Biskut Tiger
Posted by chika under bloggyTok Rimau said…
Soalan Kepada Beylo:
“Engkau tidak teringinkah untuk menduakan diri engkau menjadi bentuk fizikal yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak. Sebelum engkau menuduh aku pervert, ingin aku jelaskan apa maksud aku. Tidak mahukah kau bukukan huruf-huruf ini? hardcopy?”Aku menulis komen ini tanpa effort. Aku baru pulang dari Planet Pena utk Maskara 6. Dalam dada aku penuh seni melimpah ruah. Aku kena tuang sedikit di sini.
Perkara pertama.
Jawapan kepada soalan : Saya memang teringin untuk menduakan Beylo menjadi bentuk fizikal yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak. Tetapi bak kata pepatah, ukur baju badan sendiri. Saya menulis secara tidak bagus. Menulis secara gila macam ayam. Ke hulu ke hilir tapi tak sampai ke mana sangat. Menulis secara bermain di playground. Tidak ilmiah. Kalau dibukukan, saya khuatir dia bukan sahaja disentuh, diusap, dibelek dan diselak, malah dikoyak, dilontar peluru dan dilempar cakera hasil tulisan dengan sangat kesian. AHAHA. Bukan pesimistik. Tapi seriously, apa yang hendak di-hardcopy-kan? Cerita-cerita seposen dua yang magik itu? Saya seperti melakukan perbuatan yang memalukan. AHAHA.
EHEHE.
Okay. Sebenarnya saya pernah menulis novel pada usia 12 tahun dan telah di-publish ketika saya berada dalam tingkatan satu. Jangan tanya kisah lanjutan. Aku tak suka. Kisah peribadi. Kalau ada yang tanya juga, nanti aku menjawap kepada Kisah-Kisah Nabi. Mahu ka? Aku pernah ditipu beberapa kali di mana hasil karya aku hilang lebuh dengan sangat magik. Mungkin sebab waktu tu aku budak kecik kot, jadi sangat udah dimagikkan. Sekarang kalau ada jembalang mahu tipu aku dengan membuat magik lagi, dia tahulah macam mana kuasa Bulan aku akan bertindak. Aik? Aku ni bukan sahaja seorang yang magik, aku juga seorang Sailormoon. Tutup cerita novel kerna aku bukan seorang penulis novel. Dah lama aku tak buat kerja-kerja ilmiah macam tu. Sekarang aku mahu fokus kepada penulisan jiwa secara gila-gila. Bukan untuk dikomersialkan tetapi untuk dijadikan gelanggang mainan. *jeruk buah salak ni manis sangat sampai aku rasa tak mahu menulis blog selama tiga bulan*
Tapi sejujurnya, menulis memang satu minat bagi aku. Tapi oleh kerana pengalaman lampau yang tidak boleh diceritakan aku menjadi malas nak menulis lagi. Sekarang aku senang hati membuat contengan secara mati-matian. Tak thrill tapi memuaskan nafsu serakahkahkahkah! Tok Rimau @ Biskut Tiger, ada nasihat berguna ka untuk saya? Adakah perbuatan mencetak kesemua entry menggunakan printer laser Canon hak milik sendiri dikira sebagai menghasilkan tulisan yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak sebagaimana yang Tok maksudkan? AHAHAH.
Perkara Kedua.
-
Tok Rimau said… -
Pstttt,
aku tahu kamu seorang yang kool, justeru kamu perlu berada di majlis yang kool. Dengan ini, aku menjemput kamu ke majlis paling kool di KL:MASKARA 6
(malam baca naskah Sindiket Soljah dan kawan-kawan yang kita suka)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Rumah Pena, Jln Dewan Bahasa. (Rujuk Peta)
Tarikh: 2/2/2008
Bayaran: Diskaun 100% untuk kamu aka. FREE. Sebab kamu kool.
Dress code: Cool n Sexy (Mengikut acuan & definisi kamu)Jika kamu punya buku, tee, zine, postcard, DVD, VCD, CD ORIGINAL. Bikin sendiri punya. DIY. Kamu juga dijemput mempamerkan hasil dagang kamu. PEACE!
Ingat temu janji kita.
Details:
MASKARA 6
emang sangat seronok kalau dapat pergi dan melakukan sesuatu. Saya ada fikirkan sesuatu tapi tak sempat untuk diusahakan dalam waktu terdekat. Maka, MASKARA 6 dibiarkan terlepas begitu sahaja. Terima kasih Tok Rimau atas jemputan. Mintak maaf atas kegagalan menghadirkan diri.
Aku tak suka makan Biskut Tiger.
Aku suka buah jeruk salak yang ada semangkuk depan speaker.
Aku suka makan secara committed. Aku tak suka buah dua kerja dalam satu masa.
Aku nak pergi menghayati jeruk salak dan menamatkan contengan.
oh ha!
sedikit tentang hari ini.
Hari ini aku telah menemui beberapa kegemaran baru.
- Lelaki sepet yang pandai main drum itu. Nama dia Andy.
- Lagu Sayang Sayang Sayang sebenarnya dah buat aku separuh high.
- Ikan kerisi masak sambal menggunakan cili hidup SAHAJA.
- Lawan game Internet Reversi dengan online gamers dan berpura-pura bodoh. Bila menang, hantarkan : It was luck…
- Gigi Fahrin Ahmad selalu menggoda saya (aik? ini kegemaran baru ka?)
aku rindu kat dear. semalam sangat rindu kat dear. lalu aku menghabiskan detik-detik kerinduan dengan menatap pack DiGi Postpaid pemberian dear. AHAHA. ada ka patut. Sangat sayang sampai tak sanggup mahu buka. Dear, pergi beli yang lain! :p



