Berani Buat Biryani?
Berani?

Saya berani.
Bukan gambar curi. Gambar sendiri. Sendiri masak, tahu? Walaupon seringkali percaya bahawa saya hanya akan memasak biryani sempena majlis akikah cucu pabila tua kelak, ternyata saya sebenarnya lagi terror dari itu. Heh masak biryani pon nak berasa terror sangat? Aku masak hari-hari masa bersahur, tak heran pon. Heh diamlah. HAHAHAHA.
Sedap ah. Tak percaya tak apa. Asalkan soulmate percaya. Dia yang rasa semalam. Dia tahu hakikat kesedapan biryani buatan isteri. Orang lain tak tahu pon tak apa. Eh eh. Kedengaran bitter di situ.
Tahu dah. Tahu dah. Mesti nak resepi kan? HAHAHAHA Berani betul aku berkata macam ini. Curtis Stone pon tak berani cakap macam ini. Seperti biasa. Takyah pen, takyah kertas. Yang penting, ingatan. Berdebar tau nak kongsi resepi ni. Sebab resepi ni memang orang-orang terror saja yang berani buat.
Ready?
.
.
.
Steady?
.
.
.
Go!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berdebar.
.
.
.
.
.
Nah!

Sharwood’s Instant Biryani.
.
Tak jelas resepi ni?

Nah.
Lebih jelas.
EASY 2 STEP!
Easy yo. Panaskan minyak sikit, masukkan ayam, masukkan sebotol Sharwood’s Biryani paste. Masukkan nasi. Siap. Kalau ini macam punya senang, suruh saya cater untuk kenduri kahwin saudara pon saya yakin boleh. Liz, mahu I jadi tukang masak kenduri you nanti? DM me. KAHKAHKAH
Tapi yang aneh dia.
Apsal Biryani saya kena makan dengan sambal ikan bilis?

Entahlah labu.
Inilah jadinya pabila kesuntukan waktu. Kalau dulu, saya cukup tak berkenan makanan segera dalam tin (atau botol) Sekarang anything can do. Asal dapat menjimatkan waktu, here I come.




October 18th, 2011 at 12:07 pm
Apesal nasik dia nampak sangat menyelerakan?????
Dan sambal ikan bilis tu wala!! I suke sambal jenis camtu, tapi selalu failed memang tak reti buat. Chika, i mintak u ajar boleh? Please :)
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:27 pm
Macam biasa aje. Yang penting kalau nak buat sambal, mesti tumis lama-lama. Tumis sampai betul-betul masak dan agak garing bawang dan cili. Masukkan air asam jawa dan sedikit gula.
October 18th, 2011 at 12:11 pm
wow..sangat mudah….dan nampak sedap..nyum3..
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:26 pm
Mudah. Sedap pulak tu. Boleh buat selalu.
October 18th, 2011 at 12:12 pm
Heheheeeeee nampak sedap sangat ahhhhhhhhh !! Ada jual je instant sauce tu di siniii
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:25 pm
Ada! Ramai yang kata, ada. Bolehlah mencarinya dan impress suami :D
October 18th, 2011 at 1:01 pm
fuh nebesnye akak!! ingatkan betul2 laaaaa budak chika ni buat beriyani stail restoren ke hape. baru nk rasa jatuh maruah (motif sangat). hohohoho
ok kembali lega hohohhoho *keji2*
tp.. nampak sedap. :)
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:25 pm
Urut dada, urut dada.
October 18th, 2011 at 1:12 pm
I sokong Fahreen, Chika tolong ajar buat sambal ikan bilis tu..nampak yummy :)
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:24 pm
Err. Ajar? Ala, resepi macam biasa je .
October 18th, 2011 at 2:40 pm
beranii… akak pun berani buat kalau macam ni – sambil tutup mata je. kah kah kah.
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:24 pm
Jangan tutup mata kak. Nanti tersilap gaul. Tergaul dengan tangan :D
October 18th, 2011 at 6:31 pm
Assalamualaikum Kak Chika…
Nasi beriyani yang berani itu cara masak macam nasi goreng…
Ringkas dan mudah…
Kalau ada masa, boleh lah masak…
Kak Chika, nak sikit boleh?
Tapi dapat tengok gambar pun dah kenyang dah….
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:23 pm
Salam.
Nak sikit? Ambiklah. Ambik semua pon boleh. Copy, paste masuk mulut :D
October 18th, 2011 at 6:38 pm
Waaahhh… nostalgianyerr kenangan masa silam semalam…. betapa sedapnyerr hingga menyonyot jari macam Idris ni hah. Terliur pun cam Idris. :)
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:22 pm
Beruntungkan isteri pandai masak biryani? Kan Sayang kan?
October 18th, 2011 at 9:34 pm
Haizum,
Erni pun pernah je makan nasi beriyani dengan sambal ikan bilis. Sedap jer… :)
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:22 pm
Iyalah. Boleh tahan walaupon kombinasi ini pelik.
October 19th, 2011 at 9:28 am
tiba-tiba rindu giler kat you !
rindu pada zaman bangun pagi-pagi dan baca blog you. time flies.
May you live a good life ok dear :)
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:22 pm
Hai, Lyana! Apa khabar?
Missing you too.
October 19th, 2011 at 10:39 am
nak gelak golek2 boleh?hehehehe…
kalau macam tu saya pon boleh..(jeles..hahahaa)
sabo aje lah……memang yg instant2 digemari kalau dah tak sempat kan..saya pon tak sure dapat tempuh ke tak kalau ada dua anak nanti…
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:21 pm
Asalkan perut kenyang. HAHA
October 19th, 2011 at 11:17 am
makan dgn apa pun sedap nasi ‘berani’.
masakan sendiri di rumah selalunya lebih ‘nikmat’ dari makan di luar.
;))
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:21 pm
Lagi lagi duduk jauh macam ni. Kena lah pandai pandai mengasapkan dapur.
October 20th, 2011 at 5:19 am
salam, lamanya tak jenguk ke sini hinggakan chika dah ada 2 baby dah pun….tahniah!..pernah beriklan di webiste chika dulu..skrg bisnes dah slow, tak ada masa.
chika Reply:
October 20th, 2011 at 2:20 pm
Salam kakak :)
Saya ingat kak Rohaya :)
October 24th, 2011 at 5:14 pm
Perghh looks so delicious.. Kena cubalah nanti. Ada ke jual kat Malaysia?? Rajin Chika masak..