Archive for the 'Kosong' Category

Kenapa engkau tinggalkan daku?

Posted by chika under bosan, emosi, Kosong

Dia sudah balik hometown.
Apa ni?
Berasa sangat sedih secara mendalam.
Sangat sendiri.
Sunyi sepi macam aku ni pekak bedak.
Studio pon KOSONG.
Kenapa semua orang hilang dan berlagak macam banyak urusan.
Padahal berapa kerat je yang mendaftar untuk mengundi.
Yang lain ni pergi mana??
Apa pasal ni buat aku berasa sangat sehelai sepinggang??

Dia tak da.
Aku menjadi solo dan sepi.
Secara puitisnya, aku kesepian.
Secara Rock n’ Roll … bosan macam ayam!

Aku tinggal seorang diri dekat studio. Nasib baik ada internet connection. Kalau tak da, kepala aku pasti sudah terbakar-bakar. Dia tinggalkan dua keping CD Jay Chou untuk aku. Aku sudah dengar kesemua lagu tetapi aku masih bosan. Aku layan youtube, stream lagu Mulan ; Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi. Berpuluh-puluh kali kasi ulang sampai aku sendiri menjadi pening dan nak muntah. Sumpah, aku tak akan pasang lagi untuk malam ini sebab telinga aku sudah overload. Aku sangat tak da hati mahu mendengar music. Aku mahu mendengar … suara! Suara manusia. Sebab studio sangat sunyi tak da suara. Aku mahu berbual-bual. Oh, sangat kesian dekat diri sendiri. Dapat mendengar suara pujuk rayu dan memuja memuji dengan kasih sayang lagi bagus. Apa ni? Macam sangat miskin kasih sayang. Aku bergurau ok ^_^. Siapa mahu berbual, datang studio sini. Kita berbual ok. Sambil berbual aku boleh berkempen pilihanraya sekaligus. Aku sangat bersemangat terbakar-bakar ni. Tapi aku tak boleh berkempen dekat sini sebab nanti aku akan dibakar. Aku tak mahu mati terbakar. Mati terbakar akan membuatkan engkau mati dalam keadaan tidak cantik.

AHAHAHA.

Aku bosan.
Sepatutnya aku pergi buat design tapi kepala aku pening. Kalau kepala tengah pening, janganlah membuat design. Nanti boleh kena gejala tekanan otak. Mahu menonton movie, aku tak berapa ada hati mahu menonton seorang diri. Mahu berchattingan, tak ada orang yang pandai membuka topik yang buat aku teruja. Balik-balik ajak berkenalan. Macam zaman Audrey Hepburn betul. Balik-balik tanya nama aku siapa. Sangat kesian. Pastikan sebelum meng-add aku ke dalam messenger engkau, sekurang-kurangnya engkau sudah membaca resume aku. AHAHAHA. Dan pastikan ketika menegur aku, engkau membawa sebuah topik yang seronok. Kalau mahu ajak berbual-bual kosong macam dunia kita yang punya, aku mintak sorry.


Aku bosan.
Main game sudah. Tadi sudah main Color Linez sampai break record sendiri. Ketika bosan, menjadi hebat secara tiba-tiba. Magik.

Dinner pon sudah. Sebelum dia balik, dia sudah sumbatkan aku dengan makanan-makanan nikmat duniawi.

Design sudah crit. Petang tadi dengan En. Zabidi.

Menyakitkan hati orang pon sudah.

Melawat toilet untuk membetulkan tudung dan menilik muka di cermin pon sudah.

Bercucuk tanam dan menternak pon sudah. Menjahit, memasak, membajak tanah dan membawa kucing bersiar-siar pon sudah. Oh, perenggan ini memang fitnah. See, bosan itu memang tak bagus. Bila bosan, kita akan terdorong untuk memfitnah. Waaaa.

ENTRY NI MEMANG MEMBAZIR.

KOLEJ PENDETA ZAABA MACAM BUFFALO.

Tempat paling hell dekat UKM ialah Kolej Pendeta Zaaba. Jangan sesekali apply kolej ni ok. Mahal tapi bilik macam sangat miskin. Furniture pon sangat miskin. Katil macam sangat sangat miskin. Bocor macam rumah miskin. Admin macam budak-budak tadika main masak-masak. Apa malang aku dapat kolej miskin ni. Boleh pulak ada sebijik kolej swasta dalam UKM ni. Sangat shit. Dinner kolej canceled! Tak ingin aku dan kawan-kawan nak menjatuhkan maruah join dinner yang miskin tu. Kereta kalau nak park pon kena bayar. Kepala otak sungguh la. Jangan harap akan dapat duit aku lagi ok. Go eat shit you dumbo. From Admin to JAKSA, u guys memang lembu. Para pkerja pon sangat ‘lawa-lawa. Budi bahasa lagilah ‘lawa’. LAWA gila. Sangat LAWA. Sekali pandang memang mati di tempat kejadian.

Ainul dah mengamuk sakan. Petang tadi kawan-kawan aku dah bergaduh dekat JAKSA. Member aku bukan sikit punya bersusah payah booked tempat untuk dinner, tiba2 dia kata booking yang dah buat tu tak sah. Kena buat lagi sekali. And kami end up dengan kehilangan tempat. Kena join junior. Sangat lembu. Sikit-sikit mintak bayar. Sikit-sikit charge. Macam kolej bagus-bagus je. Dah la beam pon construct tak cantik. Cat pon cat murah. Makin hari makin merekah. Pintu pon pakai panel yang sangat murah. Simen lantai tu, asyik lembap ja. Safety pon tak da. Letak pulak glass window opening size bukan sikit punya besar. Aku paling geli kat lantai simen dia. Pasal tu lah bilik aku fully covered dengan carpet. Zaaba sangat kerbau!

KAMI TAK HINGIN PERGI DINNER TU. Dinner dengan kekasih-kekasih lagi bagus. Sambil dinner boleh main mata. Huh? Apa ni? Aku hilang pertimbangan sudah. Bosan. Nak pergi bakar kolej la.


Entry Ini Pelik.

Posted by chika under Kosong, provokasi
Perempuan garang, hilang pertimbangan secara berkala.
Dia lebih dangerous dari peristiwa terserempak dengan Lion King.
Sumpah!
Aku psycho dia? Dia di-psycho? Mereka yang lain ter-psycho? Saling psycho-menyaiko? Gila tak seronok main psychology. Yang penting, hati aku tidak sakit. Kalau fizikal engkau sakit, emosi engkau pun sakit, memang rasa jahanam kan? Formula hidup aku senang ; Biar badan aku sakit secara extreme, asalkan hati aku sehat secara total. Bila hati aku sakit, aku agresif. Sangat tak bagus menjadi agresif kepada persekitaran. Aku tahu aku beraksi di luar batas normal. Tapi aku bukan seronok-seronok menjadi extra-ordinary. Badan panas boleh kasi kipas. Hati panas, macam mana mahu kipas? Kasi telan itu kipas ka? Mahu mati?

Aku memang seorang yang sedar diri dan kenal diri aku secara hampir total. Kalau aku marah, aku tahu kenapa aku marah. Bila mood aku drop, aku tahu puncanya. Aku bukan seperti orang lain yang common menyatakan : entahlah, aku tak faham diri aku. (sumpah aku menyampah gila ayat ni) Oh, no no no! Aku faham diri aku. Akulah yang paling memahami diri aku. Siapa-siapa pun jangan berani mengatakan bahawa dia lebih memahami aku ok. Nanti aku tendang engkau. Sebab hanya aku yang paling tahu diri aku. Kalau engkau fahami aku secara dalam pon, engkau jangan perasan engkau sudah fahami aku secara total. Kalau engkau masih rasa begitu, engkau sangat syok sendiri dan perasan genius. AHAHAHA.

Aku sentiasa sedar dengan emosi aku. Aku seronok kalau persekitaran menyeronokkan aku. Kalau persekitaran menghentikan keseronokan aku, aku sanggup perang untuk diri sendiri. Kalau aku membuat salah kepada persekitaran, dengan tak malunya aku berani meminta sorry.

Memang aku ada buat salah. Emosi aku suka buat sawan. Aku memohon maaf secara honest. Benda kecil selalu berada dalam fokus aku. Aku bukan remeh-temeh punya kaki. Small things also count. Tak da benda yang tidak dikira dalam hidup ini. Semua akan dikira. Engkau boleh panggil aku complicated kalau engkau mahu. Menjadi terlalu simple bagi aku adalah bosan. Kalau ada antara engkau yang mengaku hidup engkau sebagai SIMPLE LIFE, engkau memang bosan menurut aku. Kalau engkau jenis tak jaga emosi sendiri iaitu dengan menelan kesemua pahit maung kehidupan secara paksa, engkau memang tak menghargai diri sendiri. Hati ada SATU sahaja. Jangan simpan yang buruk-buruk. Kasi hati senang dan puas. Barulah namanya menghargai organ sendiri.

Objektif contengan aku yang ini memang sebagai provokasi. Bukan motivasi! Aku tak berapa suka motivasi. Aku suka provoke orang sahaja. Mungkin engkau rasa aku macam racun fikiran engkau. Kalau engkau rasa ini racun, engkau boleh pilih untuk ignore. Aku ulangkan lagi. Aku memang provoke engkau. Come on, babe! Hidup tidak boleh simple sangat. Engkau mesti mengejar kesempunaan. Ya. Nobody is perfect. Tapi engkau boleh capai ke tahap 99.9% perfect. Selagi masih hidup, selagi itu ada chance menuju kesempurnaan.

Serius, puaskan hati sendiri secara total. Jangan pernah berhenti dari berfikir. Orang yang diam berfikir itu adalah sangat rugi.

Aik? Confuse juga entry ni. Engkau semua lebih baik bersurai.

Pesanan : Entry ini memang pelik. Aku sudah buat draft awal tentang komen-komen yang bakal engkau semua post. Engkau akan menyatakan ketidakfahaman. Engkau akan menyoal aku dengan soalan beraneka pilihan dan soalan-soalan struktur. Kalau engkau bakal melakukan salah satu tindakan seperti yang sudah aku sebutkan ini, engkau jangan drop komen ok. Aku malas nak buka comment page sebab connection slow. AHAHA. Kalau engkau ada pandangan istimewa, barulah engkau drop komen ok. Yaaa… yaa… sangat pelik. Aku juga berasa pelik kerana menghasilkan entry ini.

Di Mana Sharlinie?

Posted by chika under Kosong

Aku ni kan …

  1. Takut kucing secara mati-matian. Tapi kalau setakat lipas, secara selamba dan secara cantiknya aku pergi kejar dan bunuh. Kalau nampak kucing, aku boleh menjerit pakai suara pitching paling bagus. Tak tipu punya. Mak aku tanya, adakah aku selalu ada imiginasi yang kucing akan terkam dan makan aku secara langsung? Aku kata tak da. Aku selalu berimaginasi, kalau-kalau kucing akan panjat aku dan tiba-tiba kuku taring dia mencakar aku dengan tidak romantis. Aku sangat takut.

  2. Aku suka aircond. Studio yang miskin selalu tak da aircond. Buat hati aku panas je. Hostel yang miskin tu lagilah tak da aircond. Maka sebagai tanda protes dalam diam, aku tak pernah off kipas di hostel. Sentiasa terpasang. Tak kira samada aku pergi kelas atau pun balik bercuti di rumah, jangan harap aku nak off. Bila balik rumah, aku tidur pakai socks, sweater dan glove. Adek-beradik confirm melontar hina pada perlakuan aku tapi aku memang cool. Aku relax ja. Pagi-pagi turun breakfast pon aku selamba ja pakai stokin dan sweater. Asalkan aircond jangan off.
  3. Barangan LV adalah yang paling tak menarik hati aku. Kasi free aku ambil. Suruh beli secara sendiri , aku tak da buat punya. Sekarang aku tak mampu. Tapi bila dah mampu pon, aku tak da mahu juga. Bila aku kaya dan raya, aku harap aku tak da tukar taste jadi Mak Nenek LV. Aku mahu beli toys banyak-banyak ja.
  4. Aku pandai main chess. Tak percaya ka? Aku pandai main chess sejak aku darjah dua. Cousin aku ajar. Kami main secara serius di mana kami menghabiskan waktu pagi, petang dan malam berlawan chess. Masa kecik la. Sekarang aku lagi suka main UNO dengan adek-beradek dan lepas tu bermasam muka. AHAH
  5. Smoker adalah manusia biasa. Aku tak da pandangan serong terhadap smoker. Maaf yah! Aku bukan bangkang kempen kerajaan ok. Secara jujur, smoker tak da masalah disiplin. Cuma jangan smoking depan hidung aku sebab hidung aku yang cantik ni sensitif asap. Tapi terus terang juga, smoker wanita memang aku tak da suka. Ini dah lain macam. Mencacatkan janin mahu ka?
  6. Bila ramai orang sudah tergila-gilakan sesuatu fenomena, aku akan menjadi tidak sukakan fenomena itu. Misalnya dalam fashion, minat dan hobi. Aku suka melakukan sesuatu secara solo dan sendiri tanpa pengikut. Sebab itu kadang-kadang aku memakai yang pelik kerna hanya yang pelik yang membuatkan aku rasa solo. AHAHA.
  7. Taste aku terhadap kenderaan adalah tinggi. Di mana aku secara jujurnya tidak suka kereta buatan Malaysia. Thank You Malaysia. Teruskan mencuba. Designer sila belajar design dari bawah ok. Konsep hybrid perlu diaplikasi secara berilmu.
  8. Aku suka baca blog yang tak glamour. Berkali-kali dalam satu hari aku akan pergi melawat dia. Sebab blogger yang glamour kadang-kadang ter-lupa-dara-tan lalu semua pembaca dianggapnya si stupid. Dia tak cuba membetulkan tapi terlalu berapi nak mengajar pembaca. Pergi jahanam. Aku suka penulisan yang cool. Macam … aha aha. Tak baik promote secara individu. Tapi ada beberapa blog yang aku sangat suka. Kadang-kadang blog tu biasa ja. Cerita kisah hidup macam biasa. Ayat pon biasa. Semua biasa. Tapi aku suka sebab penulis dia menyenangkan. Dan aku sangat tak da minat pada penulisan berapi-api. Buat hati aku panas je. Mahu kena bakar ka? TAPI, tak semua penulis glamer macam tu. Biskut Tiger relax jaaa. Hi Biskut Tiger!
  9. Benda yang aku agak stupid adalah HANDPHONE. Minat aku terhadap handphone boleh dikatakan tiada. Aku tak reti guna handphone selain handphone aku. Kalau orang bincang-bincang secara jakun dan menggayat tentang handphone pon, aku tak da campur. Aku hanya akan beli handphone baru (beli baru ok. trade in aku tak pernah buat) kalau handphone aku hidup segan mati tak mahu ja. Dan kalau aku beli, engkau faham-fahamlah taste aku pulak. Ah, handphone tak guna! Aku suka toys!
  10. Ini statement istimewa. Aku tak boleh-boleh hafal kedudukan abjad A to Z. Kalau aku bukak dictionary, confirm semua orang boleh dengar aku mengaji ABC sampai Z. Kalau kau tanya aku abjad selepas P misalnya, kau akan mendengar aku mengaji dari K, L , M dan seterusnya barulah aku akan menjawap Q. Kesian kat aku. Sangat kesian.
  11. Ada few words aku tak boleh sebut dengan betul. Words Bahasa Melayu maksud aku. Dan itu akan dirahsiakan supaya beberapa individu tak bertanggungjawap tak akan mengambil kesempatan di atas kelemahan aku.

Apapasal bukak cerita ni? Sebab aku tak da modal untuk malam ini. AHAHA. Lebih baik aku tak da modal. Kalau aku banyak modal, engkau semua kena sawan nak baca tulisan aku. Sangat tak elok. Berdoalah supaya aku selalu tak da modal. Jadi, dapatlah aku menulis secara ringan. EGEGEGEGEGEGEGE.

Semalam tengok Happy Feet. Hari ni aku asyik terkenang bontot Mumble. Bontot pon comel. Muka pon comel. Bontot dengan muka sama comel. Kau memang lucky Mumble!

Kompilasi sengal.

Posted by chika under Kosong
KISAH SATU

semalam. dekat office. Amoi secretary office aku ni agak sengal orangnya. Kesengalannya berkadar songsang dengan rupa parasnya yang cantek menawan. Dia selalu sengal. Lebih kerap membuat sengal dari aku. Sekurang-kurangnya tahap sengal aku berkurangan tanpa supervision teman-teman sengal yang lain. Tapi amoi ni boleh bangkit sengal dengan sendirinya.

Dia duduk depan, terpisah dengan kami semua. Bila bosan dia akan menziarahi zon kami dan mengubah zon kami yang gila hentak keyboard main autocad ni, kepada zon sengal sensasinya. Semalam… dia muncul dari bilik arkitek kanan ke zon kami dengan mengucapkan sesuatu yang sangat IMPRESSIVE.

amoi itu : Cilakak!
kami : HUH? (kami tecengang dibuatnya bila tiba2 saja dipekikkan sebagai cilakak)
kakak autocad : tak baik cakap macam tu. mencarut. berbahasa kesat boleh buat orang rasa lain dan buat orang berpandangan buruk kat you.
arkitek kanan : you tau ke you cakap apa?
amoi : tak tau. i dengar sedap. i ikut je.
arkitek pembantu : sukati you je
arkitek kanan : you orang kasi tau dia.Jgn kasi dia cakap lagi.
amoi : hahaha! (gelak gila) cilakak! (dia ulang lagi sambil gelak sakan).

kami semua pon tak tahan nak gelak. sebab dia bukan bercakap dengan gaya carutan, tetapi bercakap dengan enjoy dan bergembira sekali. Dan sebelum kembali ke tempat kerjanya, dia ulang lagi sekali carutan tersebut. Aku dah tak tahan nak gelak tergolek-terlentang.

Tak lama lepas tu, dia muncul lagi ke zon kami…

amoi : hey, baru i perasan. i kan orang cina. i boleh mencarut bahas melayu punya. sebab tuhan i mana faham bahasa melayu. dia faham mandarin je. AHAHAHA! i boleh la cakap cilakak sukati i. AHAHAH!

kakak autocad : oh, tuhan u tak tau bahasa melayu ke? alamak.. tuhan i tau semua bahasa. so kitorang tak boleh mencarut versi apa-apa pon la.

dalam otak aku : aku terbayang diri aku tengah gelak tergolek-golek sampai perut kembung.

KISAH DUA

dulu-dulu. masa tahun satu. masa bulan puasa kalau tak silap aku. aku dan kawan-kawan bersahur kat mapley. Kami pon main-main sms. Sebab waktu tu ada sms free. Seperti biasa, kebanykan sahabat handai aku ni memang kaki ‘carutan’ pelbagai gaya dan format. Kebiasaannya mereka menggunakan format lucu bagi tujuan hiburan semata-mata.

Sementara tunggu makanan sampai, kami main sms sesama sendiri. Entah apa tah yang aku cakap kat Ainul, kalau tak silap aku, aku terbahankan dia. Dia pon nak balas balik. Dia sms aku. Sebelum sms dia sampai, dia bitau aku..

“tengok henpon tu, kang sms aku sampai”
Aku : (excited tunggu sms dia)

tunggu punya tunggu…
tak sampai.
tunggu punya tunggu…
tak sampai…

rupa-rupanya….

member aku ni punyalah sengal terhantar sms tu kat ayah dia! Dia punyalah menjerit kat khalayak ramai tu. Sampai aku jadi bertambah excited nak tau apa yang dia nak send kat aku tapi ter’send kat ayah dia. Dia sua handphone dia kat aku. Aku pon baca apa yang sepatutnya dia nak hantar kat aku…


‘KAU MEMANG HINA!…’
Ok, imagine apa perasaan ayah dia setelah menerima sms tersebut dari anaknya.Mesti shock.
kami pon apa lagi.. pakat gelak sakan. Dia pulak pucat-pucat lesi. Aku masih ingat macam mana reaksi dia terketar-ketar time tu.

esoknya mak dia call. Dan menyoal… apa punya bahasa dia hantar kat ayah dia.

dan aku masih ingat kes tu sampai hari ni. Bila ingat je, aku gelak sendiri.

Kejadian sengal kadang-kadang berlaku di luar kawalan. Dan kesengalan orang lain selalunya menjadi bahan jenaka buat kita. Aku senang punya teman-teman sengal seperti ini.

entri ini tiada motif.

Tuesday Nite Fever

Posted by chika under Kosong
[ BABAK SATU : FEVER ]
Aku telah fever. Fevernya agak kuat. Kuatnya seperti harimau bintang. Mencakar-cakar tubuh badan dan mematah-riukkan temulang. Mulut terasa tawar. Semua manisan terasa pahit. Semua kepahitan terasa terlalu pahit. Oleh itu, sempena menghormati keadaan mulut yang tidak berapa baik, aku tidak pergi lunch hari ini. Aku menghabiskan waktu rehat di kantor sahaja. Menjamu mata sampai kenyang dengan lukisan senibina. Inilah kali pertama perut tidak disogok dengan makanan ruji karborhidrat tinggi. Baik untuk orang *solid* sepertiku. Tetapi….

… aku tetaplah aku.
walaupon tidak menjamah makanan ruji karborhidrat tinggi, aku telah replace kedudukan makanan ruji itu dengan 3 bijik roti. Sebenarnya istilah amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sehat tidak berlaku hari ini. Kerna… aku tetaplah aku.

[ BABAK DUA : JAM ]

Kebiasaannya, tepat jam 6 ptg aku sudah terhegeh-hegeh bergegas keluar dari pintu kantor. Tapi hari ini adalah luar biasa. Aku telah buat overtime selama 5 minit. Dan alangkah terkejutnya aku, akibat overtime 5 minit yang tidak sama sekali bakal menaikkan jumlah elaun itu, aku telah terperangkap dlm kesesakan lalulintas. Seperti biasa, histeria menyerang aku. Aku pon teriak-teriak sendirian. Tidak disangka, kenderaan-kenderaan pun bertindak membina banglo dua tingkat. Kami pon panjat-panjat atas kenderaan orang lain. Fenomena luarbiasa ini sempat aku rakamkan :
Sekarang aku berasa sangat penat setelah melakukan panduan bertingkat petang tadi. Bukan kerja mudah melakukannya. Harapanku, semoga esok pagi dan juga petang… kejadian aneh ini tidak berlaku lagi. Kerana aku tidak berapa suka menaikkan kenderaan aku ke atas kenderaan orang lain. Kalau bukan kerana aku sedang sebuk dengan industrial training, pasti aku kini menjadi tunggak kepimpinan tunjuk perasaan supaya jalanraya diperlebar.

Bila aku sudah mengeluarkan ilham kreatif seperti ayat-ayat di atas, adalah lebih baik untuk aku pergi tidur. Hanya tidur yang bisa mengembalikan aku kepada norma kehidupan yang hakiki. Selamat malam semua.