KITCHEN : Orange Poppy Seed Cake
Hai, semua!
My middle name now is RAJIN MASAK. Menjadikan nama Saya ialah N RajinMasak H Binti Z. Oleh kerana minat sedang menggelegak dan mendidih-didih ini, saya akan mewujudkan segmen baru di dalam blog saya yang malu-malu (nak hidup) ini. Nama segmen ini ialah KITCHEN. Bukan kitten. Kitchen. Maaflah, saya tak main kitten.
Terlebih dahulu, maaflah kalau kewujudan segmen ini macam tak perlu dan berciri tiba-tiba. Tapi tolonglah. Minat saya ini telah menjadi terlalu dalam hingga tak terselam. Untuk menjadikan minat ini suatu kebahagiaan, saya mahu sangat berkongsi dengan kamu semua. Iyalah. Kalau tak kongsi dengan kamu, nak kongsi dengan siapa pula. Medina belum mengerti. Dia cuma tahu menyuarakan keinginan ; MUM! MAMAM! (Kenapalah MUM dan MAMAM itu sangat berirama?)
Go back go back.
KITCHEN. Semua entry yang bernama KITCHEN akan membawa anda ke kitchen saya. Expect to see food, food, and food. Entry under KITCHEN bukan sahaja membawa anda ke produk dapur saya, malah akan disertakan dengan resepi (malu I) Resepi-resepi yang bakal dikongsi mungkin bukanlah yang terbaik dalam hidup anda (might not be mine as well) Dan segmen KITCHEN akan sangat sesuai bagi pendatang-pendatang baru yang baru jumpa jalan nak masuk dapur rumah dia KAHKAHKAH. Saya pon sekadar bereksperimentasi. Maklumlah, bukan hebat.
Justeru. Ada beberapa note yang hendak saya tinggalkan kepada pembaca yang bakal mengikuti segmen KITCHEN ini.
- Segmen ini tak ada waktu penyiaran yang tetap. Bergantung kepada sesedap perasaan penulis.
- Segmen ini pasti ada kalanya berciri cincai. Iaitu akan hanya memaparkan gambarajah makanan tanpa resepi. Tak lain tak bukan, pemalas adalah hak milik setiap insan. Bila saya malas, saya hanya letak gambar. Dan bila saya rajin, saya akan kongsi resepi.
- Sokongan moral diperlukan. Kritikan membina dialu-alukan. Kritikan tak membina akan disudahi dengan sodakallahula’zim. Ilmu-ilmu dari tukang masak hebat di luar sana sangat dihargai. Pujian? Oh, come on man! Puji memuji amalan mulia.
- Semua resepi insyaAllah yang mudah-mudah. Kalau yang kritikal itu belum wajar lagi masuk dapur saya. Jadi jangan bimbang, boleh cuba.
- Siapa telah mencuba, bagitahulah.

Orange Cake with Poppy Seeds
Kek ini saya bake semalam. I am not a good baker. Selalu tak ada luck when it comes to baking. Tapi sejak kebelakangan ini, macam ada improvement. Hari itu saya ada beritahu yang saya bake chocolate cake kan? Itu adalah inspirasi yang membawa kepada kek ini. Orange cake bukan minat saya sangat. Tapi suami gemar. Jadi saya pilih untuk cuba buat kek ini.
Waktu penyediaan dan menghasilkannya : +/- 2 jam.
Tahap kesenangan : Senang. Tapi melibatkan beberapa usaha mengeluarkan pan, messy dan memanaskan bahan-bahan. Yang itu ada sedikit malas. Maaflah, lupa nak bagitahu. Segmen KITCHEN ini akan menjadi sedikit jujur. Kalau leceh saya cakap leceh. Kalau senang, saya cakap senang. Kalau menyampahkan sangat pembuatan dia, saya akan cakap TAKYAH BUAT. Okay?
Bahan-bahan :
- 3/4 cup / 180g butter (plus extra untuk greasing)
- 3 cups / 300g plain flour (tepung gandum)
- 1.5 tsp. baking powder (tepung penaik)
- 3/4 cup / 150g sugar(gula)
- 4 eggs (telur)
- About 3 tbsp. milk (susu)
- 1 tsp (lebih lagi pon boleh) orange zest (parut kulit oren) Untuk karamel oren ;
- 1 cup / 100ml water (air)
- 1 cup / 200g sugar (gula)
- 1/4 cup /50g butter
- 3-4 unwaxed oranges (oren tanpa kupas kulit) Untuk campuran poppy seeds ;
- 1/3 cup / 50g raisins (saya tak letak sebab tak ada)
dan sepatutnya bersama 1 tbsp. rum. Tak letak sebab haram. Berdosa. Allah marah. - 1/4 cup / 60ml milk (susu)
- 2 tbsp. / 25g soft butter
- 1 cup / 125g ground poppy seeds
- 2-4 tbsp sugar
- Finely chopped candied lemon or orange peel (saya guna orang peel. Kulit limau cincang-cincang. Candied lemon ialah lemon yang dah slice nipis dan coated dengan sugar. Cari dekat kedai)
- 1 egg
Cara-cara.
1. Grease 11 inci / 22cm cake tin. Guna yang spring-release supaya senang keluarkan kek dari tin.
2. Buat karamel (tengok balik ingredients untuk buat karamel). Masukkan air dan gula dalam periuk dan masak sampai berwarna coklat dan caramelised. Iaitu melekit, pekat dan coklat. Tutup api, laju-laju masukkan butter. Dan laju laju masukkan campuran karamel ni ke dalam cake tin. Sapu karamel tu supaya tutup tapak tin dan juga sekeliling sisi tin.
3. Potong oren nipis-nipis secara membulat dan lekatkan pada tapak tin dan sisi cake tin tadi. Bagi dia bertindih-tindih. Susun cantik-cantik.
4. Sekarang kita buat campuran poppy seeds. Masukkan susu dalam periuk, campur butter dan buarkan mendidih. Masukkan poppy seeds, sugar, dan masukkan juga candied lemon (atau orange peel). Kalau ada raisins, masukkan raisins sekali. Ketepikan. Biarkan campuran ni sejuk. Bila dan sejuk, boleh masukkan sebiji telur tadi (untuk bind the mixture)
5. Preheat oven to 180◦C / 350◦F / Gas Mark 4. Untuk buat campuran kek pula; Ambil satu mangkuk besar. Campurkan butter, tepung, baking powder, sugar, eggs, milk, orange zest dan campuran poppy seeds tadi. Sama ada rajin (macam saya HAHA) nak whisk guna tangan, atau gunakan mixer. Kalau batter terlalu stiff (keras, susah nak mix) boleh tambah lagi susu. Masukkan ke dalam cake tin yang dah siap dihiasi potongan-potongan nipis oren tadi. Ratakan permukaan dia.
6. Bake in over for 50-60 minutes. Gunaan kaedah cucuk mencucuk untuk tahu samada kek dah masak atau belum dalamnya. Guna wooden stick. Cucuk. Kalau nampak ada batter yang melekat pada stick, maknanya belum betul-betul masak. Masak lagi. Banyakkan bersabar.
Leave to cool.

Potong.

Hidang.

Yum!
Berdasarkan resepi buku ini, boleh diamakan oleh 10 orang. Memang banyak. Dalam fridge saya ada lagi separuh. Siapa nak boleh datang pickup. HUAHUAHUA (ajak-ajak ayam)
Pertanyaan, pembetulan, kritikan dan pujian (ehem) boleh dibuat sekarang.
.
.
Hasil eksperimen saya : Boleh dimajukan lagi. Saya telah kurangkan gula sebab suami tak suka kek manis sangat. Tapi rasanya lain kali jangan kurang gula sangat. Dan orange zest juga orange peel saya tak cukup. Kena tambah lagi next time.




February 22nd, 2012 at 12:24 pm
Chika! I salute u ini serius tau!
OK nanti i cuba, kalau jadi i share dengan you. Tapi tak pasti nak cuba bile, tapi pasti akan cuba nanti!
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:48 pm
Yes, please.
February 22nd, 2012 at 12:31 pm
wah!…memang tunggu segmen kitchen u ni chika..
nak tengok resepi lagi…
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:48 pm
I’ll go (real) slow and steady untuk buat segmen ni. Found myself too busy these days. Tak dapat blog sangat :( TQ masih masuk sini.
February 22nd, 2012 at 12:32 pm
sangat suke…nice…mesti ;ebat senyum tengok kek menjadi..kalau tak jadi msti mesti rasa nak nanges (boleh faham perasan begini, selalu dah rasa begini lepas tengok outcome..)
syabass!
* tiba2 buat “tingg!” dalam kepala nak cuba buat yang ini. Harap hati ini tabah nak buat…
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:49 pm
I berjoget di dapur.
February 22nd, 2012 at 12:33 pm
menitis air mata tengok….saliva menjejeh…
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:50 pm
But make sure air mata dan saliva tak masuk kek. HUAHUA
February 22nd, 2012 at 12:40 pm
Wah, tekstur macam kek pisang. Rasa dia jadi masam2 manis ke cemana? Jus oren biasanya masam.
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:50 pm
Rasa dia, manis. The orange is terrifically sweet. Sedap. Sebab dah caramelised.
February 22nd, 2012 at 12:49 pm
cuma curious, kulit orange akan menyumbangkan rasa pahit tak? Huhu… Apepon presentation superb. Rasa tak tahu sebab dah la tak suka oren lepas tu tak suka pulak golongan seeds ni. Tp yang bestnya kek ni nampak healthy and i want to try it. Ekekeke
* banyak sgt cubaan TAPI macam ada kebarangkalian tipis untuk buat hik
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:52 pm
Tidak sama sekali. Even berebut nak makan orange dengan kulit sebab that part paling sedap. Kalau baca resepi tu, akan perasan yang oren tu dah caramelised. Dah jadi macam candied orange.
ciare Reply:
March 1st, 2012 at 10:49 am
wuahh yeke? yummeh terliur plak baca replied chika pepagi ni..huhu
February 22nd, 2012 at 1:11 pm
Mula-mula. Ucapan tahniah kerana mewujudkan ruangan kitchen. Semoga semua dapat menafaatkan ruangan ini sebaiknya, baik pembaca mahu penulis. Cewah! :-)
Menariknya, ruangan kitchen ni dimulakan dengan resepi kek. ;-) Saya sokong ruangan ini kerana saya pun masih dalam proses memandaikan dan memandai-mandaikan diri dalam bidang masakan, terutamanya membakar kek.
Menarik juga kerana poppy seed sebagai bahan di dalam kek – 1st time nampak – mungkin saya jarang tengok resepi kek yang lain – asyik tengok resepi kek red velvet tapi tak terbuat-buat pun. Haha. Kalau kek orange, biasa nampak. Ewah~
Keep it up, ok! :-)
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:53 pm
I am honored (ceh, ayat nak classy) HAHA
Red velvet pakai pewarna. Kurang baik. Buatlah kek oren. Pewarna asli. HAHA
February 22nd, 2012 at 2:14 pm
aaah…sukenye…cantik2…lepas ni try buat kiwi plak nurul…
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:53 pm
Tapi kiwi buat gatal lidah. KIHKIHKIH
February 22nd, 2012 at 6:51 pm
tahniah nurul. lovely kek utk amatur.
nak tahu gak apa rasa kulit limau tu ek?
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:54 pm
Terima kasih. Terharuan.
Rasa dia sangat manis. Sedap. Geram. HAHA. Kalau baca resepi betul-betul, akan perasan yang orange dah caramelised.
February 22nd, 2012 at 8:46 pm
suka cara u bg resipi, detail
sesuai bg orang macam i yg mmg nak resipi detail2 ni
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:55 pm
Sebab I selalu sentap baca resepi tak detail. Maklumlah, beginner.
February 22nd, 2012 at 9:26 pm
very nice.. kek nampak moist.. sedapnyer..
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:55 pm
TQ.
Sedap mata memandang, sedap lagi bahu yang memikul.
February 22nd, 2012 at 10:17 pm
wow ! sgt kreatif lahhhh..ini bukan setakat kek sedap, tapi kek cantik yg rajin !!! (n_n) suka2, hiasan dia cantik lahh, bestnya !!
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:55 pm
Penampilah tu penting
February 23rd, 2012 at 8:50 am
How was it? It looks delicious though.
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:56 pm
It is. Indeed! :)
February 23rd, 2012 at 8:59 am
Waaah… Haizum macam ni dah boleh buka tempahan ni…
chika Reply:
February 29th, 2012 at 11:56 pm
Nak tempah?
Fikir 10 kali sebelum tempah. HAHA
February 23rd, 2012 at 9:17 am
assalamualaikum wbt.
waaahhh…
charalah chika…
walaupun nampak sememeh sket, tapi nampak tempting utk di santap.
chika len kali buat lah kek strawbery plak.
buat pavlova ke.
btw, haritu buat kek coklat (versi bakar) or versi kukus? you should try this.
resepi senang yang amat. dan best plak tu. Insya Allah jadi. sebab simple jer. siap blh g kuar isi minyak kereta, kek confirm tak hangus.
cuba nnt k…
http://hnr318.blogspot.com/2009/08/kek-coklat-kukus.html
chika Reply:
March 1st, 2012 at 12:00 am
Salam.
Apa khabar? Lama tak nampak.
(Dah dia tak update, siapa nak datang HAHA)
Sememeh itulah yang menjadikan kek ini real. Kalau perfect sangat, nanti orang fitnah. HUAHUA.
Pavlova tak ada hati nak buat. Sebab pavlova is so Australian. You can get pavlova di sana sini. Sebijik besaq, $5 je kat supermarket. And Australia baked the best pavlova. Jadi takyah buat. HAHA.
InsyaAllah boleh try. Kalau dah try nanti saa cerita. Kalau tak cerita tu, sama ada tak try atau tak jadi. HEEEE
February 24th, 2012 at 8:47 pm
nyum..lagi layan kalau makan sambil pekena air selasih lemon.aum.
chika Reply:
March 1st, 2012 at 12:06 am
Air selasih. Best!
February 24th, 2012 at 8:52 pm
waa sedap cake…tak kedekut poppy seed plak tu…bertimbun nampak, geram je nengok..
chika Reply:
March 1st, 2012 at 12:06 am
Sebab dah tahu dah, tahun bila tah akan buat lagi kek macam ni. Jadi curah habis semua seeds satu packet.
February 27th, 2012 at 7:03 pm
Wahh nampak sedap! Teringin nak rasa! Hehe.
Kulit oren tu boleh makan tak? =.=’
chika Reply:
March 1st, 2012 at 12:07 am
Kulit orange lah elemen paling best dalam kek ini. Sedap. Manisss.
February 29th, 2012 at 7:22 pm
wahhh….cake tu nampak canthek n sedap =)
kak haizum rajin2 la buat segmen kitchen ni. boley bg idea kat saya nak masak…hihi
chika Reply:
March 1st, 2012 at 12:08 am
InsyaAllah. Rajin tu memang selalu rajin. Tapi bila dah rajin tu, tak ada chance.
March 1st, 2012 at 4:02 pm
nampak sangat mewah dan menyelerakan untuk bukan penggemar kek manis. good job bebeh! bookmarked!! ada masa boleh cuba ni.tiba tiba ada karamel. itu yang macam “eh, menarik ni!”
March 2nd, 2012 at 11:09 am
dis is WOW!