Macadamia Brekkie

Pada hari ke 27 of confinement (so yeah, you’ll be FINE) kewarasan saya telah luak sedikit demi sedikit. You tell me. Suami terbang ke sana ke mari like Superman only mengukur bumi Australia ini. Emak dan Kak Reena pula berulang alik ke Gold Coast dan Brisbane. Sedang saya menjadi budak baik tinggal di rumah menjadi Mummy Monster. Bukan Monster jahat. Monster lahap. Oh, ada Monster seberat 45 kilo di sini, engkau sudi bantu dia menambah berat?

Kejap.

Pernah saya menulis tentang kehadiran ibu mertua dan kakak ipar datang menziarahi kami di sini? Iya, belum pernah menulisnya di dalam sini. Mereka datang pada 26 August lalu. Untuk tiga minggu. Di mana mereka akan pulang meninggalkan saya terkontang kanting kesedihan sobsobsob di sini pada Sabtu ini. Sungguh sedih. Apatah lagi, Mak Yang juga akan pulang bersama. Dalam kata lain, bantuan dan talian hayat aku akan terputus. Selamat maju jaya ke atas aku!

Sambung.

Hari ke 27 confinement, bermakna hari ke 27 usia Bubba. Alahai, terlalu comel kalau engkau semua mendengar sendiri Medina kejap kejap menyebut BUBBA. BUBBA. BUBBA. Macam dia seorang saja dalam dunia ini yang ada Bubba. KAHKAHKAH. Bubba Idris telah di bawa keluar menikmati udara luar pada usia ke 21. Medina lagi terror ah. Usia 10 hari sudah di bawa keluar. Inilah jadinya pabila orang tua jauh di mata dekat di hati. Confinement pon ala kadar. Ni kalau Mak Cik Kampung jenis orthodox punya tengok perangai aku tak pakai kain batik, tak baring terlentang, tak ikat rambut tegang-tegang sampai urat menjadi taruhan dan tidak berehat-rehat semasa dalam pantang, memang kena bambu. HAHA.

Saya tak boleh tahan tengok orang lain berseronok ke sana ke mari. Maka pada hari Sabtu lepas, saya ikut mereka berjalan. Dipendekkan cerita yang kalau tidak dipendekkan ini, sakanlah saya menglipurlara ; Pagi pagi kami keluar untuk breakfast. Breakfast hujung minggu di luar memang kegemaran saya. Eh. Bukankah makan di luar dalam waktu apa jua pon adalah kegemaran saya?

Idris pada hari ke 27 menyedut udara Bumi.

Belum sempat menceritakan perangai Idris di sini. Ini serba sedikit. Idris adalah seorang bayi yang sungguh baik dan pemurah. Eh, pemurah? Apsal pulak? Entahlah. Masih kecil untuk dilabel sebagai pemurah tapi anggaplah itu doa seorang ibu. Apakah kau cuba merepek ni? D’uh. Idris terlalu baik dan mudah dijaga. Semasa mengandungkan Idris, saya cukup bertenaga. Tidak mengalami mabuk-mania keterlaluan. I was in quick labour too with Idris. Apabila dilahirkan, kini mudah pula dijaga. Terima kasih Idris. Dari dalam kandungan hingga ke hari ini, Alhamdulillah. Idris tidak menyukarkan Mummy.

Cerita lain tentang Idris, akan disiarkan lain kali apabila mood menyebelahi saya HAHA. Bukan senang tahu, untuk mendapatkan masa menghadap laptop dan membuat karangan seperti ini. Saya sebenarnya sangat rajin dan masih istiqamah untuk menulis karangan setiap hari. Tapi kesempatan tak ada. Lagi-lagi bila Medina pulak pantang nampak saya pegang laptop. Dia pon apa lagi, terus teriak ; Emo! (dalam kata lain ; Mummy, I wanna watch Elmo on youtube. Bukak sekarang atau saya akan merajuk cium lantai!)

Ayuh, ayuh!

Saksikan gambar untuk membanteras gangguan tekstual.

Itulah Emak dan Kak Reena.
Bersama Si Gagah.
Eh. Yang belakang itu jangan nak perasan.
Bukan kau Si Gagah yang aku maksudkan. Yang dalam stroller itu. HAHA

Monster seberat 45 kilo. Angin menderu kuat membuatkan Monster itu macam kertas A4 nak pergi melayang-layang. Bersama Baby Monster. OK sekarang tolong bagitahu Mummy, where did you put that black crop cardigan? Mummy dah tak jumpa.

Kasihan Idris tak berapa kelihatan.
Err. Harap tidak lama nanti, stroller hitam akan bertukar menjadi seekor Donkey
Bluweekkkk. Please, get what I mean!

Nampak terlalu perkasa?
Heh. Padahal menjaga Macadamia saja.
Over betul engkau ini.

Suami dan kakaknya mengatur apa nak dibuat kelak.
Dan ada bayi mengambil kesempatan mengutip daun sebagai hobi.

Sudah. Lekaslah kita ke dalam dan menggembirakan perut yang sedang sedih pada waktu pagi.

Perut bayi ini sahaja yang jarang bersedih.

Pagi tersebut, Medina bergembira membuat messy. Dapat peluang bermain dengan avocado. Lalu dia menyapu bukan sahaja mulut, malah muka, baju dan rambutnya dengan khasiat avocado. Nasib baik ada Nenek dengan Mak Ngah sanggup hadap perbuatan keterlaluan itu. Bila avocado habis, dia tunjuk perasaan dekat situ. As-sobaru-min-al-imaan. Lalu aku urut dada. Tapi tak apa. Rambut berlumur avocado pon masih comel.

Saya kelaparan ketika itu. Sebenarnya saya kelaparan pada setiap ketika. Jangan sewenang-wenangnya menyalahkan saya. Saya kena makan bagi pihak tiga orang, tahu? Tak tak. Ini bukan alasan nak cover line. Ni memang betul punya cerita. Saban hari saya kebuluran. Saya hanya kenyang pada jangka masa pendek. Dan selebihnya saya kelaparan. Memang menakutkan orang seperti saya ini, bukan? HAHAHA. Mana tidaknya. Breastfeed dua bayi sehari suntuk.

Macadamia pancake with strawberry sauce.

Caffeine kegembiraan.

Macadamia pancake with mango sauce

Vegetarian breakfast.
Love the sauteed mushroom and the telurs yang gorgeous.

Siap breakfast, kami terus menuju ke Tropical Fruit World. Tempat ni Kak Reena yang nak pergi sangat. Dia juga yang memperkenalkan tempat ni pada kitorang. HAHA. Selama ni tak tahu pon tempat ni wujud. Cerita lain kali. Sudah midnight. Kepala saya telah berpusing pada paksi yang tidak berapa betul.

Semoga esok ada peluang untuk membuat karangan seperti ini lagi.

Recent Entries

7 Responses to “Macadamia Brekkie”

  1. dilakochan Says:

    Waahh.. menggiurkan sungguh gambar2 kat atas tu..

  2. Iz Yahya Says:

    Memula i ingat yang besar itu Ultraman. Macam mana tetibe Ultraman boleh ada kat Ostolia pulak kan. Hahahaha

  3. fahreen fredo Says:

    Dress Medina lawa2!! Teringin nak baby girl :D

    Kak chika (tetibe kakak ye) kenapekah bayi2 anda terlalu comel? Sangat comel k! Geram rase nak picit pipi si kakak dan bubba yang cute!

  4. cuya Says:

    chikaaaaaaaaaa……trus lapar….

  5. ira Says:

    selalu tengok muka chika mesti ter’remind’ muka someone tapi xsure macam sapa.now baru perasan muka iras Ustazah Bahiyah especially kat profile pic fb tu.:)

  6. mi2omar Says:

    baby Idris sgt memahami mummy nya

  7. » Blog Archive » Tropical Fruit World Says:

    [...] kedua-dua bayi sedang tidur petang, saya akan membuat karangan sambungan kepada cerita yang INI. Tapi saya tak pasti sejauh mana kelenaan Idris. Mungkin tidur-tidur ayam. Tapi Medina memang [...]

Leave a Reply