Posted by chika under
An evening in Brisbane ” @ ( : Akad nikah disusahkan. Senafas, shake hands dll. Padahal jika pengantin kata ‘i do’ pun sah. Hadis mudah, melayu susahkan. Yang haram pula mudah “
Teringat kata-kata Dr.Asri menerusi twitter beliau. Tweet lagi. Heh, dasar ketagihan tweet saya ini! Bukan ketagihan sebenarnya. Cuma twitter terlalu fun. Fun kalau kamu follow orang betul fun lah. Umpama terlajak perahu boleh diundur, terlajak follow (boleh undur tapi tak manis) tapi boleh mute. HAHA. Eh, sudahlah itu pasal twitter! Sebenarnya twitter adalah medium hiburan semasa sedang menyusukan bayi biasanya. Daripada melangut, baik menceceh dengan rakan taulan.
Beberapa minggu lepas, pergi Brisbane. Wedding Luqman. Luqman tu adik Anisah. Anisah tu, kawan baik saya dekat Brisbane. Mestilah nak pergi. Kerana hendak berjumpa Anisah (and Suhaib. Tetapi bayi itu terlalu busy hari tersebut) Dan hendak merasai suasana perkahwinan di luar negara.
Meriah.
Perkahwinan ini antara lelaki Malaysian (kacukan Australian) bersama perempuan Indonesian. Jadi komuniti Melayu-Melayu Nusantara (ya, sounds little bit like sasterawati tapi betul) get together menjalankan majlis. Ada simple pelamin, bunga manggar dan beberapa tradisi lain perkahwinan Melayu. Penuh kesederhanaan tapi meriah. Tahu kenapa?
Sebab boleh lihat macam-macam wajah dan bangsa di situ. Melayu, Australian, Pakistan, Arab dan sebagainya. Dan yang penting, nasi dan lauk pauk kenduri yummo! Head chef ialah Kak Faizah (Dah tentu. Always)
Anisah looked great. Tapi tak dapat berborak sakan sebab dia kakak pengantin sekaligus jadi tuan rumah majlis. Tak akan nak layan aku seorang heh, please ah. HAHA. Dan kami tumpang bermalam rumah Kak Faizah. Seperti biasa. Rumah Kak Faizah danh jadi macam kampung halaman. Waktu raya pon menuju ke situ. Pergi Brisbane pon ke situ. Menumpang kasih sayang HAHA. Terima kasih banyak Kak Faizah dan Abang Zul. Oh, Bella and Izzah too sebab jadi babysitter yang boleh dipercayai.
Perkahwinan seorang muslim di mana mana jua tetap mematuhi syarat sah nikah yang sama menurut Islam. Tak boleh kurang, tak ada lebih. Cuma prosedur mungkin tak sama. Tapi ada beberapa perkara yang membuatkan perkahwinan di luar negara lebih cool. Pertama, majlis sederhana. Takyah makeup artist. Takyah photographer RM10K. Takyah caterer satu kepala RM50. Takyah benda benda kecil yang merabakkan poket. Heh, pandai kau cakap ye. Memanglah semua orang pandai membahaskan hakikat. Tapi keterujaan berkahwin memang tak boleh ditolak. Aku pon.
Selain itu, bila ada bantuan dari komuniti menjadikan majlis kelihatan sangat manis.
Dan juga, akad nikah yang cool. Kadi nikahkan, dan pengantin lelaki hanya perlu melafazkan I DO. Tak payah nak berulang lapan puluh tiga kali. SAmpai membuatkan pengantin lelaki berpeluh peluh lalu merosakkan busana indahnya. Tak payah pengantin perempuan menunggu lama untuk pengantin lelaki berjaya melafazkan akad secara satu nafas. Dari manakah idea menyusahkan proses akad itu datang? Nonsense lah. Like, perlu satu nafas. Ada ayat default dengan tatabahasa tertentu. You can’t put this word in here because it should be there lah apa. Terseksa pengantin lelaki. Lalu menjadikan proses akad satu masalah kepada pengantin lelaki. In my humble opinion. OK, tak humble sangat. Never mind. I just curious. Sebab dekat tempat lain tak ada pon perlakuan ini.
Dari sudut lain, bagus juga. Kita uji kesungguhannya dari awal. Kau kalau betul nak kat aku, kau kena praktis 3 bulan sebut lafaz terima akad. KIHKIHKIH. Nak pula dapat bakal isteri nama 8 suku kata campur nama bapanya lagi 8 suku kata. Pengsan di tempat kejadian.
Banyaklah perkara-perkara dalam Ibadah yang disusah-susahkan. Tujuan asalnya mungkin untuk menerapkan nilai kesempurnaan dalam ibadah. Tapi lama-lama boleh mewujudkan kekeliruan. Itu yang sampai macam-macam jenis soalan kelakar pon Imaam Muda Asyraf kena jawap. HAHAHA. IM Asyraf jugak yang kena. Kau main twitter? Kalau iya, kau fahamlah kan aku sedang cakap apa ni. Kalau tak faham, ayuh, twitter! Follow me. See you there. KIHKIHKIH.
OK, seleksi gambar.

Anakanda ku usia 41 hari.
Supaya Idris tahu dia pernah ke Brisbane.
Kerana selepas ini akan berpindah lebih jauh.
Manalah tahu kalau-kalau kita tidak ke Brisbane lagi, jadi Idris tahu dia pernah ke sana.
Semasa dalam majlis tersebut, Medina buat hal. Dia tak cranky atau tantrum. Tapi dia menunjuk sikap agresifnya di khalayak ramai. Sengaja nak teriak. Sengaja nak curah air atas baju Mummy. Sengaja tumpahkan air ke lantai dan laju-laju pergi tepuk-tepuk air tersebut. Sengaja! Sengaja nak bagi orang sekeliling gembira geli hati tengopk gelagat toddler tersebut. Lepastu Mummy juga yang terseksa jiwa raga. Tak pernah pernah mengamuk mahu minuman Mummy, hari tersebut dia mengamuk mahu minuman sirap bandung. Sungguh sengaja.

Dan kelihatan dengki pada Bubba.
Tengok. Sengaja letak kaki di situ.

Inilah budaknya.
Orang ramai seronok geli hati dengan teletahnya.
Dia makin seronok menunjuk sikap.
Idris kelihatan sedih.
Sebab tak dapat sirap bandung?
HAHA

Anisah cuba mendapatkan aura aura anak kedua.
HAHA Amin ya Rabbal aalamin.
Bersama lelaki kegemaran Medina.
Dan Bella yang berada di mana Medina berada.

Selamat Hari Raya!
(Memang lewat. Yang penting selamat)
Satu-satunya potrait raya sekeluarga pada tahun ini.

Semua hadap Medina.
Medina dalam mood marah kerana diikat di stroller.
Cuaca di Brisbane sangat panas. Berbahang bahang. Di Goonellabah masih dingin. Membuatkan hari tersebut kami berasa sedikit cranky. Terlalu lama tidak berpeluh.

Ada sesuatu yang Medina sibuk tunjuk-tunjuk pada kami. Sampai tak mahu berganjak. Beriya-iya. Tapi maaflah, anak. Kami tak memahami bahasamu. Tapi kami percaya ada sesuatu yang menarik perhatianmu.

Bila ada newborn, beginilah.
Tukar nappy di mana sahaja.
Dalam car boot pon boleh.
Malamnya kami ke rumah Lin. Dinner.

Idris, kita dekat rumah Aunty Lin ni.
Pulang ke rumah Kak Faizah. Terlalu letih.Lalu tidur dengan bersungguh-sungguh. Paginya, Kak Faizah tebar roti canai untuk kami. Dan Medina juga buat pertama kalinya mendapat kebebasan untuk menjamu selera. Saya buat oat, dia tolak! Tak pernah pernah. Semuanya angkara roti canai Aunty Faizah. HAHA.

Rumah Kak Faizah ni banyak khazanah bersusun susun cantik. Membuatkan hati saya tak keruan. Takut kalau kalau Medina terpecahkan. Syukur Alhamdulillah. Walaupon dia selalu buat aksi stunt dekat rumah, tapi dekat rumah orang dia tahu nak behave. Ada juga dia usik-usik dan usap-usap segala vase dan perhiasan rumah Kak Faizah. Tapi dia tak buat apa-apa. Cuba kalau Mummy punya. Selambayaya dia lesing macam lempar cakera. Maka untuk distract dia daripada membelai-belai barang-barang Kak Faizah, kita umpan dia dengan tablet. Iggle Piggle Iggle Oink.

Ini memang good boy.
Senang betul dijaga.
Terima kasih Allah, mengurniakan bayi baik ini.

Kakak Bella main dengan Medina.
Tak tahu apakah jenis permainan ini.
Seorang macam nak pick a fight.
Seorang macam berjoget.
Bella ni umur 4 tahun. Tapi boleh harap. Boleh suap Medina makan. Siap basuhkan tangan.
Petangnya ke rumah Kak Salwani. Dan di sinilah Medina sekali lagi menunjukkan sikap agresifnya. Bila semua kanak-kanak terjun ke pool, dia mula tak tentu arah. Eh. Mana boleh. Apsal semua orang boleh terjun, apsal saya tak boleh? Jadi dia pon tunjuk perasan. Dia tolak glass panel sekuat-kuat hati dengan badan dia dengan harapan glass panel itu runtuh dan dia dapat lepas ke pool. HAHAHA sangat comel usaha tersebut. Lalu membuatkan Aunty Faizah nya berasa tak sampai hati.

Mula-mula buka seluar. Celup celup kaki.
Dia tak puas hati. Nak masukkan badan sekali.
Kak Faizah bukak baju dia.
Sudahnya terus naked anakku.
Gembira bukan kepalang

Saya tak terkata apa.
Balik dari rumah Kak Salwani, kami terus bergerak pulang ke Lismore. Jauh perjalanan. Tak boleh nak enjoy sangat. Rumah kami adalah 3 jam away. Singgah Robina sebentar untuk menikmati Nando’s.

Ya, budak ini memberontak lagi sekali.
Sebab nak main buang-buang straw.
Walaubagaimana pon, travel dengan kereta sekarang ini tidak menjadi masalah bagi kami. Medina dah tak memberontak dalam kereta. Asal dibagi tablet, play Elmo untuk dia, jalanlah sepuluh jam pon insyaAllah OK. Idris pula, memang tak banyak meragam. Syukur.
I love Brisbane. Always. Akan sentiasa merindui kehidupan di Brisbane.
Gambar bersama pengantin tak dapat disiarkan.
Saya tak pasti kalau mereka suka atau tak gambar mereka ditayangkan.
Posted by chika under
Ahmad Idris,
Nur Medina Medina ada satu perangai. Dia tak takut siapa-siapa. Tapi ada beberapa benda boleh buat dia takut. Seperti apabila Thomas & Friends start, dia akan lari lintang pukang ke Mummy. I don’t know why. Bukanlah dia takutkan cerita tu. She watched the series. Tapi yang saya perasan, bila cerita tu nak mula dia akan menggelabah. Mungkin dia takut when Thomas went Choo Choo! Kot.
Selain itu, dia juga takut bila terdengar bunyi orang ketuk pintu atau somebody is about to open the door. Setiap petang bila Daddy pulang dan sedang cuba nak unlock the door, Medina akan lintang pukang berlari cari saya. Just in case saya dekat kitchen (dan kitchen saya sentiasa kena block dengan safety gate) dia akan struggle nak panjat safety gate untuk menyelamatkan diri dari ‘lembaga’ yang sedang cuba membuka pintu. Kesian but I couldn’t resist to enjoy the moment. Sebab kelakar sangat. Bila tersedar yang ‘lembaga’ tersebut adalah Daddy, hoyeay! Daaaadi! Daaadi! Dad Dad Dad! Lantas berlari macam tak cukup tanah menyambar Daddy. I love you, baby.
Same thing happened about two weeks ago.
Dia tengah main-main. Dancing on her table. Kissing kissing skrin TV dan bertepuk tangan. Seperti biasalah. Dia berpesta dekat ruang tamu sepanjang hari. Riuh rendah mulut dia saja. Rumah lintang pukang, kerja dia seorang. Semua dialah senang cerita. Tiba-tiba, ada orang ketuk pintu.
Laju-laju dia lari ke dapur cari saya. HAHAHA. Saya tanya dia, why? Dia tunjuk-tunjuk pintu. So I know somebody’s coming. Saya pon pergi bukak pintu. Dia pon mestilah nak ikut sekali sebab dia itu busy body.
Oh. From Australia Post (yucky I hate you, Australia Post. OK itu cerita peribadi, I’ll keep it to myself) Post person tu kena tolong saya bawak masuk parcel ke rumah sebab …

… this big!
So at first saya ingat husband saya purchased apa-apa online. Sebab dia yang rajin buat online shopping more than I do. Setiap minggu pon ada je parcel untuk dia. Atau kalau tidak pon, from drug company. HAHA. He’s not as rich as a drug dealer but he’s dealing with drug better than the drug dealer. Ha, apa dia? Tak ada apa-apa. Forget it, crap.
Nama saya but obviously not for me sobsobsob. For my babies.

Untuk Medina & Idris.
Medina excited nak koyakkan wrap lah. Idris, dia tak tahu apa-apa. Jadi Mummy lah yang berseronok lebih. Macamkan hadiah ini untuk Mummy. HAHA. Disebabkan they came together in a big box, saya jadi excited sangat nak tahu apa isi dalamnya. Dalam hati rasa segan pon ada sebab saya tak expect hadiah sampai macam ni punya besar. Malu sangat. Dan terharu.
Buka laju-laju. Lalu terkedu.


pictures googled.
Trixie Pink for Medina


pictures googled.
Bernard Bee for Idris
Ianya dua buah Trunki ; Kids Luggage.
Suka sangat tidak terkira. Hadiah ini dari rakan baik twitter saya (ya ya, you can make best of friends via twitter. Twitter is awesome) Thank you so much Farah.
Yang saya excited tu bukan apa. Sebab memang saya aim nak beli Trunki untuk Medina. Sejak first time nampak orang pakai (which was 11 months ago) saya dah bagitahu suami ; I want that one for Medina. Lepastu kitorang hold dulu sebab nak tunggu Medina besar sikit dan mengerti erti memiliki sebuah luggage yang cool. HAHA. Waktu tu Medina only 6 months. Masa dekat airport. Baru balik dari Medina’s first visit to Malaysia.
Saya jadi terfikir-fikir. Macam mana Farah tahu saya nak kids luggage ni? Ke saya pernah tweet? Farah kata, tak. Dia tak pernah baca any from my tweets. Sebab macam seganlah kan kalau saya pernah tweet dan ada kawan tolong capaikan hasrat. HAHA. But still lah, segan sangat. Sebab ingat juga dia dekat anak-anak saya.
Thanks Farah. We like your present sooooooo much.

Too cool.

Medina suka.
Idris belum boleh merasai betapa cool nya Trunki ini.
Come on, bubba! Grow up!
Kami dah guna pon masa pergi Brisbane and stayed overnight in Gold Coast hari tu. Comel sangat. Puas hati saya akhirnya dapat bagi Medina luggage ni. Bukan Medina aje pulak tu, Idris pon dapat sekali. Tapi yang Idris punya kami belum guna. Sebab tak nak by the time Idris dah boleh enjoy his luggage, dah worn out.

Sweet sangat.
OK, Sayang.
Dah boleh pergi Dubai.
KIHKIHKIH.
Posted by chika under
food Berani?

Saya berani.
Bukan gambar curi. Gambar sendiri. Sendiri masak, tahu? Walaupon seringkali percaya bahawa saya hanya akan memasak biryani sempena majlis akikah cucu pabila tua kelak, ternyata saya sebenarnya lagi terror dari itu. Heh masak biryani pon nak berasa terror sangat? Aku masak hari-hari masa bersahur, tak heran pon. Heh diamlah. HAHAHAHA.
Sedap ah. Tak percaya tak apa. Asalkan soulmate percaya. Dia yang rasa semalam. Dia tahu hakikat kesedapan biryani buatan isteri. Orang lain tak tahu pon tak apa. Eh eh. Kedengaran bitter di situ.
Tahu dah. Tahu dah. Mesti nak resepi kan? HAHAHAHA Berani betul aku berkata macam ini. Curtis Stone pon tak berani cakap macam ini. Seperti biasa. Takyah pen, takyah kertas. Yang penting, ingatan. Berdebar tau nak kongsi resepi ni. Sebab resepi ni memang orang-orang terror saja yang berani buat.
Ready?
.
.
.
Steady?
.
.
.
Go!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berdebar.
.
.
.
.
.
Nah!

Sharwood’s Instant Biryani.
.
Tak jelas resepi ni?

Nah.
Lebih jelas.
EASY 2 STEP!
Easy yo. Panaskan minyak sikit, masukkan ayam, masukkan sebotol Sharwood’s Biryani paste. Masukkan nasi. Siap. Kalau ini macam punya senang, suruh saya cater untuk kenduri kahwin saudara pon saya yakin boleh. Liz, mahu I jadi tukang masak kenduri you nanti? DM me. KAHKAHKAH
Tapi yang aneh dia.
Apsal Biryani saya kena makan dengan sambal ikan bilis?

Entahlah labu.
Inilah jadinya pabila kesuntukan waktu. Kalau dulu, saya cukup tak berkenan makanan segera dalam tin (atau botol) Sekarang anything can do. Asal dapat menjimatkan waktu, here I come.