Seruan Shopping Kembali.
Pagi ini saya bersarapan mata sahaja. Kenyang mata turun ke perut. Menyebabkan saya hanya bersarapan pagi pada jam 12 tengah hari. Bukan tidak lapar. Lapar. Lapar macam harus ditangisi. Tapi tidak ditangisi kerana mata tidak dapat mengalirkan air matanya.
Pagi ini saya tidak bersarapan mushroom. Pagi ini saya bersarapan di Topshop dan ASOS. Yes, I was crazy like that this morning. It almost 10 months plus I didn’t shop for myself. Iya ke kau ni? At least, not that proper ones. Apakah terjemahan proper dengan tidak proper itu? Ah yang itu saya susah nak terjemah. You get it.
OK I am cheating.
Credit card digunakan kali terakhir about 6 months ago. Bermakna, ada shopping. But please bear in mind, NOT THE PROPER ONES. Tak kisahlah engkau terjemah ia sebagai apa pon. Tapi saya tetap berkeras untuk menyatakan, terlalu lama tidak berbelanja sewenang-wenangnya untuk diri sendiri. It was my pregnancy making me not into shopping. Best kan pregnant? Sudahlah menguruskan badan, menjimatkan wang pula. Yada yada.
Maka pagi ini, saya bersarapan maya di Topshop. I’ve been eyeing on these two tops sejak beberapa hari. Tapi aku sabar saja. Lagi-lagi apabila saya menjadi pemalas hendak mencari wallet. Saya simpan semua tops yang saya mahu ke dalam shopping cart. Bukan susah sangat. Pakai hujung jari saja. Sampai berpuluh-puluh tops di situ. Ewah! Tapi simpan sajalah. Baru pagi ini berasa semangat untuk mengirai sedikit wang yang lama tersimpan. Takutlah simpan lama-lama. Nanti basi pulak. KAHKAHKAH statement Bikmama, you all!
Tak tak. Tak purchase berpuluh-puluh helai yang diangan-angankan. Berangan biar over, hakikat biar berpada. Hakikatnya, dalam puluhan yang diangankan itu, dua helai sahaja menjadi kenyataan. Ada yang terlalu anggun tapi harga dia insane. Too expensive for a piece of blouse. Tidak dalam range yang saya sanggup bayar untuk sehelai baju.
What I love most about shopping online, adalah free shipping. Paling best mestilah ASOS. Sebab free shipping worldwide tanpa conditions. Apalagi. Lepas breakfast dekat Topshop, I had lunch at ASOS. Saya purchased beberapa helai blouse dan dresses. Tapi mengecewakan. Ada beberapa yang saya sangat mahu tapi kecundang.
These are the tops that I didn’t purchase.

1. Love that mustard color. Love the bow. Tapi nanti kena pakai inner to cover the wide neck. 2. Sexy back. 3. Ah! Lately semua boutique keluarkan fashion dari fabrik jarang. Summer tak lama lagi. Saya tak mahu pakai inner. 4. Animal printed. Saya selalu suka animal printed fabric. Tapi suami saya tak suka nanti. Lagipon tak elok nak bawa solat. 5. Leher luas. Nanti terkial-kial nak cover. 6. Again. And again. Jarang.
Ciri-ciri top yang saya cari mestilah long sleeves, bukan dari fabrik yang jarang, leher tidak luas dan plain. Terlalu banyak printed dresses. Menyebabkan all my printed scarves tak dapat dipakai.
OK sebenarnya saya dalam mood untuk melaram.




September 23rd, 2011 at 12:57 pm
malam ni tido mesti termimpi2 no.1 – serious cantik. no.2 pun nice color.
September 23rd, 2011 at 3:37 pm
Ya Allah cantik gile! Rase nak nanges tengok T_T
September 23rd, 2011 at 5:40 pm
salam..ehem…
ini bukan entry “pesan untuk membeli dan mengepos” kan?
huhuh..cantik..tapi tak sure bole fit ke tak pula…
September 23rd, 2011 at 7:26 pm
no 6 is sooooo comelss :)
September 24th, 2011 at 7:07 pm
Hai Kak Chika…
Dah 3 tahun jadi silent reader akak…
Semua tops itu adalah cantik-cantik belaka macam akak….
Jom singgah: http://secretissecret11.blogspot.com
September 26th, 2011 at 9:59 am
wow..cantik2 tops ni. paling suka no2 dan no3. semua ni nursing tops ke chika?
chika Reply:
September 26th, 2011 at 11:11 am
Tak. Bukan nursing tops. Saya tak ada nursing tops pon. Asal boleh breastfeed, OK lah. Tapi suka beli yang stretchable. So boleh selak ikut leher je. HAHA