Archive for the 'love' Category

SUSU

Posted by chika under life, love
Offline Message.

Hooray! Esok pergi berpeleseran dengan Athirah. Rindu. Sangat.
Ooops! Jangan tanya aku download dari mana skin YM aku. Aku letih nak jawap. Dan tak mau jawap. TAK MAHU! Terima kasih.

div1.gif image by klasik

LUMBA SUSU

Saya tak berapa suka minum susu. Kecuali yang berperisa strawberry / coco / coklat. Yang tanpa perisa tu, ala-ala berat jugalah nak telan. Lagi-lagi susu tepung. Adik saya pun ada sifat yang sama dengan saya. Tapi kami dipaksa minum susu. HENDAK atau TAK HENDAK. Kena minum. Arahan oleh : Bunda. Kalau dah arahan bunda tu memang mati hidup balik, mati balik dan hidup balik pon payah la nak lepas.

Oleh itu, setiap pagi dan malam kami akan buat perlumbaan. Iaitu perlumbaan siapa habis minum dahulu. Kegiatan ni dah berlangsung beberapa minggu lamanya. Dan memang efektif. Kami menjadi semakin semangat hendak minum kerna hendak menang. Kami juga pasti minum tanpa perasaan jelik kerna hendak menang. Dan tak perlu minum lama-lama dan menikmati betapa tidak enaknya susu. OLE-OLE-OLE! Kami semangat minum susu! Kami suka susu!

Semalam lumba lagi. Pukul 10 malam. Sebelum lumba, kami buat lawak buduh dan saling terbahak-bahak. Masa lumba, habis tersembur susu membanjiri ruang dapur. Badan adek saya habis melekit kena mandi susu. Sebab dia berlumba sambil terbahak-bahak. Dan sebagai impak masimanya, pukul 10 malam semalam, kami mengemop di dapur bagaikan bibik yang kena dera oleh majikan. (tapi kejadian ini tidak diketahui oleh ibubapa)

Kami dah belajar sesuatu. Setengah jam sebelum lumba susu, kami akan pastikan kami tidak saling membuat lawak buduh. Jiwa kena kental dan serius. Dan akhirnya malam ini kami berjaya lumba dengan tenang. Keputusannya seri. Kalaulah minum susu boleh mabuk… dah lama aku mati tersedak.

div1.gif image by klasik

menjelang sisa-sisa hidup yang seronok ni,
aku dah jadi sangat malas.
aku menjadi obses dengan televisyen.
ada DUA template aku dah buat tapi separuh jalan.
Aku rasa macam nak sedekah je blog skin tu kepada yang memerlukan.
Kalau hati aku macam baiklah nanti.
Tadi masukkan mp3 player.
Bukan sebab memang nak masukkan.
Tapi … adalah beberapa seru yang mendesak.
Mp3 player akan memekak di blog ni sehingga malam esok SAHAJA.
Satu lagi kerja terbengkalai adalan YM skin.
Pergi jahanam. Aku stress.

div1.gif image by klasik

aduh.
Rindu nak bercinta.
“u drive to Johor?,”
“No.Parents said NO.”
“if I drive?,”
“It’s okay. You drive lah”
“Then we go by bus lah,”
Ya. I hope you are with me along the way.
But I need car too.
AHAHAHA!
miss you.

ok, surrender!

Posted by chika under love
saya baru hendak pulih semalam.
Pagi tadi saya bangun tidur, saya senyum.
Sebab saya terasa waras dan realistik.
saya sudah boleh terima kenyataan.

Tetapi hari ini,
perasaan sedih dan mengharap telah bertukar menjadi…
SAKIT HATI.
Saya berkecil hati.
Saya SANGAT berkecil hati.

Once love stopped… it does not mean YOU can hurt each others feelings right?
Saya tidak mahu apa-apa.
Cuma jangan buat saya berkecil hati.
Because we still have ONE YEAR to go.

Tergila-gila

Posted by chika under love

malam jadi siang siangpun jadi malam
tidurpun ku tak bisa tenang…
bila sedang jatuh cinta
semua terasa indah
aku tergila gila

rasa di hatiku melilit makin erat
dan rasaku tak akan salah
kuyakin ini cinta, aku sedang jatuh cinta
aku tergila gila

kini ku berjanji hanya untuk kita
sumpah mati akan kujalani
hatiku sedang tergila gila denganmu

malam jadi siang siangpun jadi malam
tidurpun ku tak bisa tenang bila sedang jatuh cinta
semua terasa indah aku tergila gila

hanya padamu hanya denganmu
aku berani hadapi apa saja

rasa di hatiku melilit makin erat
dan rasaku tak akan salah
ku yakin ini cinta aku sedang jatuh cinta
aku tergila gila

kini ku berjanji hanya untuk engkau
sumpah mati akan kujalani
hatiku sedang tergila gila denganmu

aku berani hadapi apa saja
asalkan aku tetap denganmu
sungguh ku sedang tergila gila denganmu

denganmu…

Ini lirik lagu. Ini bukan luahan hati. Kalau aku tergila-gila satu hari nanti, aku pasti tampalkan sekali lagi lirik lagu ini. Di sini. Aku cakap lagi sekali. Ini lirik lagu. Ini bukan luahan hati. Bukan. Lagu Melly Goeslow ft Paundrakarna. Lagu yang dah berputar berjuta kali hari ini. Kalau i-tunes pandai komplen, mesti dia dah teriak minta aku menjadi lebih bertimbangrasa. Kalau i-tunes ada anggota, dah lama aku kena lempang sebab dah dekat seminggu si i-tunes kena kerja keras putarkan lagu ini secara berulang-ulang. Kalau i-tunes … ah, suka hati engkau lah i-tunes.


Engkau semua nak cuba dengar?

Dah dua kali dalam minggu ni, aku jumpa orang tu dalam mimpi. Sampai aku jadi tak keruan. Aku perlu mengambil masa sepurnama dua untuk memastikan samada mimpi itu tergolong sebagai mimpi ngeri ataupun mimpi indah. Bagi aku sepurnama dua. Bila aku sudah dapat jawapan, aku akan huraikan jawapan kepada soalan subjektif tiada markah ini.

Dah hampir 4 tahun berlalu. Pembohong besarlah kalau aku kata, ingatan aku langsung dah hilang tentang dia. Macam yang pernah aku beritahu dia dulu. Aku hanya boleh lupakan dia kalau aku sudah hilang ingatan sahaja. Bukan aku tak mau lupakan. Tapi mungkin sebab terlalu NAK lupakan, aku jadi bertambah ingat. Dulu-dulu, aku rajin duduk atas sejadah, berdoa supaya perasaan aku dipulihkan dan ingatan aku jadi kurang baik tentang dia. Mengingati dia buat aku rasa heart attack. Tapi makin doa, aku rasa makin dekat. Akhirnya aku buang segmen ‘doa untuk dia’ dari program doa-doaku. Kononnya nak membiarkan kuasa alam melupuskan semua ingatan.

Berjayakah kuasa alam?

Bolehlah…. Sekurang-kurangnya, aku tidak histeria lagi tentang dia.Aku tidak ingatkan dia hampir setahun lamanya. Tapi tiba-tiba… dalam minggu ni sahaja, dua kali sudah mukanya muncul beraksi. Aku sebenarnya sudah lupa sedikit raut wajahnya. Tapi mimpi tanpa kategori itu membuatkan aku ingat kembali senyum dia, kening dia (yang merupakan bahagian favorite aku pada dia), juga aku rasa terkesima kembali dengan senyum dia. Yang kononnya pernah diungkapkan oleh gadis-gadis tanah air ini sebagai ‘senyuman yang mencairkan hati-hati perempuan’. Aku pon perempuan yang pernah kecairan itu.

Kenapa dia perlu singgah dalam mimpi aku? DUA KALI! Kalau sekali, aku rasa itu kebetulan. Tapi DUA KALI, aku rasa… rasa… (sila lengkapkan ayat ini kalau sudi)

Ada orang kata, mungkin sebab aku rindukan dia sangat. Mungkin aku fikirkan dia sangat. Wak lu! Musim bunga dan musim panas sudah empat kali bertukaran. Lama sudah aku tidak main perasaan tentang dia. Lagipon, semuanya memang sudah plain. Aku pon sudah naik lupa hampir 50% tentang dia. Aku sudah lupa suara dia. Tapi mimpi tu… mimpi tu brengsek betul. Sekarang aku jadi ingat kembali suara dia.

Ya Allah. Ketika aku mengambil keputusan untuk bertemu dia (lebih 3 tahun lalu), aku memohon petunjukMU. Selepas bertemu juga, aku masih memohon petunjukMU. Sepanjang bersama dia dulu, aku sentiasa mohon petunjukMU. Sebab ada perasaan aneh-aneh yang aku rasa. Sebenarnya aku memang tergila-gila waktu tu. Tapi perasaan aneh selalu halang aku dari berusaha mendapatkan dia. Waktu dia menjauh, aku tahu aku masih boleh terus terang bahawa aku tengah tergila-gila. Tapi perasaan aneh memberitahu, biar dia pergi. Semua tentang dia adalah aneh.

Sampai hari ni, aku masih tak boleh terima hakikat yang dia pernah muncul dalam hidup aku. Mungkin betul kot. Dia hanyalah satu mimpi.

“awak, saya nak bagi tau awak sesuatu ni. penting,”
“apa? esok tak boleh ke?” aku sebenarnya menganggap itu tidak penting. sengaja dipenting-pentingkan.
“tak. takut terlambat…”
“apa?,” (waktu ni aku masih budak. semua benda aku anggap gurauan.)
“saya… saya… nak…”
“nak apa? nak jadi superman?” (waktu ni, aku ikhlas mengajak dia bergurau. Aku juga yakin dia mahu ajak aku bergurau”
“aa… mm… ha ah. nak jadi superman” nada dia mendatar. dia tak macam nak bergurau. aku terkedu. jam sudah 1.00 pagi ketika itu.Berjenaka ke dia?
/>
“awak.. saya nak buat pengakuan ni,” kata aku tiba-tiba je masa kami tengah ronda KLCC macam orang gila.
“apa?,”
“saya penat. nak duduk,” spontan aku menjawap.
“la… ingatkan pengakuan apa,”

sebenarnya waktu tu aku nak buat pengakuan lain. Aku nak beritahu dia… Aku nak kawan lama-lama dengan dia (yang bermaksud, aku taknak ditinggalkan). Tapi kebuduhan memusnahkan kebahagian.

Tengok! Aku jadi ingat kembali dialog-dialog merpati dua sejoli semacam ni. Semua ni gara-gara mimpi. Sedangkan penat aku bertungkus lumus melupakan dia bertahun lamanya. Senang-senang je usaha aku musnah hanya kerana 2 kali mimpi itu.

ewah, terbukak telenovela cinta pulak! aku bukan nak buat statement yang aku tergila-gilakan dia kini. TIDAK SAMA SEKALI DAN ITU TAK MUNGKIN. Kerana sejarah sepatutnya dijadikan pedoman, bukan untuk diulang. Mimpi yang datang 2 kali tanpa dijemput-jemput tu membuatkan aku berfikir lagi dan lagi. Dia baik. Walaupon dia pergi tiba-tiba, waktu aku rasa dia tak akan pergi… dia tetap baik. Dalam mimpi pon dia muncul dengan watak baik.

Semoga tidak ada mimpi episod 3. Sebab kalau mimpi episod 3 muncul, aku nak pergi redah Malaysia ni carik dia. AHAHA! Takut tak?

Habis.

esok balik UKM.
esok tak payah ke kantor.
oh, kisah airmata sungguh….
sepilah kantor tanpaku.
Tabahkan hati semua… (perasan.com.my)

Mabuk Cendawan

Posted by chika under celebrity, love
sekarang!
i mean sekarang…
tolong beritahu saya kenapa tidak saya tergila-gilakan drama EmilEmilda? Why not?

Satu dunia dah tau saya ni mabuk cendawan pada Fahrin Ahmad. Mengimbas kembali nostalgia silam, blog saya pernah menjadi medan cinta agong tergolek terlentang tak berkesudahan. Oh betapa ketika itu saya sangat angaukan dia. Maksud saya Fahrin Ahmad. Sekarang juga masih angau. Ditambah lagi dengan adanya Aaron Aziz yang juga menjadi kegilaan saya sejak beberapa tahun yang lalu. Kemunculan kedua-dua spesis kumbang tampan tersebut mengukuhkan alasan kenapa saya tidak boleh tidur awal.Hanya tidur selepas tamat bercengkerama. Astaghfirullah… (dan esoknya pasti curi tulang-temulang untuk lelap di office disetiap kali boss tiada)

Saya tahu Tom Cruise handsome orangnya. Saya juga tahu Brad Pitt itu boleh buat gadis di dunia ini histeria. Tapi saya tidak pernah histeriakan superstar-superstar grad A tersebut. Tapi saya memang relahati jadi mabuk cendawan gara-gara Fahrin Ahmad. Aaron Aziz juga.

dan…

Jehan Miskin juga. Ye, mabuk yang baru nak menjadi iaitu sejak-sejak sebok gilakan drama Manjalara. Okaylah, personally aku cakap… Jehan Miskin not bad juga. Sesuatu yang baru aku sedari setelah sekian lama aku tidak berapa gemar menyaksikan aksi-aksi beliau di kaca tv. Aku juga sebelum ini tidak gemar langsung dengan wajahnya. Opss… tersasul pulak. Walau apapon, mereka semua hanyalah spesis kumbang di alam fantasi sahaja. Jangan worry. Linda Onn pergi tidur nyenyak-nyenyak. Wife kepada Aaron Aziz juga jangan khuatir. Rampasan kuasa tidak akan berlaku kerana ini hanyalah perasaan di alam fantasi.

HAR HAR HAR!
Sebuah lagi entri sia-sia dariku buatmu….

mabuk cendawan tu… ertinya apa ye?