Archive for the 'K to the L' Category

KL When It Sizzles

Posted by chika under K to the L

Kesian kat dia. Jarang dapat balik KL. Jarang menikmati Malaysia. Jarang makan KFC. Tak tahulah apa nak jadi dah dengan dia itu nasib baik ada orang sayang. HAHAHAHA. Husband saya lah. Saya pon tak tahu berapa percent kah dalam usianya selama ini berada di tanah air. Sangat sikit barangkali. Tahun lepas dia berada di Malaysia untuk mengorat I (lebih kurang macam itulah HAHA). Awal tahun ini, dia di Malaysia untuk tujuan bernikah. Kemudiannya bagai camar terbang pulang, pulang semula ke Ostolia (sengaja puitis) Hujung tahun (bulan september lalu) dia pulang untuk majlis kahwin. Hep bukan dia berkahwin! Dia sudah ku kahwini. Abangnya yang berkahwin. Untuk urusan sengaja nak pulang-pulang, macam tak ada. Sebab dia busy bekerja. I pon (ceh nak jugak)

Bila ada peluang balik Malaysia, suami saya akan pasang niat untuk mengerjakan benda-benda yang tak dapat dikerjakannya di sini. Dan benda yang nak dikerjakan tersebut semuanya wujud dalam bentuk makanan HAHAHA.

Last time, saya berada di Malaysia selama sebulan. Tapi suami saya cuma dua minggu saja. Dalam dua minggu itu, berteriaklah kami suami isteri carik makan. Alhamdulillah. Semua yang ada dalam senarai, kami dapat buat semuanya. Ceh, siap senarai.

1. KFC

Suami saya ni faham-faham sajalah. Duduk Ireland dulu, KFC tak halal. Pastu duduk London, pon KFC tak halal masa itu (tak tahulah kalau sekarang halal). Duduk Australia pon tidak halal juga di Brisbane ini. Jadi bila dia dapat balik Malaysia, sekali dalam bulan biru (?) mesti kena makan KFC. Lagipon macam yang semua maklum, KFC Malaysia adalah yang macam tersedap dibandingkan dengan kebanyakkan negara lain. Menurut fakta yang macam boleh dipercayai. Yang saya pasti, KFC Arab Saudi memang tak best. KFC Indonesia adalah pelik. Dan rakan saya cakap, KFC Australia pon tidak best juga. Malaysia cemerlang. #@!#%$#

DSC01282

Ini dekat Ipoh.
Husband saya cakap, KFC dia tak cukup juicy ke apatah.
Dia kata, failed.

2. KOREAN BBQ

DSC01274

Husband saya suka sangat makan dekat Korean BBQ. Teringat masa kami dating dulu. Pon dia pernah bawa saya dan adek saya makan dekat restaurant tersebut. Selepas kahwin pon ada sekali makan dengan ibu mertua.

3. BASKIN ROBBINS CHOCOLATE FONDUE

Dekat sini tak ada T___T Bukan tak ada BR, tapi tak ada chocolate fondue. Haagen Daaz pon tak ada. Apalah Ostolia ni. Maka pada satu petang  di musim bunga (musim bunga dalam hati), kami pon ke Pavilion carik Chocolate Fondue ini. Dah lama sangat dah nak try tapi asyik ada aral melintang saja. HAHA. Nak makan ais krim pon ada aral melintang macamlah penting sangat.

DSC01329

Ya Allah antara setitik daripada jutaan nikmat dunia.
Comelnya si bulat semua. Okay saliva merembes.

DSC01334

Apa akallah BR dekat sini tak ada yang macam ini, kalau tak ______ (isi slogan lagi)DSC01332DSC01335 DSC01336

Licin. Makan laju-laju sebab takut tak sempat solat.
Kalau tak agaknya, dah pergi cuba Haagen Daaz pulak.
HAHA.

4. ROJAK
DSC01338

Rojak pon masuk dalam senarai juga.

5. CENDOL

DSC01341

Cendol tepi jalan dekat Bangi.DSC01340

Rindunya dengan Cendol.

DSC01342

Seronok tahu makan cendol tengah hari buta, tepi jalan macam ini.

7. WILLIAM
DSC01346 DSC01348

DSC01350

William ini takyah cakap lebih-lebih lah. Ramai blogger semua kenal William. Saya terpengaruh dengan Farah dan Ib. Asyik cerita nak pergi William saja. Jadi satu malam tu, masa saya dekat rumah Mertua, saya call Farah ajak pergi William.

Makanan dia memang best. Daging yang dia provide memang berkualiti no wonder harga dia boleh tahan juga. Saya bukan tahu sangat nak tengok kualiti makanan ni. Tapi husband saya cakap, daging dia memang bukan jenis murah. Sebab itu makanan dia mahal. Mahal tak mahal, harga satu plate dia sebenarnya jauh lagi murah kalau dibandingkan dengan makanan dekat Ostolia ini. Macam yang saya pernah cakap, dekat sini makan agak mahal. Jadi secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan William. Entah bila akan pergi lagi. Atau mungkin tak akan pergi lagi sob sob sob. Sudahlah jangan menangis. Pergi basuh pinggan sekarang.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti menghiburkan selera yang kami buat. Seperti pergi pasar malam. Sumpah saya tak rajin pergi pasar malam sebenarnya. Tapi sekarang bila dah tak boleh jumpa pasar malam dekat Wishart ni, saya dah jakun dah dengan pasar malam. Kami berdua pon jalan-jalan pasar malam carik keropok lekor lah, carik air asam jawalah, air kelapalah. Pathetic gila.

Rindu Malaysia.

Dekat Malaysia ada keluarga. Dekat Malaysia ada masakan emak dan makyang. Dekat Malaysia ada kawan-kawan kesayangan. Itu saja. Selebihnya, Ostolia macam memang best.