3 March 2010 / Rabu. Check up at Arrivals.
Week 30.
This is Arrivals.
See see.
Hijau.
See see. Si Baju Hijau.
Membawa minuman sejuk yang nyaman buat isteri.
Yang sebelah itu ada baby girl comel, nampak?
Bukan EMAK dia eyh.
Adorable she is.
I can’t help myself to like her (very much)
Appoinment jam 3.15 pm. I rushed all the way from Mt.Gravatt East to Brisbane. Jemput husband and then pergi mencarik tapak mendaratkan kenderaan eceh. Macam pakai pesawat only. No way no way. I tak sanggup bayar parking dekat Brisbane, tahu! Setengah jam, $20 adalah over. Luckily, suami saya staff. Free parking? TIDAK SAMA SEKALI. $5 per entry. Patut bersyukur.
Luckily (again), Arrivals terletak betul-betul seberang jalan dari tempat kerja suami saya. Jadi, tiada sebab untuk bermuram durja sebab kena pergi appoinment seorang diri ke apa. Mensedihkan sekali IF I have to see the obstetrician alone macam ibu yang berdiri atas kaki sendiri mengendong perut dan menangis dalam hati. Atau apa sahajalah. Yang penting, anything about baby and pregnancy are the matters of TWO okay. Macam kalau nak beli baby mitten pon, kena bincang sama-sama HAHA. Oh engkau gelak ye? Sebenarnya ini serius walaupon macam tak.
Sekali lagi bertemu Dr.Vincent Loh.
Hello, doctor.
Alhamdulillah. Baby sehat. Tiada apa yang membimbangkan setakat ini. Heartbeat berdetak dengan baik. My little peanut (dulu) sudah besar dan tak boleh dipanggil peanut lagi.
Blood pressure saya, bagus. Semua pon baik sahaja. Setelah selamat membuat Glucose Challenge Test, saya dikerah membuat Glucose Tolerance Test pula beberapa minggu lalu. Semata-mata sebab urine saya secara tiba-tiba berciri glucose positive. Husband cuba argue tentang itu dengan doctor. Heh, urine saja. Di mana ia adalah boleh dipertikaikan. Tapi malangnya, saya kena buat juga Glucose Tolerance Test. Dan akhirnya, keputusan adalah macam flying colors. Eceh. I am good wo. Tak ada masalah glucose. Setakat ini, masih jauh dari diabetes. Malah tidak terlibat juga dengan gestational diabetes. Alhamdulillah.
Kondisi ibu mengandung ini, errr …. baik. Let alone pasal tabiat makan. Yang itu memang teruk. Saya bukan jenis wanita hamil yang craving for food. Aneh, memang aneh. Tapi tak apalah. Tak happy kalau ingat pasal itu. Kondisi lain, baik-baik sahaja.
Tiada stretchmark. Syukur.
Kaki bengkak? Tiada. Syukur.
Masalah kulit? Tiada. Syukur.
Masalah berat badan memang takyah mimpi.
Engkau hilang berat, tahu? Tahu?
Wajah sembab, hidung sembab dan sebagainya juga tiada.
Syukur banyak-banyak.
Harap mampu bertahan lagi 9 minggu tanpa masalah-masalah ini semua. Supaya selepas bersalin, tidak perlu bekerja keras untuk program membentuk semula diri yang ideal. Cuma, saya perlu menambah berat.
11 February (minggu ke 28) = 51kg.
3 March (minggu ke 30) = 50kg.
Kalau orang tanya pregnancy weight, saya tak tahu macam mana kena explain. Atau sebenarnya takyah explain. Tapi cerita dia macam ini ;
Sebelum hamil, berat saya kebiasaanya adalah berat. HAHA. Iaitu 55-57kg (standard) Atau boleh up to 58kg. Menjelang kehamilan awal, jisim mendadak turun ke 45kg. Kemudiannya naik ke 47kg. Dan turun sebanyak 1 kilo. Naik kembali 2 atau 3 kilo. Sehingga kini, saya mencapai 50kg. Err. Mungkin boleh disimpulkan, bahawa pregnancy weight saya adalah 5kg. MUNGKIN. Atau secara tepatnya, ia merupakan satu measurement tungggang terbalik yang sukar dicatatkan. Ah, sudahlah tu.
Namun.
Ramai menyatakan, eloklah bayi saya tidak begitu besar. Bersesuaian dengan fizikal saya sendiri. Supaya dapat memberi kelahiran normal.Mudah-mudahan. Saya betul-betul inginkan kelahiran normal.Tapi itulah. Pada penghujungnya kelak, kita tak dapat membuat pilihan. Sebab apa yang kita lebih berkehendakkan adalah keselamatan bayi.
Tekunlah berdoa.
Selesai antenatal visit. Husband went back to work. Saya tunggu di lobi hospital dengan begitu lama namun begitu sabar. Tunggu punya tunggu. Dan akhirnya, hari tersebut berakhir dengan dinner kami di Robyn’s. Sebuah kedai Lebanese yang menjual roasted chicken yang sungguh sedap. Dan setiap kali menikmati roasted chicken di situ, mesti mulut saya nak mengutuk Nando’s. HAHA. The fact is, I don’t really like Nando’s. Cuma, itulah. Kadang-kadang kita tak dapat memilih sangat.
FIN.
Eh belum tamat lagi. Kejap kejap. Alang-alang menyeluk blog, biar sampai berjela-jela. HAHA. Kebelakangan ini saya kurang larat untuk mentulis blog. Bila sekali sudah mentulis semacam ini, biarlah saya tulis berjela-jela okek. Sampai rasa macam nak termati-mati dibuatnya, punya panjang. Harap terhibur. BUAHAHA.
.
.
4 March 2010/Khamis.
Antenatal Survey.
From Mater Private Hospital.
Saya terlupa langsung. Hospital ada hantar surat mengingatkan saya yang mereka akan call saya on the phone untuk antenatal survey. Huh. Ada survey pulak dia. Tapi saya terlupa. Nasib baik tidak ke mana-mana. Ketika sedang bergolek-golek, telefon berbunyi ring ring ring … Eh eh macam sebuah lagu dalam pelajaran Muzik Darjah Satu.
Hurm. Banyak betul soalan dia. Termasuklah ;
Adakah kehamilan kamu ini dirancang?
Kamu dan pasangan sangat bergembira atas kehamilan ini?
Adakah kamu pernah didera?
Adakah kamu mempunyai keluarga yang bagus?
Mempunyai sejarah kehamilan berganda (multiple) dalam keluarga kamu atau pasangan?
Mamilih untuk menyusukan bayi kamu kelak?
Memilih untuk memberi kelahiran secara semulajadi atau pembedahan?
Katakan YA jika kamu mempunyai penyakit-penyakit yang saya sebutkan ini.
Kamu bekerja?
Suami bekerja sebagai apa? Di mana? Mater Hospital? Owhhhhhhh (terus perempuan di talian itu excited tak semena-mena. Sebab satu tempat kerjalah tu kononnya)
Kamu wanita Asia?
Kamu tahu, bahawa pihak hospital akan datang membuat kunjungan ke rumah kamu untuk memastikan keadaan kamu selepas melahirkan kelak?
Dan sebagainya. Terlalu banyak soalan. Tapi taklah dia bertanya macam sebuah mesin bercakap ke apa. Kami bersembang sebenarnya dengan begitu gembira.
Oh. Begini rupanya. Hospital akan menghubungi kamu dengan begitu caring. Dan soalan-soalan yang sungguh banyak.
.
Hari itu dah terlepas Antenatal Class dengan Arrivals. Frust. Kemudiannya, ternampak cahaya di hujung terowong apabila Mater Hospital hantar surat. Dia cakap, boleh mendaftar untuk antenal class dengannya. Saya call hospital. Malangnya. Frust lagi sekali. Sudah full juga. Hospital bagi saya 3 phone number untuk dicuba. Belum cuba lagi. Akan cuba hubungi esok. Kalau tak dapat juga, terpaksa google sendiri mana-mana yang ada sekitar Brisbane. Kalau masih tidak dapat, anggap saja tak ada rezeki.
Husband saya sungguh semangat nampaknya hendak menyertai antenatal class. Which is, good lah kan. Lagipon, kami tak akan pergi antenatal class untuk setiap pregnancy. Sebab itulah, sangat excited nak pergi untuk pengalaman kali pertama ini. Moga-moga berpeluang.
Dush.
Perut saya sedang senget-benget dikerjakan oleh bayi di dalam. Perlu berehat sekarang.
11 February 10, Khamis. First appoinment saya dengan Arrivals. Jumpa obstetrician baru. Semangat bukan main. Bukan semangat sebab obstetrician baru, tapi sebab saya macam menjangkakan, appoinment kali ini ada chance nak tengok baby. HAHA. Semua ibu pon macam itu bukan? Bila check-up mesti paling excited part scanning kan? Kan? Kan? Bukan? Ikan? Sandakan? Hoh begitu membuang masa penulisan sebegini.
Appoinment jam 10.30 pagi.
Brisbane City macam biasalah. Memang menyampahkan. Seperti bandar-bandar lain termasuk KL, jalan sesak (nafas) memang pastilah. Yang itu satu hal. Hal lainnya, parking dekat Brisbane sangat %#@@$^&*macam mencarutlah konon* Half to one hour $20 is a normal rate. Sungguh mensakitkan hati. Parking murah takyah haraplah confirm penuh. Dan sistem 1P 2P 4P yang diamalkan sometimes lebih mensakitkan hati. Dah excited melompat katak bila terjumpa parking kosong, tetiba ada sign 10Min. Gaaaaaaaaaaaaaa. 10 MINUTES? Turun kereta dan menghadap cermin kereta sebelah sebab nak betulkan tudung pon dah hampir 10 minutes. Ey ey ey Chika! Macam elmo saja engkau ini. Bukankah tadi begitu manis bercakap tentang bayi dan kehamilan?
Kami pon masuk ke dalam Obstetric Centre tersebut secara berpasangan. Berpimpin tangan dan terus ke receptionist. Hurm. Nice place. Warna hijau is everywhere. Isi form etc, dan tak lama itu kami pon bertentang mata dengan obstetrician yang akan mensambut kelahiran bayi kami kelak insyaAllah. Mungkin juga bukan obstetrician ini. Mungkin yang lain. Tapi yang agak pasti, kami akan berjumpa Dr. Vincent sepanjang saki-baki minggu kehamilan ini. Saya menghampiri 28 minggu. Kalau ikutkan Antenal Schedule yang ditetapkan oleh Arrivals, ada lebih kurang 7 hingga 8 kali lagi saya perlu membuat antenatal visits. Insyaallah kalau saya melahirkan bayi secara full term iaitu 40 minggu. Mudah-mudahan, full term. Amin. Sebab berdasarkan pendapat suami saya (yang bukan obstetrician, oh thanks Ya Allah. HAHA) kandungan full term adalah sebaik-baiknya supaya brain dia develop sepenuhnya sebelum lahir. Tapi itulah. Kita cakap pakai air liur saja. Sedang semuanya Allah dah tentukan :)
HE IS THE OBSTETRICIAN, MEN!
Okay. Akhirnya, the obstetrician is a MALE doctor. Walaupon saya berusaha juga untuk dapatkan doctor wanita cantik muda bergaya dan comel okay taklah itu tak penting langsung. HAHA. Walaupon saya berusaha juga mendapatkan doctor wanita, tapi nampaknya tiada kekosongan. Biasalah tu. Mesti semua berebut nak obstetrician wanita. Senang nak mengadu perkara-perkara pelik dan aneh. Barangkali.
First impression ; Cool la dia ni. Ada style. Rambut spikey sikit. Okay boleh blah. Boleh harap untuk sambut my baby. HAHA. Naaaaah. Itu bisikan notty-notty saya saja. Sebenarnya, memang benar. Benar? Apa kau cakap ni? Tak. Sebenarnya, memang Dr Vincent kelihatan seperti seorang yang tenang. Macam inilah yang kita mahu. Yang bagi kita rasa confident untuk mengambil perkhidmatan perbidanannya (Bidan ye, bidan. HAHAHA) Saya tak tahu adakah ini berdasarkan faktor dia lelaki ke apa. Tapi cara dia buat scanning memang dahsyat. Tak ada terkedek-kedek. Cara dia bubuh gel dekat my tummy pon, sangat LELAKI PUNYA KERJA. Biasanya, doctor perempuan mesti nak bubuh molek-molek. Pastu sapu molek-molek. Yang ini, ha ambik kau! Dia keluarkan secukup rasa ke atas tummy saya, dan terus menggerakkan ultrasound probe tu atas perut saya secara ; TENGOK INI, AKU SANGAT TERROR SCAN BABY, BUKAN?
HAHAHAHA,
Kejap saja dia dah catch semua data yang dia nak. Err. Complicated kalau nak kena cerita detail dekat anda. Sebab percayalah, kalau anda berada di dalam kasut saya (kata bidalan), anda akan faham apakah yang saya maksudkan sebagai TERROR.
Husband saya pon impressed.
‘Ni memang terror buat ultrasound ni,’ the husband said. This doctor boleh buat ultrasound yang detail dalam klinik dia sendiri. Yeay!
Dan ini adalah ultrasound saya yang ke-3 lah kiranya. Pictures? Lupa nak mintak doctor print sebab waktu tersebut dah hilang pertimbangan dah tengok my little autumn dan besar. Dulu tengok dia kecil saja. Besar dah anak mak. HAHAHA Berbaur keibuan di situ :P
Seperti biasa. Kalau kami jumpa doctor, mesti doctor tersebut lagi seronok nak mengajukan persoalan kepada suami saya. Padahal yang mengandung itu aku. HAHA. Mulalah berbual tentang perkara kedoktoran dan karier. Pastu sesekali barulah teringat yang perut sedang membesar itu sebenarnya wanita ini. Barulah sebuk nak tanya ; Any complication so far? Pastu kang berbalik kepada suami saya. Baiklah baiklah. Dan mesti akan explain sikit-sikit dekat saya pastu disudahi dengan ; Your husband should understand these very well. Ask him bla bla. Lagi-lagi untuk perkara yang memerlukan kaedah tertentu. Sama macam my previous Dr Jenny. Bila dia bagi saya container untuk collect urine ke apa, mesti d a tak explain betul-betul kat saya. Dia pakai istilah pelik dan aneh dekat my husband. Pastu senang hati saja ; You can explain to your wife. Sudahnya, saya jadi makin membuak-buak nak tahu semua medical term. Nasib baik laki aku selalu ajar. Dan nasib baik kepala otak saya ni memang scientifically programmed. I can understand art and science as well. Atau dalam kata lain, nasib baik ilmu Biology aku boleh diharap. Sekarang dah pandai dah. Doctor please heh, talk to me. I boleh diagnose banyak medical term now.
.
THE LITTLE AUTUMN.
Little Autumn kami lagi beberapa hari ni, sudah 7 bulan. Alhamdulillah. Sudah masuk trimester ketiga. Final trimester. Syukur pada Allah sebab bagi peluang saya merasai keistimewaan menjadi wanita seperti ini. Pregnancy is something BIG in women’s life. And pregnancy is something emotional. Semua yang anda alami sepanjang pregnancy adalah sesuatu yang emotional. Boleh jadi emotional tengok baby’s quickening. Boleh jadi emotional tengok perut becomes bigger and bigger. Boleh jadi emotional masa shopping baby’s stuff. Boleh jadi emotional juga semasa memikirkan baby akan lahir tak lama lagi. Pastu nanti tak ada dah khalifah dalam perut sendiri. Dan leper dah perut. Yang itu pon, emotional juga bila baby dah lahir. HAHA. Dan akan diakhiri dengan air mata terharu untuk kesemua jenis emosi ini. Tak ada satu pon yang akan menghampakan. Semua perubahan adalah indah. Walaupon tiba-tiba badan dah tak curvy, dah tak boleh bergaya high heels, dah tak boleh bergaya Levi’s dan selalu saja selekeh kena pakai blouse macam aunty-aunty. Tapi tak apa. Dalam hati tetap gembira meskipon orang nampak macam selekeh saja perempuan ini. HAHA.
Lepas bersalin dan kesihatan stabil kelak, saya akan kembali ke pangkuan sepatu tinggi 4 inci. And wait for me, Levi’s jeans. Saya belum mengalah lagi ye. Don’t get me wrong. Blouse makcik ni semua I gantung sampailah another pregnancy menghulurkan salam kelak. HAHAHA.
Berat Little Autumn (27w 2d) =1 kg
Gender = Dikenalpasti sama macam yang telah dikenalpasti dulu HAHA.
Estimated due date = 10 May 2010
Mommy’s weight (at 27w) = 51 kg
Heartbeat = Alhamdulillah good.
Movement = Subhanallah. Hyper. Good baby.
Position = Kepala dah mula turun.
Disebabkan kepala dia dah mula turun, kaki dia dah terpesong ke arah kanan bawah tulang rusuk saya. Ya Allah. Everytime baby buat tendangan kasih sayang, rusuk saya jadi senak. Tapi tak apa. Senak pon mommy rasa seronok juga. Tapi sungguh senak dan menterkejutkan saya everytime. Kalau dulu dia kick dekat bladder. Perbuatan tersebut akan menyebabkan saya ulang alik ke toilet tanpa henti. Everytime dia kick, saya akan automatically nak pee. Langsung tak boleh ditahan-tahan. Sekarang dia dah dapat target baru dah. Ke arah rusuk saya pulak. Tak apalah. Bukan orang lain. Anak sendiri jugak. HAHAHA.
.
THE MOMMY.
Tidur saya makin tak tentu arah. Macam yang saya cakap, dia dah mula tendang ke arah kanan. Bila saya mengiring ke kanan pada waktu malam, saya rasa seolah-olah dia sedang menendang-nendang begitu seronok sekali pada bahagian pinggang. Memang tak selesa lah saya nak mengiring kalau macam itu. Akhirnya saya kena mengiring sebelah kiri. Tapi lama-lama nanti perut rasa cramp. Terpaksa bangun dan pusing badan. Sampailah ke pagi. Budak kecik musim luruh ini punya penangan.
Doctor : Any questions you would like to ask? Mommy : I actually worried about my baby bump. They said, mine is too tiny. Doctor : HAHA.You’re small too. I don’t expect you to have a big baby. Daddy : HAHA *smiling*
Terus doctor suruh saya baring. Dia ambik tape dan ukur my baby bump. HAHA.
Doctor kata, size ini bersesuain dengan saiz saya sendiri HAHAHA lawak gila saya nak resah gelisah sebab baby kecik. Anda tak tahu perasaan saya tatkala menyaksikan perut wanita kulit putih yang sedang hamil. Subhanallah. SUPER DUPER BIG! Saya tak boleh imagine kalau saya kena bawa perut sebesar mereka.
Doctor kata, saya membawa saiz asian yang normal. Saya jangan compare dengan saiz perempuan Australia ini. Mereka punya standard adalah melahirkan bayi seberat melebihi 4 kilo. Whoaaaaa. Bak kata pujangga, ukur perut badan sendirilah. HAHA.
Tapi. Saya macam belum puas hati lagi. Mestipun doctor dan suami saya cakap ini normal. Bukan saja normal bagi bayi asia, malah juga normal bagi wanita yang tidak besar seperti saya ini T_____T
Saya call emak. Saya tanya, masa saya lahir dulu berat saya berapa? Emak cakap, tak berapa ingat exactly. Tapi sangat kecik macam thumbelina. Paling berat yang emak boleh bayangkan ialah 2 kilo. APA? DUA KILO? Ya Allah. Baiklah baiklah. Aku diam sekarang.
HAHAHA.
Emak cakap, masa emak masuk labour room dulu, nurse pon aneh. Betul ke emak sudah sedia untuk bersalin. Sebab perut emak macam menunjukkan usia kandungan 4 bulan sahaja. Padahal memang dah cukup bulan. Oh betapa kecilnya anak sulung emak tersebut. Tetapi, selepas habis pantang, tetiba anak sulung tersebut membesar secara bulat.
Pesan emak, takyah risau. Ini faktor genetik.
Baiklah.
Dah kalau perkataan GENETIK diperkatakan dalam keadaan ini,
Saya patut diam.
Jangan cemas.
Jangan cemas.
HAHAHA.
.
THE DADDY.
Daddy is doing fine. HAHA. Daddy sangat kekok, I can see. Sebab husband saya itu bukan jenis yang bermain dengan kanak-kanak. Maka, dia pon macam terpinga-pinga juga sesekali bila teringat yang tidak lama lagi akan mempunyai anak. Beliau menjalankan tanggungjawap dengan baik. Mengamalkan amalan yang baik. Selalu memikirkan jalan mendidik baby ini sampai ada kalanya dia berfikir hingga stress. HAHA. Contoh perkara yang difikirkannya ; Macam mana nak bagi anak dia fasih berbahasa Arab. Ya Allah. Semalam selepas tamat sesi mengaji secara berpasangan, dia menyuarakan idea yang macam aneh.
Husband cakap, dia rasa bila baby lahir nanti, kena bacakan Al-Quran setiap hari dekat baby. Pastu husband saya baca translation English. Saya baca yang Bahasa Melayu. Kira macam kelas tiga bahasalah. HAHA. Idea yang begitu comel. Tak ketinggalan, anaknya kena pandai bahasa Jepun just because he loves Naruto T___________T Oh oh. Lagi satu perkara. Dia kata, anaknya kena ada pakaian seragam Kakashi yang lengkap. Dan dia percaya, Naruto masih relevan pada zaman anaknya kelak. Hooooooo baiklah, Sayang T______T
And then dia dah start paranoid dah! Ha, dulu asyik kata saya yang macam paranoid. Sekarang dia pon dah paranoid. Dah beli safety gate untuk tangga dan untuk kitchen. Padahal baby lambat lagi nak bergerak tawaf rumah pon. HAHA. Dan semua toys yang dia beli, semuanya dia fikir seratus kali punya fikir. Macam mana toys tersebut bertindak untuk stimulate IQ baby. Keselamatan toys tersebut etc. Dan untuk pengetahuan semua, perkara-perkara berciri toys, semua suami saya yang pilih ye. Semua keputusan beliau. Dan saya tak percaya, suami saya terlalu obsess dengan infants punya toys. Macam tak boleh stop okay. Siap boleh check music sedap ke tak. Dan antara yang tak boleh dilupakan, bila dia bersungguh-sungguh sampai saya naik letih ikut dia carik keyboard untuk baby. Nak yang itu jugak. Yang itu jugak. Sebabnya dia kata jenis itu saja yang selamat for infants. Padahal saya releks saja tentang itu. Charming he is.
Daddy mengambil bahagian dengan begitu cemerlang. Bila nak beli baju baby pon, dia tak sewenang-wenangnya goes with anything that I want. Mesti dia nak argue sama. Macam bila pilih warna, the daddy pon akan cerewet juga. Macam tak kasi beli warna kuning sebab dia tak suka and not nice enough for baby etc. HAHA saya tak anggap ini satu kesulitan. Saya sangat menghargainya. Buat saya rasa terharu dan menangis di dalam hati.
The Daddy juga sangat lovely. Dia yang bersungguh-sungguh mencarikkan breast pump terbaik. Dia google and read a lot about breast pump and cloth diapers. The daddy yang decide which one to buy. And he bought that for us. Tiba-tiba saja dia kata dah beli dah. Siap dengan bag etc. Dan sekarang, saya selalu nampak husband saya google about diaper bag. Ya Allah. Terima kasih sebab ciptakan lelaki ini untuk saya dan baby.
Malam-malam akan sapukan bio oil. Akan pasangkan Al-Quran untuk baby. Akan cakap ; I love youdekat saya.
He is the MAN of ourlives.
Hari ini suami saya on call sampai ke malam. Lama dah tak ‘nampak‘. Dua jam lagi. Nanti kita makan malam sama-sama ye.
Untuk semua ini, Alhamdulillah.
Terima kasih, Ya Allah.
Pagi hari ulangtahun. Semasa menikmati cheesecake ulangtahun, our baby excited di dalam kandungan. HAHA. Err. Boleh dikatakan, kami celebrate bertiga. Thanks baby sebab ‘tendang’ mommy. I feel loved.
Banyak kali saya cuba nak record kejadian yang adorable seperti ini. Setiap kali saya nampak baby tengah kicking, mesti lekas-lekas saya ambik camera. Sometimes I on my webcam. Tapi. Bila saja camera dah stand-by, baby pon stop kicking. Diam. Langsung diam. Wah wah. Ni ajak main ke, atau ajak bergurau neh? Banyak kali, tahu. Husband selalu ketawa saja. The same thing happened, bila saya excited nak tunjuk ‘tendangannya‘ yang supersaiya dekat husband saya. Elok saja the daddy started to focus, dia pon stop. And then my husband said ; Eiiiii tipu je you ni.
Fine, baby fine.
Bingo kat mommy.
HAHA. Semalam pagi, baby sangat sporting. Bila saya on saja camera, makin menjadi-jadi dia kick my tummy. Sampai bergelombang. Oh. This is the sweetest moment, honey.
For my record, I started to notice the kicks since I was 16 weeks ( like that) pregnant. Waktu tersebut, baby kecik untuk buat emaknya rasa tendangan yang real. Untuk tempoh sekecil itu, saya dapat notice gerakan dia macam gas. Sruuup sruuup. Kadang-kadang rasa geli sampai gelihati. Atau lebih tepat, mungkin berasa macam butterfly dalam perut.
Saya percaya. Kejadian ini memang satu nikmat besar bagi ibu yang sedang pregnant. Seronok, bukan? Macam satu aktiviti yang ditunggu-tunggu tak kira masa. Saya selalu luangkan waktu yang terlalu banyak menghadap perut yang maju ini. Pastu saya usap-usap dia. Takyah tunggu lama. Mesti akan ada respon. Eiiiiiii mommy geram!
Hari neh penat. Sangat penat tapi sangat cantik punya mood. Sebenarnya mood saya memang kebanyakkan waktunya sangat cantik. Sebab, takda sebab sangat mengapa harus membawa mood huduh. Lebih-lebih lagi sekarang ini. Dengan adanya ‘tendangan sayang-menyayang’ di dalam perut. Selebihnya dijana oleh rasa syukur. Bila bersyukur, kita lapang. Bila tak tahu bersyukur, akan rasa terancam. Walaupon takda siapa mengancam dia. Tapi tetap rasa terancam. Malam Jumaat bukan? Sengaja bagi tazkirah padahal takda siapa minta. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Okay Chika, boleh keluar sekarang.
Pagi tadi pergi Garden City lagi. Sebab ada benda tetiba macam bertekad gila nak beli. Benda yang pada hari semalamnya macam berasa TAKYAH tetiba sekarang macam menggelupur nak bersusah-payah mendapatkannya.
Huh huh huh. Penat gila ah tak boleh sabar nak habiskan entry ini pastu tidur. Saya janji, ini akan menjadi entry terpaling ringkas takda putar belit yang akan anda jumpa setakat ini. Sebab saya sangat penat sampai tak ada hati nak mengenakan anda. HAHA.
Seperti yang diceritakan semalam. BABY BJORN CARRIER. Yeay. Dah beli dah. Punyalah lama kami survey semua brand yang potential. Kalau ikutkan saya pada asalnya, macam nak beli Sling Carrier. Tapi my husband tak setuju. Dia cakap tak cukup baik in term of support etc. Pastu beliau tarbiyah saya pasal tulang dan sebagainya. Satu kisah yang susah untuk saya ceritakan semula kepada anda. HAHA. Very complicated. He wants a carrier like this. Saya pula selalu percaya saja. Jadinya, takda pikir pasal sling sling dah. Lagipon saya makin merasakan, sling tersebut kelihatan agak aneh. Tak cukup trendy untuk diamalkan di negara ini.
Baby Bjorn sangat stylo. Sebab selalu nampak yummy mummy and cool daddy pakai yang ini. Ok ok. Memang pengaruh persekitaran. Selain itu, kualitinya ada banyak beza dibandingkan dengan jenis lain yang kami dah survey setakat ini (SETAKAT INI YE)
Aik? Apsal kami tengok previous entry tersebut, Chika tunjuk yang lain? HAHAHA. Sangat benar. Saya mengubah fikiran secara mendadak apabila berada di depan susunan baby carrier pelbagai pilihan. Rambang mata macam mambang. Akhirnya saya mempilih jenis Cooler Air. Sebab dia mempunyai 130% more ventilation. Kesian kat baby kalau berpeluh-peluh nanti kena dakap dalam carrier tersebut. And the one yang saya pilih adalah not on sales. Which is mengarut gila nak rushing-rushing pagi tadi. Tapi saya berasa seperti adrenaline challenge. Lagipon the husband said ; OK OK JUST TAKE IT IF YOU WANT. Ceh, padahal masa tersebut beliau tengah busy gila dekat hospital. Malas nak layan I, tu yang kata OK je tu. Cakap pon laju satu macam pastu terus bye. HAHA.
Ini UMBRELLA STROLLER.
Tak tahu kenapa kena beli ini. Tapi semua orang berebut beli saya tengok. Saya tak. Maksud saya, semalam saya tak. Hari ini, saya ye.HAHA. Sebabnya, suami saya asyik pesan suruh beli satu. Padahal dah beli stroller sejak sekian lamanya. Walaupon sampai ke saat dan ketika ini pon masih takda faham kenapakah kena beli ini. Cecceeh.
Takde. Macam ini ;
Sebenarnya stroller ini tidak mencapai langsung fungsi macam stroller biasa tu. Dia digunakan untuk memudahkan saja. Macam kalau nak keluar kejap-kejap ke macam pergi kedai runcit beli Choki-choki contohnya. Tak akan nak bukak stroller yang gila complex tu. Tahulah stroller zaman ini. Bukan sikit punya complex. Jadi stroller keding (yang kalau tengok pon macam keding gila ni) bolehla digunakan. Kebanyakkan orang di sini memang ada simpan umbrella stroller untuk waktu kecemasan. Dia lightweight. Pastu selalu nampak kanak-kanak yang dah pandai jalan, dia pon lompat sendiri turun dari stroller macam ini dan dia sendiri pergi tolak stroller tersebut. HAHA gila comel.
Lagi satu sebab kenapa kena beli : Sebab harga dia $12. HAHA patutlah semua orang berebut semalam.
Breast Pads.
Pada waktu malam selepas Maghrib, suami saya berkata bahawa dia nak pergi beli electronic baby swing. Ya Allah malulah aku. Berapa kali dah keluar masuk ToysRus dalam dua hari ni. Belum kira yang minggu-minggu lalu. Boleh kata setiap minggu tak sahlah kalau tak masuk. HAHA.
Sebenarnya memang suami saya pesan suruh beli. Dia memang excited sangat nak belikan anaknya swing. Saya pulak macam tak kesah sangat tentang swing tersebut. Sebab macam dah banyak gila barang baby dalam rumah ini. Aih. Tapi itulah. Suami saya sebenarnya seorang yang praktikal. Saya pulak seorang yang teknikal. Tak tak acah je. Jadinya, kalau dia kata nak beli tu, adalah gunanya.
TAPI.
Saya tak beli. Saya tengok saja siang tadi. HAHAHA.Malam ini kami pergi, dah tak ada stock. Alamak. Rasa bersalah gila. He wants something like this ;
Tak apa. Kat tempat lain, bukankah ada? HAHA tak bersalah langsung cakap macam ini. Fine la fine. Memang rasa macam tak faham gila apsal tak beli siang tadi. Macam memang tak ada azam langsung nak beli.Sorry, Sayang. Orang suruh beli swing, I beli breast pad. HAHAHAHA comelkan comelkan?
Ada satu lagi benda tengah dicari. Tak bukan mencari barang tersembunyi. Itu lain. Sekarang benda penting terakhir. Kira yang penting-penting secara sangat penting dah ada semuanya insyaAllah. Yang tinggal cuma diaper bag. Tengah carik satu yang praktikal, cool, gorgeous dan sangat bermanfaat. Selepas itu dah boleh lega dah. Boleh duduk diam-diam makan keropok ikan. Heh tak habis-habis :P
Err. Maaf. Nampaknya entry ini masih complicated dan berputar belit juga walaupon dahj janji tadi akan buat entry terpaling bagus. Yeay, akan tidur sekarang.
Pagi-pagi dah turun city. Hantar husband pergi kerja. Kemudiannya terus memandu kenderaan berat (tipu saja) ke Westfield Garden City. Ada beberapa benda nak dibuat di situ. Aik? Pergi mall bukan? Buat apa lagi kalau bukan membeli-belah? Sesumpah! Bukan sebab membeli-belah asalnya. Ceh, ASALNYA BUKAN. AKHIRNYA, BENAR.
Tujuan asal adalah sangat serius.
Nak ke Post Office. Tolong husband post surat penting.
Menyertai Baby Workshop di ToysRus.
Baby workshop yang diadakan di ToysRus sebenarnya lebih sudu dari kuah. HAHA. Taklah lebih sudu sangat. Mungkin saya yang harap macam tinggi sangat. Ingatkan dia nak bagi talk ke apa. Rupanya-rupanya ia adalah lebih kepada informal consultation kepada pembeli. ToysRus jemput beberapa orang dari beberapa company barangan Bayi untuk bantu customers about their products. Untuk hari ini, ada orang dari Love&Care, Chicco, BabyLove dan … baiklah itu sahaja setakat yang saya ingat. Yang saya takda ingat, adalah perkara yang saya takda ingat. Jadi takyah diingat-ingat sangat nanti penat.
Saya masuk ToysRus sebanyak 2 pusingan padu pada pagi ini. Pusingan pertama adalalah pusingan warm-up. Ceh, konon. Padahal pada pusiangan pertama pada jam 9 pagi telah selamat memenuhkan satu bag plastik membeli barang baby. Pastu dah swipe card apa semua, terus blah dengan harapan akan datang lagi pada jam 11 pagi. Benarlah bagai yang diharapkan, telah datang lagi membawa muka keibuan (ibu ibu engkaulah ratu hatiku lalalala) untuk baby workshop kononnya. Barang yang dibeli pada pusingan pertama (yang dinamakan pusingan warm-up itu tadi) telah dihantar ke dalam kereta. Supaya selepas pusingan kedua ini, saya boleh buat pusingan final pula mengukur mall tanpa susah payah bawa shopping bag.
Telah ditegur oleh wanita dari Love & Care.
‘Hello, you need help?,’
Macam biasa. Sikap bantu-membantu tersemat dalam pendidikan moral. HAHA.
Wanita tersebut pon bercerita sungguh-sungguh tentang pruduct Love & Care seperti prams, baby cot, bassinet dan sebagainya. Saya pula mendengar secara bersungguh-sungguh dan mengajukan soalan-soalan berciri baik takyah tanya. HAHA. Muka dijana supaya kelihatan macam nak beli sangat. Macam akan beli nanti, akan beli product kamu. Padahal hakikatnya saya dah beli dah brand lain. Habis, takkan bila dia cakap pasal baby cot, I kena bagitahu dia ; Its okay I’ve bought one. Bila dia cakap pasal pram, takkan I kena tepis ; Already bought the pram. Bila dia cakap pasal portable cot etc pon tak akan nak bagitahu dia semua I dah beli. Akhirnya menyamarlah macam ibu tak bertanggungjawap. Yang kononnya dah 6 bulan mengandung pon takda fikir apa-apa lagi pasal barangan keperluan bayi. HAHAHA.
Dia beriya-iya pula mengesyorkan kepada saya to purchase a CHANGING TABLE. Saya pon mengekorinya untuk melihat-lihat changing table. Ingat ye, ingat ye; Muka saya dijana supaya kelihatan macam AKAN BELI dan macam IBU YANG BELUM BELI APA-APA. Hahahaha. Makin seronoklah dia menterangkan saya dari kegelapan. Heh. Bukan apa, saya seronoklah dengar dia cerita itu ini. Kang kalau dia tahu saya dah beli itu ini, mana minatlah dia kepada saya. Bukankah begitu?
Sebenarnya saya dengan husabnd tak bercadang untuk membeli changing table. Sebab husband saya kata tak cukup menjamin keselamatan anaknya kelak. Sebab saya akan siap-siapkan baby ataupon menukarkan diaper baby di atas table yang agak tinggi. Di mana mungkin akan mencabar ketinggian saya sendiri. HAHA. Kami paling worry about dropping the baby ke apa dari tempat tinggi. Ya Allah. Mentakutkan. Jadi suami cakap, all we NEED to have is only a padded wedged sides change pad. Di mana saya hanya perlu letakkan change pad di atas lantai. Lebih selamat. Itu pendapat kamilah.
Memandangkan kami belum beli yang itu, tadi pagis aya telah memandai-mandai membuat keputusan sendiri untuk membelinya. Its on sales.
Sepatutnya ia diletakkan di atas change table seperti INI. Contohnya.
Tapi kami bersepakat dah tak memerlukan changing table seperti itu. Letak di bawah saja. Lebih selamat. Dah lah aku ni jenis paranoid. Sometimes terimaginasi what if I ter-drop my baby ke apa. What if what if what if what if. Semua jenis what if dah melintas dah dalam kepala.
PVC Material.
Senang cuci.
Padded wedged sides itu sangat perlu. Sebab baby kan suka hentak-hentak tangan dia sesuka hati. Nanti kalau baby tengah excited semasa emak dia memakaikan pakaian stylo dekat dia dan dia pon tetiba rasa stylo gila sampai menghentak tangan dengan lebih super, tak adalah tangan baby sakit. Baby, your mom very protective you see. Sayangilah emak anda ini. HAHAHA.
Dan lagi satu, saya juga tak memerlukan changing table yang siap dengan bathtub sebagimana yang dianjurkan oleh wanita tersebut. No way, no way. Saya tak beranilah nak mandikan baby tinggi-tinggi. Saya dah beli dah bath up untuk baby. Akan mandikan baby dalam bathroom kami kelak. Err. Bath tuhb di bawah ini dah agak lama dah beli. Saya rasa, inilah penemuan bath tub baby tercomel yang saya jumpa. Ada lagi satu version berwarna hijau. Tapi macam kurang comel pula. Baiklah tak percaya ada objek biru lagi comel dari hijau T____T
Fun gila.
Saya yakin. Baby akan seronok mandi kelak. Tapi emak dia akan seronok melebih-lebih.
Melebihi keseronokan baby tersebut.
Ada hammock dan accessories lainnya yang sungguh fun.
How many weeks are you? – tanya wanita tersebut.
26 – jawap saya.
Oh my! Really? Its a tiny baby bump! – Dia teruja.
I know. But I don’t know what’s wrong with me – Saya cakap.
Nothing is wrong with you. You’re just lucky, girl! - dia cakap lagi.
Am I? – saya buat-buat pelik.
People normally getting bigger and bigger during pregnancy. That’s not easy you know – lantas dia membuat muka sedih.
I guess so – tak tahu nak buat reaksi apa. HAHA
Don’t worry. You’re just lucky. You look good during pregnancy. You don’t go overweight, thats sooo lucky. That’s fine as long as the baby is healthy – dia cakap lagi.
Saya asyik dengar kata-kata ini sahaja. Sebenarnya saya pon tak tahu adakah benar saya lucky atau apa. Yang saya tahu, saya terima saja apa juga yang berlaku ke atas tubuh badan saya sebagai satu proses natural. Dan saya tak mahu risau tentang apa-apa. Biarpon perut saya kecik molek saja. Biarpon saya kelihatan susut banyak dan ia adalah aneh bagi kebanyakkan wanita hamil. Saya tak mahu risau tentang apa-apa. Sebab saya tahu dari mana saya mewarisi kejadian ini. HAHA dari emak saya sendiri.
Selebihnya, tiada apa sangat yang menarik di ToysRus punya baby workshop ini. Selain ada demonstrator yang beriya-iya promote Avent breaspump. Padahal saya dah beli Medela Swing. HAHA. Tapi tak apa. Esok ada penerangan tentang breastfeeding from Avent. Saya akan datang lagi. Tunggu aku di situ. HAHA.
Dapat ini sahaja sebagai free sample.
But I am thinking about using cloth diapers.
Selain menjimatkan, trendy, dan environmentalist, cloth diapers juga dipenuhi kasih sayang. HAHA. Sebab ibu akan menjadi seperti ibu zaman dahulu kala yang akan mencuci lampin anaknya. Walaupon ini dalam versi yang maju sikit. HAHA.
Sebagai pusingan final, saya pon mengukur mall seorang diri. Walaupon backpain dan sakit pinggang. Tapi tetap gagah membawa diri. Pumpkin Patch ada sales pulak! Memang tau. HAHA.
Saya suka betul baby booties. Makin dibeli makin tak mencukupi. Adakah ini magik? Jadi, saya pon beli lagi dan lagi dalam pelbagai saiz. Supaya baby dapat memakainya bukan sahaja pada masa ini, malah pada masa akan datang. HAHA.
Hijau warna kegemarannya saya.
Harap baby pon suka juga. Blue warna bukan kegemaran saya.
Tapi baby kena ada semua koleksi warna. Sangat suka yang ini.
Sebab ada icon buaya.
Tak tak. Bukan simbolik buaya darat.
Ih engkau memang tau!
HAHA.
Icon buaya tersebut ala-ala LACOSTE pulak.
Ceceh padahal Pumpkin Patch T___T More booties!
Harap semasa memakai ini, baby berasa cinta dengan kaki dia tersebut.
Ada lagi beberapa pasang yang saya beli tadi tapi takkan nak buat lintasan semua sekali. Nanti bila baby pakai baru anda tengok okek. Sikit-sikit sudahlah. Barangan lain biarlah saya simpan di dalam hati. HAHAHAHAHA.
BabiesRus on SALES!
Husband saya pesan suruh tengok apa yang patut.
Memang patutlah apa yang saya lakukan pada hari ini, bukan?
HAHAHAHA.
Macam berkenan sangat dengan BabyBjorn Carrier. Tadi dah ringan gila tangan nak capai masuk troli. Tetiba berasa macam tak cukup indah pulak. Sebab saya lagi suka beli bersama suami. Sebab saya suka kalau dia pon suka.
Dulu masa saya kecil(sekarang pon kecil juga sampaikan kau orang compare saya dengan saiz kerusi di bawah ye? Baiklah baiklah) bila emak saya pregnant, saya selalu nampak emak berbaring di atas sejadah dan bapa membacakan Al-Quran pada emak. Setiap malam saya nampak ini. Sometimes saya menyelit sekali di sisi emak. Tumpang baring sama. Atau nak lagi comel, tumpang baca Al-Quran sekaki macam pandai sangat ketika itu.
Emak cerita, semasa mengandung kali pertama, bapa ingin sangat anak perempuan. Jadi setiap malam, beliau akan membacakan Surah Maryam ke emak. Setiap malam. Tanpa gagal. Adakah menjadi usaha bapa? Usaha tersebut telah menghasilkan err … ehem. Saya lah.
Sekarang.
Peristiwa itu macam berulang lagi. Apabila saya mengandung 5 minggu, saya pulang ke Malaysia membawa diri, membawa kandungan yang ketika itu bergelar peanut, dan juga adek lelaki saya yang tidak bergelar peanut sebab tak layak langsung. Heh badan sangat besar mana mungkin dipanggil peanut, bukan? HAHA. Bila saya di Malaysia ketika itu, suami tiada. Jadi bapa lah yang membacakan Al-Quran buat kandungan saya meskipun kandungan berciri peanut tersebut belum ada apa-apa rangsangan mahupon pancaindera. Disebabkan mabuk yang sangat dahsyat, setiap kali lepas solat saya akan tumpas di atas sejadah selama beberapa minit. Kadangkalanya up to 30 minutes or 1 hour. Atau lagi comel, terus beradu Di ATas Sajadah Cinta (tiru tajuk buku).
Tabiat tumpas di atas sejadah ini berterusan sehinggalah saya menempuhi trimester kedua pon. Lagi-lagi pada waktu Subuh. Ada kalanya saya bersolat duduk. Sebab kalau berdiri, saya tak ubah umpama layang-layang terputus talinya. Walaupon peribahasa tersebut memang sangat salah, tetapi macam itulah lebih kurangnya.
Pregnancy secara jujurnya memang indah. Bukan sahaja sebab ada a little caliph di dalam badan sendiri, tetapi sebenarnya pregnancy mendekatkan lagi dua insan (the parents) dengan Allah. You can’t stop praising ALHAMDULILLAH everytime melihat perut yang membesar. You can’t stop praying. You can’t stop saying MASYAALLAH everytime your tummy kena ‘kick’ and there, you can really feel the baby. Benar kan?
Sejak mengandung, saya menjadi lebih rajin mengaji Al-Quran. Kalau dulu saya hanya membuka Al-Quran kebanyakkan masanya selepas Maghrib, tapi sekarang ni, saya akan pastikan saya membaca Al-Quran pada setiap kali saya lapang dan bertenaga. Saya percaya tentang kuasa pancaindera bayi dalam kandungan. Di mana baby develop ketika ini. Baby dalam proses kenalpasti suara ibu dan bapanya. Dan saya akan ambil peluang ini secara maksima. Iaitu dengan memperdengarkan lebih banyak bacaan Al-Quran instead of lullaby yang bagi saya boleh diperkenalkan kelak apabila bayi lahir nanti. Sekarang ini, I want you to study Al-Quran ok, sweetheart? No excuse. I am your mother. HAHAHA.
Kebanyakkan buku yang saya ada tentang parenthood (yang ditulis oleh mentaliti non-muslim) mensarankan dendangan Baby Einstein kepada bayi. They said, the melody could stimulate the baby’s brain etc. Mereka kata juga, ibubapa perlu banyak berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan supaya bayi kenal akan suara ibubapanya. Saya percaya. Kerana ini adalah fakta yang logik.
TAPI.
Saya tak pandailah nak bercakap-cakap dengan baby. Paling sweet pon, setiap pagi saya bagi salam saja pada tummy saya (yang tegang dan mula nampak urat ini. Tapi tak apa anggap saja seksi tak boleh blah). Suami saya? Beliau bukanlah jenis yang pandai nak mushi mushi dengan kids, I bet. Even saya tak pernah nampak beliau memegang mana-mana bayi (Thanks Allah) Saya harap, saya akan melihatnya memegang bayi buat kali pertama apabila saya melahirkan anaknya kelak. Sungguh romantis. HAHA.
Okay.
Suami saya tak pandai nak mushi mushi bercakap dengan baby. Like tiba-tiba datang dekat perut saya ; Olololo my baby. This is your daddy speaking. Can you hear me? NEVER! hahaha. My husband tak pandai buat macam itu setakat ini. Jadi, the very best way yang kami dapat lakukan ialah membaca Al-Quran secara berjemaah. Dan kebiasannya selepas Maghrib.
Oh this is my favorite romantic time. Kami baca Al-Quran sama-sama. Mula-mula husband saya baca dan saya semak. And then saya baca dan suami semak. Dan baby, dengar. Kami percaya, this is how we introduce ourselves dekat baby. This is how the baby can recognize the parents’ voices. Sekali lagi, kami tak pandailah nak bual-bual manja dengan baby. HAHAHA.
Bila saya tidak sehat, saya akan berbaring. Dan suami bacakan untuk saya dan baby. I love his voice reciting the surah(s) :) Ini sangat sangat mengingatkan saya pada keluarga saya. Pada masa saya kecik-kecik masa nak dapat adek. How time flies. Sekarang dah sampai giliran saya pula melalui apa yang emak lalui. Dan giliran suami saya pula untuk buat macam apa yang bapa saya buat dulu T______T Ini sangat emotional.
Bila saya menghadap blog pada siang hari (misalnya), dan pada sepanjang malam, saya akan gunakan alat ini ;
Pillow Speaker.
Macam yang dah saya cakap sebelum ini, pillow speaker ini adalah pregnancy kit terpaling saya sayang. Dan paling berguna dan bermanfaat. Sejak malam pertama saya tahu saya hamil, terus saja kami pasangkan speaker ini sepanjang malam pada perut saya. Dan saya masih lakukan ini. Insyaallah sehinggalah baby keluar melihat dunia kelak.
Tada tada. Husband saya beli sticker ini. Dia kata lekat dekat laptop.
Sweet gila.
Okay selingan habis.
Saya nak share dengan rakan kehamilan yang lain. Kalau ada peluang, dapatkan pillow speaker ini. Sangat membantu. Satu, dia soft. Boleh selitkan bawah baju semasa tidur. Confirm tak akan hilang apabila anda tidur secara kuak bebas. Kedua, biasanya ibu-ibu pada zaman ini suka letak speaker handphone pada perut untuk entertain baby mereka. Tak berapa bagus. Sebab nanti baby kena radiation. Ketiga. Pillow speaker ini boleh memuatkan mp3 di dalamnya. Walaupon sebenarnya dia tak dicipta untuk disumbat dengan mp3. HAHA tapi I buat juga like that.
Ada zip di satu sisi.
Dalam situ ada volume control.
Sambungkan speaker dengan mp3 player anda. Sumbatkan sekali mp3 player ke dalam situ.
Sendat memang sendat.
Tapi sumbat tetap sumbat.
HAHA
Tadaaaa. Sepanjang malam, bayi anda akan dihiburkan dengan alunan Al-Quran. Memang. memang banyak gila baby kena dengar Al-Quran. Pagi petang siang malam kelas Al-Quran dia. HAHA biarkan saja dia mendengar alunan surah-surah suci ini daripada dia mendengarkan suara ibunya excited tengok cricket ke apa. HAHA. Itu contohlah.
Lagi syok kan, malam-malam bila anda terjaga, akan terdengar sayup-sayup alunan ayat suci dari pillow tersebut. Nyaman sekali.
Saya beli tak mahal pon. Ada beberapa orang tanya saya mana boleh dapat. Mudah saja. Kalau dah buntu sangat, bergegaslah ke ebay. HAHA ada macam-macam jenis yang sungguh comel. Sepuluh kali lagi comel dari yang saya punya ini. Tapi saya nasihatkan, beli yang tidak terlalu dahsyat bentuk parasnya. Janganla beli yang bertelinga besar atau yang berbentuk ikan lumba-lumba ke apa. Nanti sukar untuk diselitkan bawah baju sepanjang malam. HAHAHA.
Kami download bacaan recited by Sheikh Mishaary Al-Afasi. Sejak pertama kali husband saya kenalkan dengan bacaan Yaasin nya, saya jadi seronok tak boleh stop. Hari-hari mesti nak dengar bacaan Yaasin beliau. Sangat mempesona. Anda harus cuba dengar. HIGHLY RECOMMENDED.
/center>
Siapa teringin nak simpan bacaan dari Sheikh Mishary Al-Afasi boleh mesej saya. Nanti saya send. Oyya. Saya harap siapa-siapa yang pernah minta dari saya dulu, dah dapat dah. Kalau tak dapat, remind me eh. Sometimes I lupa.
Kalau berminat, bagitahu saya Surah apa yang anda nak. Banyak mana pon saya tak kesah, saya cuba send. Sebab saya takboleh nak send the whole Quran. Size dia besar. Dan actually file dia satu-satu ikut surah. Kalau nak the whole Quran, give me some times so that saya boleh hantar slowly one by one ye :)
Demikianlah apa yang kami lakukan. Bukan kata nak mendidik anda ke apa. Tapi sekadar berkongsi bagaimana saya cuba mendidik kandungan saya. Dengan harapan tak ada lain, mahuuuuuu sangat anak ini lahir menjadi anak soleh solehah. Yang dekat dengan penciptanya. Insyaallah.
Anda ada amalan-amalan menarik lain yang anda amalkan? Sharing-sharing la. Atau mungkin anda mempunyai amalan istimewa yang sangat unik dan bermanfaat? I am happy to know that.