. Or else, keluar dari kelas saya! HAHA.
Itu beberapa perkataan yang saya boleh catch. Selebihnya, hanya dia dan dirinya yang tahu. If you can notice, bunyi DUCK dengan DOG dia lebih kurang sama. Tapi biasanya dia akan cakap dibantu dengan gaya. If she meant DUCK, dia akan menggayakan QUACK QUACK sambil mengepak tangan. If she meant DOG, dia akan mengeluarkan bunyi WOOF WOOF after that.
Hari ini, saya dapat catch vocab FLOWER yang lebih jelas dari mulutnya. Sebelum ini, sebutannya tak kesampaian. Setakat FLAA. Tadi semasa menaiki tangga (kejayaan), macam biasalah mesti akan ada adegan stop kejap dekat pasu bunga Mummy dan menegur FLAA. Hari ini dia telah mengeluarkan bunyi ; FLAWA. Oh, begitu Aussie slang!
Hujung minggu kamu tentu fun, bukan? Aku cemburu! Hujung minggu kami kali ini tidak begitu mengujakan. Suami is not around. He is in Brisbane for conference. Saya tinggal bersama seorang infant dan seorang toddler ini. Mencabar? Well, not too bad.
Hujung minggu bersama bayi-bayi ini is actually fun. Tidak terlalu menduga kesabaran. Terima kasih kerana tidak membawa darah Mummy naik ke tingkat atas.
Begitu susah untuk menulis blog setelah berpuluh tahun tidak menulis. Komitmennya sama seperti anak 5. Over betul cakap macam ni. Urght. Betullah kata pepatah, practice makes perfect. Alang tegal bisa binasa gila aku tak lepas lepas lagi pepatah ni. Tolonglah, tertekan betul perasaan ini. Macam tak tahu menulis dan membina ayat. Hai, pembaca baru! Kalau baru pertama kali baca dan berasa aneh apsal penulis ni tak best tapi ramai readers, kau kena tahu. Dulu aku best. Sekarang aku dah tak best dah. HAHAHAHA sudahlah kau itu jangan mengarut lagi.
Suami,
Penulisan ini buatmu. Ketahuilah, kami bertiga (berempat kalau Elmo pon kira sekali) baik-baik sahaja. Kami gembira di rumah. Meskipun rumah ini macam Elmo punya rumah (sebab pagi petang siang malam, suara monster itu saja yang berkumandang) tapi I nampaknya tidak depress. Asal anak perempuan you bahagia, I bahagia juga.
Suami,
Di bawah ini I akan menunjuk-nunjukkan aktiviti seharian anak-anak you pada hari semalam.
.
Pada waktu pagi sebaik sahaja melihat kenderaan suami hilang dari pandangan, saya menutup pintu dan memastikan kesemuanya berkunci elok-elok. Rumah mesti tertutup dengan baik. Bukan menghindari orang jahat semata-mata, malah menghindari lalat yang sedang rancak summer holiday. Pfffft.
Medina dan Idris bermain dengan gembira pada hari semalam.
Idris yang telah berusia 3 bulan. Telah memasuki fasa infant. Sudah mula hendak roll. Sudah girang berketawa dan tersenyum apabila diagah. Apabila tak diagah, sudah tahu nak sentap. Apabila sentap, mencebik-cebik. Telah seberat 6.4 kg. Not bad for a tiny newborn. Seorang yang fit in shape. Yahoooo please dapatkan 6 packs, handsome. Oh, ye. Handsome. Maaf kalau keterlaluan bagi anda. But to me, he’s such a heartbreaker. I am heartbroken. Awww.
Dia ini cool little bubba. Tidak berapa suka menangis. Kerana menangis itu buang masa. Lebih baik hisap jari. Tidur through the night, tidak suka membazirkan nikmat malam untuk membuat kerenah. Susu secukupnya sahaja. Tidak tamak. Apabila sudah kenyang, dia akan berhenti breastfeed. If he needs extra comfort, ibu jari kan ada. Maka Mummy ada banyak juga waktu untuk melakukan itu ini. Bayi ini juga jarang muak. Bila dia sesekali muak mahupun sedikit, adalah aneh.
Dalam sehari, saya akan bagiIdris menikmati keseronokkan berasa di dalam jumperoo untuk beberapa minit. Tak boleh lama. Sebab masih kecil. Suka bukan kepalang. Medina pon tumpang suka. Suka nak hayun jumperoo itu supaya adeknya mengalami adrenaline rush. Memang high thrill tindakan kanak-kanak usia ini. Bukan?
Selepas Mummy siap memasak, makan dan melakukan semua kerja downstairs, kita semua naik upstairs untuk melakukan aktiviti lain pula.
Playgym! Kenapa Idris tidak berbaju-baju dari tadi? Itulah nak cerita. Anak saya ni tak ada baju. Heh macam nak kena siku kan, cakap macam ni? Tak tak. Sebenarnya Spring yang hangat sehangat-hangatnya telah tiba. Idris menjadi sangat marah apabila dipakaikan baju. Medina pula kelihatan seperti sebiji pineapple, bukan? Memang dia a little pineapple. Manis tapi berduri. Wah, bermadah!
Nampaknya, Medina yang lebih-lebih main. Sampai Idris tersenget di hujung-hujung. What to do, bubba. Medina memang suka kacau you. She loves you actually. Cuma dia tak tahu nak express sayang itu bagaimana. Tapi Medina sweet kan? Dia selalu cium bubba. Sometimes bila dia upset, dia menangis panggil panggil Bubba. Tak tahulah apa motif dia menangis panggil bubba. HAHAHAHA.
Cerita Medina pula? Macam itulah dia. Very cheeky. Dia berada di mana Idris berada. Macam semalam. Idris masuk cot, dia panjat kerusi untuk intai Idris. Mummy on music untuk Idris, dia off dan on benda lain. Medina sudah 18 bulan. Big toddler she is now. Dia sangat adorable. Dia tak banyak meragam, tapi banyak ragam. You get me?
Pagi petang siang malam, melekat dengan tablet. Pagi ini dia bangun dan mencari tablet satu bilik. Malangnya tidak jumpa. Daddy bawa ke Brisbane. Kasihan. Lalu dengan penuh keringat, dia keluarkan Macbook Daddy. Dia apa peduli. Tablet tak ada, dia sambar mana-mana laptop yang ada. Asalkan dia boleh bergadget. Dan seterusnya berjoget. Dia pandai berjoget ‘Saturday Night Fever’ iaitu mencucuk langit. Yang itu, dia belajar dari Erykah Badu T__T
It sounds like this ;
And when I feel down, I sing a little song that goes LAH LA LAH LA LAH LAH LAH.
Dan dia akan mula mencucuk langit. Tolonglah.
Kegemaran terbaru adalah menggayakan head band Dorothy The Dinosaur. Saban hari pakai. Dia itu kalau dah suka, semuanya obsess. Medina masih breastfeed. Masih makan bubur yang tasteless. Seberat lebih kurang 10.2kg (atau lebih) Tidak besar mana. Tapi yang penting, berjiwa besar. Kalau bukan kerana berjiwa besar, tak adalah hari hari membuat cubaan merempuh safety gate dekat kitchen -_-”
Vocab Medina makin maju. Banyak juga perkataan dia boleh sebut. Tapi yang menjadi favorite dia ialah NNNO. Dia berkata NO dengan style, tahu? Boleh tahan ah annoying juga kalau dia dah mula NO sana NO sini. Dia mahir membuat bunyi dinosaur dan piglet. Du’uh -_-” I blame Peppa Pig. But hey, terlalu comel I can’t resist.
Medina sangat friendly, pandai berkawan, suka berkawan dan tidak takutkan siapa-siapa pon. Seronok kalau bawa dia berjalan. Sebab dia tahu berhibur. Sewaktu bertemu Lola, Bugs Bunny dan Dorothy The Dinosaur, Medina tanpa segan silu pergi rempuh barisan dan berjoget di hadapan kartun kartun itu. Bila Bugs Bunny dukung dia, dia peluk Bugs Bunny sambil melentuk. Lepastu tak mahu lepaskan. Heh, ingatkan itu bibik kita? KAHKAHKAH.
Ni DRAMA QUEEN ni.
Hari semalam.
Sewaktu mengganggu ketenangan Idris
Aksi aksi Medina menggayakan headband Dorothy’s Good boy.
Menonton Playschool.
Dia punya fokus, sampai Mummy cakap pon tak dengar.
I don’t care, Kakak. I want to have some peace.
Sewaktu saya hendak solat Maghrib, Medina pon datang sama nak berkongsi sejadah. Tapi dia membawa bersama permainannya ke atas sejadah menjadikan sejadah itu terlalu sempit. Hingga tak ada ruang untuk emaknya beribadat. Lalu saya slowtalk dengan dia. Saya sarungkan telekung kecilnya. Ajak solat sama-sama. Baiklah. Dia pergi sujud melintang depan saya.Selepas itu berhenti kejap pergi tengok Playschool. Bila saya sujud, dia datang sujud sambil membuat bunyi seolah-olah berbisik membaca sesuatu. Begitu cheeky.
Ye. Hanya sujud.
Habis solat, dia sambung memberikan 800% fokus kepada Playschool. Sampai lupa nak tanggalkan telekung. Lebih sejam juga dia bertelekung. Macam ini ;
Datin M.
Bertudung dan berjambul.
Dia punya fokus menghadap laptop, sehinggalah telekungnya tidak lagi kelihatan seperti telekung.
Bertukar! Menjadi Ninja.
Tapi dia steady.
Langsung tak peduli.
Fokus tetap fokus.
Idris pula dengan dunianya yang gembira bergelak ketawa di sana sini.
Main punya main, akhirnya kedua-dua tertidur.
Idris pon dah pandai tidur sendiri tau.
Untuk Daddy,
Medina kissed you goodnight.
Esok petang suami pulang, hati girang.
Inilah kali pertama saya betul-betul sendirian menjaga anak-anak .
Medina ada satu perangai. Dia tak takut siapa-siapa. Tapi ada beberapa benda boleh buat dia takut. Seperti apabila Thomas & Friends start, dia akan lari lintang pukang ke Mummy. I don’t know why. Bukanlah dia takutkan cerita tu. She watched the series. Tapi yang saya perasan, bila cerita tu nak mula dia akan menggelabah. Mungkin dia takut when Thomas went Choo Choo! Kot.
Selain itu, dia juga takut bila terdengar bunyi orang ketuk pintu atau somebody is about to open the door. Setiap petang bila Daddy pulang dan sedang cuba nak unlock the door, Medina akan lintang pukang berlari cari saya. Just in case saya dekat kitchen (dan kitchen saya sentiasa kena block dengan safety gate) dia akan struggle nak panjat safety gate untuk menyelamatkan diri dari ‘lembaga’ yang sedang cuba membuka pintu. Kesian but I couldn’t resist to enjoy the moment. Sebab kelakar sangat. Bila tersedar yang ‘lembaga’ tersebut adalah Daddy, hoyeay! Daaaadi! Daaadi! Dad Dad Dad! Lantas berlari macam tak cukup tanah menyambar Daddy. I love you, baby.
Same thing happened about two weeks ago.
Dia tengah main-main. Dancing on her table. Kissing kissing skrin TV dan bertepuk tangan. Seperti biasalah. Dia berpesta dekat ruang tamu sepanjang hari. Riuh rendah mulut dia saja. Rumah lintang pukang, kerja dia seorang. Semua dialah senang cerita. Tiba-tiba, ada orang ketuk pintu.
Laju-laju dia lari ke dapur cari saya. HAHAHA. Saya tanya dia, why? Dia tunjuk-tunjuk pintu. So I know somebody’s coming. Saya pon pergi bukak pintu. Dia pon mestilah nak ikut sekali sebab dia itu busy body.
Oh. From Australia Post (yucky I hate you, Australia Post. OK itu cerita peribadi, I’ll keep it to myself) Post person tu kena tolong saya bawak masuk parcel ke rumah sebab …
… this big!
So at first saya ingat husband saya purchased apa-apa online. Sebab dia yang rajin buat online shopping more than I do. Setiap minggu pon ada je parcel untuk dia. Atau kalau tidak pon, from drug company. HAHA. He’s not as rich as a drug dealer but he’s dealing with drug better than the drug dealer. Ha, apa dia? Tak ada apa-apa. Forget it, crap.
Nama saya but obviously not for me sobsobsob. For my babies.
Untuk Medina & Idris.
Medina excited nak koyakkan wrap lah. Idris, dia tak tahu apa-apa. Jadi Mummy lah yang berseronok lebih. Macamkan hadiah ini untuk Mummy. HAHA. Disebabkan they came together in a big box, saya jadi excited sangat nak tahu apa isi dalamnya. Dalam hati rasa segan pon ada sebab saya tak expect hadiah sampai macam ni punya besar. Malu sangat. Dan terharu.
Suka sangat tidak terkira. Hadiah ini dari rakan baik twitter saya (ya ya, you can make best of friends via twitter. Twitter is awesome) Thank you so much Farah.
Yang saya excited tu bukan apa. Sebab memang saya aim nak beli Trunki untuk Medina. Sejak first time nampak orang pakai (which was 11 months ago) saya dah bagitahu suami ; I want that one for Medina. Lepastu kitorang hold dulu sebab nak tunggu Medina besar sikit dan mengerti erti memiliki sebuah luggage yang cool. HAHA. Waktu tu Medina only 6 months. Masa dekat airport. Baru balik dari Medina’s first visit to Malaysia.
Saya jadi terfikir-fikir. Macam mana Farah tahu saya nak kids luggage ni? Ke saya pernah tweet? Farah kata, tak. Dia tak pernah baca any from my tweets. Sebab macam seganlah kan kalau saya pernah tweet dan ada kawan tolong capaikan hasrat. HAHA. But still lah, segan sangat. Sebab ingat juga dia dekat anak-anak saya.
Thanks Farah. We like your present sooooooo much.
Too cool.
Medina suka.
Idris belum boleh merasai betapa cool nya Trunki ini.
Come on, bubba! Grow up!
Kami dah guna pon masa pergi Brisbane and stayed overnight in Gold Coast hari tu. Comel sangat. Puas hati saya akhirnya dapat bagi Medina luggage ni. Bukan Medina aje pulak tu, Idris pon dapat sekali. Tapi yang Idris punya kami belum guna. Sebab tak nak by the time Idris dah boleh enjoy his luggage, dah worn out.