Archive for the 'architecture life' Category

Mati Secara Koma

Posted by chika under architecture life
One sms received this morning : Today no presentation. Krit only. En Zabidi not here today.
Aku terus melompat-lompat atas katil sampai kepala mencecah siling dan kemudiannya ber-rock n’ roll. Terus pasang lagu Elvis Presley dan berkaraoke. AHAH. Tipu saja. Ini hanyalah satu metafora yang mewakili betapa melonjaknya hati aku secara besar-besaran. Tapi aku tak cukup tenaga hendak ber-rock n’ roll dan melompat di atas katil. Energy sudah menghampiri nilai KOSONG.

Lalu aku pon me-reply : Ahh… good! Thanx god…! I nak mati rushing ni. Aaa… mati la I!

Thank you dear for the msg! Mesej tersebut menyelamatkan aku dari tercabut nyawa hari ni. Sampai sekarang pon aku berasa sangat lapang di dada. Pacemaker di jantung kiri pon sudah tidak bekerja keras sangat mengepam darah.

Ah! Seperti hari ini adalah final submission. Malam tadi kami bertungkus-lumus menyiapkan drawing. Aku dah tak tahan dengan course ni. Psycho. Aku pulak jenis orang yang tak tahan stress. Bila stress aku migrain dan akan hilang pertimbangan. Menitik air mata tu sudah tentu lah. Setiap semester pon, pasti akan menitiskan air mata untuk final project. Kenapalah aku belajar sampai macam ni.

Memandangkan aku belum balik kampus, aku buat kerja secara solo di rumah. Maka aku sign in YM sebagai komunikasi jarak jauh dengan studiomates. Bila masuk je YM, perkara pertama yang aku suka buat ialah melihat status-status orang ramai. Macam-macam ayat ada. Tapi semalam, paling jahanam ialah status studiomates aku.

Shida - Rasa macam esok final submission je!
Paed – Canner nak buat Sex-tion ni!
-Btol2. Buat floor plan macam jahanam!
Ainul - Korang ni dah buat section ke? Aku still buat layout ni!
Ai – BERUSAHA! Chaiyok Chaiyok! (engkau bolehlah ber-chaiyokchaiyok! :p )
Aku – Aku pun belum buat sex-tion!
-Buat floor plan macam jahanam!

Tercetuslah perang perasaan di ‘status’ Yahoo! Messenger. Terima kasih YM atas service yang memberangsangkan. AHAHA.

Bila dah stress sangat, berchattinglah meninjau perkembangan terbaru kawan-kawan :

See. Aku punya course ni bukan setakat men-drawing tetapi juga menjaga hal ehwal lori sayur, lori ikan dan berlori-lori lagi. Semua nak kena consider sampailah akhirnya aku hilang consideration.




Akhirnya pukul 3, aku tumpas! Aku sms Mr.Lim suruh dia kejutkan aku pada pukul 4 pagi. Sumpah aku dah tak larat nak menegakkan badan. Kepala aku macam nak berpecah belah. Sebelum dia explode, lebih baik aku mengambil tidur secara sikit. Kununlah. Buat kata kembar, ambillah tidur yang sikit tetapi berkualiti. Aik? Tidur memang perkara yang paling berkualiti bukan. AHAHA. Sebelum tidur aku suruh partner sekatil (macam skandal bersekedudukan pulak) menyambung kerjaan aku. Mula-mula dia sangat seronok. Muka pon sangat tersenyum.


See! Dia pon tak larat dan tak sanggup menghadap autoCAD. Sudah tertonggeng di atas laptop sambil terus mendengar lagu MOCCA. Gerek gila ar melayan lagu MOCCA dia ni.

Aku pon berasa kesian dekat My Boo sebab sudah tergolek seperti sangat terbiar. Maka aku tariklah dia mengajak tidur bersama seperti biasa.

Macam biasalah. Aku yang akan memeluk dia kerna dia tak pernah tahu bagaimana hendak memeluk aku. Boo, tahukah engkau yanga ku suka dipeluk ketika tidur. Jadi, aku berharaplah this Spongebob yang bernama manja sebagai Boo akan memeluk aku setiap malam. Sangat tak guna dia ni. Buat sempit katil aku je. Pagi-pagi pasti tergolek di bawah dan aku kenalah membawanya naik semula. Partner Sekatil yang buduh tapi setia.

Disebabkan terlalu seronok tidur secara berkualiti, aku langsung termati. Mr. Lim call pukul 4 suruh aku bangun buat kerja. Aku pon tak berapa sure apa yang dia cakap sebab aku masih termati. Panggilan kedua dibuatnya pada pukul 7 pagi. Aku sangat terkejut.

“Dah pukul berapa?” “7 dah,” “Aaaa??! I tak bangun lagi. Tak boleh bangun,” “Mm.. dah la,” aik. dia bengang. aku pon off hp.

BAngun dan bekerja bermati-matian. Sebab presentation kan pagi ni. Berdetak jantung macam nak terpecah-pecah tapi setelah mengetahui presentation akan ditunda aku menjadi gembira. Dan terhasillah entry ini. AHAHA.

koma dua tiga hari bagus jugak ni. tapi Nabil kata tak boleh koma. kena siapkan kerja juga. Tiba-tiba termasuk nama Nabil. AHA. Hi, Nabil! Dia kata buat autoCAD senang je. Esok aku send file kat dia, suruh dia buat kan. Nanti cepat pandai :p

Gejala Measured Drawing

Posted by chika under architecture life
Good morning, sunshine!

ladybrd.gif image by klasik Kontroversi Seposen Dua ladybrd.gif image by klasik

Balik dari outstation haritu, parents fetch dari studio terus balik rumah. Berehat-rehat untuk Raya Haji. Sangat syukur kerna tidak kempunan nak beraya. Sebenarnya hajat di hati nak balik rumah sehari dua je sebab tengok semua orang sebok berumah tangga dekat studio siapkan measured drawing.Tiba-tiba on the way balik tu Ma kata nak pergi holiday tepi pantai lama sikit sebab jarang dapat chance nak pergi holiday. Aku tak da kata nak bangkang sebab siapa bangkang holiday memang buduh. Tapi kecut perut sangat memikirkan kerja melambak belum siap. Yang ada kat KL pon cuma my dear, Alif dan Shiken. Si Gedik sudah balik Thailand beraya kat Yala. Sangat semangat siam. Ah Toong balik hometown celebrate … apa entah in term of buddha festival. I guess.

Kesian kat TIGA orang ahli group yang sangat baik hati. Hari raya ketiga dah balik studio buat kerja tersedak-sedak. Kesian.Kesian. Aku pulak tersedak-sedak kat Kota Tinggi buat findings untuk rumah kedua.

Dengan sangat tak gunanya, aku mahu break the news that we HAVE to go back to Johor, for the second house measurement. Sangat tak seronok. Syukur yang pertama sudah settle dan kami pon dapat rumah yang walaupun senget, tapi penghuni dia baik hati. Walaupun penghuni terdiri daripada golden citizen yang kurang upaya dan kanak-kanak nakal mengalahkan ninja versi jahat, tapi mereka faham tugasan kami. Mereka support kami dan buatkan kami makanan-makanan sedap walaupun mereka kurang upaya.

Tapi kali ni, owner yang aku jumpa dekat Pengerang tu bukan main leceh lagi. Sampai ja dekat rumah dia, aku tunjuk perasaan tak mahu tunjuk muka. Aku duduk dalam kereta macam big boss. Abah dengan atuk aku yang pergi bincang dengan pakcik tak berapa educated tu.

“Pihak Yayasan ada datang bagi briefing kan? Mereka dah maklumkan kan?,” tanya ayah aku dengan sangat berbudi pekerti mulia.

Pakcik ni boleh berlakon ala-ala tak tahu. Kejap dia kata ada, kejap dia kata tak da. Lepas tu boleh sebut pasal ‘wang saguhati’ kununnya pihak Yayasan Warisan Negeri Johor tak da bagi. Banyak cantik muka encik. Encik pon belum tentu mahu bagi kami buat measurement dah berani sebut wang saguhati. Tak pa. Tak pa. Nanti kami mai bawak Kenny Rogers, Nandos, Berat 11 kampit, Buah tangan beserta Tangan-tangan… kasi bagi kat encik. Mesti diam. WAHAHA. Sangat berdosa aku. Seriously aku naik angin jugak sebab keluarga ni tak understanding betul.

Kami ni student architecture. Bukan contractor atau pemaju. Bila kami datang buat kerja ukur, mereka ingat kami nak betulkan rumah mereka. Woi, cantik muka! Ada ke orang suka-suka datang dengan ikhlasnya nak repair rumah orang? Mahu kasi repair, pergi panggil tukang rumah sendiri lah! Kami student. Tak da masa buat kerja repair. Kami tak pernah construct rumah lagi. Kami setakat buat model rumah ja. Ideology orang kampung. Kesian. Bila abah explain yang kami ni cuma student, bukan nak tolong dia renovate rumah percuma, terus muka dia jadi sangat tak seronok. Yang orang-orang kampung lain pulak ingat kami ni developer yang nak ambil tanah dia. Nak robohkan rumah dia. Daaa… tak sekolah ka angpa ni?

Masuk kereta ja, aku dengan adek-beradek gelak terbahak-bahak.

“Gila kelakar orang kampung ni! Tengok ar muka pon macam budak-budak belum siap, takkan lah aku ni kerja kontraktor repair rumah kot! Wahahaha. Tak nampak ka baju aku bukan main fancy lagi ala-ala kindergarten. Kesian betul,” Kami terus gelak macam monster kenyang.

Tapi secara ikhlas dan sangat ikhlasnya, suasana kampung situ memang seronok. Tiupan angin pantai, pohon-pohon rendang, orang-orang asli, pepasir pantai, suara ombak dan pokok-pokok kelapa tua dan muda cukup menyegarkan jiwa yang tak berapa nak segar kebelakangan ini. Nanti aku akan pulang bersama puisi-puisi jiwa dan memenuhkan blog ini dengan puisi jiwa. AHAHA. Mahu ka? Takda. Tak da. Jangan harap. Nak puisi pergi blog lain. Nak dengar deklamasi, pasang RTM 1 atau RTM 2. Ini blog remaja. Okay?

Disebabkan aku sakit kat hidung, aku malas mahu conteng lagi panjang. Nanti lagi panjang dari siri drama Oshin. Betul. Hidung aku tak berapa baik. Jangkit ke jari. Jangkit ke hati. Dan diserang risiko malas-malas sayang. Aik? Ada ka? Nah, foto-foto promosi dengan slogan ‘Pengerang truly Asia’. (kononnn…) Banyak orang Kuala. Takut nak tatap ke mata mereka. Takut kena sumpit. Kalau kena sumpit sampai mati tak pa.Dibuatnya kena sumpitan cinta, masyaallah. Mak tak sanggup nok!

scene


ladybrd.gif image by klasik Studioku Syurgaku ladybrd.gif image by klasik

Balik dari Pengerang, rushing ke studio. Woooo! Sangat tak tercapai akalku melihatkan keadaan studio yang happening macam nak jahanam. Tapi best. Sana sini nampak tuala pelbagai warna, corak dan kebersihan bergayut-gayutan di sekitar ruang studio. Tilam-tilam, karpet-karpet termasuklah kesemua kelengkapan peribadi memenuhi studio. Bag, bagasi semua ada. Nak apa? Cakap. Semua ada. Tak ada yang tak ada. Boleh dikatakan semua orang dah berkampung sakan dekat studio seminggu ada kot. Sebab hostel tak da. Maklumlah, UKM kesayangan ni sangat perihatin. Sampai kami merempat. Nak check in hostel, Zaa’ba tu kan bintang lima. Tidur la kami di surau dan mandi curik-curik di Zaa’ba. Boleh dikira kes curik air jugaklah. Kelakar. Pagi-pagi dan menjelang Maghrib ajak Shiken seludup diri kat Zaa’ba tumpang mandi. Nak mandi dekat toilet fakulti aku tak da rela. Aku tak de penglaman mandi kat jamban dan aku rasa tak berapa rti nak mandi kat jamban. Mandi secara haram pon aku sanggup.

Kereta aku dah jadi macam almari bergerak. Setiap kali nak mandi, selongkar baju dalam kereta. Memang letih kehidupan nomad dan tak tentu arah macam ni. Menghadap autocad dari pagi sampai pagi esoknya lagi. Mata sangat juling. D
ah la sejuk. Group aku tak de space dah nak bukak ‘perkampungan’ dalam studio. Duduk kat luar sepanjang malam dan pagi membuatkan aku menggigil kesejukan. Ketaq! Pasal tu lah aku jatuh sakit ni. Pasal tu lah hidung aku rosak. Pasal tu lah suara aku jadi ‘sangat sedap’ ni.

Rushing beberapa hari siapkan sebelum submission 26hb. Buat 4 orang. Mula-mula tu 3 orang je yang buat minus aku sebab aku pergi bercanda di pasiran pantai sampai tak sedar diri. Kesian kat my dear, Alif dan Shiken. Aku datang-datang je, tengok kawan-kawan dah lembik semacam. AHAHA. Dan seterusnya, aku join jugak buat kerja sampai lembik. Masing-masing mulut tak sudah-sudah sebut nak tidur. SUBMIT JE, NAK TIDUR. Itulah azam kami. Tapi bila malam selepas submission.. jadi lain pulak.

“Eh, bila dah submit rasa tak nak tidur pulak. Rasa semangat pulak,” - alif.
“Aku nak main game lah,” – Shiken dan terus je on game jepun dia yang aku tak berapa faham kenapa dia suka main.
“Nak tengok movie apa?,” my dear.
“I rasa semangat lah. Dah tak nak tidur pulak. Nak main Bejeweled,” – aku pon sama.Padahal tak tidur lebih 24 jam. Hati memang tekad dan muktamad nak catch up tidur. Tapi seperti kebiasaanlah, minit selepas submission itu ertinya… MARI PESTA!

“Malam ni aku nak gi dating,” HAHA. Akhirnya aku sangat hina plan nak pergi dating tapi tak jadi dan dating ditunda pada siang hari. Dan kami semua berkumpul dalam studio tengok movie secara berkelompok dan berpasang-pasangan. Tutup lampu dalam studio macam biasa. Kami tengok cerita Korea ; My Boyfriend Is Type B. Tapi sebelum cerita habis, aku dah pergi ke alam lain yang lebih indah. AHAHA. Aku sangat penat dan mengantuk. Sampai sekarang pon mengantuk.

Esok semester baru bermula.
Hooray!
Hooray?
Hooray kan aja.
Dan mungkin aku kembali tidak update buat beberapa waktu yang… mungkin panjang. Mungkin pendek. Mungkin sepanjang-panjangnya. Siapa nak tunggu, tunggu. Tapi tak ada hadiah saguhati.

Sangat tak ada kerajinan. MALAS. Untuk menambah pengetahuan kesemua pembaca, entry kali ini sudah break record menjadi entry paling lama disiapkan. Aku tulis dari pagi semalam dan baru malam ni siap. Tak pernah dibuat-buat sebelum ini. Mood tak berapa baik hendak memblog. Kerna blog bukan segala-galanya. Aku ketagih facebook :p

Ha, tersedak tak?
Aku tak larat sudah.
Tak mampu nak buat entry yang boleh buat orang baca sampai termati-mati.
Sebab kalau aku buat juga,
aku yang akan mati.
esok semester 6 bermula.
semestinya aku belum mahu mati lagi.

-habis-