Happy Feet
Posted by chika under family, fun, holiday
Hello Bello 
Tapi tiada bontot penguin kegemaran.
Tidak jumpa Mumble juga.
Ok. Aku cakap yang bukan-bukan.
Semalam main Ice Skating.
Genap setahun aku mabuk kepayang [click]
Akhirnya semalam, main juga.


*Hot = Panas Hati.
Sampai je Sunway Pyramid, brunch dulu. Maklumlah bawak Adek. Dibuatnya dia memberontak nak makan time tengah layan skating, sawan aku dibuatnya. Adek saya jenis pemakan. Dia makan BESAR. Haikal bukan jenis pemakan. Tapi dia PEMINAT TEGAR makanan yahudi. Ehem… maksud aku, fast food.
Kisah teladan : Kalau nak tanya surau, jangan tanya dekat chinese girl. Tanyalah pada Indian boy. Chinese girl lambat beri jawapan. Dan jawapan dia panjang, dan sukar dimengertikan. Indian boy jawap dengan pantas. Jawapan dia, ringkas dan tepat. AHAHA. Selepas solat Zohor, kami terkinja-kinja menuju ke ice rink. Cis, tak guna! Waktu tu la dia off kejap untuk cleaning. Kami terpaksa menunggu dan merayau-rayau macam kutu. Makan lagi. Yes, of course man! Makanan yahudilah. Yang sedap dan berpropaganda itu. Tadi Pizzahut, sekarang McDonald. Tengok, sambil-sambil macam tu pon kami dah kayakan yahudi. Moralnya … aku ni pandai cakap je.
Dalam pukul 2 pm, barulah dapat menyerbu ke dalam ice rink dan berballet, bergolek, dansa, dan meluncur dengan pelbagai skill. Tipu. Kami skate biasa-biasa je. Tapi masih dianggap skating la. Yang tak boleh dianggap skating pada awalnya ialah Farah dan Nana. Mereka melekat di tepi lantas menimbulkan kerisauan di hatiku dan rakan-rakan yang lain. AHAHAH! But at last, diorang boleh jugak berdiri di atas kaki sendiri dan bergerak tanpa melakukan aksi anti-graviti. O ye yeh! Aku berasa bangga kerna berjaya mengimbangi tubuh badan dan sekelian anggota dari menyembah ais. Ucapan ‘kasihan’ buat Farah, Nana dan Aizar atas kemalangan yang menimpa semalam. Tanpa kejatuhan, kita tidak akan menilai erti keteguhan. Ngeee =D Best kan gedebuk atas ais? Rasa macam bontot penguin tak? Haikal biasalah. Orang nakal kalau campak tang mana pon boleh jadi. Siap dapat ‘amoi’ yang aku tak tahan tu !!!!! Dapat free pulak tu. Atuk sorang ‘amoi’ ni suruh Haikal ajar cucu dia skating. Memang jadi bahan gelak je kat rumah.
Maknanya, mari menonton gambar!

Kena balik cepat atau kena marah dengan ibubapa.
Tapi kenalah foto-mania dahulu.
Sempat lagi Farah tanya.
“drive ke nanti pi Johor?,” “Tak… abah tak kasi. Kau?” 
“Tak…,” geleng-geleng.
Oh yes! Sama-sama ‘patah kaki’ la kita 2 minggu kat Johor nanti ye.
Nah, gambar lagi!
Tengok sampai muntah!
A new bubble necklace in blue.
tq farah.
Sampai rumah, rushing untuk Asar.
Mandi-mandi, Maghrib dengan abah.
nasib baik sempat jemaah kalau tak, mesti abah marah.
Memandangkan kami balik terus rushing untuk Maghrib,
angin abah pon baik.
Kami borak-borak tentang skating tu.
Tapi kena marah juga sebab tinggalkan Zirul.
Dah kereta penuh.
Cuba abah beli Honda Jazz lagi satu.
Atau CR-V baru yang 4WD tu.
Kan muattttt…
Malam kejadian itu terus aku lumpuh.
Baring je atas katil kerna kakiku sakit bukan kepalang.
Tapi tetap kakiku gembira dapat bermain ais.
HAPPY FEET!





