8 Hari Sebelum
8 hari sebelum bersalin, saya masih berkeliaran di Gold Coast. Berjalan-jalan mengukur tanah. Mencari-cari makan yang memuaskan nafsu perempuan hamil yang berpuasa. Iya. Saya berpuasa sepanjang kehamilan setakat yang direzekikan. Pada hari ke 14 Ramadhan, saya telah ditakdirkan masuk labour room dan puasa terbatal. Menjadikan saya ini berhutang puasa pada Allah SWT sebanyak 17 hari. Minta dipanjangkan umur supaya dapat melangsaikan hutang tersebut.
8 hari sebelum Medina menjadi seorang kakak. Dan 8 hari sebelum saya menjadi a mummy of two.

Sekarang ini, Medina senang dipujuk untuk behave dalam carseat.
Atau angkara carseat baru yang lebih sedap?

Saya tergila-gilakam Bugaboo Donkey yang tidak available secara nyata untuk diusap, dipegang dan dibelek. Maka, any Bugaboo will do. Nampak sahaja, akan mencuba. The system is amazingly awesome. Tapi dari segi saiz when its been folded, adalah diskriminasi bagi kami yang tidak mempunyai boot kenderaan yang besar. Sebab itu angan-angan saya masih tersangkut. Angan-angan saya masih valid. Waktu akan menentukan segalanya Ececeh.

Nampak tidak? Shoes besar itu. Dia mahu itu. Dia tak tahu yang shoes itu bukan sahaja boleh memuatkan 6 kakinya, malah boleh muatkan kaki emaknya juga KAHKAHKAH.

Kedai ini dibuatnya macam taman permainan.


Saya cool, kan?
Dan itu Mummy saya.
Di dalam Mummy saya, terdapat adek saya.
Nak tengok saya jalan terkedek-kedek macam itik gembo-gembo?
Picit PLAY




September 3rd, 2011 at 1:38 pm
comelnya mummy dgn medina dua-dua pakai skirt.
September 3rd, 2011 at 5:10 pm
sangat tak adil untuk anak dara melihat mommy of two anggun dan cantik berseri okeh. dah sarat pon nmpk mcm baru 3 bulan je chika
September 3rd, 2011 at 8:42 pm
agrees with poyaty..Chika didn’t look like she was 8 days away from giving birth to Idris ;)
September 4th, 2011 at 1:24 am
comeylll betol medina! baru terperasan medina cam selalu pakai skirt, which is so damn cute. gambar dengan sis chika berdua dgn medina, yg both of u pakai skirt tu, oso very2 cute!
September 4th, 2011 at 12:33 pm
ALOLOLO!!! Comelnyer mummy dgn medina… pakai skirt mcm 2 beradik::)))
September 4th, 2011 at 1:51 pm
adorable! pejam celik dh besar medina ni… :)
September 5th, 2011 at 12:04 am
tahniah chika for newborn…kejap je medina dh jd kakak…jgn korek mata adik idris ye, medina.scary!
anyway, nak tnye, password ape yg diperlukan tok baca post 2 sept?psswd email?pswd facebook?=)
September 5th, 2011 at 1:22 am
chumillll tau medina ni. Gerammm nya tgk gigi dia!
Now dia dh jadik kakak!
Selamat ari raya sis! :)
September 5th, 2011 at 6:29 pm
medina pun dah macam pregnant haa… hehehehehe *raba2 perut medina*
September 8th, 2011 at 3:59 pm
hi chika dan si kecil medina….selamat menyambut hari raya aidilfitri….
September 8th, 2011 at 5:36 pm
tgk vid medina, haha medina buat lawak at the end siap panjat2. cute & adorable mcm ada gaya naughty lil sis. alfun mabruk for newborn idris, haizum..
September 9th, 2011 at 5:23 pm
sgt hilang arah melihat lot of bugaboo kat situ, alangkah indah nye andai kedai itu dipindah ke malaysia..
puan chika. nak tny adakah bugaboo donkey boleh diganakan oleh twin secara bersama? dan berapakah harga bugaboo di sana