Tidak fancy keldai sama sekali. Tetapi keldai cap Bugaboo, oh my boo! I’ve been talking about the Donkey macam tak habis habis. Selagi belum dapat, atau mungkin tak dapat (has decided to buy, tapi ada onak dan duri di pertengahan jalan yang akan mempunahkan impian) selagi itu saya akan istiqamah menyebutnya.
Hubs and me are OK to own one. Kerana perlu. Generally, perlukan double stroller. Tapi specifically, perlukan Bugaboo Donkey. OK yang itu, aku sendiri yang pandai-pandai specify. Tapi generally, yes we need double stroller sangat sangat. Medina dah boleh dibawa berunding. Bila dia dah penat mengukur tanah, dia akan tidur dalam stroller dengan baik. Idris, dia kan Mr.OK. Semua pon OK. Tak pernah menunjukkan lagi sikap memberontak. Letak dalam capsule, diam. Letak dalam stroller, diam. Asalkan dia tak ada masalah nak poop atau lapar, semua OK.
Masalah besar, tahu? Apabila keluar berjalan dan kedua-duanya fall asleep. Baby Bjorn is way menyusahkan juga apabila bayi anda sudah grad fasa newborn. Idris is 6.5 kg. Daddy dia perkasa, bolehlah nak carry dia berjam jam in baby carrier. Mummy dia? I am in petite size, and now you want me to carry this boy? I don’t mind carrying him for an hour, let say. Tapi lama lama? Aku tak berdaya. Begitu juga dengan Medina. Aku boleh dukung dia sekejap sekejap. Tapi apabila anak-anak dalam keadaan tidur, you tell me. Memang cabaran terbesar nak mendukung ke sana ke sini.
Apa yang kami buat selama ni, bergilir-gilir. In case salah seorang tidur, yang tidur itulah masuk stroller. Kalau dua-dua tidur, Idris kena masuk baby carrier. Bukankah lebih bahagia hidup kami sekeluarga kalau mempunyai double stroller? Tengok, kami telah mempunyai alasan yang sangat kuat. It’s about time to own one Donkey. Eh, tak tak. Kau boleh tak jangan cakap specific sangat? Slow slowlah. Cakap secara general dulu. Kau ni, tak pandai strategi pasang umpan. KAH KAH KAH.
Ah, umpan tak umpanlah kan. Yang penting, we’ve decided to own a Donkey KALAUmuat masuk boot kereta. Inilah satu satunya penghalang yang tinggal. Dan halangan ini tidak adjustable langsung. Sungguh annoying. I can’t extend the car boot, pastilah. Upgrade to another bigger car is way melampau. I am no Paris Hilton. Plus, tak terfikir nak tukar kereta sebab kalau disuruh pilih antara kereta itu atau this Donkey, go away Donkey!
Lama dah aku aim this Bugs. Tapi bersabar tunggu selesai pindah ke Adelaide. Dah janji dah tak mahu beli apa-apa barang sebelum pindah. Jauh ni nak pindah. Bukan macam Wishart to Mount Gravatt dulu. 15 minutes drive. Atau dari Brisbane to Lismore, 3 hours drive. Ini perpindahan from New South Wales to South Australia. Berpuluh-puluh jam. Dan sekarang kau nak tambah tambah barang?
Tak sabarlah kan nak pindah. Antara perkara terawal aku nak buat ialah bertemu Donkey ini. Dan … mungkin akan tersedih-sedih bila tak sesuai untuk boot kereta kami. Muat memang muat. Tapi kalau muat masuk stroller sahaja dan lepastu tak boleh masukkan benda lain, bukankah mencipta kesedihan yang lain? Cis, kau Donkey! You better be renamed! Nama kau sepatutnya Dinosaur. Kalau awal-awal nama kau Dinosaur, mindset aku mesti tahu kau itu besar dan tak patut masuk dalam igauan ngeri ini.
Sekarang, nampak tidak apa masalah dia? Ye. Kita tengok apa terkadi sekiranya seekor Donkey ini masuk ke dalam boot kenderaan kami. Tolonglah muat. Tolonglah.
Atau kalau tidak, aku dah awal-awal sediakan diri aku untuk menerima Peg Perego Skate. Atau apa-apa yang lainnya. Yang dah tentu bukan impian aku. Hey over lah kau ni. Semalam marah budak budak fanatik K-POP. Yang kau fanatik Donkey ni kenapa? Tapi .. err… tapi … aku tak ugut nak toreh muka orang kalau orang keji Donkey aku. HA HA HA. Tak kisahlah kan. Kalau kamu rasa Donkey ni tak gorgeous pon, tak kisahlah. Kita kan asalnya rambut sama hitam, tapi pewarna lain-lain. Eh eh.
KALAU, aku kesampaian memiliki Bugs ini, aku akan beli in DUO mode.
Donkey wujud dalam 3 bentuk. MONO, DUO atau TWIN. Pastilah aku tak perlukan TWIN. Kalau ditakdirkan aku dikurniakan twin pada masa akan datang, yang itu kita bincangkan pada masa akan datanglah. Pada masa ini, aku memerlukan Donkey in DUO mode. Iaitu untuk dua bayi yang tidak sama umur.
Ada dua benda aku cuba consider. Sama ada mendapatkan yang MONO dan tambah DUO EXTENSION. MONO + DUO EXTENSION = DUO. Dan menurut kiraan aku secara superficial, sepertinya lebih murah. Tapi menurut Farah, tafsiran aku ni mungkin salah. Kata Farah, ramai juga yang ada tafsiran macam aku. Padahal ada pendapat kata, yang DUO terus lagi murah. Aku pon sebenarnya yakin yang DUO tentulah lebih murah dari beli separately. Tapi harga di website menyatakan macam itu. Ku keliru.
Ini apa yang kita akan dapat kalau purchase secara MONO :
Ini pula, apa yang kita akan dapat dengan menambah DUO EXTENSION :
Bukankah kalau kedua-dua set di atas jika ditambah akan menghasilkan DUO seperti di bawah ini ? :
Dan menurut website babiesdirect, nampak macam cheaper by $69 sekiranya kita purchase separately MONO dan DUO EXTENSION untuk membentuk DUO. Complicated betul bunyi dia kan? Iya, $69 pon duit juga.
Atau, ada salah faham yang aku tak perasan? Correct me. Aku spent the whole morning belajar tentang ini. Kalaulah keseronokkan study subjek Structure di universiti dulu seseronok study Bugaboo Donkey, alangkah!
If any of you nak tahu generally Donkey ini sebesar mana, lihat :
14 cm lebih lebar dari Bugaboo Cameleon.
Aku kira, not bad for a double stroller.
Cuma, pastilah seat dia narrower.
Aku taklah berangan sangat sebab dah dapat green light TING TING. Tapi impian aku mungkin dimusnahkan kalau realiti bila dia masuk dalam boot kereta nanti nampak kurang menyenangkan hati. Boot kereta bukan semata-mata nak letak stroller, kan? Mayday Mayday Mayday!
KALAU ditakdirkan ada rezeki aku own this gorgeous, aku mahu ianya in Pink and Blue. Pink untuk Medina. Blue untuk Idris. Dan black base. Don’t like one in sand color.
Disebabkan Medina ini jenis pemakan, saya menjadi seronok untuk menyiapkan makanannya. Setidak-tidaknya, waktu dia tengah bermain pon saya akan potong-potongkan buah bagi dia. Sungguhpon akhirnya juice buah tersebut akan sedikit sebanyak menghiasi TV, meja TV, blanket mahupon carpet. Tapi tak apa. Mummy rajin HUAHUAHUA.
Kebiasaannya, menu lunch dan dinner anak ini adalah rice porridge. Tapi dipelbagaikan setiap hari. Kalau hari-hari pon dibagi makan yang sama, kasihanlah. Namun, dah nama pon rice porridge. Walau isi di dalam diubah-ubah, texture tetap sama. Sesekali kenalah bagi anak makanan dengan texture yang lain. Medina pon sudah 15 tahun (Hoi, bukan!) Medina pon sudah 15 bulan. Pasti dia ingin merasa makanan yang perlukan sedikit usaha dan aktiviti mengunyah. Bukan sekadar telan dan kenyang.
Untuk itu, saya mencuba Chicken Cheese Ball.
Rajah 1
Sangat mudah. Tak payah kepakaran. Orang yang tak pandai bake velvet cake macam saya ini pon boleh bake cheese ball ini. Disebabkan ada beberapa orang bertanya resepi, dengan berasa termalu-malu ini saya akan kongsikan resepinya. Sedia? Pen dan kertas? Sebenarnya tulis dalam hati pon cukup sebab resepi ini sangat singkat.
Ingredients.
Minced chicken / minced beef (Kalau rajin, blend sendiri pon boleh)
Daun celery (cincang)
Sebijik telur (pukul dia, pukul dia!)
Carrot (Diced)
Tomato (Diced)
Shredded cheese (lagi banyak lagi menggembirakan)
Bread crumbs (serbuk roti)
Sedikit black pepper dan lada sulah
Optional ; Jagung or any other vegies your babies like.
How to?
Masukkan semua ingredients di atas tanpa rasa bersalah ke dalam sebuah bowl. KECUALI BREAD CRUMBS. Gaul-gaul. Kemudian, gumpal menjadi bulat. Tak perlu menjadi sebulat kepala Doraemon. Asal sahaja kelihatan bulat, memadai. Dan bebola tersebut digolekkan ke dalam bread crumb. Tujuan bread crumbs dalam kes ini adalah untuk menyatukan bebola tersebut, mengerti? Salut bebola itu dengan sebanyak mana bread crumb yang dikehendaki supaya bebola tidak berpecah belah.
Susun di dalam bekas untuk membakar (Rujuk rajah 1) Dan bakarkan di dalam oven selama 15 minit pada suhu 175 darjah celcius. Tetapi maklumat ini terlalu peribadi. Boleh adjust mengikut kesesuaian kerana suhu dan masa ini saya dapat melalui pengalaman peribadi. Bakar sehingga daging masak (itu yang penting)
Siap. Boleh bagi anak makan. Kamu pon boleh makan kerana ramuan ini juga kena dengan tekak orang dewasa. Oleh kerana ini adalah untuk versi bayi, saya tidak mensarankan added salt. Cukuplah salt yang disumbangkan oleh cheese.
Rajah 2
Memanglah comel jari itu. Jari bayi. Bukan jari emak bayi.
Rajah 3
Rajah 4
Gembira. Anak saya gemarkannya. Makan secara laju dan sedikit teriakan apabila lewat beri.
Ini sahaja yang dapat dikongsikan buat masa ini. Bab menyediakan tasty homemade food ini, saya bukanlah mahir sangat. Sedang belajar-belajar dan mengumpul resepi yang bersesuaian untuk dibagi kepada anak.
Maaf. Kualiti gambar adalah tidak baik. Digicam yang super bestgus (di mana best dan bagus) itu telah paralyse minggu lalu. Akibat kecuaian kami suami isteri. Lense dia paralyse teruk. Remuk hatiku. Maka, tunggulah kalau-kalau camera baru jatuh ke riba. Atau mungkin tidak. Oh tidak!
Gambar mobile phone juga boleh.
Ini nappy stacker.
Semalam pagi. Bangkit awal-awal, umpan Medina dengan rancangan kanak-kanak. Dia diam menonton lagu-lagu dengan lirik yang berulang seperti ; Wave wave wave wave wave. I wave. Wave wave wave wave wave. I wave. Penat Mummy dengar. Dahlah Mummy pon kena nyanyi sekali kalau tak Medina tenung muka Mummy macam nak tunjuk perasaan.
Bila dia leka, I go sewing!
Dah lama nak menjahit nappy stacker. Semalam, dapat juga. Walaupon selepas potong one piece fabrik kena stop sebab Medina suruh dukung dia. Dukung dia keliling rumah, kembali ke mesin jahit. Siap cantum one part, dukung dia lagi. Begitulah sampai ke sudah. Justeru, memang tak siap saya punya projek semalam. Bersambung pagi ini.
Alhamdulillah. Siap. Itu pon selepas berjaya menidurkan Medina. I swing dia OK. Macam baby zaman 80-an kau anak I. Kena buai-buai. Sebabnya bateri swing dia dah out. Terpaksa saya jadi bateri.
Saya gunakan cotton. Dua patterns yang berlainan.
A-la patchwork and paisley.
Paisley always be my favorite pattern.
Sewing a nursing cover is way easier than this one. Tentulah. Bagi saya, leceh nak buat nappy stacker ni. Dah lah saya tak berapa nak pandai menjahit. Tapi nasib baik. When it comes to sewing, I always know how to solve the tricky part once I got screwed. Sebab saya memang terror bantai-membantai.Tak dapat kut tu, aku buat kut ni.
Hasil adalah berciri ‘something-is-wrong-in-somewhere-but-its-okay‘. Mungkin sebab saya potong kain tak accurate. Macam mana nak accurate. Saya cuma ada pembaris 30cm yang plastik tu dengan measuring tape. Saya tak ada pemotong yang proper. Senget-benger sering berlaku. Tapi tak apa. Kalau ada rezeki nak dapatkan cutting set yang proper. After that, I go more gaga on sewing. Agaknya.
Ada beberapa part yang saya tercuai. Dan beberapa part yang boleh dimajukan lain kali. Pastilah saya akan cuba lagi next time. Nak buat yang lebih kemas. Lagipon, saya dah tahu macam mana nak jahit nappy stacker ni from A to Z on my own. Takyah tutorial pon insyaAllah dah boleh.
Justeru. Terima kasihSew Dang Cute. Tutorial yang senang nak faham.
Breastfeeding memang menggembirakan. It brings you back in pre-pregnancy size. Eceh. Membantu membentuk bonding antara ibu dan anak. Penuh khasiat dan menyehatkan bayi. Percuma. Takyah basuh botol. Et cetera. Satu senarai yang sangat panjang kalau nak cakap tentang kebaikan susu ibu. Tapi, sekarang pergi lupakan sekejap semua kebaikan yang begitu banyak tersebut. Lupakan, sekarang. Sebab nak highlight satu kebaikannya yang luar biasa ;
Boleh didapati di mana sahaja, anytime,everywhere, now and then. Tiada kejadian terlupa bawa susu badan lah, jom patah balik! Tak ada. Sebab susu tersebut tak akan tercicir punya.Ataupon, tak akan terlupa bawa punya.
Nampak tidak? Menarik di situ.
Menyusukan bayi secara direct adalah lebih sempurna sifatnya. Expressed breast milk pon kadang kala menyusahkan juga. Nak kena thaw. Nak kena carik air panas. Nak kena bawa botol. Basuh botol dan sebagainya. Maka, saya semakin tak kuasa nak express milk kecuali pada keadaan tertekan eh bukan! Kecuali dalam keadaan terpaksa seperti … Hari Sabtu ini. Jeng Jeng Jeng.
Kalau ke mana-mana pon, saya prefer direct feed baby. Maka, beberapa persiapan dari akar umbi harus difikirkan. Maaf, ayat memang tak boleh blah di sini. HAHAHAHA. OK, serius balik. Tak boleh lagi menggayakan pakaian sesuka hati. Sekarang kena menggayakan pakaian sesuka susu (?) Apakah tersebut? Err. Pakaian yang memudahkan untuk kita menyusukan bayi.
Dan benda lain yang juga perlu adalah PERASAAN MALU. Memandangkan perasaan malu itu tidak dijual di kedai, maka sebagai ibu yang tahu malu, kita kena lah mencari alat untuk menunjukkan bahawa kita mempunyai perasaan malu. Ada sesetengah ibu, maaflah. Bukan nak kata dia tak tahu malu, tapi ada kalanya memang memalukan. Mereka boleh menyusukan anak secara terdedah. Mungkin sebagai statement ; Look at me, World. I am breastfeeding my baby. I am a good mother. I am not?
Dapatkan lah nursing cover. Untuk cover apa yang sepatutnya. Atau dalam kata lain, don’t let your baby expose you to the world. Tangan bayi kan ralit. I suggest, coverlah dengan proper. Bukan sekadar dengan menutup ala kadar dengan sapu tangan. Sekali tangan mungil si kecik kamu tepis, ayoyo! I had once, saw this incident depan mata. Tapi itu minah saleh. They don’t care!
Saya selalu berminat dengan nursing cover fromBebe au Lait. Suka sebab dia ada boning ; boleh intai baby inside. Salah seorang kawan saya yang recommend. Selalu nampak dia nursing baby dia semasa kelas tafsir. And then saya nampak dia intai-intai baby dia. Cool nya. Sebab sebelum itu, saya hanya cover dengan pashmina. Which is, susah. Kelam kabut tangan saya berkejaran kawal pashmina tak nak kasi Medina tarik-tarik.
Saya ulang alik website Bebe au Lait tu berulang kali. Rasa nak purchase, tapi asyik rasa macam, hold on. Kejap, kejap. Macam berat hati pulak nak purchase since saya perasan yang pembuatannya sangat mudah. But what the hoh with the price. Agak mahal.
Dengan begitu determine, saya jahit sendiri. Sumpah mudah. Tak percaya?
1. Main body – 28”x40”
2. Neck Strap (longer part) – 4.25”x26”
3. Neck Strap (shorter part) – 4.25”x10”
Neck Strap.
Lipat dua, jahit membentuk tube. Tapi bagi strap yang lebih panjang tu, serongkan sikit bagi runcing pada hujung.
Jahit kemas-kemas dan iron bagi flat.
Centeralize bahagian berjahit.
Masukkan D-Rings pada shorter strap.
Menjahit boning (yang putih itu)
This part quite leceh.
Sikit leceh lah. Tak banyak.
Neck strap yang sudah dipasang D-Rings.
Just like an apron.
Cuma yang ini, adjustable.
Dengan adanya neck strap ini, baby tarik pon tak akan jatuh kain. Kalau angin bertiup kencang secara tak semena-mena pon, insyaAllah nursing cover kamu tak berlari ke mana.
Siap.
Jahitan saya tak sekemas mana. Sebab saya tak terror. HAHAHA. Tapi percayalah, buat ini memang mudah. Tak ada tricky part atau bahagian yan teknikal pon. Guna logik akal sahaja. Kalau dah dapat measurement, memang pandai-pandailah boleh cantum kain sendiri.
Pastikan sentiasa ada dalam diaper bag.
Beginilah hasilnya ketika digunakan.
Medina pon bukan main feeling duduk dalam situ.
Penggunaan boning membolehkan saya mengintai Medina. Senang nak setting baby sebelum feed dia. Masukkan dia bawah cover, dan boleh siap-siapkan dia untuk menyusu. Best.
Nursing cover ni saya dah jahit lama dah. Dah sebulan lepas rasanya. Dah puas pakai sangat. Sangat-sangat berguna. Thinking about sewing the second one. Kain dah beli. Cuma asyik tak ada chance nak menjahit.
Err. Maaf. Ini bukan tutorial asalnya. Sebab itulah tak cerita detail pon cara nak buat dia. Kalau ada niat nak menjahit nursing cover kamu sendiri, percayalah bahawa ini adalah senang. Rasanya kamu cuma perlukan measurement. Yang lain-lain itu, boleh navigate sendiri. Bukan?
Selamat berbuka puasa, muslimin muslimat di Malaysia! Kami di sini sudah selesai kenyang dan berterawikh. Baby pon sudah tidur. Daddy sudah boleh beriadah di depan televisyen menonton episod tv kegemarannya. Mummy pula beriadah di depan blog. Alhamdulillah. Dua hari sudah berpuasa. Dua hari yang menyenangkan.
Macam saya katakan sebelum ini, berpuasa dengan baby kecil adalah mencabar. Kamu kena masak, kena mengemas, kena sembahyang dan sebagainya. Waktu petang menjelang jam 3 biasanya, adalah peak hour. Waktu itulah saya nak kena mula memasak, settle Medina, kemas kitchen, mandi, solat Asar, dan hidang makan sementara tunggu husband balik. SANGAT MENCABAR. Lebih mencabar dari memasukkan benang ke dalam jarum masa nak jahit butang tercabut phewwwwww.
Menjelang malam pula, kena main politik dengan Medina bila saya nak solat Isyaq dan terawikh. Husband akan ke masjid lepas Maghrib. Tinggal saya berdua dengan Medina. Saya memang tak solat terawikh dekat masjid meskipon sebelum kehadiran Medina. Tapi tahun lepas, saya selalu Maghrib dan iftar dekat masjid. Sebab sangat seronok. Waktu iftar lah dapat jumpa kawan baru. I still remember, last year ; Saya kenal Nenna, Kak Kaseh, Aria, Aunty Ariana dan Kak Nor. Semuanya jumpa during iftar. This year, tak dapatlah kan. Imaam pon ada sebut, ibu-ibu yang ada anak kecil kalau boleh jangan datang masjidlah. Nanti ganggu jemaah lain kalau baby melalak. Which is memang tak eloklah kan.
After 2 or 4 rakaat, saya mesti kena stop bodek-bodek Medina.
Tapi sekarang ni nak tidurkan dia adalah senang. Bawa dia baring atas katil, susukan dia sambil baring. Nanti dia terus tidur lena. Dan hanya akan terbangun apabila terkejut. Contoh, bila Daddy dia tiba-tiba serang masuk bilik dan pintu bilik berbunyi krekkkkkkk (bloody bising punya pintu, sumpah benci) Malam-malam pon macam itu juga. Everytime nak bukak that bloody bising punya pintu, saya akan stress. Sebab Medina most probably akan terbangun dan A-HUH! Layanlah kau dia sampai berjam-jam.
BUT.
There’s something you can do. WRAP DIA!
Orang-orang tua selalu menasihati, bedunglah bayi kamu supaya lena tidur. Adalah benar sama sekali. Medina usia 3 bulan kini. Dia masih tidur berbedung, kamu tahu? Ye, kamu tidak tahu. HAHA. Tak selalu dia dibedung. Tapi hakikatnya, dia masih kerap juga dibedung.
Medina adalah seorang bayi perempuan yang energetic. Dia kalau meronta, tak ubah bagaikan seorang warrior princess. Memang kuat menggelupur. Naik risau kami dibuatnya akalu tengok dia menggelupur kemarahan. Kalau setakat wrap dia pakai flannel wrap ke apa, memang tak jadi. Sekejap saja dia dah boleh lepaskan kaki tangan dia. And then Mum and Dad dah jadi macam loser lah.
Kamu pon ada experience yang sama?
Cuba wrap dia guna snuggle wrap macam ini ;
Khasiat snuggle wrap comel ini ;
Comel.
Comel.
Comel. Eh sudahlah tu!
Mudah. Semudah ABC.
Kuat. Bayi kamu pasti tewas.
Membantu memanaskan badan baby pada malam yang dingin.
Tidur lena, bangun pagi dengan senyuman. Tumpang lalu, Mami Poko.
Setakat ini, memang Medina belum pernah berjaya lepaskan diri sepanjang malam. Sebab snuggle wrap ni memang kuat dia punya balut. Tak perlu selit-selit kain. Cuma lekatkan saja dengan pelekat yang sudah ada. Tak perlu juga teknik dan kesenian yang tinggi untuk membalut.
Bagi Medina, memang dia tidur lena sepanjang malam. Tak bangun sampai ke pagi biasanya kalau kena wrap.
Tak boleh wrap lah, nanti baby meronta menangis. Kesian dia.
Err.Memang lah begitu. Nak deal dengan baby, kena pandai berpolitik sikit. Kalau saya dah bersedia nak tidurkan Medina (biasanya bila dia dah nampak bersedia nak tidur, dan saya pon dah bersedia nak menetap dalam bilik terus; tak akan turun ke bawah lagi) saya akan change nappy dia.Sediakan tempat tidur dia. Lepas tu, terus wrap dia. Nak nangis, nangislah! HAHA. Wrap sekejap saja. Tak sampai satu minit dah siap. Siap saja wrap, terus susukan dia. Automatic terus berhenti nangis dan lupa badan kena wrap. Maka, tertidurlah anakku sampai ke pagi. Senang hati Mummy.
Malam semalam, dia tidur berbalut. Tak ubah bagaikan KFC twister.
Jam 4.30 pagi. Kami bangun nak bersahur, dia pon macam tak keruan nak bangun sama.
Tiba-tiba besar bijik mata. Dan seperti biasa, bangun tidur sahaja mesti menghadiahkan senyum buat kami.Selalu tak lokek senyum.
Tidur malam yang sangat lena. Sampai saya dengan husband pon berasa sangat syok tidur. Medina langsung tak merengek.
Jadi, marilah kita turun sahur secara sekeluarga.
Kesian dia kena wrap begitu lama.
Saya buka saja, terus dia stretching.
Sepanjang waktu bersahur, Medina adalah sangat gembira lalu tersenyum sana dan tersenyum sini. Bikin panas saja tau.
Selepas itu, kami terus solat Subuh bersama-sama. Medina pon join. Husband selalu letak dia atas sejadah depan husband saya. Medina pula akan memperhati kami solat. Kalau mood dia baik, dia akan menjerit sakan macam … tak tahulah kenapa. Jerit excited dengar Daddy dia baca surah. Aih, anak aku.
Kegemaran terbaru Medina ;
Bermain cermin.
Ini adalah foto pagi tadi sebelum solat Subuh.
Kalau dia tengok saja muka dia, teruslah dia menjerit nyaring dan tergelak besar. Sungguh kelakar. Kami yang tengok pon jadi tergelak sama.
Baiklah.
Husband dah panggil suruh minum susu sekarang. Saya nak kena turun bawah cepat-cepat dan minum susu cepat-cepat. Sebab Medina tinggal seorang dalam bilik ni.
Pagi Isnin. Isnin datang lagi T______T Sedih. Seperti kebanyakkan orang, Isnin adalah hari yang kurang disukai kerana tiada sebab sangat. Mungkin ada. Permulaan minggu baru. Suami kerja. Menjelang Isnin, terasa betapa jauhnya hujung minggu. Masuk sahaja Isnin, kembali menghitung hari menunggu kehadiran Jumaat. Jumaat hari kegemaran. Sebab hari Jumaat, bapa saya cuti. HAHA macam tak ada kaitan. Tapi memang begitu.
Jumaat mendatangkan Sabtu. Gembira.
Cuaca hari ini sangat sejuk. 19 °C. Suami terlupa tutup sliding door pada bilik tidur. Menyebabkan bilik tidur menjadi suprisingly sejuk Ya Allah! Agak terkilan dengan sikap suami. Eceh. Tapi tak apa. Medina suka sejuk-sejuk begini. Lantas, tertidur lena seperti di bawah :
Alhamdulillah. Hooray sekali. Medina telah tertidur setelah dua dose susu ibu pagi ini. Anak tidur, emak blog. Anak bangun kelak, emak kena jadi joker buat apa sahaja menggembirakan Si Kecil.
Semalam.
Suami asyik tanya ; Bila nak guna cot? Bila nak guna cot? Bila nak guna cot? Baby cot bukan baru dibeli. Sejak Medina berciri peanut di dalam kandungan saya lagi, sudah ada cot tersebut. Malah sudah terpasang sejak seminggu sebelum kehadiran Medina ke dunia ini.
Kami tak dapat pakai disebabkan faktor space. Bilik yang sepatutnya menjadi bilik baby telah didiami oleh Mak Yang selama ini. Baby cot pula ada di dalam situ. Jadi, tak dapatlah dimanfaatkan sebelum ini.
Semalam, tekad! Mesti kena kemaskan baby cot tersebut. Medina sudah 3 bulan usianya. Belum pernah guna walau sekalipon. Itulah bahananya ada portacot di bawah. Sampai tak ada masa nak guna baby cot di atas. Portacot dah puas pakai. Bila Medina dah boleh main-main sendiri nanti, boleh jadikan playpen. Yang cot ini pula, boleh jadikan toddler bed bila Medina dah besar nanti.
Saya sangat bersemangat memasang cot set pada cot tersebut. Semangat berkobar-kobar. Dah terlalu lama nak pasangkan cot sheet tu. Untuk pengetahuan Medina sayang, Mummy punyalah nak kan cot set ini secara sangat dulu. First time tengok dekat Baby n’ Things, Mummy terus suka. Tapi Daddy cakap, survey dulu kalau ada lain yang lebih comel.
Survey punya survey, Mummy telah bias di situ. Dah tak nampak dah yang lain yang lagi comel padahal ada macam-macam lagi. Nak yang itu juga. Pergi Bubs, out of stock. Sanggup hoccay Mummy dengan Daddy pre-order. Beberapa bulan kemudiannya, baru available. Nampak tidak? Kesungguhan di situ.
The cot set is from Cocalo. They have the cutest range of baby’s crib set. Kalau kamu terasa nak intai-intai cot set lah.
Winnie the Pooh musical toys.
Soothing bunyi dia.
Bonus.
Suara Medina menjerit nyaring. Tapi ini bukan yang ternyaring. Ada yang lebih nyaring dari ini. Menjerit gembira secara high pitch adalah kegemaran terbarunya. Dah tak reti nak cakap slow-slow dah lately. Menjerit saja. Tapi kami suka dengar.