Archive for the 'emosi' Category

Kenapa engkau tinggalkan daku?

Posted by chika under bosan, emosi, Kosong

Dia sudah balik hometown.
Apa ni?
Berasa sangat sedih secara mendalam.
Sangat sendiri.
Sunyi sepi macam aku ni pekak bedak.
Studio pon KOSONG.
Kenapa semua orang hilang dan berlagak macam banyak urusan.
Padahal berapa kerat je yang mendaftar untuk mengundi.
Yang lain ni pergi mana??
Apa pasal ni buat aku berasa sangat sehelai sepinggang??

Dia tak da.
Aku menjadi solo dan sepi.
Secara puitisnya, aku kesepian.
Secara Rock n’ Roll … bosan macam ayam!

Aku tinggal seorang diri dekat studio. Nasib baik ada internet connection. Kalau tak da, kepala aku pasti sudah terbakar-bakar. Dia tinggalkan dua keping CD Jay Chou untuk aku. Aku sudah dengar kesemua lagu tetapi aku masih bosan. Aku layan youtube, stream lagu Mulan ; Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi. Berpuluh-puluh kali kasi ulang sampai aku sendiri menjadi pening dan nak muntah. Sumpah, aku tak akan pasang lagi untuk malam ini sebab telinga aku sudah overload. Aku sangat tak da hati mahu mendengar music. Aku mahu mendengar … suara! Suara manusia. Sebab studio sangat sunyi tak da suara. Aku mahu berbual-bual. Oh, sangat kesian dekat diri sendiri. Dapat mendengar suara pujuk rayu dan memuja memuji dengan kasih sayang lagi bagus. Apa ni? Macam sangat miskin kasih sayang. Aku bergurau ok ^_^. Siapa mahu berbual, datang studio sini. Kita berbual ok. Sambil berbual aku boleh berkempen pilihanraya sekaligus. Aku sangat bersemangat terbakar-bakar ni. Tapi aku tak boleh berkempen dekat sini sebab nanti aku akan dibakar. Aku tak mahu mati terbakar. Mati terbakar akan membuatkan engkau mati dalam keadaan tidak cantik.

AHAHAHA.

Aku bosan.
Sepatutnya aku pergi buat design tapi kepala aku pening. Kalau kepala tengah pening, janganlah membuat design. Nanti boleh kena gejala tekanan otak. Mahu menonton movie, aku tak berapa ada hati mahu menonton seorang diri. Mahu berchattingan, tak ada orang yang pandai membuka topik yang buat aku teruja. Balik-balik ajak berkenalan. Macam zaman Audrey Hepburn betul. Balik-balik tanya nama aku siapa. Sangat kesian. Pastikan sebelum meng-add aku ke dalam messenger engkau, sekurang-kurangnya engkau sudah membaca resume aku. AHAHAHA. Dan pastikan ketika menegur aku, engkau membawa sebuah topik yang seronok. Kalau mahu ajak berbual-bual kosong macam dunia kita yang punya, aku mintak sorry.


Aku bosan.
Main game sudah. Tadi sudah main Color Linez sampai break record sendiri. Ketika bosan, menjadi hebat secara tiba-tiba. Magik.

Dinner pon sudah. Sebelum dia balik, dia sudah sumbatkan aku dengan makanan-makanan nikmat duniawi.

Design sudah crit. Petang tadi dengan En. Zabidi.

Menyakitkan hati orang pon sudah.

Melawat toilet untuk membetulkan tudung dan menilik muka di cermin pon sudah.

Bercucuk tanam dan menternak pon sudah. Menjahit, memasak, membajak tanah dan membawa kucing bersiar-siar pon sudah. Oh, perenggan ini memang fitnah. See, bosan itu memang tak bagus. Bila bosan, kita akan terdorong untuk memfitnah. Waaaa.

ENTRY NI MEMANG MEMBAZIR.

KOLEJ PENDETA ZAABA MACAM BUFFALO.

Tempat paling hell dekat UKM ialah Kolej Pendeta Zaaba. Jangan sesekali apply kolej ni ok. Mahal tapi bilik macam sangat miskin. Furniture pon sangat miskin. Katil macam sangat sangat miskin. Bocor macam rumah miskin. Admin macam budak-budak tadika main masak-masak. Apa malang aku dapat kolej miskin ni. Boleh pulak ada sebijik kolej swasta dalam UKM ni. Sangat shit. Dinner kolej canceled! Tak ingin aku dan kawan-kawan nak menjatuhkan maruah join dinner yang miskin tu. Kereta kalau nak park pon kena bayar. Kepala otak sungguh la. Jangan harap akan dapat duit aku lagi ok. Go eat shit you dumbo. From Admin to JAKSA, u guys memang lembu. Para pkerja pon sangat ‘lawa-lawa. Budi bahasa lagilah ‘lawa’. LAWA gila. Sangat LAWA. Sekali pandang memang mati di tempat kejadian.

Ainul dah mengamuk sakan. Petang tadi kawan-kawan aku dah bergaduh dekat JAKSA. Member aku bukan sikit punya bersusah payah booked tempat untuk dinner, tiba2 dia kata booking yang dah buat tu tak sah. Kena buat lagi sekali. And kami end up dengan kehilangan tempat. Kena join junior. Sangat lembu. Sikit-sikit mintak bayar. Sikit-sikit charge. Macam kolej bagus-bagus je. Dah la beam pon construct tak cantik. Cat pon cat murah. Makin hari makin merekah. Pintu pon pakai panel yang sangat murah. Simen lantai tu, asyik lembap ja. Safety pon tak da. Letak pulak glass window opening size bukan sikit punya besar. Aku paling geli kat lantai simen dia. Pasal tu lah bilik aku fully covered dengan carpet. Zaaba sangat kerbau!

KAMI TAK HINGIN PERGI DINNER TU. Dinner dengan kekasih-kekasih lagi bagus. Sambil dinner boleh main mata. Huh? Apa ni? Aku hilang pertimbangan sudah. Bosan. Nak pergi bakar kolej la.