Archive for the 'food' Category

Berani Buat Biryani?

Posted by chika under food

Berani?

Saya berani.

Bukan gambar curi. Gambar sendiri. Sendiri masak, tahu? Walaupon seringkali percaya bahawa saya hanya akan memasak biryani sempena majlis akikah cucu pabila tua kelak, ternyata saya sebenarnya lagi terror dari itu. Heh masak biryani pon nak berasa terror sangat? Aku masak hari-hari masa bersahur, tak heran pon. Heh diamlah. HAHAHAHA.

Sedap ah. Tak percaya tak apa. Asalkan soulmate percaya. Dia yang rasa semalam. Dia tahu hakikat kesedapan biryani buatan isteri. Orang lain tak tahu pon tak apa. Eh eh. Kedengaran bitter di situ.

Tahu dah. Tahu dah. Mesti nak resepi kan? HAHAHAHA Berani betul aku berkata macam ini. Curtis Stone pon tak berani cakap macam ini. Seperti biasa. Takyah pen, takyah kertas. Yang penting, ingatan. Berdebar tau nak kongsi resepi ni. Sebab resepi ni memang orang-orang terror saja yang berani buat.

Ready?

.

.

.

Steady?

.

.

.

Go!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Berdebar.

.

.

.

.

.

Nah!

Sharwood’s Instant Biryani.

.

Tak jelas resepi ni?

Nah.
Lebih jelas.

EASY 2 STEP!

Easy yo. Panaskan minyak sikit, masukkan ayam, masukkan sebotol Sharwood’s Biryani paste. Masukkan nasi. Siap. Kalau ini macam punya senang, suruh saya cater untuk kenduri kahwin saudara pon saya yakin boleh. Liz, mahu I jadi tukang masak kenduri you nanti? DM me. KAHKAHKAH

Tapi yang aneh dia.

Apsal Biryani saya kena makan dengan sambal ikan bilis?

Entahlah labu.

Inilah jadinya pabila kesuntukan waktu. Kalau dulu, saya cukup tak berkenan makanan segera dalam tin (atau botol) Sekarang anything can do. Asal dapat menjimatkan waktu, here I come.

How Sweet

Posted by chika under food, makan

We are in Paris                          !

…. not.

Casamia Paris, Beeleigh Rd.

As mentioned earlier, malam ini dikehendaki supaya menjadi malam sweet tooth kami. Walaupon sebenarnya gigi-gigi memang semedang manis. Did I tell you berapa banyak saya gemarkan makanan manis? Saya ni jenis perasa. Kalau masakan orang terkurang garam, terkurang gula, terkurang asam dan apa-apa terkurang pon, I can really tell. Walaupon 9 dalam 10 orang kata dah OK, tetiba saya boleh cakap ; tak cukup masin. Selepas itu, nah terimalah pandangan 9 orang dekat kau. Padan muka.

Did I tell you how much I love desserts?

Sangat gemar. Dessert adalah hidangan yang simple. Simple presentation. Simple things. Dan senang nak makan. Tak macam ketam. Kena struggle demi secubit isi. Itulah yang kita klasifikasikan sebagai makanan hardcore. HAHAHA. Memang tak fair lah nak compare dessert dengan ketam.

Selepas Maghrib, terus keluar. Biasanya Thursday night akan membawa kami ke pusat membeli-belah. Tapi malam ini, kami membawa diri sendiri ke sebuah French Restaurant (tapi bukan French punya) Bila dapat tahu kedai itu bukan milik seorang French, kami mula kecewa. Macam harapan dipermainkan. Ceh ceh.

Tapi bila masuk sahaja, macam harapan dikembalikan. Tengok ke dalam kaca-kaca display. Voila! Banyakkk pretty desserts waving at me. Oh lupa. Sebenarnya mula-mula sekali dah nampak macarons tower. Homagad. Terus teringat Adriano Zumbo. Rasa makan hati sebab tak tahulah bila dapat merasa his well-known macarons tuuuu. Penat je follow dia dekat twitter ingatkan dia nak offer siapa follow dia nanti dapat macarons tower.

Saya dah set dalam kepala, malam ini nak makan macaron dengan creme brulee. Dah set kuat-kuat dalam kepala. Tetiba sampai sana tengok barisan makanan cantik-cantik berasa macam tak ada pendirian. Nasib baik ada suami berdiri di sebelah tolong support.

So, macaron and creme brulee lah.

Aaaah. This is just perfect. Kitorang teka, chef dia memang terer French desserts.
Memang tak poyo punya macaron. Dan lain-lain menu pon sangat tidak poyo.

Anak tidur.
Dia tidak peduli French ke apa ke.
Yang penting, susu dia made in Mummy.


Oh, bila anak tidur ini kerja  kau orang ye?

Tengah seronok bermain kamera macam budak-budak highschool, tetiba satu benda cantik pon sampai.

Yummm.

OK sah. Dia ni memang terer buat presentation.
Sebab dulu contestant MasterChef selalu fail buat chocolate bergaya seperti ini.

Creme brulee, kau ni cantiklah!

Perempuan ini gembira.
Ikutkan hati, hari-hari dia nak makan dessert sahaja.
I love carb too.
T__________T

Disebabkan macam syok sangat dessert dia, rasa tak sabar nak cuba yang lain-lain. Tapi lain kalilah. Bukankah doctor selalu berpesan, tak baik makan benda macam ini kerap sangat. Sebab itulah orang kata, yang indah hanya sementara (sebenarnya ni lagu Erra Fazira) Err. Memang tak boleh buat keraplah perbuatan macam ini. Melampau-lampau pula party in my tummy kebelakangan ini. Minggu depan, eloklah amalkan pengambilan sup sayur, roti wholegrain, jus pegaga dan buah epal. Eiiii apsal nei boring.

Selepas bermanis mulut, berasa lebih manis kalau singgah mall kejap.

Baby’s parking.
Cantek tak Medina park Virago dia?
Kesian Medina. Tak nampak kepala dia.

Sengaja jalan-jalan sebenarnya bagi Medina drive Virago dia. Asyik duduk rumah tengok muka Mummy je. Kesian kesian. Dahlah hari-hari pon muka Mummy sama macam tu jugak. Kalau hari ini muka Mummy macam Alicia Keys, esok pulak macam Fufa, fun lah jugak. Ini tak. Hari ini macam muka Mummy. Esok pon macam muka Mummy. Sampai bila-bila pon macam muka Mummy.

Nite nite, all.

Party In My Tummy.

Posted by chika under food

Bukan Party In My Tummy yang ini.

I’ve been craving for pretty and simple food these days. Define pretty food, please. HAHA. Makanan cantik. With good presentation. Yang berwarna-warni sedikit. Or I can say, gourmet food. Memang overlah hari-hari mahu gourmet food.

Kalau tidak gourmet pon, asal dia cantik sudah.

Sepanjang minggu lalu, perut mengadakan pesta. It’s more like the urge to crave for good food. Macam asyik terkenang, dan mesti mahu. Tak mahu masak. Mahu makan sahaja. Itu apa yang berlaku sekitar beberapa minggu ini. Tak baiklah kalau nak salahkan Medina. Senang-senang cakap ; Kena hadap Medina, tak dan nak masak. Memanglah bunyi lame dan alasan sangat. But hey hey, try putting yourself in my shoes size 4. Muat? Yay yay tak muat. OK. Memang begitulah. Ada bayi 7 bulan yang bossy dan cengeng dan merupakan seorang attention seeker akan membuatkan 24 jam untuk satu hari tidak pernah cukup. You demand more hours in one day. Tapi kalaulah dibagi 240 jam sehari pon, mungkin tidak cukup juga. Patutlah Time Is Golden.

Siapa ada bayi yang bossy macam ini, pasti mengerti.

What conquering my mind now is food food food. Pretty food. And simple.

Sebelum saya mempeningkan anda semua secara tekstual, lapangkan fikiran dulu secara pictorial. Koleksi minggu lalu yang mempuaskan perut membawa ke hati.

Bunny Chow
So yummy so yummy (tiru Brobee nyanyi)
Minggu ini kena cuba lagi untuk merasai lamb bunny chow pula.

Prawn Penne.
Saya bukan big fan for pasta. Tak berapa menggemari pasta.
Tapi sesekali, mesti mahu.

Pernah tak kau macam once in a blue moon .. OKlah takyah tunggu blue moon. Tapi macam once in a while ke apa, teringin sesuatu yang kamu tak berapa gemar pon. Tapi sesekali mesti kena dapat. In my case, pastalah. Sometimes pizza, Nando’s, kebab and Indian Food. Tak berapa gemar, tapi once in a while mesti datang keinginan. You get what I mean?

Vegetarian breakfast -_-
Memang boringlah benda-benda vegetarian.
I . Don’t . Like . Vegetarian . Food
Tapi yang ini, best! Hujung minggu ini mahu mahu mahu lagi.

Boleh homemade kan? Tapi kalau homemade, saya tak consider ianya best lagi. Sebab itulah kena makan outside T___T Por favor.

Pastries.
Oh I always love dessert!

Smoked salmon salad.
So yummy so yummy (Brobee datang lagi)
Vegetarian Pasta.
Tapi vegetarian ini sedap.
Hujung minggu ini, mahu lagi please please please poor me.

Hurm. Lupa.
Rasa dia macam broccoli soup.

Aaaaah my sweet tooth!

Fish & Chip.


Fish and … err chick?
Homemade.

How simple food can simply make you happy.

Citarasa makan saya kebelakangan ini mendadak aneh. Berubah.

  • Saya tak suka sushi dan tak akan sentuh sebab geli. Sekarang ini, I am an addict. Hari-hari nak sushi.
  • I think, avocado is for tasteless eater. Tapi sekarang, saya suka sangat avocado.
  • Saya tak makan lamb sebelum ini. Sekarang, makan.
  • Selama ini, perasaan saya terhadap salmon adalah neutral. Sekarang, sukanya!
  • Saya dah suka spicy food.
  • Saya suka empek-empek meskipon dulu saya anggap dia pelik.
  • Nasi kerabu is actually not that bad. Dulu saya memang tak berkenan.

Dah tua ke aku ni? Ada kaitan dengan usia ka?

Impian saya malam ini, supaya dapat party in my tummy. Menu party in my tummy saya terdiri daripada ; Sushi, macarons, creme brulee. Ha ah. Saya memang suka benda manis. Sebab itulah saya suka dessert. The simple pavlova pon dah boleh buat saya gembira. Myyyyy sweet tooth.

Dengan harapan, suami pulang awal supaya party in my tummy dapat diadakan.

Namun begitu. Hari ini untuk lunch, saya akan menyediakannya dari dapur sendiri. Medina, masuk kitchen kejap lagi dengan Mummy OK. Don’t cry.

Menu lunch hari ini MUNGKIN ; Ayam masak halia, bok choy tumis with oyster sauce.

Tata everyone. I am off to kitchen. Tak tak. Belum nak masak lagi. Tapi nak buat half-cooked eggs.

gulp.

Mee Pertama Inspirasi Abadi

Posted by chika under food, Womanizer

Kau kalau bab letak tajuk syahdu memang pandai, Chika.

Pagi Jumaat ini kami bertolak ke Sunshine Coast untuk bercuti. Heh bercuti. Bercuti semedang kami ini. Untung dapat suami macam lelaki ini. Pantang cuti pergi bercuti (?) Cuti hujung minggu pon pergi bercuti. Tapi kalau dia bekerja, kau jangan ganggu memang tak layan. SMS pon kau takyah harap dia reply. Kecuali bila dia ada masa lapang di hospital, bagaikan bintang jatuh ke riba ah dapat sms ; I love you Sayang. Tapi jarang. Sebab bila dekat hospital, patient adalah segala-galanya. Memang ah habis tak akan demi sms cinta kepada isteri, nyawa pesakit dipertaruhkan. Fine fine weh jangan teruskan perenggan ini. Enough sekarang.

Sewaktu saya berseronok di Sunshine Coast ini, saya akan tinggalkan anda bersama bakat kewanitaan saya untuk dijadikan pencetus inspirasi kepada anda. Terutama kepada rakan-rakan wanita usia muda dengan jiwa muda. Macam terror sangat je kau Chika.

Tengok gambar bakat dulu sebelum mencetus inspirasi. Tengok sekarang.

Mee goreng perdana. PERDANA sebab ini mee goreng pertama saya masak in my life. Sudah 23 tahun baru kali pertama masak mee goreng T_T Tak apalah belum terlambat. At least pernah masak  bunga raya sampai keluar lendir masa usia tujuh tahun dalam lesung batu emak semasa main masak-masak lepastu dimarahi emak. Pernah masak nasik pasir juga dalam rice cooker plastic warna kuning. Pon semasa bermain masak-masak dengan anak jiran bernama Nurul. Ceh, nama nak sama.

Senang sangat ah masak mee goreng nei langsung tak thrill. Malas ah buat lagi. Takbur sangat kan. HAHA. Tak tak. Tapi memang senang. Dulu saya ingat mencabar sangat. Tapi bahagian menggaul mee bersama perencah tu ada sedikit mencabar ah. Kena bekerja keras sikit menggaul. Kira kalau dibuat penuh iltizam, boleh naik muscle.

Nasi goreng putih cincai. Sesuai dimasak semasa tak tahan nak masak sangat dah. Terlalu kacang sampai malu nak bagi orang makan. Kalau nak bagi orang makan, kena ah masak hebat-hebat sikit. Seperti kari ikan pancing sendiri. Atau gulai lemak ayam tangkap sendiri, sembelih sendiri. fghjkklmnbghj malas layan kau chika.

Don’t judge a book by its cover. Bahasa melayu, jangan adili daging berdasarkan rupa daging. Ijat masak. My all time favorite, daging goreng kunyit. Makan ratah-ratah lagi seronok.

Terima kasih sebab dah tengok gambar dan membaca caption. Sekarang kita buka laman inspirasi pula. Ini serius, kata Ming Ming (wonderpets wonderpets kami datang wth) Baiklah.

Inspirasi 1.

Nikmati sahaja keremaajan anda.

18 years old, dan tak tahu memasak? 19 years old, masih tak tahu memasak? 20 years old, belum tahu-tahu jugak? 21, 22, 23 years old pon belum ada hati lagi nak memasak. Something wrong with me? Naaaaah.

Nikmati saja hari-hari keremajaan dan kegadisan anda. Takyah tergopoh-gapah masuk kelas memasak. Spend RM300 untuk buku masakan dari chef terkemuka. Paksa emak suruh ajar masak. Nak stress malah dengki tengok rakan pandai memasak. Take a break, sweetheart. Hidup ini lebih dari sekadar memasak. Kalau kau tak reti memasak dalam usia muda, kau releks saja. Semua hakikat memasak ini tak pernah ada dalam sejarah silam hidup saya. I tak pernah worry pon dulu yang saya tak pandai masak. Kalau cakap dekat emak tentang ini, emak bagi kata perangsang : Takyah pikir ah. Nanti kang pandai-pandai ah sendiri. Belajar-belajar masak buat apa.Boring.

Ma steady ah.

Usia muda dan tidak tahu memasak. Malah tak ada hati langsung nak memasak. Pastu sampai kata-kata menjengkelkan berbunyi ; Perempuan kena pandai memasak sebab itu senjata memikat lelaki. Naaaaaah. Kau releks kejap dekat situ. Baca inspirasi nombor 2.

Inspirasi 2.

Perempuan tetap perempuan.

Once you’ve got married, engkau akan develop kewanitaan engkau. Tak kira sikit atau banyak. Cepat atau lambat. Sedar atau tidak. Engkau akan. Dipendekkan cerita (sebab kang saya merepak kang, susah) engkau akan pandai-pandai nak hidup. Termasuklah pandai-pandai nak memasak. Pastu kau akan usaha dan pakai kuasa intelek kau sendiri untuk menggerakkan dapur. Like me.

Macam yang engkau tahu. Saya bukan jenis buat kerja rumah (dahulu). Jangan kata nak masak, tolong potong sayur pon tak boleh harap. Kemas rumah cuci lantai sapu sampah apa semua saya tak buat. Sebab saya tak minat. Tapi emak tak pernah bimbang. Sebab emak cakap, emak pon macam itu dulu. Atau dalam kata lain, I banyak salin sikap emak semasa muda. (eh sekarang pon emak macam muda belia juga. Seronok ada emak muda dan sensasi. Selalu berfikiran muda dan tidak berciri makcik-makcik. Phew. Best gila hidup ini ada emak macam itu)

Perempuan tetap perempuanlah. Kang kau pandai kang. Kalau tak cepat, perlahan-lahan. Sekali lagi, macam saya.

Inspirasi 3.

Kesedaran

Nurul aku tak minat ah masak. Kang dah kawen dah padan muka laki aku. Aku tak nak masak.

Phew. Keluar keringat mulus -_-” ada rakan cakap macam ini. Kalau tak ada kesedaran memang macam tak boleh dibantu. Tapi saya yang tidak seberapa ini tetap nak bagi inspirasi sikit-sikit.

Rugi kalau tak nak memasak bagi suami makan. Rugi banyak. Walaupon ada lelaki jenis boleh makan di luar. Ada jenis lelaki memang sumpah tak kesah kalau dah dua tahun tak duduk makan dekat dining table dalam rumah. Tapi hakikat dia, semua lelaki mesti ada sedikit atau sekelumit rasa besar hati bila isteri hidang dia makan air tangan isteri. Mesti lelaki rasa macam King sikit-sikit. Lagi seronok, ada lelaki rasa macam King sangat sangat dah.

Saya ingat suami saya pernah hantar email manis dekat saya tidak lama dulu.

”Kalau ada pilihan, I prefer makan dekat rumah you masak. Sebab masakan isteri adalah yang terbaik bagi I. I bukan suka makan dekat luar. Tapi I tak boleh tipu. I enjoy our dinner outside. Bukan tak enjoy. Cuma kalau ada pilihan, I prefer masakan you”

Sejak detik itulah, I masak masak masak masak makin menjadi-jadi. I tak hebat memasak. Apa sahaja kau boleh harapkan dari perempuan yang 22 tahun hidup tak sentuh housework. Baru 6 bulan out of 23 years of her life sahaja dia baru nak menggoncang kitchen (CEH ayat power ; menggoncang) Tapi saya sentiasa bersedia untuk memasak walaupon sebenarnya saya tak pandai. Saya lakukan dengan gembiral. I enjoy dekat kitchen. Tapi I emo sikit sekali-sekala sebab masak nasik goreng selalu sikit lagi nak fail HAHAHAHA.

Inspirasi 4.

Jangan bangga cakap tak nak masak, nanti rugi. Ini bukan perkara kebanggaan.

Inspirasi 5.

Saya masak ikut kefahaman dan ikut tahap yang saya boleh capai. Saya mendapati diri, selalu degil tak nak ikut resipi bulat-bulat. For some reasons that I could not elaborate. Saya selalu baca-baca resipi secara pukal. Selepas itu saya tutup semua resipi. Saya masuk kitchen. Keluarkan semua bahan. Dan saya masak ikut kefahaman secara pukal. Tak tahu apa kelebihan buat macam ini. Tapi inilah yang saya buat.

Inspirasi 6.

Sesekali malas memang boleh pakai. Macam sehari dalam 7 hari engkau rasa tak nak masak. Jangan rasa bersalah. Jangan hesitate untuk ambik cuti sendiri. HAHAHA. Kadang-kadang saya ambik cuti 2 hari out of 7. Kadang-kadang saya ambik cuti 5 hari out of 7. Kadang-kadang saya ambik cuti 14 hari KAH KAH KAH.

.

.

.

Inspirasi ini sesuai untuk beginner. Dah terror masak dan memang kaki masak, baiklah engkau gelakkan aku. Baiklah T_T

Yahooooo Sunshine Coast!

Food Fiesta

Posted by chika under food

Beef steak HALAL.

Heh macam selama ini santap yang tidak halal pula. Sebenarnya kami terpesona sebab Coles jual daging halal. Walaupon buat section kecik sahaja dengan pilihan terhad sampai macam tak boleh buat pilihan sebenarnya T___T Tapi kami berbesar hati sebab Coles ada hati nak jual daging HALAL. Terus beli sebagai tanda sokongan kepada produk Halal. Walaupon harga dia mahal melambung kalau dibandingkan dengan butcher sebelah jalan dalam 40 tapak sahaja dari Coles tersebut. Tak apa. Kami sokong produk halal walaupon mahal sikit. Kami sokong. Walaupon mahal kami sokong. Damn gila aku ulang cakap banyak kali sebab nak bagi engkau semua terlalu faham apa yang I tengah cakap ini. I ulang ; Kami sokong produk halal walaupon mahal sikit. Harap next time semua daging dalam Australia pon halal. Tapi tidak berharap ada bacon halal gila kau Al-Quran cakap haram, haramlah jangan ingkar Allah murka.

Itu perkara pertama ; Daging halal Coles jual. Heh I macam excited. Memang pon excited. Perkara kedua. Senang saja nak masak beef steak I pon boleh buat. Sekarang dah rasa macam terror gila dah memasak. Semua masakan yang selama ini I rasa macam WTH (H ialah hebat) sekarang dah rasa macam … hek eleh engkau masak steak? I pon boleh buat. Engkau masak kari? I pon boleh buat. Okey fine Chika, kau boleh semua kau boleh.

Kubis masak lemak

Masakan kekampungan yang I bet ramai orang suka makan masakan ini. Siapa tak suka memang ah dia belum cukup makan garam (belum cukup makan garam tu macam kalau engkau baru nak hiduplah HAHAHAHA) Sukahati saja aku cakap engkau baru pandai nak hidup HAHA.

Saya gemar kubis masak lemak. Selama ini selalu pandang tinggi dengan masakan ini. Rasa macam orang terror saja boleh buat. Sebab kena pakai santan lah. Ada ikan bilis lah apa semua tah. Sekarang dah pandai dah masak masakan macam ini. Dah tak pandang tinggi dengan orang yang boleh masak kubis masak lemak. Macam kacang. Menyesal dulu pandang tinggi dekat orang yang pandai buat kubis masak lemak.

Tempeh Goreng

In English disebut TEMPEH. Ceh tak ada beza. Kalau dah mengalir darah jawa dalam diri memang jangan gatal nak mengaku tak kenal tempeh.

Ayam masak merah.

Masakan terbaik from Chika with love. HAHA. I rasa inilah dia menu terpaling I master. Kira kalau masak tutup mata pon boleh. Err. Tak tak. Masak kalau tutup mata siapa-siapa pon tak boleh. HUAHUAHUA. Okay I nak angkuh sekarang ; Ayam masak merah I tak pernah fail. Sentiasa sedap. Sewaktu makan mesti dalam hati tak putus-putus puji diri. Tapi masih tak percaya apsal aku boleh buat ayam masak merah sedap macam ini. Mungkin kebetulan.

Nurulism.com buat hal lagi. Tapi I dah malas nak histeria dah.

The Cupcake Story

Posted by chika under cooking, food
Cupcake
Dengan perasaan malu dan bangga, diistiharkan bahawasanya aku telah mempunyai bakat membuat kek. Akhirnya. Terima kasih AIZAR kerna memberi sokongan paling extreme. Terima kasih jugak ke ibubapa, dan keluarga. AHAHA. Owh … kepada individu yang memandang rendah kepada aku semalam, terima kasih. Kerna kalianlah, aku bangkit dengan hasil yang bagaikan mimpi dalam mimpi dalam mimpi dan mendalam-dalam lagi mimpinya.

Cupcake

This quote simply turn me on :
“my menu consisted of two choices ; take it or leave it

And here we go.

Idea tercetus dari CUYA la. Cuya la punya pasal ni. Cuya lah yang buat aku tergila-gila nak buat cupcake ni. Semua Cuya lah! Hi, Cuya! Firstly, creadit to Cuya for the recipe. Your recipe tu senang difahami dan ditiru. Tq yea. Aku tak pandai mengarang resipi kerna aku seorang feminine baru nak jadi. Sesiapa yang ada kes sama dengan aku, bolehlah drop-by di SINI.

Cupcake

HELL ABOUT THE INGREDIENT – Aku suka benda yang organized. Kalau tak organized, alamatnya lambatlah aku bertindakbalas. Tangan pon melentik-lentik salin resipi Cuya. Punyalah cetek ilmu dapur aku ni, aku usung lah scrapbook aku ni ke sana ke mari sehinggalah ke supermarket. SUSAH i tell you! Cannot tahan wo mencarik bahan-bahannya yang sangat alien itu. Terpinga-pinga aku menghadap bahagian yang menyediakan bahan membuat kek. Rasa nak tarik-tarik je rambut. What the hell of the ingredient I’ll be needed! The nite before, aku ada sms Aizar … asking bout one ‘alien’ named ‘shortening’. Okay, Aizar gelak-gelak. Gelak la kau! Then Aizar bagitaulah aku ertinya benda alah itu bersama kegunaannya. Tup-tup sampai supermarket, aku blur. Tak tau rupa benda alah ‘shortening’ tu macam mana. Ditambah pulak dengan curiosity aku tentang nama-nama gula yang pelbagai jenis. Gula halus, gula kasar, gula pasir, gula castor, gula ising, gula merah. HUH?! Kenapa tak guna je gula yang kita minum tu… !! And again, dapat ilmu dari Aizar and bunda that we HAVE TO use certain type of sugar untuk certain type masakan. Pandainya semua orang ni.

Dah ada semua bahan. I am happy and can’t wait nak main masak-masak. Tiba-tiba tak jumpa cup. HAMPA. Dan sekaligus mematikan keterujaan. Lalu, kusimpan semua bahan ke tempat yang sesuai. Apalagi, on DVD. Lagi senang. Tak payah pikir nama-nama ‘alien’. TAK JADI BUAT CUPCAKE.

HIDAYAH – Pagi-pagi semalam, Jullian sms time aku tgh tidur. Disebabkan terlalu mengantuk, aku tak baca sms tu dan delete. AHAHAHA! Tak lama lepas tu, Aizar pulak sms. Aku baca, dan selit handphone bawah bantal. Oops, rasa nak baca. Baca balik. Alahai, dia ajak pergi rumah Hidayah. Aku suruh Aizar pergi je la dengan Jullian yang semangat sangat nak pergi tu. Aku mengantuk sangat. Tak larat nak bangun. Tapi si Aizar ni paksa-paksa. Dan dia kata, Jullian keluar rumah around 1pm. Oh, lambat lagi. Oleh kerna kasihankan Aizar, aku setuju juga. Tapi aku memang malas nak keluar. Tapi dia paksa. Tapi aku malas. Tapi kesian Aizar tak ada teman. Aku pon berkorban. Okay, bihun sup yang mak Hidayah masak sedap. Sedap sangat. Hidayah, tq yea untuk makan-makan tu.

CUP - Balik dari rumah Hidayah, Aizar ni bagi idea nak pergi kedai kek yang dikatakannya sangat mengujakan di … (di mana?) Kami pon ajaklah Jullian drop kitorang kat situ sekejap. Tiba-tiba semangat terbakar lagi. Sebab Aizar lah ni. Bukan main lagi ajar aku itu ini. “What? Haizum buat kek? Kek buat Haizum?,” ada orang tu underestimate saya. Tapi saya tak tergugat pon.

Aizar tanya, nak dia tolong tak buat kek. I said NO I want to try it on my own. KONONLAH. 5 minutes lepas tu, sebok sms Aizar suruh datang rumah. AHAHA. So, kami mula buat dari pukul 5 petang.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku belajar
: gaul the mixture mesti dalam satu arah sahaja

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Decoration : kami nak kejar masa. Aizar kena balik before 9.30pm. Biasalah. Ibubapa dia sama macam ibubapa saya. Anak-anak tidak boleh berada di luar rumah pada waktu malam. Sebelum Maghrib, semua mesti kena ada dalam
rumah.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Masa buat kek ni, teringat dekat my dear. Dulu pernahlah buat lawak nak kasi dia makan cake saya buat. Dear, I dah buat! See, this CUP of LOVE i dedicate for you. Ngee…
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

mycupCustom.jpg picture by klasik

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

And, done at 10 pm!

Tak percaya aku dah bake my very first cake ever. Dan jadi pulak tu! Sedap.. *angkat basket sendiri* Hey, hey .. bagi beginner like me… ni kira mabelless la ni. Abah kata, sedap. My brothers kata… bolehlah tapi diorang makan tak henti-henti sampailah pagi tadi. Ibu Aizar pon kata boleh tahan .. and Adek Bi suka my color yang melimpah ruah tu. AHAHA. Aizar, next week kita main masak-masak lagi ya!

Abah datang kat saya…
Rasa dahi saya…
And …

“Demam ke? Tak pernah-pernah nak buat kek,” Abah said, bisa as always.
Dan perbuatan aku semalam telah menimbulkan kontroversi dikalangan budak-budak lelaki dalam rumah ni. Diorang kata, kakak dorang kena sampuk. Terima kasihlah, saudara kandung semua.

AHAHA!

Buat malu aku je depan my pren. Kan Aizar kan? Aku talented kan? Bukan main comot aku kan? Maknanya, aku sangat committed. Abes baju kaw-kaw punya comot.

Malam tu, aku terus diserang sakit abdomen. Kepala pening. Rasa nak muntah. Tak sangka, kerja dapur memberi impak negatif kepada kesihatanku. Tapi aku sangat gembira kerna kekku dimakan oleh ramai orang.

Kepada yang memandang rendah : I did it, man!