Archive for the 'My Baby You' Category

Thankie!

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

Thanks very much, all :)

Official Announcement tentang my autumn baby yang saya simpan 6 bulan dah selesai dah. Lega I HAHA. Lama tahu saya simpan anda fikir ini mudah? Hari ini, saya akan berkongsikan pula satu lagi perkara yang mungkin ramai anda tidak tahu, malah tidak pernah terfikirkan. Atau mungkin pernah tahu atau pernah menduga. I don’t know.

.

Ini bukanlah pregnancy pertama saya.

.

Saya bukakan 2 protected entries yang pernah saya publish secara private beberapa bulan lalu untuk bacaan anda.

  1. 1/3 done, honey!

  2. Adorable, honey!

I Am 6 Months Pregnant

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

‘It’s a winter baby?,’
the sale assistant in Bubs asked me.

‘Yes, it is,’
I replied shortly.

.

Hurm. Not exactly a winter baby.
Actually, I am carrying an AUTUMN BABY :)

Yesterday was the 25th week of pregnancy.

I am 6 months pregnant

.

Another 15 weeks.

Adorable, Honey!

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

I am 18 WEEKS today oh honey!

Hampir 5 bulan saya kendong this little autumn in my womb. Dia berada di mana saya berada, tak pernah tinggal. Adorable, no? Saya mandi pon bawa dia. Saya tidur pon bawa dia (dan dia selalu menggeletek perut saya masa saya nak tidur. Very cheeky) Sampai fikiran saya dah stuck banyak sangat pada si kecik dalam perut ini.

My stomach had started showing. Dan saya proud. Tak pernah tahu, akan bangga bila perut buncit HAHA. Tak tak. Ini kes terkecuali. Saya sedar perut saya mula membesar masa saya 3 months pregnant lagi.

Well.

Below, are the photos of my tummy when the little autumn was around 4 months. Have a look :P

DSC04986

Baby, Mummy suka baju ni. Mummy wanted to buy one. Unfortunately, the dress is not designed for pregnant ladies. But Mummy redha and I told myself ; Tak apalah. See. I looked teruk kalau pakai baju macam ni semasa pregnant. HAHA. Let alone the baju.DSC05096

Me ; around 4 months of pregnancy.

Pregnancy tidak mudah. Lebih-lebih lagi on the first trimester. Saya mabuk teruk sangat. Tak lalu makan. Jangan kata makan, bau makanan pon dah buat saya rasa teruk. Antara perangai saya semasa mengandung ;

  • Saya benci bau nasik.
  • Saya tak suka makan ayam. Geli.
  • Saya hanya boleh makan fruits and vegies.
  • Air masak sangat menggelikan. End up, saya kena minum jus every morning.
  • Saya jadi pemalas.
  • Saya tak suka bergaya. Saya rasa ‘cemuh’.
  • Bau perfume adalah sangat menyampahkan.
  • Saya emo macam Elmo. Patutlah setiap pagi tengok Elmo and Dorothy HAHA. Kuat sensitif dengan suami sendiri. Atau dalam kata lain, gedik berlebihan. Nasib baik suami saya ni romantis dan dilahirkan untuk menangani masalah isteri gedik. KAH KAH KAH.
  • Tapi saya cepat bertenang sejak pregnant ini. Sebab hati saya banyak happy. Maka bila terganggu pon, rasa kurang rasa terjejas. (Macam bila diganggu makhluk asing misalnya. Do I look like I care sangat? Flat gila rasa sebab kebahagiaan mengandung ini membuatkan saya rasa gangguan asing macam BOLEH JALAN saja) Tapi jangan suami tersilap gurau. Boleh emotional super. Sekali lagi, nasib baik suami dilahirkan untuk menangani bla bla bla. Fine, we get it.
  • Saya kuat tidur. Pantang baring, terus pergi DREAMLAND.
  • Hati saya senang sentiasa.

Itu kalau disenaraikan dari segi PERANGAI. Sekarang kita buat senarai kesulitan yang saya hadapi. Yang mungkin menjadikan gadis jomblo dan rakan sebaya yang masih gadis berasa fobia kalau benarlah bagai dikata. HAHA.

  • Morning sickness. Ya Allah. Ini masalah supersaiya bagi saya sepanjang pregnancy ini. Morning sickness ini bukan saja membuatkan saya pening kepala mual-mual dan muntah-muntah (macam engkau tengok dalam drama), malah engkau akan tak boleh makan. Perut memang lapar. Tapi tak boleh makan. Pantang makan, muntah. Sampai akhirnya engkau akan jadi malas makan. Akibatnya, tak ada isi dalam perut. Tapi loya-loya tekak akan membuatkan kau berasa WAJIB MUNTAH. Akhirnya engkau akan muntahkan air-air yang bersisa dalam perut. In my case, sampai dah tak ada apa dalam perut ni. Saya muntah kuning sahaja. Pahit nauzubillah. Lagi dahsyat, muntah keluar air liur pon sering terjadi. Punyalah perut dah tak ada isi apa.
  • Masa saya pregnant kali pertama dulu, saya mengalami tekanan darah rendah. Sampai saya asyik pitam saja. Kali ni, alhamdulillah. Blood pressure baik saja. Tapi saya mengalami kesusutan berat badan yang mendadak. Sampai saya disarankan berjumpa dietitian (pastu ada orang attack aku dia cakap aku DIET tapi tak mengaku. Tanggunglah manusia atas percakapannya sendiri sedangkan dia tak tahu apa-apa)
  • I am trying hard to eat. Even sampai hari ini pon, masih bekerja keras untuk makan. Saya perlu gain berat badan. Last time jumpa obstetrician (about 3 weeks ago), berat saya cuma tinggal 45kg. Oh Tuhanku. Ini sangat membimbangkan. Sampai husband saya stress.
  • Obstetrician cakap, semua morning sickness, nausea dan sebagainya ini akan diatasi bila saya masuk ke second trimester. Saya sangat berharap saya menjadi energetic. Malangnya, tidak begitu. Saya masih mengalami nausea yang teruk. Tapi bukan setiap hari. Kadang-kadang saja. Saya harap, ini akan berkurangan terus from time to time. Saya perlu makan. I want to feel energetic. Saya nak buat housework. Saya nak shopping barang baby. Saya nak jadi excited mummy yang mengait pakaian musim sejuk buat bayi sulungnya. Okay yang ini macam gebang lebih. HAHAHAHA.
  • Susah tidur. Makin besar perut, makin tak tahu nak letak dekat mana. Tidur telentang pastilah bukan posisi yang menyenangkan. Saya kena mengiring sepanjang malam. Phew. Bangun pagi, sakit semua anggota.
  • Backpain. Sumpah dahsyat. Sometimes I nangis.
  • Dah mula geli nak gosok gigi pagi-pagi. Dulu saya ada dengar emak cakap pasal ini. Tapi saya tak mengalaminya. Beberapa hari kebelakangan ni, saya dah mula rasa dah. Phew. Setiap pagi bila mandi, mesti muntah sikit-sikit. Maybe saya better guna balik maternity toothpaste. Dulu awal pregnancy saya gunakan maternity toothpaste. Tapi bila dah masuk second trimester ni, saya belasah Colgate. Sebab saya suka rasa mint. But no no no. Maternity toothpaste lebih light. Walaupon husband saya cakap, it is not REALLY recommended pon. Just that, dia mempunyai lebih calsium. Dan tanpa fluoride yang boleh pass through the placenta.

All these help me a lot.

DSC05162

Blackmores Pregnancy and Megafol Folic Acid.

Saya telan folic acid sejak seminggu selepas kahwin. Wah begitu awal! HAHA. Suami suruh. Sebab folic acid harus diambil sebelum conceive dan sesudahnya juga. Wajib diambil oleh semua wanita hamil. Baiklah semua orang tahu. Very basic. Sebelum conceive, saya ambil yang Megafol tu. And then bila dah masuk second trimester ni, husband saya tukarkan dengan Blackmores for Pregnancy and Breast-Feeding. GOLD. Sebabnya saya kan tak lalu makan dan lost weight dahsyat gila. So I need vitamin yang banyak. This one ha, mengandungi kesemua yang diperlukan oleh wanita mengandung. So I takyah makan macam-macam pil. Tapi kau haruslah tengok saiz pil dia. Ow man, supersize! HAHA.

DSC05163

Susu. Well. Macam typical lah. Bila pregnant minum susu. Tapi ini tidak diamalkan sangat dalam budaya kami. HAHA apa kau cakap ni? Tak tak. maksud saya, saya tidak minum susu secara patuh. Saya minum macam dua hari sekali. Sebab husband saya cakap, I dah ambik enough vitamin dan khasiat yang diperlukan. Susu ni saya minum untuk energy tambahan saja. Lagipon semua ibu mengandung minum susu, I pon nak juga. But the fact is, I hate susu. Nasib baik Ensure ini lazat.

Saya tak minum selalu sebab dia mengandungi Vitamin A. Di mana during pregnancy, tidak boleh mengambil vitamin A berlebihan. Not good for the baby.

Kalau dekat Malaysia, banyak betul product susu for pregnancy. Dekat sini, boleh dikatakan jenuh nak jumpa. Kami cari tak jumpa-jumpa di seluruh farmasi dan supermarket. Husband saya cakap, budaya minum susu kehamilan itu hampir tidak berlaku di sini. Obstetrician pon tidak pernah menyebut tentang minum susu. Yang dia sebut, ambil folic acid, vitamin dan ambillah ginger untuk mengatasi nausea.

DSC05164

I loveeeee ginger!

Biasanya kalau berjalan ke mana-mana, saya mesti bawa crystalize ginger. Sangat berkesan mengatasi nausea. Dan yang ini pulak jenis tablet. Membantu juga mengatasi motion sickness. Rhinocort Aqueous saya ambil sebab dulu selalu susah nak bernafas.

Wait.

Adakah ini blog perubatan? Atau adakah ini blog sakit puan? HAHA. Err. Bila sudah pregnant, kenalah mengambil tahu soal perubatan semacam ini.

Ini semua gambar Baby Autumn semasa beliau berusia 4 bulan lebih.

DSC05168 DSC05169 DSC05170

Saya scan di QEII. Masa tu husband masih bekerja dengan QEII. And they took almost an hour for this session. Lenguh I kena baring, kena pusing, kena terlentang. Sebabnya, the baby buat summersault! HAHA. It is normal for babies buat summersault at this stage. Nanti lama-lama bila dia makin besar, makin kurang space dalam uterus tu, maka tidak dapatlah lagi dia membuat summersault. DSC05174 DSC05175 DSC05177 DSC05178

Yummy-mommy!

Yummy-tummy!

At 4 months’
DSC05179

Masalah biasa bila pregnant ; STRETCHMARK. Sungguh seram. Sebab for some women kan, dia punya stretch mark tu sangat mendahsyatkan. Saya guna Bio-Oil. Atas supervision husband jugak. See. Semua pon dia pilih, I takda membuat pilihan. HAHA. And the most precious time adalah pada waktu malam sebelum tidur. Bila the husband tolong sapukan oil pada perut saya. I take it as a symbolic of him, touching the baby :)DSC05180

Dalam banyak-banyak pregnancy kit yang saya ada, pillow ini adalah yang paling precious bagi saya. (for us indeed). Ini sebenarnya sebuah speaker. Ada zip at one side. Boleh masukkan mp3 player ke dalam dia. My husband download the whole Quran. Dan kami pasangkan sepanjang malam. Letak pada my tummy. Kami start lakukan ini sejak the first time kami tahu ada a little caliph in my womb. Even waktu tersebut dia hanyalah sekecil peanut and I used to call it peanut masa itu. HAHA.

Tapi yang membuatkan this pillow speaker menjadi sangat-sangat bermakna, adalah kerana hal lain. Pillow ini kami beli untuk our first  little peanut yang tidak berjaya menyudahkan perjuangannya untuk develop inside me. Saya sempat gunakan sekali saja untuk pergnancy saya yang pertama. Sehari lepas saya beli pillow ni, saya disahkan miscarried. Punyalah sebak. Husband saya terus simpan pillow ni tinggi-tinggi atas wardrobe.

Itu saja untuk kali ini :)

1/3 Done, Honey.

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

3 September lalu, saya dan suami mendapat hadiah percintaan kami sekali lagi. Buat kali kedua. Setelah hadiah percintaan kami yang pertama gagal. Tak payah rasanya bercerita tentang miscarriage saya yang lalu pada entry ini. Sebab saya sangat excited and l am looking forward pada pregnancy saya yang kedua ini. Harapan saya dan suami tak ada lain, untuk melihat pregnancy ini berjaya :) Insyaallah. Dengan izin Allah. DSC04944

Ya Allah seronoknya malam itu. Bila HCG Test saya positive. And it was expected. Sebab dah dua kali agaknya. Saya dah ada sikit experience tentang early symptom of pregnancy. Beberapa minggu sebelum buat test ni, saya demam. Saya sakit kepala. Saya kuat tidur, kuat makan, kuat emo dan paling tak boleh tahan tu, depress sewenang-wenangnya. Sigh.

Tapi alhamdulillah. Very happy bila dapat tengok ujian urine saya positive hamil. Kami tak tunggu lama sebenarnya untuk cuba again. One month after the miscarriage, we tried again dan berjaya hooooooray! HAHA. Doctor kata everything pon sudah okay. I can try for another pregnancy if I want. Of course, honey. We can’t wait to have kid(s). Plural. Eceh :P

This pregnancy, in term of mabuk-mabuk taklah banyak beza dengan yang dulu. Jadinya saya dah tahu dah yang saya memang jenis MABUK KUAT bila pregnant. Tapi disebabkan kali ini pregnancy saya sudah mencapai tempoh tiga bulan, morning sickness dia memang lain macam. Kalau dulu tu, saya morning sickness tak lama sangat. Sebab baby tak develop since my 7 weeks. Tapi saya cuma alami the complete miscarriage bila saya 11 weeks. Pengalaman sedih yang tak bersedia nak ingat rasanya at the moment. Sangat menyakitkan tubuh, minda dan emosi.Tapi anak itu rezeki Allah. Tak ada lain, redha.

Kali pertama saya jumpa doctor ialah masa saya balik Malaysia last September. Itupon sebab saya demam teruk langsung tak boleh bangun. Muntah muntah muntah. Tak lalu makan dan bloating. Jumpa doctor, doctor ketawa saja. He said ha ; Itu normal! Tak ada yang pelik. At least you know that your baby bagi respon kat you. That’s a very good sign. Heh –_-“ Masa itu saya 6 weeks.

During my 5th and the 6th weeks tu (during aidilfitri) saya mengalami vaginal discharge. Tak heavy tapi cukup mencemaskan. Trauma saya. Sebabnya masa saya miscarry dulu tu, early sign dia ialah bleeding. Tak heavy juga pada mulanya. Masa tu saya dah mula fikir negative. Tapi saya macam banyak redha this time. Saya serah bulat-bulat pada Allah just the way I should do at my best.

Memang helpless. Kita tak ada kuasa nak buat apa pon. Rezeki ni hak Allah. Kami memang redha waktu tu.

Tapi saya jumpa jugak doctor. Berbeza dengan kebanyakkan kes yang biasa saya baca. Bila berlakunya vaginal bleeding/discharge/spotting ada doctor yang bagi suntikan hormon. Atau bagi medication care untuk ibu. Untuk kuatkan uteruslah. Untuk kuatkan janinlah. Berbezaaaaa sangat sangat dengan semua doctor yang saya pernah jumpa. Tak kira di Malaysia atau dekat Aussie. Tak ada doctor yang nasihatkan saya untuk rawatan ke apa. Semua doctor yang saya jumpa cakap benda yang sama ;

Nothing is wrong with me. Miscarriage perkara biasa pada early pregnancy. Dia bukan petanda petanda tak baik lagi-lagi bagi ibu yang baru hamil like me. Dan miscarriage sebenarnya bukan benda yang salah. Dia berlaku secara natural. Sometimes dia jadi pada kandungan yang tidak sehat. Yang lebih baik gugur sebelum dia dilahirkan. Dan sometimes ianya chromosome abnormality sahaja.

Jadi doctor banyak nasihatkan saya, kalau kandungan tidak menjadi pada awalnya, biarkan saja. Only after the first trimester (bila kandungan dah besar) barulah doctor akan ambil tindakan bila berlaku kes-kes pelik macam vaginal bleeding ke apa. So saya rasa terpujuk.

Dan kali ini pon bila saya tengok ada light brownish discharge keluar selang beberapa hari selama dua minggu, saya betul-betul redha. Ada hikmahnya setiap yang menajdi dan tidak menjadi itu.

Bila balik Brisbane, saya rasa keadaan saya makin teruk. Badan weak sangat. Saya tak lalu makan. I lost weight dari hari ke hari. I was 57kg or 56kg before. Saya turun berat sehinggalah 50kg. Ya Tuhanku. Cukup mencemaskan. Saya pitam. Saya terbaring langsung tak bangun sampai saya rasa macam tubuh tak bernyawa. Sumpah dahsyat. Sukar untuk diceritakan.

Tapi dalam pada tak sehat tak sehat tu, saya enjoy betul perasaan yang saya alami. Saya rasa mungkin itu petanda baik. Petanda yang HCG Level saya makin meningkat. Sebab itulah saya terus mengalami morning sickness dan nausea yang makin teruk.

Jumaat lepas. 23 October 2009.

Appoinment pertama saya dengan O&G. I had my very first ultrasound evah! Finally. Dah lama sangat rasanya saya tunggu. Sebab saya nak tahu sangat keadaan baby saya. Sehat ke tak. Ada ke tak. All those things lah. Tapi suami saya, samalah macam doktor-doktor lain yang saya pernah jumpa. Tak bagi buat ultrasound awal-awal. Pertama, bukan saja tak banyak info boleh dapat. Tapi terlalu banyak ultrasound during pregnancy is not good for your baby (doctor kata) One of the doctor (KL) pernah nasihatkan saya kalau boleh jangan buat lebih 3 kali.  Saya ada jumpa GP masa saya 9 weeks pregnant. Dr. Conrad. Dia pon tak suggest saya buat ultrasound masa saya 9 weeks. Nak dengar heartbeat pon dia tak recommend. Hoh saya sungguh kecewa. Tapi macam biasa. Redha. For you baby. For you.

Dr.Conrad refer saya ke Australis Specialist Centre dekat Sunnybank Hill. Kami buat appoinment dengan O&G Specialist, DrJenny Ho hari Jumaat lepas. Alhamdulillah. Semua dia check. Sebab saya dah 11 weeks. Waktu yang sesuai untuk buat first ultrasound.

Ya Allah excitednya aku. Macam tak pernah rasa lebih excited dari ini. Saya kongsikan dengan anda (dear friends) gambar pertama baby kami! HAHAHA.

baby us 11 weeks

See see. Very small. But bigger than peanut so now I dah tak panggil my baby Peanut dah :P Waktu ultrasound ni, baby was 11 weeks and 3 days. Mudanya anak aku. HAHA. Dan panjang dia is 46.6mm (just about the size of a fig!) Kecil saja. Tapi dah banyak anggota dan sifat yang dia dah ada. Ya Allah. Perasaan apakah ini very sentimental sob sob sob.

Mummy and Daddy dah boleh nampak :

Kepala baby (be my little precious with brain okey baby)
Tangan
Kaki
Heartbeat (beating very good)
Bentuk yang hampir lengkap

Baby sangat hyper masa doctor nak snap picture dia. Terpusing-pusing. Baby shuffle woooo. HAHA. Saya dah tak tahu nak kata apa. Dalam hati memang tak henti-henti bersyukur pada Allah SWT. Husband saya pon dah senyum saja. Sempat pulak cuit-cuit kaki saya. I know dear I know. You pon excited kan? Tengok baby nampak active dan sehat. Cukup melegakan.

Ingat lagi pengalaman pertama buat ultrasound masa preganancy yang lepas. Bila doctor scan, tak nampak apa. Kosong saja uterus saya sebab baby tak develop. yang ada cumalah dia punya sac yang tak menjadi. Saya punyalah menangis masa sesi ultrasound tu.

Alhamdulillah. Harap baby sehat. Dan semoga kami dapat peluang membesarkan baby yang ini.

Banyaknya nak cerita about pregnancy. Fun betul pengalaman nak menjadi ibu. Walaupon tak sehat dan sengsara sangat pada kebanyakkan masa, tapi perasaan bila teringat ada yang hidup in my womb, yang bakal lahir sebagai khalifah, yang bakal bernafas satu hari nanti …. ianya priceless.

:)

Hari ini. Saya sudah 12 weeks! Yeay. Dah selesai dah my first trimester. Dah masuk SECOND TRIMESTER. Dan morning sickness pon dah berkurang. Alhamdulillah.

Sudah 1/3 perjalanan kita, baby.

Baby dah 3 bulan today.And guess what, I am only 47kg left T________T Tapi tak apa. Mummy is going to gain more and more kilos after this. Hati-hati saja lah =D