Posted by chika under
LOVE STORY 
.
7 February 2010 ;
Selamat ulangtahun perkahwinan, Sayang!
Malam hari ulangtahun, saya bersungguh-sungguh di dapur. Mencuba sedaya-upaya menghasilkan cheesecake. Cubaan pertama. Tanpa siapa ajar. Tanpa supervision siapa-siapa. Tanpa skill. Yang ada cuma … ehem … kasih sayang. Jadi, ingredient basic membuat cheesecake ulangtahun, adalah kasih sayang. Selebihnya dibantu oleh sikap daring yang tersemai di dapur. Sungguh ni. Memang tidak tahu-menahu langsung tentang kaedah membuat cheesecake.

Selesai solat Maghrib, terus masuk kitchen. Mengeluarkan kesemua apa yang ada. Baiklah jangan siapa-siapa ada hati pergi cuba salin ingredients di atas. Semuanya berciri ‘pandai-pandai’ saya saja. HAHA. Disebabkan tak ada lemon, saya bantai guna lemon juice cap Coles. Disebabkan tak ada vanila oil, saya pandai-pandai pakai yogurt vanila. HAHA. Disebabkan tak tahu apakah jenis cream kena pakai, cottage cream also can. LOL. Bukankah sangat daring?

Tak lama mana nak membuatnya. Lagi-lagi berbekalkan slogan ; ANYTHING OSO CAN. Agak-agak macam dan ada rasa, saya terus bake! HAHA. Jangan pikir banyak. Bake dalam oven. Biarkan sejuk. Masukkan dalam fridge. Dan selepas itu, kami pon ditinggalkan dengan debaran sepanjang malam. Tak sabar nak tengok apakah jadi dengan kek tersebut pada esok hari. Adakah berupa macam kek? Atau pon sudah menjadi macam sejenis spesis yang takda pernah diketahui? Sangat mencemaskan. Dan sebagai orang yang bertanggungjawap menciptanya, saya pasti akan terlalu kecewa kalau esoknya melihat kek yang takda macam kek.
Malam sebelum ulangtahun, kami tidur lewat. Suami sebuk melakukan kerja-kerja sulit. Yang kalau saya lintas saja, dia menggelabah tak tentu hala. Bila saya datang dekat nak duduk sebelah dia, dia suruh saya pergi main jauh-jauh. Saya pula selain sebuk mencipta kek paling daring dalam dunia, saya membuat wall deco. Malam tersebut macam busy. Dalam hati pon busy juga. Berasa touching yang sangat mendalam menjelang ulangtahun pertama. Macam tak percaya langsung. Aik? Sudah setahun? Apsal rasa macam baru 10 minit nikah? HAHA.
Aku terima nikahnya.
Okay SAH.
Bagi mas kawin.
Sarung cincin.
Kucup dahi.
Yeay, kahwin!
Sungguh cepat masa berlalu.
Pagi 7 February 2010. Saya bangkit lewat sikit. Tak sedar bila suami saya bangun. Tiba-tiba saja, dia masuk bilik dan berteriak excited ;
” Happy Anniversary Sayang! *muah* Kek you dah jadi! Yeay!”
We hugged.
Saya rasa CINTA. Dan excited pagi semalam.
Suami mengeluarkan satu bag kecik yang disoroknya atas wardrobe. Sebab dia tahu saya tak akan sama sekali sampai untuk menjenguk ke atas wardrobe T___T Sebab itulah dia sembunyikan di situ. Saya pula, terus berlari masuk ke guest bedroom. Saya juga ada sorokkan hadiah. Saya sembunyikan belakang mirror. HAHA.
Kami duduk atas bed. Bertukar hadiah. Dan saya rasa nak cry. Everytime kami pandang muka sesama sendiri, we hugged each other. Sebab rasa macam emotional gila. Macam ; Dah setahun? How come how come? Sangat emotional. Toooooo emotional. While, the little ‘us’ in my womb was kicking non-stop. Macam dia pon faham juga yang ibubapanya tengah emotionally in love. Sob sob sob.

Ya Allah Ya Tuhanku. The present yang suami bagi sangat sweet. SANGAT MANIS. Dan biarlah kami simpan sendiri apakah hadiah tersebut :) Saya tak boleh henti membelek hadiah tersebut. Setiap saat rasa macam seronok sangat bila tengok hadiah tersebut. Tak sangka saya dapat hadiah tersebut! Thanks, darling. Yang kotak merah itu, hadiah dari saya buat suami. Saya seronok bila dia pon seronok dnegan hadiah tersebut. 
The cards.
Husband saya bukan jenis yang ‘macam ini’. Maksud saya, bukan jenis yang akan sanggup create card sendiri. Bila dia lakukan ini sepanjang malam, saya rasa macam TERHARU sangat sangat. Patutlah malam tersebut asyik tak kasi saya intai apa dia buat. Ingatkan dia nak hantar email ke apa. Rupanya, dia buat kad sendiri! Gosh. This is tooo sweet, boleh kena darah tinggi ye. HAHA. Tepat jam 12 tengah malam, beliau tuliskan sebuah entry anniversary dalam blog ini. Saya tak sangka langsung. Bila saya masuk blog sendiri, dan terbaca ada entry yang macam aneh gila ; Eh, aku tak buat entry ni. Saya betul-betul terkejut. Terus terkedu depan laptop.
Saya dalam bilik ketika itu. Suami di ruang tamu. Saya rasa macam nak nangis tiba-tiba. Saya call husband saya. HAHA. Saya ucapkan terima kasih dan terus menangis tersedu-sedu di hujung talian. See. Emotional gila.
‘You nak I naik?,’
‘Nak’
‘Okay I naik sekarang. Bye. Assalamualaikum’
Fuh. On the phone pada malam ulangtahun. Bukankah sangat romantis? HAHAHAHA.
Lepas bertukar hadiah dan menikmati hadiah disamping melayan emosi dan sebagainya, suami tarik saya turun ke kitchen. Beriya-iya dia ajak saya tengok kek.
Baiklah. Kek tersebut taklah AWESOME. Nama pon main bantai buat saja. Tapi nilai sentimental dia, priceless I guess. Sekali lagi rasa nak nangis kek yang sungguh aneh tersebut.

Rupa tak ada. Rasa ada.
Dan kami melakukan kerja yang sangat messy pagi tersebut.
Main tulis-tulis menggunakan blueberry jam.
LOL.
Kek ini mungkin tidak kelihatan great.
Mungkin tidak berasa great.
Tapi kami enjoy the cake seperti inilah kek paling hebat dalam hidup kami.
.
One year is never enough.
We need FOREVER.
I Love You, Husband.
Posted by chika under
LOVE STORY My name is Bunga Chika Lestari.
Yewwwwwh Chika! Tolong sumpah sekarang tak akan ulang lagi nama di atas, I meluat. HAHAHA. Melakukan perbuatan annoying memang my habit, well. Selain menggunakan nama Chika Citra Lestari, saya juga pernah menggunakan nama Nurulism Hepburn, Chika Dior malah pernah juga menggunakan nama Anggerik Desa. CEH sumpah geli ah jom blah semua. Menyesal ah baca nurulism.com kalau tahu Chika macam neh. HAHA. I gurau lah gurau. Siapa panggil saya Bunga Chika Lestrai secara lebih lanjut, siap dia. HAHAHAHA. Eh dah ah asyik annoying je.
Hari ini telah keluar bersama rakan sekolah ke Puchong membawa ke Bangsar dan seterusnya ke kedai jambu 88 di mana kejadian Dedek buat hal mintak mainan harga RM18 pastu ulang ulang cakap sepanjang jalan sumpah terror sanggup ulang cakap mintak mainan tanpa henti. Good luck Astri. (info : Dedek adek bongsu Astri)
Cerita Puchong, Bangsar, Dedek mintak mainan, Aizar menyampuk tak bagi salam, Jullian beli kereta baru cash fuyyyo terror dan sebagainya akan kita ceritakan kemudian. Sekarang kita cerita benda manis-manis dulu semanis lori gula terbalik what the heels ? *&%#%^
Eii manisnya. CEH. Belum cerita lagi hati dah flowery bau softlan floral peach (eh tetiba pulak) Sumpah merah menyala hati ini bagaikan cinta kali pertama menyapa hati :x (icon cinta berdegup-degup versi yahoo messenger)
Masuk sahaja ke dalam rumah pada petang tadi, terus merah menyala oh jantungku. Histeria di tempat kejadian terlupa ada emak ada makyang ada bapa di depan mata. Terus tango di situ. Gedik sekali.

Sejambak bunga di atas meja kaca! Dengan kiriman kad bersampul merah jambu oh so lovely. Tak fikir lain dah. Takyah teka dah takyah. Dalam fikiran dan hati yang penuh kecintaan ini, dah tahu sangat dah lelaki manakah yang manis sekali mengirimkan jambangan bunga buat saya. Tak ada terfikikan lelaki budiman lain dah. CEH kau dah kawen lelaki budiman mana pulak nak buang duit bagi kau bunga? HAHAHA.

Lovely………….. ! From my dearest husband I LOVE YOU. Manis sekali perbuatan tersebut mengirimkan bunga buat isteri di tanah air. Cannot tahan liao. Very touching sob sob sob. Tak sangka-sangka akan mendapat a bouquet of roses bagaikan dalam usaha mengorat phewwit phewwit. He is the man! Bukan sahaja bermain bunga semasa nak mengorat, selepas dah dapat pon masih sanggup bermain bunga. Sangat lovely, Sayang I can’t help it.
Punyalah touching separuh nafas dibuatnya, tidak sedar telah melafazkan kata-kata berani mati di hadapan keluarga. Memuji suami sendiri pastu lupa yang ibubapa sedang menonton aksi ngeri tersebut. HAHA.
“Ya Allah. Sayang ni comellah. Romantic always omaigod. Sayang, I love you too. Waaaa… rindunya kat you lama tak jumpa”
Sumpah annoying ok aku hari ini. Cakap yang bukan-bukan melepas kalimat cinta depan ibubapa CEH tak malu ah dia neh.
My mom is MY MOM okay. Apa lagik, dia bantai gelaklah beberapa harkat di situ langsung tidak bersisa. Gelak habis-habisan. Bapa sudah tersenyum sangat pannnjang. Mak Yang mentengok muka anak buahnya dengan penuh seri. Pasti dia pon takda boleh memahami istilah percintaan muda-mudi zaman ini.
“Tak apalah. Dia nak puji suami dia sendiri, apa salahnya,” Emak cakap pastu dia ajar ramai-ramai ketawa. Okay fine.

I love you too Sayang.
There’s nothing really matters but the love you bring.
Thanks for coming into my life.
I miss you Sayang.
To see you in the morning with those big brown eyes

Seperti biasa. Citarasa bunga-bungaannya selalu cantek.

Setiap kali menerima bunga dari beliau, saya mesti tak boleh lepaskan nostalgia 6 June 2008, bila beliau mengirimkan bunga pertama kepada saya. Hampir setahun dah berlalu. 6 June 2009 ini, genaplah setahun semenjak peristiwa ROSES itu. Genaplah setahun saya menyedari kehadirannya dalam hidup saya. Macam-macam berlaku hanya dalam setahun. Berkenalan, berbalas email, kehadiran perdananya bertemu ibubapa, bertunang, bercinta, berkahwin, ber ber ber ber HAHAHA. Banyak lagi tidak tersebutkan. Sesungguhnya, inilah dia setahun yang sungguh bermakna dalam hidup saya. Sungguh berharga. How expensive? Priceless. Sejak kehadiran beliau dalam hidup saya, setiap hari adalah indah sekali dan penuh loves berterbangan beserta sayapnya ECEH. Okay habis dah basah keyboard siapa nak lap? T__________T
Hari ini bagaikan mengulang sejarah 6 June. Sumpah I tell you. Saya pergi ke ruang tamu. Terlihat jambangan bunga atas meja kaca. Berbalut ungu. Membaca kad. Berkongsi kegembiraan dengan ibubapa. Membaca kad yang sama tetapi dengan ucapan yang berlainan. Dan juga kejadian dengan brother florist yang seakan-akan sama dengan kejadian satu tahun lalu.
Begini.
Florist : Nurul Haizum siapa kak?
Emak : Anak akak.
Florist : Ni mesti boyfriend dia bagi ni.
Emak : Taklah. Dia mana ada boyfriend (emak memang terbaik ah)
Florist : Ooo. Ni mesti secret admirer ni. Kirim salam kat anak eh Kak.
Emak : Okay.
Oh begitu dejavu.
Dah lah tu I nak pergi nangis sebanyak satu sungai. Sayang, you cry me a river T____T
Posted by chika under
LOVE STORY 
Where do I begin
To tell the story of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love he brings to me
Where do I start
Where do I start? A bouquet of roses itu tentunya merupakan the start button to switch this love story on. Wah bukan main ‘diabetes’ entry saya kebelakangan ini. 12 kuntum mawar merah itu tiba di kediaman saya pada petang Jumaat, 6 June 2008. Dihantar melalui perkhidmatan florist (Lebih thrill jika dihantar sendiri. I cabar you! Ok takyah. Dah terlambat)
Saya menolak setolak-tolaknya untuk keluar menyambut jambangan bunga tersebut. Emak bising suruh keluar ambik sendiri. Degil is my middle name, well. Akhirnya setelah main tarik tali dengan emak, emak tumpas dan kena keluar menuju ke pintu pagar untuk menurunkan tanda tangan berharga.
Emak cerita ;
Brother florist : Nurul Haizum ni siapa Kak?
Emak comel : Anak akak.
Brother florist : Mesti cun kan kak?
Emak comel : Cun (Biasalah. Selain comel, emak memang gerek. I love you emak)
Brother florist : Ni secret admirer hantar ni Kak.
Emak comel : Mana tahu?
Brother Florist : Saya agak. Mana anak akak tu?
Emak comel : Dia taknak keluar. Dia tu memang.
Brother comel : Kirim salam kat anak hiks (Patutlah jadik florist sebab gedik HAHA)
Ada bunga cantek! Ada bunga cantek! Untuk Nurul Haizum dari tak tahu siapa!
Tiba-tiba emak macam melelong bunga di pasar tani pakai topi besar seluar bunga-bunga (eceh apa ni apa ni?)
Perempuan dapat bunga tak ada beza sangat dengan kera dapat bunga. Pasti terkam punya. Bohong sangat kalau kau berlagak sombong orang bagi bunga pastu kau tak happy atau tak rasa nak terkam bunga tersebut. Bohong sangat. Jangan bohong tak baik. Err. Saya sangat seronok dapat bunga. Tapi air muka kena jaga takkan nak biarkan drop di depan keluarga. Bertahanlah membuat muka sangat stabil macam tak heran sangat. Tapi jambangan tersebut melekat dalam pelukan macam mempeluk suami £”!@??”!”
Bila bapa pulang dari solat Jumaat pada hari itu, emak tak sabar-sabar hendak menjatuhkan air muka anak gadis (ketika itu masih gadis T______T Kenangan lalu ceh ceh ceh!) Emak yang excited lebih pergi menunjuk-nunjuk kepada bapa bunga tersebut seolah-olah bunag tersebut untuk emak pulak (Excuse me, emak) HAHA. Tapi jangan pelik sangat. Emak memang selalu excited sama macam anak gadis dia ini (sekali lagi, gadis dalam kenangan HAR HAR HAR HAR)
Bapa asyik tanya ; Siapa Mr. H?
Saya cakap saya tak tahu siapa. Memang saya tidak tahu. Namun begitu, saya mempunya clue serba sedikit. Tapi tak baik membuat tuduhan tak berasas. Maka dibiarkan sahaja Mr. H tersebut kekal sebagai misteri pondok indah (eh ni buku cerita seram kanak-kanak usia bawah 7 tahun yang boleh beli dekat van jual buku dekat sekolah agama)
Bapa senyum dan tanya lagi dan lagi. Cuba serkap jarang tapi tak berjaya. Please try again. HAHAHA.Kebetulan beberapa hari selepas itu saya perlu ke Penang untuk Traxxit Event di USM. Sebelum ke Penang, saya snap a few pictures of the bouquet. Inilah yang saya maksud tadi sebagai ; Kera dapat bunga. Pasti seronok. Pasti excited lebih walaupon berlagak steady muka stabil taknak kalah. Dan pasti terkam punya. Hanya menggunakan kecanggihan tak berapa canggih cameraphone Sony Ericcson saya. Dengan tujuan ; senang nak tatap kelak sepanjang perjalanan dalam bas. Boleh berangan macam gadis desa digilai putera raja. Ceh.
Sampai di Studio pula, sebuk menceritakan perihal bunga misteri tersebut kepada rakan baik sebanyak dua orang (Yang tidak tercalon harap maaf jangan sentap. Kita tetap geng walaupon terlupa nak ajak join rahsia bunga misteri ketika itu). Farah dengan Aisyah sahaja yang bertuah dapat kongsi kenikmatan bunga mawar (Ceh. Over)
Sampai di sini sahaja kisah bunga tersebut. Namun jika ditanya dari manakah permulaan yang menganugerahkan perkenalan, ia berlaku sebelum peristiwa Bunga Mawar ini lagi. Namun bagi saya, this bouquet of roses adalah babak satu Love Story ini. Dan apa yang berlaku sebelum peristiwa Bunga Mawar merupakan intro of the story. Anda faham setakat ini? Kita akan terus kepada babak berikutnya.Iaitu apakah yang berlaku sebelum saya dikurniakan (Ewah. Macam darjat kebesaran pulak dah) sejambak bunga mawar.

With his first hello
He gave new meaning to this empty world of mine…
Subject : just wanted to say hello…. and possibly my last goodbye
Saturday, May 10, 2008 12:51 PM
From: Ahmad Hizwani
To:Tulip_glowing@yahoo.com
Message contains attachments (Beliau sertakan dua keping gambar beliau dalam attachments files yang langsung saya tak cuba membukanya ketika itu)
My dearest Nurul
Assalamu’alaikum,
May this mail find you under the blessings and barakah of Allah, and in the best of health and imaan. I would like to first and foremost, apologize if this writing had perturbed your tranquility; that is not my intention and for that I am deeply sorry. That is why, i will make you a promise, to never again contact you after this if that is what you so wish… or if you have decided not to reply to what I had to say.
Yes, it felt like I had to say something…. for fear that i might not have the chance to in the future. Nevertheless…. the only regret i might have at the time you’re reading this, is if you had been inconvenienced by this short and inconsiderate ramblings of my thoughts.
Somehow or another, I managed to stumble upon your facebook and subsequently your blog. It had been such a pleasure to read it (at least while it lasted anyway). Through your writings, one could not help but to wish to share in both your joy, and your happiness. The beauty of how you could find such simple pleasures in the most unlikely of places and situations…. was inspirational. Conversely, some of the ways that you could find things to complain about, when others wouldn’t have cared…. was somewhat hysterical. It is my wish that maybe someday, I could inspire such feelings in others, as you had inspired it in me.
Do not think of me as a stalker for I am not…. and do not think of me as a playboy or a player for I am neither. I pray that my every stroke of the keyboard stems from a sincere wish for a blessed relationship. I am uncertain as to whether you are no longer looking for a relationship or not. If you are happy with how things are, I apologize for seemingly trying to disrupt it. I shall be happy that you have found happiness, and I pray that it will last forever for you.
If somehow you, like myself, are hoping for something better, then without promises or commitments, I would like to extend my sincere hopes and wishes, that maybe we could find it in each other….
Thanks for listening,
Yours sincerely
Hizwani
wassalam
Saya hanya membaca email tersebut sebaik sahaja saya
pulang dari Johor (atas urusan akademik ; measured drawing in Kulai). Saya ingat lagi. Saya penat sangat waktu tu. Tapi setelah membaca email beliau, saya tidak teragak-agak langsung untuk reply. Knowing me, anda akan tahu bahawa saya tidak sewenang-wenangnya membalas mesej dari orang sembarangan. But I found him as ‘
someone for something’. HAHA. Sumpah berasa senang sekali dengan email tersebut.
WITH HIS FIRST HELLO (
he gives new meaning to the empty world of mine)
Subject : tengkiu
Thursday, May 15, 2008 1:06 AM
Saturday, Thursday 15, 2008 1:06 AM
From: Ahmad Hizwani
To:Tulip_glowing@yahoo.comAssalamu’alaikum
Dearest Nurul,
Thanks for your reply…. after a couple of days of sending my mail… i kinda realised that it’s not a good idea to make it so that you only have to do nothing for me not to write to you again….. It would have left me waiting forever… ok… exaggeration…. anyway…
Looks like you really take your studies to heart…. even your mail has it’s own architecture… carefully numbered… skemanyerrr…. but anyway….
And if you don’t mind, yes, it would be nice to be included in your blog’s readers list. hmmm actually in some way it’s nice and convenient… in another way, it’s kinda annoying… people tend to use it as a substitute for personal communications etc….myself included lah… tapi takpelah…
secondly - I never thought of you as being sombong. I don’t make judgements like that for people i don’t know. As to me not being annoying… well.. unfortunately, i make no such promises :P I have been known to not be able to shut up… even if it meant talking to myself. hehe
thirdly - yes, i would like that very much.
fourthly - thanx for replying….. walaupun dalam kepenatan. I guess it has already been about 5 days, and another day probably wouldn’t have mattered - but it did matter to me that you didn’t wait another day :) so thanks
sixthly - i’m just checking to see if you’re paying attention - it’s supposed to be fifthly
anyway, you’re staying kat ngan UKM bangi main campus kerr? I live not far from UKMnye kommuter station. Maybe we could go out sometime - just as friends.
In any case, hope we can chat later. take care
wassalam
Hizwani
Saya telah membalas email beliau tanpa bertangguh sehari pon. Sebaik sahaja menghabiskan perkataan terakhir, I clicked the reply button with pleasure. Sungguh ringan hati untuk membalas. Walaupon saya hanya membalasnya dengan ucapan terima kasih (sebagai seorang penulis blog kepada pembaca yang setia, macam anda semua juga). Dan juga dengan menjemput beliau ke blog saya. Pada ketika itu, saya telah set blog saya (nuruloveme.blogspot.com) to invited readers only. (Atas sebab yang berciri @!”:@”!$^& Tolong faham sendiri)
Sejak itu, beliau semakin kerap mengirim email kepada saya. Dan beberapa email tidak saya balas. Saya sendiri tidak mempunyai sebab kenapa saya tidak membalas email beliau. Seperti itu jugalah, saya tidak mempunyai sebab akan mengapakah saya harus membalas email beliau. Kerna bagi saya ketika itu, he was a perfect stranger.
Email seterusnya dari beliau bertarikh 20 May 2008. Dengan subjek ; A simple token of my gratitude. Dalam email tersebut, beliau menyatakan hasratnya untuk mengahwini saya (eh belum lagi, belum lagi! Silap pulak) HAHAHA. (Ceh Chika! Suka sangat buat entry anti-klimaks. Kacau ‘diabetes’ ah kau neh Chika!) Ok serius. Serius. Dalam email tersebut, beliau menyatakan hasratnya untuk bertemu saya. Beliau ingin memberikan sesuatu kepada saya sebagai tanda penghargaan. Yang langsung saya tak faham untuk apa dan kenapa. Seingat saya, saya tidak mempunyai keterujaan yang mendalam tentang itu. Saya pon tidak berapa ingat, sama ada saya membalas email tersebut atau sebaliknya.
Nevertheless, I do wish that you will grant me the simple pleasure of possibly inspiring a glimpse of a smile on your lips…. just as you have inspired the laughter in my solitary heart.
Tapi saya tahu. Sebahagian hati saya mula menyukainya. Setiap ayat yang beliau create untuk saya mungkin kedengaran too Shakespear and too Player bagi anda. Malangnya, saya tidak mempunyai sikit keraguan tentang ayat tersebut. Hati saya rasa mudah sekali untuk merasakan keikhlasan beliau. Walaupon saya tetap bersetuju untuk meletakkan beliau sebagai seorang Stranger, tapi saya tidak meragui keikhlasannya. Sikit pon tidak. Dan secara diam dan tanpa kawalan saya, dia mula ada tempat at certain part of my heart. Tapi saya tak pasti. Betul-betul tak pasti. Tak pasti kenapa hati saya berasa sangat mudah.

There’ll never be another love, another time
He came into my life and made the living fine
He fills my heart
Yes, he fills my heart. Pada 23 May 2008. Beliau emailkan kepada saya, dua surat yang ditulisnya untuk saya.
LETTER 1
My dearest Nurul Haizum,
Assalamu’alaikum
It’s 2am on Monday the 19th of May… and my first thoughts as I was woken up from my troubled slumber was of you. I had thought of what I might say to you if ever I had the pleasure of saying it…. until I realised that it might not be that of a pleasurable moment. It would probably be painfully awkward…. with every sentence uttered by my then dried up lips ending up with me wanting to crawl into a black hole and hide for eternity….. forever hoping that I could have said it better….. hoping that I could have simply deleted it from its pathetic existence…. just as easily as I had edited this e-mail.
As I wrote this unworthy letter, I knew that I would not have the courage to mail it to you…. at least not yet. The first e-mail I sent you took me 2 weeks to complete - though that was for a different reason. Nevertheless, even if I never had the courage to mail this letter… I wrote it partly for myself…. as a testament that at this moment in time…. these were my thoughts, and this ‘is’ how I feel.
You may ask why is it that I was so certain about how I feel right now when we have never even met. I could have answered that it was your personality, your creativity, and your beauty…. but in truth, I would not have the words worthy enough to describe it.
It would seem that many men had yearned for your companionship for so many years. Many have failed and I had no reason to believe that I was to be the exception. I must have not been the best looking among them…. neither am I the funniest…. neither am I the most romantic and passionate…. neither am I the wealthiest…. neither am I the ‘aalim’est…. and maybe neither am I the most intelligent nor the wisest…. and all I could afford to offer you now, is merely my deepest sincerity…… and yet somehow, rather naively, wishing that it could be enough.
at the very thought of you….
Wishing and dreaming…. that even for the briefest of moments…. we could be more than just strangers….
permit my heart to skip a beat or two….
Yours faithfully…
I feel that I have to also apologize yet again for my selfishness and inconsiderations. I apologize for somehow, despite my best intentions, wanting you to be disturbed…. and I apologize if indeed you were in any way inconvenienced by this letter. But do not ask me to apologize for having these feelings for you.… for even if you could not forgive me for these transgressions… I wish that you could still
LETTER 2
Assalamu’alaikum… buat saudari Nurul Haizum..
Semoga e-mail ini menemui saudari Haizum dibawah naungan keberkatan ilahi, dalam kesihatan jasmani dan keimanan yang baik, insyaAllah. Ingin saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf sekiranya coretan ini hadirnya tanpa dialukan. Semoga saudari Haizum dapat juga mengampuni keterlanjuran dan sebarang ketidak sensitifan saya dalam menulis e-mail ini. Bukanlah hajat saya untuk menimbulkan masalah bagi saudari Haizum.
Tujuan saya menulis e-mail ini adalah kerana saya ingin saya memohon keizinan saudari Haizum untuk berkenalan dengan saudari dengan lebih lanjut. Diharapkan agar saudari tidak menganggap pemintaan ini sebagai keterlampaun. Saya berdo’a agar saudari tidak mengabaikan hajat ikhlas saya ini. Mungkin saudari Haizum boleh beristikharah terlebih dahulu sebelum memberikan jawapan saudari. Sekiranya setelah itu, jawapannya masih tidak, insyaAllah saya akan menerima keputusan saudari dengan hati yang redha dan terbuka.
Namun begitu, saya memahami akan keraguan yang saudari mungkin ada dalam mempertimbangkan permohonan ikhlas saya ini. Oleh sebab itu, izinkan saya menawarkan satu cadangan. Jika diizinkan, mungkin saya boleh bertemu dengan ibubapa saudari Haizum terlebih dahulu untuk meminta kebenaran mereka untuk saya mengenali saudari. Dengan cara ini, mungkin mereka boleh mengenali diri saya yang amat da’if ini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Dari pelbagai sudut, saya rasa ini mungkin lebih baik. Adakalanya, keputusan yang dibuat oleh kita ini adalah berdasarkan hawa nafsu. Namun, insyaAllah keputusan yang dibuat oleh ibubapa kita itu lebih berlandaskan cinta seorang ibu dan bapa, dalam mengharapkan yang terbaik untuk anak kesayangan mereka.
Dengan ini juga, mungkin lebih mudah untuk saudari meminta agar ibubapa saudari Haizum untuk menolak permintaan saya ini. Dengan cara ini, saudari Haizum tidak perlu bersusah payah dari segi emosi atau fikiran, tentang bagaimana hendak menolak permohonan saya. Dan juga, sekiranya ditakdirkan Allah, saudari sudi menerima kunjungan saya, tetapi ibubapa saudari Haizum tidak merestui pertemuan kita, maka mungkin lebih baik jika kita tidak berjumpa walaupun hanya sekali.
Walau apa pun keputusan saudari Haizum, saya do’akan semoga saudari Haizum sekeluarga akan menemui kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat. Saya do’akan juga, semoga Allah memberi kekuatan kepada diri saya dan saudari Haizum untuk menerima balasan saudari dan ketetapan Ilahi dengan hati yang redha dan dengan hati yang penuh dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan.
Salam keikhlasan,
Hizwani
wassalam
Saya dah tak tahu nak rasa apa ketika itu. Saya jadi addict dengan email dan ayat-ayat beliau. Saya jadi ketagih dalam diam. Sungguhpon saya tidak membalas sebahagian email tersebut, dalam hati Allah saja yang tahu. Saya tahu ketika itu saya belum ada cinta untuk diberikan pada dia. Tapi saya mula merasakan perkara-perkara aneh. Iaitu kerelaan, ketagihan, dan kemudahan hati. Saya tidak jemu-jemu membaca ayat-ayat beliau. Saya tidak tertekan atau berasa jengkel dengan perlakuan beliau. Malah saya berasa sangat lapang hati dan membenarkan sahaja beliau meneruskan apa sahaja yang ingin diteruskannya. Seperti seorang yang sangat pasrah ketika itu. Untuk dokongsi bersama pembaca, saya nyatakan satu perkara tentang perasaan saya sepanjang tempoh tersebut ; Saya tahu saya tidak boleh mencintainya kerana dia hanyalah seorang stranger yang dikenali melalui email dan mellaui tulisan blog saya. Tapi saya sangat pasrah untuk membiarkan apa sahaja yang berhasrat dihatinya. Ah. Kau tak faham bukan? Saya pon tak boleh membuat diri saya sendiri faham ketika itu.

He fills my heart with very special things
With angels songs , with wild imaginings
He fills my soul with so much love
Email demi email. Hari demi hari. Tipu kalau saya tidak terpedaya dan terpengaruh. Sebagaimana ilusi saya mengganggu perasaan dia, seperti itulah ilusi dia mula mengganggu fikiran saya. Dan saya tahu saya tidak boleh menipu lagi.
My dearest Nurul Haizum,
I’m not demanding your heart in return… neither am I expecting it… here I am… offering you my heart…. professing my feelings for you….
My dearest Nurul Haizum….
Unconditionally…. without exaggerations or embellishments… in anticipation of hostility and ridicule (and not caring if it indeed happens…), with all the sincerity and honesty that I have….
I love you.
Email 29 May 2008 ; A missing heart. Yang betul-betul merentap jantung saya. Kalimat terakhir itu terus membuatkan saya semakin tidak faham apakah yang sedang berlaku. Saya masih khayal dalam ketidakfahaman. Namun, masih dan masih lagi merelakan apa sahaja untuk terjadi. Saya tidak mintak beliau untuk berhenti menghubungi saya. Saya tidak mintak beliau pergi jauh. Malah tidak sama sekali berasa letih. Saya belum mencintainya. Tapi saya seakan-akan pasrah. Dan yakin seperti suau hari nanti, saya akan mencintainya. Aneh betul rasa itu.
Beliau minta saya membuat solat istikharah. Meminta pertunjuk dari Allah SWT tentang dia. Tentang saya. Tentang kami, mungkin. Saya menolak keras. Saya ada ego saya sendiri. Saya tidak tahu bagaimana boleh saya tergamak memberitahu beliau bahwa saya tidak akan melakukan istikharah hanya kerana permintaannya. Namun hanya Allah yang tahu. I did that. Ow man, I did that! See. Betapa pasrahnya saya. Hati saya bagaikan digerak-gerak menjadi terlalu mudah.
Sepanjang mengenali beliau, saya sering mengikut kata hati. Saya lakukan apa sahaja dengan hati yang ringan sekali. Begitu pasrah bagaikan setiap apa yang saya lakukan itu diredhai. Rasa cukup tenang.

That everywhere I go, I am never lonely
With you my love, who could be lonely
I reach for his hand-its always there
My dearest Nurul Haizum,
I was rather hoping that at the end of this rather inconsiderately long letter, I could figure out what I should do next. Somehow, the solution never came to me. Nevertheless, I can’t presume to know the whispers of your heart. Maybe you said certain things because you felt something…. or who knows… it might even be out of pity and guilt. I guess, in many ways, I’m not even sure what my own heart is saying for it seems to be murmuring in a language I have not heard of before. Maybe the solution will come to me later… or maybe this is a problem that need not solving, but endured. One way or another…. I hope that you will forgive me…. for all those that I have or have not done… be it known or hidden from me…. and for all those that I may or may not do…. though I have yet to know what they are….
Hizwani
Wassalam
PS. Ishhh…. the last sentence tu bunyik dodgy pulak…. macam i nak buat illegal activity jerr…. but seriously…. I simply have no idea….
Ini pula perenggan yang dipetik dari email beliau bertajuk What The Future Holds (Wah, macam novel siap tajuk) bertarikh 15 June 2008, Sunday. Email beliau semua panjang berjela-jela. Dan setiap ayat sangat merentap jantung I tell you. Maafkan saya, tidak boleh kongsi semua. HAHAHA. Chika kedekut Chika kedekut. So what? HAHAHA.
Dari email ini, saya mula bertanya dengan serius. Apa yang dia mahukan sebenarnya (wah begitu hebat Chika neh)Di bawah ini saya sertakan email keanak-anakan yang saya reply kepada suami (eh masa tu belum jadi suami lagi. Jumpa pon belum. Muka pon tak pernah tengok HAHAHA. Sumpah comel perbuatan neh)
From: -Nu|2uL-Haizumz
To: Ahmad Hizwani
Sent: Sunday, 15 June, 2008 10:47:17 PM
Subject: Re: what the future holds….
assalamualaikum there.
okay.marilah i cakap secara terus terang. I ingat the very first time I dapat email dari you. Few months ago. Pasal lagu, right? Lepas tu tiba-tiba u hantar email yang sangat tak dijangkakan. Seriously i tak perasan that you are the same person yang pernah email.
I baca semua email you. Tapi tak reply sebab memang tak nak reply. Sebab I tak tahu kenapa I kena reply? And what for? Untuk apakah dan atas alasan apakah. Tapi i memang pay my attention pada semua email you. Sampailah tiba-tiba muncul roses kan kat rumah I on friday. Err.. I memang suka roses la so memang tak boleh deny lah. Memang suka. HAHA. My parents macam sangat wonder. I said I dunno tapi mereka still curious. Sampai akhirnya terpaksa ceritalah sikit-sikit.
Then i pergi penang. I letak bunga tu atas katil. Klau boleh nak bawak gi penang sebab i tahu, bila i balik lepas 6 hari pasti sudah layu. mesti macam sedihla bukan bila tak dapat tengok bunga tu segar dan layu depan mata. HAHA. Err… macam funny eh? Nevermind. Mari teruskan cerita. Tapi i sempat snap few gambar kat handphone. So kadang2 mengisi mas lapang, i pon tgklah bunag tersebut. HAHA. Err… peliklah bukan. Sebab memang suka bunga. Hihi. Sampai rumah, carik bunga. Aik? Haha. tengok2 dah tergantung. My mom gantunglah. Dia kata kesian bunga tersebut layu macam tak appreciate. Padahal memang appreciate tapi nak buat macam manakah? HAHA.
I tak check email. Semalam baru check. Then baca your 1st email. Tapi tak nak reply. Tapi masa tu ada terdetik rasa lain macam pulak. Err… tah lah apakah tu tak tahulah. Tapi memang tak nak reply. Sebab sangat tak tahu buat apa nak reply. Macam perbuatan yang luarbiasa kalau reply. Tapi lepas baca 2nd email, terus reply. Dan terus publish my entry about the roses.
Err… saya tak tahu kenapa saya rasa blank. Sangat blank. Dan secara tiba-tiba macam teringin beristikaharah. Tapi macam wonder… why o why? Erk. Completely blanked lah.
But i will.
Some day.
Kejap lagi mungkin.
mungkin esok,
mungkin esok lagi atau mungkin nanti.
i will.
again, tq.
err… apa awak nak?
in one perfect explanation.
:)
Lantas cepat sahaja mendapat email balasan bertarikh 16 June 2008. Dengan subjek ; What I want.
Hmmm… what I want… in a perfect explanation… but I’m afraid…. some things are not meant to be expressed in words for words are merely a verbal interpretation of our thoughts, dreams, and desires…. Sometimes… all you could do is laugh… while sometimes…. all you could do is scream…. and sometimes…. all you could do is shed a tear…. coz sometimes… words are just not enough to express that which lies in the heart….
Nevertheless… in a flawed and imperfect explanation….
If you’ll permit me….. I want to spend the rest of my life getting to know you….
But for now…..
I’ll settle for a second a mere glimpse of your smile….
a touch of your disapproving gaze….
a note of your voice….
and an atom of the air that you breathe
sorry… it sounded like you wanted me to be direct… but I like they say… at the touch of love ….. everyone becomes a poet…
Anyway… I don’t want to distract you from your studies… I guess…. at this moment in time… despite what I want… what you need is to finish what you had started…. so if you want some space… if you need some space… I would settle with thinking of you in my silence… and reading your thoughts in your blog. Just tell me, and I’ll leave you be for now…
anyway… just a few more minutes left before my computer dies on me….
so many words… so little time…
in any case…
goodbye for now… and I’ll be here hoping that one day… our paths will cross…
yours sincerely…
wassalam
hizwani
Saya berkeras tidak mahu melakukan istikharah. Anda bayangkan. Seorang lelaki yang langsung anda tidak kenali datang dengan cara ini dalam hidup anda. Memenuhi hari-hari anda dengan bahasa-bahasa email. Yang mana samada anda sedar atau tidak sedar, anda rela, anda tidak rela, anda pasrah atau pon tidak, diam-diam mempengaruhi perasaan anda. Dan mencipta satu suasana lain dalam hati. Sangat aneh kehidupan saya ketika itu. Setiap saat saya rasa detak jantung saya lain macam. Aneh.
Dalam pada tidak mahu itu, saya beristikharah juga. Terus terang, tiada mimpi atau petunjuk yang jelas. Namun yang dapat saya rasanya, makin lama makin terbuka saja hati. Makin mudah menerima apa sahaja yang dirancang beliau. Semua kata-kata beliau mudah saja masuk dalam fikiran dan hati saya. Walaupon ketika itu saya masih blur.
Benarlah. Beristikharahlah untuk mendapatkan petunjuk dan kekuatan hati.
Kadang-kadang ia berlaku secara komedi. Setelah lama berbalas email, saya macam bersetuju untuk berkenalan. HAHA. Ya I am typically poyo, you know that no? HAHA.
Saya akan berkongsi sesi perkenalan kami yang agak komedi bila diingat-ingat. Ianya berlaku pada email 17 June 2008 apabila saya mula bertanya ; saya patut panggil dia apa. Sebab saya tak tahu apa nak dipanggil. HAHAHAHA.
hmm…. actually… i pun tak sure nak panggil you ni apa…. Nurul kerr… Haizum kerr…. Chika kerr… adinda sayang intan payung buah hati beta kerrr….
as for me… I pun tak sure sangat…. I don’t really have much friends your age…. (alamak… bunyik macam I ni ancient sangat pulak). People I know of your age (yg sebenarnya ramai….), they all call me Doctor…. tapi takkan nak you panggil I tu kot.
Akhirnya saya end up tidak memanggil beliau apa-apa. HAHAHA. Sekarang lain. Sekarang saya panggil beliau Naruto. Eh Naruto pulak. Mana ada. Saya panggil beliau Sayang. HAHA. Comelnya.
Sorrylah kalau I ni banyak cakap omputeh…. dah biasa sangat dah… I just realised recently that i’ve actually lived abroad more than I’ve lived in Malaysia. Patutlah makan pun nak kene bersudu garpu. Tapi kalu SPM tu…. still A1 BM… so no kutuk kutuk yeh…
I kinda realised some of those personal flaws you mentioned… not to say that I know you… I’m not trying to rationalize things because… there’s so much about all this that is just blatantly beyond reason… at least not the kind of reasoning that’s within the reach of my limited intellect nih. Tapi… tah cammanatah… all those imperfections that you claimed to have… seems to be a perfectly complementary to my own.... contohnya… macam you punya amazing skill to screw up anything you try to cook…. That’s actually perfect… coz I don’t really like to eat….. eh… ye kerr…. hmmm… well, I guess food is kinda further down the list to my health concious eating habit and a few other anti-food habit I have… I ni memang obsessed sikit dengan my weight nih… ntahlah…
About me being a nice person… hmm…. well… my mum told me that I’m a nice person… mestilah betul kan???? :) Tapi tak tahulah I ni betul betul nice ke tak…. I guess it depends on who you are… But if you’ll let me… I’ll spend the rest of my life proving to you what a nice guy I am… ;)
Ya Allah. Dan ketika ini, you always be the nicest guy I have ever had, Sayang. And you’re now spending the rest of your life proving to me what a nice guy you are. Betapa luarbiasanya. You sudah merealisasikan apa yang ucap dalam email 17 June 2008 yang lalu. You tak pernah bohong, Sayang. You dah buat semua yang you cakap. How much I love you *and my tears drop* Sorry keyboard, air mata terjatuh nanti kita lap okey.

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
18 June 2008, beliau mula berani menulis email yang sangat membuatkan saya seram sejuk. Saya belum grad pon ketika itu. Belum selesai thesis. Masih bergelut dengan thesis untuk enyempurnakan pengajian sarjanamuda sains seni bina saya di UKM.
I’m kinda glad that you would be prefer to be called Nurul…. Sorrylah kalau terberangan sikit… tapi waktu musim cuti sekolah ni… ramai org kawin…. so nampaklah pepapan tanda sana sini ’sifulan dan sifulani’ dsb (hmm… lama dah tak pakai dsb nih…. anyway….) so adalah I terpikir… seandainya….. hmmm…. seandainyalah….. ‘Haizum dan Hizwani’. Sorry…. you mesti tergabra nih bila I dok sebut pasal kawin pulak tetiba nih… anyway….
Gila betul. Sumpah menggigil satu badan. Dia sudah mula menyebut tentang kahwin. Oh Tuhanku.
Bila disemak semula email yang lalu, saya tak percaya saya pernah menulis kata-kata di bawah ini kepada beliau ;
Allah Maha Tahu.
Mungkin hari ini i call u stranger.
mungkin nanti bukan.
mungkin akan terus menjadi stranger.
mungkin juga bukan.
mungkin akan jumpa.
mungkin jugak tak.
Allah Maha Tahu.
Sepanjang bulan June tahun lalu, kami saling membalas email. Tak terlintas dalam fikiran akan bertemu, bercinta apatah lagi berkahwin. Yang saya tahu ketika itu, hidup saya betul-betul percuma (free maksud saya. Bukan percuma lelong bagi orang HAHA) Saya jadi malas meikirkan planning selepas grad. Saya mahu hidup berlapang-lapang dengan masa sahaja. Sesungguhnya beliau datang memang pada masa yang tepat.
Anyway… kalau you nak amik some time off… I’m planning on working in Australia for a while…. planning jerr…. tak sure lagik…. I pun banyak tak sure sekarang nih. But if I’m working there, bolehlah, kalau you nak ikut (eh… tetiba pulak ajak datang merantau). Bolehlah kalau nak pi tengok Sydney opera house, Sydney harbour bridge, the tallest residential building in the world - Q1 building kat gold coast where we can watch the sunrise and set etc…. tapi kalu jemu tengok architecture, kita main koala, kangaroo and dolphin pun boleh gak. hmmm…. bunyik cam merapik…. tapi sebenarnya, taklah joking sangat…. at this moment in time, the only person i want to be there with… is you…. sorry…. you’re trying to concentrate on your studies. I shouldn’t worry you with things like this. just finish this course….nothing else matters in the next 2 weeks…. especially not a stranger like me….
HAHAHA. Saya ingat lagi. Waktu dulu beliau sering tanya saya ; Kalau ada peluang, you nak ikut I ke Australia tak? Sumpah terbeliak bijik mata dibuatnya. Biar betul lelaki neh nak bawak aku pergi Australia. Ingat Allah ingat Allah. Saya ni kadang-kadang jenis lampi atau dalam kata lain, lambat pickup. Tak percaya tanya rakan-rakan saya. Saya terus menggelabah dan cakap ; Eh mana boleh ikut you! Nak kena dengan emak I? HAHHA. Kemudiannya dia tanya lagi ; Kalau boleh? I said KALAU boleh. Saya cakap ; eh memang tak bolehlah. Eiii mana boleh.
Saya tak faham yang ketika itu dia bermaksud untuk menikahi saya dan membawa saya di sampingnya (eceh). So romantic bila dikenang-kenang. Sayang, you memang thrill tak boleh blah. Alhamdulillah. Q1 building kami sudah jejak bersama. Sebagaimana dalam angan-angan beliau dalam email tersebut ; Menyaksikan matahari terbenam bersama-sama di atas deck Q1 building. Ya Allah. Sudah jadi kenyataan. Sydney belum lagi. Insyaallah bila ada rezeki dan kesempatan :)

I have no answers now but this much I can say
I know I’ll need him till the stars all burn away
Diringkaskan kisah yang semakin panjang ini, pada suatu hari di bulan July, beliau menyatakan hasrat untuk terus bertemu ibubapa saya. Setelah usaha untuk mengajak saya bertemu gagal (Suami saya baik tau. Tak nak keluar berdua-duaan. Kalau nak keluar mesti bawak emak atau adek.Gila comel bukan?)
Saya kata JANGAN. Saya tak mahu dia datang ke rumah bertemu ibubapa saya sebab tiada sebab kenapa dia kena datang ke rumah. Tapi dia berkeras. Dia kata, saya selalu buat silap dalam hidup saya (melalui pembacaan di blog) Saya juga ada kalanya salah membuat keputusan. Jadi dia akan membuat keputusan untuk hidup saya yang mungkin akan menentukan hidup dia juga. Saya jadi terkesima dan tak tahu nak kena cakap apa. Saya tahu kalau apa pon saya cakap, dia tetap akan datang ke rumah. Walaupon saya nyatakan saya tidak akan keluar bertemu dia. Saya nak menyorok di bilik. Sombongnya kau Chika, keluar skang! HAHAHA. Pada waktu tersebutlah. Sekarang … HE HE HE.
InsyaAllah, I will come to your house on Friday, after Asar prayer… roughly around 5.30pm. I just hope that your parents will be there… preferably with no explosives or flammable materials within easy reach. I’ll leave it up to you to tell them or not. I’m sorry if it would seem like I’m putting you in an awkward and difficult position. If it’s any consolation…. I’m totally freaking out here myself… I have no idea what I’m getting myself into…. it’s all a mystery… and I’m scared myself… a little excited.. but mainly seriously freakin’ scared!
anyway… you’ve just popped up online… so I guess I’ll talk to you again… sooner rather than later it would seem… And hope to see you soon… (eventho you did say that you were gonna hide in your room…. )
Saya semakin pasrah.
huh?
so you memang tekad nak datang eh? Tak sangka you memang serious about that. Thrill lah tindakan ni.
Betapa sukarnya saya untuk memberitahu ibuabapa tentang ini. STakut pon ada. Malu pon ada. Bayangkan. Entah siapa-siapa yang secara mendadaknya mahu datang bertemu ibubapa saya semata-mata untuk mendapatkan restumengenali saya. Ya Allah. Apsal thrill sangat neh? Sekarang anda tahu suami saya seorang yang degil dan gentleman. Fuuuyooo.
Dan pada 4 July 2008 bersamaan hari Jumaat, beliau datang ke rumah tepat-tepat jam 5 petang. Saya mengintai dari tingkat atas. Ibubapa melayan dia dengan begitu baik. Saya tekad tak mahu turun atau bertemu dengannya.
Adek-adek saya naik ke bilik. Pujuk-pujuk saya supaya turun. Ijat kata tak baik saya biarkan lelaki yang beriya-iya dan bersungguh-sungguh seperti itu. Emak pon suruh saya turun. Saya ingat lagi ayat emak ; Turunlah jumpa dia. Ya Allah. Sedapnya mata memandang muka dia. Lembut sangat air muka dia. Betul tak tipu. Sejuk hati tengok muka dia. Turunlah jumpa dia.
Chika seperti Chikalah. Keras hati.
Tapi tiba-tiba, saya turun juga. HAHAHA. Ada baiknya anda semak semula entry saya yang
INI. Ada saya ceritakan tentang hari itu.
Dan pada hari itulah kali pertama kami bertemu.
4 July 2008. Bertemu di kediaman saya di Cheras. Apabila dia dengan penuh keberanian datang ke rumah bertemu ibubapa. Sedangkan kami sebenarnya tidak mengenali satu sama lain secara serius. Hurm. Nak gugur airmata bila kenangkan semula. Betapa luarbiasa hari itu.
Dari tangga saya mengintai-intai. Saya nampak jelas muka dia buat kali pertama. Putihnya. Tingginya. Hidung err.. mancungnya HEHE. Saya perhatikan saja. Dan saya mengaku. Berdetak jantung tengok dia ketika itu. HAHA. Nampak begitu suci dan bercahaya (wah wah). Dia duduk di ruang tamu menjamah minuman panas. Memakai baju melayu hijau. (Ya Allah, suami aku kah tu? HAHAHA) Dan bapa saya melayan dia berbual-bual sikit tak kekok. Bukan senang nak tengok bapa saya menerima kawan lelaki saya sebaik itu. BApa saya pon senang sekali dengan sikap dia.
Bapa saya puji sikap dia yang very gentleman itu. Terus datang berjumpa ibubapa. Sopan dan teratur :)

And you’ll be there.
Ada antara anda yang masih ingat akan entry yang INI? Orang yang dimaksudkan (yang mengajar saya menyediakan larutan ORS haha) adalah dia. Sweet sekali. Waktu itu kami sudah mula berkawan. Sejak bertemu buat pertama kali, atas keberaniannya yang tiada tandingan datang rumah orang bagi salam (nasib baik bagi salam HAHA), saya semakin terbuka hati untuk menerimanya. At least, untuk terus mengenali dia.

Sekarang mari kita saksikan kronologi LOVE STORY ini.
Sepanjang June : Peristiwa mendapat bunga dari Mr H (eceh, Mr H konon. Apa ah Sayang main huruf huruf neh) HAHA. Dan sepanjang June, kami berbalas email dan beliau sakan mengayat saya dengan ayat-ayat cinta luarbiasa.
4 JULY 2008 : Dia datang ke rumah secara gentleman. Pertemuan perkata kali kami disaksikan oleh keluarga saya sendiri. (KLIK UNTUK ENTRY)
9 JULY 2008 : Pertama kali kami keluar dating (ewah, terus dating I tell you) Kami pergi dinner yang turut disertai oleh adik saya, Haizat. Dinner kami di sebuah restoren Lebanon bernama Tarbush. Saya order chicken soup sahaja lepastu tak habis makan sebab gugup. HAHA. Itulah siapa suruh muka comel sangat pakai kemeja hitam pastu suara romantic. Melting di dalam. Pada malam itu juga semasa dinner, beliau mengajak saya ke rumahnya pula untuk bertemu ibu beliau. Wah. Biar betul. Begitu pantas. HAHA. Dan pada malam itu, selepas pulang dari dinner beliau kena jumpa grandparents saya pulak. Sudah. Haji Jamian nak jumpa. Habis kena interview. HAHA. (KLIK UNTUK ENTRY)
13 JULY 2008 : Saya ke rumah emak beliau (sekarang emak mertua sayalah yang comel itu. Emak mertua saya cantek dan comel sekali). Gila bukan? Saya pon tidak tahu kenapa sebegitu ekspress. Dan mengapa saya sebegitu pasrah. Ketika dia ajak ke rumah bertemu emaknya, saya tidak teragak-agak menyatakan ; OKAY. Sedangkan saya pon tak tahu kenapa dan untuk apa. Kami pon belum ada apa-apa hubungan ketika itu. Tapi sudah mula bergayutan di telefon berjam-jam punya lamanya. HAHA. (KLIK UNTUK ENTRY)
16 & 17 JULY 2008 - Rumors cepat saja tersebar. Di studio UKM, sudah mula berpuaka dan berleluasa kononnya saya mahu kahwin. Sampai saya naik angin. kalau anda pembaca saya sejak di Nuruloveme.blogspot, anda tentu ingat entry emosi saya yang mengamuk tak menentu sebab anda semua dan rakan-rakan saya membuat khabar anginkononnya saya akan berkahwin. Sedangkan ketika itu saya tidak terfikir pon hendak berkahwin. (RUMORS 1) (RUMORS 2) (RUMORS 3)
18 JULY 2008 - Beliau datang ke rumah bersama emak beliau. Ya Allah. Berdegup jantung saya. Sumpah tak tahu apa tujuan mereka datang. Sebab suami saya ketika itu tidak bagitahu pon sebab kenapa emak dia nak datang. Saya cuma terfikir. Mungkin untuk berkenal-kenal dengan keluarga saya. Sumpah lurus bendulkan aku neh? Lampi kepala. Tahukah hari tersebut merupakan hari MERISIK. Sekarang anda tahu. Majlis merisik kami sangat steady. Tiada majlis besar-besaran. Tiada kenduri. Tiada pakai baku cantik berkilau-kilau atau sarung cincin dan sebagainya. Malah ibu bapa dan atuk sya snediri terkejut taks angka kehadiran mereka petang itu untuk merisik. Ya Allah. Sangat steady bukan? Dah lah kami tidak pernah mengikat hubungan apa-apa tiba-tiba sahaja masuk merisik. Sewaktu itu, emak beliau panggil saya turun ke bawah. Bertanya dengan begitu tenang ; Nurul, Nurul sudi tak terima rombongan kami nak masuk meminang minggu depan? Bagaikan langit semua bergegar. Bulan bintang semua turun ke riba ke apatah. Sumpah tak tahu nak cakap apa. Muka saya merah menyala. Muka beliau pon merah menyala. Tertunduk terus dia. Langsung tak berani angkat muka. Dia kata, dia ykin seperti saya akan menolak. Dan dia pasrah. HAHAHA Entah kuasa super mana tah, saya akhirnya mengangguk setuju. Itulah kuasa jodoh. Tanpa pernah bercinta kasih sayang bagai pasangan merpari dua sejoli (ceh), kami terus bertunang dengan begitu tenang dan penuh kecintaan secara magik.
27 JULY 2008 - Hari pertunangan kami. Yang juga menjadi kejutan kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara dan pembaca blog saya. Semua terkejut. Saya sendiri dalam kejutan. Hanya 5 kali berjuma (kalau tak silap saya) dan kami terus bertunang. Hanya dalam tempoh TIDAK SAMPAI SEBULAN BERKENAL SECARA NYATA, kami sudah sah mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah. Semuanya gara-gara tindakan beliau sendiri yang degil dan begitu berani. HAHA. Maka terbitlah entry kontroversi ini. Saya pon tidak menyangka beliau sebegitu serius dan pantas. Hubungan kami memang lebih pantas dari bullet. Hanya beberapa kali pertemuan, terus proceed ke tahap itu. Betapalah besar kuasa jodoh. Hati pon begitu kuat, sikit tidak berbelah bagi. Sangat yakin dengan apa yang berlaku walaupon masih tak fahambagaimana semuanya terjadi. HAHA.
Entry pertunangan saya boleh dibaca di SINI.
Anda saksikanlah sendiri jarak waktu tarikh yangs aya nyatakan. Begitu pantas bukan?

Kami melangsungkan pernikahan pada 7 February 2009. Tidak lama selepas pertunangan, beliau terus ke Brisbane. 4 bulan kami tak jumpa. Dan beliau hanya pulang ke Malaysia seminggu sebelum ijab qabul.
Mulanya dalam perbincangan semasa majlis pertunangan, beliau minta tarikh perkahwinan pada bulan 10. Wah. Keluarga saya tidak bersetuju sebab terlalu awal. Belum sempat bernafas keluarga saya dibuatnya. Terlalu laju kisah kami neh. Sampaikan family saya (mungkin family beliau juga) tak sempat nak berlapang dada. Ibubapa saya sendiri pon masih dalam keadaan sedar tak sedar. HAHA. Kemudiannya ditunda ke bulan January. Malangnya beliau tidak dapat cuti. Hinggalah bagai ketetapan Allah SWT, bulan February barulah kami bernikah. Iaitu lebih kurang 6 bulan selepas pertunangan.
Semalam, 7 May 2009.Genap 3 bulan kami mendirikan rumahtangga. Saya semakin cintakannya. Tiada satu masa pon saya tidak menyayanginya. Dialah suami saya kini.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ Dan 7 May 2009 juga menjadi hari yang semakin penuh dengan kecintaan ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
I love you Sayang ♥ Terima kasih sebab datang dalam hidup I. Terima kasih sebab ada dalam hati I. Terima kasih for everything. I will spend the rest of life, loving you. Insyaallah. Semoga Allah terus kuatkan hati kita, sebagaimana kuatnya hati kita dahulu untuk memulakan semuanya. Thanks Sayang. I love ♥ ♥ ♥ you and that will never be enough.
Saya harap entry ini sudah memenuhi permintaan ramai yang mahu sangat tahu bagaimanakan fairytales kami.Secara sinopsis :
- Ianya sebuah kisah cinta yang benar-benar magik dan datang tanpa disangka.
- Kisah cinta ini adalah lebih laju daripada bullet.
- Cinta boleh dipupuk. Bukan dikira dari sifat masa, tapi dikira dari kekuatan hati.
- Istikharahlah. Istikharahlah untuk mendapatkan petunjuk dan kekuatan hati dari yang Maha Esa.
- Bercintalah dengan jalan yang benar. Allah pasti redha.
- Pertunangan hanya satu ikatan. Bukan acara yang menghalalkan perhubungan. Kami pernah lalui cinta jarak jauh. Ianya indah.
- Perkahwinan bukan sebuah happy ending. Ia adalah permulaan kebahagiaan yang hakiki. Hargailah perkahwinan. Sayangilah suami anda sepenuhnya sebaik sahaja beliau sah bergelar suami. Kerana ketika itu, bermulalah letaknya syurga wanita di sisi suami.
- Jodoh itu rahsia Allah yang begitu indah. Jangan tidak percayakannya. Jangan pernah menafikan jodoh.
- Fairytales itu wujud. Dalam pelbagai cara dan untuk bahagian masing-masing.
- Semua manusia itu akan mendapatkan bahagian masing-masing. Cuma dalam keadaan dan masa yang berbeza. Istikharahlah.
- Perkahwinan menjadikan anda sebagai seorang insan yang baru. Yang lebih baik, jika anda inginkan kebaikan. Yang mungkin lebih buruk, jika keburukan yang akan pupuk.
Saya pernah terbaca di dalam satu buku ;
Sekiranya wanita itu tahu betapa besarnya nikmat yang Allah berikan ke atas wanita yang menghargai suaminya, nescaya wanita-wanita itu akan sanggup mencium tapak kaki suaminya.
Wallahualam.
Starring : Chika and the Darling Husband.
Photos by : Tripod
Photos Location : Broad Beach, Gold Coast.
Soundtrack music : Where Do I Begin by Andy William.
*terdapat banyak bahagian email dan penceritaan yang tidak disertakan dengan sempurna. Biar saya simpan. Kongsi sikit-sikit sahaja :D