Posted by chika under
Darah Muda Sengaja tak mahu mensemarakkan suasana kehidupan anda dengan tulisan I yang sumpah best sampai ada orang separuh mati dah aku tengok dia. Hari-hari tak putus asa menaburkan kata-kata tahyul. Tapi tak apalah. Jumpa nanti di akhirat kelak aku tuntut.
Sebenarnya lagi sengaja tak mahu blog sebab berasa sangat bosan dan tidak terurus.Apatah keadaanku lewat beberapa ketika ini macam teruk sangat. Iaitu :
- Tidak sehat secara berlarutan.
- Malas. Semua benda aku malas. Termasuklah malas makan.
- Selekeh. Dahlah malas bergaya, malas make up. Malas pakai tudung. Semalam emak dah perasan dah. Dia cakap ; Apsal Ma tengok anak Ma ni tak bergaya je sejak balik Malaysia ni. Baiklah Ma, baiklah. Selepas itu Ijat berani berani sound I sebelum bertolak ke KLCC pada minggu lalu ; Heh apsal kau macam ni. Tahulah kau tak sehat tapi takkanlah kau dah tak pakai high heels tajam kau setajam mata kail. HAHAHA. Heh benci gila ada adek macam ini.
- Perasaan macam nak marah je. Sampaikan setiap kali orang pergi main application tag photo dekat Facebook (macam jahanam) setiap kalilah mulut aku celupar. Sumpah memarahkan. Lagi satu, aku online sebab nak chatting dengan suami aku. Kau penah tahukah apsal Yahoo Messenger ada tanda BUSY? Harap semua orang ambil iktibar.Kalau dah aku bagi sign BUSY maksud dia NO ENTRY.
- Tak ada hati langsung hendak keluar ke mana-mana. Kalau boleh hendak duduk di rumah menonton Astro sehinggalah pada tarikh penerbangan pulang ke Australia. Bila sampai Aussie I nak sambung duduk dalam rumah bermain Wii sahaja. ( Sayang, I dah beli dua game Wii HAHAHAHAHAHAHAHA) Kalau boleh tak mahu jumpa muka siapa-siapa. Sebab dalam dunia ini lebih banyak penyibuk daripada orang yang claim kononnya dia ambil berat. Heh ambil berat konon. Padahal suka nak ambil tahu urusan kehidupan aku. Macam hina gila perangai.
- Dalam fikiran hanya menunggu kepulangan suami sahaja. Tak ada menunggu raya. Apatah lagi keinginan untuk hang out langsung tak ada.
Persediaan raya takyah tanya. Sebab jawapan dia, tak ada persediaan langsung. Macam yang saya dah katakan, fikiran hanya menanti kepulangan suami. Hati hanya ada dalam rumah. Apa akallah dah rindu dendam dengan atuk dan nenek di kampung. Kalau tidak, memang aku duduk saja dekat KL ni menjelang syawal ashaari. Eiii gedik gila nak sebut nama awal ashaari macam itu. HAHA emak saya panggil Awal Ashaari sebagai Syawal Ashaari. Pastu dia panggil Upin dan Ipin as Upin dan Udin. Baiklah emak T____T
Err. Ramai orang tengah giat menceritakan helaian-helaian pakaian rayanya sebanyak enam tujuh lapan sembilan pasang. Baiklah memang canggih gila. I tak ada walau sepasang pon. Baju untuk ke wedding brother in law juga tak ada. I dah malas fikir dah. Daripada saya fikir benda-benda tersebut lebih baik saya dudud berbaring dalam rumah melayan kepala yang sakit melarat-larat ini. Heh tapi I macam ada satu keinginan sahaja. SATU sahaja. Sumpah I am craving for a floral pattern legging from Topshop. Hari tu dah pegang dah, Tiba-tiba kepala aku berpinar terus aku campak dia. Tiba-tiba teringat sampai hari ini. Heh pathetic gila.
Eh sekarang tiba-tiba macam ada keinginan kedua. I tak mahu baju kurung atau baju kebaya atau baju gemerlapan dipakai pada pagi raya. Itu aku macam tak kesah langsung tahun ini. I nak dua atau tiga pasang Levi’s. Jadilah. Kalau dapat satu legging dengan dua levi’s dah cukup dah. Sebabnya I don’t have jeans here in Malaysia. Hari itu balik Malaysia sehelai sepinggang. Sehelai jeans pon takda dibawa sama. Sudahnya I tak ada jeans nak dipakai. Habis takkan nak pakai tight jeans zaman I gadisan. Marah husband aku kang. Jeans yang tinggal di Malaysia ini semuanya jenis ranggi ranggi kalau aku belek balik pon, mengucap panjang aku dibuatnya. Dahlah low cut. Astaghfirullah. Taubat taubat.
Emak cakap (asyik asyik emak cakap. Asyik asyik emak cakap) ; Apsal Ma tengok anak Ma ni susut je badan.
Heh. Tak pon. Tak pon T____T
Pastu macam terpengaruh dengan ucapan emak, I terus menimbang badan. Baiklah, I dah lost 3 kilo. Baiklah!!!!!! Heh kau gembira ke kau stress ni huh? Err. Stress. Ini bukan masanya untuk menjadi susut ke apa. I tak peduli! Heh apatah kena dengan aku macam tak terurus langsung.
Macam biasa, entry tamat sekarang.
Posted by chika under
Darah Muda,
Travel : Australia Good day everybody.
Di bawah ini disertakan kepingan-kepingan gambar lain selain kepingan-kepingan The Claw (fghjklkjhgf) Kan dah cakap I benci The Claw sebab dia buat macam hati I mencarut tak berbunyi.

Surfing pakai selipar. Nak berlagak macam surfing pon agak-agaklah sikit takyah pakai selipar kan dah tak real T__T HAHAHA.

Kodak antik.

Gay sangat.
KAH KAH KAH

Ini pon gay.
CEH tetiba.
Pandaikan aku bila muka sendiri siap edit kasi bercahaya macam twinkling. Muka orang lain punya gambar I main upload saja tidak fikir pon nak edit kasi twinkling ke apa. HAHA

Tapi yang ini tidak edit heh.
Naturally twinkling twinkling.
Apatah saya cakap neh tapi tak apa. Anda dah biasa dah kena baca entry dalam blog ini yang kurang difahami sangat tapi tetap nak baca juga. Manisnya anda sebab sudi baca benda yang tak faham sangat HAHAHAHA. Merepek kau chika.
Okay lah fine I tak merepek. Kali ini kita cakap pasal AVP pulak. Bukan Anugerah Vintang Popular. Ini Alien Vs Predator. Siapa tak pernah dengar nama ini memang ah dia.
ALIEN VS PREDATOR
(Heh. Tak ada sebab kenapa kena tulis besar-besar)
Chika aku dah tengok dah filem neh lama dulu dah. Apsal, kau baru tengok heh? Salah. I belum tengok langsung malah bukan nak bercakap pasal filem dia. Saya bercakap tentang permainan baru di Dreamworld bernama AVP. Nak kata baru sangat, tak lah. Sudah beberapa bulan wujud di Dreamworld tapi baru dapat main.
Dreamworld is now home to an immersive combat experience where humans are the bait and their mission is to survive. Taking place in an intelligent arena that fights back, combatants earn points by engaging multi-layered targets with a Delta Strike phaser that triggers both shotgun and rifle-effect beams and comes with LCD screens and speakers to provide real-time game play information.
Dekat pintu masuk saja dah ada seorang lelaki siap pakai uniform FBI ke apatah. Dengan gun macam hebat dalam tangan. Woh macam best neh. Kami dah tak sabar dah nak masuk dalam. Nak tahu sangat macam manakah konsep permainan game tersebut.
Interesting. Semua orang akan dibekalkan dengan gun bercahaya dan berpeluru laser. Siap pakai jacket bercahaya-cahaya. Masuk dalam satu building agak besar. Kemudiannya di bahagi kepada dua kumpulan. Gold and Blue. Kami team GOLD is the best (pepandai je kau chika cakap gold is the best) Kami kena lawan tembak-tembak secara beramai-ramai. Tapi takyah ah tembak geng sendiri.
Building tempat pertempuran adalah gelap. Ada banyak halangan dan lorong dan bertingkat sedikit. Serious fun. Dan mendebarkan juga. Sebab macam takut sangat kalau kena tembak. HAHAHAHAHA. Boleh tahan woh permainan ini at least takda buat I main curse-curse dalam hati. Rasa macam seorang alien. Eh tak. Macam seroang predator. Eh tak. Rasa macam heroin hollywood (tetiba sangat)
Semua orang diberikan satu nama secara random. Nama tersebut tercatat pada gun masing-masing.
Chika : Piecemaker (indah juga nama ini)
Husband : Valkyrie (macam nama vampire pulak dah)
Ijat : Bruce (Bukan keluarga Lee)
Kami team Gold bersama ramai-ramai lagi pemain lain. Menentang team Blue. Tapi I macam rasa berdebar berlebihan. Mula-mula I mengekor je husband. Mana husband I menyorok, situlah I selit sekaki. Dah ah badan aku kecik kena pulak pegang gun besar. Apatah. Macam kelakar nasib baik gelap kalau tak malu sikit orang nampak saya lari terhegeh-hegeh bawak gun.
Ijat memang dahsyat saya tengok. Dari awal lagi dah semacam je aksi dia. Bajet macam hero sangat. Cara dia fight dan lari semua pon ala-ala action movie hollywood. Heh. Sini kau! HAHAHA.
Banyak kali saya kena shoot. Siap ada awek mat saleh neh tembak aku sambil gelak terkekeh-kekeh. I pon gelak sekali. Gila sangat. Kena tembak pastu gelak seronok. HAHAHA nampak sangat tak layak berlakon filem aksi. (Ceh ada hati rupanya aku nak jadi pelakon. HAHAHA)
Bila dah tamat masa, kami pon keluar beramai-ramai dan tengok keputusan pertempuran di screen. Yahooooooooo. Team kami menang!


Hooooray! Tengok tu Piecemaker mengumpul 440 points atau dalam kata lain, point paling corot dalam team. KAH KAH KAH. Keluar kau chika! Tak kisah. Asalkan team Gold menang. Kira okay apa. Kau tengok team Blue. Semua pemain pon collect point lagi corot dari saya.
Nanti kalau macam bosan tak tahu nak buat apa menjelang hari cuti, nak main lagi ah.

Dan semua ini berlaku di Dreamworld.
Heh. Sumpah jemu.
Posted by chika under
Darah Muda 
Akhirnya setelah berbulan-bulan pujuk Ijat, dia naik juga benda alah ini. Dari dulu cucuk-cucuk dia suruh naik. Siap cakap siapa datang sini tak mencuba The Claw baik takyah mengaku jantan ah. Baik takyah datang ah. Buat malu keluarga ah apa semua penghinaan pon dilemparkan. I dengan husband siap cakap nak ikat tangan dialah apa entah. Punyalah mempaksa budak tersebut. Boleh pulak my brother heh, dia online masuk youtube pergi google benda alah ini. Sampai separuh nyawa I tengok muka dia. Apalagi, sumpah sumpah cakap tak akan naik tapi akhirnya my husband heret juga dia. HAHA. Rasa kau!


Saya rasa jengkel dengan orang yang boleh invent permainan macam ini.


Apatah benda alah ini tak ada pedoman membuat manusia macam tumbling tumbling. Phew. Setiap kali melintasi this big structure, mesti I rasa macam mencarut dalam hati. Ataupun tiba-tiba berasa macam nak curse dia banyak-banyak. Nasib baik tidak dilahirkan sebagai pencarut bebas.



Kali ini I excited berlebihan. Tunggu dekat bawah pegang kamera. Harapan nak snap banyak-banyak muka aneh mereka semasa menikmati adrenaline rush. Bila ride selesai, saya macam harap akan dengar ; Fuuuuuu takut gila ah sumpah tak naik dah. Ini memang cabaran duniawi yang agak besar. Aku haraplah kan. Tapi tetiba …. I tengok muka Ijat excited semacam bila dah turun dari ride.
Dia cakap ; Fuuuuu best best. Feeling gila main neh. Sekarang ride ni jadi top favorite.
Cis kau Ijat menjatuhkan maruah kakak. Fine lah engkau dengan abang ipar engkau memang sama. Hadam sangat main benda-benda macam ini. Penat aku je berkobar-kobar selama lebih 2 bulan bercakap pasal betapa tak gunanya permainan ini bisa mencabut nyawa dan tidak fun. Tetiba hari tersebut kau cakap game ini memang terbaik ah semua sekali kau puji dia. Kakak engkau rasa tercalar. KAH KAH KAH KAH

Sumpah aku benci kau.
Sejak pengalaman pertama mensabung nyawa di atas permainan ini, sejak itulah saya dah janji dah tak akan cuba lagi. Kalau orang bagi pingat suruh naik pon I tak akan rela. Kecuali dia cakap ; Chika kau naik sekarang, kau turun nanti kau jadi Datuk. Fine fine, aku naik. Ceh gila darjat kebesaran. Naik The Claw turun-turun dapat pingat diraja. Macam apatah aku merepek. Annoying gila. Malas ah aku tulis blog kalau macam ini. Datang lagi nanti, I suruh.