Tropical Fruit World

Disebabkan kedua-dua bayi sedang tidur petang, saya akan membuat karangan sambungan kepada cerita yang INI. Tapi saya tak pasti sejauh mana kelenaan Idris. Mungkin tidur-tidur ayam. Tapi Medina memang confirm lena. Dia itu kalau dapat tidur, memang bukan tidur-tidur ayam. Memang manusia punya tidur. Oleh sebab itu, saya akan berusaha membuat karangan laju-laju. Atau kalau tidak, karangan ini tidak akan siap dan akhirnya menjadi tapai di dalam draft.

OK sambung.

Selepas bersarapan pagi pada pagi itu, kami pon travel ke tempat yang nak sangat ditujui oleh kakak in-law saya. Saya pon tidak tahu tempat itu wujud.

296533_10150301628173897_640588896_7999569_311758289_n

Melalui Sleepy Hollow.

Sebenarnya perjalanan ini agak jauh juga. Dan seakan-akan macam tak ada rupa nak sampai.

312759_10150301650368897_640588896_7999805_31230213_n

Tropical Fruit World.

Itulah destinasi kami. Hek eleh, tropical fruit yang engkau cari? Kejap kejap. Jangan gelojoh dulu. Bukan tropical fruit yang biasa di dapati di Chow Kit Road yang kami hendak pergi tengok ini. Kami nak melihat sendiri apakah dia CHOCOLATE FRUIT. Ha, pernah dengar? Saya tak pernah. Tapi Kak Reena kata, yang itu kena pergi rasa. Sebab macam interesting. Sejenis buah yang di dalamnya adalah coklat. Bukankah tempting? Buah itu punya angkaralah yang membawa kami ke tempat ini.

IMG_6615

Besarnya avocado!

Percayalah. Memang wujud avocado sebesar itu. Tahu? Ye, aku pon tidak tahu. Sebab sebenarnya aku acah je. Mana ada avocado sebesar itu. Kalau benar ada, besar mana pula pokok dia? T_______________T TSKKK Rasa nak suruh saya get out sekarang juga, bukan? KAHKAHKAH. Sebenarnya memang akan menunjukkan kepada anda semua realiti tentang wujudnya avocado yang sangat besar. Memang ah tak sebesar gambar di atas tersebut. Tapi avocado sebesar kepala Idris adalah wujud. Nanti kejap. Kalau kamu bersabar dan sudi membaca karangan ini sampai ke titik terakhir, kamu akan percaya. Hep. Jangan skip. Baca line by line. Jangan skip. Siapa skip dia mandi tak sabun. T___________T

Tropical Fruit World ini terletak di Tweed Head, Gold Coast. Siapa pergi Gold Coast, kalau berasa tak cukup kuat semangat nak bermain benda thrill, boleh ke tempat ini. Tapi sebenarnya tak tahulah saya patut promote atau tidak. Sebab kebanyakkan buah-buahan di sini adalah buah-buahan tropical yang mudah di dapati di Malaysia. Yang kalau kamu bagitahu rakan, hey rakan, saya pergi Australia dan melawat ladang pisang, belimbing dan nenas! InsyaAllah kawan kamu langsung tak cemburu. Namun, ada beberapa buah-buahan yang saya tak pernah lihat dan pasti tidak ada di Malaysia.

OK sekejap.

Ada orang beriya-iya bergambar di hadapan kedai buah. Bagi saya tunjukkan gambar-gambar ini dahulu sebelum kita berkenalan dengan buah-buahan.

IMG_6616 IMG_6618 IMG_6621

Buah yang paling kiri (berwarna hijau) itulah yang kami mahu sangat sebenarnya!

Kami tidak masuk ke fruit tour. Kerana mulanya berasa berlagak kerana datang dari negara tropika seperti Malaysia. Jadi takyah nak menjelajah dunia buah-buahan tropikal sangat. Kami hanya masuk ke souvenir shop dan gerai buahnya sahaja. Yang mana perbuatan ini pon sangat sangat memadai.

308279_10150301636718897_640588896_7999651_1491560633_n

Apa? Saya hamil lagi?
T_________T
Tak guna punya baju
T_________T

IMG_6623

IMG_6624

Medina dibiarkan di dalam stroller. Kerana kalau dibiarkan dia berjalan, insyaAllah dia akan menggunakan kedua-dua kakinya itu secara berlebihan. Ada chance lah suara saya akan bergema di segenap ruang. Atau suami akan berlarian ke sana ke mari mengejarnya. Atau Nenek dan Mak Ngah akan tak ada peluang hendak membeli belah kerana sibuk mengikut langkahnya. Dia nak atau tidak, saya masukkan juga dia dalam stroller. Anehnya, dia diam saja. Mungkin dia pon tak berasa teruja dengan tempat ini. Err. Eloklah kita gunakan stroller ini sebaik-baiknya sebelum kita let go. KAHKAHKAH. Ye. Memang dah simpan niat nak let go. Meskipon belum sampai sepuluh kali guna. Pertama, Mummy ada angan-angan lain. Kedua, pabila kami pindah kelak, there’s no room for this stroller anymore. Yahooooooooo. Eh, apsal kau suka sangat? Donkey Donkey, come to Mummy.

IMG_6625

Pelbagai jem buah-buahan.

Bersusun-susun jar di atas rak. Ni kalau Medina dapat panjat ni …

IMG_6627

Emak dan Kakak Reena was hunting for souvenirs.

IMG_6629 301285_10150301635768897_640588896_7999643_1402580518_n

Semua apa yang dijual di sini, boleh tasting. Jadi kita tak akan terbeli benda yang kita tak suka. Atau yang tak sedap. Kesemua fruit sauce, drinks, dan jem dia boleh dicuba. Kami pon merasa kesemua yang kami mahu cuba.

IMG_6633

Ha, kan. Kalau dibiar dia berjalan sendiri, iklan KODAK pon nak dicabutnya.

Selepas itu, kami ke gerai buah untuk membeli-belah. Betul-betul punya beli dan membelah. Kerana selepas membeli buah-buahan ini, kami disediakan dengan pisau untuk membelah buah-buahan. Boleh makan di situ. Kami menikmati terlalu banyak buah-buahan sehingga kepala pening.

IMG_6636

Mak Ngah, please lah let me go!

IMG_6637

You should try this one, Mak Ngah.

IMG_6638

Choclate fruit! Dan Yello pitaya

IMG_6639

Siapa tak kenal buah-buahan di atas ini, memang ah dia.

IMG_6640

Kenal atau tidak?

IMG_6642

OK yang ini kalau tak kenal, tak apa.

Kami hanya beli buah-buahan yang bagi kami adalah luar biasa. Setakat mangga dengan nenas tu memang pandang pon tak. Marah emak di tanah air nanti kalau saya beriya-iya tunjuk perasaan beli mangga. HAHA.

Buah pertama, mestilah CHOCOLATE FRUIT!

IMG_6644

Ini Chocolate Fruit.

Semasa nak bayar, the fruit seller tu tanya kami kalau kami nak makan buah-buah ni semua dekat gerai dia. Kalau nak makan waktu tu juga, dia suruh kami pilih the one yang betul-betul lembek. Saya dengan Kak Reena pon pergilah tukar the one yang sangat cantik berkilat dan sehat itu dengan yang lembek. Kalau nak pilih buah ini, kena pilih yang kelihatan macam dah busuk. Yang dah lembek, benyek dan macam patut buang HAHA. Tapi itulah sebenarnya yang dah boleh dimakan. Yang cantik-cantik muda tu, tak boleh dimakan rupanya.

IMG_6645

Memang kelihatan seperti chocolate.
And err… kelihatan yucky.

Rasa dia tidaklah keterlaluan bagaikan coklat. Rupanya sahaja macam coklat. Jadi keterujaan kami sedikit kecundang. Rasa dia tidaklah terlalu sedap. Sedap lagi mangga muda cicah kicap dan garam. Namun buah ini memang istimewa. Kerana seakan-akan tersimpan coklat di dalamnya. Rasa dia light. Tak terlalu manis. Chocolate fruit ice cream is really yummy!

IMG_6646

Medina pon makan juga.

IMG_6650IMG_6649

Yucky but yummy.

IMG_6653

Biji dia macam biji  durian. Rupa dia macam pisang kaki pon ada.

IMG_6652

STRAWBERRY BANANA.
For Medina.

IMG_6654

CANISTEL

IMG_6655

Rasa dia tak terlalu manis. Saya tak berapa gemar.

IMG_6656

YELLOW PITAYA

IMG_6657

Saya rasa ini ahli keluarga Dragon fruit. Cuma saiz dia kecil. Rasa dia sedap. Macam rasa dragon fruit juga. Tapi yang ini, dua kali suap, habis.

312086_10150301640648897_640588896_7999698_316763771_n

ABIU.
Manis. Sedaplah juga.

310634_10150301641723897_640588896_7999709_1802573040_n

Kenyang menikmati buah-buahan. Lalu mula tunjuk perasaan. Apalagi. Nak youtube lah. Anak saya ni kaki YouTube. Hari-hari Youtube. Kalau tak Elmo, Avril Lavigne. Baru-baru ini, dapat favorite baru iaitu Iggle Piggle Iggle Oink.

IMG_6658

Walaupon ramai tidak menyukai rasa avocado, Medina sangatlah meminatinya.
Saya juga.

Eh, cerita dah nak habis. Mana Idris?

IMG_6660

Ni.
Duduk diam dalam Baby Bjorn. Idris ni good boy. Senang betul bawa dia berjalan.

Dan sekarang, saya akan menunjukkan avocado sebesar kepala Idris yang saya katakan tadi.  Kami beli tiga biji avocado besar ini. Sungguh sedap. Best gila. Orang gila pon kalau dapat ini akan berasa best.

301670_10150301641138897_640588896_7999705_1492199574_n

Lihat.
Tak tipu punya. Memang besar.

Dan murah. Sebijik cuma $3.99 Biasanya kalau di Woolies atau Coles, avos biasa yang kecil itu sebijik $2.99. Balik rumah, kami buat avos smoothies. Satu keluarga dapat minum kerana isinya yang begitu banyak dan nyum nyum.

309278_10150301641903897_640588896_7999710_162216789_n

Tengah sedap saya menikmati avocado ini (yang ini saiz dia besar dari biasa, tapi bukan yang sangat besar seperti yang atas itu tadi) pakcik seller datang mencurah sejenis fruit sauce dalam avocado saya. Saya tak ingat apa sauce tersebut. Rasanya sangat memotong selera. Lalu saya terus tak lalu nak makan avocado itu lagi.

311774_10150301630263897_640588896_7999584_1286142574_n

Windmill ini comel.
Tetiba.

316990_10150301770453897_640588896_8000851_262640557_n

Kak Reena juga got to buy this Chocolate Fruit Sauce.
Kerana dia sedap.

Recent Entries

16 Responses to “Tropical Fruit World”

  1. irma Says:

    patut chika cakap kat pakcik tu..

    “pakcik ganti balik buah sy. sos ni x sedap.”

    hehehe. boleh ke mcm tu..? ;)

    chika Reply:

    pakcik, bagi saya sebotol free sauce ni sbb pakcik pandai pandai rosakkam avocado saya.

    haha. boleh?

  2. nhhas Says:

    Assalamualaikum wbt…
    er, buah manggis ada tak? pastu dia ada ajar tak cara nak makan manggis tu?
    hihihi

    chika Reply:

    Salam :)
    Ha ah la. manggis takde. Belum musim kot.

  3. SECRET IN THE HEART Says:

    Hai Kak Chika…
    Chocolate fruit tu menggamit perhatian saya…
    Sebab saya suka chocolate…
    Yummm…yum….

    http://secretissecret11.blogspot.com/

    chika Reply:

    Rasa dia tak sepower coklat pon :D

  4. cahya indah Says:

    seronok lah tengok buah2 tu Chika..kalau my mom sure borong berkilo2 dah ;p

    chika Reply:

    Kitorang tak borong. Beli yang buah tak pernah tgk je. Tu pon beli sebijik sebijik. Sebab tak sure suka ke tak. Avocado je kitorang borong :)

  5. Fahreen Fredo Says:

    Macam buah kelapa kan chocolate fruit tu? Name je da unik :D

    chika Reply:

    Macam buah kelapa?? HAHA ooo kelapa muda eyh.

  6. mel Says:

    rupa choc fruit tu mcm kelapa muda ada, mcm persimmon versi ijau pn iya.. =)

  7. cikchelsea Says:

    buah abiu tu kelihatan spt ciku, kan? cuma warna isinya tidak berapa gelap spt ciku.

  8. sa Says:

    buah abiu tu saya ada jumpa di kundasang hari tu. sedap dan manis. kalo makan sejuk lagi sedap :)

  9. ely Says:

    avocado tu nmpk sedap giler

  10. Masy Says:

    saiko la pakcik main curah2. curah dalam baju dia kang br tau hep heppp

  11. dira Says:

    bagus entry ni..belajo mcm2 buah yg tak pernah dgr

Leave a Reply