Brekkie To Go Gaga

Good morning, Acacia Avenue!

Aku tak mengerti akan dikau, Acacia Avenue! Tempoh hari kehangatanmu tiba menyimbah-nyimbah keringat. Lalu menghangatkan jiwa. Menceriakan hari. Dan mengembalikan mood. Beberapa hari ini, kehangatanmu pergi lagi. Dingin. Lalu perasaan berasa dingin.

Musim bunga telah tiba. Kami mengharapkan kehangatan mentari. Terlalu lama rasanya hidup dingin. Bangun pagi dan memijak tiles dapur bukan sahaja membekukan tapak kaki, malah membekukan semangat. Nak bergerak juga jadi malas. Sepertinya mahu membungkus diri di dalam duvet sahaja saban hari. Terlalu sejuk di sini. Fine, bukan sesejuk Disember di Florida. Namun lebih 5 bulan hidup dalam cuaca dingin sebegini merosakkan semangat. Kerana musim panas yang lalu juga diganggu sejuk.

Pagi ini saya bangkit awal lagi. Jam 6.30 pagi sudah menikmati hot shower. Oh, tidak syak lagi. Aku ini ibu yang bermutu. KAHKAHKAH. Bermutu, bukan MUTHU.

Idris sedang tidur dalam cot. Medina sedang mematah-matahkan dan mengecai-ngecaikan rice & corn biscuit di atas carpet. Juga menenyeh biskut tersebut pada sofa, handbag saya dan juga pada pakaiannya sendiri. Lalu saya mengurut dada yang sakit secara zahirnya. Bersabar adalah pegangan hidup yang sedang saya cuba pegang kuat-kuat sekarang ini. Menghadap seorang toddler memang menduga pegangan kita terhadap erti Iman menerusi sabar. Tapi tak apa. Bukan anak orang lain, anak sendiri juga. You memang cun ah, Medina. Buatlah lagi, buatlah. Mummy ni penyabar orangnya.

I just had my breakfast. Apa jadi sekalipon. Breakfast adalah MESTI. Skip lunch saya redha. Skip dinner saya redha. Tapi bangun pagi dan tidak memulakan hari dengan breakfast, saya susah nak redha. Pernahkah kau merasakan, breakfast yang indah membawa kepada hari yang indah? OK mungkin kau tak merasakannya. Ye lah, ye lah. Aku sorang je rasa macam tu. Sebab aku kan monster seberat kertas A4.

Baiklah, Bubba Boy dah berbunyi manja-manja.

Mushroom lagi.

Half onion, garlic, mushroom, baby spinach and anything you love.
Masak dalam butter.

The goes your sauteed mushroom to go gaga.

Yum.

Recent Entries

3 Responses to “Brekkie To Go Gaga”

  1. Fahreen Fredo Says:

    Amboi sedapnye!

    Medina, please jangan buat mummy heart attack ok?

    Love, Aunty Reen :p

  2. Masy Says:

    chika suka kiwi eh? ai kenot go the kiwi, very the masam. ke akak yg bernasib malang sbb percubaan pertama nk makan kiwi dulu terkena kiwi yg masam? huhuhuh

  3. eliyaezlinalias Says:

    medina yg murah hati sentiasa sedia berkongsi
    kuat nurul!

Leave a Reply