Anniversary celebration?

The celebration? Nothing fancy.

Kebelakangan ini, minat memasak saya menjadi-jadi. Saya berasa sangat tradisional. Menjadi watak ‘tradisional’ dalam keluarga adalah terlalu precious (for me). I always fancy the idea of being a SAHM ; cooking, cleaning, sewing, washing, online shopping eh eh OK I mean yang begitu begitulah. Melakukan kesemua ini membuat saya rasa occupied dan gembira. Saya suka menjadi rajin dan kelihatan rajin. Saya malu sekiranya suami pulang dan rumah dalam keadaan tidak ‘berganjak’. Hubs doesn’t care, saya tahu. Kalau saya mahu duduk bergoyang kaki saban hari pon, dia tidak pernah bermasam muka. Tapi kita tahu roles kita, no? Yes.

Saya suka memasak. Suka dengan hebat tidak sama ye. Kalau suka dan makin suka, boleh jadi hebat nanti. Tapi saya belum hebat lagi. Saya sering beritahu orang yang saya suka memasak. Lalu orang akan mengekspresikan WOW sedangkan tak payah pon. Please. No. Tak payah WOW sangat. Suka memasak tak sama dengan hebat memasak. Just so you know now, I am into cooking.

Jadi sempena malam ulangtahun perkahwinan, saya sediakan dinner. We called it a celebration. Makan-makan. Bual-bual tentang makanan. Berulang-ulang tersentuh akan kata-kata ; Dah 3 tahun kita kahwin. Dah 3 tahun kita kahwin. Dah 3 tahun kita kahwin. Berulang-ulang selama 2 hari.

Suami pulang dari kerja pada 6 haribulan, saya sudah siap-siapkan mengajak makan. I love the idea of having candle light dinner. Candle what? Ah. Nak burn candle IKEA dekat rumah pon tak ada chance, tahu? Lupakanlah candlelight dinner itu. Mungkin lain-lain tahun insyaAllah.

Aku andaikan ini istimewa.
Sebab aku tidak berapa gemar roasting.

Roast chicken with lemon and rosemary.

Saya bukan tak minat roasting. Tapi saya tak berapa pandai marinade meat.
Kali ini, menjadi. Baguslah. Membakar semangat sikit.

Aaah! Rumah saya dipagari oleh pokok-pokok rosemary. What not to love about rosemary, tell me? Sudahlah pokoknya berbunga kecil-kecil dan kelihatan sweet. Baunya sungguh culinary art. Rasanya memberi aroma kepada makanan. What not to love? Disebabkan bertuah tak payah beli rosemary, hari-hari saya boleh masak menggunakan rosemary tanpa batas. Sampai Medina bawak main. Flower! Flower! Kata dia.

Thai chili aubergine.

Aubergine ialah terung. Thai ialah Thailand (KAHKAH I fool you!) dan chili ialah … fine fine, stop it!
Chili dekat Australia semuanya terlalu pedas. Tak ada satu pon yang boleh bertolak ansur.

Itu sempena malam anniversary. Pada hari anniversary tersebut, saya masak lagi. Saya tak tahu apa upaya saya yang tersangkut dalam rumah ini untuk meraikan anniversary. Saya tak boleh drive since Malaysian driver license saya dah tak valid to this country. Sebab itu saya enjoy memasak di rumah.

Masak lagi!

Thai Tom Yum Soup.

Tanpa bantuan kiub mahupon tom yum paste, mind you. Oleh kerana saya terlalu gemar thai food dan chinese food, kebelakangan ini saya  study kuat ( lagi kuat dari study Structure dekat universiti dulu) to prepare these dishes. Suka sangat! Sydney ada restoren Thai paling mengujakan. Tapi Sydney terlalu jauh.

Lettuce, telur masin dan mangga.

Paling menggembirakan, I baked chocolate sheet cake for our anniversary T_____________T I almost burst into tears. Kalaulah kamu tahu bagaimana teruknya prestasi saya in baking selama ini. Tak pernah menjadi. Tapi kali ini, kek tersebut sangat moist, sedap, enak, lazat, yum, yummy, yum yum, dan sebagainya. Memang tak elok sendiri buat sendiri puji tapi tolonglah. Terlalu terharu T___T HAHAHA.

Chocolate sheet cake.

Keratan rentas. Sudahlah tak berapa bijak baking, potong cake pon tak berapa cantik.

Kek ini telah menjadi bench mark prestasi saya untuk baking. Saya akan berusaha membuat aneka kek selepas ini NGEEE NGEEE NGEEE (ini bukan bunyi macam tak boleh dipercayai ke?) HAHAHA.

Saya suka memasak. Saya suka mengasapkan dapur. Saya suka prepare pretty dishes. Saya suka senyuman suami apabila pulang dan mendapati di atas meja terdapat hidangan orang rajin. Saya suka buat perkara-perkara yang saya suka.

.

Sekarang saya kena pergi tidur. Sebab tidur juga merupakan perkara yang saya suka.

p/s : menunggu yang akan terbang ke depan muka pintu rumah.

Recent Entries

20 Responses to “Anniversary celebration?”

  1. Ciare Says:

    Chika, one word.

    AWESOMEEEEEE!!!

    :D

  2. ejam Says:

    entri ini mengajar aku Thai itu Thailand…siot aku terkena di situ, punyalah khusyuk baca rupanya ada perangkap…aku menggelakkan diri sendiri kerana terperangkap..haha

  3. Munirah Abdullah Says:

    oh i can feel your “terharu” chika!!

  4. azie Says:

    i feel u chika,huhu…i pon suka memasak,tp kdg2 belum tentu sedap,haha…tp it’s the effort that counts kan?tp org art mcm u mmg cntek ah hias dishes..terliur je i tengok…i have to learn more on the garnishing part…

  5. mrs. k Says:

    hepy aniversary yang!

  6. nawal Says:

    adalah satu kekejian baca entree ni di waktu pagi. kekejian

  7. IjanKahar Says:

    Semuanya sedappppppp….bole la berkongsi resipi :)

  8. Mama Tuah Melaty Says:

    Sangatlah lapar bila baca entry ini. *sambil lap air liur dengan bucu baju kurung*

  9. Hani Says:

    Sweet laa.. Happy Anniversary to Chika n husband. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan dilindungi-Nya selalu. :)

  10. Dyatie Says:

    best nyer stay at home jaga anak, cleaning, cooking…i wish..wish to be like that…

  11. Masy Says:

    nampak sedap semuanyaaaaa. tapi kenapa ade tumbuhan atas kek? *tetibe komen x membina* hehehe

    happy anniversary Chikakas!! (cam Shilalas. ok x kelakarlah.. huhu)

  12. Erni Says:

    Practice make perfect. Rasanya memang semulajadi kalau seorang perempuan itu suka memasak. Suka tak bermakna pandai tetapi selalu berusaha untuk jadi pandai memasak. HEHEHE…..
    Satu hari kalau dah bergelar isteri dan punya anak (Insyaallah), mesti erni pun macam haizum gak… :)

  13. azira Says:

    nurul chika…semua loking good jek…yeayy!

  14. farah Says:

    nampak semuanya sedap dan menyelerakan.dgn adanya blog chika hati berkobar2 untuk masak kepada suami tercinta.slalunya masak simple untuk sang suami je..thanks chika

  15. eiyda Says:

    saya pon suka masak..bukan terrer masak..heeee nampak sedap jek semua yg chika masak

  16. PERAHSIA HATI Says:

    Assalamulaikum Kak Chika.

    Seronoknya buat perkara yang kita rasa seronok!

    Akak Chika dah terror masak, lah. Wow. Hebat lah tu! Janji boleh makan dan sedap. Cantiklah gambar makanan tersebut. Terliur tau! he…he…

  17. kak haslina Says:

    salam nurul.
    3 years kawin with 2 anugerah indah.
    alhamdulilah.
    semoga di panjangkan jodoh hingga kesyurga amin amin amin.

    p/s yup air tangan isteri mmg terbaek utk suami.

  18. lynndAmya Says:

    haha, first tym sy dtg sini, tu pon sbb kwn yg rekomenkan suruh bace blog ni, dan first tyme bace sudah tertawan dgn gaya penulisan akak yg santai dan kelakar. Suka baca cerita akak..hehe (n_n) nt amek gambar2 byk2 kt sana tau, xdpt g oversea, tgk gambar pon jd lah..hihi sy akan follow blog ni ! best !!

  19. mishawads Says:

    kenapa byk sgt makanan lazat dlm blog ni? tskk *terliur*

  20. wyhana Says:

    sedapnya masak!

Leave a Reply