Posted by chika under
Uncategorized 
We are busy packing.
Esok early in the morning, mover sampai untuk angkut barang kami. Kami nak pindah ke Adelaide. It is in South Australia. Maka, I’ll kiss goodbye to Brisbane, Gold Coast and yeah, Lismore. Lismore will be dearly missed. Kami akan travel by car. Sebab nak sekaligus holiday. Barang-barang akan dihantar masuk storage in Adelaide (somewhere in Adelaide, I don’t know exactly where) oleh mover. It takes about 27 hours, I think. Or around that. Kalau jalan secara terus. But we are going to travel slow and steady. Kami akan travel insyaAllah around 10 days. From Lismore – Sydney – Canberra – Melbourne -Adelaide.
TYA, SEE YOU SOON BABE!
Biarlah barang-barang kami sampai dahulu ke sana. Kami mahu holiday hujung tahun. WALAUPON setibanya di sana kelak, kami belum ada rumah lagi. Tapi rumah to stay for a week dah ada insyaAllah. Semuanya dah plan elok-elok. Harap semuanya seperti yang dirancang.
OK sambung kemas!
Posted by chika under
The Adventure of Lismore Lismore sebenarnya indah. Walau aku terasa rindu dengan kehidupan hingar bingar berhampiran kotaraya. Setahun di sini, pengalaman. Aku tidak (berapa) yakin, untuk lain-lain waktunya aku berpeluang lagi tinggal di countyside. Kalau berpeluang sekalipon, aku tidak yakin aku mahu lagi. HA HA.
Perkara yang paling mengerikan apabila tinggal di countryside, adalah apabila kamu seorang muslim. Yang memerlukan makanan halal. Tidak tinggal sejengkal dari Westfields meskipon mengecewakan, tidaklah seseram mana. Selagi Gold Coast is reachable by car pergi balik satu hari. Tidak berjumpa wajah-wajah Melayu serumpun sebangsa, sebahasa, juga tidaklah begitu mengecewakan. Masalah terbesar aku, ialah makan. Sebab aku, dia dan kamu – KITA SUKA MAKAN. Aku suka masak. Tapi kalau hari-hari perlu masak dan memakan masakan sendiri, terkadang mengundang tangis (meskipon belum pernah aku memasak sambil menangis).
Ah, dipendekkan cerita. Aku suka duduk di kota. Kan senang mengaku macam ini.
Setahun di Lismore is precious. Life is great. Kos sara hidup yang rendah (sepatutnya). Tapi ditingkatkan pada hujung hujung minggu apabila kaki terlangkah besar sampai ke Gold Coast, atau Brisbane atau lebih mengerikan, hari hari berbelanja depan laptop. Sungguh mudah dan padah apabila semua orang ada shopping mall sendiri dalam rumah. AWKWARD! Ah, kau! Jangan nak pura-pura awkward sedang dalam hati tidak langsung awkward.
Dah berbuih-buih sebenarnya menyatakan keseronokkan dan kesedihan tentang Lismore ini. Semua dah diceritakan berulang kali. Tapi ada satu yang sebenarnya paling menggembirakan tentang Lismore ini – CONSULTANTS SUAMI YANG AWESOME.
Bukan sahaja consultants, malah kesemua doctors dan nurses terutamanya dari gastro department adalah ter-best. Aku tidak dapat pastikan ini, tapi suami juga menyatakan yang sama. Setelah begitu lama dan ke sana ke sini dia bekerja, di sinilah dia bertemu rakan sekerja paling best. Aku tak akan lupakan jasa Howard (his boss) yang tolong kami pindah awal tahun lalu. Tolong angkatkan barang dan pindahkan barang menggunakan kenderaannya supaya kami tak payah bayar mover. Aku tak akan juga melupakan kakitangan gastro department yang datang melawat aku di hospital sewaktu bersalinkan Idris. Dengan kad, bunga, hadiah, pujian, sokongan dan tahniah yang mencurah-curah. Aren’t they the sweetest?
Saya kenal mereka semua. We are friends.
Masing masing nak jemput datang rumah. Tinggal sempat atau tidak saja. Kami akan berpindah by 31st December. Kalau dua minggu lepas, ke rumah Indira, minggu lalu dinner di Eltham Valley.

Little Rhino sudah siap!
Love the scenery, SubhanaAllah!

Ianya sempena christmas juga. Tapi tidak bagi kami. Sekadar memenuhi jemputan sosial.

Medina tidur boleh dikatakan sepanjang makan malam itu. Dah nak dekat pulang, baru dia bangun. Lalu terus menggoncang restoren tersebut. Tak goncang sangatlah. Goncang sikit sebab dikawal ketat.

Idris berkelakuan baik. Tapi akhirnya mula meragam sebab lapar dan mahu tidur. Saya minta excuse pergi menyusukan bayi. Pelayan lelaki di restoren itu sangat memahami. Dia bagi saya guna bilik conference, dan bawakan segelas minuman sejuk ; You will need water when breastfeeding. Ah, terlalu memahami! Benar sekali. Menyusukan bayi sangat mendahagakan ibu.
Husbands out there,
Terlalu indah jika kamu semua tahu betapa nikmatnya bagi seorang isteri yang menyusukan anak kamu itu kalau diberikan segelas air semasa mereka sedang menyusui. Justeru, menderulah pahala buat kamu.

Apabila Bubba tidur,

Medina pula ambil giliran.

Howard and David (consultants)

Harta-hartaku.

Jo memberi ucapan christmas, dan selamat bercuti.
Juga ucapan selamat tinggal kepada suami.
Saya boleh nampak betapa mereka menghargai khidmat suami di hospital itu
Obviously, he’s clever.
XOXO.

Dia ini mengantuk tetapi in denial.

Sekaligus sambutan hari lahir Deter. Pon colsultant suami.
Suami bekerja untuk 5 orang consultants.

I had this, lalu hyper hingga larut malam.

Me, Megan and Joanne.
Megan dan Joanne adalah isteri-isteri boss suami.
Megan tanya saya malam itu, apa saya buat di rumah selain menguruskan anak-anak. Simply I said, blogging. Lalu dia teruja. Berapa readers saya ada, berapa kerap saya blog, berapa banyak komitmen untuk blog, bagaimana rasanya mempunyai readers yang banyak et cetera.
Bagaimana rasanya?
Rasanya masih tidak sesedap ayam goreng. HA HA HA. Rasanya, tidak terlalu berasa apa-apa sekarang ini. Berbanding jika duduk di Malaysia. Jalan pergi mana-mana ditegur orang. Tapi pernah beberapa kali juga ditegur orang semasa di Brisbane dan Gold Coast. Lalu sedikit malu. Selebihnya, tidak berasa apa-apa sangat. Kerana saya tidak meletakkan apa-apa komitmen terhadap blog. Aku nak tulis, aku tulis. Aku tak mahu, aku lupakan. Orang mahu baca, silakan. Orang tak mahu baca, silakan jangan. Jadi aku tidak rasa terbeban dengan blog. Aku tidak menggelupur jika tidak dapat menulis blog setiap hari. Kalau tak dapat makan nasi barulah aku mengelupur. HA HA HA dasar!

David, suamiku, dan anakku.
Iya. Aku sebenarnya tak berapa ada kebolehan menulis ketika ini. Sebab aku kelaparan. Sementara menunggu nasi masak, aku menulis cerita ini. You’re not you when you’re hungry. I am definitely not me when I am hungry. Teka, siapa saya? :P
Dan di bawah ini gambar gambar setelah pulang ke rumah pada lewat malam. Kami orang pertama yang pulang kerana esoknya suami on call.

Hadiah christmas untuk suami dari gastro department.
Sebuah buku tentang North Coast.

Saya sedang sukakan mustard.


Little Rhino yang penat.

Ibubapa yang gembira


Pulang, susu dan tidur?
Salah tu.
Pulang, susu dan menonton Elmo.
Dia memang banyak tenaga.
Nasi telah masak. Sekarang saya hendak pergi menggoreng nasi tersebut untuk membentuk nasi goreng. Lapar keterlaluan. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Posted by chika under
Baby N' Things Tidak fancy keldai sama sekali. Tetapi keldai cap Bugaboo, oh my boo! I’ve been talking about the Donkey macam tak habis habis. Selagi belum dapat, atau mungkin tak dapat (has decided to buy, tapi ada onak dan duri di pertengahan jalan yang akan mempunahkan impian) selagi itu saya akan istiqamah menyebutnya.
Hubs and me are OK to own one. Kerana perlu. Generally, perlukan double stroller. Tapi specifically, perlukan Bugaboo Donkey. OK yang itu, aku sendiri yang pandai-pandai specify. Tapi generally, yes we need double stroller sangat sangat. Medina dah boleh dibawa berunding. Bila dia dah penat mengukur tanah, dia akan tidur dalam stroller dengan baik. Idris, dia kan Mr.OK. Semua pon OK. Tak pernah menunjukkan lagi sikap memberontak. Letak dalam capsule, diam. Letak dalam stroller, diam. Asalkan dia tak ada masalah nak poop atau lapar, semua OK.
Masalah besar, tahu? Apabila keluar berjalan dan kedua-duanya fall asleep. Baby Bjorn is way menyusahkan juga apabila bayi anda sudah grad fasa newborn. Idris is 6.5 kg. Daddy dia perkasa, bolehlah nak carry dia berjam jam in baby carrier. Mummy dia? I am in petite size, and now you want me to carry this boy? I don’t mind carrying him for an hour, let say. Tapi lama lama? Aku tak berdaya. Begitu juga dengan Medina. Aku boleh dukung dia sekejap sekejap. Tapi apabila anak-anak dalam keadaan tidur, you tell me. Memang cabaran terbesar nak mendukung ke sana ke sini.
Apa yang kami buat selama ni, bergilir-gilir. In case salah seorang tidur, yang tidur itulah masuk stroller. Kalau dua-dua tidur, Idris kena masuk baby carrier. Bukankah lebih bahagia hidup kami sekeluarga kalau mempunyai double stroller? Tengok, kami telah mempunyai alasan yang sangat kuat. It’s about time to own one Donkey. Eh, tak tak. Kau boleh tak jangan cakap specific sangat? Slow slowlah. Cakap secara general dulu. Kau ni, tak pandai strategi pasang umpan. KAH KAH KAH.
Ah, umpan tak umpanlah kan. Yang penting, we’ve decided to own a Donkey KALAU muat masuk boot kereta. Inilah satu satunya penghalang yang tinggal. Dan halangan ini tidak adjustable langsung. Sungguh annoying. I can’t extend the car boot, pastilah. Upgrade to another bigger car is way melampau. I am no Paris Hilton. Plus, tak terfikir nak tukar kereta sebab kalau disuruh pilih antara kereta itu atau this Donkey, go away Donkey!
Lama dah aku aim this Bugs. Tapi bersabar tunggu selesai pindah ke Adelaide. Dah janji dah tak mahu beli apa-apa barang sebelum pindah. Jauh ni nak pindah. Bukan macam Wishart to Mount Gravatt dulu. 15 minutes drive. Atau dari Brisbane to Lismore, 3 hours drive. Ini perpindahan from New South Wales to South Australia. Berpuluh-puluh jam. Dan sekarang kau nak tambah tambah barang?
Tak sabarlah kan nak pindah. Antara perkara terawal aku nak buat ialah bertemu Donkey ini. Dan … mungkin akan tersedih-sedih bila tak sesuai untuk boot kereta kami. Muat memang muat. Tapi kalau muat masuk stroller sahaja dan lepastu tak boleh masukkan benda lain, bukankah mencipta kesedihan yang lain? Cis, kau Donkey! You better be renamed! Nama kau sepatutnya Dinosaur. Kalau awal-awal nama kau Dinosaur, mindset aku mesti tahu kau itu besar dan tak patut masuk dalam igauan ngeri ini.
Sekarang, nampak tidak apa masalah dia? Ye. Kita tengok apa terkadi sekiranya seekor Donkey ini masuk ke dalam boot kenderaan kami. Tolonglah muat. Tolonglah.
Atau kalau tidak, aku dah awal-awal sediakan diri aku untuk menerima Peg Perego Skate. Atau apa-apa yang lainnya. Yang dah tentu bukan impian aku. Hey over lah kau ni. Semalam marah budak budak fanatik K-POP. Yang kau fanatik Donkey ni kenapa? Tapi .. err… tapi … aku tak ugut nak toreh muka orang kalau orang keji Donkey aku. HA HA HA. Tak kisahlah kan. Kalau kamu rasa Donkey ni tak gorgeous pon, tak kisahlah. Kita kan asalnya rambut sama hitam, tapi pewarna lain-lain. Eh eh.
KALAU, aku kesampaian memiliki Bugs ini, aku akan beli in DUO mode.
Donkey wujud dalam 3 bentuk. MONO, DUO atau TWIN. Pastilah aku tak perlukan TWIN. Kalau ditakdirkan aku dikurniakan twin pada masa akan datang, yang itu kita bincangkan pada masa akan datanglah. Pada masa ini, aku memerlukan Donkey in DUO mode. Iaitu untuk dua bayi yang tidak sama umur.
Ada dua benda aku cuba consider. Sama ada mendapatkan yang MONO dan tambah DUO EXTENSION. MONO + DUO EXTENSION = DUO. Dan menurut kiraan aku secara superficial, sepertinya lebih murah. Tapi menurut Farah, tafsiran aku ni mungkin salah. Kata Farah, ramai juga yang ada tafsiran macam aku. Padahal ada pendapat kata, yang DUO terus lagi murah. Aku pon sebenarnya yakin yang DUO tentulah lebih murah dari beli separately. Tapi harga di website menyatakan macam itu. Ku keliru.
Ini apa yang kita akan dapat kalau purchase secara MONO :

Ini pula, apa yang kita akan dapat dengan menambah
DUO EXTENSION :

Bukankah kalau kedua-dua set di atas jika ditambah akan menghasilkan DUO seperti di bawah ini ? :
Dan menurut website
babiesdirect, nampak macam cheaper by $69 sekiranya kita purchase separately MONO dan DUO EXTENSION untuk membentuk DUO. Complicated betul bunyi dia kan? Iya, $69 pon duit juga.
Atau, ada salah faham yang aku tak perasan? Correct me. Aku spent the whole morning belajar tentang ini. Kalaulah keseronokkan study subjek Structure di universiti dulu seseronok study Bugaboo Donkey, alangkah!
If any of you nak tahu generally Donkey ini sebesar mana, lihat :

14 cm lebih lebar dari Bugaboo Cameleon.
Aku kira, not bad for a double stroller.
Cuma, pastilah seat dia narrower.
Aku taklah berangan sangat sebab dah dapat green light TING TING. Tapi impian aku mungkin dimusnahkan kalau realiti bila dia masuk dalam boot kereta nanti nampak kurang menyenangkan hati. Boot kereta bukan semata-mata nak letak stroller, kan? Mayday Mayday Mayday!
KALAU ditakdirkan ada rezeki aku own this gorgeous, aku mahu ianya in Pink and Blue. Pink untuk Medina. Blue untuk Idris. Dan black base. Don’t like one in sand color.
Sekian, angan-angan pagi.