Archive for the 'fun' Category

Happy Feet

Posted by chika under family, fun, holiday
heartblinkie.gif image by klasik Hello Bello heartblinkie.gif image by klasik
Semalam aku main Happy Feet
Tapi tiada bontot penguin kegemaran.
Tidak jumpa Mumble juga.
Ok. Aku cakap yang bukan-bukan.

Semalam main Ice Skating.
Genap setahun aku mabuk kepayang [click]
Akhirnya semalam, main juga.

Aku sangat gembira ; macam kera dapat bunga.

lalala.gif image by klasik

skating

Pemain ‘Happy Feet: Saya, Aizar , Astri, Farah, Nana (Farah’s sis), Haikal and Adek (my brothers). Aku jadi driver macam biasa. Fetch Aizar dan Astri … dan jalan! Ada confession hendak dibuat. Aku seorang reckless. Thank you. Dan oh … aku driver wanita yang ‘hot’. Engkau biasa makan bubur ayam McD? Ada caution : HOT! Kena berhati-hati. Aku harap semua orang berhati-hati juga dengan semua driver wanita yang ‘hot’ kerna aku boleh mengancam nyawa pengguna jalanraya yang lain ketika marah. Thank you lagi.


*
Hot = Panas Hati.

Sampai je Sunway Pyramid, brunch dulu. Maklumlah bawak Adek. Dibuatnya dia memberontak nak makan time tengah layan skating, sawan aku dibuatnya. Adek saya jenis pemakan. Dia makan BESAR. Haikal bukan jenis pemakan. Tapi dia PEMINAT TEGAR makanan yahudi. Ehem… maksud aku, fast food.

Kisah teladan : Kalau nak tanya surau, jangan tanya dekat chinese girl. Tanyalah pada Indian boy. Chinese girl lambat beri jawapan. Dan jawapan dia panjang, dan sukar dimengertikan. Indian boy jawap dengan pantas. Jawapan dia, ringkas dan tepat. AHAHA. Selepas solat Zohor, kami terkinja-kinja menuju ke ice rink. Cis, tak guna! Waktu tu la dia off kejap untuk cleaning. Kami terpaksa menunggu dan merayau-rayau macam kutu. Makan lagi. Yes, of course man! Makanan yahudilah. Yang sedap dan berpropaganda itu. Tadi Pizzahut, sekarang McDonald. Tengok, sambil-sambil macam tu pon kami dah kayakan yahudi. Moralnya … aku ni pandai cakap je.

Dalam pukul 2 pm, barulah dapat menyerbu ke dalam ice rink dan berballet, bergolek, dansa, dan meluncur dengan pelbagai skill. Tipu. Kami skate biasa-biasa je. Tapi masih dianggap skating la. Yang tak boleh dianggap skating pada awalnya ialah Farah dan Nana. Mereka melekat di tepi lantas menimbulkan kerisauan di hatiku dan rakan-rakan yang lain. AHAHAH! But at last, diorang boleh jugak berdiri di atas kaki sendiri dan bergerak tanpa melakukan aksi anti-graviti. O ye yeh! Aku berasa bangga kerna berjaya mengimbangi tubuh badan dan sekelian anggota dari menyembah ais. Ucapan ‘kasihan’ buat Farah, Nana dan Aizar atas kemalangan yang menimpa semalam. Tanpa kejatuhan, kita tidak akan menilai erti keteguhan. Ngeee =D Best kan gedebuk atas ais? Rasa macam bontot penguin tak? Haikal biasalah. Orang nakal kalau campak tang mana pon boleh jadi. Siap dapat ‘amoi’ yang aku tak tahan tu !!!!! Dapat free pulak tu. Atuk sorang ‘amoi’ ni suruh Haikal ajar cucu dia skating. Memang jadi bahan gelak je kat rumah.

Skating
tak berniat pulak aku nak buat efek gambar ala-ala winter sonata. Tapi memandangkan kesemua gambar semasa dalam ice rink ni adalah gambar yang diambil secara HARAM, ni lah jadinya. Semua gambar blur. Terima kasih buat lelaki penjaga rink yang telah menggunakan speaker untuk memberi amaran kepada saya. Amaran seposen dua. Aku tetap je snap gambar mengikut kesukaan hati.

skating

Hi, kami couple-siam! Tak boleh dipisahkan sepanjang permainan. Tangan kami bertaut erat. Bukan kerna cinta dan airmata, tetapi demi maruah. Berpegang erat dengan harapan, apabila berhadapan dengan cabaran graviti kami dapat membantu satu sama lain. Tetapi nasib baik ketika Aizar jatuh, aku berjaya mengawal diri dari tergadai sama. HAR HAR HAR! Dan Astri escort je dari belakang. Pro la katakan :p Adek Del bermain dengan comel sekali. Dia sebenarnya seorang yang kuat gayat. Tengok muka dia pon aku dah tau dia cuak. Tapi dia jenis tak nak kalah. Farah dengan Nana kerjanya keluar masuk rink. Buat macam rumah sendiri. WAHAHAH! Tapi finally diorang dapat stand dan gerak tu buat kami ni rasa lega sgt. Next time boleh SALSA pulak. Nak? Tak? Nak? Tak?Tak? Nak?

Jari dah tunjuk perasaan. Asyik buat typing error sahaja.
Maknanya, mari menonton gambar!

aku benci tangan ‘peace’. Kenapa aku buat tangan ‘peace’ ? Jangan buat tangan ‘peace’.




Photo skating
5.30pm keluar dari rink.
Kena balik cepat atau kena marah dengan ibubapa.
Tapi kenalah foto-mania dahulu.

Perhatikan : tudungku macam mak nenek. skater of the world la katakan. Nak elak dari asyik membetulkan tudung, aku ikat tudung macam tu. Biar jadi mak nenek, asalkan dapat skating dengan bahagia sekali *wink* Betapa semangatnya aku.

Berpelukan dan berlaga-lagaan pipi lalu mengucapkan selamat jalan kepada Farah dan Nana.
Sempat lagi Farah tanya.

“drive ke nanti pi Johor?,” “Tak… abah tak kasi. Kau?” emo3.gif image by klasik
“Tak…,” geleng-geleng.
Oh yes! Sama-sama ‘patah kaki’ la kita 2 minggu kat Johor nanti ye.

Nah, gambar lagi!
Tengok sampai muntah!


A new bubble necklace in blue.
tq farah.

Sampai rumah, rushing untuk Asar.
Mandi-mandi, Maghrib dengan abah.

nasib baik sempat jemaah kalau tak, mesti abah marah.
Memandangkan kami balik terus rushing untuk Maghrib,
angin abah pon baik.
Kami borak-borak tentang skating tu.
Tapi kena marah juga sebab tinggalkan Zirul.
Dah kereta penuh.
Cuba abah beli Honda Jazz lagi satu.
Atau CR-V baru yang 4WD tu.
Kan muattttt…

Malam kejadian itu terus aku lumpuh.
Baring je atas katil kerna kakiku sakit bukan kepalang.
Tapi tetap kakiku gembira dapat bermain ais.
HAPPY FEET!