Archive for the 'My Fancy Pregnancy' Category

Topshop

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, Uncategorized

Aren’t they gorgeous?

LOVE IT.
Love the details.

I am eager to sew pleated skirt like this of my own.

Chinese Dumpling

Posted by chika under life, Melbourne, My Fancy Pregnancy, the chika, Travel : Australia

Our lunch on one of those days in Melbourne. Kalau tanya saya apa saya paling suka tentang Melbourne, ialah makan! Halal food is everywhere. Fikir saja nak makan apa, semua ada. Be it Italian cuisine, French cuisine, Middle East, Chinese, Indian, Malay, semua ada.

Salah satu restaurant yang masih melekat dalam fikiran kami dan masih disebut sesekali apabila perlu (?) adalah Chinese Dumpling Restaurant. Tak jauh dari hotel kami. Teringat hotel yang kami tinggal dekat Melbourne tu rasa macam eiii bestnya. Turun saja terus sampai ke macam-macam tempat menarik. Betul-betul di center of attraction. Harap dapat pergi Melbourne lagi amin.

Chinese Dumpling Restaurant. Saya tak sure kalau ini adalah nama restoren itu. Consider it is lah kan. HAHA. Portion dia subhanallah punya besar. Makanan dia not bad dan kami menjadi tamak. Order banyak-banyak dan menjamu selera sampai akhirnya dah tak selera dibuatnya.

Kalau kami ditakdirkan duduk Melbourne, insyaAllah comel-comel belaka kami ini jadinya. KAH KAH KAH. Itu hari pon dah hampir nak comel je rasa.

Tya, invite lah I datang Melbourne. HAHAHA. In return, jemputlah ke Brisbane. We are waiting for you guys.

Nombor 1 hingga 28

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, Uncategorized
  1. Hari-hari yang padat dan meletihkan.
  2. Hari bersama keluarga. Belum puas.
  3. Seterunya, hari bersama saudara jauh jauh sikit, rakan baik, rakan-rakan, dan barulah pembaca insyaAllah. Harap tidak kecil hati sekiranya sukar untuk mendapatkan temujanji dengan saya ewahewah kau ni macam diva pulak. Diva tak diva lah kan. Selambak mesej masuk nak minta tarikh saya available. Masalah dia, masih belum boleh dipastikan. Sebab sekarang sangat busy dengan aktiviti keluarga. InsyaAllah. InsyaAllah (bukan lagu Maher Zain, takyah nyanyi)
  4. Medina dah jadi spoiled baby. Me too. I have time all to myself. HAHA I miss my baby daughter. Sebab jarang sangat ada chance nak cuddle cuddle dengan dia.
  5. Nenek loves Medina. Medina suka Mak Ngah Reena.
  6. Allah SWT maha Pemurah. Kita boleh minta apa-apa dariNya pada bila-bila waktu walaupon selepas office hour. Terima kasih wahai Tuhanku.
  7. Glad that I lived in Australia sebab … OK lah tak mahu cakap nanti rakyat Malaysia yang gemilang terbilang marah.
  8. Kenapa public toilet negara ini mengecewakan saban waktu? Tak apa. Takyah jawap.
  9. Saya tak biasa tengok muka cashier yang masam pastu tak cakap Hello how are you? Saya frustlah. Patutlah bila saya dekat KL saya selalu menyombong. Sebab itu ATTITUDE yang DIBUDAYAKAN. Macam automatic bila tengok sekeliling pon manusia masam dan suka busybody tengok orang bisik-bisik jeling-jeling, saya pon rasa annoyed.
  10. Makan best. Tadi makan satay bercucuk-cucuk. Selalunya makan satay 2 cucuk saja. Rasa nak nangis.
  11. Membeli-belah pakaian anak. In term of price, seronok. In term of choices, bolehlah. Tapi masa nak pergi bayar rasa kecewa. Rujuk point nombor 9.
  12. Saya ada manual breatpump. Senang nak express milk bila nak prepare rice cereal Medina. Saya tak bawak breatpump saya.
  13. Saya dah cuba MamyPokok. Macam best jugak. Saya juga telah mencuba Huggies di sini. Saya masih sukakan BabyLove New (tapi untuk baby kecik sahaja. Bila Medina dah besar seperti ini, tiada BabyLove New dah) Saya prefer Pampers (Aussie edition) Tapi MamyPoko macam best lah. Dan beli banyak-banyak. Harap memang betul-betul punya best.
  14. Masa hendak merakam gambar bersama emak, orang selamba lalu-lalang tanpa mempedulikan kami yang sedang berusaha tahan senyum depan kamera. Tak sporting betul. Kecewa kecewa.
  15. Tiba-tiba saya racist beberapa hari ini. Tahu. Tak baik. Tapi …
  16. Keluarga saya sangat best lah. Riuh rendah sama macam masa saya kecik-kecik dulu. Harmoninya rasa.
  17. Saya rindu Si Dia.
  18. Nombor 18 hingga 26 mengandungi maksud yang sama dengan nombor 17.
  19. Nombor 28 pon sama.

OK bila dah rindu suami, sedih gila. Sekarang kena peluk anak kesayangan dia. Supaya dapat pujuk diri. Ih, penat sangat sampai susah nak cakap.

Persoalannya. Apsal tak keluar nombor?
Boring ah!

Suap Dolphin Makan.

Posted by chika under life, Moreton Island, My Fancy Pregnancy, shopping, Travel : Australia, Uncategorized

OK sambung balik.

Malam pon menjelma. Oh kalau siapa tak tahu apa hujung pangkal cerita ini, boleh buat ulangkaji. Pergi sini. Sambung. Malam pon menjelma. Aktiviti yang ditunggu-tunggu. Iaitu … DOLPHIN FEEDING.

Malam yang sejuk. Medina kena balut.

Sebelum ke aktiviti dolphin feeding di jetty, kami menikmati sunset.

Dophin feeding bermula sekitar jam 6.30 malam. Sangat ramai orang. Hampir semua visitors berpusu ke jetty. Ada yang sudah book untuk memberi dophin makan, ada yang menonton dari atas jetty. Dan tentunya, berharap dan berdoa semoga banyak dolphin yang datang. Sebab mereka ada kalanya ponteng ikut suka. Nama lagi haiwan. Sedangkan kita manusia pon selalu ponteng kuliah.

Ramai.

We were all divided into 3 rows. Kami row yang pertama. Punyalah excited. Rasa tak boleh bersabar nak jumpa dolphin. Kalau datang ke pulau ini, rugi kalau tak book for dolphin feeding. Sebab Tangalooma Dolphin Feeding adalah antara main attraction di pulau tersebut. Dolphin dia merupakan wild dolphin tapi jinak. Hoh tak faham lah apa ni wild tapi jinak apa ni apa ni? Err. Dolphin itu semuanya memang wild. Bukan dibela di dalam aquarium ke apa. Tapi mereka dah biasa dengan manusia. Tempat tersebut sudah jadi tempat sekumpulan dolphin ini cari makan sejak 1992 (kalau tidak silap saya) Pandai tau. Yang datang tu dolphin yang sama pulak tu. Staff kenal mereka. Mereka punya nama manja yang comel-comel. Tapi saya tak dapat bezakan kesemua mereka sebab semua nampak macam ikan lumba-lumba. Erk? Whatever.

Medina juga excited. She didn’t have the slightest idea on what was going on that night tapi dia excited. Dia menjerit dan berbual dengan entah siapa-siapa yang sedang beratur tunggu turn. Medina pon dikira dalam jumlah mereka yang membuat tempahan. Malangnya kami tidak tergamak hendak bagi Medina feed dolphin tersebut. Takut nanti dia bagi setepek dekat kepala ikan tu, naya haku kena sue dengan persatuan pencinta alam.

Bagaimana nak feed dolphin?

Cara feed dolphin bukanlah macam feed anak bagi nestum masuk bowl warna merah pastu suap. Kita juga tidak perlu breastfeed dolphin tersebut. Apa yang perlu kita lakukan, adalah mencuci tangan dengan air klorin yang disediakan supaya kita tidak transfer virus/kuman/bakteria (bulatkan jawapan yang betul acah je) Kemudiannya, ambil seekor ikan yang juga telah disediakan. Selepas itu, masuk ke dalam air. KE DALAM AIR TAHU! Bukan bagi dari tepi pantai. Masuk agak jauh la juga. Kalau cetek-cetek macam mana dolphin nak pergi.

Selam tangan ke dalam air secara menegak, nanti salah seekor dari dolphin itu akan makan dari tangan kamu! Haaaa scary tak? OK tak scary T______T Tapi bagi saya yang penakut haiwan ini, punyalah saya gayat! By the time kami dah masuk ke dalam air, dolphin dah mengelilingi kami. Suami saya dengan Medina kelihatan gembira tidak terperi. Saya pula ngeri tidak terperi.

Oh. Saya ada video. Nanti kamu boleh nampak betapa tah apa-apanya saya ketika itu. Punyalah excited dari siang nak bagi dolphin makan, bila dah sampai waktunya saya boleh gayat T_____T Saya takut kalau dolphin tu tetiba high ke apa sambar tangan saya. Ataupon tetiba dia nak main-main dengan kaki saya ke. HAHAHA. Agak thrill. Tapi sebenarnya, satu pengalaman yang mendewasakan. Eh tak. Satu pengalaman yang sungguh best. Macam nak buat lagi.  Dolphin comel!

Video tidak dapat dikongsikan sekarang sebab tak jumpa mana video nya.

Ikan yang kami feed bernama SILHOUETTE.

Terdapat kisah yang comel dan menyentuh hati juga mengenai dolphin di sini.

.

KISAH KEHIDUPAN IKAN LUMBA-LUMBA.

Menurut cerita yang saya belajar semasa lawatan sambil belajar, dolphin pertama yang datang di tepi pantai itu diberi nama Beauty. Beauty mempunyai anak bernama Tinkerbell, Bobo dan Shadow. Pada masa itu, Shadow masih kecil dan menyusu lagi dengan ibunya Beauty. Bila Beauty mati, dia dijaga oleh kakaknya Tinkerbell. Sampai sekarang pon, dia sangat rapat dengan Tinkerbell. Bobo pula dahulunya selalu datang ke pantai mendapatkan makanan dari staff pulau ini bersama rakannya Fred. Apabila Fred mati, Bobo selalu datang bersendirian T____T

Shadow sekarang sudah pon menjadi ibu kepada Silhouette. Lebih menarik dan aneh, Shadow selalu bagi ‘surprise gift’ kepada staff pulau yang feed dia. Contohnya, dia akan gantikan makanan yang dia dapat daripada orang yang feed dia dengan ikan lain yang dibawanya dari tengah laut. Aneh tak? Dan fenomena ini masih belum dikenalpasti maksudnya. Jadi mereka anggap ini sebagai ‘dophin gifts.’ Adorable kan?

Tinkerbell pula menjadi ibu kepada Storm, Phoenix dan Tangles. Tinkerbell ni paling besar. Tapi paling friendly and gentle. Tinkerbell pon selalu bawa ‘hadiah’ kepada orang yang feed dia. Pernah tu dia bagi ikan yang seberat 4kg kepada visitor. Hooooooo.

The other one is Rani. Rani datang dari keluarga yang lain. Yang kelakarnya, staff pulau ini bersepakat bagi nama Rani kepada ikan ni sebab dia nampak seperti ada bhindi dekat dahi (something like that). They just simply bagi indian name, Rani. Tetiba, mereka found out yang Rani tu bermaksud  Queen. Bila usia Rani 6 tahun, mereka mendapati Rani merupakan seekor ikan lumba-lumba jantan T___T HAHAHAHA Tak pasal-pasal ikan jantan jadi Queen. Tapi apa nak buat. NAma dah sebati, tak boleh tukar dah.

Rani ada adek lelaki. Nama dia Nari. Nari pernah kena serang dengan shark pada tahun 1999 dan mendapat kecederaan yang sangat parah. Juga pernah menjadi mangsa kegiatan fishing. Dia dirawat selama 6 minggu di bawah pengawasan Seaworld. Kesian dia. Kalau tengok Nari ni, boleh nampak kesan parut serangan shark. Dia bernasib baik sebab dapat diselamatkan.

Yang paling menyentuh hati, adalah kisah seekor ikan bernama Echo. Echo datang secara sendirian dan tiada hubungan keluarga dengan ikan yang lainnya. Masa dia pertama kali ditemui, dia masih bayi. Dia dipercayai  tiada ibu. Dia sepatutnya masih menyusu dengan ibu. Dia tak pandai cari makan sendiri. Jadi staff sangat bimbang macam mana Echo ni nak survive.  Tahun 1996, dia datang ke pantai untuk dapatkan makanan, tetiba nampak luka serangan shark pada dia. Kesian dia. Dan dia adalah ikan paling kecik dan kurus. Kalau tengok badan dia, dikatakan boleh nampak sikit kerangka dia sebab terlalu kurus. Semuanya gara-gara masa dia kecil, dia ditinggalkan sebagai anak yatim bila ibu dia mati. Dia tak pandai cari makan sendiri. Sebab itulah dia kurus.

Tengok. Ikan lumba-lumba pon punya kisah kehidupan tersendiri. Mereka pon ada dilema dan keperitan hidup.

Disebabkan kisah ini sangat interesting dan tukang cerita pon seorang yang interesting, saya dengar betul-betul. Sampai boleh ceritakan balik kepada anda HAHAHA. Sebenarnya saya jot down cerita ni. Sebab saya rasa, cerita ni penuh konflik dan dramatik.

Tak dapat bayangkan macam mana keadaan aktiviti ini dijalankan? Macam ini :

Bila sampai turn, kita akan dibawa berjalan masuk air oleh staff. Dalam lah jugak perginya.

Kalau ada chance, mesti buat lagi!

.

Gambar kami sedang feed Silhouette yang dirakam oleh professional photographer saya belum scan. Coming up later.

Happy Birthday, Dad.

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, the chika, Uncategorized

Your Daughter,
Nur Medina.

4 Syawal ; Open House Kami

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, Uncategorized

Mungkin tahun ini, kali pertama dan terakhir saya beraya di Brisbane. Mungkin tahun depan, tidak lagi. Tidak lagi beraya bersama keluarga-keluarga Melayu di sini. Walaupon saya bercakap MUNGKIN, sebenarnya ia MEMANG benar. Suami telah mendapat tawaran kerja di tempat lain pula.

Sempena itu, kami mengadakan rumah terbuka. Supaya kawan-kawan sempat datang ke rumah kami yang kecik molek ini. Sungguhpon kecik molek, tapi mampu memuatkan juga bilangan keluarga yang ramai. Bersempit berlaga bahu. Baru muhibah.

Disebabkan gambarajah bukan sikit punya banyak, buat-buatlah macam album sendiri.

Family Abang Badri, Bro Zarizi dan Kak Ina.

Medina tidur. Dia sering begini. Waktu dunia ini hingar bingar, waktu itulah dia jadi lena tidur. Kalau dunia ini sedang sunyi sepi, dia gelisah. TAPI. Ada kuasa hebat lain yang mentidurkan dia ;

Pak Ku memang best. Begitu pandai melelapkan Medina. Dia dukung je, Medina tidur. Orang banyak pengalaman.

Setelah semua pulang, tinggal family Anisah dengan Kak Faizah saja. Kebetulan, ada kek. Terus menyambut hari lahir Majid yang ke beberapa tahun eceh.

Menu :

  • Soto ayam.
  • Begedil.
  • Baked Macaroni.
  • BBQ Chicken
  • Steamed Vege.

Jumlah tetamu : Lebih kurang 60 orang. Nak ajak raaaaaamai lagi sebenarnya. Tapi kami tak mampu nak cater seramai-ramainya. Tenaga kerja yang sikit (termasuk Medina yang membuatkan tenaga kerja 2 orang jadi macam satu orang). Ruang pon terhad.

Dari jam 5 petang sampai 10 malam.