Lunch Party At Indira’s

Hujung minggu itu agak lonely sehingga terciptanya nasi goreng lonely. Tidak tahu apa itu nasi goreng lonely? Tak apalah. Lin Ghazale tahu T____T Hujung minggu yang ini, membahagiakan. Suami berkhidmat di rumah untuk isteri dan anak-anaknya. Terima kasih atas perkhidmatan yang memuaskan. Terima kasih Allah.

Plus minus, tidak sampai 3 minggu lagi suami bersama Lismore Base Hospital. Selepas itu, sayonara! Apa? Abang Nara jual sayur sekarang ni? Ih kau ni. Kena tampaq satgi padanlah muka. HAHAHA acah acah je. Sudah tu.

Aku kena tulis balik.

Plus minus, tidak sampai 3 minggu lagi suami bersama Lismore Base Hospital. Selepas itu, sayonara! Suami akan bercuti (yay!) Kami akan bercuti-cuti (yay yay!) Mula all out mengemas barang dan rumah untuk pindah (nay!) Lalu berpindah (yay yay yay!) Travel from Lismore – Sydney – Canberra – Melbourne – Adelaide insyaAllah (yay yay yay yay yay dan sedikit nay!) Kedengaran sangat fun. Tapi jangan dilupakan, ada udang di sebalik fun. Pasti penat tidak terperi. Yang penting, fun. Udang di sebalik fun itu, lantak kau lah udang.

Udang pula keluar   –__–”

Memandangkan suami akan meninggalkan hospital ini, his consultant (Dr. Indira) menjemput kami dan semua kakitangan gastro department datang lunch at her place. In Federal kalau tak silap saya. Ye, memang selalu silap bila nak mention nama tempat. Failed. (Kata masa sekolah terer Geografi apa ni apa ni?)

I made err kuih keria. Kuih what? Kuih keria. Kuih what? Kuih keria. Kuih what? Sweet potato donut. Nah, ambik kau! Aku dan suami telah memperkenalkan kuih keria (atau kuih gelang) tersebut sebagai sweet potato donut during the party. So that none of them will ask me further questions about the kuih.

What is keria?

What’s the different between keria and kera?

Can I replace keria with kera?

Contoh soalan-soalan yang tidak mahu kita hadapi, bukan? Oleh itu, kita bagi nama yang complete supaya tiada siapa mengajukan soalan lebih lanjut. Atau aku akan berasa tidak best untuk menjawapnya. Kalau tanya aku apa beza online shopping dengan in-store shopping itu aku bahagialah juga nak jawap. Terima kasih ASOS kerana selalu cepat buat delivery.

*tunduk, pandang hujung ibu jari kaki*

Baiklah, penonton. Kita mulakan penceritaan ini cepat-cepat. Selagi tak mula, selagi itu kisah ini akan terlompat-lompat ke hala tuju yang tidak benar.

Kita mulakan dengan …

… err.
Nasib baik dia bubuh kecik
-_-”

Gambar on the way pergi.
Gambar  on the way balik?
Expect something in reverse.
OK?

Di seluruh kawasan kediaman saya dan kawasan-kawasan sekitarnya ini, hanya keindahan muka bumi milik Allah sahaja yang dapat kita lihat. Tiada pencakar langit. Bila tiada pencakar langit, langit tidak luka. Sebab itulah langit yang sering saya tunjukkan semua kebiruan belaka. Sebab dia tidak dicakar oleh apa-apa. Bermadah-madah kau ye.

Sepanjang perjalanan ke rumah Indira, inilah pemandangan kami. Subhanallah. Cantik tidak terperi. Excuse the strong saturated colors. Over sangat aku edit. Sebenarnya diambil dari dalam kereta. Pantulan imej cermin mengganggu gambar. Jadi aku edit. Edit punya edit, sampai jadi over. Heh. Apsal aku kena explain pulak? Takde takde. Aku takyah explain.

Sampai-sampai sahaja, teka apa kami buat?

Ye. Tekaan kau orang semua salah! Perkara pertama ialah Medina telah passed her stool. Begitu comel kan? T_______T HAHAHA. Idris awal-awal lagi dah disambar orang. Jadi kami suami isteri pergi membersihkan Medina. Tak sempat nak berkenalan, nak hai hai siapa siapa pon. Terus straight ke toilet mencuci anak.

Suami memperkenalkan saya kepada semua orang. Some of them, saya dah kenal. Some of them, tidak pernah jumpa langsung. Jadi Ahmed (hi, Ahmed :P) kenalkan isterinya ini. Semua orang seperti biasalah. Friendly and lovely.

Saya banyak berbual dengan Carol. Dia itu menarik. Dia suka Idris. Idris suka dia. Tapi perbualan kami tidak begitu fokus. Kerana fikiran dan mata saya terganggu dengan tindak tanduk Medina. Saya takut dia usik barang orang. Saya takut dia terusik makanan yang bukan untuknya. Saya takut dia lari pecut ke kawasan bukit bukau. Semua saya takutlah.

Dipendekkan cerita, hari tersebut telah diceriakan oleh Medina hampir sepenuhnya.

Rumah Indira sangat menakjubkan! Breathtaking. Iya. Mengambil nafasku pergi laluku mati. Taklah sampai mati. But seriously, stunning! The architecture is stunning habis. Malangnya, tak dapat kongsikan dengan anda kerana menghormati hak peribadi orang lain.

Gambar-gambar di atas di ambil di halaman rumahnya. Subhanallah! View cantik sangat. Menurut aku, 1/3 harga rumah ini dijana oleh view. Menurut akulah. Terlalu menyeronokkan. If only I own this house. What? If only I own this house? Aku akan mengidap sakit jantung. Kerana hari-hari Medina akan berlari mendadak ke cerun bukit. Dan hari-hari jantung aku akan berlari-lari. Dua jam di rumah itu pon, cukup untuk memberi aku pengalaman sakit jantung. Konsep rumah ini, open space. Semuanya open. Shower room juga open! Open as in, fully glassed. Berani? Aku berani kalau rumah aku terpencil seperti di kawasan macam ini. HAHA.

Tak payah dihuraikan lagilah apa Medina buat pada hari tersebut. Semua benda dia buat. SEMUANYA.
The nurses.
The doctors and the nurses.
The … entertainer?
Can you spot Idris?
Can you spot Idris?

CAN YOU SPOT IDRIS?

CAN YOU SPOT IDRIS?

Kalau dari tadi kamu tertanya-tanya, apa cerita brader kecik ni? Nah, ini dia. Sepanjang di situ, kami tak pegang dia langsung. Dipegang oleh orang lain. Dan selebihnya hampir boleh dikata sepenuh masa, dia bersama Carol. Saya nak ambil anak saya, Carol tak bagi OK. Saya suruh dia pergi enjoy makanan (sebab saya tak dapat nak enjoy makanan) tapi dia insist nak pegang Idris juga. Dia kata saya kedekut benar. Bukankah saya boleh pegang anak saya lain kali? Jadi biarkan dia pegang pula those hours. Itu kata dia. HAHAHA Carol sangat lovely. Tak henti henti pulak tu dia smooching smooching muka Idris. Si Idris pula, kemain suka. Diam. Siap terlentuk-lentuk tidur. Bangun dan masih diam. Ewah ewah.

Sekali lagi dan buat kali yang tidak terkira, Idris selalu baik.
Nak menangis rasa.

Medina pula …

Menghadap karaoke!
Saya tak perasan pon ini corner untuk berkaraoke. Tapi Medina tahu. Dia asyik-asyik pusing area ni. Cari microphone.

Buat persembahan depan orang ramai!

OMG!
(Oh My Girl!)

Langsung tak malu.
Outstanding!

Yang saya dengan suami hairan tu, mana dia tahu karaoke?
Kami tak pernah bagi dia guna.
Dia pon tak pernah jumpa microphone.
Tapi dia selalu naik atas kotak, dan jadikan lampu IKEA kami sebagai microphone
Dia struggle nak dapatkan microphone ini dan terus menyanyi
(menyanyi cara dia lah)

Dipersembahkan!

Anakku!
Masa ini, semua orang pay attention dekat dia kejap.
Penuh orang sebenarnya menghadap dia.
Dan bertepuk tangan.

Aww! Inilah playhouse idaman kalbu saya.
Sylvanian Families Doll House.
I am a fan :)

Akhir sekali, saya sertakan gambar-gambar Idris berkemaja putih pada hari itu.

Bubba Best.

Sebelum bersurai. Oh. My sweet potato donut (cough!) turned out great! Mulanya rasa macam keras. Tapi sebenarnya not bad. Not the best. But not bad.

Thanks Indira! Love love love your mushrooms with pesto. Yummo!

Recent Entries

18 Responses to “Lunch Party At Indira’s”

  1. SECRET IN THE HEART Says:

    Kak Chika, one happy family….

    Cantik lah rumah tersebut. Mesti sejuk je di buai angin lalu…

    chika Reply:

    Memang nyaman rumah tu.Open.

  2. ain j Says:

    owhh..lovely!

    chika Reply:

    indeed!

  3. LinGhazale Says:

    AHAHAHAHAHAHAHHAAHA. Medinaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….

    chika Reply:

    Dia tu memang

  4. delia Says:

    Oh medina!
    Cheeky nyaaaa :-)

    chika Reply:

    Medina tu kelakar.

  5. k.chii Says:

    pandai tul medina gunakan mic ye..agaknya lagu apa la yg dia persembahkan tu :p

    chika Reply:

    Tak tahulah lagu apa. Oldies.

  6. Nur Says:

    Medina hiburkan hati semua guest.. Cantik pemandangan kat rumah tu.. Sejuk je mata memandang. Chika rajin2 cerita pjg lebar macam ni ye.. Suka baca walaupun sometimes terkeluar topik. But I like!! Nape tak snap kuih keria tu??

    chika Reply:

    InsyaAllah kalau banyak masa, bolehlah tulis berjela macam ni. Biasanya memang tak sempat :D

    Nur Reply:

    Takpe. Kak Nur faham.. nak melayan kerenah 2 anakanda lagi. Sesekali pun ok. Suka baca celotehmu.. :)

  7. farah Says:

    Adakah itu kaki Medina yg berdekatan dengan idris? ( picture no 19 dari atas )

  8. reen Says:

    geram je tgk budak-budak comel 2 org nih..
    rasa macam nak ada baby jugak..
    tapi blom kawin…camne..hihihi..

  9. nawal Says:

    harap watak carol akan selalu keluar.

  10. » Blog Archive » Makan Malam, Berkenalan & Perpisahan. Says:

    [...] rumah. Tinggal sempat atau tidak saja. Kami akan berpindah by 31st December. Kalau dua minggu lepas, ke rumah Indira, minggu lalu dinner di Eltham [...]

  11. Burberry bag Says:

    You have such a beautiful family. Thanks.

Leave a Reply