Archive for the 'movie' Category

Movies; Review Peribadi.

Posted by chika under movie

Review ini dari pendapat peribadi yang kebanyakkan masanya dipengaruhi oleh hati penulis tanpa mempedulikan elemen perfileman yang lebih tepat. Rating yang diberi juga macam tak berapa boleh pakai. Jadi jangan ambil rating ini sebagai bahan berhujah dengan pasangan anda semasa memilih filem. Ini review peribadi, tahu? Tapi sebaiknya, percayalah kata penulis. HAHAHA.

AVATAR
Rate : 7/10

Dah lama dah tengok. Tapi memandangkan saya tak berapa suka mentulis tentang filem (sama macam tak suka mentulis tentang gosip artis macam mensemak saja dalam blog ini) jadi saya tulis tentang ini secara sekaligus dengan filem-filem lain. Semua orang pon terpesona dengan kehebatan Avatar. Jadi kalau tiba-tiba saya muncul bawak statement ; Avatar adalah filem yang sungguh huduh don’t watch laaaah! Pasti macam mintak kena siku saja dengan orang ramai. HAHA. Sesungguhnya, filem ini memang hebat. Animasi dia power. Dan awek berciri Avatar tersebut sumpah sexy lenggok-liuknya. Dan yang terpenting juga untuk diperkatakan, hero filem ini sangat boleh blah muka dia. Tumpang lalu.

Itu kupasan secara logik dan sepatutnyalah.

Ini kupasan ikhlas pula ; Genre sebegini sebenarnya bukanlah genre saya. Sebab itulah bagi rating setakat 7 sahaja. Atau dalam kata lain, rating tersebut berciri peribadi. Tak sesuai dijadikan titik tolak bertikam lidah dengan awek anda pastu cakap ; Nurulism.com bagi rating 7 saja! Tak best manalah filem ini. Kalau best betul mesti dia bagi 10. Dah dah jom tengok filem Congkak, takyah tengok filem  ni (gila ancient tengok Congkak)

.

3 IDIOTS
Rate : 9/10

Sumpah kelakar filem ini. Oh lupa cakap. Ini filem hindustan. Tak tak. Jangan stereotype I. Ini bukan filem hindustan main tepi landasan keretapi pastu awek lari sari berterbangan dan hero toreh tangan dengan pisau. Bukan macam itu. Filem ini berciri lawak educated. I recommend siapa belum tengok,tengoklah. Aamir Khan is the hero.

Macam manakah kami boleh tertengok filem ini? Macam ini cerita dia ;

Dah lama dah. Beberapa minggu lalu (around 3 weeks ago agaknya) kami pergi makan di sebuah restoran Arab. Tetiba saya cakap dekat husband ; I teringin tengok hindustan la. Download la hindustan, please. Sebab dah tahu dah mesti dia tak mahu punya. Nanti bakal ditertawakan. Pastu selepas makan, kami pergi grocery India yang terletak bersebelahan dengan restaurant tersebut. Tetiba dia ada jual movie hindustan I tell you. Terus menggelupur nak beli. Brother cashier tu recommend 3 Idiots ini. Dia kata menang award banyak gila filem ini. Tempted.

Kami pon beli. Balik rumah, husband saya pergi google review filem ini. Macam terror saja. Dekat Brisbane punya cinema pon ada tayang. Dekat UK pon ada tayang. Dekat US pon ada tayang. Ewah. Macam terror. Apalagi, semangatlah menonton. Fuuuu memang terror. Lagi-lagi kepada peminat tegar filem hindi (macam saya). HAHAHA.

Dibagi rating 9 kerna lagi 1/10 ditolak. Sebab lagu tak catchy. Dan heroin (Kareena Kapoor) I tak suka. Always tak suka filem lakonan dia. HAHAHAHAHA bias bukan?

UP IN THE AIR
Rate : 8/10

George Clooney weh, George Clooney! Siapa tidak terpaku melihat lakonannya yang charming? Disebabkan nama George Clooney lah, saya membawak-bawak juga hati untuk menonton filem ini. Wallaa. Memang best. Interesting story.

Tentang seorang lelaki (George Clooney) yang kerjaya dia ialah memecat orang. Stress saya tengok kerjaya sebegini. Macam hanya boleh dilakukan oleh orang yang tak ada hati perut atau pon yang berciri hati kering sahaja. Dan lelaki ini kerja dia ialah travel saja di dalam pesawat. Sebab itulah dinamakan Up In The Air. Dan kisah ini selebihnya berunsur kepercayaan terhadap cinta dan perkahwinan.

Saksikanlah. Tak rugi. Kalau anda rasa rugi pon, boleh pujuk diri dengan menyaksikan George Clooney yang charming. HAHA. Tapi kalau dibagi Richard Gere berada dalam filem ini, terus saya up rating jadik 10/10. KAH KAH KAH. Macam biasa. Sangat tak boleh pakai review ini bukan?

.

THE TIME TRAVELER’S WIFE
Rate : 7/10

Tumpang lalu, rakan-rakan. Mula-mula sekali kena cakap yang Eric Bana adalah tampan. Kalau dikira secara matematik, 4/10 adalah datangnya dari Eric Bana punya muka himself HAHAHAHAHAHA. Dan lagi 3/10 adalah jalan cerita dia.

Cerita ini indah. Memang indah. Tapi agak mempeningkan kepala. Kira semasa tengok filem ini, kenalah membawa sepenuh otak beserta isi kandungan otak. Kalau tidak, memang rasa nak masuk dalam skrin dan tikam sekor-sekor dibuatnya. Agak mengelirukan. Sebab kita sendiri kena faham-faham dan travel mengikut masa. After all, cerita dia unik.

Ending dia sangat menyentuh perasaan. Oyya. Ini memang bukan cerita yang masuk akal.

.

KIKI’S DELIVERY SERVICE
Rate : 6/10

Macam biasa. Miyazaki punya anime semua hebat. Tak ada yang tak hebat. Tapi disebabkan animasi dia selalu hebat gila, jadi bila dia buat cerita seperti Kiki’s Delivery Service ini, dah rasa tak berapa nak hebat untuk tahap dia. Anda faham apa aku tengah cakap ini? Maksud dia, filem ini bukan tak hebat. Hebat. Tapi dibandingkan dengan animasinya yang lain, filem ini adalah moderate saja.

Tapi cukuplah indah suasana cerita. Comel gila!

SPIRITED AWAY
Rate : 10/10

Gaaaaah tidak boleh cakap banyak. Filem ini is the best. Nah nah. Ambik 10 markah! Walaupon filem ini sepanjang kau menontonnya engkau takda berapa nak faham apa kejadahkah semua alien hantu dan mahkluk aneh yang keluar, tapi bila dah sampai ending, engkau akan faham dia punya mesej secara automatik. Superb ah. Sejak menonton filem inilah, saya jadi gila dengan Miyazaki punya karya. I wonder macam manakah Pak Cik Miyazaki ini boleh ada imaginasi aneh-aneh seperti ini?

.

PONYO
Rate : 10/10

Kalau anda mahu menonton objek comel, PONYO adalah jawapannya. Eceh macam tagline nak jual product. Ponyo adalah seekor goldfish yang hendak menjadi manusia. Ponyo sangat comel tak boleh blah. Kalau dia ada depan mata aku sekarang ini, lama dah aku penyek-penyekkan dia kerna terlalu comel.

Macam biasa. Mesej Miyazaki dalam animasi dia ialah alam sekitar. Anda yang belum tengok itu, pergilah tengok I paksa tengok. I paksa. Sangat paksa. HAHAHAHAH.

.

PRINCESS AND THE FROG
Rate : 9/10

Jarang sekali Walt Disney keluarkan filem takda kualiti. Samalah dengan filem ini. Best. Memang sebuah version fairytales yang telah di-twist sampai menjadi sungguh lain macam. HAHA.  Tapi lagu-lagu dalam filem ini tak ada yang catchy, bak kata suami saya selaku peminat tegar Walt Disney.

Filem ini bukan kisah perempuan cantik berkahwin dengan anak raja. Bukan tentang impian seorang gadis inginkan putera raja. Bukan kisah putera raja kaya. Bukan kisah princess cium frog dan frog menjadi putera raja. Tetapi kisah seorang putera raja tak ada wang sebab kewangannya disekat oleh raja (HAHA lawak gila putera raja ni miskin). Kisah ini juga tentang seorang gadis yang impiannya nak buka restoren dan tidak langsung mengimpikan putera raja. Kisah ini tentang gadis yang mencium seekor katak dan gadis itu pon sama-sama menjadi katak. KAH KAH KAH. Twisted gila tak boleh blah.

Ini review saya secara peribadi. Siapa tidak setuju dan ingin membetulkan markah yang saya beri, tidak boleh berbuat demikian. HAHA.

Rasanya, inilah saja filem-filem yang saya tonton baru-baru ini.

Ayat-Ayat Cinta

Posted by chika under movie
“setiap manusia itu, boleh dijodohkan dengan sesiapa sahaja mengikut kehendak-NYA,”
“Seperti Sungai Nil dan juga Mesir. Itu juga jodoh,”

Aku suka Ayat-Ayat Cinta. Sudah selesai menonton filemnya. Novel tersebut semacam harus ditinggalkan atau apa? Tetapi ramai yang berpendapat, membaca novelnya lagi berkesan. Haruslah aku tamatkan juga novel tersebut. Puasnya hati sudah selesai menonton. Lama rasanya aku menanti filem ni.


Kisahnya berlatar belakangkan Mesir dan masyarakat Mesir sendiri yang pelbagai bangsa. Fahri, penuntut Universiti Al-Azhar. Maria, gadis kristian cantik yang mendalami Islam kerana Fahri . Tapi keliru antara cinta dan keinginan untuk memiliki. Aisyah, gadis kaya dari Jerman yang menikahi Fahri dan sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain. Noura, gadis yang mengalami desakan hidup, ternoda, dan tergadai iman kerana cinta. Hmm. Sangat menarik. Semacam mahu menonton lagi.

Scene dia sangat ringkas tapi terkesan. Selepas menonton, percayalah yang engkau bakal sedar bahawa dalam hidup ini, kita belum mengejar cinta. Kita cuma punya keinginan untuk memiliki. Aku juga. Aku juga selalu mengejar untuk memiliki dan bukannya cinta. Dan yang namanya cinta itu, tidak harus memiliki.

Maafkan aku. Bukan atas kesalahanku. Tetapi atas kebodohanku. Aku tidak dapat membezakan antara cinta, dan keinginan untuk memiliki. Ajarin aku solat, Fahri – Maria.

Ah. Aku suka gaya Fahri yang lekas menjauhkan matanya dari tertancap pada cantiknya sepasang mata wanita. Hmm. Menitik air mata menonton filem ni. Honestly, aku bukan perempuan sebaik Aisyah. Berkongsi kasih apatah lagi. Tapi aku juga tidak akan sejahat Noura yang sanggop memfitnah demi cinta.

“Perkahwinan itu melengkapkan agamamu. Bernikahlah dengan wanita yang engkau cintai”


Siapa belum menonton, cepatlah menonton! Kalau kamu pernah menuntut di Al-Azhar atau di mana-mana tanah Arab, mungkin lebih terkesan pada diri. Atau kalau kamu pandai berbahasa arab, mungkin lebih feeling :)

Ayat-Ayat Cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

ketika ku bersujud

(by Rossa)

EDITED : 9.19 pm

Kelakar! Pernah tak, engkau terjumpa orang-orang tertentu yang mengaku dia tak ada certain networking accounts like Friendster/Myspace/Facebook tapi sebenarnya dia ada? Owh, funny betul dia tu. Coincidentally, aku terklik one linklah dekat Myspace semacam untuk mencari orang yang ada dalam messenger list like MSN, AOL or YM. Honestly, tak pernah aku sibuk mencarik siapakah kawan-kawan yang ber-myspace. Sebab aku pon tak da kisah dan lagipun aku dah tak addict dengan those websites. Itu permainan budak sekolah ok. Tapi macam yang dikata, aku TER-klik. Aku pon TER-enter. Rasa nak menjerit pon ada, nak marah pon ada. Gila nih dia nak tipu aku lah tu.

Engkau semua mahu tahu?

Aku selalu ternampak studio mates membuka blog aku di laptop/pc mereka di dalam studio dan membaca secara baris ke baris. Perlukah? Tak kisahlah kalau Shida, Adian, Farah, Aisyah ataupun Gedik yang access. Aku mahu sangat meng-invite mereka tapi ada ramai lagi yang tak boleh dikasi tahu.

Shida pon dah mula bengang-bengang kenapa aku set this blog to private. Aku kata pada dia, sabar je lah. Nanti aku rasa nak open, aku openlah. Aku sangat nak bagi Farah access tapi aku kenalah berfikir secara sangat wise. Laptop dia selalu dikasi pinjam kepada ramai orang. Kalau ada yang masuk, hell to the yeah!

Hmm.. aku lari dari siapa sebenarnya? Dari few unwanted creatures and dari my chinese friends. Mereka sangat sibuk-sibuklah mengintip semacam bosan je. Aku tak da pon mengunjungi blog mereka sebab memang tak best dan tak ada apa nak dilihat. Kecuali jika mereka membuat event, haruslah aku mengintip jugakkan. Oh, ya guys! Studio aku ni memang banyak secret agenda. Saling mengintip satu sama lain. And I’m very sure, kawan aku sendiri pon sibuk men-stalking. And erm.. Oh. Tak payahlah cerita. Tapi tak lama. Right after the graduation, aku akan hidup seperti sedia kalalah.

Berbalik pasal Myspace tadi. AHAHA. Kelakar. Sangat kelakar tapi mencuakkan :)) Luckilylah aku off my profile sudah. Aku pon tahu few persons ni berusahalah mencari my so-called ex. Yew! Get lost. And harapnya, tak adalah yang rajin menyelongkar komen-komen lama ataupun testimonials lama. Sangat jaha
namlah siapa berbuat demikian. Sangat sibok!!!

Oh. Aku tak puas hati kenapakah dia ada Myspace. Semacam tak perlulah ber-myspace. Bukan dengkilah tapi wonder. Buat apa? Bukan ada member pon. Ada satu ja member dia. Perempuan. Entah sapa-sapa aku tak da peduli. Tapi buat apa myspace tersebut? Friendster dia pon dah mula meriah bukan main. Aik? Berbaur hasad dengki? Bukanlah. Aku respect je life dia tapi… perlu ke ber-Myspace? Kenapa tak mengaku kat aku? Sangat rahsiakah?Tapi tak da apa pon. Lagi hina, Facebook pon dia main. Tapi tak da bagitahu aku sampailah aku tanya. Tengok-tengok.. hambek kau! Penuh satu page dah member dia. Sangat bohong. Kenapa? Kenapa? Facebook buduh itu. Semacam permainan halusinasi kissing and hugging. Flirting and sex. Entah apalah. 899 requests. Gila banyak. Mati hidup balik pon tak settle request tersebut.

Cukup dah histeria. Nak buat design! LALALALA. Sampoong Department Store case study dah jot down. Amalan Profesional pon dah email. Demam pon berkerja. Tak demam pon bekerja. Sama je. Uhhuhuhu.

I don’t know what’s worth fighting for.Or why i have to scream. I don’t know why i instigate and say what i don’t mean. I don’t know how i got this way … I know it’s not alright .So I’m breaking the habit. I’m breaking the habit. Tonight