Archive for the 'Hiburan Gratis' Category
Posted by chika under
Hiburan Gratis Ooooo biasa tu dia. Entry kontroversi keluar masuk engkau heh sejam 61 kali. Ewah ewah. Nak kena tu dia. HAHA. Sudahlah sudahlah. Kepala saya dah mabuk plagiat dah. Kalau memplagiat itu tidak manis, membiarkan entry plagiat lama-lama menjadi hangat pon tidak manis juga. Disebabkan saya ini cantek tak ada, tapi manis ada (ok Chika pergi tidur sekarang! Haha) saya akan kembali ke dalam bentuk asal. Di mana menjadi seorang gadis (gadis hoh?) kebanyakkan yang setiap hari pon mentulis entry berciri kebanyakkan. (Oklah Chika kami nak blah sekarang) Biasa tu dia, entry biasa semua nak blah. Nak yang liar-liar sahaja. Baca sekarang, I suruh.
Chika, ini anti klimaks!
Heh pandai memilih sekarang. Suka atau tidak suka, saya provide hiburan boring ini kepada anda. Foto terbaru I. Ceh ayat macam superstar. Macam ada orang tunggu sangat nak tengok foto dia. Tapi tak apa. Biar perasan jangan berangan.

SuamiĀ bertanya : Kenapa mesti buat mulut macam tu?
Isteri menjawap : Sebab i rasa macam muka I cantik bila macam ini.
Nampak sangat muka tak selalu indah. Kalau kena gaya baru cantik T____T

Benarlah bagai dikata. Cantik tak ada, tapi sinar kemanisan itu ada. HAHA.
Dah puas bagi entry panas-panas, sekarang dia bagi entry gedik-gedik. Sebenarnya ini sebahagian usaha hendak overshadow kes plagiat tersebut.
Sudahlah. Entry ini memang boring. Yang telah menunggu update sejak tiga jam yang lalu pasti kecewa.
Err.
Siapa pandai twitter dekat sini? Eceh. Saya baru pandai. Pastu jakun gila kejap-kejap refresh. Kejap-kejap refresh. Chika memang macam ini bukankah engkau sudah biasa? Kuat jakun is my middle name. Ok sekarang siapa nak join main jakun-jakun, carik saya dekat Twitter ; CHIKADIOR.
Syarat untuk temujanji kita di Twitter. Anda mestilah ;
- Warganegara Malaysia dan mempunyai usia dan jantina.
- Handsome. Ah itu aku tidak peduli sebab setiap hari pon I berkepit dengan lelaki handsome. KAHKAHKAHGELISANGAT.
- Mesti jakun. MESTI. Kalau tak jakun dengan twitter pon kena buat-buat macam jakun juga. Demi menjaga hati I.
- Jangan tunjuk terror sangat main twitter nanti I rasa rendah diri terus blah. HAHAHAHAHA.
- Niat mesti baik bukan follow I sebab nak tahu I dah lipat baju ke belum dah bagi hamster makan ke belum. Baiklah aku mentipu anda. Aku takda hamster.
- Pandai humor. Siapa tak gelak bila I buat kelakar siap dia.
- Jangan kerek. Nanti kena sumpah sakit gigi.
- Sehari kena twit @chikadior at least 15 kali sebab I boring kalau refresh tak ada orang nak twit kat saya. Macam loser saja T___T
HAHA. Demand gila. Tak tak. Add sajalah kalau mahu. Kalau tak mahu, ok tak apa. Diam sekarang.
Posted by chika under
Hiburan Gratis 
HAHA.
Gambar terkecik pernah wujud dalam blog ini.
Nah, tengok ini dulu.
Sementara saya menyiapkan entry yang lebih serius.
Heh. Kau pernah ada entry serius ye Chika?
Penat ah hari ini.
Sampai terpaksa masak Kari Sardin sahaja.
Sampai terpaksa masak Bayam Tumis Air sahaja.
Sampai terpaksa makan coklat satu kotak.
SampaiĀ brain damage.
T_______T
Hush penat sangat.
Baiklah.

Gambar besar.
Habis semua heart attack.
KAH KAH KAH
Gila kau Chika.
Gila! Gila!
Tak tahu apa yang mendorong perbuatan bodoh ini.
Kejap tunggu I provide hiburan lain.
Posted by chika under
Hiburan Gratis,
LOVE STORY Kalau masa kecil-kecil I dah tahu yang I akan kahwen dengan you, dah lama dah I malas dimengorat oleh lelaki lain (ceh dimengorat) Kalau dari kecil lagi dah dapat signal CHIKA KAU KAHWEN DENGAN DR.HIZWANI NANTI, KAU INGAT SEKARANG, mesti I dah carik you pada tahun 1992. Masa itu I tadika. Eceh ada hati nak cari soulmate masa usia enam tahun. I pilih tahun 1992 sebab sewaktu itu I berusia enam tahun dan sudah pandai mempunyai perasaan untuk dirasa. I pasti dah paksa ibubapa bawak I carik you untuk dijadikan kenalan baik sebelum berkahwin pada tahun 2009 akan datang. Eh macam susah nak faham cerita ini. Faham-fahamkan.
Kalau I tahu dari kecil yang I akan mengahwini seorang doctor, tak payah I pasang angan-angan nak kahwen dengan seorang ahli perniagaan. Memang melampau kau Chika masa kecik dah pandai buat target nak kahwen dengan ahli perniagaan. HAHA. Kalau I tahu ada budak lelaki bakal menjadi doctor dan handsome apabila dewasa lalu mengorat I pula, dah lama I simpan cita-cita nak jadi nurse sahaja. Supaya sekarang I boleh apply kerja dekat Queen Elizabeth II Hospital sebagai nurse. Selepas itu boleh berkepit dengan you macam tidak belajar pendidikan islam topik MALU.

Dan kalaulah I jumpa budak lelaki ini pada tahun 1990, I akan panggil dia abang dan bagitahu dekat budak lelaki ini : Abang comel. Mari kita berkenalan sampai ke akhir hayat kita. Begitu romantis.
Budak lelaki itu kulit dia putih suci bagaikan mandian susu. Budak perempuan itu berambut hitam pekat dan lebat bagai mendapat rawatan minyak panas padahal guna jari pon boleh. Budak lelaki itu mata tak berapa nak bulat, tapi cukup wide untuk dijadikan special feature. Budak perempuan itu pula bermata bulat sebulat bola yang bulat. Tengok kembali kepada budak lelaki itu. Wajah begitu soft dan innocent. Betul-betul seperti budak yang baru belajar hendak hidup. Lain pula dengan budak perempuan itu. Muka nak ketat sahaja. Pegang makanan dalam tangan patutlah gemuk pada usia sweet 23 T___T
Bayangkan sekarang. Kalau kedua-dua budak ini digabungkan akan membentuk apa? Tidak akan membentuk Naruto sama sekali. Tapi macam ada chance untuk membentuk satu lagi muka yang sumpah comel tak boleh blah. HAHAHAHAHA. Biarkan aku hanyut seketika. Lantak kau Chika, lantak kau.
Aih. Macam speechless bila I tengok gambar kita kecik ini lama-lama. Macam kalau fikir balik, budak lelaki pakai topi besar muka innocent itu pergi mengorat budak perempuan kecik tapi baju dah macam datin tersebut. Tak sangka budak lelaki kulit putih bagaikan mandian susu itu tercipta untuk budak perempuan rambut hitam pekat rawatan minyak panas.
Tugasan pembaca. (over kau chika bagi tugasan dekat pembaca)
Fikirkan situasi bayangan budak lelaki kecik itu mengorat budak perempuan kecik itu. Cuba bayangkan budak lelaki itu propose ajak kahwen selepas itu budak perempuan itu malu terus ketawa tersedu-sedu (ini babak berdasarkan kisah benar)
Okay dah. Harap anda semua terhibur walaupon macam tak faham sangat apatah aku buat ni.
.
.
Eh apsal comel sangat si topi bulat tu tak boleh blah I rasa dengki macam nak delete saja gambar dia dari laptop ini tapi tak apalah I tengah pakai laptop milik si topi bulat so jangan nak lebih-lebih behave sikit T___________T