Archive for September, 2011

A bee in the hive.

Posted by chika under Domestic Goddess

Ini cerita pendek tentang seekor lebah di dalam sarang lebah.

Cerita bermula apabila ibu saudara lebah, ibu mertua lebah bersama kakak ipar lebah pulang ke tanah air. Tanah air lebah adalah di Malaysia yang baru sahaja menyambut hari jadi ke 54. Happy belated birthday, Malaysia. Lebah bukan seorang ignorant. Cuma lebah terlalu sibuk menguruskan kehidupannya di dalam sarang lebah sehingga tak sempat menghantar salam perantauan Hari Kemerdekaan.

Pulangnya ibu saudara lebah, ibu mertua lebah bersama kakak ipar lebah ke tanah air memberi kesan besar ke atas lebah. Lebah seakan-akan tidak menjadi lebah lagi. Malah macam telah menjadi mutasi garang di bawah tekanan masa. Kasihan kehidupan lebah. Kita doakan sama-sama supaya lebah tidak menyengat siapa-siapa. Sebab lebah sebenarnya ibu yang baik.

Tamat.

Selamat tengahari, kawan-kawan.

Saya sedang mengesat peluh yang berbunyi phew. Hari ini adalah hari ketiga cabaran menjadi ibu beranak dua. Meskipon telah 38 hari sebenarnya menjadi ibu beranak dua. Tapi baru 3 hari sebenarnya menjadi ibu beranak dua yang sebenar-benarnya. Memang sukar nak faham penulisan sastera macam ini kan? HAHA. Ini bukan sastera la, dey!

Isnin adalah sangat mencabar. Mungkin bukan SANGAT. Tapi AGAK mencabar juga. Sekurang-kurangnya, saya telah mentumpahkan air mataku sendiri pada jam 4 petang. Tak tahulah samada itu airmata kegagalan atau sebenarnya harapan. Mungkin kerana gagal mententeramkan keadaan kedua-dua orang bayi yang tantrum secara bersama-sama. Memang terlalu kamcing dua beradik ini. Sampai tantrum pon nak bersepadu. Atau mungkin airmata yang mengharapkan suami pulang cepat. Sebab saya memang suka hasut suami suruh pulang cepat untuk kepentingan keluarga bahagia.

Last Monday was the real challenge. Cabaran bermula membesarkan anak-anak dan menguruskan rumahtangga sendirian. They went back on Saturday. So during the weekends, suami ada bersama. Kalau suami ada, duniaku perfect. Tak ada apa nak dibimbangkan. Kami berganding bahu (walhal bahu tak sama tinggi KEHKEHKEH so?) menguruskan kehidupan seharian bersama dua bayi ini. Isnin suami kembali bekerja. Habis, tak akanlah nak berganding bahu hari-hari takyah pergi kerja pulak. Mahu kunyah maggie hari-hari. Mahu? Tak mahu tak mahu. Saya mahu makan besaq everyday.

Saya bangun seawal jam 5.58 pagi. Terus pergi mandi, doing laundry, kemas kitchen dan iron seluar kerja suami. Semua ini dilakukan sebelum kesemua mereka bangun. Jalan pon terjingkit-jingkit. Buka wardrobe pon macam pencuri bersiri. Kemain senyap. Tak mahu anak-anak terjaga atau nahas! Akulah yang nahas. Anak-anak saya kan muhibah. Sorang bangun, sorang lagi pon automatiklah bangun. Kembar. Biasalah.

Suami helped me a lot. I Sayang you setinggi langit, seluas daratan dan sedalam lautan. Memang ah bunyi macam kelakar tapi benar. Yang penting ikhlas. KAHKAHKAH tak boleh blah lah kau ni. Sebelum pergi kerja, suami dah siap-siapkan Medina. Saya pula menyiapkan Idris dan sama-sama turun ke bawah. He then, off to work and me too! First thing first. Prepare oat untuk Medina. Semuanya terkawal in the morning. Amazingly, saya boleh prepare breakfast for myself! Thank you, Allah. Ku fikir akan kebuluran saban hari T______________T Allah Maha Kaya.

These days I crave for mushroom.
And avocado smoothie.
Post-pregnancy cravings :P

Bukan itu sahaja. Dalam pada kekecohan menguruskan rumah, anak-anak dan kerja yang di sana menunggu di sini menanti, I managed to cook this fruit pudding for suami. Tak terkira berapa banyak kali saya berkejar pergi settle Idris dan kembali mengacau sauce. Buat pudding ini sajakhasiatnya seperti marathon 3km. Healthy life, no? T___T prrrft.

Semalam saya bangun pada jam 6.15 pagi. Dan hari ini pada jam 6.30 pagi. Sekarang ini, setiap hari saya akan bangkit awal seperti emak-emak yang begitu bermutu. HAHAHA.

Seharian saya sibuk menguruskan anak-anak. Ke dapur dan berkejaran ke ruang tamu. Kejap-kejap kena intai Medina. Nowadays, dia terlalu bijaksana. Perbuatannya extreme. Susah untuk diceritakan betapa extreme nya perbuatan tersebut. Saya tak boleh marah. Satu, saya tak sampai hati nak marah sebab perbuatan tu semua satu development. Tak mahulah membantutkan perkembangan minda dia. Walaupon perkembangan mindanya bermakna kesakitan jantung saya. Kedua, insyaAllah anak hyperactive akan menjadi budak bijak dan baik kelak. Amin.

Idris pula mudah diuruskan. Cuma biasalah. Newborn. He needs comfort 24 jam. Tapi syukur juga, Idris is a good sleeper. Lepas kenyang, dia akan lena.

Walau macam mana tak sempat nak buat itu ini, atau tak cukup tangan sekalipon, saya mesti menyediakan breakfast dan cook lunch for Medina. For myself juga anything easy. Dan akan curi masa juga memasak laju-laju untuk Suami. But I can’t promise to cook everyday. Kalau dah terlalu tak sempat, I’ll skip and husband doesn’t mind. He is very understanding. Lagipon suami saya bukan pemakan nasi everyday. Kalau ada, dia makan. Kalau sesekali tak ada, dia suka. I know. Sebab dia selera international. Anything pon boleh. My husband is not a picky eater. Malahan ada harinya, dia pulang petang petang dan bantu saya menyiapkan makan. Terima kasih, Tuhan.

How do I cook? Macam ini :

Put Idris in baby’s capsule.
Dan letakkan capsule atas kitchen bar.
Sambil masak, mencuci pinggan atau mengemas kitchen, saya akan rock the capsule.
Dia pon akan berasa begitu syok, lalu lena.

Yes. I am as busy as a bee. In the hive.

Sepurnama

Posted by chika under Ahmad Idris

image

Dear Idris,

You’re already one month. How time flies. Medina is already 16 months old. You two are precious. Idris, you’re one lucky guy. Kakak loves you so much. She had you in her mind setiap masa. Amazinglah. When she went out with Daddy last week to Coles, Daddy told Mummy that she kept asking; Bubba? Same thing happened everyday when Mummy let her played downstairs with Opah, Nenek and Mak Ngah. She’ll look at the stairway from time to time to check if Bubba’s coming down. And asked; Bubba?

Yes, Mummy tahu. Idris loves Medina too. Tak pernah complained pon everytime Medina came near you and smoooocching smooooching till your face get wet. Even when Medina hold your hands kasar kasar (dia tak bermaksud) you think it’s OK. Idris tak marah pon.

You two share breastmilk with each other. Both of you in one session. We spend time together on one single chair. Three people on one chair! Pon Idris tak complain. You two look into each other sambil menyusu. Medina pokpok you at your thigh and you usap usap Medina’s hands. But Mummy is always ngeri cause your nails are very sharp! Idris, jangan bela kuku! HAHAHA Mummy takut nak clip your nails after my first attempt menyebabkan pendarahan. Uncle Uda yang expert doing this.

My boy, Idris,

We love you so much.

Macadamia Brekkie

Posted by chika under The Adventure of Lismore, Travel : Australia

Pada hari ke 27 of confinement (so yeah, you’ll be FINE) kewarasan saya telah luak sedikit demi sedikit. You tell me. Suami terbang ke sana ke mari like Superman only mengukur bumi Australia ini. Emak dan Kak Reena pula berulang alik ke Gold Coast dan Brisbane. Sedang saya menjadi budak baik tinggal di rumah menjadi Mummy Monster. Bukan Monster jahat. Monster lahap. Oh, ada Monster seberat 45 kilo di sini, engkau sudi bantu dia menambah berat?

Kejap.

Pernah saya menulis tentang kehadiran ibu mertua dan kakak ipar datang menziarahi kami di sini? Iya, belum pernah menulisnya di dalam sini. Mereka datang pada 26 August lalu. Untuk tiga minggu. Di mana mereka akan pulang meninggalkan saya terkontang kanting kesedihan sobsobsob di sini pada Sabtu ini. Sungguh sedih. Apatah lagi, Mak Yang juga akan pulang bersama. Dalam kata lain, bantuan dan talian hayat aku akan terputus. Selamat maju jaya ke atas aku!

Sambung.

Hari ke 27 confinement, bermakna hari ke 27 usia Bubba. Alahai, terlalu comel kalau engkau semua mendengar sendiri Medina kejap kejap menyebut BUBBA. BUBBA. BUBBA. Macam dia seorang saja dalam dunia ini yang ada Bubba. KAHKAHKAH. Bubba Idris telah di bawa keluar menikmati udara luar pada usia ke 21. Medina lagi terror ah. Usia 10 hari sudah di bawa keluar. Inilah jadinya pabila orang tua jauh di mata dekat di hati. Confinement pon ala kadar. Ni kalau Mak Cik Kampung jenis orthodox punya tengok perangai aku tak pakai kain batik, tak baring terlentang, tak ikat rambut tegang-tegang sampai urat menjadi taruhan dan tidak berehat-rehat semasa dalam pantang, memang kena bambu. HAHA.

Saya tak boleh tahan tengok orang lain berseronok ke sana ke mari. Maka pada hari Sabtu lepas, saya ikut mereka berjalan. Dipendekkan cerita yang kalau tidak dipendekkan ini, sakanlah saya menglipurlara ; Pagi pagi kami keluar untuk breakfast. Breakfast hujung minggu di luar memang kegemaran saya. Eh. Bukankah makan di luar dalam waktu apa jua pon adalah kegemaran saya?

Idris pada hari ke 27 menyedut udara Bumi.

Belum sempat menceritakan perangai Idris di sini. Ini serba sedikit. Idris adalah seorang bayi yang sungguh baik dan pemurah. Eh, pemurah? Apsal pulak? Entahlah. Masih kecil untuk dilabel sebagai pemurah tapi anggaplah itu doa seorang ibu. Apakah kau cuba merepek ni? D’uh. Idris terlalu baik dan mudah dijaga. Semasa mengandungkan Idris, saya cukup bertenaga. Tidak mengalami mabuk-mania keterlaluan. I was in quick labour too with Idris. Apabila dilahirkan, kini mudah pula dijaga. Terima kasih Idris. Dari dalam kandungan hingga ke hari ini, Alhamdulillah. Idris tidak menyukarkan Mummy.

Cerita lain tentang Idris, akan disiarkan lain kali apabila mood menyebelahi saya HAHA. Bukan senang tahu, untuk mendapatkan masa menghadap laptop dan membuat karangan seperti ini. Saya sebenarnya sangat rajin dan masih istiqamah untuk menulis karangan setiap hari. Tapi kesempatan tak ada. Lagi-lagi bila Medina pulak pantang nampak saya pegang laptop. Dia pon apa lagi, terus teriak ; Emo! (dalam kata lain ; Mummy, I wanna watch Elmo on youtube. Bukak sekarang atau saya akan merajuk cium lantai!)

Ayuh, ayuh!

Saksikan gambar untuk membanteras gangguan tekstual.

Itulah Emak dan Kak Reena.
Bersama Si Gagah.
Eh. Yang belakang itu jangan nak perasan.
Bukan kau Si Gagah yang aku maksudkan. Yang dalam stroller itu. HAHA

Monster seberat 45 kilo. Angin menderu kuat membuatkan Monster itu macam kertas A4 nak pergi melayang-layang. Bersama Baby Monster. OK sekarang tolong bagitahu Mummy, where did you put that black crop cardigan? Mummy dah tak jumpa.

Kasihan Idris tak berapa kelihatan.
Err. Harap tidak lama nanti, stroller hitam akan bertukar menjadi seekor Donkey
Bluweekkkk. Please, get what I mean!

Nampak terlalu perkasa?
Heh. Padahal menjaga Macadamia saja.
Over betul engkau ini.

Suami dan kakaknya mengatur apa nak dibuat kelak.
Dan ada bayi mengambil kesempatan mengutip daun sebagai hobi.

Sudah. Lekaslah kita ke dalam dan menggembirakan perut yang sedang sedih pada waktu pagi.

Perut bayi ini sahaja yang jarang bersedih.

Pagi tersebut, Medina bergembira membuat messy. Dapat peluang bermain dengan avocado. Lalu dia menyapu bukan sahaja mulut, malah muka, baju dan rambutnya dengan khasiat avocado. Nasib baik ada Nenek dengan Mak Ngah sanggup hadap perbuatan keterlaluan itu. Bila avocado habis, dia tunjuk perasaan dekat situ. As-sobaru-min-al-imaan. Lalu aku urut dada. Tapi tak apa. Rambut berlumur avocado pon masih comel.

Saya kelaparan ketika itu. Sebenarnya saya kelaparan pada setiap ketika. Jangan sewenang-wenangnya menyalahkan saya. Saya kena makan bagi pihak tiga orang, tahu? Tak tak. Ini bukan alasan nak cover line. Ni memang betul punya cerita. Saban hari saya kebuluran. Saya hanya kenyang pada jangka masa pendek. Dan selebihnya saya kelaparan. Memang menakutkan orang seperti saya ini, bukan? HAHAHA. Mana tidaknya. Breastfeed dua bayi sehari suntuk.

Macadamia pancake with strawberry sauce.

Caffeine kegembiraan.

Macadamia pancake with mango sauce

Vegetarian breakfast.
Love the sauteed mushroom and the telurs yang gorgeous.

Siap breakfast, kami terus menuju ke Tropical Fruit World. Tempat ni Kak Reena yang nak pergi sangat. Dia juga yang memperkenalkan tempat ni pada kitorang. HAHA. Selama ni tak tahu pon tempat ni wujud. Cerita lain kali. Sudah midnight. Kepala saya telah berpusing pada paksi yang tidak berapa betul.

Semoga esok ada peluang untuk membuat karangan seperti ini lagi.

16 months old

Posted by chika under Nur Medina

image

Sweet Potato

8 Hari Sebelum

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy, Nur Medina

8 hari sebelum bersalin, saya masih berkeliaran di Gold Coast. Berjalan-jalan mengukur tanah. Mencari-cari makan yang memuaskan nafsu perempuan hamil yang berpuasa. Iya. Saya berpuasa sepanjang kehamilan setakat yang direzekikan. Pada hari ke 14 Ramadhan, saya telah ditakdirkan masuk labour room dan puasa terbatal. Menjadikan saya ini berhutang puasa pada Allah SWT sebanyak 17 hari. Minta dipanjangkan umur supaya dapat melangsaikan hutang tersebut.

8 hari sebelum Medina menjadi seorang kakak. Dan 8 hari sebelum saya menjadi a mummy of two.

Sekarang ini, Medina senang dipujuk untuk behave dalam carseat.
Atau angkara carseat baru yang lebih sedap?

Saya tergila-gilakam Bugaboo Donkey yang tidak available secara nyata untuk diusap, dipegang dan dibelek. Maka, any Bugaboo will do. Nampak sahaja, akan mencuba. The system is amazingly awesome. Tapi dari segi saiz when its been folded, adalah diskriminasi bagi kami yang tidak mempunyai boot kenderaan yang besar. Sebab itu angan-angan saya masih tersangkut. Angan-angan saya masih valid. Waktu akan menentukan segalanya Ececeh.

Nampak tidak? Shoes besar itu. Dia mahu itu. Dia tak tahu yang shoes itu bukan sahaja boleh memuatkan 6 kakinya, malah boleh muatkan kaki emaknya juga KAHKAHKAH.

Kedai ini dibuatnya macam taman permainan.

Saya cool, kan?
Dan itu Mummy saya.
Di dalam Mummy saya, terdapat adek saya.

Nak tengok saya jalan terkedek-kedek macam itik gembo-gembo?
Picit PLAY

Protected: Pulangkan!

Posted by chika under Uncategorized

This post is password protected. To view it please enter your password below: