Archive for the 'My Baby You' Category
Posted by chika under
My Baby You,
My Fancy Pregnancy 
1. Why do you want to have a baby?
Sebab saya mahu memiliki zuriat suami saya. Err. Adakah jawapan tersebut berbaur saintifik, atau macam berbaur possessive? HAHA. Baby anugerah Allah SWT. Baby lambang cinta antara dua insan bercinta. Hanya baby yang boleh menjadikan saya seorang emak. Dalam istilah lebih romantisnya, baby adalah harta sepencarian. Eh tak tak. Itu bunyi dia macam cari-cari harta jumpa bayi pula. Hurm. Baby adalah harta bersama. Bayangkan ini, cukup ; Dalam perut I ada anak you. Jangan main-main heh. I am precious. Boleh cakap macam itu dekat suami. Sungguh berkuasa HAHAHA.
Setelah kamu bertemu The Right Man, having the baby is always right.
.
2. What lifestyle changes are you making to prepare for trying to get pregnant?
Perkara pertama, ialah mensemai benih (eiiii apa ni apa ni?) Sabarlah kejap saya buat ayat penuh. Perkara pertama, ialah mensemai benih kasih sayang dalam diri. Mula-mula, tahu macam mana nak sayang suami dan diri sendiri. Kalau tak pandai menyayangi diri, jangan susah-susah nak menyayangi orang lain.
Jaga pemakanan. Sebaik sahaja berkahwin, suami sering mengingatkan supaya jaga pemakanan. Sebab, semasa itu kami dalam usaha menghasilkan bayi. Dan mula mendisiplinkan diri dengan menelan folic acid secara tidak berbelah bagi.
Attitude. Banyak saya improve. Termasuklah, belajar bersabar. Belajar menghargai. Belajar memberi dan menerima. Malah paling penting, tingkatkan amalan pada Allah SWT. Sebab, macam malu kalau menjadi ibu sedang diri tidak mahu mendekati Allah. Nak minta rezeki dari Allah. Tapi sombong dengan Allah. Kau fikir, DIA akan bagi?
.
3. What financial changes and plans are you making?
Hidup bersederhana. Tidak macam dulu. Dulu hidup tak ada komitmen. Hujung minggu balik rumah, ibubapa bagi wang. Isnin sampai Jumaat, berjoli wang. Sabtu dengan Ahad, wang masuk lagi. Err. Lebih kurang macam itulah hidup saya dulu. Sekarang, nafsu masih sama. Masih sukakan wang. Tapi komitmen yang ada sekarang ini, selalu bagi warning ; Hep hep, biasa tu dia! Jujur. Sekarang ini, saya tidak boros macam dulu. Lebih-lebih lagi sejak duduk di tempat orang. Memang sangat bersederhana. Sekarang saya logik sikit. Saya tidak membeli yang bukan-bukan sangat (at least, tak sangat) Sebab financial rumahtangga adalah perkara sangat penting. Saya tak mahu anak saya hidup susah.
Sekarang saya dah pandai beli barang-barang on sales. Malah saya sanggup tunggu tarikh tertentu untuk mendapatkan sesuatu. Comel bukan?
Melahirkan baby di sini akan menelan cost yang sangat super kelak. Seriously SUPER I mean it okay! Banyak belanja diperlukan untuk menyambut bayi. Hurm. Tiba-tiba macam benarlah bagai dikata oleh penulis buku The Babymoon ; Bayi sangat demanding. Lebih demand dari … err … emaknya. HAHAHAHA.
Tapi saya berharap, kami mampu memberikan yang terbaik buatnya kelak. Saya tidak mahu kedekut dengan anak saya. Sama macam ibubapa tidak pernah kedekut dengan saya. Tapi yang penting, kami akan bagi dia pendidikan. Pendidikan Seni ke Pendidikan Jasmani? Ish, jangan buat kelakar sekarang.
.
4. How do you think your life will change if you have a baby?
Saya tahu saya tahu! Saya akan ada ‘permanent handbag’. Ei eii, dia kata anak dia ‘handbag’? HAHAHA itu simpulan bahasa,tahu? Akan bawa baby ke mana sahaja malah semasa sesi berjumpa rakan-rakan. Selepas itu, ramai orang akan pelik kenapa saya ada baby sedangkan mereka belum. Pastu saya pon akan pelik balik ; Aik, apsal aku bawa baby berjumpa rakan? Bukankah dahulu aku bawa diri sendiri sahaja ke mana-mana? Baiklah. Bahagian tersebut memang aneh.
Ramai berkata, kehadiran bayi akan memporak-perandakan biological clock emaknya. Tidur malam tidak selena biasa. Tapi saya percaya, ia indah dan berbaloi. Saya akan mempunyai masalah pengurusan waktu yang semakin kritikal. Sebab selama ini saya menguruskan diri. Nanti akan menguruskan diri dan bayi. Saya juga merasakan, sebaik sahaja mempunyai anak ini, saya akan develop banyak attitude baru. Oh yang pasal paranoid tu kamu takyah cakap. Memang confirm makin paranoid.Attitude apa yang akan di-develop, kita tengoklah nanti. Tak begitu pasti. tapi saya yakin, memang akan terjadi. Baik attitude yang lebih cemerlang, mahupon yang sedikit lebih buruk. Pasti ada.
Tapi satu yang saya sangat yakin. Kehadirannya kelak akan membahagiakan lagi hidup kami sekeluarga. Saya harap juga, selepas bergelar emak, saya menjadi insan lebih baik dan pandai buat kek (eh tetiba pulak)
Oh tak lupa juga. Hidup saya benar-benar akan berubah. Sebab nanti saya akan mula menjadi perempuan pathetic yang bercakap benda bukan-bukan di depan bayinya. Sebab konon nak agah bayi dan menggembirakan bayi. Macam selalu kita temui di tempat awam. Ibu-ibu menghiburkan bayinya secara pelik. HAHAHA. Saya juga akan sangat pathetic sebab kena baca buku bayi yang sangat pelik. Contoh ; Red monkey. Blue kitten. Purple tiger. Bukankah pelik?
.
.
.
Record ini saya buat bagi menyahut agenda buku yang sedang dibaca ; Up The Duff. Top selling pregnancy book in Australia. Sumpah impressive buku tersebut. Cara penyampaian sangat selambayaya dan sedikit dramatik. Saya sarankan, pembaca yang sedang pregnant pon membuat record sebegini. Bukan sahaja sebagai memori simpanan, tapi sangat interesting. No? Akan mengabadikan lebih banyak record kelak.
Jomlah buat record. Anda tulis dalam blog anda pula, bagitahu saya, nanti saya boleh baca :D
Posted by chika under
My Baby You,
My Fancy Pregnancy Phew *perpeluhan*
I shopped alone, tahu. 30 minit pertama, pusing-pusing dalam ToysR’us. Membelek botol susu bayi yang bukan sikit punya comel. Macam-macam lenggok liuk pon ada nowadays. Kalau (perhatikan : KALAU) saya terbeli banyak botol susu beraneka rupa warna dan gaya kelak, kamu kena tahu yang itu adalah sebab GERAM. Tapi tidak tidak tidak. Dah ada one complete set of Lindam’s. Tak beli apa-apa dekat ToysR’us. Tak ada sales yang menggembirakan. 1 jam 30 minit untuk shopping dan selebihnya untuk duduk diam-diam dan bernafas bersungguh-sungguh. 1 jam duduk depan Golden Casket. Tumit sakit bukan main lagi. Tulang belakang macam kena tikam-tikam.
Yang meminta saya kongsi barangan bayi, nah ini dia kongsi sedikit sebanyak. Nak kongsi banyak-banyak, susah. Sebab belum digunakan lagi. Tak tahu nak mengayat cerita macam mana HAHA. Tapi untuk edisi kali ini, saya share pasal Steriliser. Boleh? Cakap boleh sekarang.

Lindam Rapid Steam Steriliser
Efficient 6 minute cycle
Large bottle capacity
Unique bottle warming system
A reliable and chemical free method of sterilisation
Safety handle changes colour to warn when it is hot
Lockable lid
Includes bottle tongs
Includes measuring jug with built in water filter
Detachable power cord
Steriliser ini memang antara barang terawal yang dibeli. Dia juga bertindak sebagai power rangers eh tak tak. Dia juga bertindak sebagai bottle warmer. Saya tak tahu sama ada brand ini berleluasa di Malaysia atau tidak (Dulu kan saya mana peduli brand apakah baby punya barang) Tapi ia memang berleluasa di sini. Dan hakikatnya, saya tak tahu apakah dia barangan bayi yang begitu berleluasa selain Johnson&Johnson. HAHAHA. Maka kamu kena tahu, kebanyakkan barang bayi yang saya beli adalah atas faktor kepercayaan pada produk dan instict HAHAHA. Bukankah pernah dinyatakan dahulu, sebagai seorang yang tidak berapa nak fancy about babies, mana mungkinlah mengambil tahu dunia keperluan bayi. Jadi, apa yang dapat saya kongsikan di dalam blog ini adalah barangan bayi yang berleluasa di Australia sahaja khususnya. T____________T Tak tahu apsal kena sedih padahal tidak sedih pon.
Dengan terbelinya steriliser ini, takyah beli bottle warmer. Even takyah beli feeding bottles. Bottles holder pon takyah.

Lindam feeding bottle.
Tengok. Lenggok. Liuk.
Itu cerita dari dalam store. Ya ya. Barang-barang yang dibeli sejak berbulan-bulan lamanya semua masih dalam store. Tak tahu apa jadi dengan rumah ini kalau dikeluarkan barangan tersebut kelak. Mungkin takda macam rumah lagi. Tapi mungkin dah macam Pusat Asuhan Bayi. Tak percaya, tanyalah kepada mereka yang sudah pon mempunyai anak. Pergi tanya, pergi.
List barangan semakin panjang. Makin beli, makin banyak kena beli macam blerghttttt. Saya ingatkan dah nak settle. Sekali bila ditengok-tengok balik, banyak benda bermanfaat lain yang tak disediakan lagi. Lebih-lebih lagi yang kecil-kecil ini. Maka, tadi saya sempatlah memendekkan list walaupon dalam keadaaan kurang upaya.

Barangan-barangan kecik yang selalu lupa nak ingat.
Maternity Pads.
Sempena confinement kelak. Bakal bernifas setelah sekian lama takda mestruasi. Pads semua pon dah bungkus dalam kotak. Punyalah seronok tak didatangi mesntruasi sebegini lama. Tapi tak lama lagi, HI PENDARAHAN!
Poise bukan for maternity. Tapi saya suka Poise sebab dia sangat tebal dan berkualiti tinggi. Anda,cubalah :P

Lansinoh Lanolin Nipple Cream
For Breastfeeding and Nursing Mothers
Untuk memelihara dan memulihara nipple ibu-ibu yang breastfeed bayi.
Australia product.

Baby’s Nail Care Set.
From Playgro.

Milton Anti-Bacterial Solution.
Heh. Husband cakap saya paranoid, sebab itu beli benda ini. HAHAHAHABISLAH. Semua toys baby nanti saya cuci dia pakai benda alah ini. Jangan main kuman. HAHA. Tapi husband saya cakap, sometimes kena dedahkan baby dengan bacteria secara semulajadi. Untuk kuatkan sistem imunisasi dia. Tapi kalau ikut saya, jangan main kuman. Tak comel.
Australia product.

Curash Nappy Rash Cream
Ramai mencadangkan Drapolene. Tapi tak nampak jenama tersebut dekat sini. Balik-balik nampak Curash. Balik nampak Curash. Australia product juga.

Baby’s toiletries.
Akhirnya, J&J jugak saya beli. Padahal bukan sikit punya lama aim nak beli yang lebih organik. Sebenarnya memang tekad nak pakai Aromababy product since months ago. Cuma tak mahu beli awal-awal. Tapi last minute tadi, rasa macam nak beli J&J sajalah. Sebab bau J&J tiada tandingannya. Bau baby yang paling klasik dan legendary. HAHAHAHA. Kebanyakkan produk organik yang saya bau, macam bosan. Nanti tak semerbak harum pulak baby saya.

Cotton Buds
Huggies

NEW! Siap wetness indicator.
Tapi jangan dilupakan tujuan asal nak keluar tadi sebab nak beli laundry liquid untuk baju baby.

Saya terjumpa Natural Instinct dari farmasi. One of the staff yang recommend kat saya. Sebabnya, saya dah pusing-pusing carik laundry liquid yang sesuai untuk baby. Yang ada, semuanya tak sesuai untuk flame resistant clothing. Yang mengandungi detergent, lagilah tidak elok untuk baby. Habis, nak pakai yang mana? How how? Saya sampai dah boring dah siang tadi. Nasib baik jumpa yang ini. Australian Made.

Tiada, segalanya tiada.
Bagus untuk orang paranoid.
Kebanyakannya memang Australia punya product. Kalau kamu nak tahu product bayi yang macam lain sikit, mungkin boleh rujuk apa yang saya bagi ini. Dekat sini memang macam itu. Product tempatan mendapat sambutan dan menjadi product kegunaan ramai. Sebab itulah saya pon terikut-ikut sekali.
Siap?
Belum. Ada lagi serpihan-serpihan keperluan yang belum ada *yawnnnnnnnnnn
Esok buat laundry baju baby yeay! Selepas itu bolehlah siap-siapkan hospital bag.
Posted by chika under
My Baby You,
My Fancy Pregnancy Sudah beli.

Siap. Punya lama bertafakur tunggu dapat ilham. Sekarang takyah fikir lagi. Tunggu nak open stroller, gantung dia! Tak sabar. Tak sabar. Gambar di atas menunjukkan warna sebenar. Manakala gambar-gambar di bawah adalah warna tidak berapa nak benar. Hijau. Mesti pilih hijau. Ikutkan hati, semua barang baby pon mahu hijau. Itu pon nasib baik tak membeli stroller hijau. Err. Mana cantiklah bukan?

Details
- 100% Cotton drill with waterproof finish
- one main internal compartment with elasticised pockets
- nylon lining and accessories
- outer pockets for drinks and personal items
- natural cotton weave double handle web straps, faux leather trim
- large padded microfibre change mat
- insulated bottle holder - insulation 2 hours
- pvc zip top wet purse
- pvc OiOi wipes case
- antique nickel hardware
- long adjustable nylon web shoulder strap with dog clip ends
- NEW fixed stroller straps
- protective metal feet on base

OiOi. Australia.

Ada lagi serpihan-serpihan yang belum dibeli.
Oh begitu malas.
Posted by chika under
My Baby You,
My Fancy Pregnancy We Have Done ;
- Baby Cot
- Portable Cot
- Stroller
- Electric Swing
- Sterilizer
- Breast Pump
- Breast Pads
- Playmat
- Umbrella Stroller
- Car Seat
- Baby Carrier
- Safety Gate
- Change Pad
- Cot Set
- Baby Monitor
- Bath Tub
- Baby Mattress
- Baby Sleeper
- Feeding Set
- Cot Protector
- Newborn Nappies
- Cooler Bag
- Nappy Disposal System & Refills
- Toys & Books
- Baby’s Record Book
- Pregnancy & Breastfeeding Vitamin
- Maternity Underwear & Bras
.
To Buy ;
- Cloth Diaper
- Diaper Bag
- Stroller’s Rain Cover & Sun Protector
- Baby’s Toiletries
- Thermometer
- Baby Nail Clipper
- Water Proof Mattress Protector
- Extra Leggings & Pants
- Maternity Pads
.
My Parents Will Do ;
- Confinement Set
- More baby’s clothing
- Akikah
.
Apalagi yang keciciran ? Harap tak ada apa lagi.
Kesemuanya ini boleh kata diselesaikan sejak hujung tahun lepas. Sekarang kami dah banyak releks, tak ada pikir banyak pasal keperluan baby lagi. Macam dah berbulan-bulan takda shopping barang baby (kecuali pakaian, yang itu macam takda henti. Hep, cubit tangan kang!) Sungguh lega dah buat kesemuanya awal-awal. Sebab kalau harapkan sekarang baru nak beli itu ini, I bet saya dah tak larat dah. Seriously, sejak pregnant tujuh lapan bulan ini saya dah tak boleh berjalan banyak. Round mall apatah lagi. Sekarang memang dah tak ada semangat dan keupayaan langsung nak memikirkan barang baby.
Untuk rakan-rakan yang membawa perut ketika ini, bersedialah dari awal. Kami start since I was 4 months pregnant. Ye, begitu awal. Sebab kalau nampak saja patut beli dan berpatutan, terus beli. Lambat atau cepat, nanti kena beli juga.Ya ya. Ada orang tua berpendapat, janganlah membeli sebelum usia kehamilan 7 bulan. Tak baik katanya. Kalau anda percaya itu, err … percayalah. Tapi pastikan kamu dah siap survey apa yang patut sedari awal. Jangan bila menjelang 7 bulan baru nak buat-buat heart attack ke apa. HAHA. Pengalaman saya, masuk saja 8 bulan like that, kamu memang dinamakan PEREMPUAN SARAT. Percayalah. Kamu tak akan larat lagi untuk menyempurnakan senarai kamu. At least, itu yang berlaku pada saya. Memang sekarang ni kalau boleh tak mahu pikir apa pon. Nak anggap saja semua dah settle. HAHA.
Yang lagi 9 items dalam senarai TO-BUY itu, err macam memang malas nak dipikirkan lagi. Tapi tak apa. Itu barang kecik-kecik. Yang besar-besar janji semua dah siap. Tunggu masa nak mengeluarkan dari store. Habis, tak lama lagi rumah ini jadi nursery. Dekat ruang tamu nanti bakal terhias portable cot. Tapi tak apa. Anggap saja itu perabot baru T_____T HAHAHAH. Erk. Portable cot dekat ruang tamu. Memang bukan tempat yang sesuai. Tapi itulah yang paling praktikal.
Barang-barang yang kami rasa macam tak perlu (atau belum perlu), kami tak beli. Seperti ;
- High chair
- Walker (cadangnya tak mahu bagi baby pakai walker)
- Bouncer
- Potty Trainer
- Pacifier
- Cradle
Oh ya. Keperluan setiap bayi itu bergantung kepada ideology ibubapa. Senarai keperluan kita mungkin tidak akan sama. Jadi, janganlah pergi membelek senarai-senarai yang dibuat oleh mana-mana organisasi atau individu (senarai saya seperti di atas misalnya) dan pergi beli semua sekali. Walaupon tak faham kenapa kena beli, beli jugak. Takyah takyah. Kamu kena tahu sendiri kenapa kena ada, dan kenapa tak payah. Kalau ikutkan senarai yang dibuat oleh kebanyakkan organisasi misalnya, memang pengsanlah. Macam whatthefun pon ada bila tengok senarai mereka. Benda yang yang bukan-bukan pon dia nak suruh beli.
.
CLOTH DIAPER.
Pasal cloth diaper itu hari. Terima kasih atas pendapat dan suggestion kamu. Kalau ada yang ingin kongsikan lagi tentang cloth diaper (baik dan buruk) atau apa saja tentang cloth diaper, cakaplah dekat SINI. Sangat dihargai. Tapi pingat tak ada nak bagi. Boleh bagi TERIMA KASIH saja :P
.
DIAPER BAG.

Dulu macam drooling sangat nak yang ini. From Reese Li. Sebab utama, dia designer’s handbag. Cantik. Selepas itu delay kejap. Belek setiap hari dan fikir setiap hari. Lama-lama rasa macam tak bermanfaat. Kurang praktikal. Kandungan dia macam bag biasa rather than as a diaper bag. Dan paling tak guna, harga dia agak gila. Kalau gila dan praktikal, macam boleh pakai. Tapi gila dan tidak praktikal. So, takyah la.

Sekarang tengah aim this one.
Tapi macam nak warna hijau.
OiOi Kiwi Blue Floral Disc Tote Nappy Bag.
Australian Made.
Good bargain.
.
HOSPITAL BAG.
Saya dah pening dah. Tengok website dan baca buku itu ini, macam-macam jenis pembelitan membelit-belit. Macam-macam senarai saya jumpa untuk menyediakan hospital bag. Ada tu yang bukan sikit punya complex senarai dia. Aik? Itu nak pergi masuk labour room ke atau nak pergi holiday 5 hari 4 malam kah? Silap-silap gaya, kalau aku ikut anjuran tersebut, mahu dua luggage aku bawak pergi hospital. Merepek betul.
Minta tolong kepada emak-emak yang terror. Apa yang patut ada? Yang paling praktikal kalau boleh. Terima kasih very much.
Posted by chika under
My Baby You,
My Fancy Pregnancy Jam 3.45 pm, appoinment dengan Dr.Spikey. Okay I named him Dr.Spikey here supaya kalau ada orang google dia, tidak mendarat di sini. Atau mungkin malam-malam ketika sepi, kalau dia sendiri meng-google namanya, dia pon takda sampai ke sini. HAHA. Eceh. Kalau dia tersampai sini pon, apa ingat dia boleh faham? Naaaaaa lupakan yang itu.
Saya lewat sepuluh minit.
Kondisi 32 minggu.
- Berat saya meningkat sebanyak satu kilo yeay! Menjadikan saya kini, seberat 52kg.
- Bayi sudah mencapai 1.9kg.
- Bayi sudah catch up dengan baik dari segi saiznya. Sudah proportion dengan usia, doctor bilang.
- Blood pressure, no problem. A bit low tapi tidak apa-apa.
- Doctor cuba merakam foto wajahnya, tapi terlalu sukar. Mungkin bukan dalam mood untuk vain depan ibubapa. Tak apalah. Mummy tak kesah. Tak lama lagi keluar, siap dia! Muka tersebut mummy gomol.
- Kami terlopong seketika menyaksikan lintasan muka baby. Macam nak teriak ; Itu zuriat kami! Come to momma.
- I can see hairs. Saya tanya doctor, adakah itu hairs? Doctor cakap, maybe. You can see the hairs. Fine, dalam banyak-banyak dan kelam kabur imej ultrasound, rambut juga yang saya perasan.
- Doctor, is the baby blinking? HAHAHA soalan kelakar sekadar menghibur petang Rabu doctor tersebut. No. The doctor said. Sebab kami macam terperasan yang baby tengah blinkblink mata. HAHA perasan je.
Saya paranoid. Macam biasa. Saya tanya akan kemungkinan untuk saya tiba-tiba saja berada in labour next week? HAHA. Sumpah seram tahu! Manalah tahu, tiba-tiba minggu depan dah masuk labour room. Tapi menurut doctor, dia tidak expect saya akan ada mengalami preterm labour ke apa. Sebab sejauh ini, tiada apa-apa complication pada saya mahupon kandungan. Biasanya, kalau ibu yang ada diabetes, kebarangkalian untuk bersalin awal adalah tinggi.
I opt for natural birthing. Normal delivery without epidural. Saya dah beritahu doctor. Saya kata, I will try my best. Kenapa saya pilih untuk normal delivery without epidural? Pertama, awal-awal lagi husband saya suggest not to take epidural. Macam biasa. Saya kan percaya doctor. Epidural boleh membantu mengawal labour pain yang dikhabarkan oleh orang ramai bukan calang-calang sakitnya. Tapi epidural akan menyebabkan rasa lali. Nanti kecenderungan untuk push push akan terjejas. Silap-silap gaya, kegagalan dalam kerja push push boleh melibatkan penggunaan vacuum pula. Dan boleh jadi, ada kesan sikit pada bayi. Tidak pasti. Jadi, saya memilih untuk CUBA berhadapan dengan kenikmatan kesakitan secara kesaktian tersebut. Sekiranya pada hari kejadian kelak saya rasa macam tak boleh blah punya sakit sampai terkapai-kapai dibuatnya, saya akan mintak ; Nak epidural boleh? HAHA macam comel pulak. Ceh, imaginasi nak comel saja.
Saya takut caesarean birth. Saya tak mahu dibelah perut dan uterus. Saya takut akan kesannya. Madah pujangga ada berbunyi ; Once a caesarean, always a caesarean. Itu yang biasanya terjadilah. Habis, bila pulak nak ada peluang merasa nikmat kelahiran semulajadi? Tapi sekarang ni, banyak jugak kes yang membuktikan bahawa madah pujangga tersebut dah boleh dipertikaikan. Ramai obstetrician yang pakar dalam VBAC (Vaginal Birth After Caesarean) Salah seorang Co-founder Arrivals pon seorang yang pakar dalam VBAC. I read a lot about the cases. Sebab, apa-apa sahaja boleh berlaku. Sekarang, kita boleh cakap semua yang kita impikan untuk memberi kelahiran kelak. Tapi complication boleh terjadi pada masa-masa yang kita tak jangka. Saya cuba faham kesemua kemungkinan. Semua kemungkinan ni boleh jadi dekat saya. Malah pada semua pregnant women yang lain.
Kalau ikutkan kemahuan ;
- Saya sangat sangat mengharapkan kelahiran normal. Saya nak rasa nikmat mengeluarkan zuriat secara natural. Saya percaya, cara itu adalah terbaik. Sebab tubuh kita is designed for that. Allah SWT memang menciptakan tubuh wanita dengan kebolehan melahirkan melalui vagina. Saya yakin tak ada satu keburukan pon untuk disenaraikan tentang normal delivery. Setuju?
- Saya tidak mahu preterm labour (going into labour sebelum 37 weeks) Kalau boleh, biarlah mencapai full term of 40 weeks. Memang itu harapan saya meskipon sebenarnya dah tak sabar-sabar nak keluarkan budak di dalam perut ini.
- Saya mahu obstetrician saya …. ya ya Dr.Spikey yang sambut baby. Sebab saya tak kenal obstetrician lain. Saya tak pernah berhasrat pon nak buat appoinment dengan obstetrician lain. Padahal, I can always choose which obstetrician I want to see.
Kita harap itu, harap ini. Tapi apa sahaja yang terjadi nanti, hadapi je lah. Allah Maha Mengetahui.
Saya dengan husband dah discuss. Ini pon sejenis harapan juga ye. Sebab kena ingat selalu, tak boleh tak ingat. Apa-apa saja boleh berlaku during pregnancy, while giving birth and after delivery. Jadi,we better be prepared. Ok ok patah balik pasal discussion saya dengan husband. As mentioned earlier, saya pilih untuk normal delivery without epidural. Tapi andai kata ditakdirkan ada complication, let say baby still tak mahu keluar after 40 weeks to 41 weeks, saya tak mahu induced. I opt for caesarean then.
Wallahualam.
Eh eh. Jantung berdegup kencang. Ini kali pertama saya betul-betul tulis tentang cerita labour. Begitu ngeri. Meskipon sebenarnya saya tidak begitu trauma memikirkan labour kelak, tapi sekarang ini tiba-tiba saya macam shivering. HAHA. Entah. Saya tak mahu stress pikirkan itu. Sampai masa nanti, semuanya terjadilah. Emak yang cakap macam itu.
Cukup? Okay, sudah tu pasal giving birth. Nanti ada jugak anak-anak dara dan anak-anak teruna yang membaca menjadi phobia dengan blog aku. HAHAHA. Yang teruna dara itu, anggap je lah tengah kuliah Biology. KAHKAHKAH.
Siap antenatal check up. Saya melopong di lobi hospital tunggu husband habis kerja. Lantas terhasillah entry susah payah nak taip tersebut. HAHA. Selepas itu, kami dinner dekat Makanan Indonesia. Ayam bakar, terung belado dan ice cream with lychee. Saya makan banyak hoooray! Licin selicin licinnya. Sekarang kan saya poyo. Kalau dapat makan banyak mesti rasa berbesar hati.
Pulang ke Mt.Gravatt and did some grocery shopping at Woolworth.Beli bawang.
Huh. Bukankah entry ini begitu detail? Sampai pergi beli bawang pon dah bagitahu anda. Sekarang apalagi? Tidur.
Posted by chika under
My Baby You
I never leaned over prams and cooed at babies on the street or caught the gaze of their proud parents and offered them a warm smile. Though a mixture of disinterest, fear and, I have to admit, distaste, I rarely offered to hold the newborn offspring of friends and family. Dropping them on the crowns of their partially formed skulls was only one of my many concerns. Infinitely worse was the thought that at any moment I might be hit by a projectile form of liquid waste from either end.
In short, I wasn’t really interested in babies. Babies can’t tell jokes, they don’t have opinions, they smell and they’re more demanding than, well, me.
//Melanie La’Brooy ; The Babymoon
Hurm hurm. Babies bukan kegemaran saya. Okay, at least sebelum ini. Saya bukan macam kebanyakkan kamu, yang pakai wallpaper gambar bayi pada PC. Yang bila ternampak bayi comel di pusat membeli-belah, teruja dan hati berbunga-bunga. Saya lebih kepada rasa plain. Bukan bukan. Bukan tak suka. Tapi, saya berasa biasa saja tentang bayi. Macam bila ternampak bayi comel, terdetik dalam hati ; Comelnya. Tapi tidak membawa ke mimpi atau termimpi-mimpi ke apa.
Dulu. Masa sekolah, cikgu suka membawa bayi kecilnya ke sekolah. Rakan-rakan berebut nak mengendong bayi tersebut. Saya duduk saja diam jauh-jauh. Langsung tak ada hati nak pergi cium, gomol atau buat bunyi-bunyi pelik depan bayi seperi Kuchi kuchiku. Dan sebagainya. Ah, boring! Saya tak tahu samada rakan-rakan memang gemarkan bayi, atau sebenarnya membodek cikgu. I did not know. Tapi tak apalah yang itu.
Kali terakhir emak melahirkan bayi, adalah semasa saya berusia 7 tahun. Sejujurnya, saya tidak ada pengalaman menjaga adek-adek saya. Sebab emak tidak bekerja. Arwah opah, Mak Yang, Ucu dan Mak Teh saya pula tinggal bersama. Kami semua dijaga oleh mereka. Jadi, tak ada sebab kenapa saya kena mendodoikan adek kecil. Tidak pernah.
Pandangan saya tentang baby adalah seperti dalam bahasa novel di atas. Bayi leceh. Mereka menuntut komitmen dari orang dewasa sebab mereka tidak tahu apa-apa kecuali menangis. Mereka bosan. Hanya tidur selepas makan. Bangun tidur dan poopoo. Berbau tidak menyenangkan pada ketika itu. Dan messy. Lebih-lebih lagi, bayi yang hanya dipakaikan lampin tanpa seluar sepanjang hari.Langsung saya tidak berminat.
Saya cuma sukakan bayi yang baru lepas mandi. Bila emak dia dah siapkan wangi-wangi. Tak tak. Saya tak gomol dia atau bermain dengannya. Saya cuma suka sahaja.
Percayalah. Sebelum ini, saya bukan penggemar bayi. Membaca blog kehamilan pon saya tidak gemar. Dan setiap kali ternampak wallpaper gambar bayi comel dekat desktop rakan, mesti saya rasa annoyed. Like ; Baby pada desktop engkau? Lebih annoying lagi, bila bayi yang terpamer adalah foto rambang yang ditemuinya di internet. Yang bukan siapa-siapa.Puuurffft. Itu belum lagi dengan rasa kejengkelan bila orang ramai menggunakan foto bayi pada profile mereka. Saya rasa tak cool.
This time it was different.
This time it was mine.
//Melanie La’Brooy ; The Babymoon
.
Ye. Sekarang ini ia berbeza. Bakal mempunyai bayi sendiri. Pandangan saya berubah sepenuhnya. Baby adalah indah. Memilikinya buat kita rasa kaya. Kaya dalam jiwa. Kehamilan buat saya dipenuhi kasih sayang inside and outside. Saya tidak boleh bersabar untuk melihat zuriat sendiri. Babies are sacred.
My dear Baby,
Mummy dengan Daddy will love you so much.
Ramai orang akan sayang kamu.
Ramai orang akan membela nasib kamu.
Ramai orang akan memberikan yang terbaik buat kamu.
Membesar sajalah.
Jadi ‘seseorang’ yang bermanfaat kepada agama, keluarga dan orang lain.
Your parents will give you a good name.
A good life.
A good education.
A good toys (HAHA)
Tak ada siapa-siapa akan sia-siakan kamu.
Because you are our precious little one.