Archive for the 'My Fancy Pregnancy' Category

8 Hari Sebelum

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy, Nur Medina

8 hari sebelum bersalin, saya masih berkeliaran di Gold Coast. Berjalan-jalan mengukur tanah. Mencari-cari makan yang memuaskan nafsu perempuan hamil yang berpuasa. Iya. Saya berpuasa sepanjang kehamilan setakat yang direzekikan. Pada hari ke 14 Ramadhan, saya telah ditakdirkan masuk labour room dan puasa terbatal. Menjadikan saya ini berhutang puasa pada Allah SWT sebanyak 17 hari. Minta dipanjangkan umur supaya dapat melangsaikan hutang tersebut.

8 hari sebelum Medina menjadi seorang kakak. Dan 8 hari sebelum saya menjadi a mummy of two.

Sekarang ini, Medina senang dipujuk untuk behave dalam carseat.
Atau angkara carseat baru yang lebih sedap?

Saya tergila-gilakam Bugaboo Donkey yang tidak available secara nyata untuk diusap, dipegang dan dibelek. Maka, any Bugaboo will do. Nampak sahaja, akan mencuba. The system is amazingly awesome. Tapi dari segi saiz when its been folded, adalah diskriminasi bagi kami yang tidak mempunyai boot kenderaan yang besar. Sebab itu angan-angan saya masih tersangkut. Angan-angan saya masih valid. Waktu akan menentukan segalanya Ececeh.

Nampak tidak? Shoes besar itu. Dia mahu itu. Dia tak tahu yang shoes itu bukan sahaja boleh memuatkan 6 kakinya, malah boleh muatkan kaki emaknya juga KAHKAHKAH.

Kedai ini dibuatnya macam taman permainan.

Saya cool, kan?
Dan itu Mummy saya.
Di dalam Mummy saya, terdapat adek saya.

Nak tengok saya jalan terkedek-kedek macam itik gembo-gembo?
Picit PLAY

Monday Yang Ini Sememangnya Birus.

Posted by chika under My Fancy Pregnancy

Saya tidak tidur sedap sedap malam semalam. Beberapa minggu kebelakangan ini, tidur tidak sesedap biasa. Late pregnancy syndrome. Berada dalam minggu ke 35. Lagi berbaki 5 minggu. Tak lama lagi.

  • Short of breathing. Dear beloved growing uterus, I know that you’re pressing againts my diaphragm. I know that’s a sign that my little khalifah in there is growing good. Tak apalah.
  • Dear, nose. Please stop bleeding.
  • Dear iron tablet, thank you for the constipation. Ia mengerikan.
  • Abdominal pain, backache and headache. Kamu semua memang serangkaian gejala yang datang bergurau-gurau dengan ibu-ibu hamil. What to expect kan?
  • Gestational TB makin kritikal. Bergegas ke tandas laju-laju secara emergency memang turn me off. Still! What to expect?
  • Dear Medina, engkaulah ratu hatiku. Mummy cintakan kau. Terima kasih sebab selalu buat kelakar (walaupon selalu buat darah Mummy go upstairs) Kuat imitate dia itu. Sekarang sedang giat imitate bunyi duck, beruang dan cat. Dan imitate gaya orang sedang bercakap.

Tolonglah. Pagi ini sungguh plain boring. Suami kembali bekerja. Saya kembali menghitung hujung minggu untuk sampai. Menghitung minggu demi minggu to be in labour. Excited satu macam untuk melihat bayi baru ini. Pernah melihatnya sekali sahaja sepanjang tempoh 35 minggu ini menerusi ultrasound.

Saya menyenangi Dr. Steele. Seorang obstetrician berusia. Rakan kepada suami. Lemah lembut sopan santun berbudi bahasa kelakar dan suka memancing (eh mana kau tahu? Tak, aku acah je) Kaedah beliau membuat antenatal checkup memang tidak sama dengan kaedah Dr. Spikey dulu. Dr. Steele ini takda main ultrasound punya kaki. Dan tentulah suami saya menggemari sikap itu. Dia bilang, I am expecting another tiny little bub macam Medina. Heh. yang itu aku pon pasti tahu. HAHAHAHA. Tengok perutlah!

Tidak kelihatan sarat kadang-kadang membuat aku sedikit terkilan. Kerana ada waktunya, aku mahu difahami oleh umum bahawa aku sedang sarat. Jangan tengok size perut, boleh? Dalam kehamilan, size doesn’t matter (ewah) Yang penting usia kehamilan. Saya sedang pregnant 35 minggu! Saya sedang berasa sarat. Dan tak larat. Saya hanya mahu berbungkus dalam duvet cuddling Medina sambil mengetik mobile phone atau menonton TV. Dan juga makan. Kerja kemas mengemas aku dah tak minat. Membeli belah, berjalan-jalan dan bercuti-cuti juga aku tak minat. Sebab psikologi aku tidak berapa baik. Aku diburu bayangan labour.

Pokok-pokok depan rumah telah ditebang habis oleh jiran yang rajin. Tetapi saya tidak tahu, apakah penerimaan saya terhadap perbuatannya ini. Mungkin suka. Kerana dapat simbahan matahari yang lebih banyak untuk menghangatkan sedikit musim sejuk ini. Mungkin juga tidak berapa suka. Kerana rumah kelihatan terdedah. Bagai wanita Arab hilang purdah. Ha?

Tolonglah!

Isnin kusam.

Kuala Lumpur, Pulang & Lain-Lain

Posted by chika under My Fancy Pregnancy

Syukur, Tuhanku.

Kembali ke Kuala Lumpur adalah nikmat. Nikmat kembali bersama wajah-wajah yang dirindu. Lebih kurang 7 bulan tidak pulang ke rumah ini. Pulang pula membawa kandungan 31 minggu. Dan Bayi 13 bulan itu. Yang sedang lena tidur dengan neneknya.

Err. Ini blogkah atau pusara?

HAHA. Pregnancy kali ini adalah sangat elok. Cuma yang kurang elok, saya menjadi terlalu malas untuk menghadap laptop. Berasa terlalu rugi kalau waktu terluang tidak diisi dengan gejala tidur. Terlalu letih seharian mengendong bayi di dalam dan di luar perut. Jadi, engkau boleh anggap blog ini umpama hampir pusara. Nanti apabila kesihatan saya menjadi sangat elok, saya akan menulis seperti serigala (sebenarnya ; sediakala)

Sepanjang berdiam diri ini, saya tidaklah begitu mengembang dari segi saiz. Tapi perkembangan hidup, berlaku juga.

  • Saya sedang di dalam minggu ke 31 gestation. Beerti menurut tekaan sains, lagi 9 minggu saya akan melahirkan anak kedua hasil perkahwinan 2 tahun 4 bulan kami cececceh! Tapi Allah Maha Tahu.
  • Kehamilan kali ini adalah dipermudahkan olehNYA. Alhamdulillah. Tidaklah aku memusuhi makanan sepertimana perlakuanku dahulu. Malah kali ini, selera sangat besar.
  • Medina adalah anak yang senang dijaga. Oh rupanya. Dia semakin pandai mengurangkan kesusahan saya. Tidur malamnya sungguh lena. Hanya akan bangun menjelang subuh. Mudah diberi makan, malah seorang pemakan yang aktif. Menidurkan dia juga tidak lagi menjadi satu masalah berepisod. Seringkali ditemui tertidur secara sedniri ketika sedang bergolekan. Namun kebiasaannya, dia akan mudah tidur sebaik sahaja dibagi susu ibu. Tidak lagi perlu saya meluang waktu berjam-jam menjadi pacifier. Terima kasih, Kakak Baby. Muah muah. Mummy loves you, mucho.
  • Saya kini di Kuala Lumpur. Did I mention it earlier? Yes I did. Cintaku tertinggal di Australia dan aku merinduinya. Berjauhan dari suami sering menjadikan aku ini manusia separuh hati. Apa jua aku buat, macam perbuatan tidak sempurna. Patutlah aku makan yong tau fu tidak habis. Rupa-rupanya aku hanya ada separuh hati. Jadi, aku makan pon separuh jalan. KAHKAHKAH macam real. Scratch that. Pasal makan itu, sebenarnya ini kesan kehamilan semester akhir. Apabila bayi telah memakan kesemua ruang hingga ke ribcage. Lalu perut aku kena kalah dan beralah.
  • Aku mendapat penyakit TB. Oh Tuhanku. Benarkah? Benar. Tiny bladder. HAHAHAHA. Jadi aku macam memerlukan tandas pada setiap jarak 10 meter. Sungguh keterlaluan.
  • Aku tidak mengalami bengkak kaki, stretchmark, kurang upaya bergerak yang keterlaluan, sembab wajah mahupon apa-apa masalah berat badan atau gestational diabetes etc. Keadaanku semasa hamil Alhamdulillah sangat elok. Cuma seperti biasa, aku mengalami iron deficiency. Aku mudah pitam dan berasa pusing. Tatkala aku mengalami ini, aku bersyukur kerana aku sentiasa ada peluang untuk sehari suntuk berehat. Dan Medina akan menjadi manusia paling gembira melihat emaknya bergolek-golekan. Supaya dia dapat mengambil kesempatan mengempeng sepanjang hari.
  • Iya. Saya masih breastfeed Medina. Dan Medina kelihatannya seperti bayi yang akan sentiasa mahukan susu ibu sungguhpon apabila Adek Baby keluar ke dunia kelak. Dan aku tidak berasa khuatir. Aku sangat berbesar hati untuk meneruskan aktiviti breastfeeding ini. Belum terfikir untuk menghentikannya anytime soon.
  • Kerap disoal, adakah setiap tahun aku akan mengandung dan tidak risaukah? Menurut kehendak aku sebagai manusia yang punya kemahuan sendiri, jawapannya YA. Aku tidak kisah kalau tahun ini aku masuk labour room, dan tahun hadapan pon aku ke labour room lagi. Tapi menurut ketentuan Allah, yang itu aku tak tahu. Cumanya, kalau engkau harap jawapan dari aku. Begitulah. Aku tidak stress dalam perancangan anak. Dan kehamilan kali ini langsung tidak memberi tekanan sungguhpon ada yang bersangka, aku barangkali berasa sukar  mengandung sedangkan ada anak kecil. Tidaklah. Kami sangat gembira menanti anak kedua ini. Tiada apa-apa sebab untuk kami berasa tidak bersedia.
  • Pulang kali ini, cuma 13 hari. Dan saya hanya merancang untuk bertemu keluarga dan bergolek senang lenang di rumah. Dan makan.
  • Nora Elena adalah episod best. Eh tetiba.

Kerana aku telah tertulis perkara secara tetiba di atas, adalah menjadi petanda untuk aku jangan teruskan lagi menulis. Atau lebih banyak cerita tetiba yang keluar.

Selamat malam.

Saya Hamil Lagi.

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

Benarkah?

Benar.

SAYA HAMIL LAGI adalah sebuat statement. Jadi ini bukan teka-teki. Dan janganlah berteka-teki lagi bagi yang sedang berteka-teki. Saya kembali menjadi ibu hamil. Tahun lalu saya menjadi ibu hamil. Tahun ini pon menjadi ibu hamil. Apakah tiap-tiap tahun saya akan menjadi ibu hamil? Yang itu, wallahualam.

Saya telah hamil 27 minggu. Lagi baki 13 minggu untuk dikongsikan dengan semua. InsyaAllah.

Photo : 24 weeks gestation.

Seperti kehamilan pertama. Perutku molek saja. Badanku tetap kecil begitu jua. Yang lainnya kali ini, cuma satu. Tiada morning sickness atau mabuk pregnancy yang dahsyat. Sangat bertenaga. Malah berasa sehat Alhamdulillah. Sampai kadang-kala saya terlupa saya ini sedang hamil. Dan ramai tidak dapat meneka dengan mata kasar.

Puas hati.

Mulai hari ini, dapatlah berkongsi cerita kehamilan tanpa berselindung lagi. Lebih banyak cerita akan diceritakan pada hari-hari mendatang. Seronoknya berbadan dua!

Minta doa yang baik dari semua.

//

Medina akan menjadi KAKAK BABY insyaAllah.

Masa Kita Muda Dulu (Imbas Kembali)

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, Uncategorized

Muka kita semua mentah.
Ilmu kita; duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Belum ada yang ‘hustler’.
Belum ada yang ‘weak’.
Kita tidak bosan-bosan dengan seni bina.
Kita creative.
Lecturer kata ; kita tak semestinya akan menjadi arkitek.
Kita kata ; kita NAK JUGAK jadi arkitek.
Semangat kita terbakar-bakar.
Jiwa kita segar.
Minda kita lapang.
Kita berkawan dengan semua orang.
Studio adalah syurga.
Kita tak perlukan tilam, bantal untuk tidur.
Kita lagi suka tidur bawah meja, atas board.
Kita on aircond sampai menggigil.
Sebab kita semua suka nak pakai sweater …
atau jacket dalam studio.
Kita semua sangat sayang studio.
Pagi-pagi kita semua tidur.
Malam-malam, kita semua hyper.
Kita sanggup naik motor merempuh empun pagi demi sebuah kedai mamak.
Kita duduk lama-lama.
Kita borak-borak sakan. Macam tiada hari esok lagi.
Kita sayang lecturer kita.
Bila bosan, kita keluar mencari hiburan luarbiasa.
Putrajaya jadi saksi.
Kita bergolek atas padang …
Depan Palace of Justice.

Dulu masa belum berkereta,
Kita rela bermotor.
Aku membonceng Ainul.
Farah membonceng Nuar.
Adian membonceng Mek Ti.
Kami gembira sangat.

Semua tekanan, kita jadikan hiburan.
Semua keseronokan kita nikmati.
Kita tak jemu-jemu pon.
Kita boleh main bawah longkang.
Kita suka main ‘berlakon movie’.
Record secara bergilir-gilir, kita buat movie!
Lepas tu kita tonton dan ketawa terbahak-bahak.
Kita boleh main ‘hantu-hantu’.
Lepas tu kita takut nak balik hostel.
Kita lepak studio sampai pagi.

Masa belum berkereta,
Pagi-pagi dalam basah embun dara,
kita berjalan mendaki bukit.
Menuju ke hostel.
Jam 4 pagi.
Kita tak merungut.
Kita penat.
Tapi kita bergurau tengah jalan.
Sikit tak jemu.

Tapi, kehidupan studio macam semakin mati.
Sampailah pada akhirnya, ia seakan-akan tidak wujud lagi.
Dan kita semua sangat merinduinya.
:)

With lot of love,
viva forever!

//

Ceduk balik dari http://nurulism.com/2008/06/28/masa-kita-muda-dulu

28 June 2008

.

.

.

Aku tak sengaja terpergi ke post 3 tahun lalu. Atau mungkin tetikus aku sebenarnya yang pergi ke situ lalu aku sampai ke sebuah penulisan lampau (bukan melampau) yang pernah aku hasilkan. Rujuk atas. Aku telah salin semula penulisan tersebut. Dan bagaikan sakti, aku berasa nostalgik ewah ewah.

Aku masih ingat jelas suasana studio senibina yang semak itu tapi best. Best sebab semak. Selepas itu kakak cleaner yang comel (tapi garang nauzubillah) akan marah-marah setiap kali masuk menyapu studio kami. Dia kata kami student pengotor. Padahal dia tak tahu, kami pembersih secara batin KAHKAHKAH. Err, maksud pembersih secara batin? Iaitu suka membuat kotor studio tapi hati sangat baik macam tak boleh blah.

Studio kami tidak besar mana. Dan jumlah kami adalah yang terbanyak kalau dibandingkan dengan studio lain. Tapi bersatu teguh bercerai talak satu boleh rujuk balik. Jangan main-main dengan talak. Ingat Allah selalu.

Kenangan paling menseronokkan adalah ketika dalam tahun satu. Iaitu semasa kami dalam bentuk asas. Freshie orang kata. Pergi studio pon masih gantung kad matriks dekat leher. Sumpah macam dungu. Berbaju kurung dan berkasut Converse ungu. Bertambah kelihatan dungu. Lebih dungu lagi, pakai bag sandang Tropicana Life warna pink (dan berasa funky?) Prrrrffft. Bukan salah siapa-siapa. Masa itu aku baru nak merasai usia 20 tahun. Masih muda. Remaja. Belia. Belum beranak. Maka nampak ada manis juga kalau berpenampilan aneh-aneh. Cuba kalau sekarang aku pakai baju kurung kasut sukan dan gantung passport pada leher sambil dukung anak? Bukankah umum akan memandang serong akan aku?

Kejap. Aku kena beristighfar supaya penulisan aku tidak pergi menerawang ke topik yang bukan-bukan.

Kembali ke cerita studio tahun satu. Tahun tersebut sangat mengghairahkan apabila aku mempunyai sekumpulan kawan-kawan yang sumpah best. Nama takyah sebut sebab benda kalau bermakna, kita semat dalam hati. Benda yang disebut-sebut biasanya indah dibibir saja HAHAHA.

Paling aku tak terlupakan adalah kenangan pulang mendaki bukit menuju ke Kolej Pendeta Za’ba (yang tak berapa nak bagus tu) pada jam 3 atau 4 pagi secara beramai-ramai. Mendaki bukan sikit punya berkeringat. Dalam dingin embun pagi. Dengan kepenatan projek studio yang susah nak tergambarkan. Tapi kami tetap girang. Pulang sambil berkongsi cerita kelakar.

Bila di studio siang-siang, kami menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti sia-sia seperti berhibur sehabis-habisnya. Bila malam menjelang, barulah giat bekerja. Dasar! Antara yang aku masih ingat adalah aktiviti melakukan rakaman video yang mengejek aksi pensyarah. Sungguh nakal.

Aku harap aku masih simpan video tersebut, malangnya tiada pada aku. Siapa masih simpan, please bagi aku please. That one yang kita crit Hafiz dengan Alias as if mereka penjenayah design. Ingat tak ingat tak? Dan video kita berlakon konon-konon kita pendengar radio yang nak request lagu dari DJ. Aku masih ingat judul video itu ; MAKCIK ASYADU. Sumpah seram bila ingat tentang kisah ASYADU. Lalu aku teringat Adian punya perangai.

Dan banyak lagi kenangan yang melimpah ruah dalam fikiran.

Lantaran itu, aku rindu Farah.

Farah adalah antara rakan yang macam anugerah yang sangat best. Rakan yang sangat precious MUAH MUAH.

//

Hari pertama menjejak kaki ke studio. Encik Mazlan cakap ; Kamu mungkin tak akan jadi arkitek (dalam hati aku cakap; Eh aku datang sini sebab aku nak jadi arkitek!) Kamu mungkin jadi apa-apa yang kamu mahu selepas ini (Sungguh benar! Aku mahu jadi isteri, ibu dan surirumah) Arkitek tak kaya (Tapi dalam hati masa itu aku kata; aku nak kaya jugak!) Sebab architecture is all about life.

Aku tak pernah lupa ayat yang itu.

Setelah bertahun-tahun berlalu. Ternyata cakap pensyarah pada hari pertama adalah betul. Tengok. Aku tidak menjadi arkitek meskipun aku berkelulusan. Aku menjadi surirumah akhirnya kerana itu pilihan yang akhirnya aku mahu. Dan aplikasi architecture selama tiga tahun itu mengajar aku tentang banyak usaha.

Sungguhpon aku bukan seorang arkitek (atau mungkin rezeki aku satu hari nanti akan bergelar seorang arkitek juga, but I doubt it), aku tahu aku masih ada jiwa pada architecture. Kehidupan studio senibina adalah precious.

Namun untuk kesekian kalinya …

Hidup yang aku pilih dan lalui kini adalah haluan yang tidak syak lagi. Ini tepat. Ini kehidupan. Berkeluarga. Bersuami. Berumahtangga. Dan mempunyai anak. Memang inilah jiwa aku sepenuhnya. Aku bahagia dengan semua fasa hidup. Terima kasih, Ya Rabb.

Bahagia mempunyai kehidupan seperti yang aku ada kini. Dan bahagia mempunyai kenangan hidup yang pernah aku ada dulu. I know I miss my darling friends so much. Tapi aku ada suami dan anak yang akan dirindui dan disayangi setiap masa.

Hidup adalah adil. Tentulah engkau tak boleh dapat semuanya sekali. Asal saja kau tak melepas apa yang kau kejar, dan keciciran apa yang kau kendong. Betul?

Jadi, berpuas hatilah dengan hidup.


Demi sesuap burger.

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, Uncategorized

MasyaAllah!

Pagi ini saya teringin breakfast burger. Gara-gara tak dapat Ramly Burger, burger Steggle pon jadilah T___T Lantas turun kitchen dan dengan kerajinan yang aneh, panaskan pan. Padahal selama ini semua masuk oven.

Goreng dengan keringat sendiri. Makan sambil mengadap TV. Sejam berlalu. Aik? Apsal mata pedih ni? Tonyoh-tonyoh mata. Aik? Apsal berasa sesak ni? Lihat sekeliling rumah dan menyedari rumah berasap-asap.

Heesh.

Jiran yang mana yang buat pembakaran terbuka ni? Nak report polis nak report polis. HAHA Kecoh. Lalu mengintai-intai ke luar nak tinjau dari rumah siapakah asap ini datangnya. Tidak lama itu, tersedar bahawa pintu dan tingkap rumah semua tertutup. Sah! Sah sah datang dari rumah sendiri. Tak ada kaitan dengan pembakaran terbuka jiran tetangga. Biasa tu dia. Nak salahkan orang aje tahu.

Masuk kitchen. Menggelupur! Saya terlupa tutup gas stove. Minyak bekas saya menggoreng bukan main menggelegak panas. Terpercik-percik. Asap berkepul dan mengeluarkan bau asap. Kalau asap mengeluarkan bau sabun mandi Palmolive tak apa juga. Gemuruh jantung dibuatnya. Laju-laju memadamkan gas. Tolak pan ke tepi dan mengibas-ngibas asap. Sliding door semua dibuka.

Medina buat apa? Dia buat tak peduli. Dia tengok cartoon tanpa mempedulikan kejadian asap. HAHAHAHA Dasar bayi!


Kus semangat.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
Saya takut kalau asap tu trigger smoke alarm. Habis haru biru kawasan kediaman ini kelak dibuatnya. Dahlah suami tiada di rumah. Ha, menjawaplah kau nanti kalau ada orang panggil bomba. Sekali dibuatnya bomba sampai, la budak ni masak burger rupanya. Buang masa bomba. Dan merugikan government. Aik? Apsal tetiba government rugi pula? Burger saya punya pasal, government yang rugi. Engkau merepeklah. Keluar sekarang!

Terima kasih Ya Allah kerana tidak mentakdirkan kejadian berbunyi loceng kebakaran. Pheww. Sweat.

.

.

Tauladan buat semua dari cerita ini ;
Kalau makan burger Ramly, ingat saya.

Ramly Burger, bak lima posen. Duit iklan.