Archive for the 'bloggy' Category

Cerita Wayang

Posted by chika under bloggy, the chika, Uncategorized

500 Days Of Summer.

Ini bukan cerita cinta. Ini cerita gadis bertemu teruna. Demikianlah menurut yang diriwayatkan oleh narrator. Tiga kali sambung, baru selesai saya menonton. Artinya apa? Artinya saya menganggap filem ini bosan. Dull saja. Malah saya tidak bertemu element ‘sweet sweet’ sepanjang penceritaan. Sehinggalah ke ending apabila ;

Hi. I am Tom.
Hi. I am Autumn.

Manis sekali penyudahnya. Bagi saya secara personal (PERSONAL, faham personal?) ending dia yang menguatkan pengaruh ‘manis’ dalam filem ini. Selebihnya, biasa saja. Kalau tidak, tak adalah tiga kali PAUSE. Seleksi lagu semua ngam. Suasana gambar pon cantik.

.

Love Actually.

Outdated-nya! HAHA. Baru tengok. Tidak menarik. Tak ada benda yang meninggalkan kesan abadi. Keira Knightley pon kurang hot dalam filem ini.

.

Kissing Jessica Stein.

Ini filem tentang lesbian. Duh. Tapi entertaining. Cerita dia tentang seorang perempuan yang desperately want a boyfriend. Tapi tak berjumpa-jumpa juga her Mr.Right. Sampailah akhirnya dia terdorong menjadi lesbian. Kelakar gila dan menggelikan juga menyaksikan kisah cinta dua wanita. Sumpah menggelikan. Norma-norma hilang. Namun, ianya entertaining lah.

.

Julie & Julia.

Sangat interesting. Saya recommend siapa belum tengok, tengok. Cerita tentang surirumah 23 tahun tak pandai masak. Pastu hari-hari masak nasik goreng. Hari-hari google ‘resepi nasik goreng’. Bila dia masak mee goreng pon, suami dia cakap dia masak nasik goreng. HAHA aik? Macam kenal je plot cerita ini? Tak tak I gurau saja. Cerita ini tentang Julie, seorang yang bosan dengan pekerjaannya dan  akhirnya terinspirasi oleh seorang tukang masak lagenda  (Julia). Julie kemudiannya menyahut cabaran (dia cabar diri dia sendiri) untuk menyiapkan 524 resepi milik Julia dalam masa 365 hari. And she blogged about it!

Harus tonton! Ini antara movie kegemaran saya. Sebab dia lain dan unik.

A feel-good movie.

2012.

Hoooooooo dahsyat dahsyat. Semasa menonton, ada impact dia dalam bentuk debaran. Tapi kalau nak kata terkesan, rasanya tidak berapa terkesan. Sebab kita tahu, hakikat kiamat bukan macam itu. Malah hakikat kiamat itu tak dapat tercapai dek akal waras. Saya tunggu babak langit dan bumi bergulung, berlipat dan bersatu dalam satu bencana maha hebat. Sekadar nak tengok macam mana imaginasi bencana itu. Malangnya, tak ada. Yang ada hanyalah imaginasi bumi terbelah-belah dan lautan bergelora secara super sekaan-akan bayangan tsunami. Dan itu adalah … urmph … so-so. Bukan nak cakap efek dia tidak hebat. Hebat. Tapi tidak terkesan. Heh mana mungkin imaginasi kiamat boleh dibuat sempurna oleh hanya seorang pengarah filem. Director buat filem tak rujuk Al-Quran ni. HAHA.

Namun sungguh not bad filem ini. Boleh blah. Tidak bosan walaupon frust dengan ending dia. Happy ending? Whoat the? Lagi syok kalau semua musnah. Yang kelakar dia, nanti menjelang kiamat siapa naik ship tersebut akan selamat. Ini salah tafsir peristiwa bahtera Nabi Nuh neh. Haish. Dan siapa ada pesawat peribadi ada chance survive lama sikit. HAHA.Terpesong sangat.

.

Ketika Cinta Bertasbih.

Boleh melangut depan youtube ye kalau nak tonton. HAHA. Saya prefer Ayat-Ayat Cinta. Sebab filem ini kurang ‘kick’ dari segi persembahan dia. Element ‘cinta’ dia pon kurang power. Maksud dia, tak berapa interesting. Bukan tak interesting, tapi kurang menyengat dari gelombang Ayat-Ayat Cinta. Ending dia anti-klimaks betul. Sebab tiada ending (?) Filem ini akan bersambung. Fuuuu buat aku berasa jengkel sahaja sebab kena tunggu lagi.

Tapi hero dia boleh blah. Errrr? KAH KAH KAH.

.

.

Sekian terima kasih jumpa lagi. Bedtime.

Chika KAH KAH KAH

Posted by chika under bloggy

Dari kiri : Seri Lyana, Eyeza, Yonna, Chika KAH KAH KAH, Kak Sue, Kak Lyn,  Ain, Kak Lilyn dan Astri. Aik? Ayyok ayyok. Dalam gambar ada 7 orang, tapi disebutkan ada 9 nama. Lagi 2 nama, di manakah muka? Koleksi seram 2009. (Baru perenggan pertama dah nyampah dah nak layan Chika. Jom blah) HAHAHA.

Yang tiada dalam gambar :

Astri Fadhilah nama dia. Boleh panggil Tisha kalau nak. Atau dalam cadangan lain, boleh disebut sebagai Astrisha. Fasha Sandha je jangan. Amboi biasa tu main-main nama Fasha Sandha dalam blog Chika. Cannot cannot. Emak saya marah nanti. Anyway, Tisha juga adalah jurufoto terbaik bagi kategori rakan yang pernah saya ada. Eh Tisha pulak. Maksud saya, Astri. Sumpah terror. Dia patut bekerja di kenduri-kenduri kahwen rakan sebagai jurugambar. Dia hebat. Ada skill ala-ala Abang Jazlan. Tapi Abang Jazlan lagi hebat sebab boleh tundukkan monyet semasa sesi fotografi. Habis. Tersasul sampai ke Abang Jazlan. Tumpang lalu.

Lagi satu nama ialah Kak Lyn atau disebut sebagai Kak Lilyn (sebab ada dua Kak Lyn, habis keliru). Maaf tidak dapat menayangkan muka Kakak Lilyn dalam nuulism.com. Sebab awal-awal lagi dah kena warning jangan letak gambar dia dalam entry. Dah lah dia kerja pejabat peguam. Kang degil kang, habis Chika kena dakwa. Takyah degil ah. Ikut saja permintaan beliau supaya tidak mensebarkan gambar beliau. Identiti berciri rahsia. Blog berciri private. Oh man. Bukan main-main. Sangat menjaga identiti. Yang bersepah muka di internet tu adalah CHIKA. Well. Fakta blog nombor 2 bukankah menyebut bahawa ; Blogger adalah kaki show-off. Err. Fakta nombor 1?  Fakta nombor 1 berbunyi begini ; Penulis always right. Bila penulis salah, sila rujuk kembali fakta nombor satu. Macam tak fair lah bukan? Kita pergi kepada fakta nombor 5 pula yang menyebut bahawa : Who cares? Like I care. Fakta-fakta ini tidak didaftarkan.

Kak Lyn (baju bunga-bunga. CEH. Padahal dua-dua pakai baju bunga) adalah sister in-law Lyana. Sebelah kiri itu takyah diperkenalkan lagi. Kerap sangat nama beliau ambik bahagian dalam entry saya. Sampaikan para pembenci nurulism.com boleh terhafal-hafal sangat dah pasal Aizar. Pembenci pon hebat jugak. Biodata Chika habis dihafalnya perfect. Terror.

Chika yang bajet artist heh (Jangan lupa tambah perkataan BAJET di hadapan untuk melengkapkan title) sampai depan entrance SURIA tepat-tepat jam 2 petang. Terus bersalaman dengan rakan-rakan baru (HAHA HUHU HEHE) dan bergerak berpasukan ke taman KLCC.

Ada 6 orang kesemuanya ketika itu. Sebab Ain dengan Yonna belum sampai. Wah, terror jugak taman tersebut apsal aku tak tahu? Ingatkan South Bank Parkland dah cukup indah, rupanya KLCC Park pon indah juga. Eh kejap. South Bank Parkland terpaling indah langsung takda tandingan. Tempat suami isteri bercinta menyaksikan keindahan bandar Brisbane dan mendengar kisah Kangaroo Bunuh Diri yang berciri tipu Allah marah.HAHAHA. Eh kejap. Chika dah puji tempat orang lebih dari tempat sendiri. Habis, takkan nak puji tempat di mana terdapatnya pasukan pendatang tanpa izin tersebut. Ya Allah. Tak sangka pendatang tanpa izin atau dalam kata simboliknya disebut ‘pengakap’ menjadi majoriti golongan yang memeriahkan KLCC T______T Kita patut menangis keluar hingus. Fenomena ini menyedihkan sob sob sob. Nasib baik ‘pengakap-pengakap’ neh tak buat jambori dekat Brisbane. Kalau tak, habis. Tak tahu nak duduk mana dah.

Selain makan-makan sikit (sumpah sikit HAHA), kami pon berbual gelak ketawa sambil mengulas alam sekitar. ECEH. Habis semua orang lalu-lalang jadik topik. Tapi Chika takda join sangatlah sebab selalu Ingat Allah Ingat Allah. KAH KAH KAH. Err. Status kesihatan yang tidak sihat. Tapi terhibur ah dengan sikap remaja zaman ini. Dah lah pandai picnic atas rumput berbukit yang curam, pandai bersosial dengan rakan baru, malah pandai mengata dulang paku serpih juga. HAHAHA.

Sampaikan rambut wanita Arab yang bergaya dalam akar pokok pon jadik isu.

Lyana : Eh tu rambut betul ke palsu tu?
Astri : Tu ar. Betul ke tak tu?
Aizar : Ha ah ar. Rambut betul ke palsu?

Tiba-tiba Chika membagikan jawapan dengan yakin. Sumpah yakin. Tolong percaya saya.

Chika : Palsu.

Anda semua kena percaya cakap Chika bila ia melibatkan kes kekeliruan rambut palsu atau betul. Sebab saya mahir tentangnya. Walaupon tak pernah pakai wig, tapi saya sangat arif tentang rambut. Emak pon selalu mintak ilmu saya setiap kali tengok drama melayu TV3. Eh tu Qistina SPA Q pakai rambut palsu ke rambut betul? HAHAHA. Emak comel. Suka keliru rambut palsu dengan rambut betul.Pastu kecoh-kecoh tanya dekat anak gadis (dululah)

Okay sangat gembira sebab telah tersasul cerita. Chika memang like this.

Tidak lama kemudian, Ain pon sampai membawa sebuah beg berisi hadiah buatku. Eceh. Terharu ah apalagi. Ain adalah peserta termuda. Eceh. Dengan usia 21 tahun. Bertubuh kecil sungguh comel. Menuntut di HUKM dalam bidang perubatan. Pastu Aizar cakap : Bagus, bakal doctor yang pandai bersosial. CEH. Mula ah tu nak mengata-ngata tentang doctor. Nak kena neh. Doctor adalah insan terpaling saya sayang. Bukan saja sebab berkhidmat ke atas nyawa orang lain, malah menjadi nyawa, hati dan jiwa saya. Ngeee. Puisi cinta sikit. Tumpang lalu.

Sambil menikmati panorama, kami juga membuat beberapa aktiviti dari tempat kami berkelah ria itu. Antaranya :

  • Mengendap sekumpulan Pak Guard yang kononya potluck party juga. Padahal Pak Guard tak berdosa. Habis semua orang berdosa. Ayyok tak tahu. HAHAHA.
  • Berbincang sebuah topik : Mana lagi salah? Baring atas rumput di taman atau merokok di taman?
  • Chika, best tak duduk Aussie? Terus menangis rindu sebak sedu-sedan si Chika di dalam hati menterkenangkan suami di kejauhan. HAHAHA. Eh gelak pulak padahal benar sekali.
  • Mencipta cerita tentang ‘Jambori Pengakap’ di suatu bahagian tidak jauh dari tempat kami.
  • Menjaga tepi kain pasangan Arab berambut palsu yang bergambar di dalam akar pokok.
  • Mentertawa dan mempersoalkan tentang orang-orang yang bergambar di dalam akar pokok.

TIBA-TIBA!

Ceh. Situasai inilah dinamakan mengata dulang paku serpih. KAH KAH KAH. Mereka pon sama juga ada hati rupanya merakam foto di dalam akar pokok. Chika tak nak kah? Err sumpah tak nak. HAHAHA. Sebab heels tajam sangat, menyukarkan aksi. HAHA.

Setelah tempat berkelah kami diserang daineso vegetarian, kami pon berlari keanak-anakkan menyelamatkan diri. Sepantas kilat, clear! Dengan makanan, bags dan barangan lainnya selamat di bawa lari dari serangan tersebut. HAHA. Err. Serangan air penyiram rumput. Dah ar datang tak bagi salam. Tiba-tiba terpancut. Nasib baik tak terus memancut ke arah kami. Kalau tak, siap ah dia. Ewah, bukan sahaja bajet artist, malah bajet Ultraman.

Kami pon bergerak mencari tempat lain untuk bersosial. eh kejap kejap. Bergambar sakan dulu. Kami pon fotomania secara bergilir-gilir di hadapan menara berkembar. Bangga sekali. Inilah kali pertama merakam foto bersama menara berkembar. Sebelum ini, tidak pernah T____T Sekarang dah bangga dah boleh tunjuk satu dunia ada foto bersama menara tertinggi di dunia. Eh, dah bukan dah.

Chika bersama Ain.
Dua-dua comel.
Objection!
Okay okay. Chika tak comel. Okay okay
T____________________________T

Bersama Lyana dan Ain.
Tiga-tiga comel.
Objection!
Okay-okay. Chika tak comel. Okay okay.
T_______________________________T

Bersama Lyana.
Chika co…
Okay ar okay ar. Tak tak. Tak comel.

Bersama Aizar.
Tidak pedulik lagi.
Saya beranggapan gambar ini comel sekali.
Anggapanmu (lagu Ziana Zain berkumandang)

Aik? Tadi kata bergambar secara bergilir-gilir. Habis apsal Chika ada je dalam setiap gambar? HAHAHA. Maksud dia, bergilir-gilir bergambar dengan Chika. Gila ah sangat tak boleh blah perasaan saya ketika itu. Makin terbajet-bajet artist. Exaggeration. Tidaklah begitu. Saya seronok sekali dapat bergambar bersama rakan-rakan blog.

Teruslah kami membunuh waktu dengan aktiviti fotomania sementara menunggu kehadiran artist sebenar. HAHA. Artist yang bernama Yuna. Phewwit phewwit. Oh bulan … nanana (itu saja lirik aku tahu, selebihnya maafkan saya)

Akhirnya artist pon sampai. Yuna nama dia. Phewwit. Tapi dalam blog dikenali sebagai Yonna. Kesian betul. Dahlah Chika call dia pukul 12 tengah hari ajak berjumpa jam 2 petang. Sumpah zalim bukan? HAHAHA. Saya sangat menghargai kehadiran Yuna (eh Yuna pulak) Yonna (ehem) yang bergegas berjumpa saya sehabis tenaga. Sumpah kesian melihatkan keringat yang membasahi wajahnya. Memang rakan sejati.

Berbuallah macam kenal lama dah. Macam dulu sekampung dekat Penang. Eceh. Padahal baru kali kedua bertemu. Dulu berjumpa semasa wedding saya. Yonna adalah mensokong kuat nurulism.com. Yang selalu jadi tali barut Chika. Eh apsal pulak jadik tali barut? HAHAHA. Maksud saya, supporter terbaik. Selalu tolong back up untuk saya.

Lama juga kami berpeleseran di taman perkhemahan pengakap itu KAH KAH KAH. Hampir ke pukul 5.30 petang agaknya baru selesai. Dan saya telah mendapat buah tangan dari Yonna, Lyana dan juga Ain. Terima kasih banyak-banyak. Maafkan saya sebab terlupa bawak souvenir T___T well, sejak dah tua neh memang sering terlupa.Padahal memang dah ingat sangat nak bagi souvenir. My bad.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Sikit sahaja. Tapi mencapai sasaran jugs. Bukankah sasaran Chika adalah EMPAT orang? HAHAHA. Habis, dah buat last minute bajet Celine Dion, takkan nak harap kehadiran 4000 orang. HAHA. Mimpi indah nama dia.

Thanks dekat Lyana sebab mengusahakan perjumpaan dengan Chika. Lyana neh boleh tahan kelakar orangnya. Dia lah yang membagikan nama ‘pengakap’ kepada para pendatang asing yang bersidai-sidai di segenap penjuru taman KLCC. Tak boleh blah. Macam golongan elit sahaja duduk rekreasi di taman pada waktu petang. CEH. Berbulu ja mata dibuatnya. Belum lagi menceritakan perihal wargakota (dan wargadesa juga) yang duduk bercinta berpasangan macam dunia mereka yang punya. Emak tak marah ke awak tak balik dah nak Maghrib? Nanti bapa balik, ayyok kena rotan.

Habis Chika? Apsal tak balik? Ayyok, suami marah. Sumpah tercuak-cuak dibuatnya. Berasa tidak manis sekali perbuatan pulang lewat malam. Dahlah sudah bersuami. Duduk bersama ibubapa pula ketika ini. Tapi ada hati lagi masuk SURIA layan SALES. Tak guna ah SURIA. Buat SALES terbaik pada waktu tersebut. Chika dah lah cepat goyah. Terus tershopping kejap. Kejap? HAHAHA. Sampai SURIA nak tutup pon kami bertiga masih berada di situ. Shopping. HAHAHA.

Mula-mula Yonna ikut. Sampailah ke jam 6.30 petang. Yonna teman saya sampai ke surau. Lepas itu, beliau pon meminta diri. Tinggalkan Chika, Aizar dan Astri masih tak ingat jalan nak balik rumah.

Masuk sahaja dalam surau, tengok tapak kaki telah merah. Sakit jangan cakap ah. Itulah padahnya memakai high heels 4 inci berjalan-jalan di taman dan mengelilingi shopping mall. Aizar dah bising-bising macam emak-emak. Sambil itu memicitkan kaki saya. HAHA. Comel sekali.

Siap solat Maghrib semua, kami pon kebuluran dan membawa muka starving masing-masing. Kesian ah. Terus makan. Chika telah membuat perangai aneh. Iaitu membeli dua jenis makanan sebanyak dua kali berturut-turut. Mula-mula makan nasik ayam tiru Aizar dengan Astri. Tiba-tiba tengok nenek meja depan suap cucu bihun sup. CEh. Tak boleh jadik. Aku nak jugak. Terus tolak nasik ayam suruh Astri habiskan. Pastu beli bihun sup. Baru makan sikit dah berasa geli tak sanggup makan dah. Tekak berasa loyar. Habis membazir. Dua-dua pon makan tak habis. Nafsu lah katakan.

Puas makan, kami pon tertidur di foodcourt. Eh tipu saja. Selesai makan, kami sambung shopping. Astri ah shopping apatah. HAHAHA. Pusing punya pusing, sampailah SURIA nak tutup dah. Hebat. Seharian suntuk berjalan. Sampai akhirnya saya tak sanggup lagi dah. kaki sudah sengsara. Maka saya pon bertindak mengikut pengalaman yang saya timba sepanjang berada di Australia. KAKI AYAM. Ini perkara biasa di Aussie. Berjalan kaki ayam bukan perkara aneh. Tapi di Malaysia, perbuatan tersebut dianggap aneh tak boleh pakai langsung. Ah peduli apa aku. Kaki aku sakit. Terus jalan pegang heels. Membawa muka selamba tanpa terjejas dek mata-mata yang mempandang dengan mulut. Ada juga yang bersuara ; Oh, wutta beautiful shoes. kenapa tak pakai. Hanyalah jika engkau tahu bahawa kakiku sengsara. Selamba saja si Chika neh berajaln round SURIA memakai kaki ayam (habis ayam pakai kaki apa? HEHE) Sekarang anda masih kagum dengan penulis? Fikir dua kali. Fikir semula. Penulis pernah berjalan kaki ayam dalam KLCC. Ayyok tak tahu. HAHAHAHA. Selekeh but who cares?

Sampai rumah semalam, terus musnah. HAHA. Tapi selepas mandi dan menyempurnakan solat Isyaq, berasa sedikit segar. Ingatkan dah boleh pengsan dua tiga hari. Alhamdulillah. Walaupon tidak sehat, namun masih berupaya bangun pada hari ini.

Demikianlah diari hujung minggu Chika yang turut melibatkan kaki ayam. HAHAHAH. Di Aussie, memang kecoh saya mengutuk Mat Saleh kaki ayam. Tak hygenic lah, pengotor lah, selekeh lah apa semua. Tapi balik KL, saya pon buat sekali. HEHEHEHE. Dah tu, kaki dah sakit sangat. Kepala pon dah pitam rasa macam dunia berpusing. Padahal memang benar pon dunia ini berpusing pada paksinya.Tapi kepada saya telah terpusing-pusing tanpa paksi.

Namun, begitu seronok hari semalam.

Sweetheart,
Maafkan I sebab lambat pulang malam semalam.Namun nama dan wajahmu terlekat kuat di hati langsung tak lupa. I miss you Sayang.

Bedtime.

Atas Nama Cinta

Posted by chika under bloggy

STICKY MODE ENTRY. UNTUK ENTRY BARU, SILA SCROLL KE BAWAH. THIS POST WILL BE STICKED ON TOP FROM 8 APRIL 2009 TO 29 APRIL 2009. PLEASE BE INFORMED.

Cinta datang dari mata turun ke hati. Err. Bagaimana pula dengan kejadian Cinta datang dari blog turun ke rumah? Ha, macam mana tu? Ayok, tak tau tak tau.

Dari Nuruloveme dia mengenali diri ini. Dari situ dia terjatuh cinta membawa ke episod-episod Too Fast Too Furious (eceh) yang seterunya. Dari blog yang tidak tahu apa-apa itu, membawa ke kisah percintaan yang mendadak-dadak hinggalah terhasil sebuah perkahwinan ini.

Dia pembaca senyap (sama macam engkau mungkin) Dia yang tidak aku kenali (sama macam aku tidak mengenali engkau yang senyap mungkin). Dan pada hari ini, dialah suamiku.

Kerana kau (blog) begitu berharga.
Kerana kau, kami bertemu.
Kerana kau, berputiknya cinta.
Kerana kau, wujudnya sebuah fairytales.

Kenapa saya sayang blog saya?
Sebab dia begitu berharga.

Kenapa anda pula mengikuti nurulism.com?
Kerana __________________ (tidak lebih dari 21 patah perkataan) Okay tak payah isi slogan. Jawapan anda mungkin tidak sama. Soalan subjektif. Akan mendapat jawapan yang subjektif  juga.

TAPI.

Sebuah penghargaan buat nurulism.com. Atas nama cinta.

Dan Atas Nama Cinta, UNDILAH NURULISM.COM. Sebab kenapa anda perlu (atau macam perlu) mengundi NURULISM.COM?

Sebab ia dibina atas nama cinta. Diperkuat dengan elemen cinta. Penuh kecintaan. Dipenuhi cinta-cinta yang sedang ke udara. Dan untuk pembaca yang disayangi, tiada apa di sini selain berkongsi kisah CINTA yang dibina atas nama perkahwinan. Dan tidak lebih dari sekadar contengan seorang young lady (with brain) berusia 23 tahun (tidak lama lagi) , dengan peristiwa kehidupan yang ‘bukan biasa‘. Ditulis oleh seorang wanita muda remaja dengan title AUNTY dan berkerjaya penuh sebagai seorang arkitek rumahtangga. Oh ya, penulis bukan serius pada kebanyakkan waktu. Blog baginya satu hiburan muda mudi.

Untuk itu, diumumkan kepada semua secara tiba-tiba (Saya baru tahu secara tiba-tiba juga HAHA) ;

DISENARAI PENDEKKAN DALAM KATEGORI;

BLOG LIFESTYLE WANITA TERBAIK.
(cuba klik cuba klik. Eceh)

Ya Allah. Siapa sudi pilih ni? Apsal generous sangat sanggup pilih nurulism.com ni? HAHA. Terima kasih kepada semua readers, rakan taulan, orang yang sudi pergi calon blog Chika (nanti jumpa Chika kat mana-mana jangan lupa tarik baju dia cakap ; hey Chika jom KFC kejap. Apsal tak nak balas budi aku pergi calonkan kau? Terima kasih kepada ibu bapa yang selalu cakap ; Dah update blog? Padahal mereka bukan baca pon. HAHA. Apsal comel sangat neh?

Terima kasih paling besar dekat suami yang bernama Sayang. Dari isteri yang bernama si to .. okay tu sketsa rumahtangga jangan heret bawak masuk blog. HAHA. Terima kasih Sayang sebab membaca karya-karya tak sudah I dari dulu sampai sekarang. Terima kasih sebab pernah suatu ketika dahulu boleh terjatuh dalam blog I.

Ok. Tak payah buat ucapan Anugerah Skrin. Annoying tahu, annoying. HAHA.

Untuk Vote for Nurulis.com, KLIK SINI.

Kemudiannya, pandai-pandailah anda membawa diri. Ada DUA KATEGORI di mana Nurulism.com dicalonkan.

Kategori 5 : blog lifestyle wanita terbaik

dan

Kategori 8 :  blog layout paling kreatif

Apa yang anda perlu lakukan (kalau memang betul-betul suka nurulism.com. Tak suka tak apa jangan susah-susah atau runsing kepala pikir macam nak pecah ke apa. HAHA) Cuma perlu berdaftar menjadi ahli Yoyooh.com dan seterusnya anda layak membuang undi (eceh. Macam general election)

TIADA PAKSAAN.

Apakah kesannya dengan anda kalau tidak membuang undi?

Percayalah. Tiada kesan apa-apa. Anda akan tetap hidup sebagi anda. Dan Chika pon akan tetap hidup sebagai Chika. Tetap jugak jadi Aunty. Tetap jugak kena masak breakfast, sidai baju jemur baju mesin baju, menternak biri-biri semua sekali. Tengok. Chika tetap menjadi Chika. Tetap akan mengkelentong dan menggoreng orang di dalam blog. Jangan worry. TIADA PAKSAAN. Aku steady saja. KAH KAH KAH. Kalau berasa generous dan berasa blog ini layak mendapat penghargaan, sila berbuat demikian. Kalau berasa malas. Ah, bosan malas layan Chika neh lantak kau Chika apsal suruh aku vote pulak HYE@&RDF&@RD?! Okay tak apa. Tak payah. HAHAHA. Senang lah bukan?

Okay.

Saya dah menjalankan tanggungjawap berkempen.

Nurulism.com ; Atas nama cinta.

I Love Readers Campaign

Posted by chika under bloggy

Chika tu baik hati. Watdehel?
Dia sangat appreciate readers. (huh?)
Pembaca budiman, ciri-ciri angelic saya sebagai penulis anda belum tahu.
Mulai hari ini, anda akan tahu.
HAHA.

Read the rest of this entry »

nurulism.com

Posted by chika under bloggy

Alhamdulillah.
Selamat datang ke nurulism.com hooray!

Akhirnya aku berhasil memiliki domain sendiri hooray! Cintaku terhadap blogger.com telah teruji secara kuat hooray! Namun begitu, berasa berat hati yang dermawan ini untuk meninggalkan nuruloveme.blogspot.com yang sudah lebih 3 tahun menjadi buah hati pengarang jantung hooray! Sangat sebak hooray! (Semuanya hooray! Sebab sangat ber-hooray ketika ini walaupun sedih tetap disambut dengan laungan hooray!)

Terima kasih kepada Mr.Kay atas segala-galanya. Dan segala-galanya sangat memutuskan urat tengkuk. Urat tengkuk anda bagaimana? Disebabkan aku mendakwa diri ini angelic, aku ingin mengambil satu perenggan ini untuk membuat kata-kata aluan kepada Mr.Manager. Dia merupakan pengasas kronikus.com. Di mana kesemua warga Kronikus (termasuk aku) layak mendapatkan domain kronikus tersebut. Namun begitu, aku secara mendadak bertindak over dengan mahu memiliki domain sendiri. Kepada ahli kronikus yang belum berbuat demikian (meminta domain kronikus.com dari Kay) silalah menyusahkan beliau kerna beliau penyabar orangnya. Bukankah sangat memuji-muji ayat neh? Ye, mari ke pujian yang seterusnya. Bagi yang berminat memiliki domain sendiri, boleh hubunga Mr.Kay untuk urusan jual beli. (ditekankan, untuk urusan jual beli. Yes, bukan percuma) HAHAHA.

Cukuplah satu perenggan kata-kata aluan. Sekarang aku mahu mengadu-ngadu pula. Tiga hari aku duduk menghadap template blog ini. Tidur pon secara sikit. Patutlah aku berasa sangat kurus hari ini kerna tidak cukup tidur. Sangat aneh bermain dengan php dan juga ftp sedangkan selama ini, paling juling pon aku menghadap html dan css sahaja. (well, aku Ar.Pengagur Berhias bukan programmer) *Ar : Professional Architect title

Pendek kata, (untuk memendekkan cerita) wordpress sangat powerful. How powerful? Like this (acting like a hulk with muscle yang maskulin omaigod).WordPress sangat syok. How syok? Syok until I can replace my slumber time with editing the codes selamber-ly. See. Broken English. Bahasa Inggeris yang pecah. Very tired and feeling high. Sangat penat dan berasa tinggi. Mata cannot open, mahu close liao (hayyoh, see my bahasa sangat harmoni sudah) Oh I Wanted To Sleep. (eat first).

Ini blog Chika ka? Apsal banyak buruk? Mana ada banyak buruk. Buruk sikit saja. Blog neh under construction. Pakailah topi keselamatan ketika memasuki blog underconstruction ini. Nanti kepala anda berisiko ditimpa batu. Dikhuatiri kepala anda terjejas. Well. Sedia maklum bukan, blog aku memang menjejaskan segala-galanya. Termasuklah menjejaskan aku sendiri. Oleh itu, sentiasa memakai pakaian keselamatan semasa masuk sini (err maksud dia, jangan terpengaruh dengan penulis yang kepala high ini) Sekarang aku sangat hangin wadehel. Kenapakah aku sangat bencikan template ini? Well. Ini aku download. Aku belum betul-betul pandai untuk membuat template sendiri. Tapi tengoklah sikit hari lagi. HAHA. Sombong bukan? Ye, bukan. Bukan sombong. Motivasi diri. Err. Tapi sebenarnya aku telah edit template ni secara separuh mati. Kalau tak edit, maruah akan drop. Sebab mempakai template orang lain. err. Tak cool lah bukan? Okay, sekali lagi. Bongkak bukan? Ye, bukan. Motivasi diri.

Sekali lagi, thank you Kay.
Kerna membantu proses pemindahan entry sebanyak 580+ bersama 6000+ comments. Satu proses yang memakan dua hari dan memakan diri. Engkau tidurlah malam neh baik-baik. Pagi esok aku akan buzzing kau lagi sebab aku memang over. Macam-macam lagi aku nak mintak kau buat neh. HAHAHA.

Blogger peoples, do drop comment. Jangan takut. Haha. Mari membuat sesuatu yang baru :P

Hati Pecah

Posted by chika under bloggy, heart broken
Hati sangat pecah.

  1. Petang nanti akan balik kampus. Cuti habis. Esok studio mula beroperasi macam *word filtered*

  2. Mak Yang balik malam semalam. Tah apa-apa budak dua ekor tu datang terhegeh-hegeh bawa Mak Yang balik. Baru seminggu menginap di rumah aku. Belum sepurnama lagi. Sangat mengguris perasaan. Sangat hati pecah. Sangat hati patah. Sangat tak seronok. Selalu bangun tidur, ada orang kata.. “Sayang dah bangun…?,” Pagi ni bangun tidur… sunyi ja. Terpaksa la bertanya kepada diri secara sendiri… “Diri sendiri dah bangun….?,”Ih, macam Shizophrenia.
  3. Kerjaan macam tak nak habis-habis. Sepanjang cuti menghadap pc dan laptop secara bergilir-gilir. Dua tiga ni langsung tak tidur siapkan report untuk Ritaul Study. Nak continue siapkan poster, tapi dah tak mampu. Kalau aku teruskan juga, esok confirm aku kena Parkinson

  4. Hari Jumaat, ada seorang JAHANAM rembat duit abah. Sangat banyak dia rembat. SANGAT BANYAK. Sampai abah terduduk dibuatnya. Jahanam. Jahanam. Dia mencuri secara steady. Adek Dell letak wallet abah atas tangga. Jahanam datang rumah nak jumpa abah. Dia ni ada penyakit Sawan. Sebuah penyakit yang boleh di-elaborate sebagai seorang Babi yang menggila. Aku tak gurau ok. Serious. Kalau datang masa-masa dia transform menjadi sawan, abis semua orang boleh dibunuhnya. Sebab itu dia tak ada pekerjaan tetap. Abah sangat kesian dekat dia. Selalu bagi dia duit. Selalu belanja dia makan. Tiba-tiba hari Jumaat tu, tanpa bantuan serangan Gila Pig, dia menjadi Pig secara sendiri. Sampai hati dia rembat duit abah. Kalau setakat seratus dua, mungkin boleh maafkan… tapi tak sangka seorang Pig pon perlukan wang yang besar. Buat apa nak duit? Nak buat surgery hidung ka? Kesian kat abah. Satu hari suntuk abah termenung. Keluar masuk Praying Room. Buat solat hajat kasi lembut hati dia mahu pulangkan. Abah kata, tak da salahkan dia. Lumrah manusia. Mungkin dia tak pernah buat kerja macam ni. Tapi bila tengok duit depan mata. Kelabu mata dibuatnya. And i guess, abah was right. Kadang-kadang bila benda depan mata, bila desakan dalam jiwa dah terlalu kuat, ditambah pula iman yang tak seberapa… manusia akan menunjukkan sifat hinanya sebagai MANUSIA. Haikal kata, abang pencuri tu mungkin drug addict, Tapi abah tak pernah tahu pulak. Kita patutnya buang semua Drug Addict dalam lombong. Atau buang dekat Sungai Amazon. Kasi Pirana makan. Ok ka? Nanti aku e-mail kementerian.
Aku sangat tak nak balik kampus. Waktu macam ni lah aku terasa nak buat magik.

SEMALAM petang, tiba-tiba aku terasa mahu makan bendi rebus. Tah apa-apa. Ijat kata aku kena gangguan perasaan sampai mintak makan yang bukan-bukan, yang tak pernah dimintak selama ini. Ya la. Betul jugak. Malam semalam, Mak Yang pun pergi rebus bendi dengan sangat banyak. Makan dengan sambal belacan. Dah seminggu tak makan malam, akhirnya semalam aku makan nasi di waktu malam. Sangat seronok dapat makan nasi di waktu malam. Rasa macam seorang yang menang! AHAHA. Ma tak kasi makan malam. Tapi semalam berjaya kalahkan Ma dengan melanggar perintah. Sangat menang. Wo wo. Dan pagi ini aku terasa mahu makan bendi rebus lagi. Apa kejadah aku ni?

Aku tak tahu nak kata aku suka sambal belacan atau tak. Sebab aku seorang yang pedas-phobic. Tapi kalau ada sambal belacan, aku akan berusaha untuk makan juga. Dan cara makan aku adalah sangat pelik. Iaitu aku akan makan dengan mencuit sahaja secara sangat sikit menggunakan hujung jari dan makan. Aku selalu terbayang, kalau aku makan secara normal seperti orang lain, mulut aku kan meletup. Halusinasi….

Aku balik petang ni. Beylo pon masih belum pandai buat entry. Aku minta sorry kalau tiada update yang agak lama. Tapi itu sudah semestinya akan terjadi. Esok pagi ada presentation Street Study. Lepas tu Site Analysis dan masuk ke Final Project! Kalau dah mula Final Project, engkau faham-fahamlah betapa aku tak akan peduli pun tentang Beylo. Kepada semua, terima kasih. Aku harap tak da orang copy and paste entry aku secara penuh. Sebab aku dah terjumpa beberapa kali. Kalau engkau nak buat juga, suka hati engkau. Tak boleh aku nak buat apa. Aku jadi terharu ja. Sebab engkau terlalu admire kat aku. AHAHAHA. Maknanya, aku memang best, kau memang tak best. AHAHAHA. Maknanya juga, aku ni superstar, engkau peminat aku. AHAHAHA. Tak da. Tak da. Aku tak kisah. Aku bukan jenis suka gembar-gemburkan isu blog. Cuma, tak cool la kan kalau engkau copy paste cerita aku. Maruah engkau akan jatuh secara dramatik. Sangat kesian.

habis.
semua boleh bersurai ke tempat lain.