Archive for the 'An evening in Brisbane' Category

Garage Sale

Posted by chika under An evening in Brisbane

Baiklah. Dah DUA KALI dah saya kena tipu. Dulu kononnya ada seorang blogger tu dia STEWARD MAS. Kononlah. Padahal awal-awal lagi I dah agak dah. Ini kelentong neh. Mana mungkin Steward MAS English berterabur malu ah sikit. Menggunakan blog beserta gambar-gambar model ciplak, kononnya ada hati nak mengorat I. Hari-hari entry pon memuja-muji I. Chika nak dating dengan aku tak? Chika manislah. Chika comellah. Gila engkau. Tak akanlah pramugara MAS terhegeh-hegeh dengan I kot. Tak logik sangat!

Kali ini tertipu pula dengan seorang blogger yang agak rapatlah juga. Kalau hantar komen dekat nurulism.com neh, kira komen dia terbaik ah. Paling bernas macam tak boleh blah dah. Sekali, penipu rupanya. Baik-baik dengan aku kau nak apa? Sorry, I am taken. Nak mengorat aku? Ha, tengok muscle husband aku dulu. Good for nothing orang macam ini.

Amboi biasa tu dia semua nak tahu siapa siapa? Tak ada siapa-siapa. Case closed. Boring ah cakap benda macam ini. Sekarang kita cakap pasal GARAGE SALE. Haha tetiba sangat masuk pasal garage sale. Heh cukup mulia bercakap tentang jualan garaj daripada menjadi muka garaj. HAHAHAHA. Sumpah mensampahkan.

Last week kami pergi Garage Sale. Saya suka bukan tak suka garage sale ni. Tapi masalah dia, kena keluar pagi-pagi seawal jam 7 pagi. Phewww. Tercabar-cabar badan nak bersiap pagi-pagi seperti itu. Kalau masa Summer tu macam okay lagi. Sebab boleh Subuh dalam jam 6 pagi. Pastu terus bersiap. Sekarang ni subuh habis jam 4.50 pagi macam tu. Lepas solat biasanya mesti kena tidur balik. Habis pukul 4.30 pagi dah bangun aku nak buat apa? Racing Mario Wii? HAHA tak manis tak manis.

Dulu masa saya baru sampai Brisbane, saya macam tak berapa pandai nak ber-garage sale. Bila husband cakap garage sale tu boleh beli barang-barang pre-loved (eceh nak cakap pre-loved kasi nampak macam best saja) saya pon berasa ; Huh? Beli barang yang orang dah pakai? Tak mahu lah. Biasalah, I kan used to be poyo. Sekarang pon poyo juga cuma poyo dan berpatutan sikit. HAHA apsal kau ingat orang poyo tidak comel? Tetiba.

Penulis excited pergi garage sale. Tapi gaya macam nak pergi Branded Sale.
Bersyukur sekarang sebab I tak tunjuk muka terbengkalai I nanti anda semua menyesal sebab baca blog ini.
HAHA

Kalau pergi garage sale, saya selalu excited nak dapatkan barang-barang seperti toys (sometimes yang very rare and collectible yang tak boleh beli di mana-mana) atau pon books (novel SATU DOLAR SAHAJA), photo frame, atau benda-benda kelihatan antik dan menarik sikit. Kalau macam baju-baju, kasut-kasut, sarung cadar ke apa ke semua I don’t want lah. I tak biasa.

TAPI.

Garage sale minggu lepas yang kami pergi adalah memberangsangkan. Garage sale ni kira ikut nasib. Sebab kita tak tahu apa yang kita boleh dapat. Tapi last week dikira best buy la. Dapat beli seekor pony yang besar! Heh bukan pony hiduplah. Toys. Tapi sumpah besar lagi besar dari saya husband cakap. Cantik dan dalam keadaan bersih. Saya kalau nak beli barang dari Garage Sale, saya kena telek belek dia dulu. Pastikan sumpah bersih secara total. Kalau macam dah jijik-jijik I tak sanggup ambiklah.

Kami teka harga dia mungkin dalam 50 Dolar. Tiba-tiba. Jeng je jeng (Chika lain kali takyah buat penata bunyi okek) Owner tu nak jual 8 Dolar sahaja. Apalagi, I belly dance di tempat kejadian. Hoh taklah I tipu saja.Berani aku belly dance dekat situ? Kena siku dengan laki aku kang. Tergedik-gedik berjalan tak nak pakai socks pon selalu kena marah. Inikan pulak nak tergedik-gedik belly dance dapat Pony. HAHAHA okay Chika teruskan sekarang.

My little pony.
Tapi tidak little.

Sekarang dia ada bersama saya huh kadang-kadang mentakutkan saja. Rasa macam duduk berdua dalam rumah ini bersamanya. So I tak pernahlah pergi tegur-tegur dia bercakap hai ke apa sebab I ngeri. HAHA. Walaupon dia macam comel, saya cuma tengok-tengok dari jauh sahaja. Dan bila suami ada, barulah akan main-main sikit bersamanya.

Garage sale kedua.

Itu adalah hasil dari garage sale pertama yang kami pergi. Kemudiannya kami ke garage sale yang lainnya. Omagad! Sale dia besar gila. 90% yang dia jual ialah toys! Oh-mai-god. Menggelupur saya macam cacing only. Terus masuk tak bagi salam. HAHA. Saya dah gayat dah tengok barang yang dia nak jual. Barbie lah. Playhouse lah. Dressing table for kids. Books for kids. Dah lah books yang memang class gila. Macam-macam toys ada. Semuanya dalam keadaan cantik dan elok-elok. Histeria kejap. I rasa nak beli semua.

Tiba-tiba,

Husband saya tarik saya keluar. Why why? Anti-klimaks betul. Husband saya ajak balik. Sebabnya husband saya terperasan ada dog pulak dekat bawah meja. Aiseyman. Sungguh tak guna dog tersebut mengkacau saja. Kami memang tak akan beli barang kalau dah sah-sah nampak ada dog dalam rumah owner tu. Husband saya geli. Punyalah kecewa rasa nak tidur sampai 2012. HAHA tipu saja.

Dan selebihnya membeli books. Takyah tunjuklah bukan? Book saja. Takkan nak tunjuk semua dekat anda. I tak blog benda yang sipi-sipi neh. I blog benda yang I found interesting saja. Samalah macam I tak blog cerita I pergi kedai beli gula.

Garage sale memang best. Tapi kena pandai pilih tempat. Biasanya kami suka kalau dapat pergi kawasan rumah Mat Saleh yang mewah-mewah sikit. Sebab nanti dia jual barang pon yang bagus-bagus. Pastu murah. Bukan murah macam yang anda bayangkan. Tapi dia murah sampai anda takleh bayangkan kemurahannya. Macam dapat beli DVD pirate 1 dolar. HAHAHAHAHA. First time jumpa DVD pirate dekat sini T____T Oyya. Sometimes boleh beli kipas elektrik harga 2 dolar sahaja. Bukankah ini macam tak boleh blah?

Lain kali saya blog barang-barang yang saya pernah dapat dari garage sale. Tapi tak janjilah. Saya memang tak suka membina janji sebab untuk mengotakannya akan menjadi another story pula. Ini bukan janji. Maka jangan harap sangat.Tapi saya cuba blog kalau berasa macam nak blog mengenainya.

Hari ini Monday. Husband kerja. Aih satu hari saja dia cuti (semalam) Seronok gila rasa bila husband dekat rumah. Walaupon tak pergi mana, tapi dapat berkepit dan mengada-ngada satu hari suntuk merupakan waktu berkualiti paling menseronokkan. Walaupon setakat duduk tengok movie pastu main cuit-cuit macam tak ada kerja lain. Itu pon dah habis best dah. Sekarang saya dah faham dah kenapa emak saya boleh sakit hati bila bapa saya balik lambat tiga minit. HAHAHAHAHAHAHAA.

Country Chicken

Posted by chika under An evening in Brisbane

Bila masuk saja foodcourt, bau paling terror rasa nak siku dia ialah bau KFC. Tercabar-cabar saliva I. Pastu nak pujuk diri, banyak-banyakkan mengenang iklan burger kepingan bacon dalam TV. Pastu terus geli dah. HAHA. Bila tah nak ada KFC Halal di sini T___T Pindah kang. HAHA macam ada orang peduli kalau I pindah dari sini saja :P

Last week pergi rumah Kak Maryam. Dia jemput datang lunch. Lagipon saya tak pernah pergi rumah Kak Maryam lagi. Dipendekkan cerita (nama saja pendeklah, nanti entry ini tetap panjang juga) ada yang bagitahu dekat husband saya, dekat Brisbane ada fried chicken halal. Where where? Excited gila nampak sangat ketagih KFC. Tak dapat KFC pon tak apalah T_____T Dapat WFC pon jadilah. Aik apakah tersebut? HAHA itu bukankah plat number kereta bapaku? HAHA gedik gila. Okay teruskan.

Punyalah tak bersabar kami suami isteri ini, balik dari rumah Kak Maryam terus turun town. Pheww. Lama betul tak turun Brisbane. Masih samakah kota tersebut? Heh over. Ya ya. Masih sama. Masih banyak fly over dan bridge sampai mempeningkan kepala. Masih terdapat Brisbane River yang manis sekali menyerikan kota. Ok takyah cakap yang itu anda mana peduli lah bukan?

Pendekkan cerita lagi.

Kami dah rasa dah Country Chicken. Halal. Agak sedap cuma cara dia masak ayam tu gred B sikit. Overcooked ke apatah. Namun bolehlah dibuat melepas gian bila sesekali terasa kecanduan. HAHAHAHAHA kenapa pakai ayat macam itu? Tidak senonoh sekali.

DSC05078

Model sedang menjamah hidangan ala-ala TWISTER. Agak sedap boleh blah juga.

DSC05076

Sebenarnya nak tunjuk ayam tapi kentang overshadow. Kita maafkan saja dia.

Jadi siapa-siapa di Brisbane dan sekitarnya, bolehlah ke Country Chicken. Terletak di Fortitude Valley (kalau tak tahu tanya GPS, pasti tahu) Atau lagi senang, terletak di Mc.Whirter’s Building. Pandai-pandailah paksa GPS anda carik sampai dapat. Kalau GPS anda kata ‘Sorry, please try again’, selamkan saja GPS tersebut ke dalam Brisbane River selama 4 minit ke apa.Heh tetiba nak emo dengan GPS.

Satu lagi informasi HALAL nak bagitahu. Ceh aku macam pegawai JAKIM saja. Tapi mencari yang HALAL itu kewajipan semua. Baiklah Chika, baiklah.

Di Coles atau di Woolworth punya supermarket, ada menjual frozen chicken fillet yang halal. Jenama BAIADA. Not bad rasa dia. Hep biasa tu nak memilih. Asalkan halal sekarang ini I sapu saja. Takda kira dah dia punya tahap sedap tu gred A ke B. HAHA. Nak demand balik Malaysia. Baiklah, emo lagi sekali. Biasalah, 23 tahun, emo.

Maka dengan ini, saya juga berharap saudara-saudari yang berada di Queensland ini boleh berkongsi maklumat HALAL dengan saya. Sebab I pantang tahu ada kedai Halal, terus pergi. Atau kalau terjumpa Red Rooster Halal ke apa. KAH KAH KAH mana mungkin. Tapi itulah dia. Sesekali macam teringin pulak aku mentengokkan ayam dia bukan main hebat dengan iklan  berwarna merah. Kesian anak-anak aku nanti tak boleh makan KFC dengan Mc.Donald. Tapi tak apalah. Masakan ibu lebih mulia. Okay nak pergi tempah frame ; MASAKAN IBU LEBIH MULIA sekarang tampal dalam rumah nanti anak-anak kelak boleh keep in mind.Pastu tak gatal dah mintak fast food.

Huh.

Sebelum saya suruh anda bersurai, ada lagi satu pengumuman. Tapi ini bukan pengumuman JAKIM. Ini pengumuman ARCHUSTIC.

Universiti Kesayangan Malaysia , UKM akan menjadi host untuk Architectural Workshop yang ke XXII.
Untuk itu, selaku warga Jabatan Senibina UKM (I masih warga lagi, please), saya suka sekali untuk menarik perhatian mana-mana pelajar Architecture di MALAYSIA untuk menyertai Facebook Group untuk workshop ini. Siapa join dia handsome dan jelitawan. I paksa sekarang join. Lain-lain cerita berkaitan workshop barangkali boleh saya kongsikan kelak. Sebab sekarang ini saya pon tak berapa nak tahu apa-apa. Biasalah. I sekarang arkitek rumah tangga saja T___T

Join sekarang.
http://www.facebook.com/home.php#/group.php?gid=184707591634

With Love.

Selamat hujung minggu semua. Buat apakah hujung minggu ini? Okay tak apa takyah cakap. I tak berapa nak tahu pon. KAH KAH KAH.

Garden City

Posted by chika under An evening in Brisbane

My husband said kan ; I rasa badan you dah takde Vitamin D langsung dah.

Vitamin D memang tak ada. Tapi Vitamin Dating selalu ada HAR HAR HAR macam tak kelakar. Diam. Dekat sebulan dah balik Brisbane. Saya tak keluar-keluar rumah langsung. Kalau keluar pon setakat menjemur jemuran dan mengangkat jemuran hujan sudah turun. Itu pon di kala sunshine sudah tak ada lagi. Jadi macam boleh dianggap seperti tidak terdedah kepada sunshine pagi yang sehat. Tapi anehnya, aku tak bimbang pula. HAHA.

Nafsu serakah nak keluar berjalan langsung tak ada. Kalau diberi pilihan samada keluar membeli-belah atau duduk rumah macam tak boleh blah, saya akan mempilih untuk duduk rumah macam tak boleh blah. Dah ah sekarang saya dalam fasa selekeh malas bergaya malas bersiap bersolek muka semedang saja tidak siap itupon suami nak kata comel juga. Bertuah gila dah kahwin sekarang. Muka terbengkalai pon ada orang kata comel. Bukankah ini indah?

Namun.

Sejak minggu lepas, saya sudah sikit-sikit bertolak ansur. Dah mula dah ada rasa untuk berjalan keluar. Itupon pada waktu malam. Untuk mengutip Vitamin D Songsang. Whoaat?

Khamis malam Jumaat ialah malam  bersosial sampai late night. Tak tak patutnya Khamis malam Jumaat memperbanyakkan ibadah. Tapi keluar mengutip Vitamin Dating pon ibadah juga. Pergi Garden City. Iaitu shopping mall terdekat dengan area kami. Kami pergi dengan menaiki kenderaan dan perjalanan ini memakan masa selama blerghhhh kenangan darjah enam format UPSR (tidak lebih dari 120 patah perkataan)

Sekarang ini bukan apalah. Saya memang malas hendak menunjukkan muka yang semedang tidak siap ini. Sebab itulah makin lama makin kurang jumlah muka penulis yang disidai dalam entry. Album dekat Facebook pon takda update baru sebab i malulah nak tunjuk muka pelik neh. Bukan apa. Nanti makin dipandang semakin pelik. Dahlah muka pucat lesi dah pakai lipstick warna bersemangat pon masih tidak berseri bibir aku. Dah sapu blusher pon masih macam itu juga. Dah pakai bedak baby johnson pon masih tidak mulus secomel bayi mandian susu. Semua ini membuatkan saya jadi malas merakam foto. Tapi tak apalah. Pisang tak berbuah dua kali (tetiba)

DSC04965

Tak apa tak apa. Kening maintain bersepah. HAHA. Itu hari ada rakan tak percaya saya tak pernah cukur/trim/cabut kening saya. Pastu dia tanya ; Habis bukan kau dah kawen ke? Jadi? Ooooo bila dah kawen je dah pernah cukur kening la? Saya haramkan makeup artist saya cabut bulu kening saya dulu. Dia nak juga buat siap pujuk-pujuk cakap kalau tak cukur nanti tak naik seri. Nanti susah nak mekap blerghh. I said ; No no no. I tak benarkan. Sumpah dah tekad tak akan benarkan kalau tak nanti bapa tak mahu nikahkan saya macam mana? T___T Cry me a river. Hoooraa dia tak berjaya mencabut sehelai kening pon. Aku pedulik apa tak naik seri. Asalkan tak buat benda yang bapa saya dah warning ; Cukur kening, abah tak redha. Sumpah ngeri. Tapi saya memang tak pernah ada impian nak membentuk kening bagi cantik ke apa. Biarlah sejuta orang tegur kening i bersepah pon tak apa T_____T Malah semasa kecil, kening saya bercantum-cantum macam memiliki sebarisan kening. Nasib baik bila dah dewasa, dia macam dah cantik sikit walaupon tak secantik kening yang dibentuk-bentuk. Percaya sekarang. Saya tak pernah membentuk kening walaupon sudah berkahwin (tetiba)

Hoh cerita kening pulak dia. Nak kena ni.

DSC04968

Semasa masuk foodcourt, saya nampak kedai makan ini. Chinese foods. Nyum nyum. Malangnya tak halal T___T Tapi kan tapi kan. Makanan dia semuanya wallaaa. Merembes saliva. Nampak sedap-sedap belaka. Ada nasi goreng, bihun goreng singapore, mixed vege, sup dan sebagainya. Berasap-asap pulak tu. Dalam banyak-banyak kedai saya rasa macam terdorong sangat dengan kedai tersebut malangnya tidak halal. Pastu hampa terus makan kebab. Boring ah. Dalam foodcourt shopping mall mesti ada kebab sahaja yang halal. Borrrink. Dah ah I don’t like kebab. Kebab depan Masjidil Haram tak apa jugak. Sedap. Tiga riyal je. HAHA tetiba sangat.

DSC04970

Kening bersepah makan kebab bersepah. Pastu muka pelik. Macam biasa lah. Eh kau ni macam tak biasa pulak tengok muka pelik aku.DSC04971

Tak pernah faham kenapa selalu buat muka macam ini ketika mengambil gambar. Macam tunggu nak kena pelempang ke apatah.

DSC04967

Err. Bila dah sampai part nak bubuh caption gambar suami, mesti macam panic kejap. macam tak tahu nak kena bubuh caption apa. Macam kena fikir kuat nak bagi caption manis-manis. So end up, saya tak nak cakap apa-apa pada kali ini. HAHA playsafe.

DSC04972

Disebabkan boring sangat nak gigit pita bread, saya pilih roti biasa sahaja. Nampak macam boring? Memang boring.DSC04973

Tak jadi ah nak pelempang. Macam kesian muka ini.

Pusing keliling Garden City sambil berzikir. Eh taklah tipu saja. Aneh gila. Sebab langsung tak ada keinginan perempuan. Maksud dia, tak ada terkinja-kinja pon nak beli apa-apa. Semua butik pon tak masuk. Stop jenguk ikut pintu depan saja. Pastu cakap ; Boring. Pastu jalan lagi. Suami dah lah baik macam angel dengan sayapnya. Asyik offer saja nak apa-apa Yang? nak apa-apa Yang? Kepala geleng. Tentu suami ucap Alhamdulillah. Murninya isteri macam ini. HAHAHAHA.

Dewasa ini saya dah bosan dah dengan benda-benda duniawi. (?) Eceh terror tak, terror tak cakap macam ini? Macam dah lama hidup bukan? Tak tak. Tapi sekarang ni saya malas betul nak telek-telek baju. Nak duduk bersidai dekat counter mekap ke apa. Apatah lagi nak masuk kedai kasut gedik-gedik depan cermin. Macam dah boring sangat. Setiap kali keluar, saya tak sabar nak balik rumah. Saya nak duduk saja dalam rumah. Pastu emo-emo main Mario Cart. Bila ada racer lain potong kereta saya, saya teriak-teriak. Pastu bengang cakap tak akan main dah. Tapi lima belas minit pastu, terhegeh-hegeh main lagi. Macam itu baru best.

Saya harap perubahan pelik saya ini tak akan lama. Atau saya akan menjadi manusia weirdo tidak lama lagi. KAH KAH KAH. Eh sudahlah itu. Banyak sangat huruf.

Entry habis. Baca balik kalau nak. HAHAHAHAHAHA

150 Dolar, Sold!

Posted by chika under An evening in Brisbane

Salah satu program semasa Fund raising event semalam ialah AUCTION. Macam-macam barang baik (dengan tak baik sekali HAHA seperti …. fine takyah bagitahu) yang dilelong. Syok wo. Tak pernah pulak join upacara lelong. Laju betul orang lawan bidding. Husband saya pon join sekali atas supervision err… yours truly.

Dalam banyak-banyak barang, saya excited lebih bila dia keluarkan Royal Doulton set. Dahlah set yang memang saya nak sangat. Bila turn untuk bid Royal Doulton Set, terus husband saya bangun berdiri depan-depan. Gaaaaaaaah. Minah-minah Arab ni pon sebok jugak berpusu nak bid for the same item. Baiklah T___T

Dia open AUD200. And then husband saya bid AUD300. Tetiba ada orang bid lagi tinggi. Dan sold dengan harga AUD500000000000000. Baiklah saya gebang lebih. Akhirnya sold dengan harga AUD370 kalau tak silap. Bila dah kalah bid, husband saya cakap ; Alaaaaa… patut I bid lagi sampai AUD400. No use, sayang. No use. Arab tu kaya sampai dua puluh libu linggit pon dia sanggop tu. HAHA fun gila. Tak kesahlah. Sengaja main-main sambil beramal.

Lagi sekali.

Lawan lagi lawan lagi. Untuk teleskop pulak. Heh dipendekkan kesah yang sebenarnya memang pendek pon. Kami beli teleskop dengan harga AUD1500000000 (Wow kayanya aku!). Tengok tu tengok tu buat kelakar lagi. Tak tak. Kami beli dengan harga AUD150. Motif nak mengendap siapa neh? HAHA sengajalah. Kata kerja amal.

Balik rumah terus mengendap ayok ayok mata buta.

DSC05036 DSC05038

Dari balcony ini boleh mengintai rumah Lisa dengan rumah orang depan sahaja. Sumpah tak fun. Tapi tak apalah. Kita pon bukan  faham sangat kenapa kita beli. Kita macam sengaja nak join auction sahaja dan ingin merasakan perasaan menang auction. Pathetic gila. Tapi tak apa. Kita simpan teleskop ini untuk masa depan. DSC05039

Ececeh. Gaya lebih neh. DSC05041 DSC05042

Selepas itu tak tahu apa nak dimanfaatkan pada waktu petang tersebut. Tinggalkan teleskop dan solat Maghrib. Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya sekarang dah boleh cakap dekat blog I ada teleskop engkau ada? Siapa ada, diam sekarang. HAHAHAHA.

Jadilah. Dibuat kenangan apabila meninggalkan Brisbane kelak. Ceh when when? Empat atau lima tahun lagi. Heh macam lama lagi. Masih banyak waktu untuk berpoya-poya. Astaghfirullahala’zim.

Live update (tiru twitter)

  • Kitchen pagi ini disaster sekali. Dipenuhi semut hitam. Gara-gara hujan lebat malam tadi pastu tak tutup tingkap T____T Stress.
  • Memang stress sekarang ini. Fikir banyak benda sampai semuanya tak berjalan. My bad T___T

Earthquake Fund Raising

Posted by chika under An evening in Brisbane

Fund Raising untuk mangsa gempa bumi dan Tsunami di Indonesia dan Samoa. Diadakan di Islamic College of Brisbane (Husband cakap nak hantar anak belajar dekat sini. Dari dulu dia cakap HAHA baiklah semoga dikurniakan anak bestari pastu hantar masuk Al-Azhar bila dewasa. Janji okek janji didik anak sampai Al-Azhar) Huh tetiba sangat berkata demikian. Move on sekarang.

Menghantar salah seorang anak (atau mungkin salah tiga orang atau salah enam orang Huh kantoi sekarang plan anak up to SIX  ceh berguraulah) ke University Al-Azhar memang menjadi impian kami suami isteri. Semoga Allah berkenankan doa ibubapa :P

Heh move on lah. Cerita tentang fund rasing event sekarang.DSC04989

Dijemput oleh Arya (one of my Indonesian friend here in Brisbane. Arya sangat nice saya suka dapat mengenali dia) Remember the fact. Bila duduk di perantauan macam ini, tak ada masa nak fikir tarian Pendet what the hah dan sebagainya. Sebab bila jumpa rakan seagama dah happy sangat dah. Boleh berbual tentang Halal Butcher terbaik in town atau pasal upacara keagamaan ke apa. Sumpah tak ada masa nak cakap Weh tarian pendet tu apsal kau ambik pastu fight balik apsal banyak jenayah dalam Malaysia melibatkan pelarian Indonesia. Heh tak ada masa hendak membincangkan itu. Saya rasa, hidup ini baiklah Islamic-oriented daripada PendetBatik-Oriented ke apa. Namun, sebagai Malaysian aku akan menderhakai prinsip KEDAMAIAN ini bila negaraku dicabar. Fuuuu terror gila aku.

Ramai tahu yang menghadiri event ini. Gembira sebab aktiviti amal macam ini mendapat sambutan. Suami saya paling bersungguh-sungguh nak pergi. Kami sangat bersimpati dengan kejadian yang menimpa Indonesia dan Samoa. Tapi itulah dia yang dikatakan ; Ujian Allah SWT. Semoga dengan bencana ini terujilah iman manusia. Insyaallah.

Apa yang ada di sini :DSC04991

DSC05033DSC05029

Persembahan dari Indonesia, dan Punjab (tak tahu kenapa ada Punjab tapi sumpah catchy) First time tahu saya mendengarkan lagu kebangsaan Australia. HAHAHA tidak menarik (derhaka bukan?) Negaraku tanah tumpahnya darahku lebih patriotik. Memanglah kau cakap macam ini sebab engkau dibesarkan dengan melodi itu. DSC04993

Terdapat juga tapak permainan untuk kanak-kanak dan ibubapa. Di mana kanak-kanak bermain dan ibubapa dipermainkan. Contoh ; Macam kena tunggu anak bergembira atas bouncy castle pastu ibubapa pon berketawa macam best sangat. HAHA mengata dulang paku serpih. I pon  berasa excited melihat bouncy castle. DSC04994

Di sini juga boleh menunggang unta. Suami saya sekali lagi beriya-iya nak sangat. Suami saya memang suka tahu benda-benda macam ini. Benda yang macam dia tak pernah buat, dia mesti nak buat. Isteri pon terkedek-kedeklah mengekor dalam panas terik itu. Demimu Sayang, demimu. Romantis sekali. KAH KAH KAH.

DSC04995 DSC04996Heh kenapa wanita ini jeling suami I? Kenapa? Tapi tak apa. Malaysian memang cool tak akan lah sebab Arab pandang suami kau pastu kau nak cakap ; kempen menentang Arab. (aik? double meaning)DSC04998 5 Dolar untuk menunggang unta. DSC05003 DSC05006 KAH KAH KAH. Pelik betul muka unta yang begitu. DSC05009DSC05010DSC05013

Saya tumpang seronok dari jauh :P Nak ride sama-sama tidak berkesempatan. Saya tak boleh tahan cuaca dia terik sangat. Takut pitam pulak. DSC04997Saya berpayung sahaja. Stroller sebelah kanan bukan I punya, tolong sikit. Siapa buat jenaka cakap Chika apsal ada stroller eh dah beranak ke? When when? Siap dia. DSC05015Yaaaaaa little pony. Saya suka little pony sebab dia cute. Biasanya dia diwarna-warnikan. Kemudiannya hanya untuk ditunggang oleh kanak-kanak. Kanak-kanak 23 tahun tak boleh T_______TDSC05007 Cuba merakam kenangan bersama namun …. (isi slogan)DSC05014Sesekali macam nak buktikan pandai mengambil gambar. Harap terbukti sekarang.

We had so much fun yesterday. Harapnya event tersebut dapat mengumpul banyak dana untuk disalurkan kepada mangsa kejadian. Selain yang terdapat di dalam gambar, event ini juga ada menjual makanan-makanan halal tanpa ragu (takyah pergi tanya Is this halal is this halal pastu terkial-kial carik Halal cert dia) Banyak food berciri Arabic dan dari Indonesia yang dijual. Macam butterchicken rice (best gila tapi I tak lalu makan benda-benda yang creamy lately), ada Indonesian sate dan rendang ayam, burger and sosej, teh botol (very famous in Indonesia), kuih-muih, biryani dan sebagainya. Boleh kata, kami beli semua food. Dan semalam adalah hari makan banyak-banyak. Harap sudah gain weight 5 kilo (HAHA mana mungkin)

Lagi menseronokkan, semalam berjumpa rakan dan juga mendapat kenalan baru. Arya kenalkan kami dengan Kak Wan and husband. Dewasa ini (ceh DEWASA INI haha ayat kedewasaan) saya sangat friendly. Saya suka berjumpa rakan baru. Saya lebih cenderung bergaul dengan ibu-ibu dan makcik-makcik sebab saya rasa topik perbualan dia kena dengan apa yang saya perlukan. Bukanlah macam TAK REMAJA dah. Tapi sometimes kita memerlukan rakan yang lebih pandai untuk membantu kita menguruskan rumahtangga dan masa depan (financial, family,  anak etc)

Most of them student PHD. Very educated with attitude. Senang bergaul dengan golongan macam ini. Bercakap secara polite. Nasihat yang baik-baik. Dan wise. Paling penting tak ada golongan pelik-pelik hasad dengki ke apa yang saya jumpa so far. Dah bosan dah dengan golongan pelik hasad dengki T____T

Semalam juga dapat juga Nanna Zaina. Alhamdulillah she looked good. Healthy and energetic betul that 68 y.o lady. Bila saya tengok dia, saya terasa macam ada seorang nenek penyayang di sini. Nanna lemah lembut sangat. Baik pulak tu.

Next to Nanna, was Umi Asmah (Wardina Safiyyah’s mother) Rasanya semua yang ada dekat Brisbane kenal sangat dan biasa dengan Umi Asmah. Saya je baru jumpa Umi. Ya Allah. Pon seorang yang lemah lembut. Baik sangat. Muka very sweet. Pastu Umi Asmah ajak join Usrah dekat rumah dia this Wednesday. Oh I loooooooooove to. Tapi tak ada rakan. Saya pon tak sure sangat area kediaman dia. Tengoklah kalau ada rakan, saya akan pergi. Dah lama dah terfikir nak join usrah. Saya kan duduk goyang kaki saja di rumah. Apalah salahnya melibatkan diri dengan aktiviti kerohanian sehari seminggu. Insyaallah kalau ada chance saya join usrah tu.

Alhamdulillah semalam saya berasa sedikit energetic. Dan happy :)