Archive for the 'architecture' Category

BLOG BELAKANG KIRA

Posted by chika under architecture, Uncategorized

Chika, apsal tak update neh?
Kak Chika, mana entry baru mana?
Chika, gi update gi.
Chika, I dah gian nak entry baru apsal takde?
Chika apsal blog kau lambat update?
Chika apsal slow sangat entry kau, aku dah bosan tunggu.
Chika entry kau boring sebab takda gambar.
Kakak Chika, saya bukak blog kakak sampai bosan tapi takda update.

Chika!
Chika!
Chika!

Ewah. Anda semua memang pandai buat ayat power lepastu saya pon perasan macam bagus. KAH KAH KAH. Anda semua memang manis betul. Sebab itulah kadang-kadang saya membuat fun dengan tidak menghasilkan entry supaya anda akan teriak-teriak ‘Chika chika chika’. Sana Chika, sini Chika. Ceh. Betul-betul buat saya macam bagus. Kau jangan.

I miss you too (ceh)

Anda sengsara (konon) bila Si Housewife Baru Nak Jadi neh tak update entry. Anda jangan terlupakan perasaan saya sendiri semasa tidak dapat memblog. Sangat sengsara. Err. Priority sekarang adalah untuk entertain tetamu lebih daripada entertain readers. Excuse me.

Tya dengan Hanis telah menjadikan hari-hari saya pada minggu ini sangat EXCITING dan penuh KEREMAJAAN. Sumpah best.

Hari ini saya telah diberikan kebenaran memandu kereta suami secara remaja kota. Seronok. Bangun pagi dan menghantar husband (I love you) ke hospital dan kemudiannya menggunakan kenderaan tersebut untuk merayap di City macam Datin-Datin. Duduk sembang gosip-gosip terkini dan tak terkini sangat sambil menikmati ais krim boysenberry.

Antara gosip terkini tapi tak berapa terkini, contoh ;

  • You tau Erra Fazira dah bersalin?
  • Anak Datuk K study dekat Melbourne you know.
  • My bf is like this, my husband is like that (pastu puji-puji kekasih hati sendiri. Semoga kita semua dirahmati)
  • We are going to New Zealand, jom Chika jom (ewah, my husband nak letak mana? mana? mana? HAHAHAHA. Syurgaku di sisi suamiku. New Zealand boleh keluar ikut pintu belakang skang! HAHAHAHAHAKUPONNAKJUGAK!)
  • Pakai legging dengan this boot and this thing that thing bla bla bla (sumpah saya rindu conversation macam neh. Tya and Hanis, I love you guys so much. Thanks kerna mengembalikan zaman keremajaanku)

Proud of myself. Chika bawak rakan jalan-jalan Brisbane secara berdikari (I tell you) Dah lah dah pandai hantar husband and fetch him back from hospital. Eiiiii apsal pandai sangat neh? HAHAHAHA. Pandai buat breakfast kasi tetamu makan pulak tu. And then this morning kan,… opps. Okay entry tamat di sini. KAH KAH KAH.

Husband sudah pulang ke pangkuan isteri. HAHAHAHAHAHAHAHA.

Blog belakang kira.

Back to the root

Posted by chika under architecture
Theater.
Opera.
Theater.
Opera.
Opera.
Theater.
Auditorium.
Acoustic.
Opera.
Theater.

Disimpulkan menjadi satu : Final project ni macam takut je. Study acoustic bagai. Mengalah sebelum berjuang adalah ciri-ciri kejatuhan maruah. Ih. Susah belajar seni bina. Lagi-lagi dalam misi menuju sustainability ni.

Untuk mencapai misi universitas ke arah sustainable architecture, studio kami dijadikan ujikaji budaya. Menurut pensyarah, sustainability itu harus disemat dalam diri kami sendiri sebelum diaplikasikan ke atas bangunan. Kalau engkau mahu aku cerita apa itu sustainable architecture, aku akan memerlukan persembahan bantuan Microsoft Office Power Point. Cerita dia panjang. Untuk kefahaman umum, sustainable architecture adalah seni bina yang menghormati alam, keaslian, dan something like back to the root. Engkau masih tak faham? Duduk diam dan terus baca .

Untuk langkah pertama, Puan Akmal dan para pensyarah mencadangkan studio kami :

  1. memakai fabrik batik setiap Khamis dan pada hari formal. Sangatlah tak nak. Maafkan saja aku.
  2. makan menggunakan dulang secara beramai-ramai. Pergi cafe, minta dulang dan isi nasik juga lauk-pauk untuk dikongsi bersama dalam 4, 5 orang. Yeww! Hanya kalau semua orang susah sahih hygenic, barulah aku deal.
  3. bila hidangkan pensyarah food ketika presentation, jangan hidang dalam pinggan, hidang guna daun pisang. Sudah! Satu kerja cari daun pisang pulak.
  4. Tak boleh guna botol-botol mineral water yang tidak sustainable.
  5. Kutip kayu-kayan bermutu dibuat bahan struktur dalam construction.

Ini semua macam cadangan mulut saja lah. Aku harap pensyarah tak berniat menjatuhkan hukum secara mandatori.

Walllaah!
Ya ya. Back to the root memang satu pengajaran yang perlu kita semua didik diri secara natural. Tetapi bagi aku, ianya tidak akan lebih dari sekadar sebuah revivalism. In term of practicality, ia macam sandiwara.

Cuma mahu berkongsi dengan engkau semua. Betapa seronok mendengar talks in architecture. There you’ll learn all about life. Architecture is all about life. You have to be a doctor, a patient, a patient’s family, and even an architect to design a hospital. Seriously. Kena tahu everything about hospitality. Then, you gonna read mountains of medical books. See… Sekarang, kami nak design Performing Art Center, we have to study about Penang’s naturality, culture and heritage. And of course, acoustic. Oh.Kami dah buat semua benda termasuklah belajar psychology, soul and poetic value.

Bangunan aesthetic ; ada soul ; technically good ; and healthy.

You think it’s easy?
Think twice.
And trice.

Aku suka dua sesi briefing on last Thursday and Friday. Seronok. Honestly, apa yang pensyarah katakan had … (at least) mempengaruhi minda aku. Kita kena kembali ke akar umbi. Mempelajari etika tradisi. Not only to save our beloved Earth, but to grab as many AWARD as we can. AHAHAHAHHA!. Betul, babe! Best buildings akan menang award. Macam artis pulak.

we are the architects of 2020!

Am I?

What are my 5 years planning? Who am I in the next 5 years time?
Tidak pasti. Tetapi sekarang ni, aku sudah ada naluri untuk menimang cahaya mata. Ehem. Maksud aku, memiliki mata yang bercahaya. Ya. ya! Mata yang sihat. Dan aku kenalah belajar menggunakan eye-mo tanpa berasa geli-geleman. (purrrfttt!) Maybe, aku sudah mendirikan rumah tangga. Ya ya! Yang bermaksud, aku akan menjadi arkitek yang merekabentuk sebuah rumah yang mempunya tangga spiral. Ya! Begitulah. Dan aku juga plan untuk honeymoon sebanyak 25 kali. Err.. maksudnya, hendak naik ke bulan sebanyak 25 kali. Ya. Itu sahaja. Simple Plan. Planning lain? Aku mahu beli rumah di Hollywood dan makan dinner at least sekali dengan Lee Hom. Mahu shopping sakan di Beverly Hills. Yang ini, tiada maksud tersirat kerana ia memang sesuatu yang straight to the point. Ehehe. Mata yang bercahaya! Cahaya! Cahaya! Bila dibaca-baca semula, ini seperti bukan sebuah planning. Ini macam sebuah karangan ‘Mimpi Saya’. Kesian engkau semua kerna membaca tulisan murahan ini. Kesian engkau semua! Kesian sangat.

Masih mahu baca?

Aku berasa sangat bosan beberapa minggu ini. Ada beberapa perkara nak aku lakukan. Dan aku akan lakukan walaupun secara sendiri.

  1. Pergi upgrade laptop pada hujung minggu.
  2. Membeli printer dan scanner pada hujung minggu.
  3. Membeli belah. Lama tak membeli belah kerna aku tiada mood hendak membeli belah kerna setiap kali membeli belah, pasti aku akan ketemu satu masalah rumit. Aku bosan! Aku tak peduli lagi. Aku akan pergi secara sendiri. Kerna secara jujur, aku berasa sangat pilu kerna aktiviti beli belah aku sudah tidak macam dulu. Terganggu. Terbatas. Ada banyak syarat. Definisi Shopping bagi aku ialah keluar masuk ke semua butik / kedai secara tenang. Aku sangat rindu mahu membeli belah seperti itu. Tetapi tidak tahu harus bagaimana caranya. Mungkin melakukan sesuatu secara sendiri mengikut kemahuan sendiri akan menyeronokkan hati sendiri. Stress macam kerbau.
  4. Aku mahu perfume. PERFUME. PERFUME. PERFUME. Baru aku sedar, dah berapa bulan tak beli walau sebotol perfume pon. Sangat tak rockstar!
  5. Aku tidak mahu diganggu pada ketika aku berasa nyaman. Berdua lebih baik. No third party involved. Or else, I prefer to be alone. Because time is the only thing that money cannot buy. Kalau masa boleh beli, aku sudah beli kesemua masa dan simpan sebagai bekalan di hari depan.

Arkitek tidak boleh buang masa. Menghabiskan jumlah waktu yang lama untuk blog adalah tidak wise. Kerna blog ini tidak menjana wang (Mampus aku lepas ni, adalah tu orang nak ambil kesempatan mengajar aku online business. Get lost!) Kalau engkau tahu caranya menjana wang dengan menghasilkan entry yang sangat panjang macam extremist, engkau boleh buat deal dengan aku ok. Sekejap je aku boleh kaya. Aku suka magik. Aku mahu magik yang boleh menukarkan huruf-huruf karangan aku menjadi dolar. Siapa magician, ym aku ok. Kalau bukan magician … pergi ym orang lain ok. AHAAHA. Pendek kata, siapa banyak duit tapi rasa nak buang duit … boleh buang dekat aku. Aku nak pergi Beverly Hills. (suka hati aku je)

edit:

Ada seorang member bernama Fara mintak tolong aku promote satu charity concert ni. Bagi menambah functionality blog aku yang tak berapa berfungsi optimum ni, aku tak da kesah pun membuat iklan. Iklan ni tak jana wang ok
. Engkau jangan ingat aku dah sign up online business.

Tiket berharga RM10 sudah sold out. Siapa berminat, sediakan RM15 sahaja dan boleh menghubungi Far menerusi YM beliau : Sweetgirlfean

Selebihnya boleh klik juga di poster dan baca secara baris ke baris. Aku tak da kaitan ya dengan concert ini. Jangan YM aku. YM Far sahaja. Kalau engkau YM aku tanya pasal concert, aku akan tipu engkau secara extreme. HAHA.

Dear Far yang muda,
artist Taiwan tak da ka?
Lee Hom?
Jay Chou?

Prelude ‘Just Like Heaven’

Posted by chika under architecture, life
Memang magik!
Magik gila!

Kata dua minggu baru balik.
Aik?
Kata dua minggu baru ada conteng baru.
Aik?
Kata pergi Kota Tinggi…
Aik?

Hidup memang magik. Hidup ni macam filem. Sangat menarik dan kadang-kadang kesian. Ending tak berapa boleh dijangka. Hidup memang macam filem. Aku ni memang macam filmstar. Terasa sangat seronok kehidupan yang berwarna warni atau dengan kata lain, aku bagi judul sekunder kepada contengan kali ini sebagai HITAM PUTIH KEHIDUPAN. Hahaha. Entry aku ada judul sekunder wa cakap lu!

Memandangkan kepala aku berpusing-pusing macam marry-go-round, ada baiknya aku janganlah susah-susah menulis panjang. Ini cuma prelude kasi notification kepada semua pambaca yang sangat kasihan ni mengetahui bahawa aku SUDAH PULANG ke pangkal jalan. Semua kehidupan luar biasa yang magik sudah tamat. Bermakna, aku sudah kembali on track atau dalam bahasa Inggeris yang lebih baiknya disebut Back To Square. Tapi nak kata SQUARE sangat tu tak ada lah. Sebab walaupun magik sudah tiada, kehidupan masih belum normal. Aku pon masih dalam mood ‘HOLIDAY’. Sangat tak berapa ada hati hendak kembali kuliah. Kerna setelah sebulan lebih menjalani hidup sebagai remaja muda-mudi, hati terasa berat hendak kembali belajar menimba ilmu di dada.

Owh, tiba-tiba terasa mahu makan biskut sayur celup kopi panas. Tapi rumah aku mana ada kopi. Sangat berlagak penghuni rumah ni tak mahu minum kopi. Kopi sedap tahu tak? Itu hari minum kopi rumah orang kampung terasa sangat asyik. Sampai aku telah menukar minuman kegemaran ku daripada Carrot Susu kepada Kopi Panas. Tengok, aku sangat fleksibel di mana aku berpegang kepada prinsip… Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Walaupun ada yang kata kami manja, aku dah buktikan kemanjaan aku bukanlah tahap jahanam sangat. Sebab aku boleh minum kopi sudah. Esok, aku mahu pesan kepada ibubapa supaya semua ahli keluarga ada aktiviti minum kopi setiap petang. Hoit, kenapakah aku bercakap tentang kopi? Kerna aku kepala pusing. Aku agak pening dan tak berapa sihat fikiran ni. Maka, aku hanya menulis apa-apa benda pon yang terlintas dalam kepala. Mari tutup cerita kopi kerna aku tak boleh tahan. Aku sangat nak minum kopi bersama biskut kering. Tengok, tengok! Aku dah ada citarasa kekampungan! Hooray! Aku dah jadi orang kampung sejati! Hooray! Di mana aku tidak lagi takut kepada becak dan kanak-kanak nakal. 8 hari lamanya aku memakai selipar kotor macam selekeh. Tapi aku tak dak komplen. 8 hari kaki aku mandi lumpur, masih tak dak komplen. Malah aku mula ada perasaan sayang kepada kanak-kanak. Walaupun kanak-kanak sudah membawa lari selipar aku pada hari pertama aku ‘menjadi orang kampung’.

“Bawak lari selipar aweks!,”

Ayat tu memang sangat menggigit sanubari. Aku rindu kanak-kanak nakal superkuat superperkasa dan superduper NINJA tu. Ah, aku nak buat prelude sahaja! Tapi aku macam dah tercerita banyak pulak.

Treng treng treng!
Aku …
Bukan…
Pergi …
Kota Tinggi.

Aku pergi …
BALIK KAMPUNG!
Sebenarnya selama 8 hari ini.
Sangat seronok.
Kalau ada yang kesian kat aku, terima kasih. Ambik balik kesian tu dan simpan dalam poket ok. Sebab kehidupan aku 8 hari ini sangat terurus dan menyeronokkan. Tidak kesian langsung. Cukup makan, cukup tidur, cukup bahagia, cukup wang, cukup selesa, cukup kasih sayang dan cukup kesemuanya. Kumpulan aku adalah kumpulan yang sangat CUKUP. Kalau tak disebabkan raya haji, mungkin kami belum pulang ke pangkal jalan.

AHAHAHA. *bertanduk dua, bergigi taring*

INI PRELUDE.
Kisah-kisah magik akan diceritakan kemudian nanti.
Bilakah?
Tunggu jiwa aku terisi dengan ketenangan kelak.
Oh by the way,
‘Just like Hell’ dah bertukar jadi ‘Just Like Heaven’ ok.

div1.gif image by klasik

awak, saya nak awak.
saya rindu awak lah.
AHAHAHA!
nak awak …
AHAHAHA!
ai hen jian dan.
sayang kat dia.

i dedicate this yummy song to you.

I LOVE YOU
Wu fa bu ai ni BABY
Shuo ni ye ai wo
I LOVE YOU
Yong yuan bu yuan yi BABY
Shi qu ni

can’t wait to see you again.

Hey!

Posted by chika under architecture, life, shopping, the chika

I am back!

Setelah sangat lama tidak conteng. Banyak benda happened. Tapi sekarang dalam musim peperiksaaan, so I would be on the fast track la kan. One big thing yang telah selesai dan sangat-sangat membuka ruang pernafasan yang baik adalah… DESIGN! Yeay, design sudah siap, sudah submit, sudah present, sudah review Internal and Externally. Hey, guys! Apalagi yang lebih mengujakan selain daripada melepaskan beban design, right?

Marilah kita ke point-point seterusnya :D

01 : DESIGN

Projek kali ni agak susah since kami dah mula buat ‘real design’. Di mana kami sudah mula membuka-buka buku UBBL (Uniform Building by Law) iaitu sebuah buku undang-undang. Undang-undang? Annoying kan? Projek housing mungkin sounds like kecik dan senang tapi masyaAllah. 2 tahun setengah belajar senibina ni, airmata dah mula kering. Aku dah tak ada peruntukan masa untuk menangis lagi. Kalau down, aku tidur je. Sometimes bila sampai kat certain level tu emmang rasa give up yang amat. Waktu tu mulalah aku fikir nak pergi kawen dengan hartawan tempatan. Haihh… otak senteng.

Ini dia beberapa keping gambar untuk dibuat pekasam.

Photo : Panel pertama dan panel ke-6 saya. Kesemua panel disiapkan selama 24 jam tanpa henti dan tanpa mandi. Juga tanpa tidur semestinya selama 2 hari. Serius! Tidur lima minit pon tak!

Demi menyiapkan Panel Durjana ini, sebuah tragedi menyayat hati telah berlaku. Pertama, laptop saya yang antik itu bersikap bodoh dengan tidak membenarkan saya membuka Autocad2007, Sketchup 5 dan juga Adobe Photoshop. Imagine! Semua software penting tak boleh bukak. Ringan je tangan nak campak laptop dalam tong sampah. Aku pon nangis-nangis, terus start kereta nak balik hostel, tidur! Aku dah give up. Aku tekad nak tidur je sampai submission day. Biar mampos la dengan design tu. Luckily ada orang marah aku, tarik kunci kereta aku dan bersedia membenarkan aku guna desktop dia yang super laju tu. Maka, semangat ku naik smeula tetapi selepas itu, aku terpaksa pulangkan desktop beliau dan merempat menagih simpati menggunakan desktop Twin. Penderitaan betul!

Tengah-tengah malam barulah siap panel dan terus ke Serdang bertemu John untuk print. Ni print kali kedua tau. Kali ni kena RM102. John kata, panel siap print pukul 7 pagi. OMG! Pukul 9.30 pagi dah nak pin-up! Punyalah rushing tapi malam tu aku sempat tidur kerna aku tekad tidak mahu menyiapkan model. Tapi aku buat jugak. Sikit. Model aku cuma ada BASE dengan sebuah PARTY WALL sahaja. AHAHAHA! Yang mana akhirnya aku campak sahaja kepingan-kepingan board itu kesemuanya lalu pulang beradu.

Pukul 6 pagi lebih kurang, keluar pergi Serdang nak amek panel. Bullshit punya John! My boifren call dia berjuta kali tak jawap. Ketuk pintu, tak buka. Tekan loceng, tak respon. Senior pon try panggil dia tak berjaya. Aku duduk dalam kereta dah nak nangis. Sebab masa tu aku yakin, memang tak sempat nak pin-up pukul 9.30. Kami tunggu luar rumah dia pagi-pagi yang sejuk gila tu selama lebih 30 minit.Lecturer dah lah tak akan tolerate punya. Kalau cakap berbuih-buih masalah printing pon, tak ada nak faham. Kalaulah aku ada cash RM10 000 time tu, dah lama aku beli sebijik plotter letak kat bilik. Nak harapkan plotter jabatan, memang mati hidup balik pon susah nak dapat. Akhirnya dia bukak pintu jugak setelah hati aku berapi macam naga lapar. Shit!

Sampai studio, dah pukul 8 lebih dah. Terus potong board, nak tampal panel. Spray Mount pulak habes! Dah la kena gam guna gam kanak-kanak tu. Nasib baik si kekasih membantu kalau tak dah lama aku cabut balik, tidur! AHAHAH! Aku ni memang ratu emosi.

Ini Spray Mount. Antara barang kawalan dalam studio di mana setiap orang yang ada benda alah ni akan cuba SOROK seboleh yang mungkin. Sebab benda alah ni sangat penting. MAHAL tapi CEPAT HABIS. Tak ramai yang beli tapi suka meminta-minta kat orang lain. Kalau orang mintak kat aku, aku dengan jujurnya memberitahu bahawa TAK BOLEH PINJAM kecuali kepada orang-orang istimewa tertentu seperti teman baik dan kekasih.

Dan akhirnya, berjaya pin-up sebelum 9.30 pagi. Kalau lambat, nanti kena tolak markah! Tak sanggop mak!Maka, setelah berminggu-minggu tidak tidur, sampailah kepada hari Internal Review.

02 : SHOPPING

  • For Hari Raya (second round) – selepas final drawing submission. Mines Shopping Fair
  • The Day After Internal Review – The Garden, Midvelly

    Went to The Garden, Midvelly for the very first time. The Garden tu nak kata best sangat shopping, tak adalah sangat unless you have few thousands dalam poket. Sebab dia provide ruang untuk 100% designer’s boutique. But the surrounding agak elit dan ada architectural element yang attractive jugak. Cuma wonder kenapa glass bridge tu dia tutup. Maybe dia tak mahu orang pijak glass tu. What the hell? So, cuma ornamentasilah ye? Ehehee. Tapi my boyfriend said, maybe still under construction works. Maybe dalam proses uji workability dia sebelum dibuka kepada awam. But I swear! Dia tak akan bukak! and owh, my boifren jugak said.. the architecture was quite the same dengan building dekat China. Okay, about The Garden lagi. My friend, yang kami panggil Gedix suka sangat makan dekat situ. So you guys, pergilah ke The Garden untuk makan! Aku? Tak pernah try because my number one restaurant still Ayamas. AHAHA.

    Aku sempat membazir wang di Robinsons membeli sebotol perfume Guess. At least i had bought somethng from The Garden. Ahak ahak. Bukan. Bukan. Sudah lama aku inginkan perfume tersebut. Maka, wang peruntukan untuk membeli jam tangan sudah kopak separuh. Tunggu budibicara dari ibunda untuk medapatkan kembali peruntukan jam tangan.

    The Garden tak ramai orang so can pose like hell. Tak ada orang nak jeling-jeling kambing. But look at that cramp pose of mine.

    Hasil belian.

    First time try this Cinnamon. Besar. Mengenyangkan dan tak taste sangat la.

    My wishlist. Dah beli!

    The boify bought for me.

    my current madness.

    Tak shopping banyak sebab ongkos tak baik.

  • Alamanda, Putrajaya – selepas Final review

    Kali kedua datang Alamanda nak makan sebenarnya. Dulu suka pergi Alamanda semata-mata nak makan kat Chicken Rice Shop. Tapi sekarang lagi suka makan kat foodcourt dia yang bersih dan selesa. Kali ni pergi memang shopping untuk perut. ! Mula-mula lunch dan selepas lunch, makanan sampingan yang berkolestrol tinggi dan tidak sihat:

    I luv food. Food luvs me. We are happy family. Lihat mulutku besar!

  • Mines Shopping Fair again selepas selesai final review.

    Sementara tunggu pukul 4 nak briefing dan buat majlis hari raya di studio, pergi Mines carik birthday present untuk studiomate.

    Perasan tak? Setiap kali selepas submission, pergi hiburkan hati di mall. Sebab itulah yang menyeronokkan aku. And don’t stop me! That’s my therapy la.

03 : EXTERNAL REVIEW

Oh. Hari Kebaya. Kami ni dah macam penari untuk The Kebaya Musical Theater. Ahaha.



Final review sebenarnya tak adalah apa sangat yang kami kena buat kecuali melaram sakan setiap semester sempena menyambut hari kemerdekaan. Dan sebagai laungan kepada.. SELAMAT DATANG, TIDUR!

Lecturer universiti lain dan arkitek dari luar akan datang untuk access kerja kami dan review grad yang lecturer kami bagi. Samada mereka setuju atau tak. So, grad kami boleh diupgrade ataupun boleh diturunkan oleh mereka. Pintu studio akan ditutup, kami akan duduk di luar studio sambil bergurau senda dan berlawak bodoh. Ataupun membuta! Sementara menunggu, kami akan berdebar-debar dan semakin cemas setiap kali pintu studio dibuka. Sebab orang-orang tertentu akan dipanggil untuk present kepada external. BUKAN SEMUA tau! Hanya mereka dengan kes tertentu sahaja. Imagine la bagaimana takutnya kalau-kalau nasib ‘menyebelahi’ aku pulak kan.

Pukul 4 petang ada jamuan hari raya dekat studio!

Sedap la puding Farah dengan Ainul buat tu. Sebab dia sangat milky and creamy. (Aku kan memang suka benda-benda kaya dengan lemak ni. AHAHA) Ye la tu sangat. Tah-tah mummy Farah yang buat. AHAHA. Larikkk!!!

04 : P.RA MLEE THE MUSICAL THEATER, Istana Budaya

(19 Oktober 07)

Omg! Oh My God! Splendid! Teater yang sangat sangat best! Aku pergi dengan of course lah, my boyfriend, Farah and Adian. Nana (Farah’s sister) and friends, dan juga Hanif (Farah’s bro) and friend. Ini Farah la punya idea. Dia dan Nana yang buat reservation dan buat payment. TQ very much my dearest friend. Teater tu memang sangat best! Sampai hari ni pon masih teringat-ingat malam kita menonton tu.Ajak Astri, dia cancel. Farah ajak Aizar, dia kata tak dapat nak pergi. You guys sangat rugi la.


Sean Ghazi memang amazing dan talented sangat. He can sings! Suara dia… lakonan dia.. perfect. Memilihi Sean Ghazi sebagai P.Ramlee memang pilihan yang paling tepat. Dan Liza Hanim sebagai Saloma. Oh My Go
d! Liza Hanim, you are awesome! Dengar dia nyanyi malam tu, live lagi… suara dia memang mesmerized. Gemersik sangat even aku lagi suka dengar dia nyanyi than Saloma. Boleh pulak. AHAHA. Aku tak tahu pulak Siti Nurhaliza pegang watak Azizah. Suara Siti, as usual lah powerful. Tapi bagi personal view aku, dia tak berapa boleh berlakon. So… Siti, you better keep on singing je lah. TAPI! Suara Liza Hanim paling best sepanjang performance. Siti pon kalah I tell you.

There got good chemistry between Sean Ghazi dan Liza Hanim. As Remy and Sally. Oh. Part mereka dating tu sangat funny. Bergema satu panggung tu gelak. Setting dia memang fantastik. By the way, macam kata Farah.. Azizah masa kecik tu sangat cantik, comel dan attractive. Memang tak menyesal pergi menonton. Dan itu juga first time aku jejak Istana Budaya.

Kami menonton persembahan malam kedua. Persembahan akan berterusan hingga 3 November. Tapi tiket dah lama habis since malam mula perform lagi. Siapa tak sempat tu memang kasihan kerna teaternya sungguh asyik. Aku jadi tak senang duduk sebab kalau boleh tak nak terlepas pandang, terlepas dengar mahupun terlepas fokus pada apa-apa scene pon.

Farah, jom teater lagi!

Teater mula jam 8 malam. Aku pon tak sure berapa lama tapi almost 3 hours kot.Masa dah tamat teater, kami terus keluar dan terpisah dengan Farah and family. Aku, the boyfriend and Adian jalan-jalan sekeliling Istana Budaya untuk pozzy la.

Tiba-tiba si Adian ni cakap.. “jom tunggu. entah2 jumpa artis. Mesti ada sesi untuk autograf”. Aku pon layann. Tiba-tiba nampak ramai orang serbu depan pintu. Yes, that’s it! Adian pergi beli poster RM7 dan aku queue up. My bf standby camera. Aku cuma pergi amek autograf Siti and Melisa Saila dan salam dua orang ni je. Cuma berfoto dengan Siti plus the other 4. Nak pergi dekat Sean Ghazi, takkanlah nak bersalm dengan dia kan. Si Atilia tu pulak, aku tak kenal. AHAHAH.


Lihatlah senyuman aku yang fake itu. Hinggakan mukaku nampak lain macam benar. Aku bukan peminat fanatik Siti. Cuma dengar-dengar je lagu dia. Tapi dia Malaysia No. 1 Superstar kan. Then what’s so wrong to take picture with her kan? Tapi seriously.. she’s beautiful. Skin dia cantik and dia soft spoken.

Tak macam si Eddy ni. Ya Allah. Sabar je. Tapi he is Adian. Memang pencinta muzik yang global. Dan seperti kata Adian, gambar tengah tu membuatkan Farah sangat emosi. Farah kan tengah kemarukkan si Sean Ghazi tu. Sampai ada hati nak pergi lagi Istana Budaya the next day hanya nak jumpa Sean Ghazi at 12 midnite. AHAHA. And the bf didn’t have the excitement to pose with these artists. Ehehe. sebab dia kenal Siti je.


Rasa sangat bersalah kat Farah and Nana sebab tak tunggu mereka untuk bergambar. Bukan tak carik, tapi base on masalah teknikal enpon2 kami… tak dapat nak contact. Kesian Farah. Farah, ya ampun.

Uik. Banyak pulak ‘fast track’ aku ni. Entah bila akan update lagi, biar masa menentukan. Isnin ni paper Ukur Tanah. Aku belum baca sepatah haram pon. Wish me luck!

Salam Lebaran

Posted by chika under architecture, event, life, raya

Finally.
Project done.
With tears of happiness.
Seriously with tears.
The design wasn’t satisfy me.

Go to print at 3.30 am in Serdang with the boify.
Asked Nuar and Pa8 printed out 3 of my panels and 7 panels for the boify in Shah Alam.
Sux!
Mengecewakan.
RM20 sehelai but the quality was at the lowest.
Sekali lagi… sux!
May you experience the sux things to the man who printed our panels.
Bodoh sangat. RM20 tau sehelai!
Luckily panel saya cuma 6 keping.
But the boify got 13 panels.
ENGKAU KIRALAH BERAPA RATUS WANG KENA SONGLAP KELUAR!

Saya print dekat Serdang RM12 sahaja.
The paper is glossy.
The plotter is good.
Good printing.
Good panels to eyes.
Jadinya, saya punya panel berbelang-belang.
Ada yang smooth, ada yang macam kena bakar.
Sekali lagi boleh?
sux you idiot man!

Pagi tadi balik Cheras. Semalam petang, pergi Mines shopping for the very last minute with the Boify. We are supposed to tidur since two weeks minus proper sleep. Tapi saya berdegil nak shopping jugak. So kesian dekat dear. Dear, I love you triple! AHAHA.

My dear boyfriend sudah balik hometown awal-awal pagi tadi and leave me. Ngee…
I gonna miss him very much.
Tq dear for the hari raya bag! I suka sangat sangat sangat.
My mum said.. the bag suits me because.. the bag looks like me.
AHAHA.
How was that sounds like?
Ihihi…

To everybody…
To all readers…
To all my friends…
Farah Diana, Adian, Aizar, Astri, Shida, Aisyah and
semualah my fantastic friends out there… SELAMAT HARI RAYA.

Salam lebaran.
Semoga lebaran ini terlalu indah untuk kita semua.
Semoga AidilFitri
kali ini mendapat keberkatan yang Maha Esa.
Insyaallah.

:)

nota jenaka seposen dua : anda boleh membuat bayaran pos ke account saya jika berbesar hati ingin menyalurkan duit raya kepada yang memerlukan iaitu saya.Saya kena print panel lagi sekali :( Soalnya saya berat di ongkos.

Tak Ada LIFE

Posted by chika under architecture
tidur bawah meja.
Corrugated board jadi katil,
sleeping bag jadi selimut.
Tidur satu jam dikira melampau.
Tidur 5 minit, memang bijaksana.
Laptop macam nak meletop.
Kalau sekali dia meletop, memang aku pergi terjun tasik depan fakulti ni.
Semua orang dalam studio ni dah macam zombi sakit jiwa.
Aku juga.
Sekarang aku jadi makin blank. Why architecture? Why? Kenapa kena buat keje sampai rasa nak mati. Boleh terbunuh kena serangan stress. Dua minggu hilang kehidupan. Dua minggu duduk bertungkus lumus dalam studio ni. Dua minggu tidur bawah meja. Dua minggu tidur atas keyboard. Dua minggu jiwa rasa overload tapi tak mampu nak buat apa-apa kecuali teruskan kehidupan yang hidup segan mati tak mahu ni.
Why architecture?
Apa sumpahan keramat yg menyebabkan architecture life jadi begitu. No matter where you are, as long as you join architecture, you experience this as well. Sangat menyesakkan jiwa. Aku sangat tak larat. Sekarang jam 5.13 pagi. Punggung aku dah sangat kebas duduk tak bangun-bangun. Jari aku dah tinggal masa je nak putus. Bijik mata rasa nak tersembul keluar.
Bukan aku seorang.
Teman-teman juga.
Mereka juga tidur bawah meja. Ada yang tidur tepi meja, tengah-tengah studio, atas meja, atas kerusi, dalam surau. Pendek kata, kami boleh tidur kat mana-mana je. Termasuklah tidur duduk di kedai mamak sementara menunggu pesanan bersahur sampai. Sampai mengunyah, tidur-tidur ayam.
Yer! Aku nak tidur sahaja. Kalau engkau nak tawarkan aku baucer beli belah RM3000 pon, aku tak mahu. Piliha utama aku adalah TIDUR. Kedua, nak pulang ke pangkuan keluarga untuk menyambut lebaran.
Sabar Nurul.
Two days je lagi.
Khamis submission.
Petang Khamis, mungkin aku mati.