Medina’s first ferry trip
Posted by chika under Blackberry, Travel : Australia29 June, Selasa.
Ini Juga Bukan Sejenis LIVE update.
Semalan di Canberra, saya cuba mencari tempat yang salah seorang reader recommend; Cockingston Garden it is.
Malangnya, kami tak masuk miniature garden tu sebab tak tahu. Rugi rugi. Kami cuma terpusing-pusing area Thumbelina. And I bought one pram miniature. Love it.
Selepas tidur yang panjang bagaikan princess, Medina bangun marah-marah sebab muka dia kena terik matahari. Tak elok marah matahari, anak.
Saya mintak Ijat stop kejap dekat rest area. I think I need to change her nappy. Gembira bukan main dia sampai termuak-muak. Setiap kali lepas muak, dia gelak-gelak. Seronok agaknya tengok Mommy dia kelam kabut kejar muak dia takut banjir dekat seat kereta.
Saya ajak dia main. Bulat bijik mata dia perhatikan koala rattle dengan bib dia yang saya hang.
Opps dia muak lagi. And smile after that. Geraaaammmm.
Good bye, Sydney. Kami nak balik Queensland hari ni. Cukuplah tu duduk Sydney. Tak ada apa nak tengok lagi dah.
Malam semalam sempat dinner di Taste Of Thai. Anak buah husband saya, Hazim yang recommend. Nice food. I got to taste the duck green curry. Hurm not bad.
Medina sedang tidur dalam capsule sambil tersenyum-senyum. Tak tahu apa dia senyumkan. Sambil tu main buih air liur. Kalau saya try nak kiss dia, sometimes saya kena sembur HAHAHA. Hari ni dia kena pakai bib, Daddy suruh. Dia asyik kotorkan baju dengan muak aja. Baju dah tak banyak ni.
Cuaca OK. Ada panas setelah hari-hari yang melampau sejuk. Sekarang stop sekejap di Ourimbah Rest (if I am not mistaken)
Ini bukan LIVE.
Semalam di Canberra. Sementara menunggu passport Medina siap, kami berjalan-jalan sikit menikmati keindahan Canberra yang tak tahulah indah ke tak HAHAHA. Err Canberra is boring.
Tapi apa sangatlah yang kita harapkan. Canberra bukan visitors attraction pon.
Tapi lake dia cantik. Sangat cantik. Cuma yang tak cantik adalah suhu persekitaran yang drop below zero. Kami susah nak tidur. Medina je yang lena bukan main. I almost burst into tears in the morning. Sejuk! Tak happy.
Conclusively, we didn’t really like Canberra. Dengan insiden ngeri yang jadinya lagi. Phew. Sweat.
Banyak black swan dekat lake. Ijat memang ah dia. Pantang nampak animals. Dia suka gila animals. Dulu masa kecik, sumpah sumpah pon dia seludup bawak masuk kereta nak bela. Sampai abah dapat tahu, nahas. HAHA. Maka dengan selambayaya dia feed the swans sampai swan gigit-gigit jari dia.
Pagi paling sejuk dalam hidup saya. Hentikanlah berangan nak duduk London ke apa OK.
Kami tiba di Canberra malam semalam. Ada kejadian ngeri oooooo malam semalam on the way ke hotel. Kita cerita lain kali.
Sekarang kami on the way to Malaysia High Commission