Mulakan Pagi Anda Dengan Tenaga!

Selamat pagi.

Pagi ini lebih sejuk lagi. Sudahlah sedia sejuk, hujan pula. Seingat saya, hampir 6 bulan saya tak keluar menjemur pakaian. Kerana 6 bulan saya tak basuh pakaian ewah ewah. Basuhlah. Cuma syukur ada dryer. Atau kalau tidak, betul-betullah saya tidak mencuci pakaian selama 6 bulan.

Sejak dua minggu ini, saya memang bangun awal pagi. 6.30 pagi biasanya saya dah sedar. Sama ada terus bangun menikmati hot shower (rasa tak mahu keluar dari shower room yo!) atau bergolek kejap menyusukan Idris (atau Medina) Bangun. Dan kehidupan untuk hari ini bermula. Rasa begitu bertenaga setiap hari. Syukur. Allah memang tidak membebani manusia dengan bebanan yang tidak mampu kita tanggungi. Setakat ini, saya boleh manage hari-hari saya bersama dua bayi dengan baik. Walaupon ada sedikit ERROR 404 sebab server down KAHKAHKAH.

Sedang computer pon boleh server down, inikan pula emosi manusia.

Breakfast dulu. Apa jadi pon, breakfast dulu. Hari mesti dimulakan dengan bersarapan pagi atau hari akan dirasakan macam tak mula-mula.


Breakfast saya kebelakangan ini sengaja diberat-beratkan. Ni nak menjana tenaga saban hari ni hingga ke petang. Don’t measure calories! Dengan potato chips, poached egg (biasanya eggS) and vegies in butter. Sumpah ngeri pengambilan makanan sebegini gaya. Don’t mind sebab I am in size S. I need energy banyak-banyak. Kalau tidak, macam mana nak dukung dua bayi sekaligus? Macam mana nak breastfeed two babies in one go? Siapa under tight restriction on diet ke apa,jangan tiru perlakuan ini! Sambung pula dengan chocolate bar. Scary movie!

Hot mint tea.

Ah. Sungguh memberi kedamaian internal minuman mint tea sebegini. Minuman panas dalam musim sejuk adalah syurgawi. Sambil menikmati minuman panas, tangan kiri saya kept rocking Idris di dalam capsule. Dia tak suka baby swing. We need to get him a rocker. Tapi nak hire saja. Kami kan nak pindah jauh selepas ini. Tak payahlah mengumpul khazanah. Baby stuffs dan segala khazanah sikit-sikit yang kami sayang ni pon cadangnya nak ship ke Malaysia. Kalau boleh nak pindah secara lenggang kangkung.

Rahsia tenaga saya?

Vitamin dan pastilah Pati Ikan Haruan Polleney!

Ya Allah. Sungguh menakjubkan kesan pengambilan pati ikan haruan yang istiqamah. Emak saya post melalui emak mertua saya sebanyak 36 botol. Hari ini merupakan botol yang ke 31. Ada lagi 5 botol untuk dihabiskan. Sedih. Selepas ini bekalan pati ikan haruan saya terputus. Ma, nak lagi!

Ramai yang bertanya, mengapakah saya sanggup menelannya begitu selamba? Sebenarnya bukanlah selamba sangat. The very first time saya mencubanya, sangat yucky. Out of expectation. Eh eh. Kau expect apa? Saya expect dia manis macam ubat batuk. Sebab warna dia hitam, macam ubat batuk. Gilalah kau ni. Tak de tak de. Tak de sebab kenapa pati ikan haruan kena rasa macam ubat batuk.

Sebagaimana yang disarankan melalui botol, kalau nak menjadikannya lebih sedap, bolehlah tambah garam. Saya cuba sekali tambah garam. Masih yucky. Tapi saya istiqamah juga. Hari hari telan. Beberapa hari yang pertama, saya minum sambil tutup hidung. Hoh. Sama aje. Menutup hidung sambil menelan cecair tidaklah menjadikan cecair tersebut sesedap Pepsi. Malah membuat aku semput pula. Lama-kelamaan, saya telan seperti biasa. Alah tegal bisa biasa apa benda pepatah kau selalu cakap tu? Dah hari-hari saya telan, lama-lama jadi suka. Malah mengketagihkan.

Kalau istiqamah, pasti lama-lama jadi amalan biasa.

Berdasarkan pengalaman peribadi saya yang telah menelan 31 botol pati ikan haruan (bukan telan botol dia, mind you!) saya rasa mempunyai extra tenaga. Tak berasa letih walau seharian suntuk dari jam 6 pagi hingga ke 9 malam saya menguruskan anak. Memasak, mengemas, mencuci dan pastilah macam-macam hal bayi nak diuruskan. TIADA POWER NAP PADA WAKTU SIANG. Tak sempat. Kalau anak-anak tidur, saya buat kerja saya sendiri. Ni bukan testomonial sebab nak bodek company Polleney ke apa. Saya bukan minat sangat minum benda benda macam ni. Tapi sebab yang ini saya rasa kesan dia, jadi saya gembira nak kongsi.

Saya juga melalui proses lepas bersalin yang mudah. Tidak lesu. Bertenaga. Berasa sangat sehat. Alhamdulillah. Dan satu lagi yang saya sedar (tak tahulah ini betul kerana pati ikan haruan atau aku salah sangka HAHA) kulit muka menjadi lebih elok. Tentang khasiatnya menyembuhkan luka dalaman, yang itu saya tak tahu. Sebab tak nampak apa terjadi di dalam perut. Yang aku tahu, perut aku slim kelihatannya. Yang itu mungkin bukan kerana khasiat pati ikan haruan. Yang itu angkara kehilangan berat dan dengan lemak-lemak sekali hilang bawa diri.

Pati ikan haruan ni jahat juga. Dia membesarkan selera makan. Patutlah saya ini badan macam kertas A4 tapi selera macam monster. Kejap kejap lapar. Kejap kejap lapar. Jarang jarang je kenyang. Angkara menyusukan dua bayi pon iya juga.

Sebagai ibu beranak dua, saya sarankan pengambilan pati ikan haruan kepada ibu-ibu seangkatan khususnya. Tapi kena istiqamah. Jangan hari ni minum sebotol sambil tutup hidung. Tahun depan bulan Ogos baru nak minum botol kedua pula. Kalau macam tu punya gaya, baik minum air Pepsi. Dahlah sedap. Aku pon suka. HAHAHAHAHA.

Recent Entries

26 Responses to “Mulakan Pagi Anda Dengan Tenaga!”

  1. Intan Says:

    haha..betul apa chika ckp. mmg kena istiqamah bab2 makan supplement ni, baru lah nampak hasilnya. btw, thanks chika for sharing.

    chika Reply:

    Buat apa pon kalau tak istiqamah, tak jadi :) Lagipon benda kalau dah hari hari buat, jadi terbiasa.

  2. mia Says:

    huhu..terasa pulak ayat yg last tu..tahun ni minum sebotol, tahun depan pula botol kedua..hihihi..masa pantang tak bole rasenyer nak telan mende tu..paling tidak pon dapat la telan pati ayam brands tu je…:P

    chika Reply:

    Pati Ayam Brands sedap! Mula saya ingatkan pati ikan haruan yang ni rasa dia macam yang Ayam Brands tu. Sekali, bukan! Mak saya cakap yang Ayam Brands tu untuk tenaga je. Yang ni baru kaw kaw pati dia. HAHA.

  3. Masy Says:

    kalau pati ikan haruan tu bole membuatkan akak kurus cam chika, akak akan beli. sekian terima kasih.

    sy yg kecewa sebab tak muat nak pinjam baju org,
    kakak baby.

    disclaimer : sy bukan medina.

    chika Reply:

    Jangan Kak! Jangan! Benda ini membesarkan selera makan. Menyesal kang :P

  4. Amyz! Says:

    breakfast yg banyak2 adalah sehat. utk mind dan badan. tak yah risau. org yg berdiet juga boleh ambil. dengan syarat lepas tu dia pergi jogging. hahaha.

    Selamat pagi! Semoga satu hari ini dapat menjadi supermak yang dikagumi anak. :-)

    chika Reply:

    Tak suka jogging! HAHAHAHA. Kerja wajib seperti memasak dan mengemas kitchen dah selesai. Pheww.

  5. farah Says:

    salam haizum,saya bersalin 8bulan yang lepas dan bersalin secara czer.sepanjang tempoh berpantang xpernah minum pati haruan atau sewaktu dengannya.jadi boleh ke kalau sekarang baru nak minum?

    chika Reply:

    Salam.
    Boleh. Anytime pon boleh. Minumlah, Farah. Untuk bagi energy jugak :)

  6. Fahreen Fredo Says:

    Quote! Kalau istiqamah, pasti lama-lama jadi amalan biasa

    Lepas bersalin da setahun gini, nak mulakan balik minum pati ikan haruan agak2 berkesan tak untuk perut czer macam i?

    chika Reply:

    Boleh. I reckon boleh dan sangat elok. Cubalah beli sikit dulu. Memang hanyir. Tapi bukan banyak pon sebotol tu. Hari hari paksa minum. InsyaAllah nanti dah tak rasa geli dah.

    Fahreen Fredo Reply:

    Ohh memang boleh erk. Dulu minum jugak pati ikan haruan polleney tapi tu lah susah gile nak habeskan. Tapi memang ye, ade sikit kesan bile minum. Kalau skip memang lembik semacam. Susu badan pon macam lancar. Haih ruginye la pegi skip2 dulu. Hari pertama sampai ke 12 hari ke minum. Hari ke 30 da minum coke. My bad T____T

  7. timazara Says:

    salam

    chika, ni minum time pantang start ke or time pregnant pon boleh?

    tenkiu :)

    chika Reply:

    Salam.

    Lepas bersalin. Masa dalam pantang. Masa pregnant, tak boleh kalau tak silap ada baca.

  8. Aini Says:

    salam chika…naughty tau chika ni..ckp hr ni minum next year bln ogos baru minum lg…hehehe..tp tp tp… akak belum lepas ujian meminum pati ikan haruan lg.. bagi rm10k mayb boleh kot…dah la 3-3 delivered
    c-sect… akak just boleh telah jeli gamat saje.. tu mmg dah dekat nak expired date baru hegeh2 nak abis kan..hehehe…

    chika Reply:

    Salam.

    Alamak, kalau ada orang offer RM10K, saya lah dapat dulu! HAHAHA

  9. fashya Says:

    Masa pantang 1 botol je boleh telan. itu pun kakak ipar tolong picitkan hidung. Seteguk pertama terus rasa nak muntah lepas tu xmau dah. Eh, bukan sebotol, tapi suku dari botol je.

    chika Reply:

    Masa first time minum pon saya terkehek kehek sampai merah mata. Sangat geli kan?

  10. haslina Says:

    jaga diri dan kesihatan elok2 ye dik. byk tanggungjawab tu.
    ;))

    brand itu juga yg akak minum.sudah 3x bersalin minum itu. layan sahajalahkan. utk kesihatan gitu.
    di tambah makan dgn pil omega 3.

    p/s ada pati tu yg brand tradisional. ampun rasanya.

    tak pernah tutup hidung klu minum.
    cuma buat sekali telan sahaja selalunya. ngeri nak rasa2 nie.

  11. syafiqah Says:

    Salam chika,

    Tertarik bila chika sebut tentang kulit muka jadi lebih elok.Jadi kalau untuk remaja seperti saya yang belum berkahwin apa lagi mengandung dan bersalin…boleh ke kalau nak minum atau pati ikan haruan tu khususnya memang untuk ibu-ibu selepas bersalin sahaja?

    Terima Kasih :)

  12. myxa Says:

    saya bersalin czer thn lepas.. mmg minum pati haruan ni dr hari ke-3(lps kuar hospital).. Memang rase dia tak cantek..nama pon ubat… tapi nk cepat sembuh kan, telan je..
    Susu pon banyak ms dkm pantang.. Gara-gara pati haruan ni kot..hehe..

  13. naxa Says:

    salam chika. kalau tade kaitan dgn mengandung atau versalin boleh minum tak? sb sy sgt underweight. :(
    n planning nak pregnant. boleh tak? chika, bg tips nak dpt baby… tetibe.. hahaha..

  14. pejah Says:

    salam…nak follow blog awak ye.tq!

  15. lil Says:

    hehe..saya pun minum polleney 6 kotak semasa beranak 4 yrs ago…btul tu, muka x pucat, perut kempis, etc…next year bulan 2, kita telan lagi polleney..saya dulu kalu minum, tutup idung, pastu cepat2 minum air milo..mmg yucky tp worth it!

  16. rodhiah Says:

    try minum dgn staw, telan saje cepat2.. kurang rasa kat tekak tau.. hehehhe.. boleh la jugak minum aritu lepas pantang.

Leave a Reply