Archive for the 'My Fancy Pregnancy' Category

2 Out Of 30 (Of Raya)

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, Nur Medina, shopping, Uncategorized

Cerita raya hari pertama, siap. Malam ini akan menceritakan cerita hari kedua. Pastilah ada sequel. Third, forth, fifth, sixth, seventh eighth OK kira sendiri ayuh! Ih, suka tau main-main.

I afraid if I really am gonna write 30 episodes of raya this year. Macam melampau kan, kalau 30 hari pon ada saja cerita perayaan. But hey, biarlah. HAHAHA. Ini keistimewaan Syawal. Kita ada 30 hari untuk berSyawal setelah 30 hari berRamadhan. And this is equal to 30 kali ganda kolestrol but fun. Jangan bimbang. Makan bukak mulut tutup mata sudahlah. Since saya slim sekali masyaAllah sekarang ini, I can say whatever I want about cholesterol etc. Kamu boleh? *grin*

Namun. I hate losing weight.

OK. Cepat masuk cerita cepat. Di bawah ini, video lagi. Tolong biasakan mulai sekarang ini. Entry akan dibantu secara visual sebab sekarang ada anak, dah boleh rakam anak setiap hari. Dulu tak bolehlah. Tak kan nak rakam diri sendiri sedang buat laundry sambil menyanyi lagu Uji Rashid (Hey, I suka Uji Rashid OK mind you) Malu tau kalau rakam diri sendiri bubuh kat YouTube. Sekarang tak apa. Rakam baby. Please press Play kalau mahu. Help yourself.

Pagi-pagi, kena siapkan Medina dulu. Selepas dia siap, barulah saya boleh bersiap. Biasanya, lepas menyiapkan dia dan saya akan bersiap pula, dia akan diletakkan di dalam cot. Bila duduk dalam cot dalam keadaan dibiar keseorangan,dia akan menjerit tunjuk perasaan as in ; MINTA PERHATIAN, ANYONE!

And aaaahhhh. Daddy so kind to me. He didn’t leave me in cot like Mummy did. I love Daddy. But still, I heart Mummy. Even when we (Daddy and I) had to wait like forever downstair for Mummy doing her makeup and changing her outfits for hundreds of time. Don’t you think my Mummy is somehow … err… too much? But she said, I will be perfectly just like that soon (sooner) Eh wait. She changed my outfits for several times too when she got me dressed up. I didn’t have the slightest idea about that.

Knock knock. 30 more photos to come ey. Lebih baik saya jangan cakap berjela-jela nanti tak siap entry ni.

Sebelum keluar beraya pagi itu, kami berfoto satu keluarga dahulu. Perfecto. Semua in red hues. Red, maroon and pink. Barulah tak nampak lintang pukang warna kami. Macam keluarga orang lain. Boria semuanya. Saya pon mahu sobsobsob.

Kami ada 4 + 1 destinasi raya untuk dipenuhi. Destinasi pertama yang dituju ikut cakap jadual ialah breakfast raya di rumah Kak Salimah.

By the time kami tiba, ramai-ramai pon sudah siap kenyang dan berbual-bual sahaja. HEHE. Selalu telat. Jadi, sampai sahaja terus diseru oleh sebuah meja besar dipenuhi makanan best. HAHA. Terus capai pinggan, makan. Konsepnya ialah breakfast. Tapi itu adalah heavy breakfast ye. Nom nom nom sungguh best dan sedap. Tak boleh lupa kesedapan mi goreng Kak Salimah. Err. Raya-raya ni ceritalah pasal lontong ke apakan? Mi goreng juga aku cerita.

Memilih corner untuk duduk secara suami isteri. Di suatu sudut bersama Dr.Nik.

Medina dan Uncle Nik.

Medina dan Mummy

Medina dan Daddy

Medina and Mummy. Again?

Lin, Medina and Me
Medina nak makan jari Aunty Lin, boleh?
Makanlah kalau boleh, nak.

Medina and err… Mummy again?

Bila sudah betul-betul punya kenyang, ajaklah orang ramai bergambar pula. Saksikan betul-betul gambar berangkai ini.

Pada mulanya …

Me : Lin, jom bergambar dengan Kak Faizah, Kak Maziah.
Lin : Jom.

Maka kami bergerak ke tempat mereka sedang bersembang.

Kak Faizah : Ambik gambar kasi nampak tau manik-manik baju Kak Faizah ni. Kak Faizah jahit sendiri pagi tadi. Tu sebab lambat sampai. (secara tidak berapa benar percakapannya itu HAHAHA)

Maka, 5 orang campur 1 bayi pon bergambar secara asalnya. Husband saya tolong ambilkan gambar.

TETIBA

Masuk Kak Lina dan anak Kak Maziah.
Menjadi 8 orang.

Dan perhatikan pula …

Masuk Anita, Kak Moly, Zarina dan tiga wanita lain. Eh, lihat itu! Seorang lagi bayi perempuan di situ!
Waaaaaa gambar kita sudah kembang saiznya. Kak Maziah yang tadinya di atas sudah ke bawah.

Tetapi, belum cukup kembang.

Bertambah kembang.
Plus Edith and Kak Salimah.

Dan … Mari masuk cepat, mari cepat! Kata Kak Faizah (lihat gaya tangannya melambai orang)

Dan lagi.
When Kak Zalika pon masuk.

Dan lagi besar.
Kak Miza pula.

Anisah dan Baby Suhayb sudah masuk.
Atikah’s out.

Suhayb, you’re the only boy in there!
HAHAHA

Atikah comes again.
HEHE

Owwwww Atikah’s cucu. Comel
Dan err… kepala bersongkok.
Gambar yang tadinya 5 menjadi 5 ratus (exaggerate)

Kak Faizah : Ala, dah tak nampakkkk dah labuci Kak Faizah.
HAHAHAHA

Nampak tidak?
HAHAHHA MERIAH.
Perfect.

Suami-suami semua jadi cameraman berpusu-pusu. Sekarang, turn mereka pula. Isteri-isteri pula pegang camera panjat sofa panjat meja nak rakam foto suami punya pasal.

Oppp oppp kejap!
Dan Encik Hasan menggayakan handbag isterinya, Atikah.

Belum lagi belum lagi.
Owh, gentlemen! Cepatlah Medina dah lama ready tau.

Smile!
Lelaki punya gambar lagi tersusun kan?

Medina : Lambat sangat. Nak nyonyot la.
Suhayb : Ye la. Nak tutup telinga la.

Dengan Kak Aminah.
Pregnant Mummy yang energetic yo.

MU
Bukan Manchester United la.
Mums United.

Me and Medina.
Anisah and Suhayb.
Zarina and Eliana

Dads United.
Eliana comel.

Medina nak makan semua jarilah.

With Edith.

Dengan tuah rumah, Kak Salimah dan Encik Sawifi

Lebih memeriahkan suasana …

Kanak-kanak berkaraoke lagu raya.

One happy family!

Sangat best. Baru breakfast dah best. More to come, tahu! Selepas rumah Kak Salimah, kami ke Mt. Gravatt Show Ground. Ada Eid Festival. Disebabkan datang terlalu awal, banyak program belum mula.

At Mt. Gravatt Show Ground. Eid Festivals.

Seterusnya ke rumah Kak Shikin pula.

Pagi Syawal Saya, Begini.

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, Uncategorized

Salam Syawal Sayang Sayang Semua Semoga Sehat Selalu. The letter today is S. Yikes, so Sesame Street. Never mind.

My baby is sleeping. Hubby is working. Perfect timing untuk saya beriadah di alam maya. Malam ini, saya akan mengongsikan (Yikes, KONGSI ok KONGSI) pengalaman pagi syawal pertama saya di Brisbane Darus Salam. Maaf orang Brunei, tumpang Darul.

Ramai orang beranggapan, orang yang berpuasa lewat sehari dari kamu semua di Malaysia akan bersyawal lewat sehari juga. Ternyata anggapan tersebut tidak betul. Sebab saya juga bersyawal pada hari Jumaat, tanggal 10 September 2010 bersamaan 6 hari sebelum hari lahir adek bongsu kesayangan saya. Eceh. Maka. Selamat hari lahir ke 17 tahun Adek ku. Tadi saya call dia nak wish Happy Birthday, dia tak cakap terima kasih pon. Tapi dia cakap ; Nak PSP. Banyakkkkkkk tampan muka kau. Show me your good performance in school first.

Raya.

Malam sebelum syawal itu, suami on call sehingga jam 9 pagi. Bangun pagi pada syawal itu, saya tiada suami di sisi. Berasa bertambah sayup dan terseksa emosi. Rasa nak nangis hentak kaki sampai bergegar Brisbane ni kalau boleh. Tapi tak boleh. Maka, tak apalah. Redha.

Ini syawal pertama Medina. Kenyataan tersebut membantu menambah perisa kepada hari raya saya yang macam tak berapa nak menjadi pagi tersebut. Medina. Small baby that gives big happiness to us.

Jam 7.00 pagi, saya sudah bangkit. Walaupon tak ada suara Aki suruh bangun mandi siap sedia nanti nak jamu orang, mahupun tiada suara Abah atau suara Ma atau suara adek-beradek, saya tahu saya kena bangkit awal. Sebagai menghormati hari perayaan mulia itu. Tak baik kalau tidak meraikan hari tersebut. Jadi, saya kejut Medina. Saya paksa dia bangun. Supaya dia juga dapat rasa, hari tersebut adalah istimewa. Meskipun hanya kami berdua dalam suasana sepi pagi. Tiada bunyi takbir. Tiada bau rendang.

Di bawah ini, rakaman kenang-kenangan pagi syawal pertama Nur Medina.

Muka belum bersedia. Dalam ketidakfahaman. Apsal Mummy ni perangai pelik pagi-pagi dan cakap benda bukan-bukan? Agaknyalah.

Bawa Medina turun ke bawah. Bagi dia menonton cartoon. Habis, nak bagi dia tengok program Aidilfitri mana ada. Medina tengok Chuggington je la ye. Saya masuk kitchen.

Saya macam memaksa diri seboleh-bolehnya untuk menjadikan pagi tersebut menjadi LAIN. Lain. Like … lain lah. Supaya suasana pilu sebak sendirian dan sebagainya tidak berjaya merosakkan Ailfitri saya. Saya tahu di rumah saya tiada rendang daging. Saya tahu tiada ketupat lemang nak saji buat suami kelak. Maka;

Saya bake blueberry muffins.
Ha kau. Pagi raya haku bake muffins.
What say you?

Ukur baju badan sendiri. Begitu jugalah hakikatnya dalam bab menyediakan makanan ni. Ukur senduk dapur sendiri (aku cipta) Memandangkan nak masak rendang memang tak tahu, saya buatlah apa yang tahu. Meskipun tak dapat mewujudkan suasana makan ketupat rendang pada pagi raya, sekurang-kurangnya saya masih mampu mewujudkan suasana makan semeja bersama keluarga pada pagi raya. Bukankah itu juga mendefinisikan raya?

Jam 9.30 pagi, suami pulang.

Kami semua sudah siap mengenakan pakaian baru dan cantik. Medina tiada baju kurung tapi dia ada baju baru (Dia tu semedang pon ada baju baru) Suami pula tiada baju melayu baru, tapi ada kemeja baru. Pon boleh. Saya pula, ehem. Baju kurung BARU dan JAHIT SENDIRI ya a aww.

All ready. Perkara pertama, bersalam-salaman dan memohon keampunan suami isteri. Babak air mata bermula dan berlaku pertumpahan darah HEH, gila kau! Pertumpahan air mata. Tapi air mata saya seorang saja yang tumpah. Air mata suami dah penuh tapi tak berjaya tumpah. Medina pula masih tidak mengerti apa-apa. Air mata tak tumpah, tapi air liur memang semedanglah tumpah kebelakangan ini.  Bila kami membuat group hugs, dia akur saja tersepit di tengah-tengah. Tapi yang kelakar dia, kami berdua minta maaf dari Medina sebab selalu lambat entertain dia dan kadang kala memberikan perkhidmatan kurang memuaskan hati bayi tersebut. HAHAHA.

Mintak mak, muffin sebijik, saya mahu makan kerna perut kosong.

Syahdu betul. Kami bertiga meraikan syawal pertama kami sebagai keluarga. Lengkap. Ada Daddy. Ada Mummy. Ada Baby. Upacara sarapan pagi pon bermula dan diakhiri dengan air mata lagi. Menangis saja kerja saya pagi tersebut. Upset tak tentu pasal. Mungkin sebab terasa begitu aneh Aidilfitri tersebut. Dengan suaminya yang baru pulang jam 9 pagi. Memang pengalaman yang mendewasakan (tetiba)

Selain bangun pagi dan melakukan mandi sunat Aidilfitri, kamu semua sudah tahu bahawa kami juga berpakaian baru, bersalaman mensuci dosa dan makan berkeluarga. Sama macam perbuatan orang lain bukan? Untuk melengkapkan lagi raya kami supaya kelihatan seperti sebuah Aildilfitri yang normal, kami juga melakukan upacara memberi duit raya kepada anak.

Takyah tunggu lama, terus makan duit.

Sekarang, nampak tidak? Kami juga meraikan Syawal masih mengikut tradisi. Cuma cara melakukan ada sedikit twist. HAHAHAHA. Tapi tak apa. Yang penting sebenarnya ialah kasih sayang. Meskipun sedih beraya jauh dari keluarga buat kali pertama, tapi bukankah tempat saya di sisi suami? Dan Syawal kali ini sebenarnya memang sebuah lebaran baru buat kami dengan adanya Nur Medina Binti Daddy.

Pagi itu memang pilu.

Tapi pilu tersebut tidak bertahan lama. Keluar, menyusun open house dari rumah ke rumah. Betapa nikmatnya raya bersama rakan-rakan diperantauan. We’re just like one big happy family.

Pagi syawal saya, begini lah.

The Phone Call

Posted by Darling Husband under My Fancy Pregnancy

Thanks Edith for the advice, it really sped things up.

We called the Mater Mother’s Hospital at 5.50 am. Mmmm… I just realised that Mater means ‘mother’ and mother means mother of course. So the Mater Mother’s hospital translates into…. ishhh… distracted pulak.

Anyway, pain is about 5-7 minutes apart, lasting about 30 – 45 seconds. Severity had increased to 4/10. Things really felt like it progressed after taking on Edith’s advice. Lynn, who was on the other side of the phone agreed, we’re in established labour.Her advise, wear a pad, have breakfast, if the pain gets too much, call to come in. If labour progress further, call again. Thanks Lynn.

Mak Yang had made the keria, Ijat had showered. Unfortunately the camera charger turned out to be a battery charger. Anyway…. Everyone had performed their Fajr prayer.

I’d be going to the hospital at 7.30 am…. maybe I’ll bring the rest of the team there with me.

Anytime Pon Boleh

Posted by chika under My Fancy Pregnancy

Cakap apa nak? Semua dah dapat dah. Itulah dia kalau mengandung. Semedang orang kesian. Selepas ini, tak ada siapa nak kesian dah sobsobsob T_______T Tapi tak apa. Selalu-selalulah mengandung. Ewwah. Belum bersalin lagi dah begitu berani berkata begitu? HAHAHA. Habis nak buat macam mana. Berani tak berani, kena hadapi juga.

Eh engkau belum bersalin ye? Apsal lama tak nampak?

Bersalin belum. Tapi bersalin mood, sudah. Mood untuk memikirkan benda-benda lain memang macam tak ada. Balik-balik fikir pasal nak bersalin. Takut memang takut. Tapi emak saya pesan ; Bila sampai waktunya, keluarlah dia. Makin dekat dengan tarikh 10 May, makin pasrah saya di sini. Makin banyak beristighfar sebab hanya dengan cara tu boleh buat saya bertenang dan ingat Allah. Bila ingat Allah, terus rasa begitu YAKIN. Apapon jua, kepadaNYA lah kita berserah.

Kalau boleh, tak mahu ingat blog yang fana ini sangat. Aktiviti online pon sudah dikurangkan. Menghabiskan waktu dengan membuat persediaan mental, fizikal dan material adalah lebih penting. Kalau ada masa terluang, saya lagi suka berkemas, berehat dan mengaji Al-Quran. Dah tak larat dah nak menghadap urusan maya. Email dari siapa-siapa pon, memang jujur saya katakan. Saya tidak akan reply (since months ago pon memang dah banyak ignore) Tak tak. Bukan sebab sengaja tak mahu reply atau berlagak ke apa. Tapi sejak beberapa bulan ni, saya memang sangat malas melayan benda-benda maya macam ni. Rasa macam tak berguna. Sesungguhnya berehat itu lagi menseronokkan.

Segmen sekapur sirih.

Itu hari teringin minuman 100 Plus secara tiba-tiba. Ha kau. Mana nak dapat? Mana? Namun, dah memang rezeki anak, minggu lepas saya dapat juga. Itu pon sebab Abang Badri balik Malaysia dan dia bawakan dua botol untuk saya. Begitu terharu macam tak sangka. Terima kasih Abang Badri. Tak cukup dengan itu, last week Abang Badri dengan kak Fizah jemput datang rumah. I dapat makan Laksa Utara, kamu tahu? Woah. Puas hati haku. Makan bukan setakat menjamah dah. Memang sungguh-sungguh saya makan macam tak malu betul. Tapi kalau malu, rugi. Kalau nak rugi pon, biarlah nanti-nanti. Sekarang tengah mengidam kalau boleh elakkan dari rugi. HAHA. Terima kasih kat Abang Badri dengan Kak Fizah.

Balik dari rumah Kak Fizah, Nenna ajak datang rumah. Makan lagi. Err. Tak pon tak pon. Tak rasa bersalah pon makan banyak sekarang ni (Sebenarnya memang tak pernah rasa bersalah makan banyak sepanjang usia ini) Spring roll Nenna memang best. Makan sampai semput. Tapi tak menyesal.

Dalam hal yang lainnya pula, Kak Linda pula telah membuatkan keropok lekor untuk saya. Punyalah lama saya teringin sangat nak makan. Akhirnya, menjelang minggu terakhir seperti ini, dapat juga. Punyalah sedap. Rasa nak menangis semasa makan. Tapi kalau menangis semasa makan, bukankah macam kesian sangat?

Kejap.

Harap kamu yang baca itu bersabarlah sebab entry ini berciri makanan. Siapa tak bersabar, boleh pergi makan sekarang. Lepas kenyang, datang balik. HAHA

Karipap. Yahoooo. Malam Ahad lepas, Juhazrin dengan Kak Mas datang rumah malam-malam hantar karipap sebagaimana yang saya order. Ya Allah. Bayangkan. Bayangkan. Semua yang saya teringin, semua dapat juga akhirnya. Ingatkan macam tak akan dapat dan selalu belajar pasrah T_______T Rezeki. Terima kasih Ya Allah.

Belum. Belum habis lagi. Kak Shikin pulak ajak datang rumah. Ada makan-makan hari Ahad lepas. Saya dengan husband pon pergi membawa diri (dan perut) HEHE. Ya Allah. Ada nasi impit dengan kuah kacang! Err. Memang tak pernah mengidam yang ini, tapi bila ternampak terus rasa macam … Oh inilah dia benda yang aku lupa nak mengidam. Mengidam sekarang! Terus makan. Walaupon macam termalu-malu nak makan, demi keinginan yang macam ingin sangat sangat, saya makan bukan main seronok. Tiba-tiba, tahu! Dah nak dekat-dekat due date ni, macam-macam rezeki dalam bentuk makanan dapat dilempiaskan. Alhamdulillah.

Err. Mengidam benda lain pon ada juga. Tapi bukan berciri makanan. Jadi kita takyah gebang dalam sini. HAHAHAHA. Yang seronok dia, dapat pulak tu. Okay, confirmed! Akan mengandung dengan sekerap yang boleh KAH KAH KAH ACAH JE.

Sabtu pagi, kami pergi Gold Coast Airport jemput Mak Yang dengan Ijat. Ibu saudara dengan adik saya dah sampai yeay!

Saya sebenarnya teringin nak berendam dalam pool dekat White Water World. Tu sebab dah standby pakai burqini. Tetiba, tak sempat pula sebab dah habiskan banyak amsa dekat Dreamworld. Tak apalah. Lain kali.

Mak Yang memang menterkejutkan kami semua.
Semua thrill ride pon dia boleh main rupanya!
Kitorang punyalah ingat nak bawak dia tengok-tengok saja.
Sekali, ha kau!
Pantang offer semua dia main.
Sungguh berani. Saya pon tak mahu main benda alah seperti di atas.

Bila dah ada Mak Yang dengan Ijat, rasa lega sangat-sangat. Mak Yang tolong masak dan menguruskan kain. Ijat tolong kemas rumah, vacum dan mop lantai. Kerja-kerja berat semua Ijat buat. Sebab tak bolehlah nak harap Mak Yang semua. Saya pula dah macam tak buat apa-apa. Layan kepala saja membilang hari bila nak bersalin ni.

Terima kasih MA dengan ABAH sebab hadiahkan baju baby comel-comel rasa geram nak gigit baju tersebut. Emak saya juga yang belikan set bersalin, bagi jubah cantik-cantik sebab senang kalau saya nak pergi masjid nanti. Asyik pakai jubah yang sama sampai satu Brisbane dah kenal dah jubah tersebut (exaggerate) Emak juga menghadiahkan tudung-tudung Ariani yang begitu banyak. Oh. Juga kain batik yang gila punya banyak. Erk? Kain batik? KAHKAHKAH. Tapi emak pesan, pakai bila perlu saja. Jangan gatal dalam rumah berkain batik kalau tak perlu. Selekeh. Emak marah.Dan juga sebotol air zamzam untuk diminum semasa hendak bersalin kelak. Terima kasih. I love you both. And I miss Haikal and  Adek sooooooo much.

Terima kasih semua orang yang bagi saya makan sedap-sedap. Terima kasih dekat Mak Yang dan Ijat yang datang sini bantu saya. Terima kasih kawan-kawan yang ambik berat. Terima kasih readers yang banyak doakan yang baik-baik. Terima kasih suami, sebab menjadi seorang suami yang membahagiakan.

Kita bakal punya anak, Sayang!
You baby is on the way, Sayang!

Yummmmm.
Sengaja letak gambar ini.
Sebab entry ini berciri makanan.
Patut bergambar makananlah bukan?

.

Okay, sekarang dah boleh bersalin.
Anytime pon boleh!

Antenatal Class. Stork Baby & You

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

17 April 2010
Saturday
9 am – 6pm

With ;

STORK, BABY & YOU

Midwives :

Sue Butler
Amanda

At Carina League Club, Carina.

Nampak tidak, belon udara di depan tummy? Ketika itu, 36 minggu 4 hari hamil. Bersamaan genap 9 bulan 4 hari. Atau pon sebanyak beberapa ratus hari. Dalam kiraan jam, sila sila kira sendiri. Na’ah. Suka tau panjangkan cerita. Err. 9 bulan dan menghadiri antenatal class. Sungguh terlewat dan tergesa-gesa. Bukan senang tahu, untuk mendapatkan class yang available. Orang lambat selalu rugi. Tapi kalau lambat beli donut dekat Donut King tak apa. Lagi lambat lagi ada chance dapat donut murah especially waktu mall dah nak tutup. Satu dozen $5. Untung. Heh. Macam tak ada kaitan.

Ada lebih kurang 15-20 couples untuk one day session. Tak berapa ingat. Dalam banyak-banyak tersebut, ada 4 couple sahaja yang sebenarnya sarat. Iaitu melebihi 35 minggu. Yang lain masih steady dalam minggu 20′s. Dan siapa yang berciri sarat, mesti akan disoal; Dah siap hospital bag belum? Ha kau. Husband saya mengaku bahawa kami half way to go. Eceh. Dari bulan lepas pon half way. Tapi kami tidak corot sangat. Ada pasangan yang langsung belum menyiapkan hospital bag (siap mengaku blur tak tahu nak bawak apa) padahal dah lebih 37 minggu. HAHA. At least, kami mulia sikit.

Lama tahu kelas tersebut. Sehari suntuk. Dari duduk tersopan-sopan atas kerusi, sampai duduk terkial-kial (masih atas kerusi) dan membawa kepada antara terduduk dan terdiri-diri. Akhirnya, masing-masing dah tersantai-santai atas carpet. Ada yang terbaring (para suami tapi suami I steady duduk segak dari mula sampai habis) dan saya pula sampai dah lepak begitu best atas bean bag. Dahlah semua pregnant. Tahu-tahu je lah. Orang pregnant mana boleh tahan duduk lama-lama. Berdiri lama pon tak tahan. Dengan frekuensi untuk ber-urine yang begitu high. Por favor!

Patutlah dia pesan bawak pillow. Senang nak tidur dalam kelas. Eh tak. Senang nak comfort badan ke apa. Kelakar. Semua datang bawak pillow beraneka jenis. Macam nak pergi camping. Oh on that note, siapa-siapa bakal pergi antenatal class jangan lupa bawa pillow atau bean bag kalau ada atau apa sahaja yang boleh menjana keselesaan kepada kamu. Tapi jangan sampai bawak tilam. Over. Malu.

Topik yang dibincangkan;

  • Labour & birthing positions to enhance progress
  • Natural & medical forms of pain relief
  • Support persons role during birthing
  • Awareness of baby’s behaviour after the birth
  • Supports & guidelines for the new parents
  • Coping strategies of early parenthood.

Hurm. Banyak ilmu di dada selepas attend kelas. Debaran di dada pon menjadi banyak juga. Sebab pada akhir kelas, ditayangnya video kelahiran secara sungguh benar. Rasa nak pitam. Sue cakap, siapa nak tengok boleh tengok. Siapa tak nak tengok jangan tengok. Saya pula adalah golongan yang tak nak tengok tapi tengok. Ngilu sangat perasaan semasa menyaksikan kepala baby keluar dari vagina. And then the mother (dalam video tersebut) scream gila-gila. Harap nanti saya ingat Allah banyak-banyak dan tak menjerit. Istighfar Istighfar.

She was doing water birth OMG! Tapi saya rasa, position dia masa giving birth (macam bercangkung rather than berbaring) make it easier (looked easier) to push the baby’s head. Macam less possibility untuk tear (I think).

Class tersebut sangat interactive. Sue Butler sangat berpengalaman. She shared a lot of stories yang aneh-aneh juga. Termasuk kisah di mana dia pernah sambut baby, yang dalam labour room tu ada terlalu ramai orang. You know, like you’re having your whole families and friends (macam birthday party) and then bila baby keluar, semua bersorak macam pasukan sorak. Yeaayyyyy! Ya Allah. Tak boleh imagine aku nak bersalin ada pasukan sorak mengelilingi.

And and and. Saya baru tahu! Ada kemungkinan juga baby boleh lahir tanpa berlakunya membrane rupture! O-M-G! Bayangkan. Anda push push push to the max! Tiba-tiba keluar satu satu objek dalam sebuah membrane bulat macam belon. Dan apabila dipecahkan, di dalam itu terdapat anak anda yang sungguh molek halus mulus kecik comel lotey. HAHA macam astronout. Keluar dari dalam belon. Menakjubkan. Jarang kot berlaku. Tapi kawan saya cakap, ada kawan dia pon jadi macam tu. Sampai midwife terkejut. Agaknya midwife tu tak pernah jumpa kes macam tu.

Saya suka activity sepanjang class tersebut. Langsung tak boring. Langsung tak rasa nak balik. Langsung tak teringat nak pergi carik ice cream ke apa HAHA.

Antara activity dia ;

Tulis anything yang boleh membantu labor berdasarkan setiap abjad. Ni group husband saya punya. Group dia menang. Sebab group dia saja yang dapat isi penuh dan siap cepat.

Activity lain yang saya suka ialah activity di mana dia edarkan barangan-barangan secara rambang di dalam sebuah bakul. And then dia pergi dekat one by one of us. Kita pick lah apa barang yang kita rasa kita nak. Ada macam-macam dalam bakul tu. Contoh ; Ada wine bottle, burger, diaper, shoes etc.

Sampai dekat saya, saya pilih shoes. Something like sport shoes warna pink siap blink blink lagi. Kasut kecik saja. Kasut baby. Cute. Bila semua dah pilih, dia suruh seorang demi seorang ceritakan kenapa pilih barang tersebut. Macam mana cerita kamu tu related to healthy pregnancy.

Saya pilih shoes. Sebab ; Before I get pregnant, saya penggemar high heels. Pergi mana pon high heels dan selalu degil. Pergi market pon nak pakai high heels sanggup sakit tumit sampai bengkak dan sebagainya. Langsung tak peduli. Honestly, saya rasa macam ‘cacat’ kalau pakai flat (before) Once I get pregnant, saya terus bertukar! Dari power rangers merah menjadi power rangers kuning. Brfftttt borrringggg! Okay okay serius. Saya terus tekad. Akan pakai flat sahaja no matter what. Demi kandunganku. Errrr.

Betul ke ni? Okay fine. The first 2 months memang saya masih pakai high heels. Selepas itu saya memang tekad dan sampai sekarang pon tak pernah sentuh high heels.  Bla bla bla.Di atas itulah point yang saya ceritakan. Teka teka? Apa jadi selepas itu? They loved my points. Sebab mulanya dorang gelak okay dalam kelas tersebut bila saya ambik shoes yang blink blink tu. Dorang gelak sebab dorang bayangkan saya ni shopaholic. Sebabnya, masa perkenalkan diri, husband saya pergi announce; One of the most interesting part to be a pregnant lady, is for me to explore a new range of shopping – Baby stuff it is. Amanda cakap ; Oh lovely! HAHAHA

Saya dapat hadiah! Sebab bagi point yang macam boleh pakai. Padahal masa saya pick shoes tu saya main pick saja. Lepastu baru terhegeh-hegeh pikir apa aku nak gebang ni.

Tapi yang lagi best, adalah satu couple ni. Husband dia pick panties tahu! Seluar dalam wanita yang renda-renda dan begitu seksi. HAHAHAHA. Point dia sungguh lovely dan romantis sekali. Walaupon mulanya nampak macam … hishhhhh kau ni!

His points are ; Dia mewakili semua lelaki yang mempunyai pasangan hamil. Walaupon pasangan mereka sudah membesar perut, membesar badan dan segalanya membesar, tapi bagi meraka (lelaki) pasangan mereka tetap seksi. Dan mereka tetap cintakan pasangan mereka.

Bergemuruh sorakan dari kaum bakal bapa. Dan ketawa bergempita! HAHAHAHAHAHA.

Aktiviti lain adalah seperti membuat senaman for pelvic floor. Bukan isteri sahaja kena buat, suami-suami pon kena buat sama. And then Sue tunjuk cara nak wrap baby, how to settle your baby kalau dia get cranky ke apa. Hurm. Oh. Ada satu activity ni, Sue and Amanda tinggalkan dua orang bayi (dolls) yang bernama Jemima dan … (Darling Husband, help me. I forgot) kepada mana-mana pasangan secara random. Nanti anytime akan berkumandang suara baby menangis. Dan kita semua akan tengok, apa pasangan tu nak buat. Kami tak berkesempatan pula menjaga bayi tersebut. HAHA.

Ah. Too many things to tell! Banyak sangat cerita sepanjang class tersebut. Infromasi-informasi lain saya kongsikan kemudian. Kalau rajin =D

Sebelum pulang ;

Foto!

Saya dengan Sue Butler
(Amanda dah balik awal sebab ada hal)

Fuuuuuu nampak sangat tak ada bakat pegang bayi. Bukankah ada keganjilan di situ? Saya pegang bayi macam antara pegang tak pegang. HAHAHA. Yang saya pegang itu ialah Jemima (kot)

Saya, Sue dan my husband.

Eh eh. Tak pernah tengok ini! Tak pernah tengok ini!
First time tengok suami pegang bayi walaupon berciri doll.
Ada style wey!!
HAHAHAHAHA

Semua orang kena pakai name tag.

Free goodies.

Sue best!
Dia lembut saja. Class dia tak boring.
Oh tak dilupakan juga.
Food juga sedap!
Yummmmm.


Dapat sijil.
Boleh isi dalam resume kalau nak apply jawatan assistant architect kelak.
MUAHAHAHA.

Anemic (Bukan Anime)

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

Wah, begitu sakit! Pinggang dengan punggung macam nak bercerai berai. Pangkal-pangkal peha semua sakit. Sendi semua dah longgar. Dalam perkembangan lain, saya disahkan anemic. Tapi tak sedih sangat. HAHA. Tak sangka pada akhir-akhir kehamilan ini, boleh terkena anemia pula. Iaitu kekurangan darah. Tidak begitu kritikal. Tapi disebabkan blood test menunjukkan keputusan yang sedemikian rupa, saya dinasihati supaya memakan besi. Oh patutlah asyik mengidam nak gigit bangunan Suria KLCC. Eh ingat Allah ingat Allah.Tak tak. Sekarang saya kena mengambil iron. Syok woh dapat iron. Rasa energetic. Patutlah sebelum ini saya selalu rasa pitam nak tumbang. Rupanya Iron Man belum sampai menselamatkan saya.

Semalam antenatal check up minggu ke 37. Masuk-masuk sahaja, obstetrician terus menyampaikan perkhabaran tersebut. Anemic. Tapi kalau terkena penyakit Anime, aku tahulah kenapa. HAHA.Virus boleh merabak melalui udara bukan? Dan kebiasannya, virus lagi mudah merebak pada pasangan. HAHAHARAPMAKLUM.

Doctor telah mentekan kepala bayi untuk memastikan position beliau (emak menghormati anak sampai panggil dia ; beliau) Menurut doctor, kepala dia almost engageWe almost there, honey. Alhamdulillah. Saya risau jugak kalau dibuatnya bayi tetiba membuat  pusingan roda impian ke apa. Hah, satu hal pulak. Harap bayi terus menurun dan menurun dan menurun. Insyaallah. Teruskan membaca ayat Lauanzalna. Mudah-mudahan.

Anytime soon.

Banyak pula aktiviti yang dibuat menjelang debaran terakhir ni. Sebenarnya entry dalam draft saya ada baaaaaaanyak lagi. Tapi tak apa. Mungkin satu hari yang magik, entry tersebut boleh menjadi tapai. Siapa tahu? Tuah ayam nampak di kaki. Tuah tapai?

Dengan itu, saya tamatkan entry ini sebelum saya merepek tapai dengan lebih jauh lagi.